Penghapusan Tinggalan Sejarah Pahlawan Sabah

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, July 15, 2010 3 ulasan

Hasil grafik dari seorang aktivis kebudayaan dan sejarah negeri Sabah iaitu Cikgu Hatta dalam Face Booknya Suluk D' Borneo (Suluk Of Borneo).

Ketika penulis sibuk menyiapkan fakta-fakta artikel bahagian 7 "Kepulauan Sulu sebelum kemunculan nama Philippines" bersama saudara Neldy Jolo tiba-tiba berlaku kegemparan dalam Face Book. Iaitu penghapusan tapak bersejarah Datu Paduka Mat Salleh yang didedahkan oleh sahabat-sahabat aktivis kebudayaan di Negeri Sabah. Ketika negara sedang dilanda pelbagai krisis terutama krisis ekonomi, muncul pula masalah pemusnahan tapak sejarah seperti ini seolah-olah ada kaitannya dengan politik. Membaca keadaan semasa di Malaysia samada ia politik atau tidak adalah mudah. Sebagai contoh beberapa minggu lalu akhbar harian tempatan mendedahkan pengundi Melayu 1:40 (satu nisbah 40), satu Melayu untuk 40 pengundi bukan Melayu. Inilah dia sentimen politik yang akan memalit menuju perkauman seterusnya akan mengingatkan "Umat Melayu" tentang peristiwa 13 Mei 1969. Penulis bukanlah orang politik tetapi peka dengan keadaan politik semasa.

Berkenaan hal pemusnahan tapak bersejarah Mat Salleh di Sabah yang hangat diperkatakan sekarang ini, penulis tidaklah mengatakan bahawa ia sengaja dilakukan oleh orang politik, tetapi "irama" kepada situasi ini "terfokus" kepada sentimen politik perkauman. Tetapi bagi pencinta sejarah mereka tidak akan terikat dengan sebarang sentimen politik atau perkauman kerana sejarah itu tetap sejarah. Kerana tanpa sejarah nescaya manusia akan hilang identiti dan jati diri sehingga generasi mereka yang akan datang. Bagaimana mungkin mereka tergamak menghapuskan tinggalan sejarah Mat Salleh di bumi Sabah sedangkan Mat Salleh lah yang menjadi kekuatan kaum-kaum tempatan Sabah tanpa mengira etnik.

Tahukah anda samada Sulug, Dusun, Bajau, Iranun, Murut dan kaum-kaum lain di negeri Sabah semuanya mengaku ada kaitan dengan Datu Paduka Mat Salleh?

Siapakah yang tergamak bertindak memusnahkan tapak sejarah tersebut? Kerajaan negeri atau orang perseorangan yang membangunkan projek "bodoh" sehingga memusnahkan tapak sejarah tersebut. Sebenarnya walau pun orang perseorangan ia akan tertuding kepada Kerajaan Tempatan seterusnya Kerajaan Negeri sampailah kepada Kerajaan Pusat. Kerana tanpa kelulusan pembangunan tanah dari kerajaan negeri, pemusnahan tersebut pasti tidak akan berlaku.

Perkara ini sekiranya tidak dihalang ianya akan menjadi "kes lain" di masa-masa akan datang. Inilah yang kita risau. Ketika kita semuanya berusaha mengekalkan "Sabah tetap berada di tempatnya" di bawah jagaan Malaysia, orang lain pula sibuk berusaha memusnahkan realiti semasa. Penulis katakan demikian adalah kerana Datu Paduka Mat Salleh itu adalah dari keluarga Datu Sulug yang berjuang membela umat North Borneo ketika itu dari kedurjanaan Kompani British. Menghapuskan tinggalan sejarah Mat Salleh secara langsung akan menghapuskan Sejarah Sulug di Negeri Sabah. Menghapuskan "Tinggalan Sejarah Sulug" maka terhapuslah kenyataan bahawa "Bangsa Sulug" adalah Pribumi Sabah kerana telah pernah berkuasa ke atas Negeri Sabah ketika dulu. Sejak dari dulu lagi beberapa pemimpin tempatan Sabah berusaha membuang nama "Sulug atau Suluk" dalam senarai "Pribumi Sabah"

Tapak tinggalan sejarah Mat Salleh (Kubu lama ketika peperangan dengan Kompani British) musnah.

Bangsa Sulug yang benar-benar Sulug tidak akan mengatakan "Sabah itu Bangsa Sulug yang punya" kerana mereka tahu tanah bumi ini bukannya manusia yang punya tetapi Milik Allah Maha Pencipta. Kalau Bangsa Sulug katakan Sabah mereka punya sudah tentu Sulawesi, Kalimantan, Sarawak, Champa, Johor, Melaka, Palembang, Riau, Padang di Sumatra juga adalah mereka yang punya kerana beratus-ratus tahun yang lalu mereka pernah berkuasa dan menduduki tempat-tempat tersebut. Sekiranya hal sekecil kes tapak sejarah Mat Salleh tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan Pusat maka akan terbuktilah bahawa Kerajaan Pusat "Tiada daya upaya" mencampuri urusan Negeri Sabah. Kerana hingga hari ini umat Islam Sabah maklum bahawa dalam politik yang berkuasa ialah umat Nasrani yang bukan sahaja membenci Sulug berada di Negeri Sabah malah keseluruhan umat Islam yang menetap dan menjadi pengundi di sana.

Laporan dalam Utusan Malaysia.

Berkenaan hal ini Pengerusi Majlis Diraja Sulu dan Pengerusi Council of Regents kesultanan Sulu di Jolo, Sulu iaitu Datu Albi Ahmad Julkarnain telah pun penulis maklumkan tentang perkara ini agar dapat berbuat sesuatu samada menghantar surat bantahan dan sebagainya terpulang kepada keputusan mereka. Perkara ini bukannya masalah Sulu tetapi adalah masalah umat Islam kerana di sana (tapak sejarah Mat Salleh) terdapat simbol perpaduan dan kesatuan yang tidak ternilai harganya.

Julasri H. @ ASREESULU
Jawatan: Datu Paduka Wazir,
Wakil Rasmi (sementara) Kesultanan Sulu Malaysia,
Kuala Lumpur, Malaysia.
Jumaat, 16 Julai 2010.
  1. Anak sabahan tidak percaya semua penulis blogs mahupun penulis sejarah sabah yang tak adil dan berat sebelah. Tahukah anda bahawa Mat Salleh itu Sulu pengganas itu bukan pahlawan sabah tetapi beliau adalah lanun pemerontak dan pengecut!

  1. Ndak payah lh hina bngsa lain..ingat lh wahai manusia kita ni dtng nya dri Adam dan Hawa...lau kita mati ndak juga d tnya ko bngsa apa..renungkn lh..

  1. OSONONG NOGI MOKINONGOU SORITA
    ID MOLOLOHING

Post a Comment