IGOR: Filem Animasi 3D, Sama Dengan Tausug

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, August 9, 2009 0 ulasan

Pernah lihat filem animasi IGOR? Plot ceritanya amat menarik, bijak dan dapat membangkitkan semangat juang kepada sesiapa sahaja yang merasa diri mereka ditindas.

Ia menceritakan satu dunia bernama Dunia MALARIA yang pada asalnya cerah telah menjadi gelap angkara penguasa jahat dari golongan saintis zalim. Para saintis ini senantiasa berlumba-lumba mencipta robot ganas untuk bertarung sesama mereka setiap kali pemilihan raja. Raja akan dilantik dari kalangan saintis yang hasil ciptaannya berjaya memusnahkan haisl ciptaan saintis lain.

Yang amat menyedihkan, satu golongan manusia cacat (bongkok) dianggap rendah, bodoh dan dianggap tiada guna dalam masyarakat elit yang terdiri dari saintis telah dijadikan hamba abdi. Golongan cacat ini menjadi mangsa sepak terajang serta cacian yang tidak berperi kemanusiaan. Tuhan maha berkuasa, akhirnya muncul seorang remaja bernama IGOR. Walau pun bongkok beliau bijak dan cerdik dari kalangan hamba abdi ini. Yang menarik beliau juga secara diam-diam mempunyai bakat sebagai saintis dengan pelbagai ciptaan yang menakjubkan tanpa diketahui oleh para saintis tersebut.

Pada akhirnya, beliau telah berjaya membocorkan rahsia para saintis tersebut yang sebenarnya penuh dengan penipuan dan plagiat dalam penciptaan mereka. Dengan kebijaksanaannya segala KONSPIRASI para saintis yang menggelapkan dunia dengan kejahatan terbongkar. Antara dialog yang menarik,

"The end of Malaria's evil role inthe world"

"For generations, King Malbert has kept us in the dark by creating the clouds with a weather ray! He lied to us! He tricked us into thinking we needed to be evil to survive! BUT WE DONT!!"






Persamaan Dengan Penindasan Terhadap Tausug
Cerita IGOR persis dengan apa yang berlaku pada Bangsa Tausug di Sulu hari ini. Filipina, untuk mengekalkan kuasanya terhadap Tausug & Kesultanannya, mereka berkonspirasi menggelapkan Dunia Gugusan Kepulauan Sulu dengan tuduhan kepada bangsa Tausug sebagai "Perompak Laut", "Pengganas", "Penyeludup", "Pembunuh" agar dunia luar tidak bersimpati dengan mereka. Dengan mencipta ROBOT-ROBOT seperti MNLF, ABU SAYYAF dan MILF yang remote-control berada dalam tangan Filipina telah menguatkan lagi tanggapan bahawa TAUSUG adalah ganas dan pengganas.

Walhal Tausug & Kesultanannya sejak dulu tidak pernah menyerang New York, England, Perancis atau Manila tetapi Tausuglah yang diserang sehingga kini. Mereka menggelar pengganas kepada manusia yang mereka serang dan perangi!!

Maka perlunya keluar seorang si "bongkok" (yang dianggap rendah dan lemah, tiada pendidikan tinggi) untuk bangkit membela bangsanya agar keluar dari kospirasi sebagaimana IGOR!! Kerana biasanya yang terlalu pandai seperti Saintis mahu pun professor sibuk dengan status mereka sebab itu rela diperalat demi kelangsungan status. Buktinya walau pun mereka tahu dan maklum mereka diperalat mereka tidak berbuat apa-apa malah berkata, "Apa yang kami boleh buat? Kami tahu ini konspirasi, tapi apa yang kami boleh buat?".

Asree


Lagu Keamanan dari Soundtrack IGOR

Post a Comment