Tangan-tangan Di belakang Peperangan
Sebulan yang lalu berlaku beberapa letupan di Jolo dan kemudian di Cotabato Mindanao kemudian berlaku pula berbalas tembakan di Pulau Basilan antara Abu Sayyaf dan Tentera Manila yang kononnya dilakukan oleh Jamaah Abu Sayyaf yang dibantu MNLF.
Selang beberapa minggu kemudian berlaku letupan bom di Indonesia pula. Kalau di Indonesia setiap letupan bom akan dituding jari kepada Jamaah Islamiyah dan pemimpinnya seperti Ustaz Abu Bakar Ba'ashir (Ia dinafikan oleh Ustaz Abu sekeras-kerasnya). Di Filipina pula kiranya ada letusan bom, pencolekan, pembunuhan pastinya akan tertuding kepada Jamaah Abu Sayyaf. Bagaimana kalau di Timur tengah? Pastinya tidak lain dan tidak bukan ialah Jamaah Al-Qaeda.
Sebelum kita meneruskan perbincangan, kita senaraikan kumpulan yang dilabel pengganas seperti yang telah disebutkan di atas:
Pertama: Jamaah Islamiyah
Kedua: Jamaah Abu Sayyaf
Ketiga: Jamaah Al-Qaeda
Perang MNLF vs Tentera Filipina
Beberapa hari lalu telah berlaku pertempuran antara tentera MNLF dengan Tentera Manila di Pulau Palawan. Dilaporkan oleh akhbar tempatan Filipina dan individu Tausug di Sulu dan Sabah bahawa kematian di pihak MNLF seramai 10 orang termasuk komandernya Guru Abdulrazak Abdullah mendapat kecaman hebat dari pihak MNLF (Moro National Liberation Front). Menurut laporan Nur Misuari selaku Pengerusi Tetap MNLF menyatakan kemarahannya terhadap tindakan ganas tentera Manila hingga membawa kepada pembunuhan 10 Muslimin MNLF tersebut.
Melihat kepada situasi sekarang, berlakunya beberapa siri pengeboman di Jolo dan Mindanao dan di Pulau Basilan kemudian baru-baru ini di Pulau Palawan mengesahkan wujudnya gerakan di pihak Manila untuk mewujudkan huru-hara di rantau ini semula. Neldy Jolo dan beberapa orang bekas anggota dan anak-anak MNLF telah memberikan pandangan bahawa kemungkinan Martial Law untuk kali kedua di Filipina Selatan akan semakin menjadi kenyataan. Sebagaimana Fedinand Marcos melakukannya pada 1968-1986 demi kuasa dan harta kini Gloria Macapagal Arroyo melakukan perkara yang sama.
Penangan Martial Law
Martial Law (Undang-undang Tentera atau Darurat) adalah satu senjata untuk menyelamatkan negara dari sebarang kekacauan mahu pun huru-hara tetapi ia boleh disalahguna untuk kepentingan politik oleh sesiapa sahaja. Ketika pengisytiharan darurat pada 1972 oleh Presiden Marcos ketika itu, peperangan dan pembunuhan kedua belah pihak antara Muslimin dan Kafirin Kristian di Mindanao telah pun beberapa bulan berlaku.
Malangnya Muslimin telah dibunuh dan dicincang terlebih dahulu yang akhirnya kaum Muslimin bertindak balas mempertahankan diri kemudiannya. Dari kesempatan ini, kerajaan Filipina langsung isytiharkan darurat, malangnya darurat bukan untuk meleraikan kedua belah pihak tetapi darurat dilancarkan untuk memerangi barisan hadapan pembela Muslimin yang ketika itu di bawah himpunan MNLF Nur Misuari. Yang menjadi persoalan mengapa kaum Muslimin dibunuh terlebih dahulu? Pembunuhan Komando Jabidah oleh tentera Marcos pada 1968 menjadi bukti kepada kenyataan ini. Apa yang berlaku selepas itu? Maka berlakulah peperangan yang menghancur dan menghuru-harakan Sulu dan Mindanao hinggakan puluhan ribu kaum Sulu lari menyelamatkan diri ke Sabah dan Kalimantan.
Apakah harapan Filipina dan faedah yang mereka dapat dari peperangan ini?
- Pastinya kekuasaan Presiden dapat bertahan lama kerana menjadi hero "memerangi keganasan Muslimin". Majoriti Kristian Filipina akan mengundi presiden dan kebencian terhadap Muslimin dan Islam semakin membuak-buak di hati sanubari mereka. Maka bunyi-bunyi keganasan Muslimin Selatan Filipina akan senantiasa dimainkan, jangan hairan pengeboman selalu berlaku, ia bukan dilakukan oleh Muslimin tetapi mereka sendiri.
- Pastinya Muslimin terutamanya rakyat Sulu menjadi pelarian ke negara jiran seterusnya mengurangkan populasi mereka di Sulu. Berkurangnya rakyat Sulu yang dianggap DAJJAL oleh Filipina kerana tidak mahu tunduk di bawah pemerintahan mereka sejak zaman Spanyol, adalah kejayaan besar buat mereka, dengan itu migrasi umat Kristian dari Utara Filipina ke Sulu dan Mindanao dapat dilakukan seberapa segera mengisi kekosongan yang ditinggalkan rakyat Sulu dan Mindanao.
- Pastinya masa depan dan persekolahan anak-anak Muslimin akan hancur musnah sekurang-kurangnya anak-anak Muslimin akan menjadi bodoh selama beberapa puluh tahun. Kalau ada yang mendapat bersekolah dan sampai ke menara gading pun pastinya mereka akan menyokong dasar Filipina dan bukan perjuangan mereka lagi.
- Peperangan seterusnya pelarian dan pembodohan akan menatijahkan kepada kehilangan Sejarah dan Identiti bangsa yang menjadi kebanggaan Muslimin di Sulu dan Mindanao iaitu kaum Tausug & Kesultanannya. Inilah tujuan besar mereka, kerajaan Sulu tersangat kaya maka untuk menghalang mereka dari mengecapi kekayaan, kemajuan dan kekuatan tentera, penghapusan Sejarah dan Identiti amatlah perlu agar mereka senantiasa ditakluki. Hal ini bukan dilakukan secara berseorangan oleh Filipina, ada tangan yang lebih besar membantu mereka dari belakang.
Tangan-tangan Dari Belakang
Siapakah yang hancurkan bangunan World Trade Centre New York? Jamaah Al-Qaeda yang melakukannya? Kalau anda kata ya maka anda telah pun berada dalam zon "terprogram". Mereka yang telah masuk dalam zon "terprogram" terlalu ramai termasuk para ulama' dan para ahli politik dunia Islam seluruh dunia, dan anda bersama dengan mereka dalam zon yang sama. Persoalannya kenapa terprogram dan siapa yang memprogram?
Umat Islam memberi tumpuan gerakan Yahudi terhadap Islam di Palestin, mengecam dan memboikot gerakan Zionis tanpa disedari konsep gerakan Yahudi telah pun menjadi gerakan umat Islam sendiri dalam politik, perniagaan, pendidikan, persatuan dll.
Dalam laman web http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=1926 bersumberkan dari buku Victor E. Mersden bertajuk Protokol Zionis, telah dijelaskan siapa sebenarnya tangan-tangan yang memprogram ini,
"Dalam tahun 1844 menjelang Revolusi Yahudi 1848 , Benjamin Disraeli yang nama sebenarnya adalah Israeli seorang penganut mazhab Protestan ( Kristian ) telah melancarkan novelnya yang bertajuk ‘Coningsby‘ yang mana terdapat dalamnya satu perenggan yang agak tidak menyenangkan hati kita yang berbunyi : "Dunia ini ditadbiri oleh orang-orang penting yang sungguh berbeza daripada apa yang dibayangkan oleh mereka yang bukan berada di sebalik tabir". Dan dia secara tak langsung menunjukkan bahawa orang-orang penting ini adalah Yahudi"
Kenyataan bersambung lagi,
"Kini takdir telah menyingkap rahsia himpunan protokol ini maka setiap orang akan melihat dengan jelasnya siapakah orang-orang penting yang tersembunyi yang dinyatakan oleh Disraeli bahawa mereka ini bekerja di sebalik tabir semua kerajaan . Pendedahan ini melibatkan semua orang berkulit putih dengan tanggungjawab penting untuk untuk memeriksa dan meniliti sikap Yahudi ini kepada Bangsa atau Negara Bangsa yang berlagak dan bermegah tentang kewujudannya di serata Empayar."
Lihat kenyataan "mereka ini bekerja disebalik tabir semua kerajaan" pastinya kerajaan Filipina, Malaysia, Indonesia, Brunei atau siapa sahaja tidak terkecuali. Ini terbukti Malaysia sendiri menggunakan nasihat pakar kewangan Yahudi di zaman Tun Mahathir. Tangan-tangan ini juga turut berada dalam Politik Malaysia, sebagai contoh ketika pilihanraya mahu pun perhimpunan agung dan sebagainya politik wang begitu berleluasa. Tiada siapa pun dari golongan manusia atau pun jin yang boleh benteras politik wang di Malaysia sampai kiamat kecuali ianya dilakukan berlandaskan musyawarah seperti yang digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah Nabi saw.
Contohnya kalau si 'A' seorang pelobi kaya yang punya syarikat gergasi, si 'A' tidak perlu masuk menceburkan diri dalam politik untuk dapatkan tanah dan tender-tender projek gergasi negara. Si 'A' hanya perlu memberi wang kepada setiap individu bertanding dengan jutaan ringgit untuk mendapat kemenangan seterusnya kalau mereka menjadi menteri secara otomatik tanah dan tender projek akan jatuh ke tangan si 'A'. Sebab itu pilihanraya umum di Malaysia adalah satu pesta kekayaan kepada Syarikat Gergasi atau para banker dalam dan luar negara, yang kita nampak hanyalah pesta kemenangan calon-calon parti masing-masing sampai bertumbuk ketika penamaan calon pun ada.
Maka siapa yang berkuasa si 'A' atau si Menteri? Inilah yang dilakukan oleh para peniaga Cina, India atau Melayu kaya di Malaysia, menjadi banker kepada ahli politik seterusnya dapat meraih lebih banyak wang. Para banker ini akan lakukan apa sahaja termasuk memberi habuan sex, percutian percuma keluar negara, kereta mewah, rumah bungalow dan sebagainya.
Persoalannya bagaimana pula kalau si 'A' itu ialah Zionis? Kiranya ini berlaku maka tergadailah negara tanpa disedari. Malangnya memang pun telah dan sedang berlaku. Maka adakah layak ia digelar negara Islam atau negara YAHUDI?
Untuk mengahalang si 'A' adalah mustahil, sama mustahilnya dengan menghalang orang ramai membeli Coca-Cola, Colgate, Mc Donald, KFC, Levi's, Adidas, Giant, Tesco, atau menonton TGV, GSC, Astro, yang ternyata mereka adalah produk dan pemasar produk Zionis. Lagi teruk semua kapal terbang Boeing yang digunapakai oleh negara-negara Islam adalah produk mereka. Ia sukar diboikot, kalau hendak boikot masukkan Boeing sekali, pergi Makkah naik haji guna kapal layar atau jalan darat naik unta. Kerana selagi guna enjin tentunya termasuk produk Zionis juga.
PBB Dan IMF Dicipta Oleh Banker
Apa yang berlaku di Sulu ketika peperangan antara MNLF dan Marcos sebenarnya adalah peranan banker. Gold Bar Sulu yang berada dalam tangan BANKER mustahil akan diberikan semula ke tangan umat Islam. Siapa banker ini? Mereka tentunya para pemodal Yahudi yang berada dimana-mana seluruh dunia termasuk yang mentadbir setiap bank samada konvensional mahupun Islamic Bank. Penulis masukkan Islamic Bank sebab ia tidak akan menjadi bank tanpa kelulusan Bank Negara dan Bank Negara tidak akan memberi kelulusan tanpa mengikuti garis panduan yang telah diberi oleh Bank Dunia Yahudi yang berpusat di Barat.
Wajah Freemason dan Zionism disebalik imej Pope dan Kristiannya berdiri dipentas UN.
Siapa sangka PBB (United Nation) dan IMF (International Monetary Fund) itu sebenarnya telah dicipta dan dibentuk oleh Banker Zionis. Banker yang mencipta untuk kepentingan dan kelangsungan penguasaan mereka terhadap sesuatu negara. PBB dapat mengawal Dunia mana yang perlu diperangi dan mana yang tidak. Kononnya dibuat secara kolektif dengan undian majoriti, tetapi mereka lebih pandai dengan mewujudkan kuasa Veto kepada negara utama Yahudi menjelaskan lagi tiadanya keadilan dalam PBB. China walau pun punya kuasa veto ia tetap dalam seliaan Yahudi kerana Komunismanya.
IMF pula digunakan untuk menguasai perbelanjaan kewangan sesuatu negara secara menyeluruh dengan konsep Pinjam dan Takluk. Bijaknya para BANKER ini mereka menjatuhkan ekonomi Asia terlebih dahulu sebelum muncul menjadi ceti atau Ah Long dunia. Kejatuhan ekonomi ketika itu yang didalangi oleh Banker Yahudi sendiri dengan memanipulasi matawang menjadikan beberapa negara Asia menjadi papa kedana yang akhirnya menerima tawaran IMF untuk beri pinjaman. Itulah yang berlaku kepada Indonesia dan beberapa negara lain.
Banker Pencetus Peperangan
Henry Ford salah seorang lagenda permotoran Amerika Syarikat mengetahui bahawa cetusan persengketaan dan peperangan telah dicetuskan oleh para Banker ini. Henry Ford ketika sebelum meletusnya Perang Dunia I telah mengesan tindak-tanduk para Banker Yahudi. Dalam laman web http://en.wikipedia.org/wiki/Henry_Ford dinyatakan bahawa,
"...Chesterton noted that Ford had been quoted claiming, "I believe that the sinking of the Lusitania was deliberately planned to get this country [America] into war. It was planned by the financiers of war."
Mengetahui hal ini Henry Ford tidak bersetuju dengan sebarang peperangan terutama yang didalangi oleh para Banker Yahudi. Dalam laman web dijelaskan,
"Henry Ford opposed war, which he thought was a waste of time. Ford became highly critical of those who he felt financed war, and he seemed to do whatever he could to stop them. He felt time was better spent making things."
Henry Ford sangat terkenal dengan tulisannya yang mengecam Yahudi di Amerika Syarikat. Beliau telah memberi amaran kepada AS sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama bahawa suatu hari nanti Yahudi akan kuasai keseluruhan Amerika, ternyata hari ini terbukti benar. Diulang dalam laman web http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=1926, Henry Ford memberi amaran tentang kesahihan Protokol Zionis,
"Henry Ford telah mengatakan dalam satu wawancara yang telah diterbitkan dalam akhbar "New York World" pada 17 Februari 1921 dengan ringkas dan meyakinkan bahawasanya :
"Kenyataan yang ingin saya nyatakan di sini adalah Himpunan Protokol itu amat bertepatan sekali dengan apa yang berlaku kini. Protokol itu telahpun berusia 16 tahun lamanya dan telahpun menepati situasi dunia sehinggalah ke hari ini . Himpunan Protokol itu sememangnya menepati senario kini."
Foto Henry Ford pada 1919
Demikian juga ketika kejatuhan ekonomi AS era 1930-an, disebabkan angkara Banker ini menyebabkan meletusnya perang Dunia ke-2. Mereka melakukannya bukan semata-mata ingin menjatuhkan Kerajaan Othmaniyah yang sudah nyawa-nyawa ikan malah adalah kerana ingin menguasai seluruh dunia. Dengan kekalahan musuh kedua mereka iaitu perikatan German (Hitler), Italy (Lenin) dan Jepun maka hingga hari ini mereka boleh buat apa sahaja sesuka hati.
Hari ini mereka jatuhkan ekonomi sekali lagi dan kali ini di Asia Tenggara (Nusantara), kita telah terbau asap perang yang semakin jelas. Para Banker memerlukan peperangan. Peperangan yang akan membantu menutup kesalahan serta hutang piutang para kumpulan pelobi mereka. Peperangan diperlukan untuk penguasaan mereka lebih luas dan teratur. Untuk ekonomi kembali pulih memerlukan perang besar sekali lagi. Apakah akan berlaku Perang Dunia Ke-III bermula di Asia Tenggara? Cuba lihat di Filipina dan Indonesia sekarang. Dua negara yang mudah dicetuskan provokasi kemarahan seterusnya boleh dimulakan peperangan secara besar-besaran.
Malaysia mereka tidak ganggu dengan kerosakan dan keganasan kerana dibimbangi akan merosakkan Singapura. Adalah kerana Singapura sangat memerlukan keamanan Malaysia agar dia terus hidup selama mana yang mereka rasakan sudah tiba masanya tidak memerlukan Malaysia. Singapura kaya bukan sebab dia kaya dengan perdagangan tetapi sebab dengan Gold Bar Tausug & Kesultanan Sulu. Swiss Bank dan Bank Dunia memberikan amanah kepada Singapura untuk memegang sebahagian besar BG (Bank Guarantee) semenjak zaman Marcos lagi. Inilah sumber kekayaan Singapura, apa sangatlah dengan perdagangannya yang hanya membungkus dan mengedar produk orang lain. Ia hanya mengaburi mata Dunia walhal kekayaannya adalah diambil dari BG Gold Bar Kesultanan Sulu. (Penulis tahu hal ini daripada seorang sahabat Kerabat Kesultanan Selangor yang bercerita mengenai Temasik Holding).
Pada tahun selepas kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II pada 1936 iaitu ketika AS dan UK dapat pindahkan Gold Bar Sulu sebanyak 617,000 tan metrik ke luar, tiba-tiba kaum Cina Singapura datang berduyun-duyun memenuhi Zamboanga dan Jolo. Hari ini mereka berada di serata Kepulauan Sulu termasuk Tawi-Tawi dan Basilan malah turut berada di Sandakan. Toke Pasaraya Liansang di Sandakan adalah berbangsa Cina Singapura yang fasih berbahasa Tausug. Mereka mangaku Cina Lannang asal dari Jolo Sulu.
Asree
|