Ziarah Prof Dr Didin, 07 Nov 2009

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, November 8, 2009 0 ulasan


Penulis berkesempatan bertemu Prof. DR. Didin Hafidhuddin, MSc di rumah beliau yang begitu sederhana bersama rombongan. Beliau adalah Ketua Umum (Ketua Pengarah) Badan Amil Zakat Nasional (BAZNAS). Penulis dibawa oleh ketua pengurus Masjid Raya Bogor menemui beliau untuk taaruf (berkenalan) seterusnya dapat menjalinkan silaturrahim lebih menyeluruh berkisar hal-hal zakat.

Penulis berkesempatan menceritakan berkenaan sejarah Tausug & Kesultanan Sulu serta masa depan Sulu yang merdeka. Beliau menyokong demi keamanan dan pendidikan anak-anak Sulu yang lebih baik dan sempurna. Dalam pertemuan yang serba ringkas ini beliau telah menghadiahkan dua buah buku terkini hasil karangannya kepada penulis dan Neldy. Setelah bergambar kami pun minta diri dan meneruskan perjalanan ke rumah Mufti Sulu yang terletak di pinggir kota Jakarta.

Jarak perjalanan antara Bogor dengan Jakarta agak jauh lebih kurang jarak antara Kuala Lumpur dengan Seremban. Selama 4 hari berada di Jakarta begitu mengujakan walau pun letih kerana kurang tidur. Keramahan penduduk Jakarta tidak jauh beza dengan keramahan orang-orang Sulu di Jolo. Malah persamaan bahasa Indonesia dengan bahasa Sulu begitu sangat ketara.

Sebagai contoh karipap di Malaysia disebut "Pastel" di Jakarta, sebenarnya Tausug juga menyebut demikian. Bahasa Melayu Indonesia menyebut "Satwa" kepada binatang atau haiwan, Tausug juga sama menyebut "Satwa" atau sattuwa. Di Malaysia, saudara tua lelaki disebut abang atau Along, tetapi bahasa Indonesia disebut "kakak", Tausug juga menyebutnya Kakak. Dalam bahasa Batak Sumatera "pencuri" disebut "Panakow", kalau "Curi" adalah "Takow", dalam bahasa Tausug juga sama pencuri disebut PANAKAW, curi adalah TAKAW. Dan banyak lagi persamaan yang mungkin penulis belum dengar. Jelasnya bahasa Melayu Tausug lebih hampir dengan bahasa Melayu Indonesia berbanding bahasa Melayu Malaysia.


Disambung cerita, penulis pun tiba di Jakarta langsung sekali lagi ke rumah Mufti Sulu, Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab. Habib melayan kami dengan baik, sambil makan tengah hari Habib bertanya tentang bagaimana misi musafir di Jakarta dan Bogor. Penulis pun menceritakan segala-galanya. Habib dengan tanpa jemu-jemu menjelaskan kepada penulis bahawa umat Islam Sulu mesti bersatu dengan semua pihak kerana bangsa, negara dan agama tercinta.

Habib juga menjelaskan sekiranya ada anak-anak Sulu yang mahu dihantar untuk disekolahkan di Indonesia biar beliau sahaja yang menguruskan mereka kerana FPI mempunyai puluhan pesantren di seluruh Indonesia. Habib memberi jaminan biasiswa penuh kepada anak-anak Sulu akan beliau berikan tetapi dengan syarat anak-anak Sulu mesti datang untuk belajar. Kami berpisah dengan Habib begitu menghibakan. Beliau sempat meminta penulis sampaikan hadiah beliau kepada Sultan Bantilan Muizuddin II berupa naskah Al-Qur'an kecil bersalut emas dalam sebuat peti yang indah. Alhamdulillah, syukran Habib.... Sehingg bertemu lagi di hari kemerdekaan!!!


ASREESULU

Post a Comment