Video Mengajak Tausug bersatu berjihad atas nama Fisabilillah & penjelasan Bahasa
Video ini sebenarnya amat melucukan. Watak utama memohon kepada saudaranya untuk mengalih bahasakan ucapannya dalam bahasa Sulug (Sug) kepada Bahasa Siyamal @ Sinama (Bahasa Orang Laut). Sebenarnya bahasa Sug dengan bahasa Orang Laut (Siyamal) tiada beza, yang membezakannya hanyalah dialek. Sebenarnya sehingga hari ini, Tausug biasanya menjadi batu api kepada pemberontakan. Budaya cabar mencabar adalah biasa dan menyahut cabaran adalah "kemuliaan".
Sekarang cuba lihat video link di bawah ini. Anda akan dapat lihat bagaimana "kekejaman Tausug" yang digelar Abu Sayyaf oleh Manila ini sebenarnya adalah "program" musuh-musuh Islam yang hanya mahu melihat Sulu dipandang "Merbahaya" tidak boleh dimasuki orang luar. Walau pun Tausug terkenal sebagai "pemburu manusia untuk dijual" ketika dulu tetapi perkembangan terkini di Sulu yang memperlihatkan kekejaman Tausug sebenarnya begitu menghairankan. Tausug hanya dituduh KEJAM tapi tidak pernah ditanya kenapa mereka menjadi KEJAM?
http://www.youtube.com/watch?v=c1kcjqNO6DA&feature=related
Dr Adrian B. Lapian dalam bukunya "Orang Laut, Bajak Laut, Raja Laut" telah mempersoalkan niat sebenar para kolonialis kafir yang kuasai Asia Tenggara ketika dulu yang berpakat-pakat menggelar Tausug sebagai "Perompak Laut", pencolek, pembunuh dan suka memperhambakan bangsa lain, tanpa bertanya "mengapa Tausug melakukan demikian?". Sudah tentu kerana tradisi dagang atau kebebasan Tausug sudah terhalang yang mereka anggap sebagai hak mereka. Tetapi hari ini mengapa "walau pun dituduh kejam" mereka masih tidak dilayan malah Filipina berusaha menghalang bantuan masuk ke Sulu dengan alasan "Tausug merbahaya, nanti kena colek". Ini perancangan kufar... namun kita yakin perancangan-Nya lebih baik. Pastinya Allah swt menyediakan sesuatu kepada Tausug untuk akhir zaman yang pasti masanya semakin hampir.
PENYATUAN SULUK & MALAYU DALAM LIPATAN SEJARAH SRIVIJAYA
Selesai menonton video di atas kita akan dapat bayangkan betapa kebijaksanaan Srivijaya yang datang dari kepulauan Sulu membawa bala tentera laut seramai 20,000 itu berjaya menambat hati orang Malayu kerana menggunakan bahasa Melayu ketika berurusan dengan rakyat tempatan walau pun Srivijaya mempunyai bahasa sendiri (Bahasa Solok).
Buktinya nama ketua tentera Srivijaya ialah Dapunta Hyang Srijayanaga. Dapunta Hyang adalah gelaran tertinggi ketika itu dalam bahasa Solok klasik. "Dapunta" (Apo'ta, maksudnya Orang yang tertua dari kita, dengan kata lain Pemimpin Utama), "Hyang" (Hayang, berasal dari nama TUHAN Maha Pemberi Kesenangan) hari ini Hayang dalam bahasa kepulauan Sulu bermaksud "bersenang lenang @ tempat lapang yang baik untuk beristirehat". (Sumba-ha-HYANG @ Sembahyang, bermaksud Menyembah Tuhan). Terdapat kata "Ha" sebagai kata suruhan.
Mereka (Srivijaya) datang bukan untuk menakluk tetapi hanya sebagai penjaga laut dagang dari Eropah-Arab-India ke China. Bagi mereka Silot @ Selat Malaka perlu dikuasai terutama bagi pedagang yang mengambil jalan pintas menuju ke Funan (Phnom) kemudian ke Champa seterusnya ke China, yang sebenarnya mereka terlepas dari pengutipan cukai di laut Sulu.
Srivijaya meletak pangkalan utamanya di tempat-tempat strategik seperti Aceh & Pariaman-Padang (Sumatera Barat), Jambi-Palembang, Tumasik-Pahang & Dungun (Terengganu).
Jolo @ Holo @ Hulu, membawa maksud PENGHULU. Dalam bahasa Bugis, Jolo-Jolo bermaksud "yang terdahulu". Hulu dalam bahasa Melayu mebawa maksud "tempat awal atau permulaan" juga membawa maksud "Pemimpin". Orang-orang Aceh sehingga hari ini menghormati nama "Sulu @ Solo" yang pasti pernah menjadi sahabat mereka berganding bahu memerangi Portugis Melaka dan Belanda ketika dulu. Dalam bahasa Aceh "Sulu" bermaksud "yang lurus, berbudi, baik hati". Kemungkinan disebabkan tanda terima kasih orang-orang Aceh (yang biasanya berketurunan Champa) kepada orang-orang Sulu yang membawa mereka ke Aceh. Hari ini menjadi kehairanan kepada ahli sejarah dan linguistik mengapa bangsa Aceh satu-satunya bangsa di Sumatera utara yang bertutur bahasa Cham.
Hari ini kekuatan Solok tinggal menjadi kenangan. Solok hanya mampu meninggalkan nama sahaja di beberapa tempat di Tanah Melayu dan Sumatera tetapi bahasa Kepulauannya sudah hilang. Walau bagaimana pun sebahagian bahasanya telah terserap ke Bahasa Melayu seperti,
- BERAPA dalam Bahasa Melayu berasal dari "Bira-pha" (Berapa lagi?) Solok memisahkan Bira (How much?) dan Pha (Next = lagi), sekarang Solok hanya menyebut Pila-pa. Bahasa Bugis sama dengan bahasa Solok menyebut Bira (How much?) manakala Tagalog menyebut "Pira @ Pera" untuk wang @ duit.
- SIAPA "Siyu-pha" (Siyu=Who, Pha=next @ lagi).
- TEMENGGUNG dari bahasa Solok, "TUMANGGUNG" bermaksud "Yang Memikul @ yang menanggung". "Tu" adalah imbuhan untuk kata kerja, contoh, "Tu-muppak" (menepuk), "Tu-manam" (Bersedia), "Tu-mapuk" (menyorok), "Tu-mumpalak" (menempelak), dll. Ia adalah satu jawatan Ketua Keselamatan dalam negeri.
- TEMBAGA, dari bahasa Solok, "Tu-baga" juga disebut "Tumbaga" bermaksud "kemerahan seperti bara api" (Bara=baga). Menurut sejarah, orang kepulauan Sulu lah yang menemui logam tembaga yang kemudian mereka bawa dengan kapal dagang sampai ke Amerika dan Eropah sehingga muncul "Zaman Gangsa" (Bronze age). Kepulauan Sulu pakar melebur logam sejak zaman purba mencampurkan tembaga dengan timah menjadi Gangsa. Menurut catatan Portugis, Orang Lucoes (Solok) menjual emas di Malaka dengan kualiti rendah kerana mungkin mencampurkan tembaga dengan emas.
- NAKHODA dari bahasa Solok, "NAG-KUDA" bermaksud "Yang menaiki Kuda" kerana di kepulauan Sulu para pemimpin bangsawan biasanya sentiasa menaiki kuda. Solok walaupun biasa di laut tapi handal menaiki kuda (Sebab itu sejarahwan barat menggelar Tausug sebagai PAHLAWAN AMFIBIA). Kemudian disebut Nakura' sahaja oleh orang-orang Laut.
- LAKSAMANA dari bahasa Solok, "Laksu-muna" (Laksu=lompat, Muna=dahulu) bermaksud "Yang melompat lebih dahulu" kerana sekiranya ada musuh di laut Laksamana biasanya akan terjun lebih dahulu membawa tentera lautnya melawan musuh sebelum musuh sempat sampai ke darat. Oleh kerana jawatan "Laksumuna" ini biasa dengan gerak cepat maka beliau senantiasa dijadikan sebagai "penghantar berita" atau utusan diplomatik ke mana-mana negeri oleh Sultan.
- JURAGAN, dari bahasa Solok, "Jau-dagan" (Jau=juru, Dagan=lari) bermaksud "seseorang yang pakar kendalikan perjalanan kapal @ larian kapal". Sebagai contoh "Jau-laka" @ Jahulaka' (Jau=juru, Laka=tak senonoh) bermaksud "seseorang yang biasa melakukan perkara nakal".
- LIANG-LAHAT, berasal dari bahasa Solok, "Liang -Lahad" (Liang=ruang, Lahad=negeri) bermaksud ruang tempat bersemadi. Lahad @ Lahat sebenarnya hanya disebut oleh Orang Laut (Badjao) sahaja contohnya Lahad Datu bermaksud Negeri para Datu.
- Dan banyak lagi...
Macamana pun keadaannya bangsa Kepulauan berasal dari anak-anak Bani Madai bin Yafits bin Noh a.s. berkongsi darah dan keturunan sehingga ke nabi Adam a.s. Maka sudah pasti suatu hari nanti, tidak mustahil Suluk-Melayu bersatu semula menghadapi DAJJAL yang membawa umpan DEMOKRASI ini untuk dihancurkan. PASTI!!
|