PENYERTAAN KELUARGA HARUN AR-RASYID

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, December 22, 2009 7 ulasan


Datu Satria Ar-Rasyid merangkap pengerusi kelab keluarga Harun Ar-Rasyid Kota Merudu menjelaskan salasilah keluarganya kepada penulis ketika pertemuan sebulan lalu di Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Baru-baru ini penulis telah dihubungi oleh seorang sahabat dari Kota Merudu, Sabah untuk bertemu di Kota Kinabalu. Maka pertemuan pun telah berlangsung di Pantai Tanjung Aru. Sebenarnya sahabat yang penulis maksudkan ini ialah keluarga Kesultanan Sulu dari Sultan Harun Ar-Rasyid.

Keluarga ini sebagaimana keluarga Aranan, Shakirullah dan Kiram mereka berada di mana-mana di seluruh Malaysia termasuk di Sulu sendiri. Keluarga terbesar Harun Ar-Rasyid di Sabah tinggal di Kota Merudu manakala di Sulu pula kebanyakan mereka tinggal di Pulau Palawan. Dalam buku penulis (Tausug & Kesultanan Sulu) telah tercatat nama Sultan Harun Ar-Rasyid tetapi penulis tidak menerangkan secara terperinci sejarahnya.

Sebenarnya Sultan Harun Ar-Rasyid berada di tangga ke-31 sebelum kenaikan takhta Sultan Jamalul Kiram II. Ini bermakna sebelum Jamalul Kiram II Harun Ar-Rasyid telah menaiki takhta Sulu. Setelah Jamalul Kiram II berjaya mendapat sokongan dan dokongan Tausug mengatasi Sultan Harun Ar-Rasyid maka pihak Spanyol yang menyokong kuat keatas kedaulatan Sultan Harun Ar-Rasyid tidak dapat berbuat apa-apa.

Oleh kerana Sultan Harun Ar-Rasyid tidak mahu mengeruhkan keadaan berperang sesama Tausug, baginda berhijrah bersama keluarganya ke Pulau Palawan dan menjadi Sultan di sana secara bersendirian. Setelah baginda wafat, keluarga baginda sebilangannya berhijrah ke Kota Merudu dan Sugut hingga hari ini.

Acara menyerahkan salasilah keluarga Sultan Harun Ar-Rasyid oleh wakilnya kepada penulis sebagai Wakil Rasmi Kesultanan Sulu di Kuala Lumpur.

Menurut YM Datu Albi Ahmad Julkarnain (Pengerusi Rumah Bichara, Council of Regents) walau pun Sultan Harun Ar-Rasyid tidak diterima oleh Tausug Jolo sebagai Sultan mereka yang sah namun pengangkatan baginda sebagai Sultan Sulu secara tiba-tiba oleh Spanyol menyebabkan kejutan kepada Jamalul Kiram II dan keluarga Shakirullah yang ketika itu sedang berebut siapa yang lebih layak menjadi Sultan Sulu. Kemunculan Sultan Harun Ar-Rasyid yang datang dari susur galur Datu Putong yang juga masih kerabat Kesultanan Sulu menyebabkan Tausug dan para Datu bersatu menyokong Jamalul Kiram II, ini termasuklah keluarga Shakirullah yang anti Spanyol akhirnya turut menyokong Jamalul Kiram II sebagai Sultan Sulu ketika itu.

Menurut YM Datu Albi lagi, inilah jasa Sultan Harun Ar-Rasyid kepada Tausug yang tidak dilupakan sehingga baginda tercatat sebagai Sultan Sulu yang ke-31. Jasa beliau secara tidak langsung berjaya menyatukan Tausug yang anti Spanyol.

Hari ini keluarga yang dikenali sebagai salah satu dari keluarga Kesultanan Sulu telah menggabungkan diri dengan UTP sebagai Sulug atau Tausug. Walau pun mereka warga Sabah Malaysia namun sejarah keturunan mereka di Jolo mereka tidak lupa dan menyokong sebarang gerakan kemerdekaan Sulu secara aman.

SELAMAT DATANG KELUARGA HARUN AR-RASYID!!!

ASREESULU
  1. 4 Keluarga di-Raja Sulu yang berada di Sabah iaitu Keluarga Kiram,Aranan,Shakirullah dan Harun Al-Rashid( Kg.Tanjung Batu,Kota Marudu)sepatutnya mengadakan perjumpaan untuk Penyatuan Keluarga.

  1. Datu Nasaruddin (atuk Tun Datu Mustapha B Datu Harun) dan adik beradiknya adalah keturunan Sultan Harun Ar Rashid. Mohon disahkan kenyataan ini. Dan info siapakah nama adik beradik Datu Nasaruddin itu ? kerana moyang perempuan saya adalah adik beradik kandung dengan Datu Nasaruddin.

  1. Tahniah saya juga sedang mencari Tarsilah yang hilang ... teruskan akhirnya iadapat di cantumkan , jika ada Gouo keluarga Harun Al rashid sila masukan whatapp saya ---- 012 816 00 16

  1. Syarif dakula yg menikah dengan puteri sultan raja alam berau, anak dari sultan sulu siapa ? Mohon info nya .. sy sedang mencari silsilah dari syarif raja bassar

Post a Comment