Surat Terbuka Buat Prof. Nur Misuari

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, August 7, 2009 0 ulasan


Bismillah,

Kami dahulukan dengan Assalamualaikum warahmatullah. Kepada “Bapa” perjuangan kami Prof. Nur Misuari. Semoga senantiasa dalam rahmat dan ‘inayah-Nya. Itulah doa kami dari cucumu dan dari generasi kami yang akan datang.

Wahai “bapa” yang kami kasihi. Kami sangat berterima kasih dan sangat bersyukur. Lantaran dari perjuangan mu dahulu hingga hari ini kami masih dalam perjuangan? Perjuangan yang hebat seperti yang diceritakan ayah kandung kami. MNLF tiada tandingan melawan kufar dimedan perang. Kerana berkat kepimpinan Prof. Nur Misuari yang tiada tandingan?

Telah hampir 40 tahun berlalu. Generasi kami masih di sini menunggu. Menunggu berita-berita perjuangan. Tiada kedengaran lagi semboyan perang. Tiada kedengaran lagi berita mujahidin berjaya membunuh kufar di Sulu. Tiada kedengaran lagi berita tentera kufar lari tercirit di Mindanao. Tiada kedengaran lagi berita mujahidin naik ke atas sikatuna (kereta kebal) lalu meletupkannya. Tiada kedengaran lagi mujahidin menjerit-jerit meminta peluru untuk pertahankan barisan. Tiada lagi titisan air mata kesyukuran para balu kerana suami mereka telah berjaya syahid. Tiada lagi tangisan ibu ayah tanda syukur kerana kesemua anak lelakinya syahid di medan jihad. Semuanya sudah tiada!! Yang tinggal ialah Abu Sayyaf memenggal kepala orang tak berdosa. Ternyata Abu Sayyaf sengaja dicipta sebagai penghancur bangsa dan agama.

Yang tinggal lagi ialah. Tangisan para bekas pejuang yang sudah hilang perjuangan. Tangisan para pelarian yang sudah kehilangan arah tujuan. Tangisan pelarian perang dan ekonomi impak dari peperangan. Tangisan para balu dan anak yatim kerana dizalimi dimana-mana. Tangisan para anak-anak dhaif yang dinafikan hak pendidikan mereka. Malah dipenjara, dihalau dan dicalar maruah mereka. Rumah diroboh dicaci dan dinista yang akhirnya ditolak ke laut. Bangsa ini bukan lagi bangsa mujahidin melainkan bangsa sampah.Yang tiada guna malah dilabel sebagai perampas tanah.

Governor Jolo, Abdusakur M. Tan mula terikut dengan rentak United Tausug Citizens (UTC) yang menggunakan slogan Tausug. Slogan ini sedikit demi sedikit akan menular seterusnya menjadi trademark perjuangan semua bangsa Sulu. Hanya istilah Kesultanan sahaja lagi yang sukar mereka canang adalah disebabkan keterikatan mereka dengan kerajaan Filipina. Perhatikan satu bulatan di bawah sebelah kiri terdapat logo "Kusug Tausug".

Foto ihsan dari Atty. Meltino Jaujan Sibulan dari Jolo, Sulu. Gambar dikirim melalui email.

Wahai BAPA kami, Tuan dimana?
Sejak perjanjian Otonomi 1996 sudah tiada khabar berita.
Yang kami dengar Tuan sudah ditipu dunia.
Menjadi Nakura’ (Nakhoda) membolot harta.
Mengamalkan nepotisma menyebabkan pemimpin lain lari dari anda.
Kononnya Tuan mahu bina jalan raya “Highway” di Sulu sembilan LANE.
Highway mustahil dibina ingin perbodohkan bangsa?
Dimanakah anda wahai Tuan?
Kami senantiasa membuka tangan kemaafan.
Kiranya Tuan ternyata punya kesalahan.

Kami inginkan kepastian, dimana sebenarnya Tuan,
Masih berjuang untuk perjuangan kemerdekaan?
Atau tengah berjuang untuk keluar dari KONSPIRASI?
Kami telah pun mengetahuinya, ia konspirasi antarabangsa,
Untuk musnahkan kesatuan Sultan dan bangsanya,
Agar ia terpisah dari kesatuan Nusantara,
Dan agar tidak terbahagi-bahagi kekayaannya,
Agar ia terhina dan seterusnya menjadi bangsa hina,
Agar menjadi rendah diri, jadi bodoh dan terjajah sampai bila-bila,
Sampai kiamat berada dibawah tapak kaki Filipina.

Wahai Prof. Nur Misuari yang kami kasihi,
Kiranya tuan tiada daya lagi,
Binalah gerakan baru atau bersatu dengan gerakan lain,
UTC telah muncul demi umat Islam Sulu tercinta,
Mengajak tuan berkerjasama,
Atas nama Kesultanan dan Bangsa serta Agama,
Sebagai asas perjuangan bersandarkan sejarah,
Janganlah terlalu tamak ingin dapatkan semua wilayah (Sulu dan Mindanao),
Sedang wilayah lainnya (Mindanao) tidak menyukai anda.

Buatlah di Sulu dahulu, kalau berjaya tentu Mindanao minta Tuan buatkan mereka pula. Nescaya nama Tuan harum mewangi sampai bila-bila. Meniti dibibir generasi Muslimin Sulu dan Mindanao, InsyaAllah!!

Asree
Jumaat, 07hb Ogos 2009
4:30 pm

Post a Comment