PEPERANGAN ADALAH SATU PESTA BAGI TAUSUG?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, September 8, 2011 5 ulasan


Mujahidin Tausug sebenarnya tidak sedar mengapa mereka masih diletak oleh Allah swt kekal berperang dan gagal ditewaskan oleh musuh mereka. Adalah kerana JANJI TUHAN bahawa merekalah yang akan memimpin peperangan AKHIR ZAMAN dari sebelah timur. Masanya semakin hampir!! Betulkah?


Penulis pernah bertanya kepada seorang tua mengapa Tausug tidak berlutut kepada kafir untuk mendapat KEMERDEKAAN sebagaimana yang dilakukan oleh Melayu Indonesia dan Malaysia? Jawapannya ringkas

"Tausug sangat suka berperang dengan kafir. Kalau tak ada kafir maka Tausug akan berperang sesama sendiri..."

Bagi yang tidak yakin dengan jawapan orang tua seperti ini mereka biasanya akan datang sendiri ke Jolo, Sulu untuk melihat kebenarannya dengan mata kepala sendiri. Keraguan seperti ini turut melanda penulis sebab itu pada bulan November 2010 yang lepas penulis berkesempatan menemuramah seorang Mujahidin (anak buah Ustaz Habier Malik) ketika penulis menghadiri Deklarasi Kemerdekaan Kesultanan Sulu Darul Islam.

"Sebenarnya kami seperti berpesta sekiranya ada rejimen tentera Filipina datang menyerang kami di atas pergunungan Jolo... Sekiranya kami (dari kumpulan Ustaz Habier Malik) ingin diserang, kumpulan Abu Sayyaf dan kumpulan-kumpulan kecil lain akan datang bergabung dengan kami tanpa diminta" Ujar Mujahidin tersebut sambil mengusap janggutnya yang lebat.

Beliau menyambung lagi "Demikian kalau Abu Sayyaf yang diserang, kami dari kumpulan MNLF akan datang membantu..." Penulis bertanya mengapa pula begitu? Beliau menjawab ringkas "Kerana sesiapa yang berjaya membunuh seorang tentera Filipina maka senapang M-16 adalah milik si pembunuhnya... maka kalau saya dapat bunuh 5 tentera Filipina maka 5 laras M-16 adalah milik saya... kemudian setelah selesai perang kami akan jual setiap satu M-16 kepada orang-orang Jolo dengan harga +- RM3500. Cara kami mencari makan untuk keluarga"

Kesian bangsaku Tausug, bagaimana kalau diri sendiri mati tertembak? "Allahu akbar... tanam sajalah sebagai Syuhada', hehe.." jawapnya sambil tersengih....
  1. "Tausug sangat suka berperang dengan kafir. Kalau tak ada kafir maka Tausug akan berperang sesama sendiri..."

    kesimpulan:
    Bangsa tausug sentiasa berperang...

    Bangsa yang tidak di alu-alukan di mana-mana. Kenyataan yang memalukan bangsa tausug sendiri...

    Kerajaan di tubuhkan untuk keamanan. Orang kehadapan kamu ke belakang... Tidak hairanlah jika negara kamu perdagangkan seperti mana Sandakan dahulu.. puiii....

    Kirim salam sama nur misuari... sama asreemoro.com yang lama sudah pupus...

  1. sy bajau kb..dn sy akui kami dahulu dikenali bajau balangingi dalam rumpun tausug..bukti yg nyata parang barong dan bngsa bajau kb dikenali satu2nya bangsa yg mahir menunggang kuda dgn senjata smpai digelar 'koboi',..dn sy hampir pasti bangsa tausug inilah yg memimpin perang akhir zaman dri sebelah timur,identiti(jati diri) kita xpernah lentur dari dlu sampai bila2...bg bangsa2 yg buta sejarah dan malas mengkaji pasti xdpt melihat sesuatu yg ada pada bangsa tausug.dri dahulu smpai skrng kita msh berperang melawan system yg dibuat oleh kafir2 ini...sanggupkah kamu aman dalam alam buatan kafir dajjal??

  1. Hahahahaha mungkin tausug suda d takdirkan untuk berperang bila d larang untuk berperang dia akan berkata suatu hari nanti kita pasti akan mati mati itu pasti dan kiamat itu adalah hari kermardiakann seluru umat islam buat apa mhu takit mati

  1. inin semua perbuatan yg keji dan hina di sisi tuhan...tahukah kamu ini bermakna agama kamu seperti meraikan peperangan dan darah.. lihat saja Tuhan Yesus ,,Dia tidak membunuh dan memukul malah Dia sendiri yg dipukul, di hina, dicerca diseksa dgn membawa salib sendiri ke atas bukit dan akhirnya mati di atas salib itu sendiri..kerana apa?? kerana cintakasih nya terhadap manusia dan ingin menebus dosa manusia...Yesus tidak menganjurkan perang malah dia sendiri memaafkan musuh dan membawa kedamaian dlm hati. dan ditegaskan org kafir adalah org yg tiada agama bukannya org Kristian. org Kristian adalah umat Yesus yg juga mengganggp org yg tiada agama adalah kafir. cuba renungkan Yesus tiada mempunyai pedang, M 16, pisau, parang malah ranting kayu utk mempertahankan dirinya, tetapi dia mampu membuat mukjizat2 terhadap umatnya yg percaya dan tidak percaya kpd NYa. ssya katakan kalian semua masih rendah IQ dan pengetahuan tentang agama sendiri dan agama org lain. apa yg kalian tahu cuma jihad, bunuh atau dibunuh. adakah ini mendatangkan kedamaian di dunia? renungkan saudara...kembalilah kepada YEsus,,kerna hanya dia yg dpat menyelamatkan kita umat manusia daripada dosa dan hidup dlm cintakasih. renungkan..

  1. Jearry Joseph, tak ingatkah kamu tentang 'Spanish Inquisition' di mana ramai penganut Islam dan Yahudi dibunuh atas nama Kristian?

    Dan juga di Afrika 'Army of God' kumpulan fundamentalis Kristian membunuh orang-orang biasa dan memotong anggota badan mereka seperti payu dara, lidah, mata dan kemaluan kerana mereka dakwa dapat wahyu dari Yesus?

    Sebenarnya keganasan tidak mengira agama dan etnik. Amatlah salah bagi mendakwa bahawa pengikut satu agama akan berperangai sebegitu sebegini kerana segelintir penganutnya.

    Sester

    Malaysia

Post a Comment