BHG 1: Bangsa Eropah Berasal Dari Kepulauan Sulu?
BAB 1: MENGENAL BANGSA MADAI BIN YAFITS BIN NOH A.S. SEBAGAI ASAL USUL BANGSA MARAI @ MALAI @ MALAY
INTRO
Menelusuri asal-usul Sulug tidak akan menjadi lengkap tanpa menelusuri asal-usul MALAYU terlebih dahulu. Hal ini sangat perlu dan menjadi wajib pula bagi kami sekiranya dilihat dari perspektif KESATUAN UMMAH di Nusantara ketika ini. Yakni, umat Islam seNUSANTARA hari ini semakin "dilupus" oleh bangsa lain (yang tentunya tidak seakidah) dan seakan tidak mampu lagi bertahan sekali pun keris terhunus di tangan, menunjukkan ada yang tidak kena pada umat yang menggelar diri mereka MALAYU ini.
Apa mungkin MALAYU akan hilang di dunia? Apa mungkin MALAYU akan TERTEWAS lagi kali ini setelah TEWAS ditangan FREEMASON BRITISH beberapa abad yang lalu? Sudah tiba masanya Sulug @ Suluk @ SOLOK berdiri sekali lagi membela saudara mereka sebagaimana Hang Tuah membela mereka ketika dulu. Perhatikan sumpah keramatnya "Takkan MALAYU hilang di dunia".
Ini adalah sumpah keramat yang sehingga hari ini gagal difahami oleh umat yang menggelar diri mereka sebagai Bangsa MALAYU. Kegagalan memahaminya akan menyebabkan Malayu sedikit demi sedikit akan kehilangan jati diri dan kemandirian untuk kekal sebagai satu bangsa yang BERDAULAT bakal lupus. Akhirnya akan diganti tempat mereka oleh bangsa lain yang lebih baik atau pun lebih buruk dari mereka.
Tausug @ Solok sekali pun hari ini mereka digelar bangsa terhina di Kepulauan Sulu kerana masih tersepit dicelah kaki Filipina, namun mereka masih wujud sebagai PANGGUBAT atau penentang dan masih menyimpan tradisi lisan sebagai pembela Islam sehingga hari ini. Solok sekali pun dipandang hina hari ini, namun sekurang-kurangnya sebahagian nama-nama negeri dan daerah di Semenanjung Malaya dan Sumatera masih kekal dalam bahasa Solok.
Sehinggakan generasi pengkaji Solok hari ini berkesempatan menulis dan mengkaji sejarah awalnya bahawa SOLOK dan MALAYU seolah-olah adalah satu jasad ketika dulu. Sebab itu menurut sejarahwan Barat dan Timur bahawa Bangsa Malayu yang dikenal hari ini mempunyai hubungan rapat dengan Orang Laut lama sebelum masihi lagi. Malah sebahagian pengkaji cenderung mengatakan MALAYU adalah asalnya dari laut yang kemudian naik ke darat membina penempatan bersama pengISLAM para Syeikh atau Makhdum mereka.
Sebelumnya para PengHINDU dan PemBUDDHA telah lama membawa mereka naik ke darat menjadi orang yang bertamaddun kemudiannya sehingga mampu membina candi dan kuil yang kita masih lihat hari ini. Umat MALAYU perlu mencari Sejarah mereka yang telah hilang. Sebahagian pengkaji MALAYU dari generasi muda yang celik akal dewasa ini telah berdikit-dikit mencari jawapan mereka sendiri dengan melawan ARUS kajian.
Mereka semakin menyedari penipuan sejarah yang selama ini hanya "diselibus" oleh Penjajah Inggeris kepada mereka. Pastinya suatu masa nanti kajian generasi MALAYU celik ini akan bertemu di hujung dengan kajian generasi Solok.
TEORI: MALAYU ADALAH DARI BANGSA MADAI YANG MENJAUHKAN DIRI
Satu kemungkinan nama MALAY berasal dari kata MADAI bukanlah mustahil. Kerana bangsa Madai itu bukan sahaja menguasai Lautan malah daratan sehingga ke pergunungan. Ia berubah menjadi Marai kemudian disebut MALAI kerana kebiasaan lidah kaum-kaum di kepulauan sebelah timur yang menyebut "D" menjadi "R". Kemudian setelah beberapa generasi "R" menjadi "L" pula sebutannya. Pertukaran sebutan dari D ke R dan R ke L tidak lah pula menentu.
Beberapa abad kemudian sebutan Madai atau Malai ini telah berubah maksud kepada "berjauh" dalam bahasa Kepulauan Sulu. Adalah dimungkinkan anak-anak Bani Madai dari Farsi yang datang begitu jauh berulang alik ke kepulauan Sulu menjadikan Malai telah menjadi sinonim dengan kejauhan. Pada akhirnya terbitlah istilah MALAYU dalam bahasa Sulug yang bermaksud "berjauh". Walau pun dalam bahasa Sulug "Ma" (imbuhan "me") dan "Layu" (jauh) itu adalah gabungan kata jarak dan imbuhan tetapi kadang-kadang juga dirujuk kepada keadaan "larikan diri".
Sebagai contoh, di pulau Jolo selalu berlaku perang saudara. Kebanyakan kes bagi yang tidak mahu bertumpah darah dengan saudaranya, sekali pun dia di pihak yang benar, terpaksa lari ke kepulauan yang lebih jauh dengan penuh rasa kecewa. Menjauhakan diri ini disebut "Limayu" atau "Nagpalayu" dalam bahasa Sulug. Sesetengahnya bersumpah sampai 4 keturunan tidak mahu mengaku "TAUSUG" lagi dan sanggup menjadi Samal @ Sama atau Bajau Laut. Golongan inilah yang dipanggil Limayu' atau MALAYU'.
Mereka yang menjauhkan diri ini kebanyakannya ikut dengan kapal dagang ke Sumatera dan Tanah Siam. Yang lebih dekat lebih ke Utara seperti di Champa, Seludong (Manila), Sugbu (Cebu), Butuan. Maka tidak hairan orang Solok menguasai orang laut yang mana mereka sendiri yang menjadi Raja Laut mereka. Mereka pun tidak kesah kalau turut disebut orang laut (inilah yang berlaku kepada Samal Balangingi'). Orang-orang Jawa yang menurut Vic Hurley berseteru dengan Tausug selama 70 tahun ketika era kegemilangan Majapahit tampak seperti mengetahui hal ini. Kerana menurut dalam bahasa Jawa "Melayu @ Mlayu" bermaksud menjauhkan diri atau melarikan diri. Maka tidak hairan mengapa orang-orang Jawa tidak mahu digelar Melayu. Sehingga hari ini masih ada dikalangan orang-orang Jawa yang menyatakan bahawa orang Melayu itu adalah pelarian yang tidak diketahui pelarian dari mana?
MADAI
Untuk mengkaji MALAYU perlulah dikaji terlebih dahulu permulaan bangsa Madai. Madai adalah anak kepada Yafits bin Noh a.s. yang selepas banjir besar telah kembali semula ke Kepulauan Sulu. Dari bahtera Nuh a.s. yang terdampar di atas gunung Ararat @ Judi @ Chudi (i.e. Melayu: Datuk, Suluk: Apo', Bugis: Opu) kemungkinan Bani Madai telah kembali semula ke tanah leluhur ADAM a.s. di negeri kepulauan di sebelah TIMUR.
Bani Madai membuka penempatan di Borneo Utara Timur yang mengadap ke Kepulauan Sulu dan Sulawesi. Sehingga hari ini Madai mempunyai gua batu yang besar dan diyakini berdasarkan kenyataan pakar arkeologi bahawa penempatan purbanya lebih tua berbanding kawasan lain di Borneo. Bahagian Timur Borneo Utara (Sabah) ini bukan sahaja terkenal penempatan purbanya di kawasan lembah gua Madai malah di luar sekitarnya seperti lembah Danum yang dikenali sebagai hutan tanah pamah tertua, gua Gomantong dan lain-lain sekitarmya sehingga ke Kudat.
Menurut pakar arkeologi dan anthropologi bahawa bangsa yang lebih dahulu mendiami Asia Tenggara Timur ialah bangsa berkulit hitam legam, berhidung pesek, berambuk kerinting yang mereka sebut sebagai Negrito. Disebabkan penemuan beberapa tulang belulang yang mereka dakwa sebagai rangka manusia awal di Jawa dan Australia maka Negrito dicap sebagai penghuni awal.
Beberapa ribu tahun kemudian dikatakan barulah datang para "pendatang" berkulit sawo matang yang sebahagian mereka berkulit putih yang disebut MALAYAN-MONGOLOID. Vic Hurley dalam bukunya Swish of the Kris (m.s. 11) menyatakan,
"Moro, asalnya dari Indonesia pagan, boleh diklasifikasikan sebagai Malayan-Mongoloid, cabang yang betul dari Lautan Melayu. Pada abad pertama sebelum era Kristian, telah berlaku kekacauan besar di benua Asia, yang memuncak sehingga berlaku penghijrahan penduduk yang banyak. Orang Indonesia, khasnya yang mediami lembah luas di tanah besar, samada menghadapi rintangan senjata dari musuh yang tidak diketahui, atau mengangkat layar perahu mereka dan meneroka Laut Sulu."
Kenyataan Vic Hurley di atas sebenarnya lebih kepada kenyataan Darwinisme yang meyakini bahawa manusia moden berasal dari haiwan lain yang berubah secara evolusi. Ia jelas dalam kenyataannya dalam bab-bab awal bukunya Swish of the Kris. Walau pun begitu ia masih boleh dihubungkan dengan banjir besar dari sejarah Noh a.s., kerana kemungkinan Bani HAM bin Noh a.s. (berkulit hitam, berambut kerinting) telah bergegas lebih dahulu larikan diri dari kawasan SUQ THAMANIN (i.e. pasar 80 orang, penempatan Noh a.s. selepas banjir tidak jauh dari lokasi pendaratan bahtera) menuju ke Kepulauan Leluhur mereka di sebelah TIMUR. Berikut adalah penjelasan menurut sejarahwan Islam tentang Nabi Noh a.s.,
Bani Ham setelah sampai di Babylon (Sumeria) kemungkinan setelah tidak tahan berkhidmat kepada saudara-saudara mereka Sam dan Yafits mereka lari berdikit-dikit menjauhkan diri ke muara sungai Tigris dan Euphrates seterusnya masuk ke Teluk Parsi. Kemungkinan juga yang mengetahui tempat asal mereka dari sebelah Timur maka mereka langsung belayar berduyun-duyun ke India, Sumatera sehingga ke Papua / Irian Jaya. Maka tidak hairanlah orang India yang asal berkulit hitam belaka sehingga ke Papua.
Bani Ham yang sempat lari ke Laut Meditranian kerana mengelak dari berkhidmat kepada saudaranya Sam dan Yafits telah membentuk kerajaan laut seperti kerajaan Raja Fir'aun (Pharaoh @ Parahu @ Pala'o) di Mesir dan membentuk bangsa laut Phoenesia. Satu kemungkinan juga ada Bani Ham yang masih taat setia dengan Bani Yafits samada disebabkan taat kerana kasih atau pun taat kerana terpaksa disebabkan kejahatan Bani Yafits.
Hinggakan Madai yang kemungkinan menjadi Raja Madai (Mada @ Madain @ Madyan) yang kemudian membentuk bangsa Aryan telah menjadi raja-raja dan sebahagian anak-anaknya bersama-sama dengan Bani Ham kembali semula ke Kepulauan Sebelah Timur. Sehingga hari ini terdapat nama Ham-ba (HAMBA) yang dinisbahkan kepada bani Ham yakni berkhidmat kepada Yafits dan Sam.
BANI YAFITS MENGAKU SEBAGAI BANGSA TERTINGGI?
Di dalam dunia hari ini bangsa yang mengaku sebagai bangsa tertinggi adalah bangsa Bani Israel dari jalur Sam bin Noh a.s. kerana mereka begitu berbangga menjadi pewaris kepada nabi-nabi dan rasul sebagaimana yang didoakan oleh Noh a.s. Sebab itu tidak hairan mereka mengaku sebagai satu-satunya bangsa ANAK TUHAN. Satu lagi darah nabi-nabi dan rasul yang terpinggir ialah Bani Arab yang juga kalau ditelusuri ARAB itu seolah-olah berasal dari kata al-RABB (Tuhan) yakni anak-anak Tuhan juga. Walau bagaimana pun kenyataan sejarah bukanlah begitu.
Bangsa Raja-Raja dari jalur Yafits bin Noh a.s. ternyata adalah yang paling unggul sebagaimana yang tercatat dalam sejarah manusia dari timur dan barat, utara sehingga ke selatan. Anak-anak Yafits yang paling dahsyat menguasai dunia ialah dari jalur Madai dan Magog. Madai telah menguasai Farsi sehingga ke Turki dan menamakan bangsa mereka sebagai bangsa ARYAN. Bangsa ARYAN kemudian menguasai Eropah sehingga ke India dan Kepulauan Asia Tenggara. Nama Eropah sendiri berasal dari nama Aryan @ Iryan @ Er-yan.
Bangsa Aryan atau MADAI inilah pemilik bahasa raja-raja yang dinamakan bahasa SANSKRIT yang mereka bawa ke India. Bangsa Magog yang menguasai utara Asia telah menjadi penguasa dan penghancur secara berkala dan membentuk bangsa Monggol yang disebut sebagai yang paling kejam dalam sejarah manusia. Mereka membentuk bangsa-bangsa China, Jepun dan Korea. Setiap beberapa ratus tahun mereka akan turun dari pergunungan di Utara dan melanggar negara-negara kota sehingga hancur berkeping-keping.
Mereka inilah yang dipanggil bangsa GUNUNG. Sama seperti saudaranya Bani Madai yang menduduki Kepulauan yang menisbahkan diri mereka sebagai bangsa BURANUN yakni bangsa pemilik kekuasaan tanah. Tidak hairan mengapa Sulug @ Solok sehingga hari ini masih menunjukkan semangat raja-raja yang tidak terkalahkan. Bangsa yang boleh menundukkan atau dapat menghentikan bani Magog ini adalah dari kalangan anak-anak Yafits juga.
Raja Iskandar Zulkarnain a.s. yang berasal dari Macedonia (Greece) yang juga dari jalur Javan bin Yafits bin Noh a.s. telah berjaya mengekang serangan bani Magog dengan berjaya membina dinding di antara dua gunung dari acuan campuran besi dan tembaga. Menyebabkan Bani Magog terhalang dari melepasi celah dua gunung untuk melakukan kerosakan. Kemungkinan Alexander The Great mendapat jolokan ZULKARNAIN dalam Al-Qur'an adalah kerana kerja kerasnya membina dinding penghalang iaitu sama dengan menguasai dua gunung (dua puncak atau dua tanduk).
(Rujuk Buku: Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj I dan II). Bangsa Madai yang menduduki Borneo sebagaimana yang dicatatkan di atas mereka adalah bangsa Raja-Raja sebagaimana doa Nabi Noh a.s. sebab itu mereka bangga sebagai penguasa gunung. Dalam bahasa Sulug ia disebut Buranun. Di Sulawesi terdapat kaum Tao Raja (Toraja @ Tator) yang juga masih dalam keluarga Madai yang hanya tinggal di puncak-puncak gunung.
Brunei pula dalam sebutan Majapahit ialah BURUNE sedangkan dalam beberapa kajian, Burune itu bermaksud Gunung atau Buranun yang sinonim dengan Murud (Gunung Murud, lokasinya berada di selatan Brunei yang masuk ke negeri Sarawak hari ini). Gunung Murud pula sinonim dengan kaum Murut di Borneo. Ahli sejarah dan ahli linguistik maklum bahawa suku bangsa Brunei ialah berdarah Dayak yang sekeluarga dengan kaum dayak lainnya di Borneo seperti Kayan, Murut, Dusun, Iban, Ida'an, Tidung, Sungei dan lain-lain.
Ikatan Dayak ini secara linguistik dapat dihubungkan dengan bangsa Maguindanao-Marano-Iranun di Pulau Mindanao. Persenjataan bangsa dayak sama dengan persenjataan Bani Monggol (Mandao & Kampilan) sebab itu mengapa mereka dikatakan sebagai MONGOLOID. Berkulit putih kemerahan dan bermata sepet (kebanyakannya). Sekiranya kita perhalusi, Bani Madai (Aryan), Magog (Monggol), Javan (Greece-Rom) mereka senantiasa berhubungan dari masa ke semasa semenjak selepas berlakunya banjir besar.
Sebab itu mengapa hingga hari ini Bangsa Turki memanggil pulau dengan sebutan "Sulu". Bangsa Scandinavia juga menyebut pulau dengan "Sulu". Tidak hairan kapal Bangsa Norse-Scandinavia (Viking) sama dengan kapal Sulu di kepulauan Sulu dengan bentuk layar dan kaedah dayungan yang sama.
BANGSA MADAI @ MARAI DARI SUKU DAYAK ASIA TENGGARA BERTATU DAN SUKA BERPERANG
Dalam bahasa Sulug @ Suluk terdapat perkataan Madai' yang disebut MARAI' bermaksud "kemungkinan". Juga terdapat kata DAYA' bermaksud mengadap ke atas (lawan kepada tiarap). Secara sebutan, Sulug tidak menyebut DAYAK tetapi DAYA' adalah kemungkinan setiap kali pahlawan Dayak menari tarian Mangayao (memburu kepala) mereka akan lakukan tarian mengadap ke atas langit. Tarian Dayak seperti burung terbang di bawa angin dan bertempik. Tarian Dayak pada wanita mereka juga sama iaitu seperti burung terbang terhinjut-hinjut secara berkumpulan.
Sebaliknya tarian Sulug disebut Pansak (Pencak) yang biasanya diiringi gong dan kulintangan. Tarian lebih kepada gerak Kuntao atau gerak Silat. Manakala tarian wanitanya lebih kepada tarian "Air Laut" yang beralun dan berombak lembut menunjukkan penguasaan laut dan pelayaran. Nampaknya tarian Sulug lebih rapat dengan tarian Melayu di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Manunjukkan ikatan budaya yang pernah terjalin di masa lampau.
Walau bagaimanapun, kenyataan yang tidak dapat dinafikan ialah pada ketika dulu sebelum kedatangan Islam Kaum Buranun di Jolo juga sama sebagaimana Dayak Borneo. Mereka kenakan bulu burung atas kepala dan mengenakan tatu pada badan sebagai lambang Ketamadunan Purba yang telah hilang. Menurut para ahli sejarah, bangsa Red Indian Amerika Utara sebenarnya berasal dari Asia yang menyusur ais. Mereka berkulit merah dan mengenakan bulu burung di atas kepala.
Hal ini sama dengan bangsa Aztech dan Maya sehingga ke Amerika Selatan. Inilah anak-anak Yafits yang menempati hampir semua pelusuk dunia. Mereka lebih ramai berbanding manusia lain dari jalur Sam dan Ham disebabkan Bani Yafits telah banyak kali MELAKUKAN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI terhadap manusia di muka bumi ini. Bani Yafits dari Asia Tenggara juga telah sampai ke pulau Britain yang kemungkinan mereka mengikut jalur laut dari Asia Tenggara.
(Kadang-kadang mereka digelar "orang lelaki berlukis", Bangsa Pict datang dari tempat yang tidak diketahui untuk memerintah Britain Utara) - Joseph Allen McCullough, pemegang ijazah dalam Sejarah dari Universiti North Carolina di Chapel Hill, khususnya dalam sejarah ketenteraan dan Zaman Gelap Bangsa Inggeris.
Dikatakan bahawa bangsa Pict ini bukan sahaja berkulit sawo matang dan bertatu malah berbadan pendek dan pandai menaiki kuda. Kuda mereka bersaiz kecil (sama dengan kuda di Kepulauan Sulu) berbanding kuda Eropah dan mereka sangat handal dengan pelayaran di laut. Mereka adalah antara kaum yang selalu masuk ke laut Mediterranean untuk menjalankan rompakan.
Mereka inilah yang sangat ditakuti oleh bangsa Rom kerana selalu berkeliaran di laut mereka pada musim-musim tertentu. Mungkin inilah yang dikatakan oleh Plato sebagai bangsa yang datang dari ATLANTIS. Sehingga hari ini bangsa Inggeris gagal mengesan bangsa Pict ini dari mana berasal dan kemana mereka pergi. Ada ahli sejarah menyatakan bahawa mereka hilang samada berasimilasi dengan bangsa Scotish, British dan lain-lain atau pun telah dihapuskan ketika kedatangan pendatang kulit putih.
Notakaki:
*Joseph Allen McCullough: The Dark Age Rulers of Scotland, http://www.suite101.com/content/the-picts-a17138
*http://globalwarming-arclein.blogspot.com/2010/04/pict-script-discovered.html
*http://en.wikipedia.org/wiki/Picts
http://halfmoon.tripod.com/
"Ketika Parameswara telah pindah ke tempat Bertam tersebut dan beristirehat... maka orang selat pergi mengadapnya - jumlahnya kini tidak lebih dari 18 orang lagi (sebelumnya ada 30 orang pahlawan)- dan mengatakan apakah [Raja] masih ingat bagaimana tanah ini ditemukan mereka dan bagaimana mereka meninggalkan anak istrinya (di Palembang) untuk pergi ke Muar untuk memberitahu tentang tempat itu yang sekarang sedang dinikmati [oleh sang Raja]. Dan mereka bermohon agar supaya janji ditepati dan membalasnya dengan pemberian tanda kehormatan (Dalguua esmola Domrra). Dan untuk memenuhi permintaan ini Parameswara menjadikan mereka pembesar negeri (mandarin) yang berarti bangsawan (fidallguos)- mereka beserta anak istrinya. Jadi semua mandarin Malaka adalah keturunan orang tersebut, dan raja-raja adalah keturunan mereka pula dari pihak wanita, sebagaimana dikatakan di negeri ini"
Ditambah lagi bahawa mereka sangat setia kepada raja. Demikianlah maka laksamana dan bendahara berasal dari Orang Selat itu. Dalam Sejarah Melayu (yang ditulis kira-kira seabad sesudah Suma Oriental) soal keturunan pembesar Melaka dan peran Orang Laut/Selat tidak disebut".
Di petik dari buku sejarahwan Indonesia bertajuk "Orang Laut, Bajak Laut, Raja Laut" m.s. 105, oleh Prof Dr. Adrian B. Lapian.
Ditambah lagi bahawa mereka sangat setia kepada raja. Demikianlah maka laksamana dan bendahara berasal dari Orang Selat itu. Dalam Sejarah Melayu (yang ditulis kira-kira seabad sesudah Suma Oriental) soal keturunan pembesar Melaka dan peran Orang Laut/Selat tidak disebut".
Di petik dari buku sejarahwan Indonesia bertajuk "Orang Laut, Bajak Laut, Raja Laut" m.s. 105, oleh Prof Dr. Adrian B. Lapian.
INTRO
Menelusuri asal-usul Sulug tidak akan menjadi lengkap tanpa menelusuri asal-usul MALAYU terlebih dahulu. Hal ini sangat perlu dan menjadi wajib pula bagi kami sekiranya dilihat dari perspektif KESATUAN UMMAH di Nusantara ketika ini. Yakni, umat Islam seNUSANTARA hari ini semakin "dilupus" oleh bangsa lain (yang tentunya tidak seakidah) dan seakan tidak mampu lagi bertahan sekali pun keris terhunus di tangan, menunjukkan ada yang tidak kena pada umat yang menggelar diri mereka MALAYU ini.
Apa mungkin MALAYU akan hilang di dunia? Apa mungkin MALAYU akan TERTEWAS lagi kali ini setelah TEWAS ditangan FREEMASON BRITISH beberapa abad yang lalu? Sudah tiba masanya Sulug @ Suluk @ SOLOK berdiri sekali lagi membela saudara mereka sebagaimana Hang Tuah membela mereka ketika dulu. Perhatikan sumpah keramatnya "Takkan MALAYU hilang di dunia".
Ini adalah sumpah keramat yang sehingga hari ini gagal difahami oleh umat yang menggelar diri mereka sebagai Bangsa MALAYU. Kegagalan memahaminya akan menyebabkan Malayu sedikit demi sedikit akan kehilangan jati diri dan kemandirian untuk kekal sebagai satu bangsa yang BERDAULAT bakal lupus. Akhirnya akan diganti tempat mereka oleh bangsa lain yang lebih baik atau pun lebih buruk dari mereka.
Tausug @ Solok sekali pun hari ini mereka digelar bangsa terhina di Kepulauan Sulu kerana masih tersepit dicelah kaki Filipina, namun mereka masih wujud sebagai PANGGUBAT atau penentang dan masih menyimpan tradisi lisan sebagai pembela Islam sehingga hari ini. Solok sekali pun dipandang hina hari ini, namun sekurang-kurangnya sebahagian nama-nama negeri dan daerah di Semenanjung Malaya dan Sumatera masih kekal dalam bahasa Solok.
Sehinggakan generasi pengkaji Solok hari ini berkesempatan menulis dan mengkaji sejarah awalnya bahawa SOLOK dan MALAYU seolah-olah adalah satu jasad ketika dulu. Sebab itu menurut sejarahwan Barat dan Timur bahawa Bangsa Malayu yang dikenal hari ini mempunyai hubungan rapat dengan Orang Laut lama sebelum masihi lagi. Malah sebahagian pengkaji cenderung mengatakan MALAYU adalah asalnya dari laut yang kemudian naik ke darat membina penempatan bersama pengISLAM para Syeikh atau Makhdum mereka.
Sebelumnya para PengHINDU dan PemBUDDHA telah lama membawa mereka naik ke darat menjadi orang yang bertamaddun kemudiannya sehingga mampu membina candi dan kuil yang kita masih lihat hari ini. Umat MALAYU perlu mencari Sejarah mereka yang telah hilang. Sebahagian pengkaji MALAYU dari generasi muda yang celik akal dewasa ini telah berdikit-dikit mencari jawapan mereka sendiri dengan melawan ARUS kajian.
Mereka semakin menyedari penipuan sejarah yang selama ini hanya "diselibus" oleh Penjajah Inggeris kepada mereka. Pastinya suatu masa nanti kajian generasi MALAYU celik ini akan bertemu di hujung dengan kajian generasi Solok.
TEORI: MALAYU ADALAH DARI BANGSA MADAI YANG MENJAUHKAN DIRI
Satu kemungkinan nama MALAY berasal dari kata MADAI bukanlah mustahil. Kerana bangsa Madai itu bukan sahaja menguasai Lautan malah daratan sehingga ke pergunungan. Ia berubah menjadi Marai kemudian disebut MALAI kerana kebiasaan lidah kaum-kaum di kepulauan sebelah timur yang menyebut "D" menjadi "R". Kemudian setelah beberapa generasi "R" menjadi "L" pula sebutannya. Pertukaran sebutan dari D ke R dan R ke L tidak lah pula menentu.
Beberapa abad kemudian sebutan Madai atau Malai ini telah berubah maksud kepada "berjauh" dalam bahasa Kepulauan Sulu. Adalah dimungkinkan anak-anak Bani Madai dari Farsi yang datang begitu jauh berulang alik ke kepulauan Sulu menjadikan Malai telah menjadi sinonim dengan kejauhan. Pada akhirnya terbitlah istilah MALAYU dalam bahasa Sulug yang bermaksud "berjauh". Walau pun dalam bahasa Sulug "Ma" (imbuhan "me") dan "Layu" (jauh) itu adalah gabungan kata jarak dan imbuhan tetapi kadang-kadang juga dirujuk kepada keadaan "larikan diri".
SULUS at Silam: Lady Annie Brassey 1887 - Journey to Madai Cave 1887. Lukisan hitam putih tahun 1887 Tausug dengan barung di pinggang di Silam, Lahad Datu.
Sebagai contoh, di pulau Jolo selalu berlaku perang saudara. Kebanyakan kes bagi yang tidak mahu bertumpah darah dengan saudaranya, sekali pun dia di pihak yang benar, terpaksa lari ke kepulauan yang lebih jauh dengan penuh rasa kecewa. Menjauhakan diri ini disebut "Limayu" atau "Nagpalayu" dalam bahasa Sulug. Sesetengahnya bersumpah sampai 4 keturunan tidak mahu mengaku "TAUSUG" lagi dan sanggup menjadi Samal @ Sama atau Bajau Laut. Golongan inilah yang dipanggil Limayu' atau MALAYU'.
Mereka yang menjauhkan diri ini kebanyakannya ikut dengan kapal dagang ke Sumatera dan Tanah Siam. Yang lebih dekat lebih ke Utara seperti di Champa, Seludong (Manila), Sugbu (Cebu), Butuan. Maka tidak hairan orang Solok menguasai orang laut yang mana mereka sendiri yang menjadi Raja Laut mereka. Mereka pun tidak kesah kalau turut disebut orang laut (inilah yang berlaku kepada Samal Balangingi'). Orang-orang Jawa yang menurut Vic Hurley berseteru dengan Tausug selama 70 tahun ketika era kegemilangan Majapahit tampak seperti mengetahui hal ini. Kerana menurut dalam bahasa Jawa "Melayu @ Mlayu" bermaksud menjauhkan diri atau melarikan diri. Maka tidak hairan mengapa orang-orang Jawa tidak mahu digelar Melayu. Sehingga hari ini masih ada dikalangan orang-orang Jawa yang menyatakan bahawa orang Melayu itu adalah pelarian yang tidak diketahui pelarian dari mana?
MADAI
Untuk mengkaji MALAYU perlulah dikaji terlebih dahulu permulaan bangsa Madai. Madai adalah anak kepada Yafits bin Noh a.s. yang selepas banjir besar telah kembali semula ke Kepulauan Sulu. Dari bahtera Nuh a.s. yang terdampar di atas gunung Ararat @ Judi @ Chudi (i.e. Melayu: Datuk, Suluk: Apo', Bugis: Opu) kemungkinan Bani Madai telah kembali semula ke tanah leluhur ADAM a.s. di negeri kepulauan di sebelah TIMUR.
Bani Madai membuka penempatan di Borneo Utara Timur yang mengadap ke Kepulauan Sulu dan Sulawesi. Sehingga hari ini Madai mempunyai gua batu yang besar dan diyakini berdasarkan kenyataan pakar arkeologi bahawa penempatan purbanya lebih tua berbanding kawasan lain di Borneo. Bahagian Timur Borneo Utara (Sabah) ini bukan sahaja terkenal penempatan purbanya di kawasan lembah gua Madai malah di luar sekitarnya seperti lembah Danum yang dikenali sebagai hutan tanah pamah tertua, gua Gomantong dan lain-lain sekitarmya sehingga ke Kudat.
Menurut pakar arkeologi dan anthropologi bahawa bangsa yang lebih dahulu mendiami Asia Tenggara Timur ialah bangsa berkulit hitam legam, berhidung pesek, berambuk kerinting yang mereka sebut sebagai Negrito. Disebabkan penemuan beberapa tulang belulang yang mereka dakwa sebagai rangka manusia awal di Jawa dan Australia maka Negrito dicap sebagai penghuni awal.
Beberapa ribu tahun kemudian dikatakan barulah datang para "pendatang" berkulit sawo matang yang sebahagian mereka berkulit putih yang disebut MALAYAN-MONGOLOID. Vic Hurley dalam bukunya Swish of the Kris (m.s. 11) menyatakan,
- "The Moro, originally an Indonesian pagan, could be properly classified as Malayan-Mongoloid, a branch of the true Oceanic Malays. In the first century before the Christian era, there was great unrest on the continent of Asia, which culminated in extensive migrations of the population. The Indonesians, wearied of the wide valleys of the mainland, or facing resistance at arms from an unknown enemy, lifted the sails of their praos and ventured into the Sulu Sea."
"Moro, asalnya dari Indonesia pagan, boleh diklasifikasikan sebagai Malayan-Mongoloid, cabang yang betul dari Lautan Melayu. Pada abad pertama sebelum era Kristian, telah berlaku kekacauan besar di benua Asia, yang memuncak sehingga berlaku penghijrahan penduduk yang banyak. Orang Indonesia, khasnya yang mediami lembah luas di tanah besar, samada menghadapi rintangan senjata dari musuh yang tidak diketahui, atau mengangkat layar perahu mereka dan meneroka Laut Sulu."
Kenyataan Vic Hurley di atas sebenarnya lebih kepada kenyataan Darwinisme yang meyakini bahawa manusia moden berasal dari haiwan lain yang berubah secara evolusi. Ia jelas dalam kenyataannya dalam bab-bab awal bukunya Swish of the Kris. Walau pun begitu ia masih boleh dihubungkan dengan banjir besar dari sejarah Noh a.s., kerana kemungkinan Bani HAM bin Noh a.s. (berkulit hitam, berambut kerinting) telah bergegas lebih dahulu larikan diri dari kawasan SUQ THAMANIN (i.e. pasar 80 orang, penempatan Noh a.s. selepas banjir tidak jauh dari lokasi pendaratan bahtera) menuju ke Kepulauan Leluhur mereka di sebelah TIMUR. Berikut adalah penjelasan menurut sejarahwan Islam tentang Nabi Noh a.s.,
- Ibnu Thabari r.a. menceritakan setelah kapal berlabuh di pegunungan Ararat, Noh a.s. kemudian membangun satu kota di daerah Ararat (Qarda) di suatu area yang termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut Themanon (Kota kelapan Puluh) kerana kota tersebut dibangun oleh orang yang beriman yang berjumlah 80 orang. Sekarang tempat tersebut dikenal dengan nama Suq Thamanin.
- Ibnu Abbas r.a. kemudian menceritakan bahwa Noh a.s. membangun Kota Suq Thamanin dan semua keturunan Qayin dibinasakan. (perhatikan perkataan "SUQ" walau pun ia membawa erti "pasar" dalam bahasa Arab namun ia sangat sinonim dengan SUG. Teori yang menyatakan Noh a.s. membina bahtera di Kepulauan di sebelah Timur kemungkinan besarnya benar).
- Menurut Al-Harith r.a. dari Ibnu Sa'd r.a. dari Hisham bin Muhammad r.a. dari ayahnya dari Abu Shalih r.a. dari Ibnu Abbas r.a. berkata "ketika Suq Thamanin menjadi penuh dengan keturunan Nuh mereka berpindah ke Babylon dan membangun kota tersebut."
- Ibnu Ishaq mengatakan bahwa Nuh a.s. telah mendoakan ketiga putranya iaitu keturunan Sam menjadi nabi-nabi dan rasul, keturunan Yafith untuk menjadi raja-raja, sedangkan dari keturunan Ham dia doakan agar menjadi abdi berkhidmat untuk kedua saudaranya Yafith dan Sam.
- Ibnu Abbas r.a. menceritakan bahwa keturunan Sam menurunkan bangsa kulit putih, Yafith menurunkan bangsa berkulit merah dan coklat (sawo matang), Sedangkan Ham menurunkan bagsa Kulit hitam dan sebagian kecil berkulit putih.
Bani Ham setelah sampai di Babylon (Sumeria) kemungkinan setelah tidak tahan berkhidmat kepada saudara-saudara mereka Sam dan Yafits mereka lari berdikit-dikit menjauhkan diri ke muara sungai Tigris dan Euphrates seterusnya masuk ke Teluk Parsi. Kemungkinan juga yang mengetahui tempat asal mereka dari sebelah Timur maka mereka langsung belayar berduyun-duyun ke India, Sumatera sehingga ke Papua / Irian Jaya. Maka tidak hairanlah orang India yang asal berkulit hitam belaka sehingga ke Papua.
Bani Ham yang sempat lari ke Laut Meditranian kerana mengelak dari berkhidmat kepada saudaranya Sam dan Yafits telah membentuk kerajaan laut seperti kerajaan Raja Fir'aun (Pharaoh @ Parahu @ Pala'o) di Mesir dan membentuk bangsa laut Phoenesia. Satu kemungkinan juga ada Bani Ham yang masih taat setia dengan Bani Yafits samada disebabkan taat kerana kasih atau pun taat kerana terpaksa disebabkan kejahatan Bani Yafits.
Hinggakan Madai yang kemungkinan menjadi Raja Madai (Mada @ Madain @ Madyan) yang kemudian membentuk bangsa Aryan telah menjadi raja-raja dan sebahagian anak-anaknya bersama-sama dengan Bani Ham kembali semula ke Kepulauan Sebelah Timur. Sehingga hari ini terdapat nama Ham-ba (HAMBA) yang dinisbahkan kepada bani Ham yakni berkhidmat kepada Yafits dan Sam.
BANI YAFITS MENGAKU SEBAGAI BANGSA TERTINGGI?
Di dalam dunia hari ini bangsa yang mengaku sebagai bangsa tertinggi adalah bangsa Bani Israel dari jalur Sam bin Noh a.s. kerana mereka begitu berbangga menjadi pewaris kepada nabi-nabi dan rasul sebagaimana yang didoakan oleh Noh a.s. Sebab itu tidak hairan mereka mengaku sebagai satu-satunya bangsa ANAK TUHAN. Satu lagi darah nabi-nabi dan rasul yang terpinggir ialah Bani Arab yang juga kalau ditelusuri ARAB itu seolah-olah berasal dari kata al-RABB (Tuhan) yakni anak-anak Tuhan juga. Walau bagaimana pun kenyataan sejarah bukanlah begitu.
Bangsa Raja-Raja dari jalur Yafits bin Noh a.s. ternyata adalah yang paling unggul sebagaimana yang tercatat dalam sejarah manusia dari timur dan barat, utara sehingga ke selatan. Anak-anak Yafits yang paling dahsyat menguasai dunia ialah dari jalur Madai dan Magog. Madai telah menguasai Farsi sehingga ke Turki dan menamakan bangsa mereka sebagai bangsa ARYAN. Bangsa ARYAN kemudian menguasai Eropah sehingga ke India dan Kepulauan Asia Tenggara. Nama Eropah sendiri berasal dari nama Aryan @ Iryan @ Er-yan.
Bahasa dan tulisan Sanskrit adalah juga bahasa dan tulisan Malayu ketika dulu sebelum kemunculan Islam. Sanskrit adalah bahasa dan tulisan Raja-Raja Bani Yafits Aryan di India. Kalau Sulug juga menggunakan bahasa Sanskrit bukanlah menghairankan.
Bangsa Aryan atau MADAI inilah pemilik bahasa raja-raja yang dinamakan bahasa SANSKRIT yang mereka bawa ke India. Bangsa Magog yang menguasai utara Asia telah menjadi penguasa dan penghancur secara berkala dan membentuk bangsa Monggol yang disebut sebagai yang paling kejam dalam sejarah manusia. Mereka membentuk bangsa-bangsa China, Jepun dan Korea. Setiap beberapa ratus tahun mereka akan turun dari pergunungan di Utara dan melanggar negara-negara kota sehingga hancur berkeping-keping.
Mereka inilah yang dipanggil bangsa GUNUNG. Sama seperti saudaranya Bani Madai yang menduduki Kepulauan yang menisbahkan diri mereka sebagai bangsa BURANUN yakni bangsa pemilik kekuasaan tanah. Tidak hairan mengapa Sulug @ Solok sehingga hari ini masih menunjukkan semangat raja-raja yang tidak terkalahkan. Bangsa yang boleh menundukkan atau dapat menghentikan bani Magog ini adalah dari kalangan anak-anak Yafits juga.
Raja Iskandar Zulkarnain a.s. yang berasal dari Macedonia (Greece) yang juga dari jalur Javan bin Yafits bin Noh a.s. telah berjaya mengekang serangan bani Magog dengan berjaya membina dinding di antara dua gunung dari acuan campuran besi dan tembaga. Menyebabkan Bani Magog terhalang dari melepasi celah dua gunung untuk melakukan kerosakan. Kemungkinan Alexander The Great mendapat jolokan ZULKARNAIN dalam Al-Qur'an adalah kerana kerja kerasnya membina dinding penghalang iaitu sama dengan menguasai dua gunung (dua puncak atau dua tanduk).
(Rujuk Buku: Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj I dan II). Bangsa Madai yang menduduki Borneo sebagaimana yang dicatatkan di atas mereka adalah bangsa Raja-Raja sebagaimana doa Nabi Noh a.s. sebab itu mereka bangga sebagai penguasa gunung. Dalam bahasa Sulug ia disebut Buranun. Di Sulawesi terdapat kaum Tao Raja (Toraja @ Tator) yang juga masih dalam keluarga Madai yang hanya tinggal di puncak-puncak gunung.
Brunei pula dalam sebutan Majapahit ialah BURUNE sedangkan dalam beberapa kajian, Burune itu bermaksud Gunung atau Buranun yang sinonim dengan Murud (Gunung Murud, lokasinya berada di selatan Brunei yang masuk ke negeri Sarawak hari ini). Gunung Murud pula sinonim dengan kaum Murut di Borneo. Ahli sejarah dan ahli linguistik maklum bahawa suku bangsa Brunei ialah berdarah Dayak yang sekeluarga dengan kaum dayak lainnya di Borneo seperti Kayan, Murut, Dusun, Iban, Ida'an, Tidung, Sungei dan lain-lain.
Ikatan Dayak ini secara linguistik dapat dihubungkan dengan bangsa Maguindanao-Marano-Iranun di Pulau Mindanao. Persenjataan bangsa dayak sama dengan persenjataan Bani Monggol (Mandao & Kampilan) sebab itu mengapa mereka dikatakan sebagai MONGOLOID. Berkulit putih kemerahan dan bermata sepet (kebanyakannya). Sekiranya kita perhalusi, Bani Madai (Aryan), Magog (Monggol), Javan (Greece-Rom) mereka senantiasa berhubungan dari masa ke semasa semenjak selepas berlakunya banjir besar.
Sebab itu mengapa hingga hari ini Bangsa Turki memanggil pulau dengan sebutan "Sulu". Bangsa Scandinavia juga menyebut pulau dengan "Sulu". Tidak hairan kapal Bangsa Norse-Scandinavia (Viking) sama dengan kapal Sulu di kepulauan Sulu dengan bentuk layar dan kaedah dayungan yang sama.
BANGSA MADAI @ MARAI DARI SUKU DAYAK ASIA TENGGARA BERTATU DAN SUKA BERPERANG
Dalam bahasa Sulug @ Suluk terdapat perkataan Madai' yang disebut MARAI' bermaksud "kemungkinan". Juga terdapat kata DAYA' bermaksud mengadap ke atas (lawan kepada tiarap). Secara sebutan, Sulug tidak menyebut DAYAK tetapi DAYA' adalah kemungkinan setiap kali pahlawan Dayak menari tarian Mangayao (memburu kepala) mereka akan lakukan tarian mengadap ke atas langit. Tarian Dayak seperti burung terbang di bawa angin dan bertempik. Tarian Dayak pada wanita mereka juga sama iaitu seperti burung terbang terhinjut-hinjut secara berkumpulan.
Sebaliknya tarian Sulug disebut Pansak (Pencak) yang biasanya diiringi gong dan kulintangan. Tarian lebih kepada gerak Kuntao atau gerak Silat. Manakala tarian wanitanya lebih kepada tarian "Air Laut" yang beralun dan berombak lembut menunjukkan penguasaan laut dan pelayaran. Nampaknya tarian Sulug lebih rapat dengan tarian Melayu di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Manunjukkan ikatan budaya yang pernah terjalin di masa lampau.
Walau bagaimanapun, kenyataan yang tidak dapat dinafikan ialah pada ketika dulu sebelum kedatangan Islam Kaum Buranun di Jolo juga sama sebagaimana Dayak Borneo. Mereka kenakan bulu burung atas kepala dan mengenakan tatu pada badan sebagai lambang Ketamadunan Purba yang telah hilang. Menurut para ahli sejarah, bangsa Red Indian Amerika Utara sebenarnya berasal dari Asia yang menyusur ais. Mereka berkulit merah dan mengenakan bulu burung di atas kepala.
Hal ini sama dengan bangsa Aztech dan Maya sehingga ke Amerika Selatan. Inilah anak-anak Yafits yang menempati hampir semua pelusuk dunia. Mereka lebih ramai berbanding manusia lain dari jalur Sam dan Ham disebabkan Bani Yafits telah banyak kali MELAKUKAN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI terhadap manusia di muka bumi ini. Bani Yafits dari Asia Tenggara juga telah sampai ke pulau Britain yang kemungkinan mereka mengikut jalur laut dari Asia Tenggara.
- "Sometimes called "The Painted Men", the Picts came out of nowhere to rule the north of Britain"
(Kadang-kadang mereka digelar "orang lelaki berlukis", Bangsa Pict datang dari tempat yang tidak diketahui untuk memerintah Britain Utara) - Joseph Allen McCullough, pemegang ijazah dalam Sejarah dari Universiti North Carolina di Chapel Hill, khususnya dalam sejarah ketenteraan dan Zaman Gelap Bangsa Inggeris.
- "Kita tahu bahawa orang Pict mempunyai bahasa pertuturan untuk melengkapi penulisan simbol-simbol, Bede (seorang rahib dan ahli sejarah yang meninggal dunia pada 735) menulis bahawa terdapat empat bahasa di Britain pada masa ini: British, Pictish, Scottish dan Inggeris" Rob Lee, Discovery News.

|