Misi Keamanan Nusantara Ke INDONESIA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, November 7, 2009 0 ulasan

Penulis berlepas dari LCCT menaiki AIRASIA ke Jakarta pada 03 Nov 2009 lalu. Manakala saudara Neldy Jolo menaiki pesawat AIRASIA dari Kota Kinabalu ke Jakarta pada tarikh yang sama. Kami bertemu di Lapangan Terbang Seokarno Hatta, Jakarta. Disambut oleh Ustaz Hasri Harahap Al-Medani, Ustaz Agus dari Front Pembela Islam (FPI) Bogor.

Kos perjalanan dikeluarkan oleh Pusat Zakat Masjid Raya Bogor atas dasar "bantuan kepada musafir" yang termasuk dalam asnaf dibolehkan mendapat wang zakat. Syukran jazakallah khairul jaza' kepada umat Islam Indonesia atas bantuan ini.

Penulis dan Neldy Jolo sebenarnya sudah lama ingin datang ke Jakarta untuk membawa misi keamanan dari United Tausug Citizens (UTC). Sebenarnya penulis dan Neldy Jolo telah lama dilantik sebagai Representative At Large UTC atau Sultanate Of Sulu ke luar negara bermula pada 19 Mac 2009 lalu oleh Dibawah Duli Yang Maha Mulia (Allah swt) iaitu Sultan Bantilan Muizuddin II bin Datu Wasik Aranan. Oleh kerana masalah kewangan kami tidak dapat bergerak kemana-mana sehinggalah pusat zakat Masjid Raya Bogor keluarkan bantuan perjalanan selama berada di Jakarta.

Juga bantuan tambang membeli tiket pergi balik dari saudara kami UTC di Kota Kinabalu dan UTC Sandakan terutamanya saudara Mohammad Syahriz (sekadar menyebut nama samaran kerana beliau tidak mahu dikenali) yang tidak putus-putus memberi perangsang dan semangat. Saudara Mat Syahriz sebenarnya bukanlah UTC, beliau adalah rakyat Malaysia "Sabahan" yang hanya mahu melihat Malaysia dan Sulu "tetap bersaudara" dan bersatu hati sampai bila-bila.

InsyaAllah laporan perjalanan akan penulis paparkan di artikel seterusnya. Harap saudara-saudara kami para pelawat blog bersabar dan senantiasa menyokong serta mengikuti blog ini setiap masa. InsyaAllah program kutipan bantuan akan kami lancarkan di Kuala Lumpur. Sekarang penulis tengah mengaturkan pertemuan dengan para pemimpin NGO-NGO Islam di Kuala Lumpur untuk mewujudkan pejabat sementara UTC untuk memudahkan bantuan kemanusiaan dihantar ke Jolo, Sulu. Bantuan pendidikan dan penerbitan makalah/majalah mahu pun risalah atau buku sedang dirangka.

Deklarasi kemerdekaan Sulu semakin hampir iaitu pada bulan Mei 2010 nanti. UTC sangat mengharapkan pelbagai bantuan saudara-saudara kita di Malaysia samada bantuan kewangan dan apa sahaja untuk dapat disalurkan ke Sulu secepat mungkin.

ASREESULU

(Penjelasan Foto di atas kiri: Penulis bersama sohibussamahah Mufti Kerajaan Sulu Darul Islam, Maulana Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab di rumahnya di Jalan Petaburan Jakarta pada petang 07 November 2009 kelmarin sebelum penulis menaiki pesawat)

Post a Comment