Membongkar Keturunan Sultan PULALUN? (Edit Semula)

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, November 1, 2009 4 ulasan


Queen Victoria, rujuk http://en.wikipedia.org/

Pada tahun lepas penulis tergelak tahap tergolek bila seorang sahabat dari Johor mengatakan bahawa Queen Elizabeth II adalah berketurunan Tausug. Tetapi setelah beliau menunjukkan bukti secara bertulis (walau pun tidak lengkap) menyebabkan penulis terfikir untuk membuat kajian lanjut.

Baru-baru ini seorang lagi sahabat karib penulis yang datang dari Bongao, Sulu bercerita tentang keturunannya serta mendedahkan beberapa individu yang pernah menyandang kerusi Kesultanan Sulu, yang beliau dakwa sebagai anak Queen Victoria, United Kingdom of Great Britain. Untuk meyakinkan dakwaan beliau, catatan berbentuk manuskrip salasilah yang menyebut demikian telah disebut. Penulis telah meminta kepada beliau membawa manuskrip tersebut agar penulis dapat mengkajinya.

Dakwaan beliau akan penulis paparkan di sini untuk kita dapat kongsi bersama. Sebenarnya secara peribadi penulis percaya 60% terhadap dakwaan beliau ini kerana wujud beberapa bukti zahir terutama kalau dirujuk pada salasilah Kesultanan Sulu. Bukti-bukti beliau agak meyakinkan dan penulis hanya akan 80% yakin sekiranya beliau tunjukkan manuskrip yang beliau dakwa sebagai Salasilah Keturunan Kesultanan Sulu yang "sebenar".

Sebelum penulis memaparkan cerita beliau, perlulah dipaparkan beberapa fakta asas tentang Tausug & Kesultanan Sulu sebagai panduan memahami jalan cerita:

  • Sulu semenjak 2500 sebelum Masihi telah dikenali oleh Bangsa Kanaan sebagai kepulauan yang kaya demngan emas dan mutiara.
  • Ketika pemerintahan Raja Sulaiman a.s. di Jerusalem, kekayaan kerajaannya berupa emas dan sebagainya didapati dari kepulauan Sulu yang mereka sebut sebagai Sinim.
  • Setelah kekalahan Bani Israel ditangan tentera Rom, 10 kaum (10 Tribes of Israel) mereka lari dari Jerusalem menuju ke kepulauan Sulu (Jolo, Basilan dan Cebu) pada tahun 350-200 sebelum Masihi.
  • Pada tahun antara 700 - 750 Masihi satu kaum telah bersivilizasi di kepulauan Sulu yang berpusat di Pulau Basilan yang akhirnya mewujudkan kerajaan KUMALARANG iaitu kaum Taguimaha. Mereka telah pun beragama Islam ketika ini. Agama ini disebar oleh orang China dari Dinasti Tang.
  • Dinasti China purba telah lama mengenali Kepulauan Sulu sebagai tempat yang kaya dan menarik lalu mereka namakan sebagai Su-Lu atau Lu-Sung (Luzon). Dinasty China juga menyebut Sug sebagai SUNG kerana lidah mereka yang sukar menyebut SUG. Menurut Neldy Jolo, Luzon adalah dari kata Lu-Sung, kalau diterbalikkan jadi Sung-Lu atau Su-lu juga mempunyai maksud yang sama. Sila ke blog beliau di http://theislandsofpearls.blogspot.com untuk dapatkan jawaban lengkap.
  • Pada awal abad ke-12, para Sayyid atau Makhdumin (Ahlul Bait) telah mengetahui kedudukan kepulauan Sulu yang dikenali Madi Mahat (Satu tempat bersejarah yang hebat) oleh para pedagang Arab ketika itu.
  • Pada abad akhir ke-13 kedatangan para ulama' Makhdumin @ Sayyid (Ahlul Bait Rasulullah SAW) telah menjadi fenomena yang mengagumkan penduduk Nusantara termasuklah Sulu, mereka diterima sebagai guru, ketua dan pemimpin seterusnya diangkat menjadi Sultan Sulu.
  • Akhir abad ke-14 Eropah datang menghujani Nusantara untuk misi penjajahan dan penyebaran agama Kristian atas nama "Rempah Ratus" setelah kekalahan mereka dalam Perang Salib. Spanyol tanpa menghiraukan wilayah lain di Nusantara mereka langsung menuju ke Sulu kerana mereka mengetahui "kekayaan" Sulu dari lidah Muslimin Spanyol (Era Andalusia) dari translasi manuskrip Hebrew.
  • Pada abad ke-17 hingga ke-18 Inggeris telah mula menyedari kekuatan dan kekayaan Sulu. Mereka utus seorang lelaki bernama Dyrample menyiasat dan merapatkan hubungan dengan kerajaan Sulu ketika pemerintahan Sultan Bantilan Muizuddin I, kemudian datang lagi Sir John Hunt yang diutus oleh Sir Stamford Raffles yang berpusat di Singapura ketika itu (kemungkinan Sir John Hunt datang membayar ufti pada 1814). Kedatangan Raja Sarawak James Brook ke Sulu sebelum dapat memerintah Sarawak kemungkinan besar menghantar ufti juga. Kerana kalau gagal membayar mereka akan diancam oleh tentera laut Sulu yang kejam dan ganas iaitu Iranun dan Balangingi. Inilah yang dinamakan oleh Prof. James Francis Warren sebagai Sulu Zone.
  • Kawasan Sulu Zone adalah semua kawasan laut Nusantara termasuk Vietnam dan Taiwan.
  • Dalam sejarah, Inggeris tidak pernah memerangi Sulu malah ketika Datu Teteng memusnahkan kubu mereka di Pulau Balambangan pada 1775, Inggeris langsung tidak membalas malah ketika Sulu memerangi Spanyol Inggerislah yang banyak membantu Sulu. Mengapa ini berlaku?

Sultan Muhammad Fadl Pulalun menaiki takhta 1842-1862. Perhatikan wajahnya yang lebih mirip wajah seorang lelaki Eropah. Bermuka lonjong, hidung mancung dengan mata agak tersembul.


SIAPA SULTAN PULALUN?
Pulalun bermaksud "kemerah-merahan". Dalam bahasa Sulug "Pula" bermaksud merah, tambahan "un" hanya sekadar penegasan bahawa beliau memang benar-benar kemerahan. Dalam sejarah kesultanan Sulu salah seorang sultannya bernama Sultan Muhammad Fadl Pulalun bin Sultan Muhammad Jamalul Kiram I. Untuk mengesan punca mengapa Sultan Pulalun digelar Pulalun perlulah diselidik latar belakang ibunya. Mari kita suaikan dengan cerita sahabat penulis yang hanya perkenalkan dirinya sebagai Bro Sam:

  • Seorang Raja Wanita bernama Queen Victoria, United Kingdom of Great Britain telah datang ke Sulu.
  • Victoria ketika itu sangat berkuasa kerana kedudukannya yang bukan sekadar Raja malah sebagai lambang kesucian "Virgin Mery".
  • Baginda datang ke Sulu kemungkinan ketertarikannya terhadap keindahan kepulauan Sulu serta kekayaan dan keberanian penduduknya hasil laporan Dyrample.
  • Victoria setelah tiba di Sulu baginda menjadi tetamu yang menggembirakan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I.
  • Mereka saling tertarik lalu Victoria mengahwini Sultan Muhammad Jamalul Kiram I. Dalam hal ini, samada Victoria Islam atau tidak tidak menjadi masalah bagi Sultan, kerana dalam syariat Islam, lelaki Islam boleh berkahwin dengan wanita ahli kitab.
  • Tidak berapa lama kemudian Victoria telah mengandung.
  • Ketika beliau mengandungkan anak pertama beliau kembali ke England sehingga melahirkan seorang anak yang comel.
  • Almaklum sajalah, anak yang dilahirkan yang ayahandanya berdarah Arab-Tausug dan ibunya berdarah Inggeris tulin hasilnya ialah anak yang kemerah-merahan.
  • Beliau kembali ke Sulu membawa anaknya kemudian ketika mencecah usia 16 tahun anak tersebut telah ditabal menjadi Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Muhammad Fadl Pulalun. Persoalan timbul, mengapa digelar FADL?
  • Fadl adalah dari bahasa Arab bermaksud "Sesuai" atau Afdhal "yang lebih patut atau sesuai", nama ini menggambarkan seperti ada perebutan siapa yang lebih patut menaiki takhta Sulu.
  • Sebenarnya isteri pertama Sultan Jamalul Kiram I berketurunan Tausug yang mempunyai beberapa orang anak lelaki yang lebih patut diangkat menjadi Sultan Sulu. Sedangkan isteri terakhir ini (Victoria) bukan sahaja dari orang luar yang tidak tahu Agama Islam malah tidak langsung berjiwa Tausug.
  • Walau pun banyak tentangan Sultan Jamalul Kiram I tetap melantik anaknya dari isteri terakhir (Victoria) dengan menamakannya sebagai lebih "Afdhal" menaiki takhta kerana ibundanya adalah seorang Raja Perempuan Britain yang sangat berkuasa.
  • Sebahagian para Datu kecewa dengan perlantikan Fadl Pulalun terutama dari keluarga sebelah Isteri Pertama sehingga munculnya beberapa sumpahan kepada keluarga Fadl Pulalun.
  • Sumpahan ini sebahagiannya bernada ramalan antaranya; Orang berkulit putih akan datang menguasai bangsa Sulu, keburukan dan kejatuhan institusi Kesultanan Sulu akan musnah ditangan keturunan Fadl Pulalun, keturunan Jamalul Kiram I tidak akan berkuasa lagi dan akan diganti oleh keturunan yang lebih mulia hingga Sulu memerintah Dunia.

Lihat Salasilah Kesultanan Sulu.

KEMUSNAHAN KIRAM YANG MEMUSNAHKAN
Hal ini menyebabkan Sultan Fadl Pulalun memendam rasa kecil hatinya. Ketika baginda hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir baginda telah berpesan kepada anakandanya agar menyerahkan kuasa kesultanan kepada datuk saudaranya iaitu Datu Aranan Puyo yang kemungkinan Fadl Pulalun berbuat demikian untuk menghentikan fitnah dan rasa tidak puas hati keluarga Kiram yang lain selama ini kepada diri dan keluarganya.

Datu Aranan adalah cucu kepada Sultan Bantilan Muizuddin I yang terkenal sebagai "penyelamat takhta" Sulu. Malangnya Datu Aranan Puyo menolak takhta tersebut setelah memegangnya selama seminggu bermula pada 25 Sept 1862 dengan alasan sudah tua dan miskin. Datu Aranan Puyo menyerahkan semula takhta Sulu kepada anakanda Fadl Pulalun iaitu Jamalul Alam. Menurut perkiraan penulis, Datu Aranan Puyo telah dinasihati oleh Sir John Hunt agar mengembalikan takhta tersebut demi menyelamatkan keluarga Diraja Britain tersebut dari dibunuh oleh musuh-musuh mereka yang berdendam keatas kenaikan takhta Fadl Pulalun yang lalu. Prof. Majul dalam Muslim in the Philippines menjelaskan bagaimana Sir John Hunt selalu mendampingi Datu Aranan dengan menyokong Datu Aranan menjadi Sultan.

Wajah Sultan Muhammad Jamalul Alam bin Sultan Muhammad Fadl Pulalun. Perhatikan wajahnya yang juga lonjong seperti ayahandanya, hidung mancung yang sedikit kembang (mungkin dari hidung ibunya), mata agak tersembul mirip ayahanda dan neneknya Queen Victoria.

Sultan Muhammad Jamalul Alam Pulalun
Ketika Sultan Muhammad Jamalul Alam bin Sultan Muhammad Fadl Pulalun menaiki takhta perancangan memusnahkan institusi Kesultanan Sulu telah bermula. Spanyol (kemungkinan rancangan bersama Britain) telah mula menyerang Kota tentera Laut Sulu di Pulau Balangingi yang dinamakan Kota Sipak. Setelah musnah, Spanyol menuju ke Sulu dan berlakulah peperangan terakhir antara Sulu dan Spanyol. Ketika peperangan berlangsung, Inggeris telah membantu Sulu dengan persenjataan melawan Spanyol dalam masa yang sama menipu Sultan Jamalul Alam sehingga Sultan menandatangani Perjanjian Pajakan Borneo Utara pada 1878.

Beberapa bulan kemudian Spanyol membuat perjanjian perdamaian dengan Sultan Sulu kerana tidak sanggup lagi mempertahankan kubunya di Jolo yang saban hari diserang oleh Tausug. Setelah selesai perang, Sultan Sulu menyedari bahawa beliau telah ditipu oleh Inggeris. Bukan sahaja baginda diperdaya menandatangani Perjanjian Pajakan Borneo Utara malah ketika berlangsung peperangan, German, Spanyol dan Inggeris membuat perjanjian sesama mereka untuk penyelesaian kuasa perdagangan di Sulu yang langsung tidak menguntungkan Sulu.

Jelas sekali kemarahan Tausug kepada Sultan semakin dikipas-kipas yang akhirnya baginda dicap sebagai penjual dan pemusnah Tanah Sulu tetapi baginda menafikannya dengan menyalahkan sepenuhnya kepada ejen Inggeris. Kekacauan ini akhirnya menular kepada anak-anaknya seolah-olah "Sumpahan" dari keluarga isteri pertama Sultan Jamalul Kiram I telah mula menimpa keluarga anak cucu Queen Victoria.

Sultan Badaruddin II, juga mirip lelaki Eropah.


Sultan Badaruddin II bin Sultan Muh. Jamalul Alam Pulalun
Ketika Sultan Badaruddin II bin Sultan Jamalul Alam memerintah, baginda telah menjadi ketagihan candu yang teruk sehingga menjejaskan penampilannya. Menurut beberapa catatan, yang memusnahkan kehidupan Sultan Badaruddin II ialah disebabkan candu.

Sultan Badaruddin II mempunyai seorang anak perempuan yang dianggap oleh sebahagian Tausug sebagai Wanita Kejam yang tidak berhati perut bernama Puteri Piandao. Puteri Piandao mahu menjadi Raja Perempuan sebagaimana neneknya Queen Victoria tetapi ditentang oleh para Datu dan ahli rumah bicara (Parlimen). Beliau tetap mengusahakan dirinya untuk menjadi Raja Perempuan dengan mengahwini seorang Datu berketurunan Iranun bernama Amil Bangsa.

Malangnya juga ditentang oleh para Datu dan ahli rumah bicara kerana Datu Iranun kononnya bukannya dari kalangan Datu Sulu yang layak menjadi Sultan. Apa yang berlaku pada Piandao kononnya beliau telah menjadi garang dan ganas dengan bertindak meracun siapa sahaja sepupu atau bapa saudaranya yang mahu menjadi Sultan Sulu.

Sultan Jamalul Kiram II adalah Sultan Sulu terakhir yang berdaulat. Perhatikan wajahnya, matanya juga tersembul seperti mata neneknya Queen Victoria.


Sultan Muh. Jamalul Kiram II bin Sultan Muh. Jamalul Alam Pulalun
Baginda telah diperdaya oleh Freemason Yahudi menyerahkan harta perbendaharaan Sulu 617,000 tan metrik jongkong emas untuk investasi pada tahun 1935. Oleh kerana baginda adalah cucu kepada Queen Victoria of England baginda sekiranya datang ke North Borneo dan Singapura baginda akan diarak dan diberi penghormatan dilepaskan beberapa das tembakan ke udara tanda hormat atas kedaulatannya. Kemudian pada tahun 1936 baginda telah dilaporkan mangkat kerana kononnya diracun. Sebahagian manusia menuduh Piandao binti Sultan Badaruddin II yang meracunnya sebahagiannya menuduh AS dan Freemason Singapura yang meracunnya. Tetapi yang paling terkenal ialah bahawa satu-satunya yang lakukan ialah Piandao sendiri yang meracun bapa saudaranya itu.


Raja Muda MawallilWasit bin Sultan Muh. Jamalul Alam Pulalun
Beliau adalah Raja Muda kepada Sultan Muhammad Jamalul Kiram II. Raja Muda Mawallilwasit telah dilaporkan bahawa beliaulah yang paling buruk akhlak dalam mana-mana keturunan Kesultanan Sulu iaitu sangat gemar merampas isteri orang. Beliaulah yang bertanggungjawab mencolek Nafsa Lagayan yang sedang mengandung 3-4 bulan lalu dijadikannya isteri. Suami Nafsa Lagayan kononnya berketurunan Tidung dari Sandakan sangat kecewa lalu menyumpah beliau.

Akhirnya pengikut Raja Muda Mawallilwasit terikut-ikut dengan perangainya mencolek dan merampas isteri orang sehingga menjadi sebab kepada campur tangan Amerika Syarikat. Mereka dicari dan dikejar sehingga ke puncak gunung berapi Bud Bagsak dan Bud Dahu lalu mereka dibunuh beramai-ramai oleh tentera Amerika Syarikat tanpa belas kasihan. Hal ini telah memalukan seluruh keluarga Kesultanan Sulu lalu mereka lari ke Sabah, Tawi-Tawi, Palawan, Basilan menjauhkan diri dari Jolo dengan menghilangkan gelaran Datu mereka. Inilah yang dinamakan "Naglupus" bermaksud telah melupuskan gelaran Datu mereka kerana malu dengan tindakan Raja Muda Mawallilwasit sehingga Tausug menjadi dayus ditangan tentera Amerika Syarikat. Mawallilwasit meninggal kerana diracun.

Nafsa Lagayan telah melahirkan seorang anak lelaki ketika dalam istana iaitu Punjungan bin Amir Hamzah. Kemudian dinamakan Datu Punjungan Kiram bin Raja Muda Mawallilwasit untuk mengelak dari memalukan istana.

Perhatikan wajah Esmail Kiram yang mirip lelaki Eropah. Berikut adalah kenyataan dari www.royalsulu.com: His Majesty Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I (right), the father of HM Sultan Muhd. Fuad A. Kiram I, the current Sultan, upon signing the Transfer of Sovereignty of Sabah from the Sultanate of Sulu to the Republic of the Philippines on 12 September 1962, with Francisco Salvador (left), a friend of Sultan Muhd. Esmail I. (Source: Royal Family Archives).

(Sultan) Datu Esmail Kiram bin Raja Muda Mawallilwasit Pulalun
Beliau adalah anak kepada Raja Muda Mawallilwasit yang mengaku sebagai Sultan Sulu, kesilapan besar beliau ialah menyerahkan Negara Sulu kepada Kerajaan Filipina dan beliaulah yang pertama mengaku Sultan Sulu menyuruh Filipina agar menuntut Borneo Utara dari tangan Inggeris (Rujuk Tausug & Kesultanan Sulu atau rujuk http://www.royalsulu.com). Beliau mengangkat dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu tanpa dikenali rakyat hanya sekadar menyambung kesilapan ayahandanya.


Ulasan dan Penjelasan Yang Dianggap Angan-angan:
Agak malang bagi Tausug, mereka telah kehilangan "kewarganegaraan" mereka setelah Datu Esmail Kiram menyerahkan Sulu kepada Filipina. Disinilah bermula penjajahan Filipina keatas Sulu kerana Sultan dan Rakyatnya telah menjadi warganegara Filipina. Filipina begitu gembira dan berasa diri sangat berkuasa sehinggakan Filipina bertindak sewenang-wenangnya mengurangkan kuasa Sultan Sulu.

Setelah beberapa ketika Filipina berasa hairan mengapa tuntutannya terhadap Sabah (North Borneo) tidak dilayan oleh komuniti antarabangsa termasuk ICJ dan UN. Malah Amerika Syarikat sendiri tidak dapat membantunya menuntut Sabah. Mengapa berlaku demikian? Sebenarnya Filipina mendapati bahawa Datu Esmail Kiram bin Raja Muda Mawallilwasit tidak layak dan tiada kuasa "menyerahkan" kedaulatannya kepada Filipina malah sebaliknya berlaku, Filipina dari segi sejarah adalah masih dibawah kekuasaan Tausug & Kesultanan Sulu.

Hal ini telah menakutkan kerajaan Filipina setelah mereka mendapati Kesultanan Sulu sebenarnya sangat kaya dan mempunyai kekuasaan wilayah yang amat luas. Ternyata tanpa meminjam jongkong emas 400,000 tan metrik dari Sulu, Filipina tidak akan dapat menubuhkan "Bangko Ang Philipinas". Ia dibuktikan dengan kehadiran AS di Sulu telah menjadi sahabat dan pelindung Sulu dan masih mengiktiraf "kedaulatan Sulu". Serangan AS keatas Vietnam pada 1971 kerana Vietnam tidak mahu mengakui kekuasaan AS keatasnya lantaran enggan membayar "Cukai". Bagi Vietnam hanya Sultan Sulu sahaja yang layak mengutip cukai kepadanya bukannya AS.

Tidak bagi Taiwan, mereka membayar cukai kepada AS dan mengakuinya sebagai wakil Sultan Sulu, sebab itu China walau pun mengancam untuk mendapatkan Taiwan semula namun ia tetap gagal dan tidak berkelayakan kerana Taiwan termasuk dari Wilayah Sulu. Kepulauan Spratly yang bertaburan di laut China Selatan, telah dituntut oleh bermacam negara namun tiada siapa yang layak kerana ia "Milik Mutlak" Kesultanan atau Kerajaan Sulu. Hal ini membingungkan Ferdinand Marcos, beliau merasakan perlunya Tausug & Kesultanan Sulu dimusnahkan dari muka bumi ini. Kerana dibimbangi sekiranya mereka sedar tentang kewarganegaraan mereka bukan Filipino tentu mereka bangkit berkuasa malah Filipina akan jatuh secara automatik ke dalam wilayah Sulu tanpa peperangan. Kerana hutangnya 400,000 tan metrik mustahil dapat dilangsaikan.

Sebab itu Marcos berpakat dengan beberapa pihak untuk mewujudkan peperangan di Sulu agar mereka terhalau seterusnya akan terserap ke negara-negara jiran. Yang akhirnya mereka kehilangan identiti dan rendah diri menjadi pelarian seterusnya menjadi kuli "kontrakan" dimana-mana sambil mengaku mereka ialah "Bangsa Moro". Filipina juga akan mengakui siapa sahaja yang mahu melantik diri jadi Sultan Sulu, kalau boleh 1,000,000 orang kerabat Kesultanan Sulu mereka iktiraf menjadi Sultan Sulu sekiranya mahu. Inilah caranya agar Sulu menjadi bingung dan kacau bilau. Namun Allah swt lebih mengetahui perancangan mereka, Dia lah yang mengatur segalanya. Sulu akan kembali berdaulat menguasai wilayahnya.

Bagi penulis, macamana pun keadaannya, sekiranya umat Islam mahu membantu Sulu mereka akan berbuat sedaya upaya sekurang-kurangnya menyuarakan keinginan Rakyat Sulu untuk diakui "kemerdekaannya" yang sudah sekian lama tertimbus. Sepatutnya kerabat Kesultanan Sulu sedar, mereka memerlukan rakyat untuk mereka tadbir bukannya semata-mata "diri" mereka sahaja yang disultankan. Nampaknya United Tausug Citizens lah satu-satunya yang telah menemui "Jalan Pulang" kerana telah memulainya dengan "mewarganegarakan" penduduk Sulu sebagai TAUSUG CITIZENS. Empayar Tausug & Kesultanan Sulu, SELAMAT DATANG!!!

(Sebenarnya cerita bahawa keluarga Kiram adalah dari anak cucu Queen Victoria bukanlah rahsia. Golongan tua para Datu Sulu semuanya tahu hal ini tinggal lagi penulis enggan menulisnya dalam blog atau pun memasukkannya dalam buku Tausug & Kesultanan Sulu. Bayangkan nenek tua yang tiada gigi pun mengakui hal ini membuktikan bahawa kewujudan keluarga Queen Victoria dan Elizabeth ini adalah benar kerana telah menjadi tradisi lisan golongan tua Tausug hingga hari ini, ia dikategorikan sebagai perkhabaran "mutawatir".)

ASREESULU
  1. Saya rasa banyak fakta yang perlu dikemukakan untuk menyokong teori dan logik kepada sesuatu sejarah tersebut. benda-bnda seperti ini memerlukan perbincangan akademik dan fakta -fakta yang menyokong dakwaan sdr tersebut dan bukannya main pakai rasa sahaja. Saya rasa kurang bersetuju dengan beberapa fakta tersebut. Maaf...

  1. Kalau cerita ini benar kenapa tidak mempercayainya. Tolong kongsikan fakta-fakta kalau ada untuk semua.Jika ada yang membawa ke gelanggang akademik untuk di bincangkan lebih baik supaya kita boleh buktikan kesahianya. Cerita ini tidaklah menjemput para pembaca untuk menyetujuinya tetapi membawa berkongsi maklumat jika perlu. Jika di lihat dengan teliti cerita ini bukanlah terhasil daripada "main pakai rasa" sahaja oleh penulis tapi cerita seseorang yang di ceritakan kembali. Kalau tidak benar jangan percaya dan jangan bersetuju tapi buktikan fakta-fakta kenapa ia tidak benar dan sahi. Salam persaudaraan.

  1. wajah mereka ini juga kelihatan seperti ARAB...

  1. WARIS BADARUDDIN JUGA ADA di semporna kalau ikut talsilah keturunan ... seorang cucunya mirif european and arabian until today... wualla-hualam....

Post a Comment