GELAK KETAWA & TANGISAN HASIL PERMUSUHAN DUA FIRQAH

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, September 13, 2011 0 ulasan

PENDAHULUAN:
Di dunia Islam dari dulu sehingga sekarang telah muncul bermacam-macam kumpulan yang menamakan kelompok mereka sebagai "PEMBELA @ PEMURNI FAHAMAN ISLAM". Ia bukan sahaja berlaku setelah 300 tahun kewafatan Baginda Rasulullah SAW malah ketika Khalifah Ar-Rasyidun yang pertama mula memerintah iaitu Sayyidina Abu Bakar r.a. telah muncul golongan yang enggan membayar zakat dan mendakwa diri sebagai nabi palsu. Sayyidina Abu Bakar r.a. berjaya memerangi mereka namun kumpulan-kumpulan yang mendakwa sebagai pembaharu ini tidak putus-putus bermunculan disepanjang sejarah Khulafa Ar-Rasyidin sehingga selepas 300 tahun kewafatan Rasulullah SAW.

Di kalangan kelompok yang melabelkan kumpulan mereka sebagai "Pembaharu mahu pun Pemurni Islam" ini telah diokategorikan dalam dua kategori oleh para pencatat sejarah di zaman mereka, iaitu samada BENAR atau SESAT. Hal ini sebenarnya telah pun diisyaratkan lebih awal oleh Rasulullah SAW dalam Hadith Sahihnya yang menyatakan bahawa akan muncul 73 firqah dari kalangan umatnya di kemudian nanti dan yang selamat hanyalah satu golongan sahaja iaitu Ahli Sunnah Waljamah manakala yang lainnya masuk Neraka. Yakni Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah mereka yang mengikut Sunnahnya dan menurut kesepakatan para sahabatnya Radhiallahu'anhuma. Kerana umatnya tidak akan bersepakat di atas perkara buruk sebab itu IJMA' atau kesepakatan umatnya adalah kebaikan.

FIRQAH SUNNAH DAN SYI'AH
Antara kumpulan Islam yang terkenal dewasa ini ialah Ahli Sunnah (i.e. yang membela kesemua sahabat r.a.) dan Syi'ah (i.e yang memihak kepada Sayyidina Ali r.a. dan mencaci sebahagian sahabat r.a.) secara berlebihan. Di dalam Ahli Sunnah sendiri terbahagi dua secara manhaj iaitu Sunnah Tradisional (Khalaf) dan Sunnah Salafi (Salaf, yang menurut kaedah Syeikh Ibnu Taimiyyah). Manakala Syi'ah sendiri telah berpecah dalam banyak kelompok menurut Imam-imam kepercayaan mereka. Ada Syi'ah Imam 12, Ismailiyyah, Rafidhiyyah, dan berpuluh lagi pecahan. Ada antara mereka yang dinamakan Syi'ah Ghulat yang melampaui batas mendakwa Allah swt tersalah kirim Wahyu. Sepatutnya bagi mereka wahyu diturunkan kepada Sayyidina Ali r.a. bukan kepada Nabi Muhammad SAW.

Ulama' Sunnah sepakat bahawa Syi'ah tidak tergolong dalam istilah Islam melainkan mereka terkeluar darinya atas beberapa sebab. Ulama' Syi'ah pula sepakat bahawa golongan Sunnah juga terkeluar dari Islam kerana tidak menghina atau mengkafirkan para Sahabat yang "bersekongkol" membunuh para Ahlul Bait Hassan dan Hussin di Karbala. Kafir mengkafir antara kedua belah firqah ini semakin sengit dari abad ke abad. Sebenarnya ada lagi satu golongan yang masih mendakwa diri mereka Islam tetapi tidak termasuk dalam dua firqah di atas iaitu kumpulan Khawarij. Ahli Sunnah juga sepakat bahawa Khawarij telah terkeluar dari Islam.

Sesetengah ulama' Islam tidak suka meletakkan nama "Firqah" keatas dua golongan ini namun ulama' Sunnah menyatakan bahawa yang menjadikan keduanya firqah (berpecah @ terpisah) ialah bukan sahaja fahaman malah kitab rujukan antara keduanya yang berbeza. Ahli Sunnah menggunakan Tafsir dan Rawi Hadith dari golongan Sunnah seperti An-Nawawi, Ar-Razi, Al-Bukhari, Muslim dll. Sedangkan Syi'ah pula tidak langsung menggunakan rujukan Ahli Sunnah kecuali rujukan mereka sendiri yang ulama' Sunnah tidak mengiktirafnya.

Malah dalam beberapa keadaan golongan Syi'ah sendiri tidak mengiktiraf Qur'an mushaf Uthmani kerana mereka berpendapat ada ayat Qur'an yang tidak dimasukkan (tercicir). Ini bermakna Qur'an mushaf Uthmani tidak lengkap yang lengkap kononnya ada pada tangan Syi'ah. Sebab itu bagi Ahli Sunnah dari manhaj Salafi, Syi'ah adalah firqah yang paling bahaya dan patut dimusnahkan. Malangnya tidak semudah itu kerana Syi'ah terlalu ramai malah negara-negara Arab majoriti Syi'ah telah mendapat pembelaan dari NWO (Freemason) seperti USA, Eropah dan Yahudi-Israel.

SYI'AH PALING MEMUSUHI SALAFIYYAH
Antara golongan Sunnah yang paling memusuhi dan bermati-matian memerangi Syi'ah ialah golongan Sunnah yang menggelarkan diri mereka SALAFI @ Salafiyyah yang sesetengah umat Islam menggelarnya WAHHABI. Kumpulan Salafi ini menggunakan pendekatan Syeikh Ibnu Taimiyyah yang disuburkan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang keras tanpa kompromi terutama kepada golongan Syi'ah.

Suburnya fahaman Sunnah Salafi di era moden ini bermula di Arab Saudi sebelum meletusnya perang dunia pertama lagi yang kemudian berdiri kukuh selepas perang dunia kedua. Kemarahan golongan Syi'ah ini bertambah parah setelah Makkah dan Madinah Al-Munawwarah jatuh ke tangan Salafi. Pusat haji dan umrah bukan berada di tangan Ahli Sunnah Tradisional lagi sebagaimana sebelum ini. Sunnah Tradisional bagi Syi'ah lebih baik berbanding Sunnah Salafi yang sangat keras dan "zalim" terhadap mereka ketika musim haji terutamanya.

Syi'ah di hari-hari berikutnya telah dihapuskan berdikit-dikit ketika berlangsungnya peperangan Taliban di Afghanistan sehingga ke Iraq ketika pemerintahan Saddam Hussein lagi. Ketika perang Iraq meletus beratus-ratus pejuang Sunnah Salafi menyusup masuk ke Iraq untuk menghapuskan puak Syi'ah yang majoritinya menjadi pendokong Amerika Syarikat memerangi Iraq. Serangan demi serangan Salafi di Iraq sehingga sekali serangan dapat meragut nyawa berpuluh malah beratus jiwa orang-orang Syi'ah. Menjadikan Syi'ah senantiasa dalam keadaan terancam. Dalam sesetengah keadaan golongan Sunnah Tradisional juga bersekongkol dengan Salafi untuk memusnahkan kekuatan majoriti Syi'ah di Iraq.

Hal ini menyebabkan Syi'ah mengambil tindakan balas dendam kepada Sunnah dengan membunuh dan merogol siapa sahaja yang mereka kenal sebagai Ahli Sunnah di Iraq. Tidak ada lagi pertimbangan agama yang ada adalah dendam kesumat. Tiada lagi kemanusiaan yang ada hanyalah sikap kebinatangan tanpa belas kasihan.


Dalam video sedih ini kita akan dapat dengar pemanggil menyeru para penganut manhaj "Ibnu Taimiyyah" untuk membantu dan menyebut mereka yang bernama Abu Bakar, Omar dan Uthman telah dibunuh di Iraq. Sungguh kasihan dan sedih sesama ummah bunuh-membunuh.


DEBAT ANTARA SUNNAH SALAFI Vs. SYI'AH RAFIDI
Di bawah ini terdapat dua video yang boleh menyebabkan penontonnya tergelak dan menangis. Tergelak kerana melihat telatah dua penceramah yang digelar ulama' berdebat dan memerangkap lawannya. Masing-masing dari firqah yang berbeza iaitu seorang dari golongan Sunnah bermanhaj Salafi dan satu lagi dari golongan Syi'ah Rafidi. Kedua-duanya menamakan diri sebagai Umat Islam, menyembah Allah SWT, meyakini Rasulullah SAW sebagai Nabi



Perbalahan sesama umat yang menggelarkan diri mereka Islam sekalipun berbeza Mazhab mahu pun Firqah telah menjadi bahan ketawa umat kafir lainnya. Ketika umat Kristian pelbagai sekte bergabung dan bersatu padu tanpa mengira Protestan atau Katolik, telah menjadikan mereka pemimpin di dunia moden hari ini, umat Islam pula bercakaran "bogel membogel" sesama mereka.

Hal ini pasti akan berlaku juga di Malaysia sekiranya sesama ahli politik Muslim berpecah belah, caci mencaci, dedah mendedah keaiban masing-masing kepada umum sehinggakan "hal-hal sex yang tidak senonoh" telah menjadi bahan senda gurau biasa. Kesian generasi muda Melayu dan umat Islam keseluruhannya di Malaysia sekiranya "Politik" semasa seperti ini berterusan tanpa henti. Kalau berterusan juga jangan-jangan keadaan ini adalah Bala dari Allah SWT untuk memusnahkan "kuasa" umat Melayu Islam di Malaysia?

Post a Comment