MELAYU AKAN PUPUS: MELAYU BANGUNLAH!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, February 11, 2010 0 ulasan

Nampaknya banyak pihak yang menggeliang-geliut seperti cacing kepanasan dengan posting terbaru dalam Tausug-Global ini. Mereka merasakan bahawa tulisan-tulisan ASREESULU semakin GANAS dan KEJAM bermain dengan ISU KEMERDEKAAN SULU!! Maka sesuailah disumbat kedalam ISA buat selama-lamanya.

Sedarlah wahai bangsa ku!! Umat Melayu tidak lama lagi pupus di Nusantara Raya ini kiranya tidak dilakukan "Do Something" menyelamatkan NASIB generasi hari ini demi masa depan generasi akan datang. Manipulasi politik dan kepentingan kuasa peribadi politikus semakin kehilangan arah tujuan, bukan lagi untuk membela anak bangsa, negara dan agama tercinta.

Sungguh, Islam kalau pun manusia tidak mahu membelanya Allah SWT tetap akan menjaganya sehingga kiamat sebagaimana janji-Nya. Tetapi manusia memerlukan Islam sebagai panduan hidup agar tidak menjadi "binatang" yang hanya mementingkan perut dan nafsu serakahnya. Lihat sahaja di Malaysia, kepentingan "Undi" telah menjadi raja dalam "pakej demokrasi" hinggakan maruah, jati diri serta kepentingan bangsa dan agama tergadai.

"..pelajaran paling hampir ialah di Filipina. Tersangat hampir. Jika pemimpin Umno masih berkeras berpolitik sehingga beribu-ribu warga India dan China boleh 'lesap' tanpa dikesan di negara mereka ditambah pula PKR yang makin liberal dan PAS yang lupa perjuangan sebenar (sebagai contoh), 50 tahun lagi orang-orang Melayu yang dungu ini akan hilang kuasa politik mereka secara terhina dan memalukan". Klik Sumber: http://mistisfiles.blogspot.com


MENGEKANG KECELUPARAN KAFIRIN
Amat menghairankan apabila sebilangan umat Islam Malaysia beriya-iya melarang penggunaan nama ALLAH oleh umat Kristian tetapi dalam masa yang sama gagal mengecam penghinaan lain terhadap Islam di dalam negara yang didakwa "Islam Sebagai Agama Rasmi" ini.

Sebagai contoh di negeri Sabah, papan iklan arak merata-rata terutama dipersimpangan jalan yang sibuk. Mengapa papan iklan arak yang jelas dilarang di Semenanjung Malaysia tetapi bebas di negeri Sabah? Kemungkinan besar Sarawak pun demikian. Hairannya umat Islam Sabah lebih ramai berbanding Kadazan-Dusun dan Cina yang beragama Kristian mengapa KEHENDAK ALKOHOL mereka mendapat tempat? Adakah kerana UNDI atau atas sebab syarat 20 PERKARA kemasukan Sabah/Sarawak ke Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963?


Malah sejak kebelakangan ini isu-isu 20 Perkara KEMASUKAN SABAH ke Persekutuan Malaysia semakin dimainkan oleh beberapa individu Sabahan yang anti-Semenanjung. Mereka inilah juga yang suka menggelar orang Semenanjung Malaysia dengan panggilan "Orang Malaya". Dari beberapa sumber termasuk yang penulis saksikan sendiri, iaitu wujudnya gerakan MEMERDEKAKAN SABAH keluar dari Malaysia.

Secara peribadi, penulis tidak bersetuju malah menentang IDEA KEMERDEKAAN SABAH ini. Orang Suluk, kaum Bajau-Iranun, kaum Bugis dan kaum Kadazan-Dusun dll yang beragama Islam perlu bersatu menghalang IDEA tidak sihat ini. Tindakan mereka mengumpul tandatangan 1,000,000 orang untuk dihantar kepada Queen Of England memohon Kemerdekaan Sabah adalah keterlaluan. Sekiranya ada umat Islam yang turut turunkan tandatangan menyokong maka ini adalah mengecewakan.

Malah baru-baru ini salah seorang dari pemimpin Politik Cina telah membangkitkan isu 20 Perkara dalam salah satu akhbar harian Sabah sebagai menjelaskan lagi kesungguhan mereka MEMERDEKAKAN SABAH. Keceluparan seperti ini pasti akan berpanjangan dan bertambah buruk sekiranya tidak dikekang sebelum pilihanraya 2012 nanti.


MERUNGKAI MASAALAH
Dalam Perlembagaan Malaysia, mana-mana peraturan yang tidak selari dengan Perlembagaan Malaysia maka undang-undang atau peraturan tersebut terbatal dengan sendirinya. Dalam 20 Perkara syarat kemasukan Sabah/Sarawak ke Persekutuan Malaysia dulu telah tidak dinyatakan AGAMA RASMI Sabah (bermakna bebas beragama maka bebaslah juga berdakwah menyebarkan agama Islam atau Kristian) serta mengekalkan peraturan Immigresen iaitu penduduk Semenanjung Malaysia sekiranya masuk ke Sabah perlu menggunakan PASSPORT.

Mereka memerlukan PERMIT KERJA sekiranya mahu bekerja di Sabah. Tidak boleh tinggal melebihi 3 bulan, lebih sehari akan dikira sebagai MEMASUKI SABAH MELEBIHI HARI dan DIKIRA SEBAGAI TINGGAL TANPA IZIN. Dan banyak lagi perkara yang telah termaktub dalam 20 perkara tersebut yang kalau diperhalusi begitu ganjil dan menghairankan bagi mereka yang baru mengetahuinya. Bayangkan RAKYAT MALAYSIA menjadi PTI di negara sendiri?

Nampaknya PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA tidak termasuk Syarat 20 PERKARA maka sebab itulah papan iklan arak tidak dapat dihalang kerana MUNGKIN termasuk dalam 20 Perkara tersebut? Pun begitu dengan dakyah ajaran Kristian yang begitu bebas menggunakan nama Allah dalam tulisan mereka. Halangan penggunaan Allah sebenarnya hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia tetapi tidak di Sabah sebagaimana iklan arak ditepian jalan. Itulah istimewanya SABAH yang serba bebas. Dimanakah KUASA MELAYU ISLAM di Sabah?

Inilah yang penulis rasa perlu diberi jalan keluar demi kebaikan dan keharmonian kaum terutama buat penganut Islam. Inilah yang dikatakan SEJARAH di mana ia bermula. Penyelesaiannya ialah dengan cara sejarah jua. Kekuatan Tun Mahathir dalam arus politik tanah air yang menjadi Perdana Menteri paling lama dan paling berkuasa dalam sejarah tetapi tidak berjaya membuang atau menghapuskan mana-mana bahagian dari 20 perkara itu tadi.

Hari ini kekuatan politik Umat Islam Melayu tidak berdaya lagi. Mengharapkan "SUNTIKAN" 1 Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan untuk memacu dan memenangi sokongan dan dokongan rakyat seolah-olah sudah terlambat. Pemikiran NAFSI-NAFSI kaum semakin dikipas-kipas seperti munculnya HINDRAF dan tuntutan kaum cina untuk jawatan Perdana Menteri serta tuntutan "Lebih Kuah" umat Kristian SARAWAK dan Sabah semakin mencekik leher.

Dijangka pilihan raya tahun 2012 ini dikatakan adalah tahun terakhir buat UMNO dan Barisan National memerintah. Untuk selamatkan keadaan UMNO memerlukan KUASA TAUSUG. Inilah salah satu ikhtiar terakhir yang perlu diberi perhatian. Populasi keturunan Sulu di Sabah adalah lebih ramai dari yang dijangka. Warganegara Malaysia sahaja sudah setanding dengan jumlah Kadazan-Dusun dan Cina sekiranya mereka dikumpul untuk mengundi.

Malangnya Tausug warganegara Malaysia majoritinya tidak kembali mengundi di Sabah, mereka yang bekerja di kilang-kilang dan carigali PETRONAS di Semenanjung Malaysia pula tidak mendaftar sebagai pengundi di kawasan mereka lagi. Setiap ada pilihan raya mereka lebih suka melepak di rumah atau merayau di bandar-bandar besar.


JALAN KELUAR
Untuk menutup mulut umat NASRANI SABAHAN yang celupar mereka perlu disedarkan dengan sejarah. Rendahnya pandangan mereka terhadap umat Islam Malaysia terutama orang-orang Sulu adalah kejahilan mereka terhadap sejarah. Salah seorang Imam Nabawan yang pernah mengislamkan beratus-ratus kaum Dusun dan Murut di pedalaman bernama Imam Ali menyatakan bahawa kaum ini pasti akan merasa malu siapa mereka sebenarnya setelah mereka mengetahui sejarah Tausug.

Dengan kemerdekaan Sulu yang akan berlaku tidak lama lagi InsyaAllah senario Sabah pasti akan berubah bergantung kepada keinginan Kerajaan Malaysia. Perhubungan dua hala MALASIA-SULU akan menguatkan kuasa politik umat Islam di Sabah dan Sarawak tanpa perlu mengorbankan MARUAH mereka. Sekiranya Syarat 20 PERKARA yang menjadi beban, Malaysia boleh memohon kepada Sultan Sulu untuk membatalkan sebahagian 20 Perkara yang dilihat menyusahkan umat Islam Semenanjung Malaysia sekiranya berkunjung ke Sabah. Hanya Kesultanan Sulu sahaja yang punya hak terhadap sebarang perjanjian.

Penulis percaya, Kesultanan Sulu walau pun Sabah termasuk dalam benderanya namun sebagai umat Islam akan memberi kelonggaran kepada Malaysia. Berkenaan isu MEMERDEKAKAN SABAH oleh individu Sabahan, Kesultanan Sulu sebenarnya tidak menghiraukan langsung kerana yakin para "pejuang" yang kononnya mahu memerdekakan Sabah itu tidak akan berjaya berbuat apa-apa memerdekakan tanah Sabah walau luas sekangkang kera sekali pun. Malaysia tetap berhak selagi Malaysia mahukan haknya!!

ASREESULU

Post a Comment