AYUH!! SAMA-SAMA MENGHADIRI SIMPOSIUM SULUK II
Diharapkan para blogger pejuang-pejuang dan pengkaji Sejarah Melayu, Suluk, China, dll agar turut sama-sama menghadiri memeriahkan simposium. Diharapkan simposium ini dapat mengembalikan kekuatan kesatuan Islam "Rumpun Melayu" di Nusantara seterusnya dapat menggegarkan Dunia. Ameeeenn!!.
Buat julung kalinya, simposium Keagungan Sejarah SULUK II ini akan berkumandang lagi di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mendedah dan merungkai sejarah umat Nusantara di sebelah timur tidaklah begitu mudah untuk dipersembahkan kepada khalayak lebih-lebih lagi dalam Universiti berprestij seperti ini.
Penulis menyedari, bahawa di Malaysia hari ini terutama di Sabah sendiri begitu TAKUT apabila mendengar nama SULUK disebut di mana-mana pun. Nama Suluk seperti satu nama dari filem-filem seram di negeri Sabah. Yang lebih pelik ada sebahagian dikalangan orang-orang Bajau di Semporna sendiri tidak senang bila mengetahui mereka sedang berurusan dengan Suluk. Tanpa menyedari mereka adalah sebahagian dari suku kaum Sulu juga.
Demikian dikalangan bangsa Kadazan-Dusun yang senantiasa menerima berita dari pihak ketiga bahawa Suluk datang sebagai perampas negeri Sabah. Kalau tidak pun sebagai perampas PELUANG perniagaan, pekerjaan, menambah setinggan dan jenayah serta menjadi HAMBATAN POLITIK mereka di Negeri Sabah. Pihak ketiga ini (para pendakyah Salib) sendiri maklum, sekiranya Kadazan-Dusun ini tahu bahawa mereka juga adalah sebahagian dari Suluk sudah tentu Kadazan-Dusun akan berbondong-bondong masuk Islam untuk sama-sama berbangga sebagai saudara Suluk. Pendakyah ini bimbang, ajaran Kristus mereka akan berkubur.
Sebagai contoh Kadazan-Dusun tidak menyedari bahawa Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan yang menjadi pemimpin mereka itu adalah anak cucu Datu Paduka Syarif Muhammad Salleh (Mat Salleh). Kalau lah sahaja Datuk Pairin ini beragama Islam atau esok lusa menganut Islam, ia pasti akan mengubah suasana politik Sabah. Datuk Pairing pasti akan bergabung dengan anak-cucu Tun Datu Mustapha pula untuk sama-sama menerajui kepimpinan Sabah. PASTINYA SULUK-BAJAU-dan kaum-kaum lain akan mengangkat mereka sebagai NAKURA' (Nakhoda) dan keturunan mereka buat selama-lamanya.
Kadazan-Dusun tidak menyedari pakaian Kadazan yang dipakai oleh Datuk Joseph Pairin sebenarnya adalah pakaian Suluk. Dengan Pis Siabit (tenggolok) yang berwarna-warni dan baju bangsawan Suluk itu menjadi satu rahsia (Alter-alter terahsia Kadazan? :). Nampaknya yang lebih tahu hal ini ialah Tun Fuad Stephen kerana zaman beliaulah melonjak nama dan busana Kadazan)
Hari ini, umat Suluk negeri Sabah menarik nafas lega. Sudah ramai pemimpin politik Suluk berani mengaku keturunan mereka sebagai Suluk yang sebelum ini, kalau pun mereka tidak nafikan sekurang-kurangnya berkata "Err... Suluk?... tak.. sebenarnya aku adalah sikit-sikit campur darah Suluk" kerana takut dicap sebagai "Orang Filipin".
Kami dari Tausug Global Media (TGM) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia dan penganjur simposium serta kesudian TYT untuk merasmikannya. Sejuk hati kita bila melihat TYT dengan pakaian rasmi bersama isteri bertudung. Sama dengan DYMM Sultan Mizan dengan sultanahnya yang memakai tudung litup menjadikan rakyat bertambah semangat untuk sama-sama "menegakkan Islam" dalam diri dan keluarga, seterusnya ke peringkat global.
|