ANUGERAH sebagai TANGGUNGJAWAB BESAR

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, December 19, 2009 2 ulasan


Anugerah Datu kepada penulis adalah kerana tugasan sebagai Duta Kecil di Malaysia yang penulis terima dari Council of Regents dan disaksikan oleh pemimpin utama United Tausug Citizens DYMM Datu Ladjamura Aranan.

Pada awalnya penulis telah merancang untuk tidak memaklumkan kepada umum berkenaan gelaran yang telah dianugerahkan oleh Council of Regents Sultanate of Sulu kepada penulis. Tetapi atas desakan kerja dan Pengerusi Council of Regents sendiri maka penulis akan umumkan agar teka-teki terjawab.

Bagi penulis, hal ini bukanlah satu kegembiraan dengan gelaran DATU yang telah diberikan kepada penulis tetapi sebenarnya adalah sebagai tanggungjawab besar yang perlu dipikul. Penulis telah diberi kepercayaan oleh Council of Regents untuk menjadi Wakil Rasmi Kesultanan Sulu di Kuala Lumpur seterusnya dapat mengurus bangsa Sulu di Sabah dan menjadi penghubung antara Council of Regents (Rumah Bichara) Sultanate of Sulu dengan Kerajaan Malaysia. Oleh yang demikian juga dapat mengaturkan kerjasama dengan negara Indonesia dan Brunei Darussalam melalui Kuala Lumpur.

Tugasan penulis akan dinilai semula selepas deklarasi kemerdekaan pada 17 Mei 2010 nanti.

  1. tahniah bro...tak sia sia ko bejuang.ko kene altih bebudak sana buat animation.boleh la diaorg buat freelance.

  1. datu tu iktiraf ke kat malaysia ni bro.

Post a Comment