PERJUANGAN PERIBADI atau Perjuangan Bangsa?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, December 1, 2009 8 ulasan


Bapak Jurani "Ju" sedang memberi penjelasan tentang perjuangan UTC adalah perjuangan sebenar. Perjuangan UTC bukanlah perjuangan peribadi tetapi perjuangan untuk semua.

Kesilapan besar para pejuang Kesultanan Sulu selepas kemangkatan sultan terakhir pada 1936 ialah "Sibuk memperjuangkan diri sendiri menjadi Sultan". Sebab itu mengapa begitu ramai individu yang mengangkat diri sendiri menjadi sultan sehingga kini, tetapi masih gagal memerintah dan mentadbir negara Sulu yang hari ini masih dalam genggaman Filipina. Mengapa ini terjadi?

Yang Mulia Datu Albi Ahmad Julkarnain sebagai pengerusi Council of Regent Sultanate of Sulu berkata, "Kegagalan besar yang saya lakukan ialah membantu mengangkat sebahagian kerabat kesultanan Sulu menjadi sultan sedangkan mereka tiada rakyat yang mendokong mereka. Ini tidak betul."

Menurut YM Datu Albi lagi yang juga pengerusi kepada Council of Royal Datus (Shakirullah Family) bahawa mana mungkin seseorang menjadi sultan tanpa rakyat yang mahu diperintah dibawah pemerintahannya. Ia seperti masuk bakul angkat sendiri sebab itu hanya bernama sultan tetapi tiada kedaulatan.

Penulis sangat berterima kasih dan bersyukur kepada Allah swt kerana telah melahirkan seorang pejuang kesultanan Sulu yang sangat gigih dan sabar. Beliau walau pun lahir dari keluarga Aranan tetapi tidak pernah berbangga atau menonjol-nonjolkan dirinya di khalayak bahawa hanya keluarga Aranan sahaja yang layak menjadi sultan Sulu. Yang selalu beliau tekankan ialah "Bersatulah Tausug, tanpa kesatuan dan dokongan kalian Sulu mana mungkin akan dapat kemerdekaannya semula!!" Itulah suara berulang-ulang seorang manusia yang bernama DYMM Datu Ladjamura bin Datu Wasik Aranan @ Bantilan Muizuddin II sehingga berjaya mengumpul dokongan beribu-ribu manusia dibawah satu kerakyatan iaitu RAKYAT TAUSUG.

YM Datu Albi sangat menghormati beliau dengan memuji kecekalan dan kegigihannya menyeru manusia kembali kepada pemerintahan Kesultanan Sulu. Tiada seorang pun lagi sultan-sultan kini yang berani mengenengahkan idea KERAKYATAN SULU selain beliau sehingga terwujudnya yang dinamakan United Tausug Citizens.

Ketika YM Datu Albi mencadangkan bahawa dalam Council of Regent tiada Sultan melainkan melalui satu proses saringan, dengan rendah dirinya DYMM Datu Ladjamura bersetuju dengan cadangan tersebut. Beliau turun dari pentas mesyuarat ketika Summit 17hb lalu berdiri bersama ahli UTC dalam hujan renyai-renyai.

Sebenarnya dalam UTC beliau masih Sultan mereka, tinggal lagi dalam Council of Regent beliau hanya pemimpin utama UTC. Ia dilakukan demi menarik kerabat kesultanan Sulu yang lain masuk menyertai Summit seterusnya akan melantik Sultan yang layak dikalangan mereka. Inilah yang dikatakan keadilan untuk semua kerabat kesultanan Sulu siapa yang mahu menjadi Sultan. Inilah masanya mereka masuk bertanding sebagai calon Sultan Sulu, maka perlulah mereka mendaftar terlebih dahulu dalam Council of Regent.

Dalam hal ini, DYMM Datu Ladjamura @ Sultan Bantilan Muizuddin II ternyata bukanlah memperjuangkan nama keluarganya semata-mata atau pun kearah peribadi tetapi kerana bangsa, negara dan agama tercinta. Amat malang bagi mereka yang sebelum ini ikut berjuang dalam UTC bersama DYMM Datu Ladjamura tetapi akhirnya satu persatu gugur bersama niat peribadi mereka yang semakin membusuk yang akhirnya "Berulat dan memakan diri mereka sendiri".

ASREESULU
  1. Saudara Asree.. Memang sudah memadai sekarang bahawa tiada siapa lagi dikalangan keluarga Aranan yang mahu mengiktiraf dan menyokong "Sultan" anda itu.Sedangkan pengerusi Council Of Regent anda itu iaitu datu Albi Ahmad Zulkarnain,bukanlah berasal daripada keturunan kerabat diraja sulu,tetapi berbangsa samal...hal ini dibangkitkan oleh Rajamuda Muedzullail sendiri.Statusnya sebagai kononnya pengerusi(Majlis Diraja Sulu) pun tidak dipersetujui oleh Keluarga Pewaris Pertama(Keluarga Kiram)....Tidakkah anda melihat berapa kerat sahaja rakyat Sulu yang menyertai Summit Meeting anjuran anda itu???dalam summit meeting itu pun tidak disediakan kerusi untuk tetamu,manakala sultan anda itu pun berjalan kaki daripada Buansa pergi kapitol(tiada duit bikin tambang?),itulah petanda bahawa semua kerja anda akan menjadi sia-sia..Kerana pada masa kini,terdapat ramai pihak pemerhati sama ada kerabat diraja sulu ataupun tak yang berada di malaysia dan sulu telah mendapati bahawa sebilangan besar tausug tidak lagi menyokong anda!!!(kenyataan ini adalah berdasarkan sumber yang boleh dopercayai)Hal ini adalah kerana "TEMBELANG DAN NIAT PERIBADI YANG SEMAKIN MEMBUSUK DAN BERULAT TELAH MULA TERBONGKAR"(kenyataan berdasarkan saksi)..Sedikit pengetahuan untuk anda renungkan...Pada masa kini,sejarah sudah pun tercipta,dimana semua keluarga pewaris Pertama(kiram) sudahpun kembali bersatu dengan pewaris Kedua....sebagai tanda mereka ini benar-benar mahu keluar dari kekangan politik kerajaan filipina,mereka telah pun menandatangani surat perjanjian penyatuan(Unity Papers) dengan pewaris kedua,dimana dalam surat perjanjian tersebut terdapat isi kandungan yang menyatakan persetujuan mereka keatas segala keputusan Keluarga Maharaja Adinda yang dibuat untuk kepentingan seluruh kaum tausug,dengan memberikan surat pengesahan kuasa dan pungutan suara daripada mereka atas urusan-urusan berkaitan kemerdekaan sulu di malaysia dan filifpina kepada keluarga Aranan.Dalam ertikata yang lain,mereka akhirnya kembali ke pangkuan penyelamat mereka,pembela mereka,wira mereka....!!!inilah sebenarnya yang harus diusahakan oleh keluarga Aranan sejak dari awal lagi...Menurut keluarga Kiram yang diwakili Rajamuda Muedzullail,Beliau secara peribadi meluahkan bahawa mereka sebenarnya sudah lama berhasrat untuk bersatu dengan keluarga Aranan,akan tetapi,apa yang mereka terima daripada Konco-Konco "Sultan" anda itu (Datu Ladjamura) adalah tohmahan-tohmahan negatif, penghinaan dan caci-cacian seperti "Sultan Filipino","Pengkhianat","perosak Bangsa dan negara" dan sebagainya....Disebabkan itu,usaha mereka menemui kegagalan....Begitulah yang anda anggap sebagai pejuang sebenar kan???Ambillah iktibar mulai saat ini bahawa anda sekalian lah yang akan mendapat susah kerana berjuang tanpa menggunakan akal fikiran kurniaan tuhan dengan sebaik-baiknya...Di Malaysia kini,surat penyatuan kedua-dua Pewaris Kesultanan Sulu itu telah mendapat perhatian dan sokongan yang menyeluruh di kalangan Menteri-menteri dan ahli-ahli politik termasuklah perdana menteri sendiri yang sudah sedia membantu rakyat sulu...anda lihatlah sendiri apa perkembangannya kelak...untuk anda dan sekutu anda,sentiasalah berhati-hati,kerana masalah sedang menunggu anda dihadapan kelak...seperti persamaan linear berikut, ASREE+MELTINO+GONZALEZ+DATU UDA+ANJIL=GOODBYE SULU FOREVER+EMBARRASEMENT!!!!!wassalammm...Adinda_09(HERO OF THE TIME)

  1. Saya anggap kalian seperti kanak-kanak nakal yang hanya pandai bercakap dengan hingus meleleh di hidung.

    Saya juga anggap dayus sesiapa yang tidak berani berdepan atau telefon sebab itu Atty. Meltino panggil kalian "Persona Non Grata".

    No HP saya ada di sebelah, sila dail. Tidak lama lagi kalian para penentang UTC akan gigit seluar dalam sendiri....

  1. Asree janganlah layan orang macam dorang ni..buang masa aje. Mereka ni telah dijangkiti oleh penyakit gila kuasa dan nama. Orang seperti merekalah ni yang menjahanamkan orang orang Sulu.

  1. Biarpun kami ni masih lagi menelan hingus kami, at least kami tahu pa yang kami telan itu hingus daripada saudara-saudara sekalian yang dah menelan garam tapi tidak tahu betapa masin nya garam itu sehingga kemasinan lalu tercungap-cungap mencari air dan akhirnya tergapai air lada dan dengan perasaan ghairah terus di minum lalu diri sendiri kepedasan.. saya rasa orang-orang seperti ini tidak sedar diri kerana berkata tanpa berfikir dahulu... ingatlah siapa diri anda semua yang bertindak bodoh tanpa akal... saudara-saudara ingatkah sejauh mana kepandaiannya kalian???... kalaulah saya yang menganggap begitu pandai mungkin saya tidak akan mendapat komen yang memalukan daripada mana-mana pihak... perbuatan saudara itu yang telah di caci dan di hina oleh kedua-dua pewaris keluarga kiram dan aranan tidak akan mendapat sebarang komitmen dari sesiapa pun... saudara-saudara yang saya hormati sekalian, saudara yang begitu arif+pintar+bijak=professional menganggap saya ini seorang kanak-kanak nakal yang berhingus.. tetapi kanak-kanak nakal yang berhingus inilah yang telah menegur, memperbetulkan, memperjuangkan dan telah melihat kesilapan besar yang telah memalukan diri saudara sekalian sedangkan saudara tidak sedar(mungkinkah tidak sedar atau dengan niat yang tidak baik berpura-pura tidak sedar).... SAUDARA YANG ARIF TIDAK MALUKAH TELAH DI TEGUR OLEH KANAK-KANAK NAKAL YANG BERHINGUS INI?????... sedangkan saudara yang arif itu kononnya seorang yang bijak TETAPI hanya tahu membuat kerja bodoh yang melucukan. ibarat kata pepatah "MELUDAH KELANGIT DIRI SENDIRI YANG TERKENA"... SAYA BERDOA BUAT KALIAN SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERI HIDAYAH AGAR SESIAPA YANG TELAH BERSALAH AKAN MENDAPAT JALAN KEBENARAN... AMIIIN!!!...

  1. Panas nampak....sampaikan mahu resign menjadi hero wartawan blog....saiko macam tu pun dah mengalah,macam mane nak memperjuangkan hak orang sulu???okayla....sekarang awak mahu main permainan orang dewasa yang professional kan?mungkin awak belum lagi mengenali siapa saya... justeru,katakanlah apa sahaja yang awak mahu,saya yakin kalau saya bertindak menelefon awak,dikhuatiri nanti akan terkencing ketakutan...awak perlu ingat,apa yang awak dan attrny. "mital-mital" cuba untuk lakukan itu adalah dibawah pemerhatian dan penglihatan kami.Disini saya tegaskan bahawa,konflik yang berlaku diantara semua pewaris dengan Datu Uda adalah bersifat kekeulargaan dan peribadi,oleh yang demikian,orang luar ditegah untuk masuk campur!!!!!walau macam manapun datu Uda adalah waris yang termasuk dalam keluarga Aranan,justeru,kami ada inisiatif yang lebih rasional berkaitan masa depannya.Kami tetap akan mengambil dan menyelamatkan beliau dari terus menjadi "ALAT PERMAINAN" orang yang tidak berguna seperti kamu semua!!!!Untuk attrny. mital-mital,rahsia kamu berada di tangan kami,maka sentiasalah berhati-hati....Untuk saudara tuan punya blog,buka minda anda luas-luas...kalau anda rasa anda sudah berada dalam landasan perjuangan yang sebenarnya,teruskanlah.kalau tidak,waspadalah!!!!Anda sekarang bukan berhadapan dengan penentang UTC,tetapi dengan kebenaran yang melihat kesilapan anda....anda anggap kita seperti kanah-kanak nakal dan hingusan,seolah-olah andalah yang paling bijak,walhal tindak tanduk dan perkembangan sekitar anda pun anda tidak tahu..sekolah pun setakat SPM sahaja nak mengata orang pula..... Awak tuggulah,sekarang belum tiba masanya kami tampil ke hadapan mahu menunjukkan identiti sebenar dan suka hati awaklah mahu anggap kami ini dayus atau budak hingusan dan sebagainya.Yang jelas sekarang awak bukanlah bijak sangat seperti yang awak kelihatan, malah cukup layak untuk digelar bodoh kerana mudah sangat maki-maki orang dan beremosi dengan hanya disebabkan konflik macam ini!!!!

  1. Kahahaha!!! Kesian....!! Allah swt bersama UTC!!

  1. Kami Rakyat Malaysia menyokong perjuangan saudara Asree. InsyaAllah berjaya samada merdeka atau syahid. Allahuakbar!

Post a Comment