Gold Of Ophir: Mengapa Kepulauan Sulu?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, August 19, 2009 0 ulasan


Mengesan Asal Usul Sulu

Apakah nama Bangsa Sulu sebelum dinamakan TAUSUG? Pada masa zaman sebelum Srivijaya dan Majapahit Kepulauan Sulu telah dinamakan Solot, iaitu tidak pernah ditakluki oleh mana-mana kerajaan samada penjajah atau kerajaan Melayu sendiri? Orang Bugis Sulawesi memanggilnya Solo manakala Belanda memanggilnya Holot, lidah Spanyol pula menyebut Jolo (sebutannya Holo).

Sebenarnya dalam perbendaharaan kata Melayu kita tidak akan bertemu dengan perkataan Sulu, kecuali sebutan Solo dan Solot oleh masyarakat Bugis dan Jawa terhadap Sulu. Solo dalam bahasa Bugis bermaksud arus deras demikian Jawa. Persoalannya dari manakah perkataan ini diambil?


Mari kita lihat apa kata orang Eropah terhadap Sulu. Berikut penjelasan kami dalam htt://theislandsofpearls.blogspot.com ,


"...the ancient name of Sulu Archipelago, aside from being called, Sug, Sugbu, Sulug, Sulu, Suluk, Sooloo, Solor, Xooloo, Solot, Sulut and Solok. There is a Russian word for “Island” that is Ainaisuollok and Scandinavian language or the Northern Sami word Suolo does mean “Island”. Gavin Menzies mentioned in his book “1421: The Year China Discovered the World” the word “an suolu” that brought the meaning as “no arable land”.

Ini bermakna Sulu dalam pengertian mereka ialah pulau atau pun kepulauan yang bukan tandus malah ia membawa maksud tanah yang subur sesuai untuk pertanian. Ini bersesuaian dengan bentuk muka bumi Kepulauan Sulu yang secara geografi berasal dari letusan lava gunung berapi semenjak zaman prasejarah lagi. Pengertian ini juga akan memberi isyarat kepada kita bahawa perkataan Sulu @ Suolo itu sudah lama dikenal oleh bangsa Eropah.


Pelayaran Bangsa Mesir Kuno, Kanaan Dan Bani Israel


Hal ini akan menjadi jelas kiranya kita menyambungkannya dengan Bangsa Mesir Kuno yang biasa belayar ke Nusantara membeli kapur barus untuk mengawet Mummia mereka. Kira-kira 3000 tahun sebelum Masihi lagi Fir'aun yang memerintah Mesir Kuno sudah pun mengawet Mummia dan membina Piramid yang hebat itu. Maklumat tentang Nusantara mungkin mereka dapat disebabkan oleh pengaruh perdagangan rempah India yang akhirnya menjadi penghubung antara Nusantara dan Mesir Kuno ketika itu.

Dalam catatan blog http://mistisfiles.blogspot.com menyatakan,

"Pada zaman dahulu (juga hingga kini) laluan Kepulauan Melayu adalah laluan kapal-kapal perdagangan antara China, India dan Barat (Timur Tengah). Satu teori yang munasabah ialah, rempah-rempah ini sampai dahulu ke tangan para pedagang India, kemudian oleh bangsa Aryan (Parsi) yang membawanya ke Tanah Arab dan Sumeria dan kemudian diketahui oleh para Firaun dan ahli sihir dirajanya. Para pedagang India dan Melayu telah sekian lama berurusan sejak beribu tahun dahulu dan tidak hairanlah kerajaan-kerajaan Melayu dahulu telah 'diIndiakan' sebagai pertukaran budaya kerana sebab-sebab keagamaan."

Maka amat logik lah kita katakan mengapa bangsa Eropah kemudiannya dapat tembus ke Nusantara setelah itu adalah berdasarkan maklumat dari Mesir Kuno, Sumeria dan Tanah Arab itu tadi. Rasanya tidaklah keterlaluan kiranya kita mengandaikan bahawa perkataan Suolo bagi pulau dalam bahasa bangsa Eropah itu adalah berdasarkan penghargaan mereka terhadap Kepulauan Sulu. Mereka datang berselindung disebalik perdagangan rempah dan menyebarkan agama dalam masa yang sama menyelongkar mencari harta perbendaharaan lama yang menjadi aset berharga Sulu dan Nusantara.


Eropah Kemudian Mengetahui Lokasi Ophir

Bangsa Eropah mungkin berterima kasih kepada Perang Salib. Segala ilmu-ilmu Islam ketika zaman keagungannya mengalir masuk ketangan Eropah hingga mereka membina kemajuan dan peradaban. Sejak Eropah dapat membaca tulisan (aksara) Mesir Kuno dan Hebrew (setelah Eropah keluar dari Dark Age), mereka mendapati terdapat satu pulau yang mempunyai harta karun yang tidak ternilai harganya telah menjadi sumber kepada kehebatan dan kekayaan bangsa Mesir Kuno dan Bani Israel semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s.

Sebagaimana Mesir, Bani Israel di zaman Nabi Sulaiman a.s. juga membina bangunan besar yang hebat seperti Haikal Nabi Sulaiman yang terkenal itu. Kekayaan emas dan perak juga adalah antara milik Nabi Sulaiman a.s. yang sudah pasti didapati dari Nusantara yang perlu merentas lautan untuk mendapatkannya.

"Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu." Al-Quran, Al-Anbiya 81.

"Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya." Al-Quran, Shad 36.

Gambaran Al-Quran terhadap kelajuan kapal-kapal Nabi Sulaiman a.s. yang boleh merentas benua kemana sahaja mengikut kemahuannya,

"Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula)." Al-Quran, Saba 12 (awal ayat).

Mereka pastinya menuju ke Kepulauan Sulu yang disebut Ophir itu untuk satu tujuan perdagangan mendapatkan Emas dan harta berharga lain.

"It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious onyx, or the sapphire" (Book of Job 28:16 -King James Version)

Ternyata Ophir (Kepulauan Sulu) lebih dikenali, apakah sebabnya? Adakah mungkin dari Sulu lah bermulanya peradaban? Dalam mistisfiles.blogspot.com terdapat teori tentang Pentas Sunda, dinyatakan,


"Pada tahun 1998, seorang sarjana kelahiran British telah menerbitkan kajiannya yang berjudul Eden in the East: The Drowned Continent of Southeast Asia, telah mengungkapkan konsep Sundaland, berdasarkan bukti-bukti geografi dan antropologi mengatakan bahawa penduduk Nusantara berasal dari satu peradaban purba yang maju disebut Sundaland ini.

Foto: Kapal layar bangsa Kanaan (Phoenicians) keluar dari muara. Bangsa Kanaan punya peradaban gemilang dari 1100 SM hingga 500 tahun sebelum Masihi.

Kemudian akibat dari sebab-sebab perubahan cuaca dan geografi seperti bencana alam, bangsa Sundaland ini telah berpindah ke lain-lain kawasan di dunia dan menimbulkan kaum-kaum baru. Teorinya telah menimbulkan kegemparan dan kontroversi di kalangan cendekiawan arkeologi dan antropologi sejak ramai sarjana mula berminat dengan teori tamadun manusia sebenarnya bermula di kawasan Asia Tenggara bukannya di Timur Tengah, atau sekurang-kurangnya wujud pada selang masa yang tidak begitu jauh."


Kapal laut tentera Sulu yang dinamakan Adjung atau Joangga. Sekali pandang seperti kapal lautViking. Dipercayai kapal Joangga masih digunakan ketika zaman Amerika Syarikat sampai ke Jolo 1900-an.


Lamaholot Bermulanya Peradaban?

Itu adalah teori seorang sarjana British yang meungkin ada kebenarannya berkenaan Pentas Sunda (Sundaland). Tetapi Bagaimana pula kalau ada yang mengatakan bahawa Sundaland itu sebenarnya adalah Lama Holot? Berikut ialah pencarian seorang jurnalis merangkap bupati iaitu Dr. Simon Hayon dari Flores Indonesia,

"Soalan: Ini antara lain yang membuat heboh di Flores Timur, yaitu pernyataan Anda yang menyebut Lamaholot sebagai pusat peradaban dunia. Tolong dijelaskan?

Itu kan asumsi saya, dengan memperhatikan (apa yang ada dalam masyarakat Flores Timur, Red). Kan saya keliling dari desa ke desa. Saya memperhatikan nama-nama, simbol-simbol. Nama itu misalnya Solor, masih ada secara fisik. Ada jagung Solot, ada orang yang namanya Solot. Dan saya mempunyai asumsi bahwa ada sebuah benua yang hilang, yang disebut Benua Solot. Benua Solot itulah benua awal. Sekarang kita mencari Benua Solot itu ada di mana? Ya, tentu dengan ilmu pengetahuan dan teknologi yang dimiliki manusia, yang juga sebenarnya dalam penguasaan Tuhan, kemudian bisa dikaji, di mana itu Benua Solot?

Yang kedua, para ilmuwan pun berpendapat bahwa peradaban bermula di Timur. Pertanyaan kita, Timur itu yang mana? Setiap kelompok, setiap orang boleh mencari. Apakah Timur itu di Sulawesi, di Irian, di Timur Tengah, kan bisa saja. Dan, sebagai orang yang menggali akar budaya Lamaholot, saya juga bisa mempunyai asumsi seperti itu. Tinggal saja nanti dikaji, seperti apa? Nah kalau di dalam perkembangan peradaban dunia, ternyata terjadi pencemaran-pencemaran, kontaminasi yang tidak sesuai dengan ajaran leluhur, maka perubahan pun harus dimulai dari Timur. Secara teoretik para ilmuwan berpendapat begitu."

Sumber:http://jurnalis-ntt.blogspot.com/2008/07/bupati-flores-timur-drs-simon-hayon.html

Lamaholot sebenarnya kalau diperhatikan akan menjadi Lama Holot atau Lama Solot. Membawa maksud Holot Lama atau Holot zaman dahulu kala. Solot itu sendiri adalah merujuk kepada Kepulauan Sulu. Belanda dan Spanyol berkongsi lidah dalam menyebut Solot hingga sebutannya menjadi Holot atau Holo (Jolo) bagi Spanyol. Bani Israel menyebutnya sebagai Ophir atau Gold of Ophir seolah-olahnya merujuk kepada satu daerah yang punya peradaban yang penuh emas kekayaan.

Satu catatan akhir abad ke-15 telah menjawab segala kemusykilan Dr Simon Hayon iaitu The Book of Duarte Barbosa. Terkandung dalamnya negeri-negeri yang bersempadan dengan Laut India dan kedudukan masyarakatnya ditulis oleh Duarte Barbosa sendiri, beliau berbangsa Portugis bekerja sebagai penulis dan pedagang akhir abad ke-15 meninggal dalam tahun 1521. Buku beliau akhirnya dapat diterbitkan pada 1812. Dalam buku tersebut menyatakan bahawa Solor sebenarnya adalah merujuk kepada Kepulauan Sulu (Sulu Archipelago) dan Northeast Borneo,

"123. Solor 206, the name refers to the Sulu Archipelago and to North-east Borneo. Visited by the Spanish expedition. Gold and pearls."

Tome Pires, pada tahun 1524 menulis dalam Suma Oriental [Summa of the East] turut memetik catatan Barbosa,

"Cartas, III, 92-3. Barbosa refers to the ‘Isles of Borneo’, also placing them too much to the north, beyond the Island of Solor (Sulu Archipelago)."

Fakta di atas telah berjaya memecahkan kebuntuan tentang maksud dan lokasi sebenar Solot atau Solor. Penjelasan di atas juga memungkinkan kita mendapat jawapan kepada satu persoalan, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Tarsis dan Ophir? Kalau dirujuk dalam carian internet perkataan TARSIS tiada jawapan demikian Ophir. Kami optimis perkataan ini adalah dari bahasa Mesir Kuno atau pun bahasa Kanaan (Phoenicians) yang diguna pakai oleh Hebrew bermaksud Gold and Pearls. Ternyata tidak lain melainkan Kepulauan Sulu.

Kapal Viking di Scandinavia tak ubah seperti kapal perang Sulu yang dinamakan Joangga atau Adjung oleh Tausug


Kedatangan Viking Scandinavia?


Benarkah Viking Scandinavia pernah datang ke Nusantara? Sebelum ini kita dikejutkan dengan orang Liquios di Kepulauan Sulu yang kerja mereka mengangkut emas dan perak serta barang-barang berharga lain yang dikatakan tiada persamaan dengan orang Nusantara. Walau pun sebenarnya kita dapati (dengan kehadiran pelbagai bukti) orang Liquios itu sebenarnya adalah orang Sulu (Tausug) sendiri, namun dari catatan rahsia Spanyol bertajuk Collecion General de Documentos Relativos a las Islas Filipinas menjadikan kita cuak dan perlu "menyelam" lebih jauh lagi untuk mendapatkan jawapannya,

"...the Lequios were big, bearded, and white men... So who could the Lequios be but the remnants of Hebrews and Phoenicians who have made some enclaves along the Southeast Asian shores?"

Likus berbadan besar, berjambang dan berkulit putih, satu rupa paras yang tidak mungkin termasuk sebagai orang Mala atau Ayta mahu pun Dayak Nusantara. Akhirnya mereka dianggap sebagai kemungkinan keturunan dari Bani Israel dan Phoenicians (Mesir Kuno). Kemungkinan tersebut sangat tidak masuk akal, Collecion General de Documentos Relativos a las Islas Filipinas baru sahaja dicatat dalam abad ke-16, sedangkan Mesir Kuno dan Kerajaan Bani Israel sudah runtuh lama sejak sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. lagi. Kalau pun masih ada tidak mungkin masih kelihatan besar, berjambang dan berkulit putih kerana mereka tentu sudah berasimilasi dengan Kaum Ayta di Kepulauan Sulu. Kami berpendapat, sekiranya The Lost Ten Tribes Of Israel memang wujud dan datang ke Sinim atau Ophir (Kepulauan Sulu), dengan jumlah mereka yang sedikit itu, pasti warna dan bentuk badan mereka sudah diserap kedalam suku-suku kaum Ayta mahu pun Tausug yang begitu ramai bertebaran di pulau-pulau.

Kalau bukan Tausug siapakah mereka yang dikatakan berbadan besar, berjambang dan berkulit putih itu? Untuk mendapatkan jawapannya mari kita lihat lebih jauh ke Eropah. Dalam satu laman web http://www.insula-moenia.dk/mon_viking_age.html, memberi keterangan ringkas tentang Bangsa Viking,

"The Viking age, about 800 – 1050 A.D., was an unsettled time and people had to bury their gold and silver, so that it wouldn´t be stolen."

Siapakah bangsa Viking ini? Bagaimana pula mereka boleh sampai ke Sulu? Dalam laman web http://www.thepoliticalcesspool.org/blog/2009/08/01/true-history-of-the-vikings/,

"The Vikings lived from the late eighth to the early eleventh century and their relatively short history had a massive impact on western society.... The Vikings were not one nation but different groups of warriors, explorers and merchants led by a chieftain. During the Viking age, Scandinavia was not separated into Denmark, Norway and Sweden as it is today, instead each chieftain ruled over a small area. The word Viking does not refer to any location, but is the Old Norse word for a person participating in an expedition to sea."


Hairan, kenyataan di atas tampak ada kesamaan dengan bangsa Sug. Berbilang suku kaum bersatu menjadi pejuang yang hanya diketuai oleh nakura' (Nakhoda) atau Datu mereka, yang mana setiap Datu menguasai sebahagian kecil kawasan (pulau) kekuasaannya. Bangsa Sug hanya berminat dengan expedisi menjelajah lautan dan perdagangan. Boleh dikatakan hampir 100% sama ciri-ciri Viking dengan Tausug. Maka apa pula buktinya mereka pernah datang ke Nusantara atau Sulu secara spesifik?

Dalam laman web yang sama iaitu dibawah tajuk "The Vikings lived only in Scandinavia" dijelaskan,

"The Vikings did originate from the Scandinavian countries, but over time they started settlements in many places, reaching as far as North Africa, Russia, Constantinople, and even North America. There are different theories about the motives driving the Viking expansion, the most common of which is that the Scandinavian population had outgrown the agricultural potential of their homeland.

Another theory is that the old trade routes of western Europe and Eurasia experienced a decline in profitability when the Roman Empire fell in the 5th century, forcing the Vikings to open new trading routes in order to profit from international trade."

Maka pembuktian kami sudah lengkap, walau pun sekadar hipotesis kerana tiada bukti bertulis kurun sekian dan sekian tetapi fakta kami sejak dari mula tidak bertepuk sebelah tangan. Ia seolah-olah seperti "jigsaw puzzle" yang hanya perlu disambung dan disuaikan kerana faktanya sudah tersedia. Hasil kajian yang kami paparkan tidak memerlukan teka-teki mahu pun kata-kata kunci yang memeningkan kepala. Sangat mudah dan senang dicerna oleh akal.


Kesimpulan Sebagai Penguat Fakta

Sebelum kami mengakhiri artikel ini dengan kesimpulan, beberapa ulang tayang perlu dipersembahkan semula. Kerana mungkin ada yang tidak berapa "tangkap" dan sukar menyuaikan fakta-fakta di atas hingga sampai ke tajuk kesimpulan ini pun masih terpinga-pinga. Berikut ialah fakta-fakta yang kami telah paparkan sebelum ini:

  • Pertama: Fernão de Magalhães menyatakan "a white race of people called the "The Lequios" who lived in the Philippine islands before the arrival of the Spaniards..."
  • Kedua: the Lequios were big, bearded, and white men. They were only interested in gold and silver when trading at Ophir.
  • Ketiga: "...the ancient name of Sulu Archipelago, aside from being called, Sug, Sugbu, Sulug, Sulu, Suluk, Sooloo, Solor, Xooloo, Solot, Sulut and Solok. There is a Russian word for “Island” that is Ainaisuollok and Scandinavian language or the Northern Sami word Suolo does mean“Island”. Gavin Menzies mentioned in his book “1421: The Year China Discovered the World” the word “an suolu” that brought the meaning as “no arable land”.
Perhatikan tulisan berwarna merah di atas.
  • Pertama: Spanyol mendapati ada orang berkulit putih tinggal di kepulauan Filipina yang dinamaka "Liquios" sebelum kedatangan Spanyol. Di sini para pencatat sejarah ini telah lakukan kesilapan, iaitu menamakan "Philipine island" kepada kepulauan Sulu Utara sedangkan nama Philipine hanya muncul setelah Spanyol dapat menduduki Manila itu pun menamakannya sempena nama King Philip di Spanyol.
  • Kedua: Orang Liquios yang disebutkan itu adalah berkulit putih seperti orang Eropah, berbadan besar dan berjambang serta hanya berminat dengan emas dan perak. Ternyata mereka bukan Tausug, yang ada persamaan dengan Tausug ialah hanya berminat dengan Emas dan Perak. Untuk jawapan yang benar dan paling selamat ialah mereka adalah bangsa Eropah yang datang lebih awal dari Kolonialis abad ke-14. Mereka bersatu dengan Tausug yang sudah lama menguasai lautan Sulu dan Nusantara.
  • Ketiga: Cuba perhatikan, bagaimana orang Russia menyebut pulau sebagai AiniSuollok manakala orang Scandinavia pula menyebut Suolo? Dan dikuatkan pula dengan perkataan bahawa Suolo bermaksud Tanah Subur, bukankah sama dengan Sulu? Mereka tidak ubah seperti menyebut SULUG dan SULU. Ini membuktikan terdapat perhubungan purba antara Russia-Scandinavia dengan bangsa Sulu.
Kemudian untuk menyelesaikan "Puzzle" ini perlu melihat sejarah Scandinavia secara saintifik dan tulus,

"The Vikings lived from the late eighth to the early eleventh century and their relatively short history had a massive impact on western society.... The Vikings were not one nation but different groups of warriors, explorers and merchants led by a chieftain. During the Viking age, Scandinavia was not separated into Denmark, Norway and Sweden as it is today, instead each chieftain ruled over a small area. The word Viking does not refer to any location, but is the Old Norse word for a person participating in an expedition to sea."

Kemungkinan besar yang sukar disangkal dengan apa cara sekali pun ialah memilih dari salah satu jawapan berikut, samada:

  • Viking yang menjadi mentor kepada Tausug menjadi pahlawan hebat dan menjadi ahli pelayaran.
Penjelasan: Kalau ini benar, Sulu yang disebut Sinim, Tarsis (Emas) dan Ophir (Mutiara) yang sudah terkenal semenjak zaman Fir'aun dan Bani Israel (Nabi Sulaiman a.s.) ini tentunya tidak berguna lagi untuk dibicarakan. Negeri yang banyak menyimpan harta seperti emas dan mutiara semenjak zaman purba lagi memerlukan kekuatan ketenteraan serta keberanian sebagai aset "pengawal" kepada wilayah mereka dari dirampas orang atau ditakluki oleh bangsa lain.
  • Atau pun sebenarnya Viking yang datang berdagang lebih awal ke Sulu pada abad ke-8 atau lebih awal lagi, telah mula terinspirasi dari semangat Tausug yang bekerja keras menyelam mutiara dan menjualnya ke seluruh Nusantara hingga ke China. Kemudian Viking pulang ketempat asalnya Eropah mencari emas dan perak sebagaimana orang Tausug.
Penjelasan: Oleh kerana Tausug mempunyai modal mutiara untuk perdagangan Viking pula tidak ada apa-apa yang perlu diselam di Scandinavia, sebab itu mereka menjadi penakluk untuk mendapatkan emas dan perak. Tausug pula telah citatat oleh ahli sejarah walau pun berani berperang dan ganas tetapi tidak berminat dengan penaklukan kecuali hanya menjaga kawasan perdagangan mereka. Pulau Luzon, Cebu, Butuan, Layte, Visaya, Palawan, Borneo, Mindanao dan Suluwesi (Sulawesi) Tausug tidak menakluknya secara ketenteraan tetapi dengan kaedah perdagangan dan perkongsian yang menguntungkan sehingga bangsa Ayta dan Dayak dan Orang Laut senang dengan Tausug.

Maka benarlah apa yang dikatakan oleh James Dunnigan, walau pun beliau dengan nada yang keji dan merendah-rendahkan Tausug,

"Orang Tausug adalah seperti orang Viking, mereka pahlawan yang ganas, tiba-tiba muncul dari laut tanpa diduga dengan kapal layar mereka yang pantas…mereka empunya versi Viking yang tersendiri, seperti juramentado (berani mati)…antara kaum Moro (Muslimin) yang paling bengis dan kejam ialah Tausug."

Dia sambung lagi (dalam bahasa Inggeris),

"Unlike the Vikings, the Moros (as the Moslems of the southern Philippines came to be called) did not conquer distant lands and set up colonies. This was mainly because the Moros preferred endless feuds with other clans and tribes, rather than empire building."


Asreesulu & Neldy Jolo

Post a Comment