Kesatuan Melayu Senusantara Ke Arah Nusantara Raya?
Nusantara dalam bahasa Majapahit membawa maksud "Negeri-negeri di luar atau di sekeliling Tanah Jawa". Ia terkenal kerana mula-mula tercatat dalam catatan klasik Negarakrtegama Majapahit. Era kegemilangan Majapahit dikenali sebagai zaman pra-Islam Nusantara setelah berjaya mengambil alih kekuasaan dari tangan Srivijaya.
Perdagangan Dan Dakwah
Setelah kedatangan pedagang Arab sambil membawa dakwah ke Nusantara maka berduyun-duyun lah para penganut Hindu-Buddha masuk Islam. Kepulauan Sulu tidak ketinggalan, hanyasanya agak terlewat berbanding Sumatera yang lebih dahulu mendapat kekuatan Islam. Para pedagang Sulu semenjak abad ke-6 sudah berulang-alik ke Tanah Aceh, Jambi, Tanah Jawa, Ambon-Ternate, Tanah Bugis menjadikan mereka pelayar yang mahir sehingga dapat menguasai maritim sepanjang abad ke-18. Sebahagian pedagang Sulu kemungkinan telah menganut Islam lebih awal terutama mereka yang berulang alik ke Aceh.
Ketika Manila (fi amanillah) dapat dikuasai oleh Kolonial Spanyol pada abad ke-16, Sulu telah pun menjadi pusat perdagangan. Kedudukan Bandar Buansa (kini Jolo) yang strategik menjadikannya tempat persinggahan para pedagang India dan Arab sebelum meneruskan perjalanan ke Champa dan China.
Kesatuan Islam Dan Perkahwinan
Pada awalnya, selalu berlaku peperangan dikalangan bangsa Melayu Nusantara terutama ketika zaman Srivijaya dan Majapahit, samada berebut wilayah mahupun berebut takhta pemerintahan. Setelah kemunculan para penjajah Spanyol, Portugis, Belanda dan Inggeris, Nusantara mula menjadi lemah. Kalaulah bukan kerana dakwah Islamiyah yang telah disemai lebih awal para pendakwah sudah tentu Nusantara hari ini lebih teruk dari apa yang kita lihat pada hari ini.
Kekuatan para Sultan dan rakyatnya dapat bertahan dari penguasaan total penjajah adalah kerana jaringan kerjasam sesama umat Islam Nusantara. Sultan Sulu contohnya berkerjasama dengan Sultan Brunei dan Sultan Maguindanao untuk berhadapan dengan Spanyol. Sultan Ternate berkerjasama dengan Sultan Makassar dan Maguindanao. Demikian para Sultan-sultan di Tanah Melayu ketika itu, kesatuan dipereratkan lagi dengan perkahwinan sesama kerabat kesultanan masing-masing. Peperangan sesama sendiri dapat dikurangkan kerana Sultan-sultan Nusantara telah mempunyai ikatan keluarga..
Helah Sulu Melawan Spanyol
Kedatangan hujung abad ke-18 Umat Islam Nusantara semakin lemah dan tidak berdaya. Lebih teruk lagi setelah kejatuhan Kerajaan Othmaniyah di Turki dan kemunculan kuasa Amerika. Umat Nasrani Eropah begitu cepat membina kemajuan sehingga dapat mencipta persenjataan dengan teknologi terkini dan canggih. Umat Islam Nusantara sangat ketinggalan kerana sebelum ini mereka banyak mengharap dari kekuatan teknologi dan moral kerajaan Othmaniyah di Turki. Ini memaksa para Sultan dan pemimpin Nusantara beralih kepada perjanjian-perjanjian yang lebih memihak kepada penjajah. Habuan dari perjanjian biasanya berupa ubat bedil (peluru) dan persenjataan canggih yang lebih besar.
Di Sulu, walau pun telah berlaku beberapa perjanjian dengan Spanyol, Kesultanan Sulu telah melakukan beberapa helah yang tidak berlaku ke atas negeri-negeri lain di Nusantara. Tindakan Sultan Sulu membiar dan melepaskan tentera laut bebasnya yang terdiri dari bangsa Iranun dan Balangingi berkeliaran di sekitar laut Nusantara telah berjaya menghalang Spanyol, Belanda dan Inggeris menakluk Sulu secara total. Para pedagang Spanyol dan penduduk yang berada dalam wilayah naungan Spanyol telah diserang sehingga dikatakan penduduk asli Filipina telah hampir kering dijual sebagai hamba oleh Iranun dan Balangingi. Sebeb itu ketika kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu, AS telah menawarkan Perjanjian Beats yang lebih banyak menguntungkan Kesultanan Sulu dan para Datu.
Kekayaan Nusantara Sudah Terkenal Di Zaman Fir'aun
Ketika peperangan Dunia Pertama di Eropah, Amerika Syarikat telah pun menjadi satu kuasa besar dibidang ketenteraan. AS mengetahui bahawa untuk dapat menguasai dunia terlebih dahulu mesti menguasai Nusantara. Mereka telah menemui bahawa Nusantara adalah satu benua yang dikenali sebagai benua "EMAS" seperti yang disebut dan dicatat oleh kaum Mesir Kuno (zaman Fir'aun). Fir'aun telah berjaya bina Piramid 3000 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. Mereka mengawet mayat dengan kapur barus yang mereka dapat di Sumatera barat, ini bermakna pelayaran di Tanah Melayu Nusantara sudah pun bermula lebih lama dari MARCO POLO.
Ini disahkan oleh Ibnu 'Athir dalam catatan sejarahnya bahawa Nabi Ibrahim a.s. punya tiga isteri, salah seorang isterinya berasal dari Nusantara yang bernama Kethurah. Malah Kerajaan Assyiria yang rajanya dikenali sebagai Hammurabi mempunyai seorang isteri yang sangat baginda sayangi iaitu seorang wanita cantik berkulit hitam dari negeri Bunga Kemboja (Yang dimaksudkan ialah kerajaan awal Melayu di Kemboja hingga ke Champa Vietnam ini juga kita namakan Nusantara). Yang menariknya semua kerajaan awal di timur tengah menamakan Nusantara sebagai Tanah EMAS. Maka tidak hairanlah penjajah berlumba-lumba menakluki Nusantara. Seorang ahli sejarah Eropah mengatakan bahawa yang banyak menghimpunkan Emas ialah Sulu, sebab itu AS hanya datang ke Sulu dan mengambil jongkong emas Sulu 617,000 tan metrik ketika Sultan Jamalul Kiram II masih hidup.
Hari ini umat Islam Nusantara perlu bersatu dengan merapatkan ukhuwwah sesama mereka. Kerana adu domba sedang berjalan untuk melaga-lagakan sesama mereka dengan apa cara sekali pun. Kembali bersatu menegakkan khilafah sebagaimana di zaman khulafah Ar-Rasyidin adalah satu cara untuk kesatuan. Ketika itu kemungkinan besar tiada lagi Dia Malaysia, Dia Filipina, Dia Indonesia, Dia Brunei, Dia Pattani dan sebagainya, yang ada ialah kerajaan Selamat NUSANTARA RAYA dibawah payung kalimah Tayyibah.
Asree
|