Di Sebalik SUMMIT 17 Nov & Council of Royal Datus

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, December 8, 2009 0 ulasan


Summit atau mesyuarat Tausug yang pertama pada 17 November 2009 sudah berlalu, dengan kejayaan yang punya nilai tersendiri buat hadirin pada hari itu. Kejayaan Summit yang pertama ini ialah penyertaan pengerusi Council of Royal Datus dari keluarga Shakirullah iaitu Datu Albi Ahmad Julkarnain.

Umum mengetahui pemimpin utama United Tausug Citizens adalah dari keluarga Aranan. Ini bermakna kemasukan keluarga Shakirullah telah menambahkan lagi kekuatan gerakan MENGEMBALIKAN KEDAULATAN KESULTANAN SULU ke satu tangga yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

KEKUATAN COUNCIL OF ROYAL DATUS
Pada bulan Mac 2009 yang lalu ketika perarakan kali ke-12 UTC di Jolo, penulis dan beberapa orang pemimpin UTC telah mencadangkan kepada DYMM Datu Ladjamura bin Wasik Aranan @ Sultan Bantilan Muizuddin II agar menubuhkan MAJLIS DIRAJA SULU dari keluarga Maharaja Adinda Aranan atau seperti yang dikenali Council of Royal Datus untuk keluarga Aranan. Maka DYMM Datu Ladjamura telah memilih YM Datu Muhammad Ali Kuyung Aranan sebagai pengerusinya. Majlis Diraja Sulu atau Council of Royal Datus ini berperanan sebagai penjaga salasilah keluarga Aranan, sudah tentu mempunyai peranan besar dalam keluarga Aranan sendiri sebagaimana peranan YM Datu Albi Ahmad Julkarnain sebagai penjaga Salasilah Keluarga Shakirullah.

Tetapi, penulis sendiri tidak tahu dimana silapnya, cadangan tersebut tidak direalisasikan. Apa yang berlaku YM Datu Muhammad Ali Kuyung Aranan telah dilantik oleh beberapa individu sebagai pengerusi MAJLIS RAJA-RAJA SULU. Beberapa persoalan telah dilontarkan oleh penyokong UTC kepada penulis termasuk soalan "Darimana mereka mendapat nama atau gelaran Majlis Raja-Raja Sulu ini?". Kerana menurut mereka Sulu tidak pernah ada sejarah Majlis Raja-Raja yang membawa makna Perhimpunan Raja-Raja (Sultan-Sultan) yang sedang memerintah negeri masing-masing kecuali seperti apa yang ada atau berlaku di Malaysia.

Menurut DYMM Datu Ladjamura Aranan bahawa tumpuan UTC bukanlah siapa yang mahu menjadi Raja atau Sultan tetapi hanyalah semata-mata menyatukan rakyat jelata dibawah satu kewarganegaraan iaitu Warganegara Sulu. Menurut Baginda lagi, mengadakan satu lagi kaedah seperti Majlis Raja-Raja Sulu bukanlah tepat pada masa ini dan dengan rendah diri Baginda menasihatkan dirinya dan keluarganya sendiri agar menjauhkan diri dari perpecahan. Beliau mengalu-alukan siapa dari kalangan keluarganya yang punya wawasan dan kesungguhan menggantikan dirinya sebagai pemimpin UTC, dengan syarat mereka sendiri datang ke Jolo berjuang, berlapar dahaga bersama rakyat.

Perbezaan Majlis Raja-Raja Sulu dengan Majlis Diraja Sulu atau Council of Royal Datus sangat jelas. Majlis Raja-Raja Sulu adalah perhimpunan semua Raja-Raja atau Sultan-sultan yang sedang memerintah, Majlis Diraja Sulu pula adalah perhimpunan satu-satu keluarga kerabat Diraja Kesultanan Sulu seperti Kiram, Shakirullah, Harun Al-Rashid dan Aranan. Sebagai contoh YM Datu Albi mempengerusikan persatuan keluarga Shakirullah sehingga beliau menjadi rujukan para Datu dan Dayang-Dayang di Sulu, Mindanao, Filipina dan Sabah sendiri. Pelbagai undangan rasmi beliau terima setiap minggu sehingga ke Manila dan Kota Kinabalu menandakan betapa penting perhimpunan atau persatuan Salasilah Keluarga Kerabat Kesultanan Sulu.


DISEBALIK SUMMIT 17 Nov
Summit yang diadakan di Jolo baru-baru ini telah tercatat dalam sejarah sebagai perhimpunan atau mesyuarat kesatuan Tausug yang pertama. Kehadiran hanya sekitar antara 300 hingga 400 orang adalah disebabkan Summit diwar-warkan hanya untuk mesyuarat pemimpin luar dan UTC hanya diwakili oleh pemimpin UTC sahaja. Maka ramai ahli UTC yang tinggal jauh tidak hadir dengan hanya menunggu berita sahaja.

Petisyen Summit telah dibawa atau diperpanjangkan ke setiap daerah dan kepulauan untuk ditandatangani oleh para penyokong dan hadirin sampai ke Bongao yang tidak dapat hadir sehingga berjaya mengumpul tandatangan lebih 3000 orang. Hal ini telah disahkan oleh UTC dan YM Datu Albi sendiri.


Surat Deklarasi Kesatuan Tausug pada Summit 17hb Nov 2009. Penulis turut menandatanganinya sebagai mewakili Tausug Malaysia.

Summit akan datang seterusnya akan diadakan di Pulau Bongao, Tawi-Tawi yang hanya akan dihadiri oleh para pemimpin dan anggota UTC tempatan Bongao dan pemimpin utama UTC Jolo. Kali ini UTC telah dipimpin oleh Council of Regents yang dinamakan United Tausug People, dibawah pentadbiran YM Datu Albi Ahmad Julkarnain.

ASREESULU

Post a Comment