Gerakan UTC di Zamboanga Bermula!!
Malam tadi (Selasa, 04hb Ogos 2009) penulis menelefon terus ke cell-phone Sultan Bantilan Muizuddin II yang sekarang sedang berada di Zamboanga, Sulu. Baginda menjelaskan rombongannya berada di sana sebenarnya sedang buat lawatan tidak rasmi. Agenda utama ialah menemui seramai mungkin para pemimpin masyarakat Sulu dan para pegawai kerajaan Filipina untuk menjelaskan tujuan sebenar di samping dapat berdiskusi tentang sejarah Kesultanan Sulu.
Sebenarnya walaupun Baginda Sultan hanya bersekolah darjah dua namun Baginda begitu memahami sejarah Kesultanan Sulu sehingga ke tahap kospirasi Marcos terhadap Sulu berada dalam pengetahuannya. Beberapa orang Profesor Sejarah termasuk D.Emmanuel D.Magubat (seorang pakar sejarah Sulu) setelah berdiskusi dengan Baginda, akhirnya tidak dapat lari dari kebenaran hujah Sultan Bantilan dan mereka mengakui keabsahan kuasa Kesultanan Sulu terhadap Filipina.
KEBERANIAN KERANA KEBENARAN
Berikutan itu penulis sukacita ingin paparkan kandungan perbualan dengan Baginda Sultan untuk dapat dikongsi bersama Muslimin Malaysia, Brunei, Indionesia, Singapura dan Pattani. Saban hari para pelawat blog masuk ke Tausug-Global tertunggu-tunggu berita dari Sulu. Berikut adalah kandungan perbualan melalui cell-phone Baginda,
Asree:
Menurut maklumat dari anti-UTC (kebanyakan talibarut kerajaan dan penyokong MNLF yang jiwanya tertutup), Tuanku berada di Zamboanga City kerana telah dihalau dari Jolo, Sulu oleh UTC, benarkah?
Sultan:
Itu tanggapan mereka biarkan saja. Itu muslihat propaganda mereka "pecah dan perintah" terhadap gerakan keamanan ini. Walau apa pun tuduhan mereka UTC tetap bergerak tanpa henti dibawah perlindungan kekuasaan dan kasih sayang Allahu taala. Mereka yang anti-UTC adalah talibarut kerajaan kufar tetapi kami tidaklah memusuhi mereka. Buktinya kami mengajak mereka berdialog dan berdiskusi atas nama kesatuan Muslimin Sulu umat Tausug, demikian juga yang masih keras dalam pendirian mereka bahawa "hanya MNLF sahaja medan sebenar perjuangan Bangsa Moro tiada lain selainnya". Jawapan Beta, gerakan UTC di Jolo masih berterusan, Beta selaku pemimpin selepas ini akan kembali juga ke sana.
Asree:
Apakah pendirian Tuanku terhadap MNLF yang menentang gerakan UTC?
Sultan:
Kami tiada masalah dengan MNLF dan kami bukan musuh mereka sebagaimana kami tidak memusuhi mereka. Kami tidak pernah mengatakan bahawa gerakan MNLF itu adalah gerakan kufar atau pun mencaci maki gerakan mereka kerana ramai juga saudara mara kami syahid dalam MNLF ketika dulu demi pertahankan bangsa dan agama tercinta. Perlulah diingat, mereka Syahid bukan kerana MNLF tetapi kerana Negara, Bangsa dan Agama!!
Asree:
MNLF rasa tercabar kerana ramai ahli MNLF dan para komandernya di Jolo, Basilan, Tawi-Tawi malah para komandernya yang berada di Sabah telah menyertai UTC, apa penjelasan Tuanku?
Sultan:
Mereka tercabar sebab mereka tidak membuat pembaharuan keatas gerakan mereka, masih dengan irama lama. Persoalannya mengapa mereka masih gagal? Ini yang perlu dijawap, sebab itu ketika kami mencanangkan gerakan UTC ini sebagai alternatif kepada gerakan perjuangan sebelum ini seperti MNLF contohnya, kami tidak berkonfrontasi. Malah UTC adalah pelengkap kepada apa sahaja gerakan sebelum ini kerana kalau dulu mereka berjuang bersenjata (membunuh dan terbunuh) tetapi kali ini kita buat gerakan keamanan pula.
Gerakan kita lebih kepada pemahaman sejarah asal-usul bangsa dan kedatangan Islam ke Sulu sebagai asas gerakan keamanan. Bila rakyat Sulu sudah faham pasti mereka akan ikut gerakan kita, tiada peperangan, tiada keganasan, kita gerakan keamanan atas faktor fakta sejarah. Bila rakyat Sulu semuanya sudah tidak mengaku sebagai rakyat Filipina dan sudah tidak keluar mengundi dalam pilihanraya Manila maka secara automatik Sulu bukan lagi dalam pentadbiran kufar Filipina.
Asree:
Menakjubkan!! Subhanallah, Masya-Allah!! Boleh Tuanku ceritakan apa reaksi kerajaan tempatan Filipna dan para pemimpinnya ketika rombongan Tuanku sampai ke Zamboanga City sejak beberapa hari lalu?
Sultan:
Sebelum anda telefon tadi Beta baru selesai ditemuramah oleh beberapa "reporter" serentak dengan kedatangan rombongan Paskal Zamboanga City (peguam Bandaraya?). Askar dan polis Filipina turut datang. Mereka bertanya mengapa Beta tegakkan dan pacak bendera Sulu di sini (Zamboanga), Beta katakan, saya datang dan memacak bendera Negara Sulu Darul Islam adalah kerana Beta adalah Sultan kepada United Tausug Citizens (UTC). Beta pacak bendera bukan untuk apa, sekadar lambang kehadiran Beta di sini agar kalian tidak tersalah sangka seterusnya tersalah tembak kerana menyangka Beta adalah perampas tanah.
Mereka beritahu juga bahawa kedatangan mereka adalah disebabkan terdapatnya laporan yang kami telah membawa senjata api bersama. Beta katakan kami anti peperangan dan keganasan, mustahil kami membawa senjata api. Mereka meminta izin untuk menggeledah rumah penginapan kami tetapi Beta bertanya sekiranya mereka ada waran geledah mereka boleh masuk. Beta sudah menghubungi Peguam Atty. Meltino Jaujan Sibulan dan mengarahkan peguam bantuan dari Tawi-Tawi yang akan sampai ke Zamboanga bila-bila masa.
Paskal Zamboanga balik dengan tangan kosong tanpa dapat menggeledah penginapan kami. Beta telah arahkan UTC pacak bendera Sulu di atas bumbung dan sekeliling rumah bungalow tempat kami menginap sejak beberapa hari lalu. Menyebabkan berlaku kegemparan di Zamboanga City, sebab itu mereka datang. Haha.. (ketawa kecil)
Asree:Sebenarnya walaupun Baginda Sultan hanya bersekolah darjah dua namun Baginda begitu memahami sejarah Kesultanan Sulu sehingga ke tahap kospirasi Marcos terhadap Sulu berada dalam pengetahuannya. Beberapa orang Profesor Sejarah termasuk D.Emmanuel D.Magubat (seorang pakar sejarah Sulu) setelah berdiskusi dengan Baginda, akhirnya tidak dapat lari dari kebenaran hujah Sultan Bantilan dan mereka mengakui keabsahan kuasa Kesultanan Sulu terhadap Filipina.
KEBERANIAN KERANA KEBENARAN
Berikutan itu penulis sukacita ingin paparkan kandungan perbualan dengan Baginda Sultan untuk dapat dikongsi bersama Muslimin Malaysia, Brunei, Indionesia, Singapura dan Pattani. Saban hari para pelawat blog masuk ke Tausug-Global tertunggu-tunggu berita dari Sulu. Berikut adalah kandungan perbualan melalui cell-phone Baginda,
Asree:
Menurut maklumat dari anti-UTC (kebanyakan talibarut kerajaan dan penyokong MNLF yang jiwanya tertutup), Tuanku berada di Zamboanga City kerana telah dihalau dari Jolo, Sulu oleh UTC, benarkah?
Sultan:
Itu tanggapan mereka biarkan saja. Itu muslihat propaganda mereka "pecah dan perintah" terhadap gerakan keamanan ini. Walau apa pun tuduhan mereka UTC tetap bergerak tanpa henti dibawah perlindungan kekuasaan dan kasih sayang Allahu taala. Mereka yang anti-UTC adalah talibarut kerajaan kufar tetapi kami tidaklah memusuhi mereka. Buktinya kami mengajak mereka berdialog dan berdiskusi atas nama kesatuan Muslimin Sulu umat Tausug, demikian juga yang masih keras dalam pendirian mereka bahawa "hanya MNLF sahaja medan sebenar perjuangan Bangsa Moro tiada lain selainnya". Jawapan Beta, gerakan UTC di Jolo masih berterusan, Beta selaku pemimpin selepas ini akan kembali juga ke sana.
Asree:
Apakah pendirian Tuanku terhadap MNLF yang menentang gerakan UTC?
Sultan:
Kami tiada masalah dengan MNLF dan kami bukan musuh mereka sebagaimana kami tidak memusuhi mereka. Kami tidak pernah mengatakan bahawa gerakan MNLF itu adalah gerakan kufar atau pun mencaci maki gerakan mereka kerana ramai juga saudara mara kami syahid dalam MNLF ketika dulu demi pertahankan bangsa dan agama tercinta. Perlulah diingat, mereka Syahid bukan kerana MNLF tetapi kerana Negara, Bangsa dan Agama!!
Asree:
MNLF rasa tercabar kerana ramai ahli MNLF dan para komandernya di Jolo, Basilan, Tawi-Tawi malah para komandernya yang berada di Sabah telah menyertai UTC, apa penjelasan Tuanku?
Sultan:
Mereka tercabar sebab mereka tidak membuat pembaharuan keatas gerakan mereka, masih dengan irama lama. Persoalannya mengapa mereka masih gagal? Ini yang perlu dijawap, sebab itu ketika kami mencanangkan gerakan UTC ini sebagai alternatif kepada gerakan perjuangan sebelum ini seperti MNLF contohnya, kami tidak berkonfrontasi. Malah UTC adalah pelengkap kepada apa sahaja gerakan sebelum ini kerana kalau dulu mereka berjuang bersenjata (membunuh dan terbunuh) tetapi kali ini kita buat gerakan keamanan pula.
Gerakan kita lebih kepada pemahaman sejarah asal-usul bangsa dan kedatangan Islam ke Sulu sebagai asas gerakan keamanan. Bila rakyat Sulu sudah faham pasti mereka akan ikut gerakan kita, tiada peperangan, tiada keganasan, kita gerakan keamanan atas faktor fakta sejarah. Bila rakyat Sulu semuanya sudah tidak mengaku sebagai rakyat Filipina dan sudah tidak keluar mengundi dalam pilihanraya Manila maka secara automatik Sulu bukan lagi dalam pentadbiran kufar Filipina.
Keindahan Laut Sulu yang tiada tandingan. Hari ini tertutup kepada dunia luar sebab itu banyak khazanah yang belum terungkai. Keindahan Pulau Sipadan hanyalah sekelumit dari keindahan pulau-pulau di Kepulauan Sulu.
Asree:
Menakjubkan!! Subhanallah, Masya-Allah!! Boleh Tuanku ceritakan apa reaksi kerajaan tempatan Filipna dan para pemimpinnya ketika rombongan Tuanku sampai ke Zamboanga City sejak beberapa hari lalu?
Sultan:
Sebelum anda telefon tadi Beta baru selesai ditemuramah oleh beberapa "reporter" serentak dengan kedatangan rombongan Paskal Zamboanga City (peguam Bandaraya?). Askar dan polis Filipina turut datang. Mereka bertanya mengapa Beta tegakkan dan pacak bendera Sulu di sini (Zamboanga), Beta katakan, saya datang dan memacak bendera Negara Sulu Darul Islam adalah kerana Beta adalah Sultan kepada United Tausug Citizens (UTC). Beta pacak bendera bukan untuk apa, sekadar lambang kehadiran Beta di sini agar kalian tidak tersalah sangka seterusnya tersalah tembak kerana menyangka Beta adalah perampas tanah.
Mereka beritahu juga bahawa kedatangan mereka adalah disebabkan terdapatnya laporan yang kami telah membawa senjata api bersama. Beta katakan kami anti peperangan dan keganasan, mustahil kami membawa senjata api. Mereka meminta izin untuk menggeledah rumah penginapan kami tetapi Beta bertanya sekiranya mereka ada waran geledah mereka boleh masuk. Beta sudah menghubungi Peguam Atty. Meltino Jaujan Sibulan dan mengarahkan peguam bantuan dari Tawi-Tawi yang akan sampai ke Zamboanga bila-bila masa.
Paskal Zamboanga balik dengan tangan kosong tanpa dapat menggeledah penginapan kami. Beta telah arahkan UTC pacak bendera Sulu di atas bumbung dan sekeliling rumah bungalow tempat kami menginap sejak beberapa hari lalu. Menyebabkan berlaku kegemparan di Zamboanga City, sebab itu mereka datang. Haha.. (ketawa kecil)
Selain mereka, siapa lagi yang menemui Tuanku?
Sultan:
Beta didatangi oleh seorang Professor disegani yang pernah menjadi graduan bersama Nur Misuari di University of Philipines di Manila. Beliau berumur lingkunan 70-an bernama Prof. Abu Bakar. Beliau datang dan berdiskusi dengan Beta tentang sejarah dan jalan kemerdekaan sebenar. Sebelum berpisah beliau sempat berkata "Perjuangan Tuanku sangat jauh berbeza dengan perjuangan prof. Nur Misuari. Metod UTC jauh lebih baik dan masuk akal berbanding MNLF. Ternyata selama ini nama Tausug & Kesultanan Sulu telah sengaja di tenggelan dan dilupuskan. Kami bersedia untuk ini (UTC)".
Beta juga dikunjungi oleh rombongan Sundalu Kerajaan (Tentera darat Kerajaan Filipina) pengawal keselamatan dan polis berbangsa Sulu samada Tausug, Bajau atau Yakan. Mereka menyuarakan sokongan akan menyertai gerakan ini kerana barulah kali ini mereka memahami konsep kenegaraan atau hak Umat Islam Sulu yang sebenar.
Asree:
Apa harapan Tuanku untuk kunjungan ke Zamboanga City ini?
Sultan:
Beta hanya mengharapkan bantuan Tuhan Yang Maha Kuasa. Kudrat makhluk amat terbatas, tiada daya upaya melainkan kekuatan-Nya jua. Kami senantiasa berdoa setiap kali selesai solat agar umat Islam Sulu disedarkan akan betapa pentingnya mereka mengetahui sejarah, agar tidak tertipu dan diperalat.
Harapan kedua ialah kiranya rombongan kami diterima kemungkinan kami berada lebih lama di sini sebelum kembali ke Jolo. Dengan itu kami dapat berhubung seterusnya membuat rundingan dengan kerajaan Filipina secara rasmi. Beta tahu, lambat laun Filipina akan dapat "terheret" ke meja rundingan samada mahu atau tidak. Hak tetap hak, sekiranya mereka bunuh kami dengan tanpa senjata ditangan kerana mungkin mereka pada bila-bila masa akan lakukan sabotaj, kami bersedia. Generasi muda Sulu berada dimana-mana sebagai saksi yang akan menyambung perjuangan kami. Beta sangat terharu, anda telah pun berjaya siapkan buku sejarah Sulu dan pastinya ia akan menjadi khazanah berharga yang akan menjadi rujukan generasi Tausug akan datang.
Insya Allah, UTC akan berjaya. Kalau bukan hari ini ia akan dijayakan oleh generasi kita yang akan datang!! (Sultan Bantilan dengan nada penuh semangat menamatkan perbualan).

Suku kaum Samal atau Bajau Laut Sulu sedang sibuk mendayung lepa-lepanya. Selain mutiara sebagai sumber kekayaan kaum Tausug, kaum Bajau juga termasuk dari harta Sulu yang tidak ternilai harganya. Mereka telah menjadi perhiasan di sekitar Laut Sulu sepanjang zaman. Sebilangan mereka turut menyertai UTC hari ini.
Asree:
Apa harapan Tuanku untuk kunjungan ke Zamboanga City ini?
Sultan:
Beta hanya mengharapkan bantuan Tuhan Yang Maha Kuasa. Kudrat makhluk amat terbatas, tiada daya upaya melainkan kekuatan-Nya jua. Kami senantiasa berdoa setiap kali selesai solat agar umat Islam Sulu disedarkan akan betapa pentingnya mereka mengetahui sejarah, agar tidak tertipu dan diperalat.
Harapan kedua ialah kiranya rombongan kami diterima kemungkinan kami berada lebih lama di sini sebelum kembali ke Jolo. Dengan itu kami dapat berhubung seterusnya membuat rundingan dengan kerajaan Filipina secara rasmi. Beta tahu, lambat laun Filipina akan dapat "terheret" ke meja rundingan samada mahu atau tidak. Hak tetap hak, sekiranya mereka bunuh kami dengan tanpa senjata ditangan kerana mungkin mereka pada bila-bila masa akan lakukan sabotaj, kami bersedia. Generasi muda Sulu berada dimana-mana sebagai saksi yang akan menyambung perjuangan kami. Beta sangat terharu, anda telah pun berjaya siapkan buku sejarah Sulu dan pastinya ia akan menjadi khazanah berharga yang akan menjadi rujukan generasi Tausug akan datang.
Insya Allah, UTC akan berjaya. Kalau bukan hari ini ia akan dijayakan oleh generasi kita yang akan datang!! (Sultan Bantilan dengan nada penuh semangat menamatkan perbualan).
Batu karang yang indah di Kepulauan Sulu bakal menjadi tumpuan kepada pelancong asing seluruh dunia sekiranya Sulu dapat dibuka kepada umum. Hari ini, pelancong asing tidak dibenarkan menjelajah Kepulauan Sulu kerana ditakut-takutkan oleh kerajaan Filipina dengan bahaya "Pengganas Tausug". Untuk dapatkan maklumat bagaimana anda dapat melawat Sulu sila ke http://travel-sulu.blogspot.com/
|