Penyembah Matahari & Kaitannya Dengan Kepulauan Sulu
Baru-baru ini England dikejutkan dengan tindakan kerajaannya mengiktiraf "Agama Druid" iaitu ajaran yang menjadikan matahari sebagai Tuhan sesembahan. Ajaran Druid adalah satu kepercayaan pagan bangsa Celtik kuno yang pernah dianut beribu-ribu tahun dahulu oleh bangsa kulit putih di seluruh Eropah. Ajaran ini sampai ke England setelah itu dan kemudian menjadikan Stonehenge sebagai tempat beribadat mereka setiap tahun. Kini Ajaran Druid telah kembali semula diiktiraf oleh United Kingdom of England sebagai fahaman agama bangsa Inggeris yang paling purba. Persoalannya benarkah Ajaran Druid ini baru diiktiraf oleh dunia barat?
AJARAN KRISTIAN DIROSAK OLEH AJARAN MATAHARI
Apabila Al-Quran berbicara tentang INJIL yang merujuk kepada Injil Isa a.s. bermaksud Injil yang tulin tanpa tokok tambah yang mana Allah swt dan Isa a.s. sahaja yang mengetahuinya. Al-Quran diturunkan setelah 600 tahun selepas Masihi yang mana ketika itu Bible (Injil) telah pun rosak oleh tokok tambah St. Paulus. Para penganut Matahari atau penyembah matahari telah lama merosakkan Kristian sedikit demi sedikit sehinggalah hari ini.
Freemason dengan pengaruh Iluminatinya telah mengambil dasar Penyembahan Matahari sebagai induk membentuk spiritual perjuangannya. Dengan menyusup merosakkannya dari dalam maka musnahlah Kristian dengan menjadikan elemen pagan dan penyembahan Syaitan sebagai warna Kristian yang baru. Sebagai contoh penggunaan Salib yang kononnya adalah simbol kepada penyaliban Anak Tuhan walhal ianya (Salib) adalah lambang matahari.
Satu lagi contoh ialah memasukkan SANTA Clouse menjadi "Trade Mark" Krismas dan tahun baru walhal Santa sebenarnya adalah Syaitan (Santa=Satan) berbaju merah dengan jambang putih menunjukkan beliau ialah ketua para Syaitan iaitu Iblis. Bagi Kristian hari ini Krismas dan Tahun Baru adalah sambutan perayaan tahunan terbesar mereka walhal ianya adalah perayaan sempena sambutan KELAHIRAN DEWA MATAHARI. Hingga hari ini bukan sahaja Kristian yang gembira memakai baju Santa malah termasuk umat Islam tumpang sekaki memakainya. Maka jelaslah, umat Kristian telah tertipu dan terpedaya oleh penambahan-penambahan yang berunsurkan penyembahan matahari.
PENIPUAN SEJARAH OLEH BARAT
Inilah pembohongan dan putarbelit sejarah apabila kajian dan silibus yang mereka hasilkan sendiri dipaksakan untuk diterima oleh umat Islam. Sebagai contoh, Wallace pelopor kepada apa yang dinamakan hari ini "Malayo-Austronesia" atau pun Kepulauan Rumpun Malayo telah memaksakan untuk ia diterima oleh umat Nusantara. Dengan mengkelaskan penghuni Asia Tenggara dengan manusia Negrito, Deutro, zaman Gangsa, zaman Batu dan sebagainya menjadikan para ilmuan negara-negara Asia Tenggara tertipu dan diperbodohkan. Walhal zaman-zaman seperti itu tidak pernah wujud malah menentang kenyataan manusia berasal dari satu keturunan iaitu Adam a.s. dan Hawa. (Rujuk buku-buku tulisan Harun Yahya yang membuktikan kesilapan dan penipuan teori barat hingga munculnya istilah zaman Batu, Tembaga, gangsa dan sebagainya).
Dari manakah permulaan penyembahan matahari? Sebenarnya pada ribuan tahun dahulu ketika anak-anak Adam a.s. berserakan yang dibawa oleh kapal-kapal Nabi Noh a.s. ke serata dunia maka terhasillah satu suasana penyembahan yang pada asalnya menyembah Tuhan Yang Satu bertukar kepada penyembahan Matahari pula. Bagaimana penyembahan matahari berlaku?
"THE GARDEN OF EDEN" DI TIMUR TEMPAT MATAHARI TERBIT
Bangsa Sumeria, Bani Israel, Mesir Purba dan bangsa-bangsa lain percaya asal-usul manusia bermula dari sebelah Timur iaitu tempat bermula keluarnya matahari. Mereka berkeyakinan bahawa Syurga itu berada di sebelah Timur dan di sanalah Tuhan (God) penjaga langit itu duduk (Kebiasaan Yahudi dan Kristian memberikan TEMPAT DUDUK kepada Tuhan). Alasannya ialah di sanalah Adam dan Eve dicipta yang dinamakan The Garden of Eden. Bangsa manusia purba di Tanah Arab, Mesir dan Eropah mereka ketika itu menyembah dan bersujud berkiblatkan Timur atas keyakinan yang sama iaitu Tuhan berada di sana. Lama-kelamaan ia berubah pula kepada menyembah matahari kerana hanya kerana matahari pun kebetulan muncul di sebelah Timur.
Kecelaruan ini akhirnya semakin bervariasi sehingga munculnya ajaran Majusi (Zoroaster) yang menyembah api. Kemungkinan besar para penyembah api ini bermula di Eropah kerana musim sejuk di sana menjadikan api begitu penting sebagai membantu dalam kehidupan harian mereka. Ketika waktu sejuk dan bersalji mereka nyalakan api dan mengelilinginya untuk memanaskan badan dan memasak. Tanpa api mereka akan mati maka api pun dijadikan Tuhan. Ajaran Nabi Adam a.s. kepada leluhur mereka telah dilupa dan ditinggalkan. Penyembah api Eropah mula berhijrah ke Asia dan berasimilasi sehingga muncul satu ras atau bangsa yang dinamakan Aryan (bangsa Penyembah Api).
Berkenaan Sebelah Timur telah dijadikan kiblat sejak sekian lama telah diakui oleh seorang Padri Ortodoks Kristian dari India bernama Fr. Dr. K. M. George dalam artikelnya di http://www.orthodoxherald.com beliau mengatakan,
"Christians from very ancient times used to turn to the direction of the rising sun for public prayer. For Christians in the western world this tradition is nearly lost. However all Christians belonging to the Eastern (Orthodox ) Christian churches still maintain this venerable practice of turning to the East for the public act of the community worship". (*http://www.orthodoxherald.com/2009/07/06/why-turn-to-east-for-prayer/)
JERUSALEM JADI KIBLAT BANI ISRAEL DAN TANAH SINIM
Tanah Jerusalem menurut sejarahnya adalah tempat suci dimana keturunan para Nabi dan Rasul dari Bani Israel telah dilahirkan. Kesucian Jerusalem telah sampai ke kemuncaknya ketika pemerintahan Nabi Daud a.s. dan anaknya Sulaiman a.s. iaitu terbinanya Haikal (Masjid) yang umat Islam hari ini kenali sebagai Masjidil Aqsa. Nabi Muhammad saw pada permulaan Islam telah menjadikan Masjidil Aqsa sebagai Qiblat sementara, sebelum arah Qiblat ditukar ke Masjidil Haram. Hingga hari ini umat Islam masih menjadikan Masjidil Aqsa sebagai tanah suci kedua selepas Masjidil Haram. Hal ini berlaku adalah kerana para Nabi Bani Israel juga adalah nabi umat Islam, menunjukkan agama Islam yang dibawa Muhammad saw adalah kesinambungan dari ajaran para Nabi dan Rasul terdahulu.
Apakah maksud sebenar Jerusalem dan perkaitannya dengan Kepulauan Sulu? Dalam Bahasa Hebrew (Ibrani) Jeru bermaksud tanah manakala Salem adalah selamat, damai, aman yang kata asalnya ialah Shalom maka Jerusalem bermaksud "Tanah Selamat". Jerusalem adalah tanah yang dijanjikan (The Promise Land) buat Bani Israel sebelum ia dimusnahranapkan oleh bangsa Asyiria @ Ashur menyebabkan bani Israel menjadi hamba dan tawanan. Semenjak itu berkuburlah nama Jerusalem hinggakan leluhur mereka telah diharamkan kembali ke tanah suci itu. Maka muncul pula istilah "The New Promise Land" yang bani Israel namakan "The Land of Sinim" dimana nenek moyang mereka bermula. Menurut pencatat Eropah abad ke-16 menyatakan bahawa yang dimaksudkan "Sinim" dalam Kitab Perjanjian Lama ialah "Sulu Archipelago". Inilah yang menyebabkan 10 kaum Bani Israel melarikan diri dari kezaliman Bangsa Asyiria menuju ke Kepulauan Sulu pada tahun 600 SM. Sudah tentu mereka tidak akan sampai ke Sulu yang begitu jauh tanpa mengetahui sejarah dan asal-usulnya. Untuk lebih terperinci para pembaca boleh merujuk posting lama punulis di,
KAJIAN SAINS: Manusia Berasal Dari Kepulauan Sulu
Pada akhir tahun 1980-an beberapa pengkaji yang diketuai oleh Christy G. Turner dari Arizona State University, Tempe telah mengemukakan hasil kajian mereka yang menakjubkan bahawa Manusia Moden berasal dari South East Asia (Asia Tenggara). Kajian ini juga menyatakan bahawa keturunan North-East Asia dan Amerika hari ini serta sebahagian bangsa Eropah, Afrika, Australia dan Asia Tenggara adalah termasuk dalam satu cluster.
"An analysis of prehistoric and modern human teeth from around the world suggests anatomically modern humans arose in southeast Asia, not in Africa as a number of researchers have proposed... One cluster consists mainly of northeast Asians and residents of the Americas; the other encompasses Europeans, Africans, native Australians and southeast Asians. This "great web of humanity" apparently originated in southeast Asia, Turner says".
(*http://findarticles.com/p/articles/mi_m1200/is_n7_v136/ai_7545558/)
Manusia moden yang dimaksudkan dalam kajian ini sudah tentu keturunan manusia dari Adam a.s. sebagaimana yang pernah penulis dan Neldy Jolo paparkan dalam blog ini. Kajian mereka berdasarkan variasi gigi sebenarnya tidak terfikir oleh para pengkaji lain yang lebih banyak menumpukan DNA serta fosil. Hal ini sekiranya kita perhatikan secara dekat variasi gigi Tausug begitu berbeza sekali dengan orang Melayu Malaysia di Semenanjung. Sekadar contoh, seorang Tausug yang pernah datang ke klinik gigi di Kuala Lumpur untuk mencabut gigi akan menjadi kejutan kepada Doktor gigi.
"Berdasarkan gigi ni saya tahu awak bukan orang Malaysia..." Begitulah keluhan Doktor gigi biasanya setelah selesai mencabut gigi Tausug.
Variasi gigi orang-orang Sulu sangat panjang dan mempunyai geraham yang kuat hinggakan Doktor gigi berpeluh-peluh kerana sukar mencabutnya. Golongan tua Tausug biasanya masih mengunyah tulang ayam dengan selamba menunjukkan kekuatan gigi mereka.
PENUTUP
Dengan terdedahnya asal-usul manusia berasal dari Asia Tenggara yang bukan sahaja disokong oleh kajian sains, tradisi lisan, bahasa, warna kulit dan sebagainya maka tidak hairanlah mengapa bani Israel sebelum terbinanya Masjidil Aqsa (Haikal) mereka senantiasa berkiblatkan Timur malah Kristian awal pun melakukan perkara yang sama. Kesesatan para penyembah matahari dan api sebenarnya adalah berpunca dari kesalahfahaman mereka terhadap konsep "mengadap ke Timur" itu. Beberapa ribu tahun berlalu berkiblat ke Timur akhirnya berevolusi menjadi penyembahan matahari pula. Keadaan ini telah menyebabkan Allah swt telah mendatangkan satu rahmat buat manusia yang percaya kepada Keesaan-Nya dengan meletakkan Hajaratul Aswad (Batu Hitam) di tanah Bakkah @ Makkah yang akhirnya menjadi kiblat kepada ummat Muhammad SAW.
Walau pun konteksnya sama iaitu manusia purba yang beriman mengadap Timur tempat keluarnya matahari sebagai kiblat untuk beribadat kerana disana dikatakan tempatnya Syurga, maka Hajaratul Aswad juga sama (batu hitam berasal dari Syurga). Ia menjadi kiblat kepada ummah hanya sebagai simbol perpaduan dan ketaatan kepada perintah Allah SWT. Sebagaimana manusia purba yang beriman tidak menyembah Timur dan mataharinya walau pun kelihatan dengan beribadat mengadap Timur itu seolah-olah menyembah matahari dan timur maka demikian juga dengan Hajaratul Aswad dan Masjidil Aqsa. Yang disembah bukannya masjid dan batu itu tetapi Allah SWT.
Tetapi sebagaimana manusia purba telah berubah menyembah Allah Yang Satu kepada menyembah banyak dewa dan tuhan-tuhan demikian juga dengan umat Islam hari ini. Bayangkan bagaimana umat Islam boleh bersujud dan berlutut di hadapan kepala lutut AYAH PIN (pakai seluar pendek) di Terengganu dengan sanggup tawaf mengelilingi POT besar walau pun jelas salahnya, diwaktu banyaknya masjid dan guru agama yang boleh dirujuk dan dipelajari, namun ajaran sesat tetap juga muncul.
ASREESULU

Perhatikan simbol segitiga berbentuk piramid sebenarnya adalah lambang gunung dari tradisi Lemuria manakala matahari pula adalah lambang "The Land of the East" tempat keluarnya matahari. Freemason hanya menambahkan lambang mata pada segitiga dan matahari sebagai pemantau kepada gerak-geri dunia hari ini. Satu mata bermaksud mata Dajjal.
Satu lagi contoh ialah memasukkan SANTA Clouse menjadi "Trade Mark" Krismas dan tahun baru walhal Santa sebenarnya adalah Syaitan (Santa=Satan) berbaju merah dengan jambang putih menunjukkan beliau ialah ketua para Syaitan iaitu Iblis. Bagi Kristian hari ini Krismas dan Tahun Baru adalah sambutan perayaan tahunan terbesar mereka walhal ianya adalah perayaan sempena sambutan KELAHIRAN DEWA MATAHARI. Hingga hari ini bukan sahaja Kristian yang gembira memakai baju Santa malah termasuk umat Islam tumpang sekaki memakainya. Maka jelaslah, umat Kristian telah tertipu dan terpedaya oleh penambahan-penambahan yang berunsurkan penyembahan matahari.
PENIPUAN SEJARAH OLEH BARAT
Inilah pembohongan dan putarbelit sejarah apabila kajian dan silibus yang mereka hasilkan sendiri dipaksakan untuk diterima oleh umat Islam. Sebagai contoh, Wallace pelopor kepada apa yang dinamakan hari ini "Malayo-Austronesia" atau pun Kepulauan Rumpun Malayo telah memaksakan untuk ia diterima oleh umat Nusantara. Dengan mengkelaskan penghuni Asia Tenggara dengan manusia Negrito, Deutro, zaman Gangsa, zaman Batu dan sebagainya menjadikan para ilmuan negara-negara Asia Tenggara tertipu dan diperbodohkan. Walhal zaman-zaman seperti itu tidak pernah wujud malah menentang kenyataan manusia berasal dari satu keturunan iaitu Adam a.s. dan Hawa. (Rujuk buku-buku tulisan Harun Yahya yang membuktikan kesilapan dan penipuan teori barat hingga munculnya istilah zaman Batu, Tembaga, gangsa dan sebagainya).
Dari manakah permulaan penyembahan matahari? Sebenarnya pada ribuan tahun dahulu ketika anak-anak Adam a.s. berserakan yang dibawa oleh kapal-kapal Nabi Noh a.s. ke serata dunia maka terhasillah satu suasana penyembahan yang pada asalnya menyembah Tuhan Yang Satu bertukar kepada penyembahan Matahari pula. Bagaimana penyembahan matahari berlaku?
Pengagungan api adalah budaya Zoroaster (Majusi) terhasil dari ajaran penyembahan matahari bribu-ribu tahun lamanya. Penyembahan matahari pula terhasil dari kesalafahaman manusia purba terhadap pemyembahan Tuhan yang kononnya "bersemayam" di sebelah Timur di tempat "Garden of Eden".

|