LATIHAN KESELAMATAN: Persediaan Bulan MAC & MEI 2010
Pada 17 Mac 2010 nanti akan ada perarakan besar-besaran United Tausug People (UTP) di Bandar Jolo Sulu. Kemudian pada bulan Mei 2010 pula akan diadakan perarakan sekali lagi secara besar-besaran sempena hari deklarasi Kemerdekaan Sulu. Berkenaan hal ini menurut YM Datu Albi Ahmad Julkarnain bahawa Deklarasi Kemerdekaan ini bukannya Sulu baru mendapat kemerdekaannya tetapi sebenarnya adalah HARI MENGEMBALIKAN KEDAULATAN KESULTANAN SULU semula seperti sebelumnya.
Menurut DYMM Datu Ladjamura sebagai pemimpin utama United Tausug Citizens pula, hak (De Jure) gugusan kepulauan Sulu masih tetap di tangan Kesultanan Sulu tinggal lagi pemerintahan (De Facto) masih dalam tangan Filipina. Walau bagaimana pun menurut beliau lagi, segala-galanya akan berubah pada hari DEKLARASI KEMERDEKAAN nanti, iaitu hari Sulu mendapatkan De Facto nya semula.
Menurut Neldy Jolo, "Free Us or Kill Us" adalah moto atau pun slogan pada hari tersebut. Ia perlu dilaungkan oleh Tausug sebagai senjata melawan ketidak adilan Filipina terhadap Kesultanan Sulu selama ini. Slogan tersebut bukanlah bermaksud Tausug mahu mengajak Filipina berperang dengan senjata tetapi mahu menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan mereka untuk mendapatkan kembali KEMERDEKAAN yang telah lama hilang. Sekiranya Filipina mahu mensabotaj atau membunuh Tausug dengan senjata dan bom, Tausug pasti akan bersabar tanpa melawan.
Bagi Tausug, sekiranya mereka dibunuh tanpa melawan dengan senjata maka semakin jelaslah kezaliman dan penganiayaan Filipina terhadap Tausug. Dengan mengambil jalan "Tidak Bersetuju Dengan Jalan Keganasan, Peperangan, Kezaliman dan Ketidakadilan" UTC/P telah mendapati dirinya berada dijalan yang betul meneruskan perjuangan KEMERDEKAANNYA. Mereka bebas bergerak dan berkempen kemana sahaja mereka pergi merentas kepulauan tanpa gangguan Filipina. Sehingga menimbulkan kehairanan beberapa pihak mengapa UTC/P tidak dihalang oleh kerajaan Filipina, bukankah gerakan mereka adalah gerakan pemisahan?
Gerakan Council of Regents begitu laju, pendaftaran kerakyatan Sulu dari hari ke sehari semakin ramai. Dijangkakan keahliannya mencecah 100,000 orang sehingga bulan Mei 2010. Gerak kerja Council of Regents galak mengemaskini Mesyuarat (Summit) dan bantuan dari ahli atau rakyatnya yang berada di Sulu dan Sabah demi menjayakan hari tersebut. Ini termasuklah mengemaskini Kementerian Pertahanannya (Peace Keepers).
ASREESULU
|