IKLAN: Lagu Tausug

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, December 13, 2009 0 ulasan

Sebelum penulis meneruskan artikel lain berkenaan "Majlis Makan Malam" di Zamboanga pada malam 26hb Nov 2009 lalu, terlebih dahulu penulis nak paparkan iklan lagu Tausug yang pernah penulis rakam antara tahun 2003 hingga 2004 lalu.

Ketika penulis sampai di Bongao, Tawi-Tawi baru-baru ini penulis telah dikejutkan oleh seorang kanak-kanak (anak buah Neldy Jolo) yang menyanyikan lagu "Indah" dengan fasih. Neldy Jolo menyedari "keterkejutan" penulis, lalu beliau menjelaskan bahawa lagu Indah kerap berkumandang di corong-corong radio bermula dari Bongao hingga ke Zamboanga City.

Sebenarnya lagu tersebut adalah dari album "Kalawalih: Lasa Internet" yang mengandungi 11 lagu yang penulis olah sendiri bersama saudara Zahuri Hj Harun dari Negeri Sembilan. Turut memberi kerjasama dalam pembikinan album ini ialah saudara penulis sendiri iaitu Amree dan Muhammar dari Sandakan. Kesemua lagu boleh di download terus dalam format mp3 secara percuma,
Video pula boleh didownload terus melalui Youtube.com,
Kemudian pada pertengahan tahun 2005 penulis berjaya merakam satu lagi lagu bertajuk NADIA. Lagu ini adalah lagu terakhir dan mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri buat penulis. Apa yang lebih penting ialah pengalaman menghasilkan lagu sendiri yang dengan pengalaman tersebut dapat dipergunakan untuk lagu-lagu Patriotik Kesultanan Sulu di masa-masa akan datang.

Terima kasih buat peminat lagu-lagu Tausug di mana saja kalian berada kerana sehingga hari ini lagu-lagu Tausug seperti lagu kumpulan Kalawalih bukan sahaja selalu dimainkan di corong-corong Radio di Sulu malah di Sandakan pernah lagu Kalawalih dimainkan hampir setiap hari bermula tahun 2006 hingga 2008 di RTM Sandakan. Hari ini lagu-lagu Tausug semakin bertambah dengan kehadiran artis Tausug seperti saudara Troy, Kamis dan Den Bisa di Sabah telah memeriahkan lagi hiburan Tausug di persada seni Dunia.

Untuk mendengar dan download lagu mp3 Nadia sila ke: http://kalangan-nadia.tripod.com/

ASREESULU

Post a Comment