Mengapa Orang Sulu Lari Ke SABAH?? Mengapa UTC??
|
KEMUNCULAN SEMULA BANGSA SULUG @ TAUSUG
Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, August 6, 2009 12 ulasan
|
Maksud saudara Nur??
Sesiapa pun boleh jadi alternatif MNLF.
Memang benar siapa sahaja boleh jadi. Persoalan dimana kumpulan bro Nur yang dikatakan Alternatif MNLF itu? Sudah dilancarkan? Atau masih perancangan?
Kalau dah ada, diucapkan tahniah pada bro Nur kerana sudah berjaya membentuk kumpulan alternatif kepada MNLF.
Kami di Malaysia hanya pemerhati, kami akan sokong siapa sahaja yang muncul jadi alternatif kepada MNLF demi bangsa, negara dan Agama.
Kirimkan video atau gambar perhimpunan kumpulan alternatif bro Nur ke blog ini agar dapat saya publishkan sebagaimana UTC.
Siapa sahaja boleh menyalak yang mereka mampu dan punya kumpulan alternatif kepada MNLF. Kalau hanya setakat cadangan ia sebenarnya hanya peringkat angan-angan. Realitikan dan tunjukkan bentuk perjuangan dan hala tuju kepada umum, barulah dikatakan perjuangan alternatif.
Altenatif yg saya maksudkan bukanlah membuat lagi satu perhimpunan, kerja yg beliau kita MNLF pun belum selasai.
Maksud saya, alternatif disini bukan formasi atau perhimpunan. Maksud saya strategi baru. MNLF ada kebolehan lain, kalau ini membuat satu perhimpunan baru yg penting ada idea baru (bukan tradisional).
*Kalau ingin membuat perhimpunan baru yg penting ada idea baru dan ia bukuna merosakan MNLF.
*bukannya
Tiada siapa yang merosakkan MNLF kerana MNLF sendiri memang sudah rosak. Yang merosakkannya ialah MNLF sendiri. Cuba cermin dan lihat JASAD MNLF itu dari dekat.
Ia seperti satu tubuh yang sudah tidak cukup sifat, cacat yang memerlukan pembedahan plastik. Ia sudah tua dan perlu diganti dengan gagasan baru serta kepimpinan berwawasan baru dan relevan. Kerana yang lama sudah statik dan kaku.
Kita sudah lama tunggu MNLF. Mana kebolehan MNLF yg anda dakwa? Kebolehan diperalat atau kebolehan memperalat? Kita perlukan anjakan paradigma dalam perjuangan ini untuk sampai ke tahap "Masih bekerja dan berjuang" MNLF apa yang dia buat?
Kami tak kisah siapa pun yang berjuang, MNLF kah, MILF kah, Abu Sayyaf kah, Sultanate UTC kah semuanya kami terima demi bangsa dan negara serta agama tercinta sekiranya mereka benar dan jujur. Secara peribadi saya lebih menyokong MILF dan UTC. Mengapa tidak MNLF?
Kerana MNLF ibarat satu jalan raya yang telah pun rosak penuh lubang dan sukar digunakan lagi. Kita mesti menebas belukar dan membuat jalan baru untuk sampai ke tujuan. Jalan lama biarkan kalau ada yang mau lalu silakan. Pejalan kaki yang menilai mana yg lebih baik untuk dilaluinya.
Kalau anda katakan mengapa tidak di baiki sahaja jalan yang lama (MNLF) itu?
Saya jawap, anda memerlukan kos yang besar untuk baikinya, masalahnya pembaikan telah pun dibuat dengan kos yang besar. Tapi malangnya hanya dua ke tiga lubang saja yang berjaya ditutup, ribuan lubang masih ada. Sebab wang kos hilang entah kemana. Masuk poket siapa? Salahkan siapa? Nur Misuari? Atau Filipina?
Maka perlukan jalan alternatif!!
hai kaum muslim mindanao.sabarlah sesungguhnya pertolongan allah semakin dekat.kita memang miskin di dunia ini namun kita punya harga diri yang tak mungkin dapat ada pada mereka yang kafir itu.itulah kekuatan kita yang sebenarnya.walau apapun yang berlaku kita tetap dengan cara kita mempertahankan suatu yang patut kita miliki
Betul tu saudaraku man,
Copyright (c) Kesultanan Sulu. Design by Free CSS Templates | Blogger Template by Blogger Template Place
Bukan hanya UTC! Anda, saya atau mereka pun boleh, insaAllah.