AYUH!! SAMA-SAMA MENGHADIRI SIMPOSIUM SULUK II

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, September 29, 2011 0 ulasan

Diharapkan para blogger pejuang-pejuang dan pengkaji Sejarah Melayu, Suluk, China, dll agar turut sama-sama menghadiri memeriahkan simposium. Diharapkan simposium ini dapat mengembalikan kekuatan kesatuan Islam "Rumpun Melayu" di Nusantara seterusnya dapat menggegarkan Dunia. Ameeeenn!!.

Buat julung kalinya, simposium Keagungan Sejarah SULUK II ini akan berkumandang lagi di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mendedah dan merungkai sejarah umat Nusantara di sebelah timur tidaklah begitu mudah untuk dipersembahkan kepada khalayak lebih-lebih lagi dalam Universiti berprestij seperti ini.

Penulis menyedari, bahawa di Malaysia hari ini terutama di Sabah sendiri begitu TAKUT apabila mendengar nama SULUK disebut di mana-mana pun. Nama Suluk seperti satu nama dari filem-filem seram di negeri Sabah. Yang lebih pelik ada sebahagian dikalangan orang-orang Bajau di Semporna sendiri tidak senang bila mengetahui mereka sedang berurusan dengan Suluk. Tanpa menyedari mereka adalah sebahagian dari suku kaum Sulu juga.

Demikian dikalangan bangsa Kadazan-Dusun yang senantiasa menerima berita dari pihak ketiga bahawa Suluk datang sebagai perampas negeri Sabah. Kalau tidak pun sebagai perampas PELUANG perniagaan, pekerjaan, menambah setinggan dan jenayah serta menjadi HAMBATAN POLITIK mereka di Negeri Sabah. Pihak ketiga ini (para pendakyah Salib) sendiri maklum, sekiranya Kadazan-Dusun ini tahu bahawa mereka juga adalah sebahagian dari Suluk sudah tentu Kadazan-Dusun akan berbondong-bondong masuk Islam untuk sama-sama berbangga sebagai saudara Suluk. Pendakyah ini bimbang, ajaran Kristus mereka akan berkubur.


Sebagai contoh Kadazan-Dusun tidak menyedari bahawa Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan yang menjadi pemimpin mereka itu adalah anak cucu Datu Paduka Syarif Muhammad Salleh (Mat Salleh). Kalau lah sahaja Datuk Pairin ini beragama Islam atau esok lusa menganut Islam, ia pasti akan mengubah suasana politik Sabah. Datuk Pairing pasti akan bergabung dengan anak-cucu Tun Datu Mustapha pula untuk sama-sama menerajui kepimpinan Sabah. PASTINYA SULUK-BAJAU-dan kaum-kaum lain akan mengangkat mereka sebagai NAKURA' (Nakhoda) dan keturunan mereka buat selama-lamanya.

Kadazan-Dusun tidak menyedari pakaian Kadazan yang dipakai oleh Datuk Joseph Pairin sebenarnya adalah pakaian Suluk. Dengan Pis Siabit (tenggolok) yang berwarna-warni dan baju bangsawan Suluk itu menjadi satu rahsia (Alter-alter terahsia Kadazan? :). Nampaknya yang lebih tahu hal ini ialah Tun Fuad Stephen kerana zaman beliaulah melonjak nama dan busana Kadazan)

Hari ini, umat Suluk negeri Sabah menarik nafas lega. Sudah ramai pemimpin politik Suluk berani mengaku keturunan mereka sebagai Suluk yang sebelum ini, kalau pun mereka tidak nafikan sekurang-kurangnya berkata "Err... Suluk?... tak.. sebenarnya aku adalah sikit-sikit campur darah Suluk" kerana takut dicap sebagai "Orang Filipin".


Kami dari Tausug Global Media (TGM) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia dan penganjur simposium serta kesudian TYT untuk merasmikannya. Sejuk hati kita bila melihat TYT dengan pakaian rasmi bersama isteri bertudung. Sama dengan DYMM Sultan Mizan dengan sultanahnya yang memakai tudung litup menjadikan rakyat bertambah semangat untuk sama-sama "menegakkan Islam" dalam diri dan keluarga, seterusnya ke peringkat global.

Video Mengajak Tausug bersatu berjihad atas nama Fisabilillah & penjelasan Bahasa

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan


Video ini sebenarnya amat melucukan. Watak utama memohon kepada saudaranya untuk mengalih bahasakan ucapannya dalam bahasa Sulug (Sug) kepada Bahasa Siyamal @ Sinama (Bahasa Orang Laut). Sebenarnya bahasa Sug dengan bahasa Orang Laut (Siyamal) tiada beza, yang membezakannya hanyalah dialek. Sebenarnya sehingga hari ini, Tausug biasanya menjadi batu api kepada pemberontakan. Budaya cabar mencabar adalah biasa dan menyahut cabaran adalah "kemuliaan".

Sekarang cuba lihat video link di bawah ini. Anda akan dapat lihat bagaimana "kekejaman Tausug" yang digelar Abu Sayyaf oleh Manila ini sebenarnya adalah "program" musuh-musuh Islam yang hanya mahu melihat Sulu dipandang "Merbahaya" tidak boleh dimasuki orang luar. Walau pun Tausug terkenal sebagai "pemburu manusia untuk dijual" ketika dulu tetapi perkembangan terkini di Sulu yang memperlihatkan kekejaman Tausug sebenarnya begitu menghairankan. Tausug hanya dituduh KEJAM tapi tidak pernah ditanya kenapa mereka menjadi KEJAM?

http://www.youtube.com/watch?v=c1kcjqNO6DA&feature=related

Dr Adrian B. Lapian dalam bukunya "Orang Laut, Bajak Laut, Raja Laut" telah mempersoalkan niat sebenar para kolonialis kafir yang kuasai Asia Tenggara ketika dulu yang berpakat-pakat menggelar Tausug sebagai "Perompak Laut", pencolek, pembunuh dan suka memperhambakan bangsa lain, tanpa bertanya "mengapa Tausug melakukan demikian?". Sudah tentu kerana tradisi dagang atau kebebasan Tausug sudah terhalang yang mereka anggap sebagai hak mereka. Tetapi hari ini mengapa "walau pun dituduh kejam" mereka masih tidak dilayan malah Filipina berusaha menghalang bantuan masuk ke Sulu dengan alasan "Tausug merbahaya, nanti kena colek". Ini perancangan kufar... namun kita yakin perancangan-Nya lebih baik. Pastinya Allah swt menyediakan sesuatu kepada Tausug untuk akhir zaman yang pasti masanya semakin hampir.


PENYATUAN SULUK & MALAYU DALAM LIPATAN SEJARAH SRIVIJAYA
Selesai menonton video di atas kita akan dapat bayangkan betapa kebijaksanaan Srivijaya yang datang dari kepulauan Sulu membawa bala tentera laut seramai 20,000 itu berjaya menambat hati orang Malayu kerana menggunakan bahasa Melayu ketika berurusan dengan rakyat tempatan walau pun Srivijaya mempunyai bahasa sendiri (Bahasa Solok).

Buktinya nama ketua tentera Srivijaya ialah Dapunta Hyang Srijayanaga. Dapunta Hyang adalah gelaran tertinggi ketika itu dalam bahasa Solok klasik. "Dapunta" (Apo'ta, maksudnya Orang yang tertua dari kita, dengan kata lain Pemimpin Utama), "Hyang" (Hayang, berasal dari nama TUHAN Maha Pemberi Kesenangan) hari ini Hayang dalam bahasa kepulauan Sulu bermaksud "bersenang lenang @ tempat lapang yang baik untuk beristirehat". (Sumba-ha-HYANG @ Sembahyang, bermaksud Menyembah Tuhan). Terdapat kata "Ha" sebagai kata suruhan.

Mereka (Srivijaya) datang bukan untuk menakluk tetapi hanya sebagai penjaga laut dagang dari Eropah-Arab-India ke China. Bagi mereka Silot @ Selat Malaka perlu dikuasai terutama bagi pedagang yang mengambil jalan pintas menuju ke Funan (Phnom) kemudian ke Champa seterusnya ke China, yang sebenarnya mereka terlepas dari pengutipan cukai di laut Sulu.

Srivijaya meletak pangkalan utamanya di tempat-tempat strategik seperti Aceh & Pariaman-Padang (Sumatera Barat), Jambi-Palembang, Tumasik-Pahang & Dungun (Terengganu).

Jolo @ Holo @ Hulu, membawa maksud PENGHULU. Dalam bahasa Bugis, Jolo-Jolo bermaksud "yang terdahulu". Hulu dalam bahasa Melayu mebawa maksud "tempat awal atau permulaan" juga membawa maksud "Pemimpin". Orang-orang Aceh sehingga hari ini menghormati nama "Sulu @ Solo" yang pasti pernah menjadi sahabat mereka berganding bahu memerangi Portugis Melaka dan Belanda ketika dulu. Dalam bahasa Aceh "Sulu" bermaksud "yang lurus, berbudi, baik hati". Kemungkinan disebabkan tanda terima kasih orang-orang Aceh (yang biasanya berketurunan Champa) kepada orang-orang Sulu yang membawa mereka ke Aceh. Hari ini menjadi kehairanan kepada ahli sejarah dan linguistik mengapa bangsa Aceh satu-satunya bangsa di Sumatera utara yang bertutur bahasa Cham.

Hari ini kekuatan Solok tinggal menjadi kenangan. Solok hanya mampu meninggalkan nama sahaja di beberapa tempat di Tanah Melayu dan Sumatera tetapi bahasa Kepulauannya sudah hilang. Walau bagaimana pun sebahagian bahasanya telah terserap ke Bahasa Melayu seperti,


  • BERAPA dalam Bahasa Melayu berasal dari "Bira-pha" (Berapa lagi?) Solok memisahkan Bira (How much?) dan Pha (Next = lagi), sekarang Solok hanya menyebut Pila-pa. Bahasa Bugis sama dengan bahasa Solok menyebut Bira (How much?) manakala Tagalog menyebut "Pira @ Pera" untuk wang @ duit.
  • SIAPA "Siyu-pha" (Siyu=Who, Pha=next @ lagi).
  • TEMENGGUNG dari bahasa Solok, "TUMANGGUNG" bermaksud "Yang Memikul @ yang menanggung". "Tu" adalah imbuhan untuk kata kerja, contoh, "Tu-muppak" (menepuk), "Tu-manam" (Bersedia), "Tu-mapuk" (menyorok), "Tu-mumpalak" (menempelak), dll. Ia adalah satu jawatan Ketua Keselamatan dalam negeri.
  • TEMBAGA, dari bahasa Solok, "Tu-baga" juga disebut "Tumbaga" bermaksud "kemerahan seperti bara api" (Bara=baga). Menurut sejarah, orang kepulauan Sulu lah yang menemui logam tembaga yang kemudian mereka bawa dengan kapal dagang sampai ke Amerika dan Eropah sehingga muncul "Zaman Gangsa" (Bronze age). Kepulauan Sulu pakar melebur logam sejak zaman purba mencampurkan tembaga dengan timah menjadi Gangsa. Menurut catatan Portugis, Orang Lucoes (Solok) menjual emas di Malaka dengan kualiti rendah kerana mungkin mencampurkan tembaga dengan emas.
  • NAKHODA dari bahasa Solok, "NAG-KUDA" bermaksud "Yang menaiki Kuda" kerana di kepulauan Sulu para pemimpin bangsawan biasanya sentiasa menaiki kuda. Solok walaupun biasa di laut tapi handal menaiki kuda (Sebab itu sejarahwan barat menggelar Tausug sebagai PAHLAWAN AMFIBIA). Kemudian disebut Nakura' sahaja oleh orang-orang Laut.
  • LAKSAMANA dari bahasa Solok, "Laksu-muna" (Laksu=lompat, Muna=dahulu) bermaksud "Yang melompat lebih dahulu" kerana sekiranya ada musuh di laut Laksamana biasanya akan terjun lebih dahulu membawa tentera lautnya melawan musuh sebelum musuh sempat sampai ke darat. Oleh kerana jawatan "Laksumuna" ini biasa dengan gerak cepat maka beliau senantiasa dijadikan sebagai "penghantar berita" atau utusan diplomatik ke mana-mana negeri oleh Sultan.
  • JURAGAN, dari bahasa Solok, "Jau-dagan" (Jau=juru, Dagan=lari) bermaksud "seseorang yang pakar kendalikan perjalanan kapal @ larian kapal". Sebagai contoh "Jau-laka" @ Jahulaka' (Jau=juru, Laka=tak senonoh) bermaksud "seseorang yang biasa melakukan perkara nakal".
  • LIANG-LAHAT, berasal dari bahasa Solok, "Liang -Lahad" (Liang=ruang, Lahad=negeri) bermaksud ruang tempat bersemadi. Lahad @ Lahat sebenarnya hanya disebut oleh Orang Laut (Badjao) sahaja contohnya Lahad Datu bermaksud Negeri para Datu.
  • Dan banyak lagi...
Bahasa Melayu menjadi bahasa pertuturan sejak dahulu tetap menjadi bahasa rasmi kerana sudah menjadi bahasa Ilmu (Hindu-Buddha dan Islam kemudiannya). Bahasa Solok masih mengekalkan bahasanya yang asli dipergunungan Jolo. Berdasarkan bahasa di atas, kita akan dapat membuat kesimpulan perkaitan Suluk dan Melayu begitu rapat dizaman dahulu yang sekarang terpisah oleh "jenama" DEMOKRASI BARAT, yakni negara "Jos Soli". Walhal nenek moyang kita dulu hebat boleh belayar kemana-mana yang mereka sukai tanpa sempadan.

Macamana pun keadaannya bangsa Kepulauan berasal dari anak-anak Bani Madai bin Yafits bin Noh a.s. berkongsi darah dan keturunan sehingga ke nabi Adam a.s. Maka sudah pasti suatu hari nanti, tidak mustahil Suluk-Melayu bersatu semula menghadapi DAJJAL yang membawa umpan DEMOKRASI ini untuk dihancurkan. PASTI!!


Pengakuan Bani Israel Tentang Islam & hubungan mereka dengan BANGSA LAUT Phoenisia

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, September 27, 2011 0 ulasan


Yahudi terpaksa mengakui kehancuran Israel dan Kristian serta pengakuan mereka bahawa Islam akan berdaulat semula kuasai dunia kerana kekuatan "PENGAMALAN ISLAM" Solat 5 waktu sehari semalam membentuk peribadi Rasulullah SAW dalam kehidupan Muslimin. Sila dengar dan baca terjemahannya dengan teliti.



Lihat pula Video ini yang memaparkan seorang Rabbi Israel Samaritan berserban merah sambil menyebut "Sayyidina Muhammad" kepada Rasulullah SAW. Beliau menceritakan para leluhurnya mengakui kenabian Muhammad SAW namun masih kekal Israel. Beliau masih menyimpan manuskrip surat Rasulullah SAW kepada leluhurnya suku kaum Israel Samaritan. Mereka inilah yang masih tinggal sebagai AHLI KITAB yang boleh dimakan sembelihannya hari ini.

Samaritan tidak mengaku sebagai Bangsa Yahudi tetapi mereka mengakui sebagai Bani Israel dan sekarang sedang memperjuangkan pembebasan Negara Bani Israel yang asal.




Kajian menunjukkan bahawa Kaum Israel Samaritan ini masih menyimpan tulisan purba Bani Israel terawal sebelum bertukar kepada tulisan Yahudi (Judeism). Yang lebih mengejutkan tulisan terawal Bani Israel Samaritan ialah menggunakan huruf-huruf Phoenisia berdasarkan penemuan matawang purba. Sedangkan dalam sejarah purba Laut Mediterranean, bangsa Phoenisia adalah bangsa LAUT yang terkenal sebagai pelayar terhandal dan dikatakan adalah yang terawal membina kapal laut.

Dalam kajian genetik para pakar, mereka bersepakat bahawa bangsa Phoenisia bukanlah berasal dari Laut Mediterranean. Sebahagian pengkaji menggunakan catatan-catatan Bangsa Madyan @ Madai (Iran @ Aryan) bahawa bangsa Phoenesia kebanyakannya berlegar di Laut Farsi. Samada mereka adalah Bani Ham bin Noh a.s. yang larikan diri dari perhambaan Sam dan Yafits menuju ke laut Farsi, atau pun mungkin mereka adalah generasi kemudian dari Orang Laut bani Ham yang datang dari Nusantara.

Hal ini tidak mustahil dan kita akan telusuri pada kajian seterusnya.

Taburan Genetik Phoenisia di sekitar laut Mediterranean.
Rujuk: http://anthropology.net/2008/10/


Peta laluan dagang kapal-kapal Orang Laut Phoenisia yang masuk ke Laut Mediterranean dari luar (mungkin dari Kepulauan Carebbean atau dari Pulau Britain atau pun yang datang dari Africa Barat). Phoenisia lebih memilih tempat di Timur Mediterranean kerana mungkin kontak dengan penguasa Laut Farsi (Bani Madai) dan Afrika Utara yang lebih panas cucanya berbanding pesisir Greece-Rom.

Kebingungan para ahli antropologi berkenaan asal usul orang laut Phoenisia masih belum terjawab. Selagi mereka tidak merujuk kepada Bangsa Aryan @ Farsi (Madyan @ Madai) berkenaan Orang Laut tersebut selagi itulah mereka tetap bingung.

"According to the Persians best informed in history, the Phoenicians began the quarrel. These people, who had formerly reached the shores of the Erythraean Sea, having migrated to the Mediterranean from an unknown origin and settled in the parts which they now inhabit, began at once, they say, to adventure on long voyages, freighting their vessels with the wares of Egypt and Assyria...." (Rujuk:
http://www.nationmaster.com/encyclopedia/Phoenicia)

Apakah maksud Erythraean Sea dan UNKNOWN ORIGIN?
"The Erythraean Sea is an ancient name for the Indian Ocean or its attached gulfs, specifically, the Persian Gulf and the Red Sea". (Rujuk: http://www.nationmaster.com/encyclopedia/Erythraean-Sea).

Bukankah yang dimaksudkan itu adalah Negeri Kepulauan di sebelah Timur yang dipanggil oleh bangsa India sebagai SUVARNADVIPA?


Gambar Kapal layar Phoenisia Purba ini adalah kapal yang sama digunakan oleh orang-orang Kepulauan Sulu sehingga abad ke-19.

Jawapannya ada dalam website yang sama iaitu bangsa Phoenisia ini datang dari kepulauan sebelah timur berdasarkan namanya
"The Budgie People" bermaksud "The Budjao People".

"The Budgie People is the term used for a confederacy of seafaring raiders who sailed into the eastern shores of the Mediterranean, caused political unrest, and attempted to enter or control Egyptian territory during the late 19th dynasty, and especially during Year 8 of Ramesses III of the 20th Dynasty.[1] The Egyptian Pharaoh Merneptah explicitly refers to them by the term "the foreign-countries (or 'peoples'[2]) of the sea" (Egyptian nȝ ḫȝt.w n pȝ ym[3][4]) in his Great Karnak Inscription.[5] Although some scholars believe that they "invaded" Cyprus, Hatti and the Levant, this hypothesis is disputed.[6]"

Walau pun dikatakan Hipotesis di atas telah dinafikan tidak bermakna ia tidak benar. Rasanya hanya kita yang dapat sahkan berdasarkan penggunaan istilah dan budaya serangan tersebut persis dengan orang Laut atau Selat @ Selok @ Solok. Dan ini memberikan kita pencerahan bahawa bangsa berkulit sawo matang, bertatu yang memerintah Britain Utara itu adalah orang yang sama iaitu Phoenisia yang pernah disebut berasal dari ATLANTIS oleh Plato.

Tidak hairan Fir'aun pun bangga mengaku sebagai Raja Paraho (Pharaoh atau Pala'o) yakni Raja pada orang-orang Laut.

Orang Selat? Apakah maksud sebenar selat dalam bahasa Melayu? Dalam bahasa Minangkabau "Selok" bermaksud satu laluan sempit. Dalam bahasa Sulug "Selot" bermaksud laluan sempit yang kadang-kadang disebut Si'lut (Similut, nagpasilut bermaksud melalui laluan sempit). Sekiranya Silut disebut oleh orang Sulug Lugus-Tapul ia akan menjadi Silet @ Selat.

Dalam catatan Portugis bahawa Orang Luzoes @ Lucoes datang dari Lozon (Kepulauan Sulu) selalu berkeliaran di Selat Melaka dan bekerja sebagai penjaga laut (bekerja sebagai pedagang, tentera upahan atau perompak laut). Mereka senantiasa terlibat dalam mana-mana peperangan antara Raja-Raja Nusantara kerana mereka adalah pahlawan penguasa selat. Tidak syak lagi merekalah yang dikatakan sebagai orang selat atau Orang Penjaga Laut @ Orang Laut.

BHG 2: BANGSA EROPAH BERASAL DARI KEPULAUAN SULU?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan



PERHATIAN:

Sebelum paparan kajian asas ini dilanjutkan, kami perlu menjelaskan bahawa data-data yang kami ambil sebahagiannya dari sumber-sumber Israeliyyat (dari kitab & catatan Bani Israel Yahudi/Kristian), Orientalis, Arkeologis, Antropologis dan lain-lain cabang ilmu mereka untuk menguatkan hujah.

Tunjang kepada kajian ini ialah KEBENARAN Islam berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah iaitu meletakkan PENCIPTAAN Adam a.s. sebagai asal-usul manusia.
Antara tujuan kajian ini ialah,

  • Menyedarkan umat Islam terutama suku-suku bangsa Sulug @ Suluk @ Tausug di kepulauan Sulu tentang asal-usul permulaan bangsa mereka.
  • Dengan demikian mereka dapat melihat bahawa hanya dengan Islam mereka dapat disatukan dan dengan Islam sahaja mereka hidup dan mati.
  • Dapat memperlihatkan kebenaran Adam a.s. adalah manusia Moden Terawal dalam masa yang sama membuktikan kesilapan dan kekufuran fahaman Darwinisme yang mendakwa Manusia berasal dari beruk yang berivolusi menjadi manusia moden seperti hari ini.
  • Hasil kajian ini setelah siap (disemak) akan dipersembahkan kepada PBMM Sultan Bantilan Mu'izzuddin II dan akan dijadikan selibus dalam mata pelajaran sejarah di sekolah-sekolah kepulauan Sulu, InsyaAllah.
  • Ia juga adalah untuk memperbetulkan kajian kami yang lepas "Kepulauan Sulu Sebelum Muncul Nama Philippines" yang kami dapati masih perlu banyak pembetulan samada dibuang sebahagian atau pun ditambah berdasarkan penemuan terbaru.

PERSOALAN, Bukankah kajian yang mengambil bahan-bahan dari sumber "Kafir @ Mulhid" (dari ahli kitab) adalah dilarang oleh Rasulullah SAW?
Nabi saw pernah melarang Sayyidina Umar al-Khattab r.a. memetik ayat-ayat ahli kitab, lalu Baginda saw bertanya, "Apakah kamu masih ragu terhadap Islam?".

PERSOALAN:

  • Dalam sebuah buku karya pakar sejarah dari University Al-Azhar, Amin Muhammad Jamaluddin, melalui bukunya Umur Umat Islam, Kedatangan Imam Mahdi dan Munculnya Dajjal pada halaman xvii beliau ada menyatakan hujahnya mengenai isu ini apabila ada soalan ditanyakan "kita tidak boleh mendengarkan, berdalih dan membicarakan perkataan-perkataan ahli kitab".

JAWAPAN:

  • Amin Muhammad Jamaluddin menjawab dengan memetik kenyataan Ibn Hajar r.a. iaitu "Tidak ada halangan bagimu untuk berbicara dari ahli kitab, kerana Rasulullah saw telah memperingatkan kaum muslimin dalam mengutip dan melihat kitab kaum mereka. Kemudian Nabi saw memberi kelonggaran dalam hal ini di mana perubahan ini menunjukkan bahawasanya larangan yang pertama adalah kerana hukum-hukum Islam dan kaedah agama belum stabil dan dikhuatirkan akan menjadi kekacauan dalam syari'at. Kemudian setelah penyebab dari larangan tersebut (kekacauan) dapat diatasi, maka beliau (Muhammad Salllahu'alaihi wasallam) mengizinkan untuk berbicara dengan para ahli kitab. Kerana hal itu pada saat yang bersamaan dapat mendatangkan iktibar". (Fathul Bari, juz. 6, hal. 498).
  • Sekali lagi beliau mengutip kata-kata Ibn Hajar r.a. "...dan telah berkata Imam Malik, bahawa yang dimaksudkan dengan bolehnya mengutip isi kitab mereka adalah terhadap hal-hal yang benar. Adapun pada apa yang telah nyata diketahui kebohongannya, maka hal tersebut tidak boleh dikutip".
  • Berkata Imam As-Syafi'e r.a. "Sebagaimana diketahui bahawa Nabi saw tidak membolehkan pengutipan dengan cara dusta. Hingga makna yang dimaksud dari Hadith Nabi saw tersebut adalah, "Kutiplah isi perkataan Bani Israil apabila kamu temui hal-hal yang sesuai dengan syari'atmu, maka tidaklah ada halangan bagimu untuk membicarakannya dari mereka". (Fathul Bari hal. 498).
  • Sebenarnya para sahabat seperti Ibn Abbas r.a. (Tinta Umat) dan Abdullah Ibn Umar adalah orang yang banyak menukil dari ahli kitab pada masalah-masalah yang diperbolehkan oleh Nabi saw. Maka sudah barang tentu menukil kata-kata Plato, Sokrates dan lain-lain sumber bukan Islam adalah dibolehkan untuk diambil selagi ia tidak (diambil) secara bertentangan dengan Syari'at.


KAEDAH PENUKILAN:


Sebenarnya pemakaian ayat-ayat Bible (New & Old Testament) itu termasuk sumber Israiliyyat. Untuk menerimanya kita menggunakan tiga cara,

  • Pertama: Yang wajib kita tolak; Bila ia bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Contohnya, Nabi Lut dimabukkan oleh dua anak perempuannya, lalu berzina dengan mereka kerana bimbang zuriat manusia terputus, Nabi Isa disalib, dll. Maka ayat-ayat seperti ini tidak boleh kita mengakuinya untuk diguna pakai.
  • Kedua: Yang wajib kita terima, bila ia bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah; Ini boleh kita pakai hujah untuk menguatkan pendapat kita. Contoh: Ramalan Bible mengenai datangnya Nabi Muhammad SAW, ramalan akhir zaman seperti ramalan Nostradamus dan lain-lain.
  • Ketiga: Kita boleh terima dan boleh tolak bila ia tidak dinyatakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah serta tidak pula bercanggah dengan kedua-duanya. Sebagai contoh Al-Quran dan As-Sunnah tidak menyatakan dari mana lokasi sebenar Nabi Adam a.s. diturunkan dll.
Untuk permudahkan pemahaman, bolehlah dibaca karya Muallaf Perancis, Dr. Maurice Bucaille dalam buku “La Bible, le Coran et la Science” (1976). Beliau menggunakan ayat Bible untuk mengukuhkan pendapatnya dan dalam masa yang sama beliau berjaya menunjukkan kepalsuan ayat Bible yang bersangkutan. Begitu juga yang dilakukan oleh Jerald F. Dirks, seorang bekas pendita Kristian Methodist USA yang masuk Islam, dalam buku beliau “The Cross & The Crescent”. Contoh penulisan umat Islam lain ialah seperti tulisan Abdul Ahad Dawud dalam buku “Muhammad In The Bible”.

---------------------------------------


Klu tajuk akan datang 1:

Kesamaan genenitik antara China dan Kepulauan Sulu yang mereka sebut sebagai Filipino. Yang paling dekat secara genetik dengan kepulauan Sulu ialah Taiwanis dan Veitnamis. Bangsa Ami di Taiwan sebagai contoh kiraan angkanya persis kiraan Solok (bahasa-bahasa Sulu Utara - Luzon Visayas). Menunjukkan asal usul satu darah dari Bani Yafits bin Noh a.s. Ini bermakna kulit sawo matang dari jalur Madai bin Yafits bin Noh a.s. yang datang dari Iran (Madyan) manakala kulit merah dari jalur Magog bin Yafits bin Noh a.s. datang dari Utara China (Monggolia) telah bertemu di kepulauan Sulu selepas banjir besar. Bangsa Ami Taiwan lebih dekat kepada Madai (Marai @ Malay).

Dayak Borneo sedang memburu.


Kaum Amis @ Ami salah satu dari suku kaum Pulau Taiwan yang bahasanya dikelompokkan dalam bahasa Formosa oleh ahli linguistik. Bahasa Formosa mirip bahasa kepulauan Sulu seperti kata ganti nama, arah @ tempat dan diklasifikasikan sebagai Malayo-Polynesian (Madai-Kepulauan?). Juga memakai bulu burung dan mengecap tatu pada badan.


Corak tenunan Kaum Bunun (Buranun?) di pedalaman Taiwan persis tenunan Solok yang dinamakan Kandit Siyabit.


Genetic studies
2001 Stanford University study:

"A Stanford University study conducted during 2001 revealed that Haplogroup O3-M122 (labeled as "Haplogroup L" in this study) is the most common Y-chromosome DNA haplogroup found among Filipinos. This particular haplogroup is also predominant among Chinese, Koreans, and Vietnamese. Another haplogroup, Haplogroup O1a-M119 (labeled as "Haplogroup H" in this study), is also found among Filipinos. The rates of Haplogroup O1a are highest among the Taiwanese aborigines, and Chamic-speaking people. Genetic data found among a sampling of Filipinos may indicate some relation to the Ami tribe of Taiwan".



Klu tajuk akan datang 2:

Membicarakan serba sedikit tentang teori "Tempat Adam a.s. diturunkan" beserta bukti-bukti dari catatan Bani Israel, Sumeria-Babylon dll.

Penjelasan Prof. Neldy Jolo Berkenaan Isu Moro, Tausug & Kesultanan Sulu/Mindanao

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan


Penulis sebenarnya agak terkejut dengan hasil video di atas yang kelihatan warnanya persis Filem. Kerana penulis hanya gunakan kamera Nikon D3100 milik Neldy Jolo. Kamera D3100 sebenarnya dicipta untuk Fotografi Profesional bukan untuk video.

Saksikan penjelasan Neldy Jolo tentang perjuangan Tausug dan Maguindanao serta solusi bagaimana memulakan kebangkitan kemerdekaan Sulu-Mindanao tanpa melihat Filipina sebagai "pemilik" kedua-dua wilayah tersebut.

Video ini sasarannya hanya kepada Tausug dan alibahasa ke bahasa Inggeris sedang diusahakan oleh saudara Neldy Jolo.

Penjelasan beliau diiringi oleh gesekan Viola berirama Tausug klasik (langan @ lugo') yang biasanya dinyanyikan untuk menidurkan Sultan, Puteri Raja atau bangsawan. Budaya langan @ lugo' ini tidak dimiliki oleh Orang Samal @ Sama Laut (Bajau) sebab hanya golongan para Datu dan bangsawan sahaja yang mendendangkannya.

Hanya Samal @ Sama Balangingi' yang masih mengekalkan budaya langan @ lugo' kerana masih kekal fasih berbahasa dan berbudaya Sug.

Persidangan Kementerian SSDI di Zamboanga City 24 Sept. 2011

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, September 25, 2011 0 ulasan

Dalam masa terdekat insyaAllah Tausug Global Media (TGM) akan melaporkan keputusan Persidangan Kementerian SSDI di Zamboanga City baru-baru ini. UTC dari Malaysia telah menghantar beberapa wakil antaranya seorang wakil dari UTC Semenanjung Malaysia dan beberapa orang Datu UTC dari Sabah.

Berikut adalah paparan surat jemputan dari Datu Menteri Besar, Datu Amran yang dihantar melalui Facebook dalam entri tertutup Sulu Mantiri. Pihak yang dijemput tetapi tidak dapat menghadirkan diri ke Persidangan telah pun menghantar jawapan secara bertulis atau pun melalui telefon menjelaskan alasan ketidakhadiran kepada PBMM Sultan Bantilan Muhammad Mu'izzuddin II Aranan.

------------------------------

Sultanate of Sulu Darul Islam
ASTANAH SULTAN
Kauman Nur Hidayah, Zamboanga City

ROYAL MEMORANDUM

FOR: MIN. DATU SH MD YAZIR BIN SH MD RAJHIM
MIN. SH MD HASSAN BIN TUAN ASAN
MIN. SH MD NELDY
MIN. SH MD ASREE
ASST. MIN. SH MD KHALID BIN SH ISMAEL
ASST. MIN. DATU SH MD YUSUF ASH-SHADHULI AL-ALAWI
ASST. MIN. SH GHULAMURRASUL BIN TUAN RASUL
AMB. DATU ATTAN BIN DATU ABDURAJAK
AMB. DATU MD TAHIR BIN DATU AMIRHAMJA
OTHER ROYAL OFFICERS OF SSDI

SUBJECT: 7TH ROYAL MINISTERIAL MEETING

In the interest and exigency of royal service, you are hereby requested to attend the 7th Royal Ministerial Meeting of the Sultanate of Sulu Darul Islam at the Astana Sultan, Kauman Nur Hidayah (San Roque), Zamboanga City, 8:00 AM, on September 24, 2011.

Issues and concerns of paramount importance will be tackled during the aforesaid meeting.

You are also enjoined to bring hardcopies of the plans and programs of your respective Ministries for presentation during the above-mentioned assembly.

Thank you.

Yours in Royal Service,

(SGD)
H.E. DATU PROF. HJ MD JAMIL AL-SATTIYA BIN TUAN AMILHASAN
Prime Minister

(SGD)
H.E. DATU PROF. HB MD ZAKIR BIN HJ ABDULLAH
Executive Minister

Noted:

(SGD)
HRH PBMM AL-SULTAN BANTILAN MUHAMMAD MU’IZZ UD-DEEN II
Sultan of Sulu Darul Islam

----------------------------------------------



AGENDA

Sultanate of Sulu Darul Islam
7th ROYAL MINISTERIAL MEETING
24 September 2011
Astana’ Sultan, Daira Sambuangan

PROGRAMME AND INVITATION

A.M.

I. Registration

  • Du’a – Sharif Murakib bin Sharif Abidin
  • Opening Remarks – Tuanku EM Prof. Hb Md Zakir bin Sh Abdullah
  • State of the Sultanate Address – PBMM Sultan Bantilan Muhammad Mu’izzuddin II
  • Royal Government Updates – Tuanku Prof. Hj Md Jamil al-Sattiya bin Tuan Amilhasan
  • Local Administration Review – Tuanku SKM DPM Prof. Dr. Md. Ameerul Hamza al-Junaidi al-Suhrawardi bin Hb Ibrahim, Ph.D
Message of the Guest Speaker...
  • Closing Remarks – Tuan Limaya Sh Md Salim bin Sh Mulki
  • Issuance/Distribution of Royal Appointments and Designations/Awards/Certificates

P.M.

II. Ministerial Meeting
Presiding Officer: Datu Md Abdel Fattah bin Datu Sh Amirul Bensalih

Presentation of Issues and Concerns – Ministers/State Ministers/Royal Officers
Immediate Priorities and Targets
Issuance of Royal Orders

Royal Master of Ceremony
Datu Md Abdul Majid bin Sheikh Anjawtal

---------------------------------------

Laporan dari Tuan Khaled Ismael berkenaan titah PBMM Sultan Bantilan Muhammad Mu'izzuddin II Aranan di Bungao, Tawi-Tawi, Sulu baru-baru ini sebelum berlangsung persidangan Kementerian SSDI di Zamboanga City seperti yang tertera di atas.

Berikut disertakan dengan translasi ke Bahasa Melayu dari Bahasa Sug,

Pelapor: Saudara Yazir Rajim lewat Facebook.


Sin 16 Jumadil awal 1432, hambuuk ha manga himumungan sin Panghu' didtu ha Tubig Mampallam Bongao, Tawi Tawi SSDI. Ha pagtayma' sin Undang-Undang sin SSDI.
(Pada 16 Jumadil Awal 1432, salah satu titah Penghulu (Sultan) di Tubig Mampallam, Bongao, Tawi Tawi SSDI. Berkenaan pengakuan terhadap (kewujudan) Undang-undang SSDI)


(ha pag apprub sin tibahagian 8 Panji sin Hula')
(Tentang kelulusan Bahagian 8 Panji Negara)

Timindug in Rasul s.a.w. magda sin Ngan niya.
(Berdirinya Rasul SAW membawa Nama-NYA)

Hilamud in asarakal, iban upat sahabat, ampana sajja sunu’an na sajja.
(Diiringi dendangan Asarakal (lagu Marhaban dari kitab al-Barzanji), dan 4 Sahabat r.a. kemudian ditambah apa-apa sahaja tambahan)

(Sultan Bantilan Muhammad Muizuddin II)
(Demikian titahnya Sultan Bantilan II)

Ha tayma' namu' maniyu' tiyu' sin hilalaungan sin Sultan, subay tuud in Sunnah katan subay magad timindug, lamud ha daraugan sin Muslim in pagtindug sin Sunnah....
(Dari yang kami fahami lebih kurang dari titah Sultan, semestinya segala as-Sunnah (Nabi SAW) itu ikut serta berdiri, termasuk dari kemenangan Muslimin ialah menegakkan Sunnah)

Ha bihayaun ha taqwim pa in research ku, subay Hijrah na tuud in usalun taqwim, awun Suhbah hi Maulana Shaykh Nazim Qs pasal sin Muslim Calendar,
(Sekarang ini, Taqwim dalam kajianku, yakni semestinya HIJRAH yang digunakan sebagai Taqwim, ada Suhbah dari Maulana Shaykh Nazim Qs berkenaan Kalendar Islam,)

...lamud siya ha piyaghindu' sin Rasulullah (saw) hambuuk nakalamud in Hijrah callendar ha daraugan sin Islam,
(Ia termasuk dari ajaran Rasulullah SAW bahawa Kalendar Hijrah termasuk dari KEMENANGAN umat Islam)

Wallahu'alam.... subay tuud in katan officials sin SSDI Hijrah Taqwim na in usalun. Inshaallah... lamud na in manga raayat.... magsukul.

(Wallahu a'lam... semestinya semua pegawai rasmi SSDI menggunakan Taqwim Hijrah. InsyaAllah, termasuklah sekalian rakyat... terima kasih)


Khalid Ismael

BHG 1: Bangsa Eropah Berasal Dari Kepulauan Sulu?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, September 19, 2011 0 ulasan

BAB 1: MENGENAL BANGSA MADAI BIN YAFITS BIN NOH A.S. SEBAGAI ASAL USUL BANGSA MARAI @ MALAI @ MALAY


Tome Pires dalam Suma Oriental menyebut
"Ketika Parameswara telah pindah ke tempat Bertam tersebut dan beristirehat... maka orang selat pergi mengadapnya - jumlahnya kini tidak lebih dari 18 orang lagi (sebelumnya ada 30 orang pahlawan)- dan mengatakan apakah [Raja] masih ingat bagaimana tanah ini ditemukan mereka dan bagaimana mereka meninggalkan anak istrinya (di Palembang) untuk pergi ke Muar untuk memberitahu tentang tempat itu yang sekarang sedang dinikmati [oleh sang Raja]. Dan mereka bermohon agar supaya janji ditepati dan membalasnya dengan pemberian tanda kehormatan (Dalguua esmola Domrra). Dan untuk memenuhi permintaan ini Parameswara menjadikan mereka pembesar negeri (mandarin) yang berarti bangsawan (fidallguos)- mereka beserta anak istrinya. Jadi semua mandarin Malaka adalah keturunan orang tersebut, dan raja-raja adalah keturunan mereka pula dari pihak wanita, sebagaimana dikatakan di negeri ini"


Ditambah lagi bahawa mereka sangat setia kepada raja. Demikianlah maka laksamana dan bendahara berasal dari Orang Selat itu. Dalam Sejarah Melayu (yang ditulis kira-kira seabad sesudah Suma Oriental) soal keturunan pembesar Melaka dan peran Orang Laut/Selat tidak disebut".


Di petik dari buku sejarahwan Indonesia bertajuk "Orang Laut, Bajak Laut, Raja Laut" m.s. 105, oleh Prof Dr. Adrian B. Lapian.




INTRO

Menelusuri asal-usul Sulug tidak akan menjadi lengkap tanpa menelusuri asal-usul MALAYU terlebih dahulu. Hal ini sangat perlu dan menjadi wajib pula bagi kami sekiranya dilihat dari perspektif KESATUAN UMMAH di Nusantara ketika ini. Yakni, umat Islam seNUSANTARA hari ini semakin "dilupus" oleh bangsa lain (yang tentunya tidak seakidah) dan seakan tidak mampu lagi bertahan sekali pun keris terhunus di tangan, menunjukkan ada yang tidak kena pada umat yang menggelar diri mereka MALAYU ini.

Apa mungkin MALAYU akan hilang di dunia? Apa mungkin MALAYU akan TERTEWAS lagi kali ini setelah TEWAS ditangan FREEMASON BRITISH beberapa abad yang lalu?
Sudah tiba masanya Sulug @ Suluk @ SOLOK berdiri sekali lagi membela saudara mereka sebagaimana Hang Tuah membela mereka ketika dulu. Perhatikan sumpah keramatnya "Takkan MALAYU hilang di dunia".

Ini adalah sumpah keramat yang sehingga hari ini gagal difahami oleh umat yang menggelar diri mereka sebagai Bangsa MALAYU. Kegagalan memahaminya akan menyebabkan Malayu sedikit demi sedikit akan kehilangan jati diri dan kemandirian untuk kekal sebagai satu bangsa yang BERDAULAT bakal lupus. Akhirnya akan diganti tempat mereka oleh bangsa lain yang lebih baik atau pun lebih buruk dari mereka.


Tausug @ Solok sekali pun hari ini mereka digelar bangsa terhina di Kepulauan Sulu kerana masih tersepit dicelah kaki Filipina, namun mereka masih wujud sebagai PANGGUBAT atau penentang dan masih menyimpan tradisi lisan sebagai pembela Islam sehingga hari ini. Solok sekali pun dipandang hina hari ini, namun sekurang-kurangnya sebahagian nama-nama negeri dan daerah di Semenanjung Malaya dan Sumatera masih kekal dalam bahasa Solok.

Sehinggakan generasi pengkaji Solok hari ini berkesempatan menulis dan mengkaji sejarah awalnya bahawa SOLOK dan MALAYU seolah-olah adalah satu jasad ketika dulu.
Sebab itu menurut sejarahwan Barat dan Timur bahawa Bangsa Malayu yang dikenal hari ini mempunyai hubungan rapat dengan Orang Laut lama sebelum masihi lagi. Malah sebahagian pengkaji cenderung mengatakan MALAYU adalah asalnya dari laut yang kemudian naik ke darat membina penempatan bersama pengISLAM para Syeikh atau Makhdum mereka.

Sebelumnya para PengHINDU dan PemBUDDHA telah lama membawa mereka naik ke darat menjadi orang yang bertamaddun kemudiannya sehingga mampu membina candi dan kuil yang kita masih lihat hari ini.
Umat MALAYU perlu mencari Sejarah mereka yang telah hilang. Sebahagian pengkaji MALAYU dari generasi muda yang celik akal dewasa ini telah berdikit-dikit mencari jawapan mereka sendiri dengan melawan ARUS kajian.

Mereka semakin menyedari penipuan sejarah yang selama ini hanya "diselibus" oleh Penjajah Inggeris kepada mereka. Pastinya suatu masa nanti kajian generasi MALAYU celik ini akan bertemu di hujung dengan kajian generasi Solok.




TEORI: MALAYU ADALAH DARI BANGSA MADAI YANG MENJAUHKAN DIRI


Satu kemungkinan nama MALAY berasal dari kata MADAI bukanlah mustahil. Kerana bangsa Madai itu bukan sahaja menguasai Lautan malah daratan sehingga ke pergunungan. Ia berubah menjadi Marai kemudian disebut MALAI kerana kebiasaan lidah kaum-kaum di kepulauan sebelah timur yang menyebut "D" menjadi "R". Kemudian setelah beberapa generasi "R" menjadi "L" pula sebutannya. Pertukaran sebutan dari D ke R dan R ke L tidak lah pula menentu.

Beberapa abad kemudian sebutan Madai atau Malai ini telah berubah maksud kepada "berjauh" dalam bahasa Kepulauan Sulu. Adalah dimungkinkan anak-anak Bani Madai dari Farsi yang datang begitu jauh berulang alik ke kepulauan Sulu menjadikan Malai telah menjadi sinonim dengan kejauhan. Pada akhirnya terbitlah istilah MALAYU dalam bahasa Sulug yang bermaksud "berjauh". Walau pun dalam bahasa Sulug "Ma" (imbuhan "me") dan "Layu" (jauh) itu adalah gabungan kata jarak dan imbuhan tetapi kadang-kadang juga dirujuk kepada keadaan "larikan diri".

SULUS at Silam: Lady Annie Brassey 1887 - Journey to Madai Cave 1887. Lukisan hitam putih tahun 1887 Tausug dengan barung di pinggang di Silam, Lahad Datu.


Sebagai contoh, di pulau Jolo selalu berlaku perang saudara. Kebanyakan kes bagi yang tidak mahu bertumpah darah dengan saudaranya, sekali pun dia di pihak yang benar, terpaksa lari ke kepulauan yang lebih jauh dengan penuh rasa kecewa. Menjauhakan diri ini disebut "Limayu" atau "Nagpalayu" dalam bahasa Sulug. Sesetengahnya bersumpah sampai 4 keturunan tidak mahu mengaku "TAUSUG" lagi dan sanggup menjadi Samal @ Sama atau Bajau Laut. Golongan inilah yang dipanggil Limayu' atau MALAYU'.

Mereka yang menjauhkan diri ini kebanyakannya ikut dengan kapal dagang ke Sumatera dan Tanah Siam. Yang lebih dekat lebih ke Utara seperti di Champa, Seludong (Manila), Sugbu (Cebu), Butuan. Maka tidak hairan orang Solok menguasai orang laut yang mana mereka sendiri yang menjadi Raja Laut mereka. Mereka pun tidak kesah kalau turut disebut orang laut (inilah yang berlaku kepada Samal Balangingi'). Orang-orang Jawa yang menurut Vic Hurley berseteru dengan Tausug selama 70 tahun ketika era kegemilangan Majapahit tampak seperti mengetahui hal ini. Kerana menurut dalam bahasa Jawa "Melayu @ Mlayu" bermaksud menjauhkan diri atau melarikan diri. Maka tidak hairan mengapa orang-orang Jawa tidak mahu digelar Melayu. Sehingga hari ini masih ada dikalangan orang-orang Jawa yang menyatakan bahawa orang Melayu itu adalah pelarian yang tidak diketahui pelarian dari mana?



MADAI
Untuk mengkaji MALAYU perlulah dikaji terlebih dahulu permulaan bangsa Madai. Madai adalah anak kepada Yafits bin Noh a.s. yang selepas banjir besar telah kembali semula ke Kepulauan Sulu. Dari bahtera Nuh a.s. yang terdampar di atas gunung Ararat @ Judi @ Chudi (
i.e. Melayu: Datuk, Suluk: Apo', Bugis: Opu) kemungkinan Bani Madai telah kembali semula ke tanah leluhur ADAM a.s. di negeri kepulauan di sebelah TIMUR.

Bani Madai membuka penempatan di Borneo Utara Timur yang mengadap ke Kepulauan Sulu dan Sulawesi. Sehingga hari ini Madai mempunyai gua batu yang besar dan diyakini berdasarkan kenyataan pakar arkeologi bahawa penempatan purbanya lebih tua berbanding kawasan lain di Borneo. Bahagian Timur Borneo Utara (Sabah) ini bukan sahaja terkenal penempatan purbanya di kawasan lembah gua Madai malah di luar sekitarnya seperti lembah Danum yang dikenali sebagai hutan tanah pamah tertua, gua Gomantong dan lain-lain sekitarmya sehingga ke Kudat.


Menurut pakar arkeologi dan anthropologi bahawa bangsa yang lebih dahulu mendiami Asia Tenggara Timur ialah bangsa berkulit hitam legam, berhidung pesek, berambuk kerinting yang mereka sebut sebagai Negrito. Disebabkan penemuan beberapa tulang belulang yang mereka dakwa sebagai rangka manusia awal di Jawa dan Australia maka Negrito dicap sebagai penghuni awal.

Gua Madai di Lahad Datu Sabah.

Beberapa ribu tahun kemudian dikatakan barulah datang para "pendatang" berkulit sawo matang yang sebahagian mereka berkulit putih yang disebut MALAYAN-MONGOLOID.
Vic Hurley dalam bukunya Swish of the Kris (m.s. 11) menyatakan,

  • "The Moro, originally an Indonesian pagan, could be properly classified as Malayan-Mongoloid, a branch of the true Oceanic Malays. In the first century before the Christian era, there was great unrest on the continent of Asia, which culminated in extensive migrations of the population. The Indonesians, wearied of the wide valleys of the mainland, or facing resistance at arms from an unknown enemy, lifted the sails of their praos and ventured into the Sulu Sea."

"Moro, asalnya dari Indonesia pagan, boleh diklasifikasikan sebagai Malayan-Mongoloid,
cabang yang betul dari Lautan Melayu. Pada abad pertama sebelum era Kristian, telah berlaku kekacauan besar di benua Asia, yang memuncak sehingga berlaku penghijrahan penduduk yang banyak. Orang Indonesia, khasnya yang mediami lembah luas di tanah besar, samada menghadapi rintangan senjata dari musuh yang tidak diketahui, atau mengangkat layar perahu mereka dan meneroka Laut Sulu."

Kenyataan Vic Hurley di atas sebenarnya lebih kepada kenyataan Darwinisme yang meyakini bahawa manusia moden berasal dari haiwan lain yang berubah secara evolusi. Ia jelas dalam kenyataannya dalam bab-bab awal bukunya Swish of the Kris. Walau pun begitu ia masih boleh dihubungkan dengan banjir besar dari sejarah Noh a.s., kerana kemungkinan Bani HAM bin Noh a.s. (berkulit hitam, berambut kerinting) telah bergegas lebih dahulu larikan diri dari kawasan SUQ THAMANIN (i.e. pasar 80 orang, penempatan Noh a.s. selepas banjir tidak jauh dari lokasi pendaratan bahtera) menuju ke Kepulauan Leluhur mereka di sebelah TIMUR. Berikut adalah penjelasan menurut sejarahwan Islam tentang Nabi Noh a.s.,

  • Ibnu Thabari r.a. menceritakan setelah kapal berlabuh di pegunungan Ararat, Noh a.s. kemudian membangun satu kota di daerah Ararat (Qarda) di suatu area yang termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut Themanon (Kota kelapan Puluh) kerana kota tersebut dibangun oleh orang yang beriman yang berjumlah 80 orang. Sekarang tempat tersebut dikenal dengan nama Suq Thamanin.
  • Ibnu Abbas r.a. kemudian menceritakan bahwa Noh a.s. membangun Kota Suq Thamanin dan semua keturunan Qayin dibinasakan. (perhatikan perkataan "SUQ" walau pun ia membawa erti "pasar" dalam bahasa Arab namun ia sangat sinonim dengan SUG. Teori yang menyatakan Noh a.s. membina bahtera di Kepulauan di sebelah Timur kemungkinan besarnya benar).
  • Menurut Al-Harith r.a. dari Ibnu Sa'd r.a. dari Hisham bin Muhammad r.a. dari ayahnya dari Abu Shalih r.a. dari Ibnu Abbas r.a. berkata "ketika Suq Thamanin menjadi penuh dengan keturunan Nuh mereka berpindah ke Babylon dan membangun kota tersebut."
  • Ibnu Ishaq mengatakan bahwa Nuh a.s. telah mendoakan ketiga putranya iaitu keturunan Sam menjadi nabi-nabi dan rasul, keturunan Yafith untuk menjadi raja-raja, sedangkan dari keturunan Ham dia doakan agar menjadi abdi berkhidmat untuk kedua saudaranya Yafith dan Sam.
  • Ibnu Abbas r.a. menceritakan bahwa keturunan Sam menurunkan bangsa kulit putih, Yafith menurunkan bangsa berkulit merah dan coklat (sawo matang), Sedangkan Ham menurunkan bagsa Kulit hitam dan sebagian kecil berkulit putih.
Peta kekuasaan Bani Madai @ Median.


Bani Ham setelah sampai di Babylon (Sumeria) kemungkinan setelah tidak tahan berkhidmat kepada saudara-saudara mereka Sam dan Yafits mereka lari berdikit-dikit menjauhkan diri ke muara sungai Tigris dan Euphrates seterusnya masuk ke Teluk Parsi. Kemungkinan juga yang mengetahui tempat asal mereka dari sebelah Timur maka mereka langsung belayar berduyun-duyun ke India, Sumatera sehingga ke Papua / Irian Jaya. Maka tidak hairanlah orang India yang asal berkulit hitam belaka sehingga ke Papua.


Bani Ham yang sempat lari ke Laut Meditranian kerana mengelak dari berkhidmat kepada saudaranya Sam dan Yafits telah membentuk kerajaan laut seperti kerajaan Raja Fir'aun (Pharaoh @ Parahu @ Pala'o) di Mesir dan membentuk bangsa laut Phoenesia. Satu kemungkinan juga ada Bani Ham yang masih taat setia dengan Bani Yafits samada disebabkan taat kerana kasih atau pun taat kerana terpaksa disebabkan kejahatan Bani Yafits.

Hinggakan Madai yang kemungkinan menjadi Raja Madai (Mada @ Madain @ Madyan) yang kemudian membentuk bangsa Aryan telah menjadi raja-raja dan sebahagian anak-anaknya bersama-sama dengan Bani Ham kembali semula ke Kepulauan Sebelah Timur. Sehingga hari ini terdapat nama Ham-ba (HAMBA) yang dinisbahkan kepada bani Ham yakni berkhidmat kepada Yafits dan Sam.



BANI YAFITS MENGAKU SEBAGAI BANGSA TERTINGGI?

Di dalam dunia hari ini bangsa yang mengaku sebagai bangsa tertinggi adalah bangsa Bani Israel dari jalur Sam bin Noh a.s. kerana mereka begitu berbangga menjadi pewaris kepada nabi-nabi dan rasul sebagaimana yang didoakan oleh Noh a.s. Sebab itu tidak hairan mereka mengaku sebagai satu-satunya bangsa ANAK TUHAN. Satu lagi darah nabi-nabi dan rasul yang terpinggir ialah Bani Arab yang juga kalau ditelusuri ARAB itu seolah-olah berasal dari kata al-RABB (Tuhan) yakni anak-anak Tuhan juga. Walau bagaimana pun kenyataan sejarah bukanlah begitu.

Bangsa Raja-Raja dari jalur Yafits bin Noh a.s. ternyata adalah yang paling unggul sebagaimana yang tercatat dalam sejarah manusia dari timur dan barat, utara sehingga ke selatan. Anak-anak Yafits yang paling dahsyat menguasai dunia ialah dari jalur
Madai dan Magog. Madai telah menguasai Farsi sehingga ke Turki dan menamakan bangsa mereka sebagai bangsa ARYAN. Bangsa ARYAN kemudian menguasai Eropah sehingga ke India dan Kepulauan Asia Tenggara. Nama Eropah sendiri berasal dari nama Aryan @ Iryan @ Er-yan.

Bahasa dan tulisan Sanskrit adalah juga bahasa dan tulisan Malayu ketika dulu sebelum kemunculan Islam. Sanskrit adalah bahasa dan tulisan Raja-Raja Bani Yafits Aryan di India. Kalau Sulug juga menggunakan bahasa Sanskrit bukanlah menghairankan.



Bangsa Aryan atau MADAI inilah pemilik bahasa raja-raja yang dinamakan bahasa SANSKRIT yang mereka bawa ke India.
Bangsa Magog yang menguasai utara Asia telah menjadi penguasa dan penghancur secara berkala dan membentuk bangsa Monggol yang disebut sebagai yang paling kejam dalam sejarah manusia. Mereka membentuk bangsa-bangsa China, Jepun dan Korea. Setiap beberapa ratus tahun mereka akan turun dari pergunungan di Utara dan melanggar negara-negara kota sehingga hancur berkeping-keping.

Mereka inilah yang dipanggil bangsa GUNUNG. Sama seperti saudaranya Bani Madai yang menduduki Kepulauan yang menisbahkan diri mereka sebagai bangsa BURANUN yakni bangsa pemilik kekuasaan tanah. Tidak hairan mengapa Sulug @ Solok sehingga hari ini masih menunjukkan semangat raja-raja yang tidak terkalahkan.
Bangsa yang boleh menundukkan atau dapat menghentikan bani Magog ini adalah dari kalangan anak-anak Yafits juga.

Raja Iskandar Zulkarnain a.s. yang berasal dari Macedonia (Greece) yang juga dari jalur Javan bin Yafits bin Noh a.s. telah berjaya mengekang serangan bani Magog dengan berjaya membina dinding di antara dua gunung dari acuan campuran besi dan tembaga. Menyebabkan Bani Magog terhalang dari melepasi celah dua gunung untuk melakukan kerosakan. Kemungkinan Alexander The Great mendapat jolokan ZULKARNAIN dalam Al-Qur'an adalah kerana kerja kerasnya membina dinding penghalang iaitu sama dengan menguasai dua gunung (dua puncak atau dua tanduk).

(Rujuk Buku: Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj I dan II).
Bangsa Madai yang menduduki Borneo sebagaimana yang dicatatkan di atas mereka adalah bangsa Raja-Raja sebagaimana doa Nabi Noh a.s. sebab itu mereka bangga sebagai penguasa gunung. Dalam bahasa Sulug ia disebut Buranun. Di Sulawesi terdapat kaum Tao Raja (Toraja @ Tator) yang juga masih dalam keluarga Madai yang hanya tinggal di puncak-puncak gunung.

Brunei pula dalam sebutan Majapahit ialah BURUNE sedangkan dalam beberapa kajian, Burune itu bermaksud Gunung atau Buranun yang sinonim dengan Murud (Gunung Murud, lokasinya berada di selatan Brunei yang masuk ke negeri Sarawak hari ini).
Gunung Murud pula sinonim dengan kaum Murut di Borneo. Ahli sejarah dan ahli linguistik maklum bahawa suku bangsa Brunei ialah berdarah Dayak yang sekeluarga dengan kaum dayak lainnya di Borneo seperti Kayan, Murut, Dusun, Iban, Ida'an, Tidung, Sungei dan lain-lain.

Ikatan Dayak ini secara linguistik dapat dihubungkan dengan bangsa Maguindanao-Marano-Iranun di Pulau Mindanao. Persenjataan bangsa dayak sama dengan persenjataan Bani Monggol (Mandao & Kampilan) sebab itu mengapa mereka dikatakan sebagai MONGOLOID. Berkulit putih kemerahan dan bermata sepet (kebanyakannya).
Sekiranya kita perhalusi, Bani Madai (Aryan), Magog (Monggol), Javan (Greece-Rom) mereka senantiasa berhubungan dari masa ke semasa semenjak selepas berlakunya banjir besar.

Sebab itu mengapa hingga hari ini Bangsa Turki memanggil pulau dengan sebutan "Sulu". Bangsa Scandinavia juga menyebut pulau dengan "Sulu". Tidak hairan kapal Bangsa Norse-Scandinavia (Viking) sama dengan kapal Sulu di kepulauan Sulu dengan bentuk layar dan kaedah dayungan yang sama.




BANGSA MADAI @ MARAI DARI SUKU DAYAK ASIA TENGGARA BERTATU DAN SUKA BERPERANG


Dalam bahasa Sulug @ Suluk terdapat perkataan Madai' yang disebut MARAI' bermaksud "kemungkinan". Juga terdapat kata DAYA' bermaksud mengadap ke atas (lawan kepada tiarap). Secara sebutan, Sulug tidak menyebut DAYAK tetapi DAYA' adalah kemungkinan setiap kali pahlawan Dayak menari tarian Mangayao (memburu kepala) mereka akan lakukan tarian mengadap ke atas langit. Tarian Dayak seperti burung terbang di bawa angin dan bertempik. Tarian Dayak pada wanita mereka juga sama iaitu seperti burung terbang terhinjut-hinjut secara berkumpulan.


Sebaliknya tarian Sulug disebut Pansak (Pencak) yang biasanya diiringi gong dan kulintangan. Tarian lebih kepada gerak Kuntao atau gerak Silat. Manakala tarian wanitanya lebih kepada tarian "Air Laut" yang beralun dan berombak lembut menunjukkan penguasaan laut dan pelayaran. Nampaknya tarian Sulug lebih rapat dengan tarian Melayu di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Manunjukkan ikatan budaya yang pernah terjalin di masa lampau.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang tidak dapat dinafikan ialah pada ketika dulu sebelum kedatangan Islam Kaum Buranun di Jolo juga sama sebagaimana Dayak Borneo.
Mereka kenakan bulu burung atas kepala dan mengenakan tatu pada badan sebagai lambang Ketamadunan Purba yang telah hilang. Menurut para ahli sejarah, bangsa Red Indian Amerika Utara sebenarnya berasal dari Asia yang menyusur ais. Mereka berkulit merah dan mengenakan bulu burung di atas kepala.

Hal ini sama dengan bangsa Aztech dan Maya sehingga ke Amerika Selatan. Inilah anak-anak Yafits yang menempati hampir semua pelusuk dunia. Mereka lebih ramai berbanding manusia lain dari jalur Sam dan Ham disebabkan Bani Yafits telah banyak kali MELAKUKAN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI terhadap manusia di muka bumi ini.
Bani Yafits dari Asia Tenggara juga telah sampai ke pulau Britain yang kemungkinan mereka mengikut jalur laut dari Asia Tenggara.

  • "Sometimes called "The Painted Men", the Picts came out of nowhere to rule the north of Britain"

(Kadang-kadang mereka digelar "orang lelaki berlukis", Bangsa Pict datang dari tempat yang tidak diketahui untuk memerintah Britain Utara) -
Joseph Allen McCullough, pemegang ijazah dalam Sejarah dari Universiti North Carolina di Chapel Hill, khususnya dalam sejarah ketenteraan dan Zaman Gelap Bangsa Inggeris.

  • "Kita tahu bahawa orang Pict mempunyai bahasa pertuturan untuk melengkapi penulisan simbol-simbol, Bede (seorang rahib dan ahli sejarah yang meninggal dunia pada 735) menulis bahawa terdapat empat bahasa di Britain pada masa ini: British, Pictish, Scottish dan Inggeris" Rob Lee, Discovery News.

Dikatakan bahawa bangsa Pict ini bukan sahaja berkulit sawo matang dan bertatu malah berbadan pendek dan pandai menaiki kuda. Kuda mereka bersaiz kecil (sama dengan kuda di Kepulauan Sulu) berbanding kuda Eropah dan mereka sangat handal dengan pelayaran di laut. Mereka adalah antara kaum yang selalu masuk ke laut Mediterranean untuk menjalankan rompakan.

Mereka inilah yang sangat ditakuti oleh bangsa Rom kerana selalu berkeliaran di laut mereka pada musim-musim tertentu. Mungkin inilah yang dikatakan oleh Plato sebagai bangsa yang datang dari ATLANTIS.
Sehingga hari ini bangsa Inggeris gagal mengesan bangsa Pict ini dari mana berasal dan kemana mereka pergi. Ada ahli sejarah menyatakan bahawa mereka hilang samada berasimilasi dengan bangsa Scotish, British dan lain-lain atau pun telah dihapuskan ketika kedatangan pendatang kulit putih.




Notakaki:
*Joseph Allen McCullough: The Dark Age Rulers of Scotland, http://www.suite101.com/content/the-picts-a17138


*http://globalwarming-arclein.blogspot.com/2010/04/pict-script-discovered.html


*http://en.wikipedia.org/wiki/Picts


http://halfmoon.tripod.com/

FILEM HOLLYWOOD 1934 ADALAH KEKAGUMAN AMERIKA TERHADAP TAUSUG

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, September 13, 2011 1 ulasan

Filem ini sangat menarik kerana berlatarbelakangkan suasana Jolo ketika Amerika Syarikat masih berada di Sulu sebelum Perang Dunia ke-II. Generasi Tausug hari ini hanya mendapat gambar pahlawan Tausug dizaman Amerika Syarikat dalam bentuk fotografi bukannya video seperti ini.

Walaupun filem ini memberi gambaran salah terhadap budaya Tausug (terutama heroin wanita yang mendedah dada) namun apa yang lebih utama ialah suasana ketika itu. Sangat jelas busana yang dipakai oleh kaum wanita, lelakinya, golongan agamawan dan kanak-kanak yang kelihatan klasik dan mengharukan. Kita akan dapat saksikan tarian, kulintangan dan gong serta gendang, malah permainan sabung ayam dan laga kerbau begitu menghiburkan. Seolah-olah kita berada di zaman mereka ketika penggambaran filem ini berlangsung.


Seperkara yang tidak menghairankan kita ialah keghairahan Hollywood ketika itu memfilemkan Tausug dan Jolo, Sulu bukan ditempat-tempat lain seperti di Mindanao adalah mungkin kerana pengalaman Amerika Syarikat berperang dengan Tausug sebelumnya. Hinggakan menjadi isu politik di Amerika Syarikat ketika itu lebih-lebih lagi kepada tentera US yang dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap Tausug.


Filem ini terhasil disebabkan kekaguman US terhadap Tausug. Selamat menonton. Sila download segera video ini sebelum ia hilang dalam Youtube.com.

Komen Puan Noralyn Mustafa terhadap Filem ini:
"The only good thing about this are the shots of pre-war Jolo. Nothing more, very badly researched, no factual basis, and from the beginning the narrator's disdain for the Tausugs is very obvious. The "love story" is simply awful. Apparently made to demonize the Moros. American propaganda".







GELAK KETAWA & TANGISAN HASIL PERMUSUHAN DUA FIRQAH

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

PENDAHULUAN:
Di dunia Islam dari dulu sehingga sekarang telah muncul bermacam-macam kumpulan yang menamakan kelompok mereka sebagai "PEMBELA @ PEMURNI FAHAMAN ISLAM". Ia bukan sahaja berlaku setelah 300 tahun kewafatan Baginda Rasulullah SAW malah ketika Khalifah Ar-Rasyidun yang pertama mula memerintah iaitu Sayyidina Abu Bakar r.a. telah muncul golongan yang enggan membayar zakat dan mendakwa diri sebagai nabi palsu. Sayyidina Abu Bakar r.a. berjaya memerangi mereka namun kumpulan-kumpulan yang mendakwa sebagai pembaharu ini tidak putus-putus bermunculan disepanjang sejarah Khulafa Ar-Rasyidin sehingga selepas 300 tahun kewafatan Rasulullah SAW.

Di kalangan kelompok yang melabelkan kumpulan mereka sebagai "Pembaharu mahu pun Pemurni Islam" ini telah diokategorikan dalam dua kategori oleh para pencatat sejarah di zaman mereka, iaitu samada BENAR atau SESAT. Hal ini sebenarnya telah pun diisyaratkan lebih awal oleh Rasulullah SAW dalam Hadith Sahihnya yang menyatakan bahawa akan muncul 73 firqah dari kalangan umatnya di kemudian nanti dan yang selamat hanyalah satu golongan sahaja iaitu Ahli Sunnah Waljamah manakala yang lainnya masuk Neraka. Yakni Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah mereka yang mengikut Sunnahnya dan menurut kesepakatan para sahabatnya Radhiallahu'anhuma. Kerana umatnya tidak akan bersepakat di atas perkara buruk sebab itu IJMA' atau kesepakatan umatnya adalah kebaikan.

FIRQAH SUNNAH DAN SYI'AH
Antara kumpulan Islam yang terkenal dewasa ini ialah Ahli Sunnah (i.e. yang membela kesemua sahabat r.a.) dan Syi'ah (i.e yang memihak kepada Sayyidina Ali r.a. dan mencaci sebahagian sahabat r.a.) secara berlebihan. Di dalam Ahli Sunnah sendiri terbahagi dua secara manhaj iaitu Sunnah Tradisional (Khalaf) dan Sunnah Salafi (Salaf, yang menurut kaedah Syeikh Ibnu Taimiyyah). Manakala Syi'ah sendiri telah berpecah dalam banyak kelompok menurut Imam-imam kepercayaan mereka. Ada Syi'ah Imam 12, Ismailiyyah, Rafidhiyyah, dan berpuluh lagi pecahan. Ada antara mereka yang dinamakan Syi'ah Ghulat yang melampaui batas mendakwa Allah swt tersalah kirim Wahyu. Sepatutnya bagi mereka wahyu diturunkan kepada Sayyidina Ali r.a. bukan kepada Nabi Muhammad SAW.

Ulama' Sunnah sepakat bahawa Syi'ah tidak tergolong dalam istilah Islam melainkan mereka terkeluar darinya atas beberapa sebab. Ulama' Syi'ah pula sepakat bahawa golongan Sunnah juga terkeluar dari Islam kerana tidak menghina atau mengkafirkan para Sahabat yang "bersekongkol" membunuh para Ahlul Bait Hassan dan Hussin di Karbala. Kafir mengkafir antara kedua belah firqah ini semakin sengit dari abad ke abad. Sebenarnya ada lagi satu golongan yang masih mendakwa diri mereka Islam tetapi tidak termasuk dalam dua firqah di atas iaitu kumpulan Khawarij. Ahli Sunnah juga sepakat bahawa Khawarij telah terkeluar dari Islam.

Sesetengah ulama' Islam tidak suka meletakkan nama "Firqah" keatas dua golongan ini namun ulama' Sunnah menyatakan bahawa yang menjadikan keduanya firqah (berpecah @ terpisah) ialah bukan sahaja fahaman malah kitab rujukan antara keduanya yang berbeza. Ahli Sunnah menggunakan Tafsir dan Rawi Hadith dari golongan Sunnah seperti An-Nawawi, Ar-Razi, Al-Bukhari, Muslim dll. Sedangkan Syi'ah pula tidak langsung menggunakan rujukan Ahli Sunnah kecuali rujukan mereka sendiri yang ulama' Sunnah tidak mengiktirafnya.

Malah dalam beberapa keadaan golongan Syi'ah sendiri tidak mengiktiraf Qur'an mushaf Uthmani kerana mereka berpendapat ada ayat Qur'an yang tidak dimasukkan (tercicir). Ini bermakna Qur'an mushaf Uthmani tidak lengkap yang lengkap kononnya ada pada tangan Syi'ah. Sebab itu bagi Ahli Sunnah dari manhaj Salafi, Syi'ah adalah firqah yang paling bahaya dan patut dimusnahkan. Malangnya tidak semudah itu kerana Syi'ah terlalu ramai malah negara-negara Arab majoriti Syi'ah telah mendapat pembelaan dari NWO (Freemason) seperti USA, Eropah dan Yahudi-Israel.

SYI'AH PALING MEMUSUHI SALAFIYYAH
Antara golongan Sunnah yang paling memusuhi dan bermati-matian memerangi Syi'ah ialah golongan Sunnah yang menggelarkan diri mereka SALAFI @ Salafiyyah yang sesetengah umat Islam menggelarnya WAHHABI. Kumpulan Salafi ini menggunakan pendekatan Syeikh Ibnu Taimiyyah yang disuburkan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang keras tanpa kompromi terutama kepada golongan Syi'ah.

Suburnya fahaman Sunnah Salafi di era moden ini bermula di Arab Saudi sebelum meletusnya perang dunia pertama lagi yang kemudian berdiri kukuh selepas perang dunia kedua. Kemarahan golongan Syi'ah ini bertambah parah setelah Makkah dan Madinah Al-Munawwarah jatuh ke tangan Salafi. Pusat haji dan umrah bukan berada di tangan Ahli Sunnah Tradisional lagi sebagaimana sebelum ini. Sunnah Tradisional bagi Syi'ah lebih baik berbanding Sunnah Salafi yang sangat keras dan "zalim" terhadap mereka ketika musim haji terutamanya.

Syi'ah di hari-hari berikutnya telah dihapuskan berdikit-dikit ketika berlangsungnya peperangan Taliban di Afghanistan sehingga ke Iraq ketika pemerintahan Saddam Hussein lagi. Ketika perang Iraq meletus beratus-ratus pejuang Sunnah Salafi menyusup masuk ke Iraq untuk menghapuskan puak Syi'ah yang majoritinya menjadi pendokong Amerika Syarikat memerangi Iraq. Serangan demi serangan Salafi di Iraq sehingga sekali serangan dapat meragut nyawa berpuluh malah beratus jiwa orang-orang Syi'ah. Menjadikan Syi'ah senantiasa dalam keadaan terancam. Dalam sesetengah keadaan golongan Sunnah Tradisional juga bersekongkol dengan Salafi untuk memusnahkan kekuatan majoriti Syi'ah di Iraq.

Hal ini menyebabkan Syi'ah mengambil tindakan balas dendam kepada Sunnah dengan membunuh dan merogol siapa sahaja yang mereka kenal sebagai Ahli Sunnah di Iraq. Tidak ada lagi pertimbangan agama yang ada adalah dendam kesumat. Tiada lagi kemanusiaan yang ada hanyalah sikap kebinatangan tanpa belas kasihan.


Dalam video sedih ini kita akan dapat dengar pemanggil menyeru para penganut manhaj "Ibnu Taimiyyah" untuk membantu dan menyebut mereka yang bernama Abu Bakar, Omar dan Uthman telah dibunuh di Iraq. Sungguh kasihan dan sedih sesama ummah bunuh-membunuh.


DEBAT ANTARA SUNNAH SALAFI Vs. SYI'AH RAFIDI
Di bawah ini terdapat dua video yang boleh menyebabkan penontonnya tergelak dan menangis. Tergelak kerana melihat telatah dua penceramah yang digelar ulama' berdebat dan memerangkap lawannya. Masing-masing dari firqah yang berbeza iaitu seorang dari golongan Sunnah bermanhaj Salafi dan satu lagi dari golongan Syi'ah Rafidi. Kedua-duanya menamakan diri sebagai Umat Islam, menyembah Allah SWT, meyakini Rasulullah SAW sebagai Nabi



Perbalahan sesama umat yang menggelarkan diri mereka Islam sekalipun berbeza Mazhab mahu pun Firqah telah menjadi bahan ketawa umat kafir lainnya. Ketika umat Kristian pelbagai sekte bergabung dan bersatu padu tanpa mengira Protestan atau Katolik, telah menjadikan mereka pemimpin di dunia moden hari ini, umat Islam pula bercakaran "bogel membogel" sesama mereka.

Hal ini pasti akan berlaku juga di Malaysia sekiranya sesama ahli politik Muslim berpecah belah, caci mencaci, dedah mendedah keaiban masing-masing kepada umum sehinggakan "hal-hal sex yang tidak senonoh" telah menjadi bahan senda gurau biasa. Kesian generasi muda Melayu dan umat Islam keseluruhannya di Malaysia sekiranya "Politik" semasa seperti ini berterusan tanpa henti. Kalau berterusan juga jangan-jangan keadaan ini adalah Bala dari Allah SWT untuk memusnahkan "kuasa" umat Melayu Islam di Malaysia?

Berita Gempar!! Malaysia Tidak Pernah Dijajah?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, September 12, 2011 0 ulasan



"Kita secara teknikal tidak pernah terjajah. APA YANG KITA LAKUKAN ADALAH SULTAN-SULTAN MEMUTUSKAN UNTUK MENJEMPUT BRITISH DATANG KE MARI DAN MENASIHATKAN MEREKA MENGENAI CARA MENTADBIR NEGERI. Dalam kata itu, kita tidak dijajah.." - Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Video di atas pertama kalinya penulis nampak di Facebook (Aku_Tausug) yang kemudian penulis buka komennya dalam Youtube.com sebenarnya begitu mengejutkan pelbagai pihak. Komen video kebanyakannya bernada negatif yakni marah dengan kenyataan profesor yang digelar sejarahwan itu. Generasi muda terutamanya begitu bingung bercampur marah apatah lagi dengan kenyataan beberapa tokoh tersohor seperti Tun Dr. Mahathir sendiri yang menafikan bahawa Negara Malaysia tidak pernah dijajah Inggeris.

Nampak keadaannya tidak selari dengan kenyataan Sejarah dalam buku-buku teks mereka di sekolah. Mungkin inilah yang dikatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi,
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berhubung kemungkinan sukatan pelajaran Sejarah peringkat sekolah akan dikaji semula selepas didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan terdapat percanggahan fakta mengenainya.

Mungkin, yang menjadi kemarahan para pelawat youtube.com tersebut berpunca dari kenyataan yang mereka anggap berbelit dari Prof. Dr. Zainal Kling bahawa Malaya tidak dijajah, ia hanya dijajah oleh Inggeris ketika penubuhan Malayan Union, Komunis dan Jepun. Sekejap tidak dijajah sekejap terjajah begitu memeningkan, menjadikan generasi muda memilih menentang kenyataan di atas sekali pun ia datang dari mulut pemimpin idola seperti Tun Dr. Mahathir dan Prof. Sejarah tersebut.



ADMINISTRATOR & PROCTORATE: Menjadi Hujah


Penulis berpandangan positif terhadap kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Dr. Zainal Kling di atas berdasarkan beberapa perkara. Hal ini sebenarnya telah penulis jangka akan berlaku ketika berjaya menyiapkan buku Tausug & Kesultanan Sulu pada tahun 2007 yang lalu. Sahabat penulis, Neldy Jolo pernah menyuarakan pandangannya setelah membaca sebanyak 4 kali buku Tausug & Kesultanan Sulu yang katanya,


"Sekiranya Tausug terbaca buku ini pasti mereka menyedari bahawa mereka tidak pernah berada dibawah jajahan Filipina apatah lagi Amerika dan Spanyol... saya pasti, Maguindanao kalau terbaca buku ini pasti mereka bangkit memperjuangkan Kesultanan Maguindanao pula yang juga tidak pernah terjajah sebagaimana Sulu..."

Penulis hanya mampu tersenyum dengan kenyataan saudara Neldy tersebut dan dalam lubuk hati penulis berkata "Sekiranya kandungan buku ini juga dianalisis oleh orang Melayu semenanjung Malaysia pasti akan menjadikan mereka berfikir bahawa mereka juga tidak terjajah". Hujahnya mudah iaitu Amerika Syarikat menggunakan kaedah Kolonialis Inggeris menundukkan Sulu dengan apa yang dipanggil sebagai Administrator & Proctorate (Tadbir & Naung). Dengan itu sejarahwan sepakat meletakkan Sulu terutamanya tidak pernah terjajah kerana tetap mempertahankan kemerdekaannya.

Tetapi, ada satu rahsia yang terdapat dalan buku Tausug & Kesultanan Sulu yang kalau mereka gagal memahaminya maka
"ucapan: Kami Tidak Pernah Terjajah" itu akan hanya menjadi momokan atau dijadikan bahan lelucon oleh generasi muda mereka sendiri. Mereka yang memiliki buku Tausug & Kesultanan Sulu kena membacanya berkali-kali untuk dapatkan "kefahaman" yang penulis maksudkan itu. Rahsianya ialah sistem masyarakat Sulu itu sendiri yang tidak meletakkan kuasa MUTLAK pemerintahan negara kepada Sultan semata-mata.

Hal ini ada hubungkait dengan budaya purba Raja-Raja dan para Datu (Kadatuan) sebelum kedatangan Islam ketika kaum Buranun dan Taguimaha (Taugimbah) menguasai Gunung dan Laut Kepulauan Sulu. Budaya Gubat (Jebat, i.e. menentang) terutama Buranun dan Taguimaha (Tausug) terhadap Raja atau Sultan yang mengenepikan keadilan kepada rakyat menjadi titik tolak mengapa dikatakan Sulu sehingga hari ini masih Mahardika' (Merdeka) tidak terjajah. Seperti kata pepatah Melayu "Raja Adil Raja disembah,
Raja zalim Raja disanggah"


RAHSIA DALAM ISTILAH MAHARDIKA'


Sebenarnya penulis menyatakan positif terhadap kenyataan Tun Dr. Mahathir dan Prof. Dr. Zainal Kling di atas adalah kerana berdasarkan ramalan penulis bahawa
"pasti suatu hari nanti ada ilmuan Melayu menyatakan Malaya tidak terjajah" setelah terbaca buku Tausug & Kesultanan Sulu. Kalau pun tidak membaca buku tersebut dan kenyataan dalam video di atas hanyalah kebetulan terkeluar menjadi isu setelah hangatnya "perdebatan politik dalam media" antara PAS dan UMNO, namun kenyataan bahawa Kolonial British tidak pernah menjajah Tanah Melayu (kecuali hanya pada waktu masa 1956-57 ketika penubuhan Malayan Union) ini bagi penulis hanyalah "usaha membuat pembedahan plastik terhadap bonjolan parut lama".

Parut yang membonjol itu perlu dibuang dengan pembedahan plastik agar ia tidak dilihat jelik oleh generasi muda, dengan harapan sekiranya mereka menyatakan "Kita tidak pernah dilukai oleh penjajah" para generasi muda akan percaya. Adakah ini yang dikatakan membetulkan sejarah negara? Kita tidak pernah dilukai atau dijajah? Bonjolan parut itu hanyalah satu misalan kepada kenyataan video di atas. Persoalannya apa perbezaan ketara antara sulu dan Tanah Melayu lantaran hanya Sulu dan Mindanao yang layak dinobat sebagai TIDAK TERJAJAH?


Hal ini perlu berbalik kepada pembacaan buku Tausug & Kesultanan Sulu sebagaimana yang diucapkan di atas pentas oleh Sasterawan Negara, Bapak A. Samad Said dalam bengkel Penulisan Penulis Muda anjuran PAKSI di Yan Kedah beberapa bulan yang lalu dengan katanya,

"Buku ini (Tausug & Kesultanan Sulu) perlu dibaca untuk mengetahui siapa mereka"

Sasterawan negara, A. Samad Said

Herry Nurdi seorang penulis terkenal Indonesia dan juga seorang wartawan yang juga turut hadir di bengkel tersebut atas jemputan khas PAKSI, sebenarnya secara tidak langsung telah menjawap saranan A. Samad Said dengan katanya,

"Sebagai seorang wartawan saya masuk ke dalam Mindanao meninjau sendiri kehidupan para pejuang MILF masuk hutan keluar hutan bersama mereka... tetapi setelah saya baca buku ini (Tausug & Kesultanan Sulu) menjadikan saya terkejut kerana selama ini saya tidak tahu sejarah sebenar perjuangan umat Islam di Selatan Filipina kecuali saya terbaca buku ini... maklumatnya sangat baik sekali"


Saudara Herry Nurdi adalah seorang penulis yang handal mengkaji gerakan Freemasonry. Beliau menulis beberapa buah buku tentang Freemason sedunia antaranya "Jejak Freemason & Zionis di Indonesia" sehingga beliau mendapat julukan Guru Pakar Freemason Indonesia.


Sulu telah menjadi contoh kemerdekaan sebenar yakni bukan sahaja pada negerinya yang dinamakan Sulu itu malahan rakyatnya yang sekarang sudah melimpah ke Malaysia dan Indonesia. Rakyat yang Merdeka kerana budaya dan adat resam mereka masih merdeka hatta bendera asal mereka sendiri adalah kesinambungan bendera Kesultanan tahun 1405 Masihi. Malah sistem Kesultanan Sulu yang awal (Syari'ah Law) adalah idaman mereka bukannya undang-undang penjajah. Mereka masih ditakuti walau pun sudah terikat kaki mereka oleh Filipina namun tangan mereka masih bebas melibas Barung dan Keris serta masih kuat menekan picu senapang M-16 kearah tentera Filipina yang cuba kuasai wilayah nenek moyang mereka.

Ketika Sultan sibuk menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat ketika dulu namun beribu-ribu rakyatnya menentang tanda "tiada ertinya Sultan tanpa restu rakyat jelata". Rakyat sanggup dibunuh atas nama KEMERDEKAAN di Bud Bagsak dan Bud Dahu'. Mereka pantang mendengar "Orang putih mahu pungut cukai kepada Tausug" kecuali mereka bangkit memenggal kepala musuh satu persatu.

Perang MORO 1972 meletus pun mereka masih membawa semangat KEMERDEKAAN walau pun sebahagian Sabahan memandang mereka sebagai anjing kurap yang menjadi pelarian ke Sabah namun mereka masih merasa bahawa Sabah adalah sebahagian dari JANTUNG nenek moyang mereka. Bangsa MERDEKA ini masih tersimpan baik di setiap pelusuk Sabah, Sarawak malah Semenanjung Malaysia hari ini. Merekalah yang menjadi RAHSIA MAHARDIKA'.

MEMAHAMI KEMERDEKAAN MALAYSIA


Penulis melihat, memahami Kemerdekaan sebenar Tanah Melayu ialah sama dengan memahami Hikayat Hang Tuah itu sendiri. Siapakah di kalangan umat Melayu yang memahami sejarah Hang Tuah? Siapa Hang Tuah, dari mana asalnya, dimana beliau dilahir dan dikebumikan? Sejarah Hang Tuah sejak tulisan Tun Sri lanang bertajuk Sulalatus salatin (Sejarah Melayu) itu tersebar namun sehingga hari ini Sejarah Hang Tuah yang benar masih menjadi misteri. Ucapan keramat Hang Tuah "Takkan Melayu hilang di dunia" semakin hari semakin dianggap MITOS kerana pengetahuan terhadap sosok bernama Hang Tuah itu sangat terbatas.


Kemungkinan untuk mengembalikan maruah bangsa ini Tun Dr. Mahathir dan para sejarahwan Melayu yang ikhlas telah mendapat kesedaran dengan mengubah slogan
"Takkan Melayu hilang di dunia" kepada "Takkan Melayu dijajah". Ini kerana sekiranya Melayu terjajah maka ucapan Hang Tuah "Takkan Melayu hilang di dunia" itu seolah-olah tidak membawa apa-apa makna lagi. Samada rakyat Malaysia mahu atau tidak, mereka mesti menerima "Malaya @ Tanah Melayu tidak pernah dijajah" sebagai jalan penyelesaian terakhir kepada "tekanan politik" yang semakin menghimpit Umat Melayu dewasa ini.

Himpitan "Politik" dari kaum-kaum lain yang tidak mahu "dilabel" pendatang luar yang dari hari ke sehari meningkatkan "kuasa ugutan" tidak mahu menyia-nyiakan undi mereka pada PRU ke-13 sebenarnya telah menakutkan pucuk pimpinan Melayu. Ketakutan ini semakin ketara dengan menteri Melayu yang cium keris pada perhimpunan pemuda pun terpaksa minta maaf kepada kaum lain yang enggan menerima adegan "mencium keris" tersebut. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, kini sesama Melayu telah berjaya mewujudkan budaya "ejek mengejek perlakuan sex tidak senonoh" sesama mereka menjadikan kaum-kaum lain ketawa berdekah-dekah.


Sebab itu penulis katakan, yang masih tinggal dan masih memantau dari kejauhan perlakuan sesama Melayu ini ialah orang-orang Sulu yang sekarang telah menjadi Majoriti di Negeri Sabah. Tanpa mengira mereka Suluk, Bajau, Kagayan, Iranun, Yakan dan lain-lain mereka inilah suara KEMERDEKAAN sebenar yang sekarang masih sedang mencekak pinggang di negeri Sabah. Ditambah lagi dengan sokongan Kadazan-Dusun yang beragama Islam, Sungei, Ida'an, Tidung dan Bugis menjadikan umat Melayu di Semenanjung Malaysia tidak bersendirian.


Tetapi mereka masih memantau siapakah pemimpin Melayu yang paling rakus memakan harta rakyat dan mengenepikan kaum-kaum Muslimin di negeri Sabah, dayus, ahli maksiat, judi dan sebagainya? Kaum Kadazan-Dusun yang baru masuk Islam majoriti mereka teraniaya tanpa pembelaan yang pasti akan membalasnya di PRU ke-13.
Permintaan para Mualaf Sabah agar dilantik Senator mewakili mereka sehingga hari ini tidak dihirau oleh kerajaan pusat.


Gambar tampan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang terpampang dalam akhbar Harian bertarikh 5 Sept. 2011 baru-baru ini. Datuk Abu Bakar berpendirian nekad dan tidak segan meggelar dirinya sebagai suku bangsa Suluk atau Tausug di mana-mana pun. Beliau lah satu-satunya yang sanggup merasmikan buku penulis iaitu Tausug dan Kesultanan Sulu di Tawau pada tahun 2007 dengan liputan akhbar tempatan Sabah dan TV1. Sken gambar ihsan ahli Facebook Khalifah Suluk.


MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

Impak kepada video di atas ialah golongan yang senantiasa menangguk di air yang keruh pasti berasa seolah
"mendapat bulan jatuh ke riba". Mereka akan menggunakan kenyataan Tun Dr. Mahathir dan Sejarahwan Dr. Zainal Kling sebagai bukti bahawa "Sabah juga adalah Merdeka tanpa terjajah oleh British" berdasarkan 20 perkara yang sudah termaktub lebih-lebih lagi masih dalam KEDAULATAN KESULTANAN SULU. Nasib baik kata mereka Kesultanan Sulu sudah musnah dan kalau ada pun sudah menjadi Filipino yang berada di bawah kelangkang Presiden Filipina.

Kita akan lihat kemudian mereka ini akan menyedari bahawa tanpa sokongan Tausug pastinya membawa Sabah keluar dari Malaysia hanya akan menjadi malapetaka buat mereka. Mereka tahu kelangsungan Negeri Sabah adalah disebabkan Tausug masih menguasai pasar-pasar yang menjadi pesaing sengit bagi peniaga-peniaga China. Di semua pekan dan bandar pasti ada sahaja Tausug yang walaupun dilihat kotor oleh sabahan yang membenci mereka kerana meniaga rokok ditepi-tepi jalan namun pemimpin Sabahan yang selama ini senantiasa mengkaji dan mencari peluang bagaimana membawa Sabah keluar dari Malaysia melihat Tausug sebagai senjata terakhir.


Kempen mereka akan datang ialah bagaimana MENJADIKAN TAUSUG sekutu mereka demi menghalalkan cara mereka untuk MERDEKA. Tausug! Bersediakah anda?

-----------------------------------------------------------------

NOTA:
Alhamdulillah, sekarang sedang rancak di laman Facebook gerakan Kaum Maguindanao untuk mewujudkan kembali Kesultana Maguindanao. Mereka juga mahu semua suku kaum di Mindanao (tidak termasuk Sulu) untuk bergabung sebagai satu bangsa "Maguindanao" sekali pun mereka dari suku kaum Iranun, Maranao dan lain-lain. Inilah hasil dari penyerahan buku versi Inggeris "Tausug & the Sulu sulatante" kepada wakil atau deligasi MILF pada tahun 2oo9 yang lalu di Putrajaya. Mungkin setelah mereka membaca buku tersebut dan melihat kejayaan perarakan secara aman tausug di Jolo tanpa kekacauan maka mereka pun bertindak mengikut jejak Tausug. Selamat BERJUANG kepada saudara-saudara kita dari Kesultanan Maguindanao. Allahu Akbar!!

Buku Tausug & Kesultanan Sulu juga telah penulis hadiahkan kepada beberapa wakil Pattani dan Aceh ketika Ijtima' Haraki ABIM baru-baru ini di Bangi-Kajang. Peringkat awal ketika penulis cuba meyakinkan wakil Pattani untuk mengubah taktik perjuangan kepada Kesultanan Pattani beliau tampak marah dan tidak berpuas hati sambil berkata,

"Tidak mungkin kami mengubah perjuangan kepada Kesultanan Pattani. Kamu tidak tahu... Kesultanan Pattani lah yang jual wilayah kami kepada Bangkok ketika dulu. Kami tidak mahu dengar Kesultanan Pattani disebut...."

Penulis hanya tersenyum dan hanya mengangguk kepadanya dan demikian juga dengan wakil Aceh. Mereka juga tidak mahu dikaitkan dengan perjuangan menegakkan semula Kesultanan Aceh kerana Sultan Acehlah yang menjual negara katanya. Penulis hanya melebarkan senyuman dan mengangguk-angguk saja sambil mengatakan kepada mereka bahawa AKHIR ZAMAN ialah kembalinya daulah KHILAFAH. Satu-satunya cara ialah menegakkan daulah yang lebih hampir dengannya iaitu KESULTANAN kerana itulah Nusantara ketika dulu gemilang sebelum kedatangan Kolonialis kufar yang sebenarnya telah BERJAYA MENJAJAH DENGAN SISTEM RESIDEN mereka.

KENYATAANNYA: British sangat menghormati Tausug dan Kesultanan Sulu sehingga menjadi satu-satunya KESULTANAN yang kekal dalam rekod "Wilayahnya yang diminta oleh British untuk dipajak (disewa)" berbanding kesultanan yang lain dibawah seliaan langsung oleh Residen British (wakil langsung dari Queen of England).