BENDERA KERAJAAN SULU DI ZAMBOANGA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, December 8, 2009 0 ulasan


Istana DYMM Sultan Bantilan Muizuddin II Aranan @ Datu Ladjamura sebagai pemimpin utama UTC yang lokasinya antara Tumaga dan Putik di pinggir Zamboanga City.


Di kawasan ini satu-satunya rumah besar ialah Istana Sultan Sulu, walau pun punya pelbagai kekurangan sebagai Istana namun sudah cukup untuk menjadi kebanggaan UTC atau Council of Regents sendiri.


Pada awalnya rumah yang telah menjadi Istana UTC ini hampir disita oleh Kerajaan Filipina tetapi setelah diduduki oleh Sultan UTC penyitaan telah gagal malah undang-undang Filipina tidak berfungsi keatas Istana Sultan UTC ini. Istana yang mempunyai surau di sebelah kanannya dan sebelah kiri terdapat kolam renang telah menjadi perhatian para gabenor Tausug untuk dibeli sebelum ini.

Bendera Sulu terpacak dan telah menjadi kontroversi di kejiranan kaum Visaya Kristian sehingga mereka melaporkan kepada pihak keselamatan Filipina bahawa TAUSUG telah datang menceroboh kawasan perumahan mereka. Pihak keselamatan Polis dan tentera telah datang mahu menggeledah malangnya gagal memasuki atau mendapatkan waran geledah dari mahkamah Zamboanga City.

Gambar di atas penulis ambil sendiri menggunakan kamera digital DSLR Sony A200 pada 28 November 2009 baru-baru ini.

ASREESULU

Post a Comment