Majlis Makan Malam 26 Nov 2009

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, December 21, 2009 0 ulasan


Foto: Neldy Jolo dan Mansur sedang mengendali kamera UTC sempena majlis makan malam.

Pada sebelah malam 26 Nov 2009 setelah selesainya perarakan Week of Peace di Zamboanga City, komiti PAZ-SALAM yang menjayakan perjalanan perarakan tersebut telah menjemput Council of Regents Sultanate of Sulu makan malam khas bersama mereka.

Antara yang hadir selain rombongan dari Council of Regents ialah Padre Katolik Zamboanga iaitu Fr. Angel C. Calvo, Presiden WMSU Dr. Grace J. Rebollos, Prof. Ali T. Yacub, seorang wakil dari Suruhanjaya hak asasi manusia Zamboanga, dan seorang wakil dari Pendidikan Tinggi Filipina.

TUJUAN MAJLIS
Sebenarnya sekiranya kita lihat dalam jadual atau senarai kumpulan yang terlibat dalam perarakan Week of Peace Mindanao ini tiada langsung tersenarai kumpulan Council of Royal Datus Sultanate of Sulu. Tetapi ketika perarakan berlangsung kumpulan Kesultanan Sulu tiba-tiba ada malah turut disediakan kain rentang khas oleh penganjur.

Penulis telah dimaklumkan bahawa majlis makan malam tersebut adalah permintaan khusus dari presiden WMSU Dr. Grace dan Fr. Calvo dengan kerjasama Prof. Ali T. Yacub. Majlis hanya diisi dengan suai kenal dan bertukar-tukar pandangan.


Sebenarnya Padre Calvo tidak perasan bahawa Kesultanan Sulu bukannya rakyat Filipina sehinggalah pada malam itu beliau agak tergamam setelah diberi tahu keadaan sebenar. Hal ini telah diumumkan oleh Atty. Meltino jaujan Sibulan yang mana kehadiran beliau adalah sebagai peguam Kesultanan Sulu, dan rakyat Kesultanan Sulu yang hadir pada malam tersebut bukanlah rakyat Filipina. Nampaknya Presiden WMSU hanya tersenyum tanda faham malah beliau seolah-olah bersetuju bahawa sebagai rakyat Sulu yang punya kerajaan sendiri mana mungkin mereka digelar sebagai Filipino.


YM Datu Albi turut berucap dan menjelaskan sejarah Kesultanan Sulu secara ringkas serta kedudukan beliau sebagai Pengerusi Council of Regents Sultanate of Sulu yang bertindak sebagai Perdana Menteri atau pemerintah mengetuai Rumah Bicara (Parlimen). Atty. Meltino turut menjelaskan buat kali kedua berkenaan undang-undang antarabangsa berkenaan hak Sulu mendapatkan kemerdekaan kerana elemen sebagai sebuah negara telah pun lengkap. Yang tinggal hanya pengiktirafan komuniti antarabangsa sahaja lagi. Sebab itu perlunya deklarasi.

Menurut Atty. Meltino lagi, sekiranya deklarasi telah dilakukan, samada Sultanate of Sulu diiktiraf badan dunia atau tidak selepas itu ia tetap akan memerintah dan mentadbir Sulu. Apa yang penulis fahami ialah maksud sebenar ucapan Atty. Meltino bahawa Sulu tidak perlu keizinan Filipina untuk mengembalikan kemerdekaannya kerana Sulu sememangnya berdaulat. Filipina tetap akan menjadi pemerintah Sulu selama mana Tausug menjadi Filipino, tetapi sekiranya Tausug kembali kepada Sultanate maka secara automatik Filipina akan hilang De Facto nya terhadap gugusan kepulauan Sulu. Sebab itu gerak kerja UTC sehingga hari ini giat menambah keahlian mendaftarkan Tausug dengan Surat Kelahiran Tausug.

Akhir majlis, Padre Calvo menyatakan simpatinya dan cuba membantu membawanya kepada pihak luar. Manakala wakil dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia turut menjelaskan tentang hak sebagai manusia menurut undang-undang antarabangsa. Dr. Grace pula hanya memberi ucapan alu-aluan dan terima kasihnya atas kesudian Kesultanan Sulu menyertai perarakan. Prof. Ali T. Yacub pula tidak menentang gerakan UTC/P tetapi mencadangkan kepada Atty. Meltino agar membawa isu berkenaan ke Mahkamah Agung Filipina di Manila. Seolah-olah beliau kenakan Mahkamah Agung agar Kerajaan Filipina terbeliak matanya kerana pasti Mahkamah tidak akan berjaya menghakimi isu tersebut. Semua bertepuk tangan dan bersorak menyambut ucapan Prof. Ali itu tadi.


Majlis bersurai dan membuat satu lagi temujanji untuk majlis makan malam di waktu yang lain.

ASREESULU

Post a Comment