Kekuatan Singapura: Kenyataan Tun Dr M vs. T.S. Muhyiddin Yassin, Siapa Benar?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, August 27, 2009 0 ulasan






Ihsan dari Berita Harian Online
Jumaat, 28 Ogos 2009

Dr M akui arah Muhyiddin bekal air ke Singapura

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membekalkan air kepada Singapura ketika Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor.

"Tan Sri Muhyiddin bercakap benar mengenai desakan saya kepadanya untuk membekal air kepada Singapura, tetapi Lee Kuan Yew tidak mengancam untuk berperang sekiranya kita tidak membekalkan air.

"Sekiranya beliau (Lee) melakukan itu, saya fikir saya akan menghentikan sebarang bekalan air seterusnya," kata Dr Mahathir dalam laman blognya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 19 Ogos lalu, bahawa beliau meminta Muhyiddin menghadiri mesyuarat dengan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew yang sedang membuat lawatan, berhubung isu saluran paip gas dan bekalan air, di Kuala Lumpur.

Muhyiddin berkata, ketika perbincangan antara Dr Mahathir, Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin, Lee dan beliau, Perdana Menteri Singapura mahukan bekalan air mencukupi disalurkan kepada republik itu dari Johor, sekiranya enggan, negara itu bersedia untuk berperang.

Muhyiddin berkata demikian di Tanjung Putus, Bukit Mertajam ketika kempen pilih raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, sebagai menolak dakwaan pembangkang beliau menjual sekeping tanah kepada Singapura berhubung loji rawatan air di Sungai Lingu, Bandar Tenggara Johor.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak mengetahui mengenai penjualan tanah kepada Singapura, tetapi kerana telah dipersetujui bahawa loji rawatan air akan dibina oleh Singapura di Johor, maka tanah perlu disediakan.

"Kita ketika itu cuba berbaik-baik dengan Singapura bagi menyelesaikan beberapa masalah. Walaupun air mentah akan dibekalkan pada 3 sen per 1,000 gelen, persefahamannya ialah pada masa depan, hanya air yang dirawat yang akan dibekal apabila loji rawatan kita siap," katanya. - Bernama




Ulasan:
Sebelum penulis mengulas tentang artikel berita di atas ada baiknya diperjelaskan dulu kelebihan Singapura. Sebelum ini penulis telah katakan mengenai Singapura, satu negara kecil yang kaya di rantau Asean. Matawangnya lebih tinggi berbanding Negara Brunei Darussalam menyebabkan Singapura menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mempunyai nilai matawang yang tertinggi. Sehebat mana pun Istilah Ekonomi yang diletak oleh pakar ekonomi terhadap Singapura, samada sebagai HUB perdagangan Antarabangsa antara Nusantara dan negara dirantau lain, atau sebagai negara kaya yang punya prasarana infrastruktur pembangunan setanding negara maju, tetapi kekuatannya yang tidak dapat disangkal ialah kekuatan yang ada dibelakangnya.

Singapura sangat beruntung dan keuntungannya dapat dinikmati oleh semua makhluk yang ada di buminya. Keuntungan dan kekuatan Singapura ialah 2 perkara:

  • BANKER
  • GOLD BAR
Siapa Banker? Apa yang dikatakan Gold Bar? Jawapannya ada dalam artikel kami yang lepas. Penilaian terhadap Singapura terbahagi dua, anda tidak akan lari dari salah satu antara dua ini.

Pertama: Sekiranya anda kurang senang dengan Singapura, pastinya anda menilainya dengan "Sarang Yahudi", di belakangnya ialah dajjal "Amerika Syarikat & Israel", memanipulasi harta Kesultanan Sulu menjadikannya sumber kekayaan selama ini dan bermacam lagi (ini termasuklah dendam lama orang Melayu Malaysia kerana Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia tidak lama dulu, sebab itu sebarang isu yang melibatkan pembelian tanah oleh Singapura di Malaysia akan menjadi isu besar dan panas).

Kedua: Sekiranya anda menyokong atau sekurang-kurangnya tidak ambil pusing terhadap sebarang isu yang menyentuh Singapura, pastinya anda menilai dengan "Tak apalah, Singapura tu OK, aku pun pernah kerja di sana, gaji pun lebih tinggi berbanding Malaysia yang gajinya ciput", atau "beri saja apa yang Singapura nak, dia pun negara kecil dan tidak pernah susahkan Malaysia".

Kembali kepada isu berita di atas, kita bandingkan kebenaran kata-kata mahu pun jawapan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin,

Awalnya Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan "Perdana Menteri Singapura mahukan bekalan air mencukupi disalurkan kepada republik itu dari Johor, sekiranya enggan, negara itu bersedia untuk berperang."

Tun Dr M kemudian membenarkan bahawa dia yang mengarahkan tinggal lagi tidak bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan Singapura ingin perang kiranya tidak dibekalkan air, dengan katanya "tetapi Lee Kuan Yew tidak mengancam untuk berperang sekiranya kita tidak membekalkan air." Siapakah yang benar?

Nak lawan? Tak payah la, nak selamat cakap je lah "Sekiranya beliau (Lee) melakukan itu, saya fikir saya akan menghentikan sebarang bekalan air seterusnya," .

Siapa mahu lawan Singapura? Indonesia, Malaysia atau Thailand? Sebenarnya tidak perlu dilawan dan berlawan kerana tiada siapa yang mampu berlawan tanpa mendapat arahan dari Kerajaan Belakang Tabir. Secara peribadi penulis memuji Singapura kerana berani menonjolkan dirinya secara terang-terangan. Segala persenjataannya dibeli dari Israel dan Amerika Syarikat, ini telah sedia maklum.

Singapura adalah satu-satunya tempat penyaluran BG (Bank Guarantee) Gold Bar Sulu dari Bank Dunia untuk diagihkan kepada umat Islam Nusantara untuk pembangunan Islam. Penulis dimaklumkan ada lebih 40 ribu tan metrik Gold Bar Sultanate of Sulu diberikan kepada Singapura yang sepatutnya diagihkan kepada umat Islam, malangnya mereka gunakan untuk beli hartanah di Malaysia, Indonesia dan Thailand dan bermacam-macam projek mega mereka sendiri. Di Thailand mereka membeli syarikat komunikasinya tidak lama dulu hinggakan menjadi isu dan menggegar kerajaan Thailand.

Singapura ialah negara kecil yang hebat dan bijak kerana berkawan dengan KUASA BESAR YANG TERLALU HEBAT. Tiada siapa yang berani berlawan dengannya kecuali negara terdesak yang sudah hampir jatuh ke lembah kehancuran dek perpecahan dan rusuhan kaum, berperang dengan Singapura kemungkinan adalah satu-satunya jalan untuk menyatukan dan menghentikan perbalahan kaum. Di Nusantara hari ini tidak keterlaluan penulis katakan, Singapura adalah ibu negeri kepada kerajaan NUSANTARA. Kenyataan terakhir penulis ialah, sebenarnya Singapura lah yang mentadbir Asia Tenggara, kerana disitulah pusat pentadbiran MEREKA.


Asree


Terkenangkan keperitan hidup Sultan Jamalul Kiram II di hujung hayatnya sebelum mangkat dipercayai diracun pada 1936. Baginda berulang alik ke Singapura ketika itu menguruskan pelaburan Gold Bar Kerajaan Sulu 617,000 tan metrik. Siapa yang racun Sultan Sulu terakhir ini? Keluarganya atau.....? Selepas kemangkatan Baginda, kumpulan MASON Cina Singapura telah menghujani Jolo dan Zamboanga. Hari ini majoriti pemimpin Islam di Sulu termasuk para Gabenor dan Mayor adalah anggota MASON.

Kenali pemimpin Freemason yang berjaya dikesan termasuklah King Hussein Jordan dan Yassir Arafat di http://www.whale.to/b/33.html

Post a Comment