17 Nov 2010: Praktis Kemerdekaan & Memilih Sultan Sulu
Dalam bulan terakhir ini iaitu bulan sebelum masuk bulan November 2010, pelbagai individu menelefon bertanya kepada penulis berkenaan siapa sebenarnya individu yang layak diangkat menjadi Sultan Sulu yang sah. Sebilangan mereka ada yang mengaku bahawa mereka lah waris sah yang sebenar kerana mereka adalah pemegang tunggal "barang" pusaka dan sebagainya. Berikut beberapa pembuktian yang biasanya mereka sebut sebagai waris sebenar Sultan Sulu yang sah,
Dalam catatan penulis, rupa-rupanya bukan sekadar "Kelapa Laut Afrika" (Pulau Janggi) malah setiap pengaku mempunyai barang masing-masing yang mendakwa adalah tanda kelayakan sebagai Sultan Sulu. Yang menjadi masalahnya bukannya seorang, berpuluh pengaku dengan barang masing-masing yang berjenis-jenis. Ia sangat menghairankan penulis pada awalnya, betapa "Sultan-sultan Sulu" terdahulu begitu kaya dengan barang-barang antik yang masih kekal pada anak cucu cicit mereka hingga ke hari ini. Dalam hal ini penulis merumuskan bahawa, sekiranya Kesultanan Sulu menaiki takhta Kesultanan dengan hanya menggunakan barang-barang antik tanpa sokongan kekuatan dari rakyat dan para pemimpin tempatan, maka tanggapan yang kita boleh berikan kepada institusi Kesultanan Sulu ialah "Ganjil, ajaib dan tidak masuk akal", mustahil Kesultanan Sulu dapat ditegakkan dengan perkara sebegini. Nampaknya sesiapa sahaja boleh mendakwa layak jadi sultan Sulu setelah berjaya menemui peti berisi barang antik Kesultanan Sulu.
Bagaimana institusi Kesultanan Sulu berdiri dan bertahan dengan hanya bergantung kepada barang-barang antik untuk kelangsungan kedaulatannya? Satu kepincangan yang perlu diperbetulkan. Satu kesalahan umat Islam Sulu sekiranya mereka berterusan membiarkan "barang antik" menentukan kedaulatan Kesultanan Sulu. Ia terbukti gagal dan tidak diterima oleh antarabangsa, sebab itu mengapa hingga hari ini berapa banyak pun individu yang mengaku sebagai waris sebenar, berapa banyak pun barang antik yang mereka miliki, ternyata Sulu masih dikenali sebagai wilayah "Philippines".
Malah sebahagian pengaku sudah pun melantik diri sebagai Sultan tetapi mereka masih dikenali sebagai Sultan Philippines bukannya Sultan Sulu, kerana passport pun masih menggunakan passport Philippines bukan Passport Sultanate of Sulu. Rasanya kalau memang benar jadi Sultan Philippines tidak lah mengapa tetapi malangnya title Sultan di Philippines yang masih dikepit bawah ketiak Presiden Filipina. Ia satu kenyataan bukannya ilusi, sebab itu rakyat Sulu perlu dibawa dan diheret ke arah satu jalan iaitu memperkenalkan semula KEMERDEKAAN di atas landasan yang benar, lojik, masuk akal dan praktikal.
PEMILIHAN SULTAN YANG PRAKTIKAL
Pemilihan Sultan Sulu kali ini akan kembali sebagaimana permulaan tahun 1405 dahulu. Iaitu rakyat jelata yang memilih dan para pemimpin mereka. Oleh kerana putusnya institusi Kerajaan Kesultanan Sulu pada 1936 yang lalu sehingga tahun 2010 ini yang mana walau pun sultan-sultan Sulu banyak bermunculan kemudiannya (sultan yang tiada kedaulatan kerana kehilangan rakyat dan kerajaan), maka tahun 2010 adalah tahun kembalinya semula kerajaan Sulu dan rakyatnya. Setelah begitu lama hilang terlindung dalam kabus ciptaan Amerika Syarikat dan Filipina.
Cara pemilihan yang berpandukan sejarah awal kesultanan ini dilihat lebih praktikal kerana dengan cara begini sahaja segala keturunan "barang antik" dan "salasilah yang bersimpang-siur & ditokok tambah" ini akan dapat dihentikan. Kaedah kembali kepada sejarah kenaikan Sultan Shariful Hashim yang berpadu dengan rakyat ini lebih mudah, masuk akal, adil kerana tanpa sengketa dan peperangan. Persoalannya, apakah kelayakan Sayyid Abu Bakar @ Sultan Shariful Hashim sehingga beliau diangkat menjadi Sultan Sulu sekali pun bukan dengan kemahuan baginda? Apakah yang baginda lakukan?
SOAL-JAWAB: PEMILIHAN SULTAN & PRAKTIS KEMERDEKAAN
1- Soal:
Saya tidak setuju dengan kaedah di atas, kerana untuk memilih Sultan Sulu mesti lah dari keluarga yang sah dan benar yang disahkan oleh Kerajaan Brunei bukannya rakyat seperti yang anda katakan. Siapa anda untuk merobah monarki yang dipilih berdasarkan protokol kepada pilihan rakyat?
2- Soal:
Salasilah kami dan barang-barang pusaka kesultanan Sulu yang disahkan oleh Kerajaan Brunei adalah bukti bahawa kami adalah keluarga sebenar dan layak diangkat menjadi Sultan Sulu 17 November 2010 nanti. Bukankah itu sudah cukup sebagai bukti?
3- Soal:
Mereka tidak perlu naikkan saya jadi Sultan kerana protokol telah melantik saya jadi Sultan Sulu 7 tahun lalu atas persetujuan ahli Rumah Bichara di Darul Jambangan, Maimbung Sulu. Siapa yang dapat halang saya jadi Sultan Sulu?
4- Soal:
Saya akan kumpulkan para pengikut saya untuk lakukan sesuatu agar deklarasi 17 November akan terhalang dan gagal. Saya ada tentera simpanan yang cukup dengan senjata kerana sebelum ini saya telah merekrut tentera Diraja saya sendiri. Apakah anda fikir saya tidak berani lakukan?
5- Soal:
Bagaimana kalian boleh wujudkan kerajaan dan pentadbiran setelah deklarasi 17 November 2010 nanti?
- Punya barang pusaka sebagai bukti berupa "Kelapa laut Afrika", pedang, mohor, baju dan sebagainya.
- Mendapat wasiat berupa bisikan-bisikan dari Sultan Sulu terdahulu bahawa merekalah yang layak menjadi Sultan Sulu.
- Punya salasilah keluarga yang benar yang disimpan sendiri oleh datuk nenek mereka yang pernah jadi Sultan Sulu maka sebab itu mereka lah yang lebih layak.
- Punya pengesahan bertulis dari Kerajaan Brunei Darussalam, samada pengesahan kepada "barang" mahu pun salasilah bahawa mereka lah yang layak jadi Sultan Sulu.
Dalam catatan penulis, rupa-rupanya bukan sekadar "Kelapa Laut Afrika" (Pulau Janggi) malah setiap pengaku mempunyai barang masing-masing yang mendakwa adalah tanda kelayakan sebagai Sultan Sulu. Yang menjadi masalahnya bukannya seorang, berpuluh pengaku dengan barang masing-masing yang berjenis-jenis. Ia sangat menghairankan penulis pada awalnya, betapa "Sultan-sultan Sulu" terdahulu begitu kaya dengan barang-barang antik yang masih kekal pada anak cucu cicit mereka hingga ke hari ini. Dalam hal ini penulis merumuskan bahawa, sekiranya Kesultanan Sulu menaiki takhta Kesultanan dengan hanya menggunakan barang-barang antik tanpa sokongan kekuatan dari rakyat dan para pemimpin tempatan, maka tanggapan yang kita boleh berikan kepada institusi Kesultanan Sulu ialah "Ganjil, ajaib dan tidak masuk akal", mustahil Kesultanan Sulu dapat ditegakkan dengan perkara sebegini. Nampaknya sesiapa sahaja boleh mendakwa layak jadi sultan Sulu setelah berjaya menemui peti berisi barang antik Kesultanan Sulu.
Bagaimana institusi Kesultanan Sulu berdiri dan bertahan dengan hanya bergantung kepada barang-barang antik untuk kelangsungan kedaulatannya? Satu kepincangan yang perlu diperbetulkan. Satu kesalahan umat Islam Sulu sekiranya mereka berterusan membiarkan "barang antik" menentukan kedaulatan Kesultanan Sulu. Ia terbukti gagal dan tidak diterima oleh antarabangsa, sebab itu mengapa hingga hari ini berapa banyak pun individu yang mengaku sebagai waris sebenar, berapa banyak pun barang antik yang mereka miliki, ternyata Sulu masih dikenali sebagai wilayah "Philippines".
Malah sebahagian pengaku sudah pun melantik diri sebagai Sultan tetapi mereka masih dikenali sebagai Sultan Philippines bukannya Sultan Sulu, kerana passport pun masih menggunakan passport Philippines bukan Passport Sultanate of Sulu. Rasanya kalau memang benar jadi Sultan Philippines tidak lah mengapa tetapi malangnya title Sultan di Philippines yang masih dikepit bawah ketiak Presiden Filipina. Ia satu kenyataan bukannya ilusi, sebab itu rakyat Sulu perlu dibawa dan diheret ke arah satu jalan iaitu memperkenalkan semula KEMERDEKAAN di atas landasan yang benar, lojik, masuk akal dan praktikal.
PEMILIHAN SULTAN YANG PRAKTIKAL
Pemilihan Sultan Sulu kali ini akan kembali sebagaimana permulaan tahun 1405 dahulu. Iaitu rakyat jelata yang memilih dan para pemimpin mereka. Oleh kerana putusnya institusi Kerajaan Kesultanan Sulu pada 1936 yang lalu sehingga tahun 2010 ini yang mana walau pun sultan-sultan Sulu banyak bermunculan kemudiannya (sultan yang tiada kedaulatan kerana kehilangan rakyat dan kerajaan), maka tahun 2010 adalah tahun kembalinya semula kerajaan Sulu dan rakyatnya. Setelah begitu lama hilang terlindung dalam kabus ciptaan Amerika Syarikat dan Filipina.
Cara pemilihan yang berpandukan sejarah awal kesultanan ini dilihat lebih praktikal kerana dengan cara begini sahaja segala keturunan "barang antik" dan "salasilah yang bersimpang-siur & ditokok tambah" ini akan dapat dihentikan. Kaedah kembali kepada sejarah kenaikan Sultan Shariful Hashim yang berpadu dengan rakyat ini lebih mudah, masuk akal, adil kerana tanpa sengketa dan peperangan. Persoalannya, apakah kelayakan Sayyid Abu Bakar @ Sultan Shariful Hashim sehingga beliau diangkat menjadi Sultan Sulu sekali pun bukan dengan kemahuan baginda? Apakah yang baginda lakukan?
- Pertama: Beliau muncul dalam dunia masyarakat Sulu yang hidup berpuak-puak ketika itu. Beliau berdakwah dan menyatukan masyarakat Sulu menjadi satu iaitu TAUSUG tanpa mengira suku kaum. Memberikan mereka pendidikan Islam dalam majlis-majlis ilmu dari kampung ke kampung sambil mengislamkan orang Gunung dan laut.
- Kedua: Orang yang pertama menstrukturkan pengajian Islam, mendirikan masjid dan pondok agama. Memberi pengajaran secara sistemetik kandungan Al-Quran dan As-Sunnah dengan mewujudkan para imam-imam kampung (Mukali') untuk dihantar ke pulau-pulau.
- Ketiga: Berketurunan keluarga Rasulullah SAW dari jalur Sayyidina Hussein r.a. menyebabkan Tausug tidak dapat melepaskan beliau begitu sahaja kecuali menjadi Sultan Sulu. Disebabkan keberkatan dan syafaat Rasulullah SAW maka Tausug bersatu padu mengangkat Sayyid Abu Bakar r.a. menjadi Sultan Sulu yang pertama.
SOAL-JAWAB: PEMILIHAN SULTAN & PRAKTIS KEMERDEKAAN
1- Soal:
Saya tidak setuju dengan kaedah di atas, kerana untuk memilih Sultan Sulu mesti lah dari keluarga yang sah dan benar yang disahkan oleh Kerajaan Brunei bukannya rakyat seperti yang anda katakan. Siapa anda untuk merobah monarki yang dipilih berdasarkan protokol kepada pilihan rakyat?
- Jawab: Nampaknya anda tidak memahami protokol. Protokol adalah ciptaan manusia yang boleh diubah-ubah bentuk peraturannya bergantung kepada kehendak semasa pemerintah. Protokol hanyalah peraturan-peraturan yang berbentuk adat tatasusila. Setahu saya Kesultanan Brunei tidak pernah mengesahkan siapa yang layak atau pun tidak menjadi Sultan Sulu. Yang saya dengar hanyalah saranan-saranan membina menyuruh para Datu bersatu menegakkan kesultanan Sulu semula. Kalau anda tanya siapa saya boleh merobah Protokol, sebenarnya saya adalah rakyat yang lebih berkuasa dari anda. Tanpa saya sebagai rakyat yang memberi sokongan Sultan Sulu tidak akan wujud dan berdaulat.
2- Soal:
Salasilah kami dan barang-barang pusaka kesultanan Sulu yang disahkan oleh Kerajaan Brunei adalah bukti bahawa kami adalah keluarga sebenar dan layak diangkat menjadi Sultan Sulu 17 November 2010 nanti. Bukankah itu sudah cukup sebagai bukti?
- Jawab: Sebenarnya masih tidak cukup kerana pengesahan Brunei hanyalah salah satu dari banyak elemen yang perlu anda penuhi. Malah tanpa pengesahan Brunei pun elemen "Pengesahan" itu masih boleh dirujuk pada para Datu di Sulu sahaja. Jaringan keluarga para Datu di Sulu hanya perlu sahkan bahawa anda adalah keluarga mereka sudah memadai. Anda perlu memenuhi kelayakan apa yang dimahukan oleh rakyat untuk membolehkan anda jadi Sultan Sulu pada 17 Nov 2010 nanti.
3- Soal:
Mereka tidak perlu naikkan saya jadi Sultan kerana protokol telah melantik saya jadi Sultan Sulu 7 tahun lalu atas persetujuan ahli Rumah Bichara di Darul Jambangan, Maimbung Sulu. Siapa yang dapat halang saya jadi Sultan Sulu?
- Jawab: Tiada yang dapat halang anda, jadilah Sultan berapa kali dan selama mana anda mahu. Di mana kerajaan anda yang memerintah setelah diangkat jadi Sultan selama 7 tahun? Terbukti tidak ada. Anda hanya duduk di rumah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan kadangkala anda didatangi oleh ejen dari Sabah dan Semenanjung Malaysia meminta anda memberikan gelaran Datuk @ Dato dengan bayaran tertentu. Dengan menggunakan Passport Filipina anda keluar masuk ke Sabah, lepas dapat bayaran anda akan kembali dan menyambung kehidupan kais pagi makan pagi semula setelah wang habis. Anda berdosa kepada rakyat Sulu dengan mengaku Sultan dan menerima bayaran gelaran Datuk @ Dato tanpa menyalurkannya kepada rakyat. Sebab itu saya katakan anda tidak layak diangkat menjadi Sultan Sulu pada 17 November 2010 nanti.
4- Soal:
Saya akan kumpulkan para pengikut saya untuk lakukan sesuatu agar deklarasi 17 November akan terhalang dan gagal. Saya ada tentera simpanan yang cukup dengan senjata kerana sebelum ini saya telah merekrut tentera Diraja saya sendiri. Apakah anda fikir saya tidak berani lakukan?
- Jawab: Anda dialu-alukan untuk lakukan sabotaj semahu anda. Anda perlu lihat semula adakah tentera Diraja anda itu masih wujud atau pun sebilangan besarnya sudah menyertai United Tausug Citizens? Mata rakyat sedang perhatikan gerak-geri anda dan sultan-sultan palsu lain. Sejak gerakan UTC bermula, undangan dan jemputan telah mereka lakukan kepada anda berkali-kali agar menyertai gerakan rakyat ini tetapi anda dan sultan-sultan palsu yang lain enggan, ego dan sombong. Sabotaj anda akan dibalas oleh rakyat jelata UTC dengan memanjatkan do'a kepada Allah Azza Wajallah agar anda diberikan hidayah bertaubat kembali ke pangkal jalan. Kalau sabotaj anda menyebabkan kematian maka anda akan dihukum dengan kematian, itulah hukuman Tuhan berdasarkan Syari'ah (Hukum Qisas).
5- Soal:
Bagaimana kalian boleh wujudkan kerajaan dan pentadbiran setelah deklarasi 17 November 2010 nanti?
- Jawab: Masuk daftar menjadi ahli United Tausug Citizens dulu barulah anda diberi tahu. Kegagalan anda mendaftar dikhuatiri anda akan tertinggal atau langsung tidak diterima menjadi warga Sulu. Sekian.
|