Sandakan Tempat Saya Dibesarkan!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, August 6, 2009 2 ulasan


Host unlimited photos at slide.com for FREE!
Pemandangan Kg Bahagia, Sandakan hari ini.

Hijrah dari Jamperas
Setelah beberapa tahun tinggal di Jamperas, Sandakan yang didiami 100% oleh kaum Sulu, keluarga penulis berpindah dan menetap di Kg Gelam (sekarang sudah diroboh dan didirikan bangunan Perpustakaan Sandakan) yang lokasinya berada hanya satu kilometer dari Bandar Sandakan. Penulis difahamkan, ayah dapat membina rumah setinggan di Kg Gelam sebelum pindah dari Jamperas adalah pada tahun antara 1979-80.

Dengan lokasi rumah tepi laut memudahkan penulis mandi laut bersama kawan-kawan sebaya ketika itu. Sudah menjadi tradisi Tausug menjadi perenang kerana budayanya yang senantiasa mengharungi laut. Adalah satu perkara yang menjengkelkan menjadi seorang Tausug yang tidak pandai berenang. Menjadi perenang adalah satu kemestian.

Pada mulanya tinggal di Kg Gelam, penulis agak janggal bergaul dengan kawan-kawan baru berbangsa Bugis dan Sungei ketika itu kerana perbezaan bahasa. Penulis dibesarkan dengan bahasa Tausug tiba-tiba bergaul dengan bangsa yang bertutur dalam bahasa Melayu. Pada usia 6 tahun (1982) penulis mula menconteng pasir dibawah rumah ketika air laut surut. Pasir yang basah kemudian dilukiskan sesuatu atasnya dan setelah ditiup akan menghasilkan lukisan menarik. Dalam usia ini penulis telah menjadi pelukis "tepi pantai", satu kemahiran yang tiada pada kawan-kawan lain ketika itu. Kawan-kawan bertepuk tangan seronok terhibur dengan lukisan walau pun yang penulis lukis adalah orang lidi.

Mula Ke Sekolah
Pada tahun 1984 penulis mula menjejak ke sekolah rendah (tanpa tadika) iaitu SK Bandar Sandakan (sekolah ni menumpang di bangunan SRJK Ching Min). Ketika hari pertama di sekolah, penulis senantiasa di temani oleh ibu ketika itu. Bila ibu hilang dari pandangan, penulis akan menangis ketakutan sampai menggigil kepala lutut. Entah lah apa yang ditakutkan ketika itu, sebab mungkin suasananya yang sangat asing. Penulis menjadi tenang setelah seorang cikgu perempuan memberi sehelai kertas pendua A4 setiap murid dan disuruh lukis apa sahaja yang kami mahu. Kemudian cikgu keluar bagi kami masa melukis.

Penulis masih ingat, dengan bangganya penulis mula melukis imej Shaolin Kungfu sedang main pedang dengan salah seorang tertikam di dada. Bila cikgu sampai dan lihat lukisan yang penulis lukis beliau terkejut. Sangat diluar jangkaan, cikgu berkata, "Kamu yang lukis kah ibu kamu? Biar betul kamu ni Julasri? Pandai-pandai kamu suruh ibu kamu melukis, mana ibu mu?" cikgu lihat kiri kanan mencari ibu penulis. Rupa-rupanya ibu telah pun balik ke rumah ketika penulis leka melukis sejak tadi. Penulis hanya terkebil-kebil tidak mampu menjawap. Hingga hari ini cikgu tersebut tidak percaya bahawa lukisan tersebut penulis yang lukis. Mana mungkin seorang yang tidak pandai membaca dan menulis begitu pandai melukis figure. Penulis hanya pandai membaca ketika hujung tahun di darjah dua.

Photobucket
Masjid Darussalam Kg Bahagia masih berdiri gagah hari ini. Imam yang pertama dilantik ialah datuk penulis (Imam) Mohammad Salleh bin Elaji pada tahun 1984.

Pindah Ke Kg Bahagia
Beberapa bulan kemudian ayah penulis mendapat tawaran untuk tinggal di Kg Mawtas (sekarang Kg Bahagia) dibawah program UHCR (Amnesty). Kebetulan ayah penulis adalah ahli MNLF sebab itu mendapat tawaran rumah PERCUMA di Kg Bahagia. Maka sejak itu, usia persekolahan di waktu kanak-kanak dan remaja penulis banyak dihabiskan di Kg Bahagia. Nostalgia terlalu banyak di Kg Bahagia. Tiada tempat yang paling dirindui oleh penulis melainkan suasana Kg Bahagia. Dengar-dengarnya Kg Bahagia akan dirobohkan kerana telah tamat perjanjian tanah antara kerajaan Sabah dengan UNHCR (Amnesty) selama 40 tahun.

Sedih kalau ia dirobohkan.

Asree
Sandakan diambil dari bahasa Tausug bermaksud "sandarkan" atau pajakkan. Perjanjian pajakan Borneo Utara antara Sultan Sulu dan Alfred Dent 1878 berlaku dalam residensi Sandakan.
  1. Hello semua,
    Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi Encik Osman Loan Firm untuk jumlah pinjaman perniagaan sebanyak $ 250,000, Kemudian saya diberitahu tentang langkah meluluskan jumlah pinjaman saya diminta, selepas mengambil risiko sekali lagi kerana saya begitu banyak terdesak untuk menubuhkan sebuah perniagaan untuk kejutan terbesar saya, jumlah pinjaman dikreditkan ke akaun bank saya dalam tempoh 24 jam perbankan tanpa sebarang tekanan untuk mendapatkan pinjaman saya. Saya terkejut kerana saya mula jatuh mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan apa-apa jumlah pinjaman & anda berada di mana-mana negara, saya akan memberi nasihat boleh menghubungi Encik Osman Loan Firm melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com

    BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
    Nama pertama......
    Nama tengah.....
    2) Jenis Kelamin: .........
    3) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .........
    4) Tempoh Pinjaman: .........
    5) Negara: .........
    6) Alamat Rumah: .........
    7) Nombor Telefon: .........
    8) Alamat e-mel ..........
    9) Pendapatan Bulanan: .....................
    10) Pekerjaan: ...........................
    11) Yang tapak adakah anda di sini tentang kami .....................
    Terima kasih dan salam mesra.
    Derek Email osmanloanserves@gmail.com

  1. = Kami menawarkan berbagai layanan keuangan yang meliputi: Perencanaan Bisnis, Komersial dan Pengembangan Keuangan, Properti dan Hipotek, Pinjaman Konsolidasi Utang, Pinjaman Bisnis, Pinjaman Swasta, Pinjaman Pembiayaan Kembali Rumah dengan suku bunga rendah per tahun untuk perorangan, perusahaan dan badan hukum . Dapatkan yang terbaik untuk keluarga Anda dan miliki rumah impian Anda juga dengan skema Pinjaman Umum kami. Pelamar yang tertarik harus Hubungi kami melalui BBM INVITE: {D8980E0B}
    Hanya WhatsApp: (+ 44) 7480 729811
    Tel .... (+ 44) 7480 729811
    Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

Post a Comment