Kemerdekaan Sulu: Satu Penilaian

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, August 11, 2009 0 ulasan

Ketika United Tausug Citizens (UTC) war-warkan deklarasi Sulu Merdeka pada 2010 dalam internet, ramai yang terbeliak biji mata. Samada terbeliak kerana terkejut akan bahaya deklarasi tersebut pada diri mereka atau terbeliak kerana gembira tidak terkata. Deklarasi inilah yang ditunggu-tunggu selama ini. Tetapi ada juga yang tidak ambil peduli lantaran sibuk dengan perniagaan dan kesenangan hidup.

Maka terdapat tiga keadaan PASTI yang boleh diletak berdasarkan reaksi terhadap penerimaan Deklarasi Sulu Merdeka iaitu:



  • Golongan Pertama: Takut terhadap pengisytiharan atau deklarasi Kemerdekaan Sulu.
  • Golongan Kedua: Gembira dengan deklarasi Kemerdekaan Sulu.
  • Golongan Ketiga: Tidak ambil peduli.
Sebelum dijelaskan satu-persatu tiga golongan yang disebutkan di atas, perlulah dimaklumkan bahawa artikel ini dibuat bukan untuk memecah-belahkan perpaduan Umat Nusantara (tanpa mengira agama, apatah lagi perpaduan umat Islam) atau melaga-lagakan pihak-pihak tertentu. Ia sekadar memberi penilaian seterusnya menjadi satu analisis yang perlu dimanfaatkan. Kerajaan Malaysia, Filipina dan Indonesia termasuk Amerika Syarikat hingga hari ini masih tertanya-tanya apakah sebenarnya TUJUAN UTAMA UTC dalam Deklarasi Kemerdekaan Sulu 2010 nanti? Sudah tentu ia melibatkan kepentingan semua pihak. Maka sebarang tindakan menghalang atau mempersetujui tindakan UTC tanpa mengkaji dengan memperhalusi sedalam-dalamnya, dibimbangi akan mendatangkan implikasi buruk.

Samada ia buruk atau baik ia bergantung kepada penilaian semua pihak yang merasakan diri mereka punya kepentingan terhadap sebarang TINDAK-TANDUK Sulu. Sebab itu segala yang berlaku di Sulu dari dulu (zaman perang Marcos Vs MNLF) hingga kini senantiasa menjadi perhatian adalah kerana kepentingan. Sepertimana kenyataan bekas Komander MNLF, Tuan Hj Zakaria "Kerry" Abdullah “there are no permanent friends or permanent enemies, only permanent interests”.

Penilaian Terhadap Golongan Pertama
Golongan pertama ini ialah mereka yang takut seterusnya tidak mahu dengan Deklarasi Sulu Merdeka samada 2010 atau sampai bila-bila pun atas sebab tertentu. Siapakah golongan pertama ini? Mereka ialah sebahagian kecil anggota atau bekas anggota Moro National Lebaretion Front (MNLF) iaitu para pemimpin atasan atau tertinggi mereka, sebahagian kecil anggota Moro Islamic Lebaretion Front (MILF), Kerajaan Filipina (pasti tidak setuju malah menentang secara ketenteraan), Kerajaan Malaysia (hanya sekiranya melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak), Kerajaan Indonesia (hanya sekiranya melibatkan 3 wilayah kuasa Maritim Sulu iaitu Kalimantan, Sulawesi dan Kepulauan Riau-Sumatera kerana dikira dalam SULU ZONE abad ke-17 & 18). Maka dapatlah disusun seperti berikut:

  1. Moro National Lebaretion Front (MNLF) iaitu para pemimpin atasan atau tertinggi mereka.
  2. Sebahagian kecil anggota Moro Islamic Lebaretion Front (MILF).
  3. Kerajaan Filipina & para Gabernur Sulu (pasti tidak setuju malah menentang secara ketenteraan).
  4. Kerajaan Malaysia & Sabahan (hanya sekiranya melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak).
  5. Kerajaan Indonesia (hanya sekiranya melibatkan 3 wilayah kuasa Maritim Sulu iaitu Kalimantan, Sulawesi dan Kepulauan Riau-Sumatera kerana dikira dalam SULU ZONE abad ke-17 & 18).
Mengapa mereka termasuk dalam kelas golongan pertama? Penulis akan jelaskan kemudian.

Penilaian Terhadap Golongan Kedua
Golongan ini adalah yang paling gembira dengan Deklarasi Kemerdekaan Sulu berdasarkan sebab-sebab tertentu. Siapakah yang termasuk dalam golongan ini? Mereka ialah anggota atau bekas anggota MNLF yang tiada pangkat dan jawatan (silent majority), Rakyat Sulu yang miskin dan sederhana (silent majority), Rakyat Mindanao yang miskin atau sederhana (silent majority), Kerajaan Malaysia (sekiranya UTC tidak menuntut Sabah dan Sarawak, kerana Sarawak termasuk dalam SULU ZONE), Kerajaan Indonesia (sekiranya tidak melibatkan tuntutan terhadap wilayahnya dalam SULU ZONE), Kerajaan Brunei Darussalam (kerana kepentingannya terhadap Limbang), Kerajaan Singapura (kerana ingin besarkan wilayahnya oleh sebab itu kepulauan Riau-Sumatera akan menjadi target), Kerajaan Amerika Syarikat (kerana punya ikatan sejarah dengan Sulu antara 1900-an hingga 40-an serta kepentingannya terhadap Gold Bar Sulu termasuk kepentingannya terhadap telaga minyak di Laut Sulu kerana lebih besar dari rizab minyak Tanah Arab, dan juga longgokan emas tulin di sekitar perairan Jolo, ini disahkan oleh pelan setelit PETRONAS). Maka dapatlah disusun seperti berikut:

  1. Anggota atau bekas anggota MNLF yang tiada pangkat dan jawatan (silent majority).
  2. Rakyat Sulu yang miskin dan sederhana (silent majority).
  3. Rakyat Mindanao yang miskin atau sederhana (silent majority).
  4. Kerajaan Malaysia (sekiranya UTC tidak menuntut Sabah dan Sarawak, kerana Sarawak termasuk dalam SULU ZONE).
  5. Kerajaan Indonesia (sekiranya tidak melibatkan tuntutan terhadap wilayahnya dalam SULU ZONE).
  6. Kerajaan Brunei Darussalam (kerana kepentingannya terhadap Limbang).
  7. Kerajaan Singapura (kerana ingin besarkan wilayahnya oleh sebab itu kepulauan Riau-Sumatera akan menjadi target).
  8. Kerajaan Amerika Syarikat (kerana punya ikatan sejarah dengan Sulu antara 1900-an hingga 40-an serta kepentingannya terhadap Gold Bar Sulu termasuk kepentingannya terhadap telaga minyak di Laut Sulu kerana lebih besar dari rizab minyak Tanah Arab, dan juga longgokan emas tulin di sekitar perairan Jolo, ini disahkan oleh pelan setelit PETRONAS). Sulu adalah penyelamat untuk memulihkan kegawatan ekonomi dunia kepada AS sebab itu mereka katakan "Untuk menyelamatkan AS mesti kembali kepada ASIA".
Penjelasan terhadap golongan ini akan dijelaskan kemudian.

Penilaian Terhadap Golongan Ketiga
Golongan ini adalah yang tidak ambil tahu langsung dengan perkembangan di Sulu atau perkembangan kedatangan bahaya konspirasi antarabangsa terhadap ummah. Mereka ini adalah golongan dungu yang hanya mementingkan tali perut semata-mata. Hedonisma, nepotisma dan kapitalisma (tidak membayar zakat) serta bergelumang dengan politik dusta-rasuah dengan konsep TIADA BALA atau TIADA NERAKA adalah identiti mereka. Mereka adalah golongan kaya yang sibuk mengumpul harta serta golongan miskin yang melarat lantaran hanya duduk berdoa memohon bantuan Allah swt tanpa bekerja.

Mereka ini tiada jiwa perjuangan dan dayus. Merekalah yang terpilih dalam golongan manusia yang TIDAK MEMBELI TIKET untuk menaiki bahtera NABI NUH A.S. kerana sibuk dengan dunia. Malangnya inilah golongan MAJORITI di Malaysia dan Indonesia serta sebilangan manusia Muslim di Sulu dan Mindanao yang merelakan diri mereka diperalat dan menjadi tali barut kufar.

Konklusi UTC Terhadap Deklarasi Kemerdekaan
Kerajaan-kerajaan Nusantara tidak pernah menemubual atau berdialog secara langsung dengan UTC (Tausug United Citizens) di Sulu untuk mendapatkan kepastian atau sekurang-kurangnya dapat menjalinkan perhubungan muhibbah. Mereka tidak menghantar wakil setelah berita kemunculan UTC dengan kekuatan tersendiri dapat menggegarkan Jolo. Mendiamkan diri bermakna menunggu pihak lain mengambil kesempatan. Mengapa ini berlaku? Adakah kerana Sulu masih dalam proctorate & administrator Filipina lantaran negara lain tidak berani mengganggu "urusan dalaman" Manila? Sekurang-kurangnya Malaysia dan Indonesia dibantu Brunei dapat menyuarakannya dalam ASEAN atau OIC secara keras (mesyuarat tergempar) untuk mendengar apa yang dibawa oleh UTC. Malangnya mesyuarat tergempar akan hanya berlaku sekiranya UTC yang tidak bersenjata dibunuh beramai-ramai.

Mungkin yang diperlukan terlebih dahulu ialah jawapan kepada persoalan "Apakah pendirian UTC terhadap wilayahnya yang berada dalam tangan MAPHILINDO sekiranya mendapat kemerdekaan?" Malaysia dan Indonesia juga Filipina memerlukan jaminan kondusif dari pihak Tausug & Kesultanan Sulu, inilah turning-point nya. Dalam hal ini UTC sangat jelas tanpa dipengaruhi oleh sesiapa demi keamanan kepada semua, bahawa:

  1. Sultan Sulu (Sultan Bantilan Muizuddin II) dan rakyatnya (UTC) tidak pernah mengklaim Sabah dan wilayah lain yang dianggap wilayah Sulu dalam SULU ZONE sebelum ini sebagai tuntutan UTAMA perjuangannya. Buktinya Sultan Bantilan digelar Sultan Of Sulu sahaja bukannya Sultan Of Sulu & North Borneo seperti mana gelaran Sultan-sultan cendawan sebelum ini. Kerana UTC berpandangan, sebarang tuntutan terhadap Sabah atau wilayah lain yang dianggap wilayah Sulu sebelum ini oleh Tausug & Kesultanan Sulu adalah sebenarnya boleh menyebabkan perpecahan ummah yang akhirnya gerakan UTC tidak mendapat bantuan dari umat Islam Nusantara.
  2. UTC bergerak secara aman tanpa senjata dengan slogan "Tiada Keganasan", Tiada Peperangan" dengan meletakkan perjuangan UTAMA menuntut wilayah asal Tausug & Kesultana Sulu iaitu (Jolo, Basilan-Zamboanga, Tawi-Tawi, Palawan dan North Borneo).
  3. Walau pun UTC ada menyebut North Borneo (Sabah) tetapi bukanlah untuk di klaim kerana Malaysia masih memegang amanah seperti yang termaktub dalam perjanjian pajakan North Boreno 1878 iaitu membayar RM 5,300 setahun.

Berikut adalah keputusan UTC berkenaan dengan isu Sabah,
  1. UTC telah memutuskan dengan muktamad bahawa sebarang urusan yang melibatkan Sabah mestilah diselesaikan secara muhibbah dan persaudaraan seagama di meja rundingan selama mana Malaysia masih menjaga kepentingan-kepentingan rakyat Sulu di Sabah (rakyat Sulu yang tidak mengaku sebagai warga Filipina).
  2. UTC hanya meminta Malaysia mengembalikan hak rakyat Sulu iaitu boleh keluar masuk berniaga ke Sabah tanpa terikat dengan Jus Soli kerana itulah peraturan antara Sultan Sulu dan Kompani British setelah pajakan 1878 yang telah dilupuskan setelah kemasukan Sabah ke persekutuan Malaysia 16 September 1963.
  3. UTC meminta secara rundingan muhibbah dengan kerajaan Malaysia untuk menilai pembayaran pajakan SABAH yang dianggap PAMPASAN bernilai RM 5,300 setahun kepada satu nilai semasa yang difikirkan munasabah dan MASUK AKAL.
  4. Segala rundingan secara muhibbah yang berkaitan dengan HAQ antara Malaysia dan UTC mestilah menggunakan hukum TUHAN (Al-Quran & Sunnah) yang dihadiri oleh Mufti masing-masing yang diletak lebih utama di atas International Law. Ini kerana setelah Sulu Merdeka, undang-undang Islam (berlandaskan Mazhab Imam Syafi'e) akan dilaksana dan dikuatkuasakan.
  5. UTC akan menjalinkan hubungan Simbiotik dengan negara ASEAN tanpa sengketa dan peperangan.
Asas kepada kejayaan gerakan UTC ialah menyatukan semua umat Sulu samada mereka yang mengaku Moro (MNLF), Sulug, Bajau-Sama, Yakan, Kagayan, Kalibugan dengan gelaran TAUSUG. UTC memberi definasi bahawa istilah Tausug bermaksud, "Himpunan pelbagai suku kaum atau bangsa yang tinggal dibawah pemerintahan Kesultanan Sulu yang mana mereka menjadikan bahasa Sug sebagai bahasa Lingua-Franca maka mereka layak mendapat nama TAUSUG". Satu definasi berlandaskan sejarah asal-usul Bangsa Sulu semenjak sebelum kedatangan Islam.


Artikel di atas berdasarkan kandungan manuskrip "SEJARAH TAUSUG" yang bakal diterbitkan karya bersama Asreesulu & Neldy Jolo (sebelum ini Asreemoro).

Post a Comment