PEMBEBASAN Nurullaji Misuari Satu Ancaman?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, December 28, 2009 0 ulasan

Seorang ahli UTC dari Sandakan menelefon penulis dengan bertanya "Nurullaji Misuari sudah dibebaskan, dengarnya beliau akan memimpin kemerdekaan Bangsa Moro semula. Bukankah ini menjadi satu ancaman buat UTC?"

Sebelum menjawab persoalan di atas penulis suka menjelaskan beberapa perkara terlebih adahulu. Nurullaji Misuari @ Prof. Nur Misuari yang juga masih pengerusi MNLF (Moro National Libaretion Front) baru-baru ini telah dibebaskan oleh mahkamah Manila setelah tertangkap di Sabah, Malaysia (kerana tanpa dokumen yang sah) beberapa tahun yang lalu yang kemudiannya dihantar semula ke Manila, Filipina atas persetujuan dan kerjasama kedua-dua negara.

Misuari berjuang dengan mula membentuk formasi tentera gerilanya pada 1972 yang dinamakan Moro National Libaretion Front. Setelah begitu lama berjuang dengan mengorbankan ratusan ribu umat Islam selama hampir 20 tahun MNLF semakin lemah dan disusupi oleh para pembelot dan penderhaka. Pada tahun 1996 maka dengan rela dan gembiranya MNLF telah berjaya menandatangani perjanjian autonomi wilayah daripada Filipina. Autonomi yang diistilahkan dengan ARMM tersebut bukanlah seperti kemerdekaan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat Sulu selama ini.

ARMM bermaksud Autonomos Region in Muslim Mindanao, penganalisis menjelaskan bahawa sebenarnya ARMM bukanlah satu kemenangan buat rakyat Sulu malah ia adalah satu kekalahan dan kerugian yang menyedihkan. Beberapa bentuk kerugian adalah seperti berikut:

  • Telah berjaya MENEGASKAN lagi bahawa Nur Misuari dan para tentera serta rakyat Sulu-Mindanao adalah tetap RAKYAT FILIPINA, kerana ARMM itu masih dibawah ketiak Kerajaan Manila.
  • Begitu juga MALAYSIA telah mengakui bahawa "BANGSA MORO" itu adalah "RAKYAT FILIPINA" kerana para pelarian perang Moro semuanya dilabelkan sebagai FILIPINO.
  • Pemberontakan telah berjaya mengesahkan seperti apa yang dikehendaki oleh Filipina bahawa SULU adalah termasuk dalam WILAYAH MINDANAO sebab itu dinamakan Autonomos Region in Muslim Mondanao. Sedangkan Sulu mengikut sejarah dan apa yang difahami oleh para Datu dan rakyat Kesultanan Sulu adalah terpisah dengan Mindanao.
  • Harapan bahawa dengan menandatangani ARMM 1996 maka beberapa tahun lagi Manila akan memberikan KEMERDEKAAN PENUH sebenarnya adalah MITOS. Terbukti para pemimpin ARMM berebut-rebut jadi Mayor, Gobernur dan sebagainya selepas itu. Menyebabkan malapetaka peperangan sesama sendiri antara orang Islam, contohnya apa yang berlaku dalam wilayah AMPATUAN baru-baru ini.
  • Perjanjian ARMM 1996 telah berjaya memecahkan kesatuan Ummah dengan keluarnya majoriti kaum Maguindanao-Maranao dari MNLF kerana tidak bersetuju dengan ARMM dan perjanjian damai. Maka terbentuklah Moro Islamic Libaretion Front (MILF) di Mindanao oleh Syeikh Hashim Salamat dan Jamaah Abu Sayyaf di Sulu oleh Ustaz Abdul Razak Al-Janjalani.
  • Hampir 40 tahun berlakunya peperangan hasil pemberontakan MNLF berjaya mengorbankan 400,000 nyawa umat Islam Sulu dan Mindanao. Pada akhirnya ditamatkan oleh perjanjian 1996 (ARMM) yang sia-sia. Selama itu juga tiadanya "Anjakan Paradigma" dari pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai "MORO" itu kerana hingga hari bukan lagi irama KEMERDEKAAN yang kedengaran malah sudah bertukar irama "Ingin menjadi calon Gobernur dan Mayor dalam setiap pilihanraya Filipina". Keperutan dan fulus semata-mata.

MAKNA PEMBEBASAN MISUARI
Apakah maksud sebenar Nur Misuari dibebaskan oleh Kerajaan Filipina dengan menggugurkan tuduhan Memberontak dan menggugat keselamatan negara terhadapnya? Apakah benar ADA UDANG DI SEBALIK MEE HOON? Walhal sebelum ini kerajaan begitu yakin dapat menghukum dengan hukuman seberat-beratnya kepada beliau, kerana telah melancarkan pemberontakan di Zamboanga City sebelum beliau berjaya lari dan membolosi sempadan Filipina-MALAYSIA menuju JAMPIRAS Sandakan?

Akhirnya baru-baru ini beliau dibebaskan tanpa syarat. Dalam hal ini beberapa kemungkinan telah menyebabkan pembebasan Nur Misuari oleh Filipina adalah hasil dari KES AMPATUAN di Mindanao. Dari satu segi nampaknya seperti ada PERKAITAN dengan gerakan United Tausug Citizens di Sulu hari ini. Hal ini perlu dianalisa agar dapat dijelaskan atau DICERNA maksud di sebalik pembebasan Nur Misuari.

Kerana begitu menghairankan, mengapa beliau yang sudah agak lama merengkok dalam penjara dengan tiba-tiba "didapati tidak bersalah". Walaubagaimana pun penulis secara peribadi mengucapkan TAHNIAH dan kesyukuran atas pembebasan beliau kerana penulis sendiri adalah masih cucu dari sebelah ibunya. Sebab itu penulis memanggilnya dengan panggilan Apo' (atuk).


APAKAH UTC MENJADI SEBABNYA?
Berikut adalah penjelasan atas beberapa tindakan UTC yang kemungkinan membawa Filipina berbuat sesuatu agar Sulu kekal dalam tangannya:

  • Sepanjang penangkapan dan pemenjaraan Nur Misuari yang bermula di Malaysia kemudian "dihumban" semula ke penjara Manila antara 2005 hingga 2009 telah muncul satu gerakan rakyat di Jolo Sulu yang dinamakan UTC atau United Tausug Citizens.
  • Hal ini (kemunculan UTC) telah menjadi kejutan kepada Filipina dan menjadi kesangsian kepada Malaysia pula. Tetapi tidak diambil endah atas tanggapan bahawa ia cuma satu gerakan SULTAN SULU yang mahu MENGANGKAT DIRI JADI SULTAN. Ia pastinya akan gagal dan mati begitu sahaja sebagaimana gerakan MENYULTANKAN DIRI oleh Sultan Esmail II, Jamalul III, Fuad, Muidzullail, Mudarasullail @ Paijal, Aguimuddin, Yacob, Bahjin, Roodinood dan sebagainya.
  • Tetapi setelah berlangsungnya beberapa kali perarakan secara aman oleh UTC di Jolo Sulu bermula tahun 2007 hingga perarakan terakhir pada 17 November 2009 lalu telah mula menyedarkan Filipina bahawa perlunya "Do Something!!" kepada gerakan ini, tetapi bagaimana?
  • Untuk memusnahkan gerakan UTC tidaklah semudah memakan keropok lekor Terengganu. Maka Filipina telah melakukan TEST MARKET pada 17 Mac 2009 lalu di Jolo ke atas UTC. Ketika mereka tengah buat perarakan di hadapan Balai Polis atau Municipal Jolo, UTC telah disembur oleh pancutan air bomba dengan iringan tembakan M-16 keudara sehingga anak-anak kecil dan golongan tua terhumban dan tergolek-golek di atas semen dek semburan air dari lori bomba tersebut. Dalm hal ini Filipina sangat mengharapkan UTC menembak mereka dengan pistol ketika semburan atau kembali semula kerumah mengambil M-16 kemudian datang semula ke Municipal lalu menembak Polis membabi-buta.
  • Malang buat Filipina kerana tidak mengetahui PERANGKAP yang UTC buat untuk mereka. Nampaknya UTC lebih bijak, dengan berlakunya semburan tersebut maka telah terakamlah dalam video akan salah-laku pihak keselamatan Filipina di Jolo iaitu MELANGGAR HAK ASASI MANUSIA (memulakan serangan dengan menyembur air, polis menggunakan senjata api dengan peluru hidup menghadapi perusuh malah muncung senapang dituju keatas perusuh, menganiaya penduduk peribumi iaitu tuan punya kepada Tanah Sulu yang tidak mengaku RAKYAT FILIPINA telah disembur malah menyumbat sebahagiannya ke dalam Lock-up).
  • Test Market Filipina bukan sahaja gagal tetapi telah menjatuhkan dirinya kedalam perigi buta yang amat dalam. Filipina tidak dapat mengagak KEJATUHAN tersebut bila sampai kedasarnya. Kekuatan UTC dan Filipina sebenarnya sudah dapat dijangka iaitu UTC lebih kuat dan kukuh berbanding dirinya sendiri sekali pun dialah pemegang DE FACTO kekuasaan terhadap kepulauan Sulu. Mengapa Filipina buntu tidak dapat berbuat apa-apa terhadap UTC?
  • Kerana perjuangan UTC ialah "Anti Peperangan Senjata", anti keganasan, UTC bukan Filipino dan UTC juga bukan MORO, tetapi UTC adalah Tausug yang mahu mengembalikan pemerintahan KESULTANAN SULU. Siapa yang memerangi UTC maka mereka adalah PENGGANAS yang sebenarnya kerana UTC adalah pejuang keamanan tanpa senjata. Inilah rahsia UTC tidak boleh diapa-apakan oleh Filipina sekali pun mereka membakar beramai-ramai Surat Kelahiran Filipina dan kad undi, membuktikan UTC adalah rakyat Tausug bukannya Filipino.

FILIPINA YANG BELUM MERDEKA
Filipina masih bersabar dan sedang tercari-cari formula bagaimana dapat memadamkan UTC. Rancangan "pecah & perintah" saban hari mereka perbincangkan dari semua peringkat terhadap UTC. Apa yang Filipina mungkin tidak memahaminya ialah gerakan UTC adalah gerakan hasil PENGALAMAN lampau rakyat Sulu semenjak penjajahan Spanyol yang gagal hinggalah kerajaan Filipina hari ini.

UTC tidak seperti MNLF, MILF dan ABU SAYYAF yang mereka boleh tabur umpan dengan pangkat dan harta agar mengangkat senjata. UTC ialah perjuangan yang tulus dengan kefahaman terhadap UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA. UTC bukan mahu merdeka dari Filipina, mereka hanya mahu dikenali oleh PBB dan kemudian kemerdekaannya diiktiraf.

Menurut UTC adalah satu kesilapan apabila perjuangan Rakyat Sulu selama ini hanya meminta kemerdekaan kepada Filipina. Sedangkan Filipina sendiri bukan sahaja belum SEMPURNA kemerdekaannya malah wilayah yang dianggap wilayahnya sendiri tidak diketahui secara pasti. Ketika Ferdinand E. Marcos mula-mula menjadi presiden, tindakan awal beliau ialah mahu mengubah nama FILIPINA kerana beliau percaya dengan dakwaan Tausug dan para Datu bahawa Filipina atau Filipino bermaksud "Hamba Abdi King Philipp II di Spanyol".

Ini kerana Marcos sebelum menjadi Presiden Filipina beliau adalah peguam harta Kesultanan Sulu dari keluarga Kiram. Puteri Tarhata binti Datu Attik Kiram beliau panggil "Aunty" (makcik) menunjukkan betapa dekatnya beliau dengan Tausug. Beliau maklum Tausug sukar menerima kewarganegaraan Filipina sebab itu perlunya menukar nama Filipina kepada nama lain yang boleh diterima oleh Tausug.

Menurut Neldy Jolo, akhirnya Marcos menugaskan orang-orangnya membuat kajian mencari nama baru buat Filipina. Maka dinamakanlah "MAHARLIKA" yang menurut Marcos adalah KEMERDEKAAN buat HAMBA ABDI KING PHILIPP. Hampir pasti Filipina ditukar kepada MAHARLIKA oleh Marcos sehingga pada suatu hari beliau membuat lawatan ke India. Kerana mungkin beliau telah dimaklumkan bahawa "Maharlika" adalah bermaksud MERDEKA dalam bahasa sanskrit maka untuk mengesahkannya perlulah ditanyakan kepada pakar sanskrit India sendiri.

Rupa-rupanya maksud MAHARLIKA ialah "ZAKAR AGUNG" dalam bahasa sanskrit menyebabkan Marcos membatalkan NIAT SUCInya menukar nama Filipina. Bukannya lebih baik malah lebih teruk dan "lucah" bunyinya. Sebenarnya yang tepat ialah apa yang disebut oleh Tausug iaitu Mahardika (Freedom) atau MERDEKA dalam bahasa Melayu bukannya MAHARLIKA.


PERANCANGAN HAMBA KING PHILIPP II
Akhirnya Filipina terjumpa satu jalan akhir untuk "pecah & perintah" UTC iaitu "Tugaskan Tausug Memusnahkan Tausug". Untuk melakukan hal ini perlu keluarkan Nur Misuari terlebih dahulu dari dalam penjara. Untuk keluarkannya pula tidaklah boleh terlalu drastik, sebab itu peringkat awal Nur Misuari hanya dibebaskan dengan ikat jamin pada awal tahun 2009 lalu. Bermakna beliau adalah tahanan dalam negara kerana kes mahkamahnya belum selesai.

Setelah pembebesan beliau maka pasukan MNLF telah distrukturkan semula. Latihan ketenteraan pun mula dilakukan di setengah-setengah tempat kepulauan oleh para komander MNLF. Agak menghairankan dari mana dana tersebut datang untuk membiayai latihan tentera tersebut. Maka munculla nama-nama hebat seperti Chairman Komander Khaid, Komander Ustaz Habier Malik. Setelah itu beberapa siri pengeboman dan penculikan pun mula kembali rancak semenjak berakhirnya Kes Pencolekan di Sipadan beberapa tahun lalu.

Beberapa pertubuhan baru di luar Sulu pun mula tumbuh seperti United Moro Overseas dan sebagainya. Tausug tidak menyedari hal ini bahawa mereka telah diumpan untuk satu misi "Berbunuhan sesama sendiri". Beberapa pemimpin yang ada kaitan dengan pasukan keselamatan Filipina telah berjaya membolosi Sandakan bertemu dengan bekas-bekas tentera MNLF. Menjanjikan mereka dengan janji-janji retorik bahawa "Kita perlu berjuang dengan senjata memerangi Filipina. Kerana kali ini kita PASTI menang. Jangan menyertai gerakan Kesultanan kerana mereka sendiri tidak boleh berbuat apa-apa kecuali hanya mengangkat bendera".

Maka tindakan seterusnya ialah membebaskan Nur Misuari dari sebarang dakwaan mahkamah agar dapat menumpukan PERANCANGAN tersebut. Nur Misuari maklum tentang hal ini, tetapi bagi beliau "ada apa lagi yang ada pada dirinya" kecuali telah kalah kerana menandatangani autonomi 1996. Maka terima sahajalah apa yang diprogramkan keatas dirinya. Yang menjadi persoalan ialah setelah Filipina berjaya memulakan peperangan kerana menjadi PEMODAL awal kepada peperangan nanti, maka siapa pula yang akan menyokong Nur Misuari?

Libya, Malaysia, Indonesia, Brunei, Arab Saudi semuanya sudah terikat dengan perjanjian itu dan ini terhalang dari melakukan sebarang campur tangan keatas perjuangan kemerdekaan mana-mana negara sekutu (dalam ASEAN) apatah lagi perjuangan bersenjata. Filipina buntu dan kebuntuannya telah dikongsi dengan Singapura. Maka Filipina buat TEST MARKET LAGI dengan ikut serta dalam isu AMPATUAN.

Inilah masanya mengisytiharkan undang-undang tentera (MARTIAL LAW). Setelah pembunuhan beramai-ramai di wilayah Ampatuan dan terisytiharnya "Limited" Martial Law di Mindanao maka beberapa minggu kemudian berlaku letupan bom di Jolo, Sulu memusnahkan sebahagian Balai Polis atau Municipal Jolo. Membunuh dan mencederakan beberapa orang yang kononnya dilakukan oleh ABU SAYYAF. Dengan harapan Martial Law di Mindanao dapat menular ke Sulu pula. Malangnya tidak berlaku, kerana UTC telah siap sedia dengan memaklumkan ahlinya di seluruh gugusan kepulauan Sulu termasuk yang tinggal di Sabah agar jangan panik dengan sabotaj mereka. Akhirnya Martial Law gagal dan ditarik semula.


NUR MISUARI SEBAGAI PENENTU?
Gerakan UTC telah diketahui oleh Nur Misuari sudah lama. Malah ketika lawatan penulis ke Zamboanga City penulis telah menghadiahkan senaskah buku Tausug & the Sulu Sultanate kepada Nur Misuari melalui seorang sahabat penulis yang rapat dan selalu bertemu beliau. Buku tersebut telah sampai ke tangan beliau dan sudah pasti beliau baca kerana penulis yang menulis buku tersebut adalah cucunya sendiri.

Penentuan Filipina untuk memusnahkan UTC hanyalah pada Nur Misuari. Maka beliau telah diwar-warkan akan menjadi calon Gobernor Jolo dalam pilihanraya bulan Mei akan datang. Kerana Gobernor Abdulsakur Tan yang bersekongkol dengan Mayor Amin dilihat lebih rapat dengan UTC adalah kerana rapatnya hubungan YM Datu Albi Ahmad Julkarnain dengan mereka. YM Datu Albi adalah Pengerusi Rumah Bichara (Council of Regents) Kesultanan Sulu yang memerintah UTC.

Sekarang telah muncul satu Istilah Baru terhadap pengikut Nur Misuari setelah dibebaskan iaitu "Tentera Pengawal Peribadi" Nur Misuari, bukan lagi MNLF seperti sebelum ini. Mengapa istilah ini dimunculkan? Adalah untuk memudahkan "perebutan" politik mengalahkan "pengawal peribadi" Gobernor Abdulsakur Tan nanti. Perlulah dimaklumkan, untuk merebut jawatan Gobernor Jolo bukanlah mudah kerana melibatkan pertempuran secara bersenjata antara kedua-dua belah pihak. Pertempuran politik ini Filipina tidak akan campur tangan. Kalau pun ada hanya sekadar kenyataan akhbar dan siaran radio sahaja tanpa bertindak mengawal keadaan dengan melucutkan senjata kedua belah pihak.

Tinggal lagi yang amat merisaukan Filipina ialah sekiranya berlaku kesedaran Nur Misuari keatas KELEBIHAN UTC yang menyebabkan beliau MELOMPAT menyokong dan mendokong UTC. Ini bukanlah mustahil sekiranya Nur Misuari bertindak membakar KEWARGANEGARAAN FILIPINAnya dihadapan khalayak seperti yang dilakukan oleh UTC setahun lalu di Bandar Jolo. Kemungkinan besar menyebabkan Komander Khaid, Kom. Radulan, Kom. Ust Habier dan kumpulan MILF Mindanao serta kumpulan UMOA (UMO) di Sabah bersatu menyertai UTC dalam Council of Regents Sultanate of Sulu.

Maka ketika itu DUNIA AKAN BAKAL MENYAKSIKAN munculnya satu NEGARA PRASEJARAH yang akan menghancurkan siapa sahaja yang pernah membuat KEZALIMAN kepada mereka. Munculnya negara DI BAWAH ANGIN iaitu,

"UNITED KINGDOM OF SULU"

ASREESULU
Bagaimana kalau Nur Misuari memilih melancarkan peperangan semula, JAMPIRAS akan kembali beroperasi semula? MUSTAHIL!!!

Post a Comment