Ziarah Habib Muhammad Agil Al-Attas
Pada awal bulan Mac 2009 yang lalu penulis datang ke Jakarta buat kali pertama membawa misi keamanan Nusantara dan berkesempatan bertemu dengan Al-Habib Muhammad Agil Al-Attas. Kali ini kedatangan kali kedua ke Jakarta penulis berkesempatan lagi bertemu beliau.
Habib Muhammad Agil mempunyai murid hanya 40 orang dalam satu masa di pesantrennya di atas pergunungan Bogor. Penulis melihat kelebihan Habib yang seorang ini ialah kata-katanya yang punya hikmah berharga. Setiap pertuturannya membuatkan penulis kadang-kadang melelehkan air mata. Kelebihan ilmu "ihsan" beliau adalah manefestasi Suluk kesufian dari tariqah para ahlul bait sejak turun temurun. Faham kasih sayang sesama makhluk adalah perjuangan beliau melewati fahaman agama mahupun mazhab.
Beliau menyatakan penulis bahawa beliau sanggup menerima pelajar Sulu dengan biasiswa dari pesantrennya. Ketika beliau menghidangkan makanan dari sebuah dulang dengan lauk sederhana ikan masin penulis merasa sungguh lazat, hairan walau pun kami makan berempat dalam satu dulang. Penulis lihat Ustaz Agus dan Neldy Jolo makan begitu lahap sekali. Alhamdulillah, Syukran Habib......
ASREESULU
|