Video lagu Panji Sultaniyah (Edited)

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, October 8, 2010 0 ulasan

Video lagu penuh Panji Sultaniyah. Anda boleh download video ini untuk dapatkan lagunya serta grafik bendera di atas yang baru sahaja disiapkan pagi tadi.



Perjalanan Rakaman Lagu & Penciptaan Seni Kata
Lagu Panji Sultaniyah pada mulanya dicipta di Sandakan pada 4 bulan yang lalu. Penulis mencetuskannya untuk dinyanyikan oleh saudara Neldy Jolo yang rakamannya penulis buat sendiri di Kg Bahagia Sandakan. Rakaman awal telah pun dimasukkan ke dalam youtube.com beserta videonya sekali.

Sebelum bermula rakaman baru-baru ini di Kuala Lumpur yakni rakaman kali kedua dari versi Farihin Abdul Fattah, penulis telah mengundang beberapa orang penyanyi UTC yang handal-handal dari Johor dan Melaka. Sehingga lah tiba masa sepatutnya mereka sampai di Studio, seorang pun tidak dapat hadir kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Pada akhirnya Farihin menyuruh penulis sendiri yang menyanyikannya.

UCAPAN
Penulis ucapkan jutaan terima kasih buat Sponsor Utama lagu Panji Sultaniyah iaitu sahabat yang kami kasihi dan hormati Sayyid Thareq Al-Hussaini. Beliau berasal dari Jeddah Arab Saudi dan mempunyai rangkaian pelaburan di Malaysia, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat. Beliau sangat berharap saudara Farihin dapat siapkan lagu Panji Sultaniyah sebelum hari Kemerdekaan sebagai mana yang dimahukan oleh UTC. Alhamdulillah lagu pun telah selesai tinggal lagi menunggu Sayyid Thareq kembali dari AS kerana beliau akan turut serta menghadiri hari bersejarah 17 November nanti di Jolo Sulu.

Penulis juga ucapkan jutaan terima kasih buat Sifu Farihin bersama saudara Yasin yang bertungkus lumus siapkan lagu yang hebat ini begitu sangat bermakna buat UTC keseluruhannya. Juga diucapkan terima kasih kepada saudara Hassan Thornton yang memberikan tambahan bunyi Conga sehingga kedengaran bersemangat etnik.

Juga tidak ketinggalan kepada saudara-saudara UTC di Johor dan Melaka yang bukan sahaja senantiasa memantau perjalanan rakaman malah turut menyumbang wang ringgit. Kehadiran Tuan Hj Zakarian Abdullah serta Ustaz Hj Maujahidin dan Ustaz Faisal telah memeriahkan lagi rakaman dalam Studio, tanpa kerjasama mereka rakaman suara Panji Sultaniyah tidak akan sempurna. Terima kasih semuanya. Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, dimurahkan rezeki dan ketenangan sehingg akhir hayat. Ameeen ya Rabbal Alamin.....!!

ASREESULU

Post a Comment