BHG 2: BANGSA EROPAH BERASAL DARI KEPULAUAN SULU?
PERHATIAN:
Sebelum paparan kajian asas ini dilanjutkan, kami perlu menjelaskan bahawa data-data yang kami ambil sebahagiannya dari sumber-sumber Israeliyyat (dari kitab & catatan Bani Israel Yahudi/Kristian), Orientalis, Arkeologis, Antropologis dan lain-lain cabang ilmu mereka untuk menguatkan hujah.
Tunjang kepada kajian ini ialah KEBENARAN Islam berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah iaitu meletakkan PENCIPTAAN Adam a.s. sebagai asal-usul manusia. Antara tujuan kajian ini ialah,
- Menyedarkan umat Islam terutama suku-suku bangsa Sulug @ Suluk @ Tausug di kepulauan Sulu tentang asal-usul permulaan bangsa mereka.
- Dengan demikian mereka dapat melihat bahawa hanya dengan Islam mereka dapat disatukan dan dengan Islam sahaja mereka hidup dan mati.
- Dapat memperlihatkan kebenaran Adam a.s. adalah manusia Moden Terawal dalam masa yang sama membuktikan kesilapan dan kekufuran fahaman Darwinisme yang mendakwa Manusia berasal dari beruk yang berivolusi menjadi manusia moden seperti hari ini.
- Hasil kajian ini setelah siap (disemak) akan dipersembahkan kepada PBMM Sultan Bantilan Mu'izzuddin II dan akan dijadikan selibus dalam mata pelajaran sejarah di sekolah-sekolah kepulauan Sulu, InsyaAllah.
- Ia juga adalah untuk memperbetulkan kajian kami yang lepas "Kepulauan Sulu Sebelum Muncul Nama Philippines" yang kami dapati masih perlu banyak pembetulan samada dibuang sebahagian atau pun ditambah berdasarkan penemuan terbaru.
PERSOALAN, Bukankah kajian yang mengambil bahan-bahan dari sumber "Kafir @ Mulhid" (dari ahli kitab) adalah dilarang oleh Rasulullah SAW? Nabi saw pernah melarang Sayyidina Umar al-Khattab r.a. memetik ayat-ayat ahli kitab, lalu Baginda saw bertanya, "Apakah kamu masih ragu terhadap Islam?".
PERSOALAN:
- Dalam sebuah buku karya pakar sejarah dari University Al-Azhar, Amin Muhammad Jamaluddin, melalui bukunya Umur Umat Islam, Kedatangan Imam Mahdi dan Munculnya Dajjal pada halaman xvii beliau ada menyatakan hujahnya mengenai isu ini apabila ada soalan ditanyakan "kita tidak boleh mendengarkan, berdalih dan membicarakan perkataan-perkataan ahli kitab".
JAWAPAN:
- Amin Muhammad Jamaluddin menjawab dengan memetik kenyataan Ibn Hajar r.a. iaitu "Tidak ada halangan bagimu untuk berbicara dari ahli kitab, kerana Rasulullah saw telah memperingatkan kaum muslimin dalam mengutip dan melihat kitab kaum mereka. Kemudian Nabi saw memberi kelonggaran dalam hal ini di mana perubahan ini menunjukkan bahawasanya larangan yang pertama adalah kerana hukum-hukum Islam dan kaedah agama belum stabil dan dikhuatirkan akan menjadi kekacauan dalam syari'at. Kemudian setelah penyebab dari larangan tersebut (kekacauan) dapat diatasi, maka beliau (Muhammad Salllahu'alaihi wasallam) mengizinkan untuk berbicara dengan para ahli kitab. Kerana hal itu pada saat yang bersamaan dapat mendatangkan iktibar". (Fathul Bari, juz. 6, hal. 498).
- Sekali lagi beliau mengutip kata-kata Ibn Hajar r.a. "...dan telah berkata Imam Malik, bahawa yang dimaksudkan dengan bolehnya mengutip isi kitab mereka adalah terhadap hal-hal yang benar. Adapun pada apa yang telah nyata diketahui kebohongannya, maka hal tersebut tidak boleh dikutip".
- Berkata Imam As-Syafi'e r.a. "Sebagaimana diketahui bahawa Nabi saw tidak membolehkan pengutipan dengan cara dusta. Hingga makna yang dimaksud dari Hadith Nabi saw tersebut adalah, "Kutiplah isi perkataan Bani Israil apabila kamu temui hal-hal yang sesuai dengan syari'atmu, maka tidaklah ada halangan bagimu untuk membicarakannya dari mereka". (Fathul Bari hal. 498).
- Sebenarnya para sahabat seperti Ibn Abbas r.a. (Tinta Umat) dan Abdullah Ibn Umar adalah orang yang banyak menukil dari ahli kitab pada masalah-masalah yang diperbolehkan oleh Nabi saw. Maka sudah barang tentu menukil kata-kata Plato, Sokrates dan lain-lain sumber bukan Islam adalah dibolehkan untuk diambil selagi ia tidak (diambil) secara bertentangan dengan Syari'at.
KAEDAH PENUKILAN:
Sebenarnya pemakaian ayat-ayat Bible (New & Old Testament) itu termasuk sumber Israiliyyat. Untuk menerimanya kita menggunakan tiga cara,
- Pertama: Yang wajib kita tolak; Bila ia bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Contohnya, Nabi Lut dimabukkan oleh dua anak perempuannya, lalu berzina dengan mereka kerana bimbang zuriat manusia terputus, Nabi Isa disalib, dll. Maka ayat-ayat seperti ini tidak boleh kita mengakuinya untuk diguna pakai.
- Kedua: Yang wajib kita terima, bila ia bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah; Ini boleh kita pakai hujah untuk menguatkan pendapat kita. Contoh: Ramalan Bible mengenai datangnya Nabi Muhammad SAW, ramalan akhir zaman seperti ramalan Nostradamus dan lain-lain.
- Ketiga: Kita boleh terima dan boleh tolak bila ia tidak dinyatakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah serta tidak pula bercanggah dengan kedua-duanya. Sebagai contoh Al-Quran dan As-Sunnah tidak menyatakan dari mana lokasi sebenar Nabi Adam a.s. diturunkan dll.
---------------------------------------
Klu tajuk akan datang 1:
Kesamaan genenitik antara China dan Kepulauan Sulu yang mereka sebut sebagai Filipino. Yang paling dekat secara genetik dengan kepulauan Sulu ialah Taiwanis dan Veitnamis. Bangsa Ami di Taiwan sebagai contoh kiraan angkanya persis kiraan Solok (bahasa-bahasa Sulu Utara - Luzon Visayas). Menunjukkan asal usul satu darah dari Bani Yafits bin Noh a.s. Ini bermakna kulit sawo matang dari jalur Madai bin Yafits bin Noh a.s. yang datang dari Iran (Madyan) manakala kulit merah dari jalur Magog bin Yafits bin Noh a.s. datang dari Utara China (Monggolia) telah bertemu di kepulauan Sulu selepas banjir besar. Bangsa Ami Taiwan lebih dekat kepada Madai (Marai @ Malay).
Kaum Amis @ Ami salah satu dari suku kaum Pulau Taiwan yang bahasanya dikelompokkan dalam bahasa Formosa oleh ahli linguistik. Bahasa Formosa mirip bahasa kepulauan Sulu seperti kata ganti nama, arah @ tempat dan diklasifikasikan sebagai Malayo-Polynesian (Madai-Kepulauan?). Juga memakai bulu burung dan mengecap tatu pada badan.
Corak tenunan Kaum Bunun (Buranun?) di pedalaman Taiwan persis tenunan Solok yang dinamakan Kandit Siyabit.
Genetic studies 2001 Stanford University study:
"A Stanford University study conducted during 2001 revealed that Haplogroup O3-M122 (labeled as "Haplogroup L" in this study) is the most common Y-chromosome DNA haplogroup found among Filipinos. This particular haplogroup is also predominant among Chinese, Koreans, and Vietnamese. Another haplogroup, Haplogroup O1a-M119 (labeled as "Haplogroup H" in this study), is also found among Filipinos. The rates of Haplogroup O1a are highest among the Taiwanese aborigines, and Chamic-speaking people. Genetic data found among a sampling of Filipinos may indicate some relation to the Ami tribe of Taiwan".
Klu tajuk akan datang 2:
Membicarakan serba sedikit tentang teori "Tempat Adam a.s. diturunkan" beserta bukti-bukti dari catatan Bani Israel, Sumeria-Babylon dll.
|