Pesanan Buat Tausug UTC Di Sabah

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, February 10, 2010 0 ulasan


Pesanan ini penulis khususkan kepada Paduka Wazir UTC (Raja Bendahara) Negeri Sabah, Malaysia, para Paduka Daera (Paduka Bendahara), para Panglima UTC, Paduka UTC dan rakyat Tausug di seluruh Sabah.

MEMATUHI KANUN DAN TAAT KEPADA PEMIMPIN
Sepanjang perjalanan penulis bersama rombongan pendaftar dari Kota Kinabalu ke Kunak, iaitu setiap kali penulis dijemput untuk bercakap sepatah dua di hadapan warga Tausug, penulis senantiasa mengingatkan beberapa hal penting yang tidak penulis tulis dalam KANUN,

  • Bahawa, mereka yang diberi jawatan untuk menjaga dan mentadbir warga Tausug di Sabah bukanlah satu keistimewaan dan kesenangan tetapi adalah satu tanggungjawab besar kerana memikul kalimah "La ilaha illallah muhammadurrasulullah". Salah guna kuasa akan menerima padahnya dihadapan Allah SWT di Padang Mahsyar dan pasti di dunia lagi akan menerima hukumannya.
  • Sebarang permainan politik kotor dan khianat kepada Bangsa, Negara dan Agama samada dalam kepimpinan atau yang dipimpin akan diadili oleh rakyat dan Mahkamah Syari'ah iaitu pengadilan Kesultanan Sulu Darul Islam tanpa mengira mereka Keluarga Diraja atau Hamba Rakyat. Kalau bukan sekarang, dakwaan akan dikenakan setelah kemerdekaannya kelak.
  • Pemimpin yang melakukan kesilapan dan tidak diingini oleh rakyat lagi wajib "Maglupus Kawasa" (Melupuskan Kuasa) yakni turun dari jawatan untuk diganti pemimpin yang lebih layak dan bertanggungjawab tanpa perlu menunggu diturunkan oleh kuasa rakyat.
  • Bahawa, Sabah atau North Borneo adalah masih dalam tangan PEMAJAK wajib dihormati oleh Tausug dan Kesultanannya. Sekiranya menyentuh hal tuntutan, PEMAJAK dan Empunya Tanah (Kesultanan Sulu) mestilah bermesyuarat di meja rundingan secara muhibbah dan kasih sayang bukannya permusuhan dan kekerasan.
  • Bahawa, Warga Tausug Wajib mematuhi segala peraturan Malaysia di Negeri Sabah. Sekiranya mereka dianiaya tanpa hak, Tausug perlu bersabar dan jangan melakukan tindakan melanggar peraturan. Tausug perlu melaporkannya kepada Paduka UTC dan Panglima UTC mereka untuk difailkan, seterusnya pengaduan boleh dilakukan oleh Paduka Daera kepada Kerajaan Malaysia (JPM).

Tugas & Bidang Kuasa Panglima UTC serta Paduka UTC
Seorang Panglima UTC adalah berkuasa terhadap satu-satu kampung atau mukim. Panglima UTC adalah dipilih dari kalangan pemimpin kampung atau mukim tersebut (bukan orang luar) yang persetujui rakyat dalam Mesyuarat Mukim. Panglima berhubung terus dengan Paduka Daera berkenaan masalah keselamatan dan pembangunan. Dalam Mesyuarat Mukim, panglima boleh memilih para Paduka UTC menurut persetujuan "Kawman" masing-masing (Kawman bermaksud "area" atau kawasan beberapa buah rumah yang dijaga oleh Paduka UTC)

Panglima UTC adalah pengarah kepada kutipan bulanan "Tumpung Kamahardikaan" bagi Mukim atau Kampungnya dengan bantuan para Paduka UTC. Panglima akan mengesahkan setiap kutipan bulanan yang ditandatangani oleh semua Padukanya sebelum hasil kutipan dihantar kepada Paduka Daera.

Paduka UTC yang menjaga KAWMAN yakni beberapa buah rumah dibawah jagaannya bertugas sebagai,

  • Memantau setiap rumah dibawah jagaannya. Sekiranya ada perjudian atau jenayah dan perlakuan yang mencurigakan dalam kawasannya perlu bertindak pantas melaporkannya kepada Panglima dan panglima akan melaporkannya kepada Polis Diraja Malaysia.
  • Menjaga kebajikan ahli keluarga KAWMAN, dengan senantiasa memeriksa kalau-kalau ada orang tua (terbiar) yang ditinggalkan anaknya, ada keluarga yang tidak ada makanan (mungkin belum dapat kerja), ada kematian, ada perkahwinan, jambatan roboh, atau ada keluarga yang suaminya ditangkap polis. Maka semua pihak tersebut perlulah dibantu.
  • Untuk dapatkan bantuan, Paduka UTC perlu melaporkannya kepada Panglima UTC yang menjaga mukim. Panglima akan buat lawatan pengesahan ketempat yang dimaksudkan sebelum adakan mesyuarat. Hasil Mesyuarat akan dihantar kepada Paduka Daera untuk tindakan susulan.
  • Sekiranya ada ahli KAWMAN Paduka UTC yang ditangkap Polis, perlulah segerah melaporkannya kepada Panglima dan Panglima perlu ke Balai Polis untuk dapatkan penjelasan penangkapan. Sekiranya tidak dapat dikeluarkan maka Panglima perlu membuat laporan kepada Paduka Daera. Paduka Daera akan memfailkan dan membuat arahan untuk memberi peruntukan bantuan kecemasan kepada keluarga mangsa tangkapan agar makan minum mereka terjaga agar tidak kebulur selama suaminya belum dibebaskan dari Pusat Tahanan Sementara (Rumah Merah).
  • Bahawa, setiap laporan yang ditanggapi sebagai PENGANIAYAAN kepada Warga Tausug, sekiranya Kerajaan Malaysia tidak bertindak untuk membantu, perlulah Paduka Daera menghantar fail kepada Council of Regents di Sulu agar dapat diteliti oleh Peguam Negara Sulu Darul Islam.
  • Setiap Paduka Daera senantiasa membuat lawatan ke setiap mukim Panglima UTC dengan mengingatkan mereka agar sentiasa bersabar agar jangan bertindak subersif atau membahayakan keselamatan Negara.
  • Bahawa setiap Paduka Daera senantiasa merapatkan hubungan dengan pemerintah Sabah (Kerajaan Malaysia) agar setiap gerak kerja dan tindakan sentiasa dalam landasan undang-undang.

Penjelasan KERAKYATAN TAUSUG

Peringatan terakhir penulis ialah, setiap warga Tausug yang memegang Surat Kelahiran UTC dan ID Hijau WAJIB membuang perkataan "Saya berasal dari Pilipin" atau "Saya di lahirkan di Pilipin" sekiranya ditanya oleh pihak berkuasa. Kerana "Rakyat Pilipin" tiada hak tinggal atau masuk ke Sabah yang ditadbir Kerajaan Malaysia tanpa "Passport Philippines" dan juga tidak berhak memegang KERAKYATAN KESULTANAN SULU DARUL ISLAM selagi jiwa dan raganya masih kasih dan sayang dengan FILIPINA.

Filipino bermaksud "Hamba Rakyat King Philipp II di Spanyol" yang beragama Kristian. Dalam sejarah Filipina, yang dimaksudkan Filipino ialah "Orang yang dilahirkan di Spanyol kemudian berhijrah ke Luzon-Visaya" dan "Anak-anak yang telah dilahirkan di Luzon-Visaya dari ibu bapa yang berasal dari Spanyol" itulah yang dimaksudkan sebagai FILIPINO. Ferdinand Marcos telah menyedari hal ini dan dilaporkan telah berusaha mengubah nama Filipina kepada MAHARLIKA tetapi gagal.

Sebab itu kaum Visaya pun tahu akan hal ini. Mereka mula membuang nama Filipino digantikan kepada Tausug. Kerana jelas dalam sejarah asal-usul kaum Luzon-Visaya (tidak termasuk warga Spanyol era kolonialis) mereka semua adalah TAUSUG. Sehingga hari ini bahasa kaum Visaya (Luzon, Cebu, Waray-waray, Hiligaynun dll) adalah bahasa SULUG @ SUG yang ditutur oleh kaum Taguimaha ketika dulu. Buktinya kaum Visaya sekiranya menganut Islam mereka digelar oleh TAUSUG sebagai Balik-Islam bermaksud kembali kepada Islam, kerana nenek moyang Kaum Visaya adalah Tausug yang beragama Islam.

ASREESULU

Post a Comment