UTP: United Tausug People

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, November 25, 2009 1 ulasan

Gambar: YM Datu Albi Ahmad Julkarnain sedang menandatangani deklarasi kesatuan Tausug ketika Summit pada 17hb Nov baru-baru ini.

Kemasukan Council of Royal Datus yang diketuai oleh Yang Mulia Datu Albi Ahmad Julkarnain telah menambahkan lagi kekuatan gerakan UTC. YM Datu Albi adalah yang pertama menyatakan kehadiran ke Summit 17hb Nov baru-baru ini kepada Atty. Meltino Jaujan Sibulan selaku Legal Counsel United Tausug Citizens, sambil menyatakan sokongan penuhnya keatas tindakan UTC mempersatukan Tausug dari pelbagai latar belakang demi bangsa, negara dan Agama tercinta.

UTC bersetuju sebulat suara dengan cadangan YM Datu Albi ketika berlangsungnya Summit untuk menubuhkan Council of Regents sebagai kerajaan sementara Sultanate Of Sulu agar segala urusan negara diperingkat antarabangsa dapat dikendalikan secara berkesan dan profesional. Atty. Meltino Jaujan Sibulan telahpun berbincang secara mendalam dengan pemimpin utama UTC berkenaan Council of Regents dan fungsinya. Secara kebetulan YM Datu Albi mempunyai jaringan antarabangsa disebabkan kedudukannya sebagai Pengerusi Council of Royal Datus.

GAMBARAN JELAS
Dalam Council of Regents terdapat beberapa kementerian yang bertindak sebagai pentadbir. Beberapa peringkat gerakan telah dirangka antaranya:

Pertama: Mengadakan beberapa siri SUMMIT untuk menyatukan kerabat kesultanan Sulu serta menyatukan semua peringkat dan lapisan masyarakat sebagai TAUSUG serta meberi seminar tentang KEWARGANEGARAAN SULU. Summit seterusnya ialah di Bongao yang akan dianjurkan oleh satu Jawatankuasa yang diketuai oleh Prof. Lintasan dari MSU Bongao. Antara yang dijemput khusus ialah Prof. Nurullaji Misuari (Pengerusi MNLF).

Kedua: Membuka ruang untuk sesiapa yang mahu mendapat gelaran Datu dan Dayang-Dayang buat pertama kalinya dalam sejarah Sulu semenjak kewafatan Sultan terakhir (Sultan Muhammad Jamalul Kiram II) pada 1936. Gelaran ini adalah sebagai penghargaan kepada sesiapa sahaja yang berusaha membantu Sulu, ia bukan untuk dijual sebagaimana gelaran Datuk @ Dato' di Malaysia yang perlu dibeli dengan wang ringgit atau pun sultan-sultan Sulu palsu yang menyamar Sultan di Sabah. Gelaran akan diberikan oleh Council of Regents sebagai pemerintah sementara Sultanate of Sulu seperti yang diberikan UTC kepadanya.

Ketiga: Membuka perhubungan dua hala dengan mana-mana negara melalui kedutaan mereka di Manila (kerana ini yang paling dekat dengan Sulu) atau menghubungi terus negara masing-masing sekiranya perlu. Perhubungan ini turut terbuka kepada Malaysia kerana menurut YM Datu Albi, Sultanate of Sulu tidak akan melibatkan Sabah dalam hubungan dua halanya. Council of Regents tidak akan mengganggu atau menuntut Sabah dari Malaysia atas dasar persaudaraan seagama. Council of Regents Sultanate Of Sulu mengharapkan bantuan kerajaan Malaysia mahu pun individu yang berkemampuan untuk menyusun atau menghantar apa sahaja jenis bantuan kemanusiaan ke Sulu, terus melalui Lahad Datu atau Sandakan di Sabah.


Keempat: Membatalkan semua gelaran Sultan Sulu samada mereka Sultan dari UTC (Aranan), Sultan-sultan Kiram dan Shakirullah sehingga mereka duduk semeja berbincang tentang siapa yang lebih layak diangkat menjadi Sultan Sulu. Mereka perlu mengisi beberapa helai borang sebagai kelayakan menjadi Sultan Sulu. Antara soalan ialah,

*Benarkah anda berketurunan Diraja Sulu? Kalau ya, Salasilah keturun anda perlu ada sebagai bukti bersama sokongan dan dokongan kerabat anda yang lain.

*Benarkah ada rakyat yang mendokong anda dan rela anda sebagai pemimpin mereka? Sekiranya ada sila kemukakan bukti secara bertulis bahawa mereka menyokong anda sebagai pemimpin.

Dan beberapa soalan lagi yang akan dikemukakan oleh Council of Regents yang perlu dijawab oleh individu yang mahu atau mengaku sebagai Sultan Sulu. Setelah itu sesiapa yang mampu menjawab kerana kreteria sebagai sultan Sulu telah memihak kepada dirinya maka beliaulah yang akan dilantik sebagai SULTAN SULU.

Kelima: Para Datu yang terlibat atau berada dalam Council of Regents Sultanate Of Sulu tidak layak atau tidak boleh diangkat menjadi Sultan Sulu. Hal ini adalah muktamad seperti yang diminta oleh YM Datu Albi Ahmad Julkarnain sendiri. Perkara ini perlu sebagai penegasan agar tiada kepentingan lain dalam Council of Regents demi kelancaran pentadbiran untuk kepentingan Negara Sulu Darul Islam. Dengan kata lain Council of Regents juga dikenali sebagai United Tausug People (UTP).

Demikianlah 5 perkara yang penulis dapat simpulkan selama beberapa hari setelah selesainya Summit pada 17hb Nov baru-baru ini. Sekiranya ada penambahan kepada 5 perkara di atas penulis akan maklumkan kemudian.

Berkenaan perlantikan Sultan Sulu walau pun pada awalnya Datu Ladjamura Aranan telah dilantik oleh United Tausug Citizens (UTC) sebagai Sultan Sulu pada 19hb Mac 2009 lalu hanyalah sekadar pengesahan bahawa beliau pempunyai pendokong yang setia dari kalangan rakyat sehingga mampu mengumpul lebih 30,000 keahlian dalam surat kelahiran UTC dan beliau adalah layak diangkat menjadi Sultan Sulu sebenar sekiranya tiada Sultan lain yang mengatasi dirinya. Menurut YM Datu Albi, Datu Ladjamura Aranan adalah pemberani dan cekal serta mempunyai wawasan jauh berbanding yang lain. Malah menurutnya Datu Ladjamura mampu bertahan dengan membawa pengikutnya berarak setiap bulan dalam beberapa tahun secara konsistan sekali pun tiada bantuan kewangan dari luar. Dan beliau memuji Atty. Meltino Jaujan Sibulan yang sanggup meninggalkan kauntungan guamannya semata-mata membantu UTC.

YM Datu Albi telah disoal bagaimana sekiranya Sultan Fuad, Sultan Jamalul Kiram III, Sultan Esmail II, Sultan Ibrahim Bahjin dan yang lainya tidak mahu bersatu walau pun Council of Regents menjadi orang tengah antara UTC dengan mereka untuk bersatu? Beliau menjawab,

"Mereka perlu ditanya, siapakah yang mereka panggil dan minta pengesahan untuk mereka diangkat menjadi Sultan ketika dulu kalau bukan saya. Fuad, Jamalul, Esmail dan Bahjin tahu dan kenal saya. Mereka sangat yakin bahawa mereka adalah Sultan Sulu sebenar, maka inilah masanya mereka membuktikannya dimeja bulat bahawa mereka memang layak menjadi Sultan Sulu berbanding yang lain."

Ketika ditanya mengapa beliau membantu mereka menjadi Sultan Sulu ketika dulu beliau menjawab,

"Ini adalah kerja nenek moyang saya membantu Kesultanan Sulu untuk kembali berdaulat. Saya hanya menyambung kerja datuk saya Datu Julkarnain bukannya mahu menjadi sultan."

"Ketika Esmail bin Punjungan datang mengadu kepada saya tentang abangnya Sultan Jamalul Kiram III yang sudah menjadi kaya raya dibela oleh Malacanang katanya: "Attuk, kita telah ditipu oleh Jamalul, bantu saya pula." Maka saya pun bantu Esmail menjadi Sultan Sulu atas harapan Sulu mendapat kemerdekaannya semula di tangan Esmail. Malangnya beliau juga tidak ubah seperti abangnya keluar masuk Malaysia meminta wang. Hal ini mengecewakan saya. Demikian juga dengan Bahjin dan Fuad, mereka semuanya tidak mampu menjadi Sultan sebenar. Bila UTC keluar dengan membawa visi dan misi Kewarganegaraan Sulu maka saya berkata, inilah yang saya cari-cari selama ini."

Saudara Asarani sedang menyusun salinan surat kelahiran UTC yang telah berjaya didaftarkan sebanyak 30,000 lebih di pejabat UTC di Buansa, Jalan Billukan Drive, Jolo Sulu.

YM Datu Albi juga mengatakan, "Kegagalan saya dengan mengangkat sultan lain sebelum ini adalah kerana kesilapan saya sendiri. Mengangkat Sultan satu persatu tanpa terfikir bahawa untuk mengangkat satu-satu Sultan perlulah disokong dan didokong oleh rakyat jelata. Tanpa rakyat mana mungkin seseorang menjadi sultan seterusnya memimpin negara? Setelah melihat model UTC, barulah saya faham dimana kesilapan saya dan cara membetulkannya."

Laporan akan bersambung lagi...

ASREESULU
  1. assalamualaikum saudara asree...saya antara wakil pewaris kedua (keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo) ingin saudara sentiasa melayari blog rasmi keluarga maharaja adinda di url datufazhir-p2.blogspot.com... saya tidak ingin memberi sebarang komen di sini tetapi saya harap saudara sentiasa melayari blog saya untuk saudara ikuti perkembangan perjalanan antara waris pertama dan kedua yang telah bersatu sekarang ini buat pengetahuan saudara,... saya ingin menegaskan agar saudara sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan setiap tindakan yang saudara ambil,jangan sampai memakan diri sendiri...

Post a Comment