SEJARAH SULUG: Mengapa Tausug Enggan Digelar Melayu?
Memang "agak" sakit juga bila sebelum ini kita begitu meyakini bahawa "Kita adalah bangsa Melayu", bangsa Melayu hebat kerana mempunyai sejarah hebat, maka kita pun mengaku sebagai sebahagian dari Melayu dan berbangga dengannya, tetapi setelah mengetahui Tausug (Bangsa sendiri) tidak mahu menerima penggelaran Melayu keatas diri mereka atas alasan "Bangsa mereka lebih tua dari bangsa Melayu" menyebabkan kita tertunduk dan serba salah. Perasaan begitu bercampur baur, tidak percaya, sakit hati dan kecewa, kerana menurut penulis bagaimana Tausug mengetahui sejarah mereka lebih awal dari bangsa lain sedangkan mereka sejak sekian lama tertinggal dari segala segi berbanding Malaysia yang kaya raya, berkemajuan serta mempunyai banyak Universiti yang melahirkan ramai bijak pandai. Di Sulu apa yang ada?
KEGANJILAN SULU YANG MENGHAIRANKAN
Datu Ladjamura bin Datu Wasik Aranan pernah berkata kepada penulis "Kita Tausug bukan Melayu, bukan Filipino dan bukan juga Moro. Identiti kita tetap Tausug, pembela bangsa dan agama Islam tidak pernah tumpas dan ini diakui dunia". Orang-orang tua Jolo turut menunjukkan satu kawasan luas yang dinamakan Daerah Indanan. Di Indanan terdapat satu kawasan kampung yang dinamakan "Likup Adam" yang bermaksud "tempat Allah SWT mengambil tanah untuk mencipta Nabi Adam a.s.". Likup Adam terletak dalam Daerah Indanan, apakah maksud Indanan? Ia bermaksud "Land Mark" atau satu tempat peringatan yang akan diingati sampai bila-bila.
Hairan, maklumat tentang Likup Adam telah penulis dapat setelah selesai menyiapkan artikel "Kepulauan Sulu sebelum muncul nama Philippines" dari lidah Tausug (UTC) Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini yang kemudian penulis sahkan kepada Neldy Jolo kebenarannya. Hal ini juga turut membingungkan Neldy Jolo sehingga membawa beliau ke Jolo, Sulu dan menyiasat kebenaran Likup Adam di Indanan. Menurut Neldy memang penduduk di Indanan mengesahkan sejarah penciptaan Adam a.s. sebahagian tanahnya diambil dari Indanan ini. Sebab itu tanah terdapat Likup Adam itu dinamakan Indanan kerana sebagai tanda penciptaan Bapa Manusia di muka bumi.
"Tanah Sug (Sulug) ini sangat berkat sehingga sesiapa sahaja manusia yang tinggal di sini mereka akan turut jadi hebat. Tanah empayar Tausug telah berjaya dirampas di tempat lain di seluruh Nusantara tetapi tidak bagi Jolo ini. Orang tua-tua kita mengkhabarkan bahawa sebelum manusia dicipta oleh Maha Pencipta, Nabi Junjungan kita Rasulullah SAW pernah diturunkan di bumi Sug ini ketika Baginda SAW masih sebagai Nur Muhammad lagi. Di sinilah bermulanya tamadun dunia dan bangsa-bangsa manusia bermula". Ujar salah seorang Syarif Tausug UTC di Seri Kembangan kepada penulis baru-baru ini.
Sebelum penulis pergi lebih jauh, ada baiknya penulis mengingatkan kepada para pembaca blog Melayu agar mengambil sikap berlapang dada dan bersabar membaca hujah penulis. Kenyataan di atas mungkin ada sahabat-sahabat Melayu di Malaysia yang menyampah, penulis memohon kepada pembaca blog agar mengenepikan dulu perasaan menyampah tersebut. Kita beri peluang kepada Tausug "meninggikan diri dan bangsa mereka" sehinggalah kita dapat buktikan kebenaran dakwaan tersebut. Sudah tentu kalau terbukti benar, maka sudah selayaknya mereka berbangga sebagai TAUSUG bukannya Melayu. Maka, mengapa pula kita sibuk-sibuk menggelar orang lain sebagai Melayu sedangkan mereka tidak mengakuinya, biarkan sahaja mereka. Kita sendiri yang mengaku sebagai Bangsa Melayu tidak tahu makna perkataan "Melayu", dari mana diambil, dan bila masa penggelaran Melayu bermula, mengapa I-Ching menggelar Mo-lo-yu dan dari mana I-Ching mendapat maklumat "lokasi Mo-lo-yu" itu kita sendiri tidak mengetahui. Peliknya, Tausug tahu akan hal ini.
BERMULANYA PENGGELARAN "KEPULAUAN MELAYU"
Kepulauan Melayu? Yang mana satu? Siapa yang bertanggungjawab menggelar kepulauan Asia Tenggara ini dengan Kepulauan Melayu? Sebenarnya yang bertanggungjawab menggelar kepulauan Asia Tenggara ini Kepulauan Melayu dan dihuni oleh Rumpun Melayu ialah Alfred Russel Wallace (8 Januari 1823 - 7 November 1913) seorang Naturalis (Athies) Freemason Eropah yang handal mengolah sejarah Nusantara dengan teori-teori Athiesnya. Hasil kajian dan teori beliaulah yang akhirnya digunakan oleh Resident-resident British sehingga pasca-Kemerdekaan Malaya (31 Ogos 1957) yang silibus sejarahnya digunakan oleh umat Melayu Malaysia hingga ke hari ini. Daripada beliaulah Charles Darwin mengambil ilmu "Kedurjanaan" yang mengatakan Manusia berasal dari beruk @ monyet.
"Alfred Russel Wallace, OM, FRS (8 January 1823 – 7 November 1913) was a British naturalist, explorer, geographer, anthropologist and biologist. He is best known for independently proposing a theory of evolution due to natural selection that prompted Charles Darwin to publish his own theory". (*http://en.wikipedia.org/wiki/Alfred_Russel_Wallace).
Kenyataan bersambung lagi dengan gelaran Bapa Biogeografi kepada beliau,
"Wallace did extensive fieldwork, first in the Amazon River basin and then in the Malay Archipelago, where he identified the Wallace Line that divides Indonesia into two distinct parts, one in which animals closely related to those of Australia are common, and one in which the species are largely of Asian origin. He was considered the 19th century's leading expert on the geographical distribution of animal species and is sometimes called the "father of biogeography".[1] Wallace was one of the leading evolutionary thinkers of the 19th century and made a number of other contributions to the development of evolutionary theory besides being co-discoverer of natural selection".
Beliau menghasilkan satu Journal yang bertajuk "The Malay Archipelago",
"Wallace was a prolific author who wrote on both scientific and social issues; his account of his adventures and observations during his explorations in Indonesia and Malaysia, The Malay Archipelago, was one of the most popular and influential journals of scientific exploration published during the 19th century".
Menurut Neldy Jolo, Wallace hanya berjaya melawat Kepulauan Indonesia dan Malaysia seperti hari ini tetapi gagal memasuki Kepulauan Sulu. Beliau telah berusaha untuk masuk ke Kepulauan Sulu tetapi gagal kerana tiada satu pun kapal Eropah yang boleh melalui Laut Sulu ketika itu keculi dikejar oleh tentera Laut Sulu dari Kaum Dayak Laut Iranun dan Orang Laut Balangingi serta Pelaut Bugis. Kapal Eropah yang tidak dikenali biasanya akan dirompak sebelum ditenggelamkan di Laut Sulu atau Laut SELEBES (nama asalnya Sulu East Sea). Kegagalan Wallace masuk ke Sulu untuk mengkaji Tausug menyebabkan Tausug hilang dalam kajian-kajian Barat, untungnya "Melayu" telah mendapat ANUGERAH sebagai Bangsa Tunggal empunyai Asia Tenggara sehingga ke hari ini berdasarkan journal saintifik Wallace.
ARAB LEBIH MENGENAL BANGSA JAWA BERBANDING MELAYU
Mengapa bangsa Arab lebih mengenali Bani Jawi? Sebenarnya nama bangsa "Jawa" lebih tua berbanding nama bangsa Melayu sendiri. Bangsa Arab bukan baru kenal nama JAWA yang pada lidah mereka disebut JAWI ini kerana menurut pandangan beberapa Ulama' seperti Ibnu Athir telah menamakan bahawa bangsa dari Timur (Bani Jawi) kemungkinan besar adalah anak-anak Nabi Ibrahim a.s. dari isterinya yang ketiga bernama Qatura @ Katurah. Sebagaimana yang disebut oleh Bible Perjanjian Lama ,
King James Bible
"But unto the sons of the concubines, which Abraham had, Abraham gave gifts, and sent them away from Isaac his son, while he yet lived, eastward, unto the east country". Genesis 25:6.
Bahasa dalam versi Amerika lebih menarik,
New American Standard Bible (©1995)
"But to the sons of his concubines, Abraham gave gifts while he was still living, and sent them away from his son Isaac eastward, to the land of the east".
Maka dikatakan berkembang biaklah anak-anak Ibrahim a.s. di negeri sebelah Timur membawa ajaran Ibrahim a.s. yang hari ini Bani Jawi namakannya Ugama Hindu, jangan hairan orang-orang Bali masih mengamalkan Hindu-Monotisme hingga hari ini sebagai bukti peninggalan ajaran purba dari Ibrahim a.s. Sebab itu bangsa dari Timur (Asia Tenggara) ini dinamakan oleh bangsa Arab sebagai Bani Jawi bermaksud Bangsa Jawa yakni anak-anak Nabi Ibrahim a.s.
Nama "Melayu" begitu asing bagi bangsa Arab sehingga menyebutnya pun susah pada lidah mereka sebab itu Malaysia pun disebut Malezi. Ia membuktikan nama Jawa lebih purba berbanding Melayu.
TANDATANYA SIAPAKAH QATURA?
Kalau dikatakan Qatura adalah ibu keturunan Bani Jawi yang ada sekarang ini sudah tentu tiada satu pun pihak yang mampu membangkang atau menghalang untuk orang mempercayainya kerana ia hanya sekadar teori. Walau bagaimana pun para ulama' Arab sudah tentu mempunyai alasan kukuh atau bukti sehingga mereka mengaitkan Bani Jawi dengan anak-anak Qatura dari suaminya Ibrahim a.s.. Perlulah diingat, bangsa Arab telah mencapai kemajuan yang hebat ketika zaman Islam hingga menghasilkan beberapa pencatat sejarah yang hebat seperti Al-Idrisi, Al-Mas'udi, Ibnu Athir dan lain-lainnya. Malah bangsa Arab terkenal dengan budaya "menghafal sejarah dan nasab keturunan" mereka berbanding bangsa lain.
Kalau Bani Jawi ini berasal dari anak-anak Ibrahim a.s. melalui isteri ketiganya, siapa pula Qatura? Dari mana beliau berasal? Apakah pertuturan yang digunakan oleh Qatura? Untuk merungkai hal ini terlebih dahulu nama "Qatura" itu perlulah dirujuk ke bahasa Sulug. Kalau anda bertanya penduduk Tausug di Jolo, Sulu apa maksud Qatura tentu mereka akan tersenyum kerana ia adalah istilah harian. Qatura dalam bahasa Sulug bermaksud "Yang ketiga" atau angka yang ketiga. Contohnya seperti gurau senda dalam perbualan di bawah ini,
Soal: "Pila tuan in asawa mu?" (Berapa isteri tuan?)
- Jawab: "Tura in taud" (Tiga sahaja banyaknya)
Soal: "Di' na kau tuan gumanap?" (Tuan tidak mahu menambah?)
- Jawab: "Hi katura marai' di' na kaganapan..." (Hanya yang ke tiga, mungkin tidak bertambah lagi)
SIAPAKAH NABI IBRAHIM A.S.?
Hal ini akan berlanjutan sekiranya anda bertanya pula apakah sebenarnya bahasa pertuturan Ibrahim a.s.? Sudah tentulah bahasa Hebrew yang ditutur oleh Eber bin Shelah bin Cainan bin Arphaxad bin Shem bin Noh Alaihissalam. Dari catatan yang lepas pada tajuk "Kepulauan Sulu sebelum muncul nama Philippines" penulis telah membuktikan Nabi Noh a.s. berasal dari Kepulauan Sulu serta menutur bahasa Sulug Purba yang kemudian bani Israel menamakannya Bahasa Hebrew. Sebab itu pada abad ke-15 ketika Spanyol datang ke Kepulauan Sulu Utara (tempat duduk Bandar Manila yang dipanggil Pulau Luzon, Philippines hari ini) para padre Jesuit terkejut bila mendengar bahasa Tagalog mirip dengan bahasa Hebrew Purba. Walhal kalau mereka datang ke Jolo, Sulu mereka akan dapat lebih banyak "persamaan Bahasa Hebrew" pada lidah orang-orang Sulu berbanding bahasa Tagalog. Umum mengetahui bahasa Tagalog itu induknya ialah bahasa Sulug di pulau Jolo, Sulu dan sekitarnya.
"The First European Historian Pedro Chirino wrote that Tagalog is Hebrew When the first European set their foot in the land of Mortar (translated by Fernando Magallanes as Luzones means mortar), it was written by historian Gregorio F. Zaide in page 2 and page 24 of History of the Filipino People, that Padre Chirino an eminent Jesuit historian found in Tagalog language that “it has the Mystery and obscurities of the Hebrew language”. (*http://www.scribd.com/doc/5272897/PHILIPPINES-IS-OPHIR).
Padre Jesuit menyenaraikan lebih 1,500 patah perkataan Tagalog adalah sama dengan bahasa Hebrew hinggakan wujud tanggapan bahawa Bangsa Tagalog adalah sebahagian dari The Lost Ten Tribe of Israel. Walhal sebenarnya Bani Israel itu yang "The Lost Tribe of Sulu" yang hijrah ke Tanah Arab sehingga sampai ke Timur Laut Meditranian setelah peristiwa Banjir Besar. Terdapat banyak perkataan Sulug yang ada dalam bahasa Hebrew tetapi tiada dalam bahasa Tagalog, sebagai contoh,
- Aw-lem (sbt Alem) dalam bahasa Hebrew bermaksud alam ghaib, sama dengan bahasa Sulug yang menyebut Alim kepada sesuatu yang ghaib (hilang dari pandangan mata kasar).
- Shiloh dalam bahasa Hebrew bermaksud tempat berteduh dan tenang sama dengan bahasa Sulug juga disebut Shiloh. Inilah kata asal Laut Sulu (Laut Shiloh) kerana satu tempat selamat buat pelayar larikan diri dari angin taufan Laut China Selatan.
- Shalom dalam bahasa Hebrew bermaksud Selamat, aman makmur sama dengan bahasa Sulug. Tinggal lagi Sulug menyebut Saum yang kata asalnya ialah Salum (membuang konsonan "L"). Saum bermaksud kawasan selamat yang terlindung dari cahaya matahari dan hujan. Bawah kolong rumah, Sulug menyebutnya "Babah saum bai". Dan banyak lagi...
Sebagai contoh dalam buku The Tausug Polity and the Sultanate of Sulu: A segmentary state in the Southern Philippines, Page 33, yang ditulis oleh Thomas M. Kiefer,
"...and it is not surprising that the people of Jolo regarded themselves as the first and foremost Muslim society in the world - only next to Mecca in importance - and could casually insist that the Prophet Muhammad spoke Tausug. In fact, the ritual language of Arabic was widely regarded as merely an archaic form of Tausug, spoken only by the people in Mecca. (God spoke archaic Tausug when he gave the Qur'an to the Prophet; in those days the people of Jolo could understand God's language, but that was in the time of the "ancestors of ancestors" and the world then was purer)."
ISTILAH ASAL BUDDHA & HINDU DARI BAHASA MELAYU?
Hari ini kalau anda bertanya orang Melayu Malaysia apa maksud istilah Malayu @ Melayu mereka akan geleng kepala tanda tidak tahu. Kalau pun ada mereka akan jawap "Maksud Me-Layu ialah menjadi lembik tak bermaya dan tak berupaya", satu jawapan yang menyedihkan. Demikian juga kalau kita tanya orang Melayu di Johor apa sebenarnya maksud "Johor" dalam bahasa Melayu? Mereka juga akan gelengkan kepala tanda tidak tahu. Sebenarnya Kata asal Johor ialah Dohol @ Duhul dalam bahasa Sulug bermaksud "Hujung" kerana memang pun negeri Johor itu di hujung Semenanjung Malaysia. Kalau istilah tersebut pun tidak ada dalam bahasa Melayu maka istilah Buddha dan Hindu pun sudah tentu tidak ada.
Dari manakah istilah Buddha dan Hindu muncul? Adakah ia terbit dari bahasa Jawa? Batak? Aceh? Ia sebenarnya berasal dari bahasa Sulug purba yang masih ditutur oleh Tausug di kepulauan Sulu hari ini.
- BUDDHA @ Budd-Ha, maksud Budd @ Bud dalam bahasa Sulug ialah gunung @ bukit yang tinggi, manakala Ha pula bermaksud merujuk kepada tempat atau arah. Maka Buddha bermaksud "Di gunung" (Bud-ha atau Ha-bud). Sebab itu hingga hari ini sami-sami Buddha berusaha mencari gunung-ganang untuk membina kuil Buddha mereka di sana.
Pengasas ajaran Buddha sebenarnya dapat ilham atau wahyu setelah beliau bertapa di atas sebuah bukit. Pendapat bahawa nama Buddha diambil dari nama pokok Bo tempat beliau bertapa sebenarnya hanya sekadar tekaan dan andaian. Sama dengan tekaan "Nama negeri Melaka berasal dari pokok Melaka" walhal nama Malaka berasal dari kata Sulug yang bermaksud cantik dan menawan.
- HINDU, maksud dalam bahasa Sulug ialah "Ajar", contoh ayat "In ilmu hindu' sin kaguruhan taniyu ayaw lupahun" (Ilmu yang diajar oleh guru-guru kita jangan dilupa). HINDUAN bermaksud ajaran.
KAJIAN SAINS ASAL-USUL MANUSIA DARI KEPULAUAN SULU
Tajuk ini akan dibahas di posting lain, insyaAllah.
PENUTUP
Bangsa Melayu dan asal usulnya sudah pun penulis jelaskan dalam posting yang lepas dalam tajuk "Kepulauan Sulu Sebelum Muncul Nama Philippines". Bila membaca artikel penulis berkenaan Bangsa Melayu anda akan berasakan betapa bangsa Melayu sebenarnya bukannya tinggal di darat tetapi di laut terapung bersama lepa-lepa mereka. Yang tinggal di darat ialah bangsa pelayar yang menguasai lautan dan daratan. Bila di darat mereka menguasai semua jenis bentuk muka bumi, bila di laut mereka akan menguasai Orang Laut serta hasil maksul lautan yang kaya tidak akan habis itu. Membuktikan kebenaran tulisan Al-Mas'udi, catatan dinding Mesir Purba, catatan China, catatan Sumeria serta catatan Eropah berkenaan Sulug @ Tausug sebagai penguasa laut dan penguasa daratan hinggakan Vick Hurley menggelar bangsa ini sebagai Bangsa Pejuang Amfibia.
Buat bangsa Melayu, janganlah marah atau rendah diri kalau terbaca catatan ini. Tiada bangsa rendah di dalam dunia ini kerana Allah swt telah pun menjadikan semuanya mulia dan sempurna. Buat bangsa Sulug @ Tausug, janganlah anda mendabik dada keterlaluan tanpa memikirkan keadilan dan kasih sayang sesama manusia. Anda Tausug hanya diberikan tugas atau amanat untuk memikul segala tanggungjawab "menyelamatkan ummah" kerana sejak dahulu kala anda telah terkenal dengan Bangsa Penyelamat. Bangsa Melayu adalah diri anda sendiri, demikian Jawa, Batak, Aceh malah bangsa Eropah Arab, Bani Israel dan siapa sahaja, mereka semuanya adalah "Bangsa Anda".
Jadilah "SATU BANGSA SATU DUNIA".
ASREESULU
|
hikayat naruto - kelakar lah!