Bhg 5: Kepulauan Sulu Sebelum Muncul Nama Philippines

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, July 9, 2010 1 ulasan

Kandungan:
  • 01- PENDAHULUAN
  • 02- ANTARA LUWA'AN DAN JIN ZAMAN SULAIMAN A.S.
  • 03- MENGAPA SULU DINAMAKAN LAND OF OPHIR

Orang Laut Moten dari kepulauan Thailand hingga ke Burma bahagia tinggal dalam perahu mereka. Walau pun sebahagian mereka menganut fahaman Buddha namun masih mengekalkan memuja pokok dan batu-batu serta semangat laut.


01- PENDAHULUAN

Artikel kami semakin sampai ke penghujung. Penjelasan walau pun susunannya didasarkan dengan nama teori atau Hipotesis tetapi kami telah siapkan dengan "tiang-tiang" fakta sebagai sokongan. Dalam penjelasan yang lepas kami telah menyentuh persoalan mengapa Bangsa Laut Pala'o dikatakan Luwa'an. Ia hanyalah menurut tradisi lisan Tausug semata-mata berdasarkan pelanggaran peraturan Allah swt dan Rasul-Nya Daud a.s. Perkara ini kalau diteliti memang ada kebenarannya. Apatah lagi sekiranya disokong oleh ayat-ayat Al-Qur'an berkaitan kisah Nabi Allah Sulaiman a.s. yang sebentar lagi kami paparkan. Selepas membentangkan matan, kami akan bentangkan sokongan dari catatan Bani Israel dan lukisan-lukisan dinding Mesir Purba untuk mengesahkan kebenaran ini. Kemudian kami akan perjelaskan apakah rahsia di sebalik Sumpah Luwa'an tersebut. Apa yang kami rasa lebih penting ialah natijah dari penggelaran Luwa'an itu telah membawa nilai-nilai positif terhadap sejarah dunia dan peradaban manusia secara keseluruhannya, bahawa wujudnya satu bangsa yang dinamakan Orang Laut itu telah disebut dalam Al-Qur'an yang mulia.

Hal ini sekali gus akan membuka mata bangsa Eropah dari mana asal-usul mereka. Dalam dunia ini tiada yang hebat dan tinggi darjat dan martabatnya kecuali darjat dan kebesaran Allah Tuhan Semesta Alam. Darjat yang kita ada hanyalah darjat sebagai makhluk yang tiada daya upaya bahkan kekayaan dan kesenangan itu hanyalah pinjaman dan ujian semata-mata. Yang membezakan manusia sesama ialah Iman dan Islam. Sebab itu kami katakan manusia semua sama sahaja iaitu bermula dari satu bangsa yang dinamakan Bangsa Laut. Hina sangatkah mengaku bangsa yang berasal dari laut? Hina sangatkah kita dipanggil Pala'o? Sebenarnya manusia yang paling hina ialah mereka yang menjadikan patung-patung yang mereka bina sendiri sebagai tuhan-tuhan, menjadikan semangat dan nenek moyang sebagai sesembahan. Inilah maksud sebenar gelaran Luwa'an, iaitu meninggalkan "Suruhan Tuhan" menyembah Tuhan yang Esa dengan mengikut hawa nafsu dan kehendak duniawi semata-mata.

Luwa'an juga membawa maksud "Tidak mendapat perhatian Tuhan" lantaran mereka dibiarkan berkeliaran merata-rata sehingga sebilangan mereka menjadi hamba kepada yang lain. Para wali Allah itu merasa gundah sekiranya tidak mendapat sakit dan kepayahan hidup kerana takut-takut Allah Yang Maha Pengasih telah melupakan mereka bahkan mungkin murka. Kerana sakit dan kepayahan hidup itu adalah ujian untuk Tuhan dapat mengurangkan dosa hamba-Nya sekali gus meninggikan darjat. Para wali Allah itu sekali pun kaya mereka pemurah dan kebaikan mereka menjadi rahmat kepada yang lain. Kekayaan mereka tidak diletak di hati tetapi mereka letak di tangan agar mudah dibahagi-bahagi. Indahnya hidup bersama Ilahi, di dunia lagi sudah menjadi syurga sebelum syurga di sana. Inilah ajaran para Nabi dan Rasul sejak Adam a.s. lagi. Tetapi manusia seringkali "lupa" dan engkar.

Sesetengah Orang Laut sudah mula membina rumah ditepi-tepi pantai berbanding terus tinggal di dalam perahu mereka. Walau pun mempunyai rumah namun masih sukar didekati kerana rumah mereka masih di pinggir laut yang tiada jambatan penghubung ke darat kecuali air laut surut. Walau bagaimana pun pada peringkat ini dakwah sudah boleh dilakukan.


02- ANTARA LUWA'AN DAN JIN ZAMAN SULAIMAN A.S.
Terdapat ayat-ayat Allah swt dalam Al-Qur'an yang menceritakan kehebatan Sulaiman a.s. memperhambakan golongan Jin bahkan Ifrit. Kami akan jelaskan satu persatu siapakah di antara golongan Jin yang dimaksudkan dalam Al-Qur'an itu. Adakah mereka Jin secara hakiki atau manusia yang membawa Jin-jin bersama mereka.

وَمِنَ الْجِنِّ مَن يَعْمَلُ بَيْنَ يَدَيْهِ بِإِذْنِ رَبِّهِ
وَمَن يَزِغْ مِنْهُمْ عَنْ أَمْرِنَا
نُذِقْهُ مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ
يَعْمَلُونَ لَهُ مَا يَشَآءُ مِن مَّحَـرِيبَ وَتَمَـثِيلَ
وَجِفَانٍ كَالْجَوَابِ وَقُدُورٍ رَسِيَـتٍ
اعْمَلُواْ ءَالَ دَاوُودَ شُكْراً

"Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur". Al-Qur'an, Surah Saba', ayat 13.

Terjemahan Inggeris Ayat 13:
  • Dr. Mohsin : They worked for him as he desired, (making) high rooms, images, basins as large as reservoirs, and (cooking) cauldrons fixed (in their places). "Work you, O family of Dâwud (David), with thanks!" But few of My slaves are grateful.
  • Pickthal : They made for him what he willed: synagogues and statues, basins like wells and boilers built into the ground. Give thanks, O House of David! Few of My bondmen are thankful.
  • Yusuf Ali : They worked for him as he desired, (making) Arches, Images Basins as large as Reservoirs, and (cooking) Cauldrons fixed (in their places): "Work ye, sons of David, with thanks! but few of My servants are grateful!"
Tafsir Ibnu Kathir:
(and there were Jinn that worked in front of him, by the leave of his Lord.) means, `We subjugated the Jinn to work in front of him,' by the permission of his Lord, i.e., by Allah's decree and subjugation, they built whatever constructions he wanted, and did other work as well. (And whosoever of them turned aside from Our command,) means, whoever among them tried to rebel and disobey, (We shall cause him to taste of the torment of the blazing Fire.) which means, burning. (They worked for him as he desired on Maharib, Tamathil,) Maharib refers to beautiful structures, the best and innermost part of a dwelling. Ibn Zayd said, "This means dwellings.'' With regard to "Tamathil,'' `Atiyah Al-`Awfi, Ad-Dahhak and As-Suddi said that Tamathil means pictures.

(large basins like Jawab and Qudur Rasiyat.) Jawab, the plural form of Jabiyah, refers to cisterns or tanks in which water is held, and Qudur Rasiyat are cauldrons that stay in one place and are not moved around because of their great size. This was the view of Mujahid, Ad-Dahhak and others. (Work you, O family of Dawud, with thanks!) means, `We said to them: Work with thanks for the blessings that We have bestowed upon you in this world and the Hereafter.' This indicates that thanks may be expressed by actions as much as by words and intentions. Abu `Abdur-Rahman Al-Hubuli said, "Prayer is thanks, fasting is thanks, every good deed that you do for the sake of Allah is thanks, and the best of thanks is praise.'' This was recorded by Ibn Jarir... But few of My servants are grateful. This is a reflection of reality.

Pengertian dari terjemahan yang kemudian ditafsir oleh ulama' muktabar seperti Ibnu Kathir r.a. menyatakan bahawa pekerja hebat dari golongan Jin telah melakukan pekerjaan di hadapan Sulaiman a.s. dengan izin Allah swt. Pekerja tersebut terlalu hebat hinggakan Allah swt menyebutnya "Jin". Siapakah golongan yang disebut "Jin" ini?

Orang Laut Papua, asal-usul Orang Laut Purba yang masih wujud hingga hari ini.



Pada ayat yang lain menyebutkan,

وَالشَّيَـطِينَ كُلَّ بَنَّآءٍ وَغَوَّاصٍ
وَءَاخَرِينَ مُقَرَّنِينَ فِى الاٌّصْفَادِ

"Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing). Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu". Al-Qur'an, Surah Shad, ayat 37-38.

Terjemahan Inggeris Ayat 37:
  • Dr. Mohsin : And also the Shayâtin (devils) from the jinn (including) every kind of builder and diver,
  • Pickthal : And the unruly, every builder and diver (made We subservient),
  • Yusuf Ali : As also the evil ones, (including) every kind of builder and diver―
dan Ayat 38:
  • Dr. Mohsin : And also others bound in fetters.
  • Pickthal : And others linked together in chains,
  • Yusuf Ali : As also others bound together in fetters.
Tafsir Ibnu Kathir:
37- (And also the Shayatin, from every kind of builder and diver,) means, among them were some whom he used to build high rooms, images, basins as large as reservoirs, and cauldrons fixed (in their places), and other difficult tasks which humans were unable to do. And there was another group, who dived into the sea recovering pearls, jewels and other precious things which cannot be found anywhere else.

38- (And also others bound in fetters.) means, tied up in chains. These were the ones who had rebelled and refused to work, or else their work was bad and they were wrongdoers.

Berdasarkan tafsir Ibnu Kathir r.a. di atas kita mendapat gambaran sebenar siapakah yang dikatakan "Jin" tersebut. Beberapa inti penting telah didedahkan iaitu ciri-ciri "Jin" yang dimaksudkan ialah mereka dapat melakukan kerja-kerja dahsyat yang manusia biasa tidak dapat melakukannya kerana mereka sangat handal menyelam, melakukan pekerjaan yang hebat-hebat seperti membuat bangunan tinggi, memahat, mengukir dan sebagainya. Yang menjadi kehairanan ialah terdapat satu kumpulan yang sangat handal menyelam sehingga berjaya menemui mutiara, perhiasan emas dan batu-batu berharga yang tidak boleh dijumpai dimana-mana pun "there was another group, who dived into the sea recovering pearls, jewels and other precious things which cannot be found anywhere else."

Kami berpendapat terdapat dua kumpulan "Jin" yang dimaksudkan dalam ayat tersebut iaitu:
  • Pertama: Golongan Jin yang memang menjadi pekerja Nabi Allah Sulaiman a.s. hal ini sudah tentu hanya Sulaiman a.s. sahaja yang boleh melihatnya. Kerana Jin itu memang sifatnya terlindung dari pandangan mata kasar.
  • Kedua: Segolongan lagi ialah Orang Laut yang tidak diketahui asal-usul dari mana mereka datang. Dalam bahasa Arab, perkara yang tidak dapat dilihat atau terlindung dari pengetahuan dinamakan Jin.
Berikut ialah pengertian Jin:
  • Dari segi bahasa, al-jin berasal dari kata janna yang berarti tersembunyi, sebab itu Syurga juga dikatakan Jannah kerana sifatnya yang tidak dapat dilihat di alam dunia,
  • Dinamai al-jin adalah kerana sifatnya yang tersembunyi dari pandangan manusia, sering juga disebut ghaib,
Allah SWT berfirman:
إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ

"Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka". Al-Qur'an, Surah Al A'raf, ayat 27.

  • Dari segi istilah, jin adalah salah satu makhluk ghaib yang diciptaankan oleh Allah dari api, mukallaf (diwajibkan menjalankan syari'at), di antara mereka ada yang patuh (Muslim) dan ada yang derhaka (kafir).
  • Ketua penderhaka dari golongan jin dipanggil Iblis.
Orang Laut kepulauan Sulu hingga hari ini dikenali sebagai penyelam terhandal di dunia. Boleh menyelam lebih 30 kaki ke dasar laut dan bertahan sekali nafas dalam 30 minit. Kebanyakan dari mereka telah mengalami kerosakan gegendang telinga sejak kecil kerana kebiasaan menyelam.


Orang Laut dan pemujaan Jin


Sesungguhnya Al-Qur'an itu benar kerana ia adalah Kalamullah. Perkataan "Jin" itu walau pun para ulama mentafsirnya dengan pengertian Jin secara hakiki namun ia sebenarnya lebih kepada Majaz (Khiasan atau perlambangan). Kerana wujud sifat-sifat kemanusiaan seperti pandai menyelam dan membuat bangunan. Sifat Jin yang sebenar ialah menghilangkan diri langsung masuk ke dalam air tanpa menunjukkan gaya terjun. Kata kerja "menyelam" ialah perbuatan yang menunjukkan seseorang perlu terjun ke dalam air secara fizikal. Sudah tentu menjadi kehairanan kepada Bani Israel melihat Orang Laut terjun ke dalam air langsung menyelam selama 30 minit dengan sekali nafas tanpa gunakan gas oksigen. Pasti mereka katakan Orang Laut itu bukan manusia biasa tetapi adalah sebahagian dari Jin. Sudahlah hitam berambut kerinting, bibir tebal malah tidak diketahui asal-usul mereka dari mana.

Walau bagaimana pun keadaannya Al-Qur'an tetap benar kerana sememangnya Orang Laut sehingga ke hari ini sebahagian mereka masih mengamalkan amalan pemujaan Jin yang mereka panggil sebagai Ombo'-ombo', dalam Bahasa Sulug disebut Apu'-apu'. Ombo' atau Apu' bermaksud nenek atau datuk panggilan kepada hantu jembalang pada pokok-pokok, batu-batu besar, busut dan sebagainya. Sebab itu jangan hairan kalau kita melalui kawasan tepi laut terpacak bendera kuning, merah dan hijau itu sebenarnya dilakukan oleh Orang Laut atau yang kita panggil Pala'o. Dengan tujuan para Jin yang mereka bagi hadiah dapat berkawan dan membantu kehidupan mereka. Ia lebih kepada amalan perbomohan yang bersifat animisme. Sebenarnya inilah amalan sebahagian masyarakat Nusantara sejak dahulu kala. Menggunakan Jin bukan sekadar untuk jadi kebal malah untuk santau (santet) membunuh manusia lain. Ini semua sihir belaka.

Inilah rahsia mengapa Allah swt memanggil mereka dengan panggilan Jin. Maka jelaslah yang dikatakan Jin tersebut adalah Orang Laut yang biasa mengamalkan amalan sihir disamping kemahiran-kemahiran lain mereka yang semula jadi diperturunkan dari generasi ke generasi yang tidak dimiliki oleh manusia lain. Terungkailah juga rahsia mengapa Allah swt menyumpah mereka menjadi beruk atau monyet ketika mereka engkar arahan tidak menangkap ikan pada hari Sabtu di zaman Daud a.s. Kerana bukan sahaja Nabi Daud a.s. yang sukar mentarbiyah mereka malah Sayyid Abu Bakar r.a. yang datang berdakwah ke Sulu di abad ke-14 juga turut gagal mengislamkan Orang Laut. Yang berjaya diislamkan hanyalah Orang Laut yang tinggal di darat dan yang telah berasimilasi dengan masyarakat darat lain. Sebab itu mereka dipanggail Luwa'an oleh Bangsa Sulug kerana sukar diislamkan. Hal ini telah menjadi kegembiraan buat Spanyol dan Belanda kerana selain Dayak dan Orang Asli yang belum diislamkan, Orang Laut juga masih belum beragama Islam maka inilah yang menjadi sasaran Kristianisasi mereka yang pertama.

Bangsa Pala'o yang sebahagian besarnya berada di Laut Sulu sempat diselamatkan oleh Orang Laut dari suku Samal Balangingi'. Walau pun sukar diislamkan sekurang-kurangnya mereka terhindar dari kumpulan pendakyah Jesuit yang berusaha mengkristiankan Orang Laut suku Pala'o secara besar-besaran. Sebab itulah mengapa dikatakan Orang Laut yang paling handal mempertahankan Nusantara ialah Suku Samal Balangingi'. Mereka ialah penganut Islam yang taat beragama yang membawa semangat Laut kemana sahaja mereka pergi. Orang Laut Pala'o harus berbangga, berterima kasih dan panjatkan kesyukuran kepada Maha Pencipta, kerana dengan limpah kurnia-Nya masih diwujudkan golongan "Pembela" dari golongan mereka sendiri.

Sebab itu sesiapa sahaja Orang Laut atau Pala'o hari ini yang masih menyembah tuhan-tuhan selain Allah, yang bukan sahaja menjauhkan diri dari daratan malah turut menjauhkan diri dari Agama "Selamat" ini maka jangan marah sekiranya bangsa lain memanggil anda Luwa'an. Hal ini perlulah difahami ia bukannya melibatkan Orang Laut Pala'o sahaja malah golongan musyrik, kafir dan mulhid yang hidup di muka bumi ini mereka semuanya adalah Luwa'an. Tuhan tidak akan ambil peduli terhadap mereka, mereka akan dibiarkan berkeliaran di lautan luas atau dibandar-bandar besar berpolitik dusta, menipu timbangan dan sebagainya, hingga akhirnya mereka DIBIARKAN masuk ke dalam neraka Jahannam yang kekal abadi. Satu-satunya cara keluar dari gelaran Luwa'an ialah kembali kepada ajarah Tauhid yang diajarkan oleh nenek moyang kita semua Adam a.s. sehingga Muhammad sallallahu'alaihi wasallam.

Peperangan negeri Kana'an dengan Mesir berlaku dengan sengit tetapi Kana'an dan tenteranya yang terdiri dari bangsa Phoenisia atau Orang Laut telah kalah menjadi tawanan. Kelihatan rambut mereka diikat agar tidak kelihatan menggerbang. Di zaman Sulaiman a.s. Orang Laut juga selain pekerja upahan juga ramai yang jadi tahanan yang bekerja menyiapkan Haikal Sulaiman a.s. Sea People Captives Battle of Djahy, Canaan, 1178 BC Medinet Habu, Mortuary Temple of Ramesses III, Luxor, Egypt.


Keterlibatan Orang Laut Phoenisia Berperang Di Laut Meditranian

Bangsa Phoenisia atau Orang Laut sejak dari dulu sudah berada di Laut Meditranian seperti yang kami telah jelaskan. Selain menyelam dan berdagang mereka juga biasa menemani kempen peperangan dari pihak-pihak tertentu. Sebenarnya kalau bangsa Eropah meneropong kembali ke Asia Tenggara di mana bermulanya sejarah bangsa mereka pasti mereka dapat melihat kehidupan bangsa Phoenisia yang masih wujud hingga hari ini. Kehidupan bangsa Sulug atau Orang Laut masih dibayangi oleh sejarah nenek moyang mereka masih wujud di Kepulauan Sulu. Peperangan, perdagangan (Barter), kepahlawanan dan panyimpanan sejarah secara lisan turun-temurun masih utuh. Ketika Bangsa Laut ini berulang alik dari Sulu ke Eropah ribuan tahun dahulu mereka membawa bersama budaya dan adat resam. Mereka tinggalkan di setiap tempat persinggahan budaya dan ahli keluarga yang akhirnya tumbuh menjadi perkampungan dan pusat perdagangan. Peperangan sesama puak berebut tempat perdagangan adalah biasa bagi Bangsa Sulug. Perkara yang sama juga turut berlaku di sekitar Laut Meditranian.

Dari pertengahan abad ke-3 SM dan pertengahan abad ke-2 SM, Carthage terlibat dalam serangkaian perang dengan Rom. Perang tersebut, yang dikenali sebagai Perang Punisia berakhir dengan kekalahan lengkap Rom di tangan tentera Carthage. Pahlawan yang paling menonjol dari Perang Punisia tersebut adalah Jeneral Hannibal yang dikatakan berbangsa Pheonisia dari Carhtage. Selama peperangan tersebut kemungkinan ekspedisi penaklukan yang dilakukan oleh bangsa Carthage telah disokong oleh banyak pendatang dari tanah air Phoenisia. Siapa sebenarnya Hannibal yang paling hebat dalam peperangan mengalahkan Rom ini?

Gambar menunjukkan telah berlaku peperangan antara Mesir dan Phoenisia.
  • Hannibal adalah putera seorang general agung dari Carthage bernama Hamilcar Barca. Menurut Polybius dan Livy, sumber Latin utama yang menceritakan riwayat hidupnya, Hannibal dibawa ke Sepanyol oleh ayahnya, dan pada usia muda telah ditanamkan jiwa permusuhan dengan Rom. Bermula dari kematian ayahnya di tahun 229/228 SM sampai beliau sendiri mati pada 183 SM, kehidupan Hannibal hanya dihabiskan dalam perjuangan terus-menerus melawan republik Rom.
  • Hannibal telah berkahwin dengan puteri dari Raja Spanyol dan menjadi general tentera dalam usia yang paling muda iaitu 26 tahun. Hingga hari ini Hannibal sangat dikenali sebagai seorang pahlawan yang tiada tolong bandingnya dalam catatan sejarah bangsa Eropah.
Lukisan menceritakan tentera Phoenisia yang diketuai oleh Hannibal menyerang Rom.

Tetapi hingga hari ini bangsa keturunannya tidak diketahui berasal dari mana. Satu jawapan yang tidak dapat dinafikan ialah Hannibal adalah Orang Laut Phoenisia yang nenek moyangnya berasal dari Asia Tenggara. Kerana warna kulitnya sawo matang, tidak terlalu gelap dan tidak putih macam bangsa Eropah. Satu kenyataan ialah Hannibal adalah penguasa kepada Orang Laut sebagaimana kedudukan Samal Balangingi' di Kepulauan Sulu.

The Phoenicians or Punic (Phoenicians of the Western Mediterranean) and Hannibal were probably Semitic -- neither white nor black
  • Before going into the long and controversial origin of the Phoenicians, the Punic or Hannibal, two things musts be made clear. They do not have their origin in Europe or in Africa. They were neither European nor where they black Africans. Their origin is unknown & Semitic speakers, according to their language, though some references trace them back to as far away as India about 10,000 BC, others to Ireland and still others to the Celts. They are most probably closely related to the Hittites, if not equal and the same as the Hittites. Further, the Phoenician colonies which spread all over the coastline of the Mediterranean and even the Atlantic coasts were inhabited by Canaanite Phoenician immigrants, and this is what they called themselves in the East and the West. No one can claim that the Phoenicians of North Africa were sub-Saharan African (see linked letter of affirmation from a gentleman from The Congo) or the Phoenicians of Spain, Gibraltar, Sardinia, Sicily, Malta...etc. were European -- Anglo-Saxons.
  • Having stated the above and to give black Africans their due credit, it needs to be mentioned that major divisions of Hannibal's armies were black Africans (along other ethnic groups) and their contribution to his victories cannot and should not be denied by anyone. (*phoenicia.org/punicwar.html)

Perhubungan Raja Hiram & Nabi Sulaiman a.s.

Beberapa fakta sejarah dari sumber Bani Israel dan Mesir Purba bahkan dari sumber Eropah juga turut dimuatkan sebagai sokongan dari hujah di atas. Tahukah anda siapakah penguasa yang meminjamkan hamba dan pekerja Phoenisia kepada Sulaiman a.s.? Seorang penguasa yang sangat hebat dilaut bernama Raja Hiram yang menguasai Bandar Tyre di negeri Phoenisia adalah sahabat dan sekutu utama Nabi Allah Sulaiman a.s. Raja Hiram muncul membantu Sulaiman a.s. adalah kerana do'anya kepada Allah swt,

Katanya: "Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapa pun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpahkan kurnia". Al-Qur'an, Surah Saad, ayat 35.

Maka Allah swt mengabulkan do'anya,

"Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendaK ditujunya;" Al-Qur'an, Surah Saad, ayat 36.

Perkataan "Kami mudahkan baginya..." sangat bertepatan dengan kedatangan Raja Hiram yang tiba-tiba datang memberikan segala kerjasama walhal sebelum ini Raja Hiram tidak pernah melakukannya kepada Raja Daud a.s. sekalipun Raja Hiram berkawan rapat dengan Daud a.s. ketika hayatnya. Bayangkan selama Raja Daud a.s. mentadbir Kerajaan Israel baginda tidak pun mendapat kesempatan membina bangunan besar dan hebat terutama "Rumah Allah". Hal ini dijelaskan oleh Flavius Josephus seorang penulis sejarah Bani Israel abad pertama selepas Masihi dalam bukunya yang terkenal Antiquities of the Jews. menceritakan bermulanya persahabatan antara Sulaiman a.s. dengan Raja Hiram,

"Selain itu Hiram, Raja Tirus (Tyre), ketika dia mendengar bahawa Sulaiman berjaya mengambil alih kerajaan ayahnya, kerananya ia senang hati, kerana beliau sendiri adalah teman Daud. Jadi dia menghantar utusan kepadanya, dan memberi hormat padanya, dan mengucapkan tahniah serta mendoakan kebaikan untuk kerajaannya. Kemudian Sulaiman menghantarnya sepucuk surat, kandungannya seperti berikut:

Engkau telah pun maklum bahawa ayahku akan membina kuil untuk Tuhan, tetapi terhalang oleh perang, dan ekspedisi terus-menerus, kerana ia tidak membiarkan begitu sahaja musuh-musuhnya sehingga mereka semua tunduk membayar ufti. Tetapi saya bersyukur kepada Tuhan atas kedamaian yang saya nikmati saat ini, dan mendapat banyak masa lapang, dan berjaya siapkan perancangan untuk membina rumah Allah, kerana Allah mewahyukan kepada ayah saya bahawa rumah tersebut perlu dibina oleh saya sendiri, apa yang saya inginkan dari engkau ialah menghantar beberapa rakyat mu yang diupah ke Gunung Lubnan menebang pokok kayu, upahlah orang Sidon yang lebih berkemahiran menebang pokok berbanding orang-orang kita. Adapun upah kepada penyelenggara kayu, saya akan membayar apapun harganya, haruslah engkau menentukan harga."

Beberapa tahun Raja Hiram membantu Sulaiman a.s. menyiapkan Haikal dan kemudian menyiapkan lagi istana peribadi Sulaiman a.s. yang kedua-duanya bersalut emas, perak dan bermacam-macam lagi perhiasan. Manakala Sulaiman a.s. membayarnya dengan jagung dan bermacam bijirin lagi serta aneka jenis minyak sebagai bayaran kepada bantuan Raja Hiram kepadanya. Mengapa Sulaiman a.s. sangat memerlukan bantuan Raja Hiram menyiapkan Haikal dan istananya sedangkan kerajaan baginda lebih besar dan kuat berbanding Raja Hiram? Siapa Raja Hiram dan apakah keistimewaan beliau sehingga berjaya menutup bangunan Haikal dan istana Sulaiman a.s. dengan emas?

"Hiram I The King of Tyre (Hebrew: חִירָם, "high-born"; Standard Hebrew Ḥiram, Tiberian vocalization Ḥîrām, Arabic: حيرام), according to the Bible, was the Phoenician king of Tyre. He reigned from 980 BC to 947 BC,... One such item is that Hiram lived 53 years, and reigned 34". (*en.wikipedia.org)

Sulaiman a.s. menerima emas yang dibawa oleh pelayar Phoenisia.

Ternyata beliau adalah Raja Bangsa Phoenisia. Menurut Josephus Flavius, asal-usul moyang dari sebelah ayahnya adalah keturunan dari kerajaan Uruk (Ur) iaitu kerajaan Sumer @ Samar Purba di Sungai Tigris yang dikenali sebagai negeri Iraq hari ini. Raja Hiram adalah Orang Laut @ Sulug sebab itu beliau tinggal di salah satu pulau di Timur Laut Meditranian bukannya di darat. Kerajaan Ur bermula 5000 SM - 4000 Sm di Sumeria sehinggalah ke zaman Raja Hiram yang memerintah Tyre (Tirus) 980 SM masih menuturkan bahasa Sulug atau bahasa Orang Laut Nusantara.

"When Solomon had completed all this in twenty years' time, because Hiram king of Tyre had contributed a great deal of gold, and more silver to these buildings, as also cedar wood and pine wood, he also rewarded Hiram with rich presents; corn he sent him also year by year, and wine and oil, which were the principal things that he stood in need of, because he inhabited an island, as we have already said. And besides these,he granted him certain cities of Galilee, twenty in number, that lay not far from Tyre; which, when Hiram went to, and viewed, and did not like the gift, he sent word to Solomon that he did not want such cities as they were; and after that time these cities were called the land of Cabul; which name, if it be interpreted according to the language of the Phoenicians, denotes what does not please."

Raja Hiram menggunakan kata cabul bermaksud lucah dan jijik. Penggabungan kedua-dua raja ini menghasilkan satu kuasa ekonomi dunia ketika itu menguasai perdagangan sehingga ke Tanah Ophir.

"Ketika Hiram masih memerintah, Tirus tumbuh dari setelit Sidon yang paling penting dari bandar-bandar Phoenicia, dan pemegang sebuah kerajaan perdagangan besar ... Bible mengatakan bahawa ia bersekutu dengan Sulaiman, Raja Israel, yang kerajaan menjadi lebih kuat kemudiannya. Melalui perikatan dengan Sulaiman, Hiram memastikan dirinya kekal mendapat akses perdagangan utama ke Mesir, Arab dan Mesopotamia. Kedua-dua raja juga bergabung dalam memulakan sebuah ekpedisi di laluan perdagangan Laut Merah, menyambung pelabuhan Israel dari Ezion-Geber sehingga ke tanah yang disebut Ophir" (2 Chronicles 8:16,17).

  • Apakah yang dimaksudkan Tanah Ophir?
  • Mengapa ia disebut Tanah Ophir dan Tarshish?
  • Mengapa bangsa Mesir Purba dan Bani Israel selalu menyebut hebatnya Tanah Ophir?
  • Ternyata di sana ada satu rahsia yang belum terungkai!
  • Di mana lokasi sebenar Tanah Ophir?
Hal ini akan dijawab oleh Allah swt dalam Al-Qur'an Al-Karim. Satu jawaban sekaligus anugerah kepada segolongan manusia yang masih mengekalkan "La ilaha illallah" sebagai slogan mereka. Itulah slogan Nabi Allah Musa a.s. ketika berdakwah kepada Fir'aun yang mengaku diri Tuhan. Ketika manusia lain menyembah patung-patung yang mereka buat sendiri, ketika manusia lain berterusan menyembah batu-batan, busut, pokok, semangat-semangat dan sebagainya, Musa a.s. muncul membawa ajaran Tauhid kepada manusia.

"Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan Tuhanmu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israil disebabkan kesabaran mereka. Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Firaun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka". Al-Qur'an, Surah al-A'raf, ayat 137.

Tahukah anda satu-satunya kawasan yang masih ditindas di Asia Tenggara itu adalah Kepulauan Sulu yang dihuni oleh Bangsa Sulug hari ini? Bangsa Patani (Thailand) juga tertindas tetapi tidak seperti yang dialami oleh Sulu. Aceh juga pernah tertindas ketika dulu namun masih tidak menandingi kepayahan dan kedurjanaan seperti yang dihadapi Sulu. Namun itulah dia janji Allah swt kepada manusia yang tertindas di Timur Bumi ini selagi mereka bersabar dan menjadikan slogan mulia "La ilaha illallah" sebagai azimat dalam biji jantung mereka, Allah azza wajallah pasti menunaikan janji-Nya untuk memberikan kemenangan.


03- MENGAPA SULU DINAMAKAN LAND OF OPHIR
Allah swt telah memberi kemenangan kepada Musa a.s. dan sekali lagi Allah swt akan memberikan kemenangan kepada saudara mara Musa a.s. yang tinggal dan masih berjuang di kepulauan Sulu hari ini. Di Kepulauan Sulu berhimpunnya anak cucu Nabi Allah Ibrahim a.s. samada mereka dari keluarga Ishak a.s. atau dari keluarga Ismail a.s. bersatu bersama anak cucu Adam a.s. yang lain. Hal inilah yang kami akan bicarakan dalam perbahasan kali ini. Ia perlu diketahui oleh umum agar dengan demikian bangsa-bangsa Nusantara sedar dan insyaAllah sama-sama berbai'ah kembali membina Peradaban Islam demi membebaskan mereka dari Sistem Kufur dan kemurkaan Allah swt.

Dalam satu hadith yang juga diriwayatkan dari Tsauban r.a. dia berkata,
"Telah bersabda Rasulullah saw, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji". (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim).

Kekuatan panji-panji hitam pastinya bukan di Khurasan (Afghanistan), kekuatan ada di Sebelah Timur Bumi dimana bermulanya peradaban purba bani Adam. Kekuatan ada pada "Arus Air". Kalau tidak berjaya dengan kekuatan arus air yang deras, menggunakan setitis demi setitis juga pasti akan berjaya. Batu yang keras sekali pun akan berlubang dengan hanya titisan air, penuh sabar dan bertahan. Itulah yang dialami oleh Bangsa Sulug beribu tahun lamanya hingga ke hari ini. Ketika perang mereka berperang, ketika aman mereka akan menjaga dan mengekalkan keamanan. Kami akan terangkan mengapa kepulauan Sulu dinamakan Ophir & Tarshish sehingga membawa kepada ekspedisi Bangsa Mesir Purba, Nabi Sulaiman a.s., Bangsa India, Bangsa Arab dan para Penjajah Kristian.


Bahasa Semitik diambil dari Bahasa Sulu Purba

Apabila bangsa Yahudi berbangga dengan bahasa Hebrew mereka kononnya adalah bahasa para Nabi dan Rasul, orang Eropah tidak membantah adalah kerana mereka rata-rata beragama Kristian dan Yahudi. Mereka menggunakan Perjanjian Lama (Tanakh) dan Perjanjian Baru (Injil) yang didasarkan kepada sejarah Hebrew (Ibrani). Demikian umat Islam juga tidak dapat membantah kenyataan itu adalah kerana Al-Qur'an sendiri menyebut kisah-kisah Bani Israel, para Nabi dan Rasul terdahulu. Tahukah anda bahasa yang digunakan dalam Perjanjian Lama Yahudi adalah menggunakan bahasa Sulug purba?

"Satu teks manuskrip telah yang dijumpai dan dikatakan paling jelas dengan versi bahasa Ibrani kuno adalah teks Masoretic. Teks salinan ini adalah yang berasal daripada teks bahasa Ibrani yang telah disusun sebelum ini. Hingga hari ini, penerbitan Kitab Bible Yahudi yang diterima oleh penganut Yahudi adalah daripada teks Masoretic yang telah disiapkan pada tahun 1088 Masihi. Tambahan tujuh kitab hanya wujud dalam versi Septuagint yang dalam bahasa Greek dan bukan dalam versi Masoretic." (*www.oocities.com)

Penjelasan di atas membuktikan bahasa Hebrew sekarang bukanlah yang asli malah masih merujuk kepada teks Masoretic. Walhal Masoretic hanya mengalami pembetulan dan standardnya pada tahun 1088 Masihi. Percayakah anda bahawa nama TORAH (Taurat dalam bahasa Arab) berasal dari bahasa Sulug? Torah atau Taurat bermaksud aturan atau undang-undang Yahudi. Dalam Bahasa Sulug terdapat kata "Hatula" yang kata standard Sulug ialah "Hatura" kata dasarnya ialah "Atur" yang bermaksud peraturan. Ia bukannya secara kebetulan. Bahasa Sulug bukannya bahasa ambilan dari bahasa Hebrew tetapi Yahudi menggunakan bahasa Sulug untuk menerbitkan setiap perbendaharaan kata mereka. Di antara kata Sulug yang ada dalam bahasa Hebrew ialah,
  • Ama' (Bapa), disebut Ava dalam bahasa Hebrew,
  • Ina' (Ibu), disebut Eema,
  • Hatula (Aturan), disebut Torah,
  • Shilo @ Silung (teduh @ selamat @ aman), disebut Shiloh (lidah Hebrew tidak ada bunyi "ng", sama dengan Arab),
  • Mata (Mata), disebut Maat,
  • Datu (Pemimpin), disebut Daath,
  • Malaka (Cantik), disebut Malakha,
  • Alim (halimunan), disebut Awlim,
  • Lahad (ruang tempat bersemadi), disebut Lahat,
  • Laba (Untung), disebut Lavah,
  • Luwa' (Luah), disebut Luwa,
  • Lakad (Langkah), disebut Lakad,
  • Sapat (Cepat), disebut Shapat,
  • Tapak (Telapak), disebut Thapach,
  • Sawa (Terang), disebut Shawah,
  • Tabak (Melembing), disebut Tabach,
Ia baru sekelumit contoh, beribu patah perkataan Hebrew sebenarnya ada dalam bahasa Sulug. Bahasa Sulug adalah bahasa yang dituturkan oleh kesemua bangsa di Filipina hari ini. Bahasa Sulug hanya menjadi rosak setelah kedatangan Spanyol yang mengakibatkan "kemusnahan" kepada bahasa Sulug. Yang tinggal hanya Kepulauan Sulu sahaja lagi, walau pun sesetengah bahasa Sulug itu masih kekal keasliannya pada lidah orang-orang Visaya hari ini namun bahasa Visaya termasuk Tagalog sudah cacamarba bercampur bahasa Srivijaya dan Spanyol. Srivijaya lari dari Sumatra (lari dari Majapahit) duduk di Manila kemudian didatangi Spanyol dan inilah yang kita kenali sebagai bangsa Tagalog atau Visaya hari ini. Mengapa kami katakan Bahasa Sulug adalah induk kepada bahasa Semitik? Dalam bahasa Arab perkataan "In" membawa maksud "sesungguhnya" dan dalam bahasa Hebrew "Im" bermaksud "sesungguhnya", Bahasa Sulug juga mempunyai pengertian yang sama malah penggunaannya lebih kompleks,
  • In, adalah kata awalan untuk penegasan sebelum menyebut kata nama atau kata kerja sebagai contoh "In sila naka'una..." bermaksud "Sungguh mereka yang terdahulu..." penggunaan "In" sama dengan bahasa Arab,
  • Un, adalah kata akhiran untuk penegasan setelah menyebut kata nama atau kata kerja sebagai contoh "In manga sila yan gimbahanun..." bermaksud "Sungguh mereka adalah betul-betul orang rimba...", penggunaan "Un" sama dengan "Im" dalam bahasa Hebrew.
Bahasa Hebrew menggunakan kata akhiran "Im" sebagai contoh Elohim (Allah sungguh), Sinim (Sin sungguh). Kami hanya mendedahkan sekelumit tetapi cukup untuk memberi kefahaman bahawa Bahasa Sulug lebih kaya dan kompleks penggunaannya menunjukkan bahasa Sulug bukan ambilan dari bahasa Hebrew dan Arab (walau pun ada beberapa bahasa Arab dimasukkan dalam bahasa Sulug moden kerana pengaruh pengajian Islam yang datang kemudian). Bahasa Sulug penuturnya terbahagi dua iaitu penutur Laut dan penutur Darat. Pertuturan Laut tidak menggunakan "In" dan "Un" sebab itu bahasa Orang Laut yang tinggal di laut sama dengan bahasa Melayu di Sumatra dan Tanah Melayu. Bahasa Melayu moden sebagai contoh sarat dengan bahasa ambilan dari bahasa lain kerana induk kepada bahasa Melayu ialah bahasanya Orang Laut. Hal ini kami akan bincangkan dalam tajuk yang lebih khusus.

Bertitik tolak dari pendedahan di atas maka akan merungkai satu persoalan mengapa bangsa Mesir Purba, Arab, India dan Eropah berebut-rebut mencari "Tanah Nenek Moyang Mereka" yang mereka katakan "The Land of Ophir and Tarshish" atau "Garden of Eden". Apakah yang dimaksudkan sebagai Ophir? Berikut kami gunakan data Filipina yang bertajuk: OPHIR The Ancient-Name of the Islands of the Philippines,

"Who is Ophir ? Ophir written in the Old Testament of the Bible 1 Kings 22:48, 9:28 and 22:49, Psalms 45:9, Isaiah 13:12, Job 22:24, 28:16, 1Chron. 24:4, 1:23, Genesis 10:25-26. In Genesis 10:25-30 “And Heber were born two sons: the name of one was Peleg, for his days was the earth divided and his brother’s name was Yoktan. And Yoktan begat Almodad, and Sheleph, and Hazarmaveth, and Yerah, and Hadoram, and Uzal, and Diklah, and Obal, and Abimael, and Sheba, and OPHIR, and Havilah, and Yobab; all these were the sons of Yoktan. And their dwelling was from Mesha, as thou goest unto Sephar a mount of the EAST"

Siapakah Eber? Beliau ialah Eber bin Shelah bin Arphaxad bin Shem @ Sham bin Noh a.s. yang hanyut ke Gunung Ararat Turkey. Mereka menduduki tanah di Timur Laut Meditranian. Asal-usul nama Hebrew berasal dari nama Eber, Hebrew adalah sebutan lidah Eropah sedangkan keturunan Eber tetap menyebut "Eber" bukan Hebrew. Eber melahirkan dua orang anak dinamakan Peleg dan Yoktan. Keluarga Yoktan telah berhijrah semula ke tanah nenek moyang mereka di kepulauan Sulu. Kemungkinan besar yang dimaksudkan "Mount of the East" ialah pergunungan Kepulauan Sulu termasuk Gunung Kinabalu. Eber bin Shelah masih menuturkan bahasa ibundanya iaitu bahasa Nabi Adam a.s. yang asal iaitu bahasa Sulug. Ophir bin Yoktan bin Eber masih menuturkan bahasa Adam a.s. ketika kembali ke kepulauan Sulu.

"The language of Ophir: The language of Heber is the same language of Adam and when the language was confused, only Heber retained the original language of Adam and was called Hebrew from Heber’s name and therefore the language of his two sons Peleg and Yoktan will be Hebrew and the language of Ophir the son of Yoktan will be Hebrew also."

Kami telah pun beri penjelasan berkenaan kejadian Banjir Besar di zaman Nabi Noh a.s. yang mana kapal yang dinaiki Japheth @ Yafits bin Noh a.s. terkandas di pergunungan Papua. Kemudian mereka turun membuat sampan kembali semula ke kepulauan Sulu manakala yang lainnya ke tanah Jawa, Sumatra dan ada yang terus ke tanah besar China. Sebahagian anak-anak Ham bin Noh a.s. berkulit hitam yang ikut dalam kapal Japheth telah mengambil keputusan tinggal di Papua @ Irian dan sebahagian kecil ikut menemani anak-anak Japheth menuju ke kepulauan Nusantara.

Berikut adalah teori kami tentang taburan anak-anak Japheth bin Noh a.s. di seluruh Nusantara,
  • Gomer, beliau kemungkinan membawa keluarganya ke Sumatra terus ke Burma dan India.
  • Magog, singgah di kepulauan Sulu dan terus ke tanah besar China. Membentuk bangsa China dan Monggolia.
  • Madai, menduduki Borneo yang dikenali Pantai Timur Sabah hari ini. Mereka duduk di sekitar Gua Madai. Keluarga Madai berkembang menghasilkan anak-anak Dayak Laut yang menyebar ke Mindanao dan Kalimantan. Membentuk kaum Buranun, Taguimaha, Yakan, Champa, Maguindanao, Maranao, Iranun, Tirun @ Tidung, Iban, Murut, Ida'an, Samal atau Orang Laut. Anak-anak Madai terkenal dengan laut, persengketaan di darat hutan belantara, menguasai sungai-sungai dan mahir melebur besi dan emas. Sejarah perdagangan tukar-tukar barang (Barter) dipelopori oleh anak-anak Madai di seluruh kepulauan Sulu (termasuk Borneo dan Sulawesi).
  • Javan, terus ke kepulauan Sumatra selatan dan mendirikan perkampungan di sana. Pulau Jawa diambil dari nama Javan. Menghasilkan keturunan Jawa, Bali dan Sunda.
  • Tubal, menduduki kepulauan Sulu Utara yang kita kenali sebagai Filipina hari ini. Menghasilkan bangsa Ifugao, Bagubo, Ilongo, Hiligaynun dan lain-lain suku di kepulauan Filipina.
  • Meshech, menetap di Pulau Sulawesi dan Sumatra menghasilkan anak-anak Batak dan Toraja.
  • Tiras, kemungkinan menetap di Tanah Jawa.
Untuk mengenali samada mereka anak-anak Noh a.s. yang asli dari susur galur Japheth ialah tradisi lisan mereka yang mengatakan "Nenek moyang mereka berasal dari langit". Hal ini bukan kenyataan kosong tanpa bersandarkan kebenaran dan bukti, ia didasarkan atas prinsip Samawi. Sebilangan pengkaji sejarah Nusantara yang datang dari barat memperlekeh tradisi lisan "nenek moyang datang dari langit" ini. Sebab itulah bangsa Sulug atau Nusantara sangat mencintai Gunung-ganang kerana kenyataan bahawa nenek moyang mereka iaitu Adam a.s. turun dari langit yang ditadah oleh gunung-ganang yang mulia. Tinggal lagi anak-anak Japheth telah mula menyembah patung, semangat, busut dan sebagainya meninggalkan ajaran Tauhid Adam a.s. yang sebenar iaitu menyembah Tuhan yang Esa "Tiada tuhan lain yang patut disembah melainkan Allah".

Berbalik kepada anak-anak Eber, mereka telah datang semula ke Asia Tenggara mencari sepupu sepipit mereka di sana. Kedatangan Ophir bin Yoktan bin Eber ke kepulauan Sulu sebenarnya bukanlah membawa bahasa baru dari Eber, adalah kerana anak-anak Japheth masih duduk di kepulauan Sulu dan masih menutur bahasa Nabi Adam a.s. yang kita kenali sebagai Bahasa Sulug atau Sulu hari ini. Anak pertama Eber iaitu Peleg telah bermastautin di Bumi Israel turut menggunakan bahasa Hebrew atau Ibrani, beranak pinak sehingga kepada Nabi Ibrahim a.s.,

"The language of Abraham: Peleg son is Reu, Reu son is Serug, Serug son is Nachor, Nachor son is Thare, Thare had tree sons Abram become Abraham, Nahor and Haran the father of Lot. Abraham is Hebrew in Genesis 14:13."

Nabi Ibrahim a.s. bukannya beragama Yahudi tetapi beragama Islam (tunduk dan berserah diri kepada Allah, Tuhan Semesta Alam) seperti yang dinyatakan oleh Al-Qur'an. Tinggal lagi bahasa yang Ibrahim a.s. gunakan ialah bahasa kaumnya iaitu Ibrani atau Hebrew.


Kehairanan Pendakyah Kristian abad ke-14 Terhadap Filipina

Kedatangan golongan yang mengatakan Tuhan Tiga Dalam Satu dari Eropah ke Kepulauan Sulu telah menyebabkan mereka tercengang. Mereka hairan mengapa masyarakat Kepulauan Sulu Utara (yang kemudian mereka panggil Philippines) bertutur dalam bahasa yang mirip bahasa Ibrani (Hebrew) purba. Penulis-penulis Spanyol yang menetap di Manila ketika era penjajahan banyak mengungkapkan hal ini,

Historians said about Ophir:
The western writers garlanded the Philippine land with more names such as
  • Maniolas,
  • Ophir,
  • Islas del Oriente,
  • Islas del Poniente,
  • Archipelago de San Lazaro,
  • Islas de Luzones (Island of Mortars),
  • Archipelago de Magallanes and
  • Archipelago de Legaspi.
The western writers and ocean navigators called the islands Ophir before the Western people arrived and re-named it as Felipinas from the name of King Felipe of Spain.When the first European historian set their foot in the land of Ophir, it was written by historian Gregorio F. Zaide in page 2 and page 24 of History of the Filipino People, that Padre Chirino an eminent Jesuit historian found in Tagalog language that “it has the Mystery and obscurities of the Hebrew language”. Therefore in the islands of Ophir the people speaks Ancient-Hebrew language."

Penjajah Spanyol sebenarnya gembira dengan penemuan mereka terhadap kepulauan Sulu Utara. Mereka menyangka dengan penemuan tersebut mereka telah mendapat "Harta Karun Dunia" yang sejarahnya tertulis ribuan tahun di dinding-dinding Mesir Purba, catatan Yunani (Greece), catatan bangsa Arab, termasuk catatan Portugis. Walhal mereka telah tersesat sejak awal lagi ketika kedatangan Ferdinand Magellan. Pemandu arah yang menemani Ferdinand Magellan sebenarnya berbangsa Samal Balangingi yang sengaja memesongkan kapal ke arah yang salah. Kerana memang pemandu arah tersebut maklum sifat dan perangai Bangsa Sulug yang terkenal menenggelamkan kapal-kapal yang mereka fikir musuh sekiranya melalui perairan mereka.

Spanyol hanya dapat menguasai kawasan-kawasan perdagangan kecil dan persinggahan sahaja dan hanya berpeluang mengkaji bahasa Tagalog dan Visaya yang sebenarnya masih bertutur bahasa Sulug. Mereka tidak menyedari bangsa Tagalog itu adalah keturunan Sri Vijaya yang larikan diri dari Sumatra setelah kalah perang dengan Majapahit ketika dulu. Bangsa Sulug telah benarkan mereka tinggal di Selurong @ Manila dan menjaga mereka dari serangan Majapahit. Jumlah Tagalog tidaklah ramai di Manila hanya beberapa keluarga sahaja. Orang Sulug dari keluarga Raja Sulaiman dan Raja Lakandula dan raja-raja lain mereka adalah beragama Islam yang menguasai Manila ketika itu. Hal ini kami akan sentuh dalam tajuk yang lebih khusus.

Amat malang, Bangsa Sulug di kepulauan Sulu Utara telah diTagalog dan diVisayakan. Bahasa mereka akhirnya menjadi kacau bilau dan setelah mereka berjaya dikrsitiankan bahasa Sulug yang mereka tutur itu pun hancur menjadi "Filipino" hingga hari ini. Bahasa Sulug sudah hilang dari mereka yang ada hanyalah bahasa "Rojak" lebih teruk dari Bahasa Melayu moden hari ini yang telah "Diperkosa" oleh Bahasa Inggeris. Apabila anda sudah mula menggantikan bahasa ibunda dengan bahasa asing di sekolah-sekolah maka itulah tandanya "Identiti Bangsa dan Bahasa" anda menuju kemusnahan. Suatu hari nanti negara anda sudah jadi negara orang lain sebagai mana Filipina.

Seterusnya ke Bahagian 6.

Kajian bersama:
ASREESULU & Neldy Jolo
  1. as*kum.Banyak sejarah yang timbul hari ini mengenai kesultanan sulu maupun Brunei,.segala fakta yang timbul banyak yang mengelirukan,sebenar benarnya sejarah kesultanan kesultanan ini terpadam semasa akhirny pemerintahan Sultan Bolkiah (Nakhoda Ragam)segala fakta sejarah telah dipesong selepas itu.waktu Belanda dan Portusis dan banyak lagi empayar Eropah menjajah kepulauan melayu waktu itu.Jadi banyaknya campurtangan Kerajaan asing dalam hah ehwal negeri dan perebutan kuasa oleh kaum kerabat bersengkokol memberontak dan merebut kuasa.ini berlaku diseluruh kerajaan kesultanan di kepulauan Melayu.Sejarah sejarah mengenai pemerintahan maupun susungalur keturunan asli Sultan yang benar berdaulat dihapuskan,malah setiap keturunan sultan harus di bunuh ,banyak kalangan mereka lari sampai kepada menyembunyi pengenalan kekerabatan mereka.mereka kebanyakan hidup seperti rakyat biasa.Kalau setahu saya cerita dari nenek ke nenek ke nenek,kalangan kaum kerabat kesultanan Brunei maupan Sulu yang ASLI ini banyak di Sarawak dan pulau Lami Nusa dan Pulau tawi.yang ada sekarang ini memerintah mau pun yang mengaku keturunan sultan sianu sianu,semuanya dari pengkhiaanat dan pembelot bersengkongkol dengan penjajah.

Post a Comment