Isu Fitnah Halau: Sultan Bantilan Beri Penjelasan!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, August 21, 2009 0 ulasan

Sebentar tadi pihak kami telah menghubungi pemimpin utama UTC, Sultan Bantilan Muizuddin II ibni Datu Wasik-Aranan. Baginda ketika ini sedang berada di Zamboanga City menggerakkan program perpaduan ummat Islam Sulu dalam satu payung United Tausug Citizens.

Pihak kami menghubungi Baginda kerana beberapa orang telah menghubungi kami dari Sabah kononnya Sultan Bantilan telah dihalau dari Jolo, kerana dihalau oleh tuan rumah di Billukan Drive iaitu Pak Ju (Ayah kepada Asarani bin Panglima Durani), sebab itu Baginda lari ke Zamboanga City. Apakah jawapan Baginda Sultan terhadap isu ini?

Berikut penulis dedahkan segala perbualan kami dalam telefon (dalam bahasa Tausug ke bahasa Melayu):

Asree:
Nasaplag na in suy-suy ha manga kakase ta di ha Sabah sampay mari pa Semenanjung Malaysia bahasa kunu' in ikaw tuwan ku diyuy sin tagbay kiyaruunan mu ha Sug (Billukan Drive), laung ta amuna hinda Pak Ju iban manga pamili nila. Unu tuud in titah mu ha kahalan ini?

Telah tersebar cerita di kalangan kaum Sulu Sabah dan di Semenanjung Malaysia bahawa Tuanku berada di Zamboanga City sekarang kerana dihalau oleh Pak Ju dan keluarganya dari rumah mereka di Billukan Drive, Buansa, Jolo, Sulu. Apa yang Tuanku boleh katakan tentang hal ini?

Sultan:
Bunnal tuud in manga yan fitnah sin manga manusia nasasat in pangatayan nila sin syaitan. Piyalabi nila in himumungan puting haway kiyamatahan nila in pakaradjaan jimatu. Piyalabi nila in pagpulakkanat dain ha paghambuuk iban pagkasi lasa.

Sebenarnya itulah fitnah yang ditaburkan oleh manusia yang hatinya telah disesatkan Syaitan. Mereka mengutamakan percakapan dusta tanpa melihat sendiri apa yang telah berlaku. Mereka mengutamakan perpecahan berbanding perpaduan dan kasih sayang.

Bahasa diyuy aku dain ha Sug kaagi sin tagbay? In tagbay hi Pak Ju, pangasubu mayta' in anak hi Pak Ju yari miyamagad kaku' ha Zamboanga lamud na pamanga kataymanghuran niya? Mayta hi Asarani yadtura ha ofis nag hihinang sin hinang magregister sin kasulat-sulatan sin UTC ha Sug? In sila loyal pa ha UTC iban tumpukan nakura' niya. In aku miyari pa Zamboanga sabab in UTC malugay na nag gara' mag pasagplag sin UTC di Zamboanga. Pagga aunna lidjikih bay pyabus sin kakase di ha Zamboanga, simaut kami pagga aunna bay karuunan hikatanam sin pag parade hasusungun.

Kononnya beta telah dihalau dari rumah oleh tuan rumah di Jolo? Tuan rumah ialah Pak Ju, persoalan, mengapa anak Pak Ju dan saudara maranya ikut bersama Beta ke Zamboanga sekarang? Mengapa Asarani masih berada di pejabat UTC sibuk mendaftarkan keahlian serta surat menyurat UTC di Jolo? Ternyata mereka masih setia dengan UTC dan kepimpinannya. Beta datang ke Zamboanga sebab UTC sudah lama mengidam untuk memulakan gerakan di Zamboanga City. Oleh kerana sudah ada ahli UTC Zamboanga yang pinjamkan rumahnya maka Beta kira inilah masanya memulakan gerakan (perarakan) di Zamboanga pula.

In sila nakalamud ha manga nag papasaplag sin fitnah yan subay sila magtaubat pa Tuhan Rabbul Alamin yari kita ha bulan mullia ini. Way guna kiyakandut nila Agama Islam ha laum ginhawa baran nila sakali in biyabadju' nila kafitnah-fitnahan paka taymanghuran nila Muslim nag papanaw si maksud. In kami duma maghambuuk mag kasi lasa bukun mag pulakkanat.

Mereka yang melibatkan diri dengan membawa fitnah mereka perlu bertaubat kepada Tuhan Rabbul Alamin kebetulan kita berada dalam bulan mulia ini (Ramadhan). Tiada guna mereka membawa Agama Islam dalam jiwaraga mereka tetapi masih tergamak memakai baju fitnah terhadap saudara seagama mereka yang berjuang. Kami membawa gagasan perpaduan dan kesatuan bukannya perpecahan.


Asree:
Unu naman Tuanku in nahinang niyu duun iban manga UTC ha Zamboanga bihaun?

Apa perkembanga gerakan Tauanku dan UTC di Zamboanga sekarang?


Sultan:
Alhamdulillah magsusung iban positif in panaymai sin mahadjana' amin sila sasuku' sin nakahati. Kahapun nahipuh in laum bay sampay pa guwah sabab awun tumpukan dimatung himati sin maksud. Agun di' magbugtu' in datung sin manusiya'. In tagnah, UTC ha Sug in nag tulung tabang katuh manga fraternity sin KRK, malagguh pagsarang sukulan ta kanila, bihaun di ha Zamboanga City hambuuk na isab fraternity miyagad katuh. Sila ini pagnganan MRB (Muslim Royal Brotherhood), in ahli nila awun labi 100,000 sampay pa Indonesia iban Sabah.

Alhamdulillah, semakin hari banyak kemajuan positif dari penerimaan orang ramai khususnya bagi mereka yang tahu kehadiran kami. Kelmarin rumah ini penuh dengan pengunjung sehingga melimpah keluar kerana kedatangan dari satu kelompok yang inginkan penjelasan. Hari ke sehari kunjungan dari pelbagai pihak tidak putus-putus. Ketika dulu, UTC di Jolo dibantu oleh kumpulan persaudaraan KRK, sangat besar ucapan terimakasih kita pada mereka, sekarang di Zamboanga City ada lagi satu kumpulan menyertai kita. Mereka menamakan kumpulan mereka MRB (Muslim Royal Brotherhood), mereka punya keahlian lebih 100,000 orang termasuk Indonesia dan Sabah.

Ha pitsa 28 ini insyaAllah, ha anniversary sin MRB piyangayuh nila kita dimihil himumungan ha majlis nila. Biyaitaan kuna hi Atty. Meltino Jaujan Sibulan, kami karuwa in dimihil misan dakuman hambuuk pa tu bissara. In UTC dimihil 100 Al-Quran ha MRB sabab ha majlis nila awun pagpangadji' sin kabataan. InsyaAllah makapaawun da kita parade hi ha Zamboanga. In panji ta masi-masi naman nag kikibad yuusuk ha taas bubungan sampay pa lupah. Ha unahan sin bay ini sadja awun lima panji.

Pada 28hb ini insyaAllah, hari ulangtahun penubuhan MRB mereka minta kita memberi ceramah dalam majlis tersebut. Beta telah maklumkan kepada Atty. Meltino Jaujan Sibulan, kami berdua akan memberi ceramah dalam majlis itu. UTC akan menghadiahkan 100 naskah Al-Quran kerana dalam majlis tersebut ada pembacaan Al-Quran kepada anak-anak MRB. InsyaAllah kita akan adakan perarakan juga nanti di Zamboanga. Bendera kita masih berkibar dipacak atas bumbung rumah sehingga ke tanah. Di hadapan rumah sahaja ada lima bendera.


Asree:
Unu pa Tuanku in himumungan mu amin hikapasampay ta pamanga taymanghud ta di ha Malaysia, Brunei, Acheh, Singapura, Pattani iban Indonesia?

Apa lagi pesanan Tuanku yang boleh kita sampaykan kepada saudara-saudara kita di Malaysia , Brunei, Acheh, Singapura, Pattani dan Indonesia?

Sultan:
In kami umat Islam UTC mangayuh tuud tatabang kanila, sokongan misan dakuman duwa'a. In labi marayaw tuud yari kita niyu halaum bulan mullia ini in UTC parlu tuud hamanga tatabang unu na sadja ginis tabang. In kami bukun tau dugaing malaingkan taymanghud nila hangka agama. Di' kami mayngat sumukat pilak atawa bulawan, buat malaingkan in hinang ini bukunsadja hikarayaw kamuh UTC sagawah hikarayaw pa katuh taniyu ummat Islam katan.

Kami umat Islam UTC sangat mengharapkan bantuan daripada mereka, sekurang-kurang memohon do'a in untuk menguatkan perjuangan ini. Sempena bulan yang mulia ini kami menyeru kepada umat Islam agar membantu kami dengan apa sahaja jenis bantuan. Kami bukannya orang lain malainkan saudara mereka seagama. Kami tidak pun meminta emas dan perak, kerana perjuangan ini bukan sahaja untuk kebaikan UTC tetapi kepada umat Islam keseluruhannya.

Tabang na kamu ha kalnah Tuhan, sabab in kami mangayuh tabang ha kalnah Tuhan. Ha kalnah Tuhan sabab Siya ra tuud in tunggal kapangayuan tabang iban makadihil tatabangan. Bihaun hi Hader Glang mabayah tuud duma mag interview kakuh iban manga bagay niya ha news paper kaibanan. Amusadja magguna sila labi kulang RM 900 ha mag paaun confrence ini, sa' di' makaabut in sen namuh. Hisiyu-siyu na manga taymanghud ta duun makadihil tatabangan pakaria sila tuy pa Zamboanga mari kamuh. Atawa tabang mawun kaniyu duun ha Sabah. Mahuli duun magsukul. Wassalam.

Membantulah kalian kerana Tuhan, kerana kami meminta bantuan pun kerana Tuhan. Sebabnya mangapa kerana Tuhan, tiada tempat meminta pertolongan dan memberi bantuan melainkan Dia. Sekarang Hader Glang (wartawan) terlalu mengharapkan untuk membuat sidang akhbar agar kehadiran kami dapat diketahui seluruh Mindanao, malangnya mereka memerlukan lebih kuran RM 900 yang kami sendiri tidak mampu menjelaskannya. Sesiapa sahaja saudara kami di luar sana yang ingin sampaikan bantuan sila terus datang ke Zamboanga menemui kami. Atau datang hantar bantuan kepada wakil kami di Sabah. Kami sudahi dengan terima kasih. Wassalam.


Asree
Jumaat, 21 Ogos 2009
5:30 PM
Sri Kembangan, Selangor.

Post a Comment