SIAPA SULTAN?: Penjelasan Pemimpin Utama UTC, 2008

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, December 19, 2009 0 ulasan



Sesiapa yang tidak memahami Bahasa Tausug sila dapatkan penterjemah.

Antara kandungan penjelasan DYMM Datu Ladjamura,

  • "Bendera yang kami tegakkan adalah bendera kerajaan Kesultanan Sulu abad ke-17"
  • "Tausug hari ini hanya digelar Tausug pada diri mereka tetapi hakikatnya mereka adalah Filipino"
  • "Kembalikan penghormatan kepada Tausug dan Tausug akan memberi penghormatan kepada mereka. Apa yang berlaku Tausug telaha dianiaya selama ini"
  • "...Yang dikatakan Tausug ialah antaranya Buranun, Yakan, Sama-Bajau... mereka termasuk dalam pemerintahan Tausug sebab itu mereka adalah Tausug"
  • "Di Sulu tiada Sultan, yang ada ialah yang menggelarkan diri sendiri Sultan sedangkan mereka warga Filipina. Buktinya mereka memegang Passport Filipina, ini bukan Sultan. Presiden tidak boleh lebih tinggi kuasanya melebihi Sultan..."
  • "Pemerintah Rakyat mesti dikenali terlebih dahulu, kemudian rakyatlah yang memilih Sultan dari kalangan para Datu yang mereka persetujui sebagai benar menjadi Sultan. Saya bukan Sultan... tubuhkan kerajaan dulu barulah lantik Sultan.."
  • "Berapa jumlah Tausug di Sulu? Saya tidak tahu yang hidup berapa, tetapi setahu saya sejak Marcial Law (bermula pada 1972) hingga kini seramai lebih 400,000 lebih telah menjadi korban dari Marcial Law. Inilah penganiayaan terhadap bangsa ini...."
  • "Undang-undang kami (sejak tahun 1405 M) adalah Al-Quran dan petunjuk dari Rasul SAW....."
  • "Tausug bukannya jahat, Tausug menjadi jahat sebab mereka telah lakukan kejahatan terhadap Tausug. Hormatilah Tausug dan Tausug akan menghormati siapa sahaja. Tausug adalah bangsa mulia yang paling baik terhadap sesama manusia, tetapi setelah Tausug dianiaya maka sesama Tausug pun sudah tidak kenal mengenal lagi..."


ASREESULU

Post a Comment