Pelancaran BON KEMERDEKAAN SULU

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, December 17, 2009 0 ulasan

BON KEMERDEKAAN 01/2009

Melalui kuasa yang diberi oleh Rumah Bicara Kesultanan Sulu (Council of Regents) kepada Wakil Rasmi Kesultanan Sulu di Kuala Lumpur (Malaysia) bahawa ingin mengumumkan terbitan Bon Merdeka 01/2009 yang berjumlah RM10 juta pada 17 Disember 2009. Ini ialah terbitan pertama daripada tiga siri bon 2 tahun yang akan diterbitkan pada tahun 2009 dan 2010. Setiap siri terbitan bon berjumlah RM10 juta.

Bon yang akan diterbitkan berlandaskan prinsip Syariah ini merupakan instrumen simpanan tambahan untuk ahli UTC dan Rakyat Kesultanan Sulu yang berumur 18 tahun dan ke atas. Pelabur yang layak dan ingin melanggan bon ini boleh membuat permohonan dalam tempoh masa jualan yang akan bermula dari 17 Disember hingga 17 Mac 2009. Bon yang mempunyai tempoh matang selama 2 tahun ini menawarkan pulangan sebanyak 20 peratus setahun dan pemegang bon diberi fleksibiliti untuk membuat penebusan awal sebelum tarikh matang (minimum setahun dari tarikh pelaburan).

Pelaburan minimum Bon Merdeka 01/2009 ini ialah RM100 dengan pelaburan maksimum sebanyak RM50,000 bagi setiap pelabur. Had ini merupakan agregat pegangan setiap pelabur bagi tiga siri Bon Merdeka yang diterbitkan pada tahun 2009 dan 2010. Bon Simpanan Merdeka 01/2009 boleh dilanggani melalui Pegawai Khas yang dilantik. Bon ini akan diperuntukkan kepada ahli UTC dan Rakyar kesultanan Sulu sahaja. Keuntungan akan dibayar secara tahunan melalui akaun pemegang bon di bank atau melalui Pegawai Khas yang dilantik.

Untuk maklumat lanjut tentang Bon Simpanan Merdeka 2009 , sila hubungi Wakil Rasmi Kesultanan Sulu di Kuala Lumpur iaitu Datu Julasri Bin Hajad di 016-347 2849, 016-323 2849 atau lawati http://tausug-global.blogspot.com . Ciri-ciri utama Bon Merdeka 2009 adalah seperti yang berikut:
  • NAMA BON: Bon Merdeka 2009
  • TARIKH TERBITAN/TEMPOH JUALAN: 17 Disember 2009 (Bon Merdeka Siri 01/2009 - RM10 juta), (Tempoh jualan dari 17 Disember hingga 17 Mac 2009), 18 Mac 2010 (Bon Merdeka Siri 02/2010 - RM10 juta), (Tempoh jualan dari 18 Mac hingga 18 Jun 2009), 19 Jun 2010 (Bon Merdeka Siri 03/2010 - RM10 juta), (Tempoh jualan dari 19 Jun hingga 19 September 2009).
  • PERUNTUKAN BON: Ahli UTC (TAUSUG) dan Rakyat Kesultanan Sulu sahaja.
  • SAIZ BON: RM30 Juta
  • JENIS BON: Bon ini diterbitkan berlandaskan prinsip Syariah.
  • TEMPOH MATANG: 2 tahun
  • KEUNTUNGAN KEPADA PELABUR: 20% setahun.
  • KEKERAPAN AGIHAN KEUNTUNGAN: Setiap tahun.
  • KELAYAKAN: Ahli UTC (TAUSUG) dan Rakyat Kesultanan Sulu yang berumur 18 tahun dan keatas sahaja.
  • PEGANGAN MINIMUM: Pegangan minimum setiap pelabur ialah RM100 pada masa jualan dan pelabur boleh melanggan bon dalam gandaan RM100, contoh RM200, RM300 dan seterusnya.
  • PEGANGAN MAKSIMUM: Agregat pegangan maksimum setiap pelabur ialah RM50,000 pada satu-satu masa (bagi tempoh dari tahun 2009 hingga tahun 2010).
  • PENEBUSAN AWAL: Pemegang bon boleh menebus bon pada nilai muka pada atau sebelum tarikh matang, tetapi selepas pembayaran keuntungan pertama setiap terbitan dibuat. Pembayaran keuntungan akan dibahagikan berdasarkan pada bilangan hari pegangan bon. Jumlah penebusan minimum yang dibenarkan ialah RM100. Pemegang bon boleh menebus bon yang dipegang dalam gandaan RM100.
  • JENIS INSTRUMEN: Pelabur dibekalkan Sijil Bon dan keterangan Asas Pelaburan.
  • WAKIL: Dibayar kepada Pegawai Khas yang dilantik sahaja.
  • PEMBAYARAN ZAKAT: Keuntungan daripada bon siap dibayar zakat mengikut kadar semasa.
  • PINDAH MILIK/SERAH HAK: Bon ini tidak boleh diurus niaga, tetapi boleh dipindah milik atau diserah hak kepada waris keluarga sahaja.

“Berkhidmat Untuk Bangsa, Negara dan Agama”


Dikeluarkan oleh:
Pejabat Wakil Rasmi Kesultanan Sulu,
Kuala Lumpur, Malaysia.

Kerjasama dari saudara Hassan @ Aku Tausug,
Kelang, Selangor Darul Ehsan.

Post a Comment