AVATAR untuk TAUSUG
James Cameron adalah pengarah filem tersohor dunia Yahudi apabila berjaya menyiapkan beberapa filem berprestij seperti TITANIC. Filem bikinan beliau telah menjadi sebahagian sejarah Dunia Perfileman sehingga bila-bila. Kali ini James Cameron telah mengarahkan satu filem lagi bertajuk AVATAR yang bagi penulis telah berjaya menggegarkan dunia perfileman dengan teknik CGI penggabungan gambaran manusia sebenar dengan animasi 3D. Secara peribadi penulis katakan ini adalah filem penggabungan manusia dan 3D yang terbaik dengan imej yang sangat sempurna. Inilah kemuncak penggunaan teknologi komputer.
Apa yang menarik untuk diulas dalam ruangan terbatas blog Tausug Global ini ialah mesej yang cuba disampaikan oleh James Cameron dalam filem AVATAR ini. Perjuangan satu bangsa berbadan biru mempertahankan DUNIA atau NEGARA semulajadi mereka dari dimanipulasi atau disedut kekayaannya oleh bangsa PENJAJAH dari planet lain (manusia) yang tamak tanpa memikirkan implikasinya.
Lantaran mereka terpaksa berjuang melawan mempertahankan dunia mereka maka mereka digelar PENGGANAS dan sebagainya. Pada akhirnya makhluk yang berbadan biru ini telah diserang dan dimusnahkan oleh bangsa PENJAJAH agar makhluk berbadan biru terhalau dari kawasan mereka dan seterusnya segala harta kekayaan dapat disedut oleh PENJAJAH.
Pada akhirnya seorang lelaki muncul telah menyelamatkan dunia makhluk biru. Beliau bertindak memimpin bangsa dan kaum makhluk biru lain dengan mempersatukan mereka. Dengan menggunakan panah, lembing dan sebagainya mereka menentang PENJAJAH yang berteknologi tinggi. Bayangkan kaum Red Indian yang menaiki kuda melawan tentera Amerika Syarikat yang penuh persenjataan helikopter, robot gergasi dan bom roket.
Tetapi apa yang berlaku, makhluk biru telah berjaya mengalahkan para penjajah dari Dunia mereka sekalipun dengan hanya bersenjatakan lembing dan panah. Penjajah berjaya dihalau dan wilayah penempatan haram mereka telah dirampas semula. Begitulah PERJUANGAN satu bangsa yang dianggap mundur tetapi sangat kaya dengan sumber alam semulajadi. Betapa pun mereka dikatakan mundur dan GANAS tetapi kekayaan yang tidak terhingga nilainya ada dalam DUNIA mereka. Hakikatnya makhluk yang unik ini adalah sangat kaya dan hidup aman bahagia sekali pun tanpa teknologi sebagaimana para penjajah yang materialistik. Lihat pembikinan filem AVATAR dalam Youtube.
Penulis begitu hairan, semenjak kebelakangan ini hampir setiap filem menceritakan tentang perjuangan kemerdekaan. Sebelum ini penulis melihat filem China yang menarik bertajuk The Bodyguard an the ASSASINS yang juga mengisahkan tentang perjuangan demokrasi China menjatuhkan Dinasti MANCHURIA, ceritanya sangat sedih tetapi begitu menginspirasikan. Begitu juga dengan filem 2012, walau pun isunya hanya banjir besar seolah-olah kembalinya cerita Nabi Nuh a.s. tetapi ia adalah mesej jelas kepada dunia bahawa "Tidak Lama Lagi Dunia Akan Kembali Di Samaratakan". Bagi penulis, bukanlah air bah yang akan menyamaratakan dunia tetapi satu GERAKAN besar-besaran sekarang sedang berlangsung di seluruh dunia yang bakal menghancurkan.
Ia bermula dengan kejatuhan ekonomi maka serentak dengan itu akan jatuhnya matawang utama dunia sebab itu semua negara akan mengalami kemelesetan ekonomi yang berpanjangan. Matawang adalah bersandarkan nilainya dengan emas. Emas tidak akan hilang tetapi urusniaganya akan terhenti setelah beberapa ketika antara 10 ke 20 tahun. Ia bergantung kepada "Pemilik Sebenar" emas tersebut untuk memulakan urusniaga. Tetapi segala urusan akan terbantut kecuali "Negara Pemilik Emas Sebenar" DIBEBASKAN atau mendapat kemerdekaannya.
Tausug di Sulu memerlukan seorang AVATAR!! Rasulullah SAW telah mengatakan bahawa setiap 100 tahun akan lahir seorang AVATAR (Pencetus) dikalangan ummat Baginda. Siapakah AVATAR ummah di abad ini?
ASREESULU
|