UTP: United Tausug People

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, November 25, 2009 1 ulasan

Gambar: YM Datu Albi Ahmad Julkarnain sedang menandatangani deklarasi kesatuan Tausug ketika Summit pada 17hb Nov baru-baru ini.

Kemasukan Council of Royal Datus yang diketuai oleh Yang Mulia Datu Albi Ahmad Julkarnain telah menambahkan lagi kekuatan gerakan UTC. YM Datu Albi adalah yang pertama menyatakan kehadiran ke Summit 17hb Nov baru-baru ini kepada Atty. Meltino Jaujan Sibulan selaku Legal Counsel United Tausug Citizens, sambil menyatakan sokongan penuhnya keatas tindakan UTC mempersatukan Tausug dari pelbagai latar belakang demi bangsa, negara dan Agama tercinta.

UTC bersetuju sebulat suara dengan cadangan YM Datu Albi ketika berlangsungnya Summit untuk menubuhkan Council of Regents sebagai kerajaan sementara Sultanate Of Sulu agar segala urusan negara diperingkat antarabangsa dapat dikendalikan secara berkesan dan profesional. Atty. Meltino Jaujan Sibulan telahpun berbincang secara mendalam dengan pemimpin utama UTC berkenaan Council of Regents dan fungsinya. Secara kebetulan YM Datu Albi mempunyai jaringan antarabangsa disebabkan kedudukannya sebagai Pengerusi Council of Royal Datus.

GAMBARAN JELAS
Dalam Council of Regents terdapat beberapa kementerian yang bertindak sebagai pentadbir. Beberapa peringkat gerakan telah dirangka antaranya:

Pertama: Mengadakan beberapa siri SUMMIT untuk menyatukan kerabat kesultanan Sulu serta menyatukan semua peringkat dan lapisan masyarakat sebagai TAUSUG serta meberi seminar tentang KEWARGANEGARAAN SULU. Summit seterusnya ialah di Bongao yang akan dianjurkan oleh satu Jawatankuasa yang diketuai oleh Prof. Lintasan dari MSU Bongao. Antara yang dijemput khusus ialah Prof. Nurullaji Misuari (Pengerusi MNLF).

Kedua: Membuka ruang untuk sesiapa yang mahu mendapat gelaran Datu dan Dayang-Dayang buat pertama kalinya dalam sejarah Sulu semenjak kewafatan Sultan terakhir (Sultan Muhammad Jamalul Kiram II) pada 1936. Gelaran ini adalah sebagai penghargaan kepada sesiapa sahaja yang berusaha membantu Sulu, ia bukan untuk dijual sebagaimana gelaran Datuk @ Dato' di Malaysia yang perlu dibeli dengan wang ringgit atau pun sultan-sultan Sulu palsu yang menyamar Sultan di Sabah. Gelaran akan diberikan oleh Council of Regents sebagai pemerintah sementara Sultanate of Sulu seperti yang diberikan UTC kepadanya.

Ketiga: Membuka perhubungan dua hala dengan mana-mana negara melalui kedutaan mereka di Manila (kerana ini yang paling dekat dengan Sulu) atau menghubungi terus negara masing-masing sekiranya perlu. Perhubungan ini turut terbuka kepada Malaysia kerana menurut YM Datu Albi, Sultanate of Sulu tidak akan melibatkan Sabah dalam hubungan dua halanya. Council of Regents tidak akan mengganggu atau menuntut Sabah dari Malaysia atas dasar persaudaraan seagama. Council of Regents Sultanate Of Sulu mengharapkan bantuan kerajaan Malaysia mahu pun individu yang berkemampuan untuk menyusun atau menghantar apa sahaja jenis bantuan kemanusiaan ke Sulu, terus melalui Lahad Datu atau Sandakan di Sabah.


Keempat: Membatalkan semua gelaran Sultan Sulu samada mereka Sultan dari UTC (Aranan), Sultan-sultan Kiram dan Shakirullah sehingga mereka duduk semeja berbincang tentang siapa yang lebih layak diangkat menjadi Sultan Sulu. Mereka perlu mengisi beberapa helai borang sebagai kelayakan menjadi Sultan Sulu. Antara soalan ialah,

*Benarkah anda berketurunan Diraja Sulu? Kalau ya, Salasilah keturun anda perlu ada sebagai bukti bersama sokongan dan dokongan kerabat anda yang lain.

*Benarkah ada rakyat yang mendokong anda dan rela anda sebagai pemimpin mereka? Sekiranya ada sila kemukakan bukti secara bertulis bahawa mereka menyokong anda sebagai pemimpin.

Dan beberapa soalan lagi yang akan dikemukakan oleh Council of Regents yang perlu dijawab oleh individu yang mahu atau mengaku sebagai Sultan Sulu. Setelah itu sesiapa yang mampu menjawab kerana kreteria sebagai sultan Sulu telah memihak kepada dirinya maka beliaulah yang akan dilantik sebagai SULTAN SULU.

Kelima: Para Datu yang terlibat atau berada dalam Council of Regents Sultanate Of Sulu tidak layak atau tidak boleh diangkat menjadi Sultan Sulu. Hal ini adalah muktamad seperti yang diminta oleh YM Datu Albi Ahmad Julkarnain sendiri. Perkara ini perlu sebagai penegasan agar tiada kepentingan lain dalam Council of Regents demi kelancaran pentadbiran untuk kepentingan Negara Sulu Darul Islam. Dengan kata lain Council of Regents juga dikenali sebagai United Tausug People (UTP).

Demikianlah 5 perkara yang penulis dapat simpulkan selama beberapa hari setelah selesainya Summit pada 17hb Nov baru-baru ini. Sekiranya ada penambahan kepada 5 perkara di atas penulis akan maklumkan kemudian.

Berkenaan perlantikan Sultan Sulu walau pun pada awalnya Datu Ladjamura Aranan telah dilantik oleh United Tausug Citizens (UTC) sebagai Sultan Sulu pada 19hb Mac 2009 lalu hanyalah sekadar pengesahan bahawa beliau pempunyai pendokong yang setia dari kalangan rakyat sehingga mampu mengumpul lebih 30,000 keahlian dalam surat kelahiran UTC dan beliau adalah layak diangkat menjadi Sultan Sulu sebenar sekiranya tiada Sultan lain yang mengatasi dirinya. Menurut YM Datu Albi, Datu Ladjamura Aranan adalah pemberani dan cekal serta mempunyai wawasan jauh berbanding yang lain. Malah menurutnya Datu Ladjamura mampu bertahan dengan membawa pengikutnya berarak setiap bulan dalam beberapa tahun secara konsistan sekali pun tiada bantuan kewangan dari luar. Dan beliau memuji Atty. Meltino Jaujan Sibulan yang sanggup meninggalkan kauntungan guamannya semata-mata membantu UTC.

YM Datu Albi telah disoal bagaimana sekiranya Sultan Fuad, Sultan Jamalul Kiram III, Sultan Esmail II, Sultan Ibrahim Bahjin dan yang lainya tidak mahu bersatu walau pun Council of Regents menjadi orang tengah antara UTC dengan mereka untuk bersatu? Beliau menjawab,

"Mereka perlu ditanya, siapakah yang mereka panggil dan minta pengesahan untuk mereka diangkat menjadi Sultan ketika dulu kalau bukan saya. Fuad, Jamalul, Esmail dan Bahjin tahu dan kenal saya. Mereka sangat yakin bahawa mereka adalah Sultan Sulu sebenar, maka inilah masanya mereka membuktikannya dimeja bulat bahawa mereka memang layak menjadi Sultan Sulu berbanding yang lain."

Ketika ditanya mengapa beliau membantu mereka menjadi Sultan Sulu ketika dulu beliau menjawab,

"Ini adalah kerja nenek moyang saya membantu Kesultanan Sulu untuk kembali berdaulat. Saya hanya menyambung kerja datuk saya Datu Julkarnain bukannya mahu menjadi sultan."

"Ketika Esmail bin Punjungan datang mengadu kepada saya tentang abangnya Sultan Jamalul Kiram III yang sudah menjadi kaya raya dibela oleh Malacanang katanya: "Attuk, kita telah ditipu oleh Jamalul, bantu saya pula." Maka saya pun bantu Esmail menjadi Sultan Sulu atas harapan Sulu mendapat kemerdekaannya semula di tangan Esmail. Malangnya beliau juga tidak ubah seperti abangnya keluar masuk Malaysia meminta wang. Hal ini mengecewakan saya. Demikian juga dengan Bahjin dan Fuad, mereka semuanya tidak mampu menjadi Sultan sebenar. Bila UTC keluar dengan membawa visi dan misi Kewarganegaraan Sulu maka saya berkata, inilah yang saya cari-cari selama ini."

Saudara Asarani sedang menyusun salinan surat kelahiran UTC yang telah berjaya didaftarkan sebanyak 30,000 lebih di pejabat UTC di Buansa, Jalan Billukan Drive, Jolo Sulu.

YM Datu Albi juga mengatakan, "Kegagalan saya dengan mengangkat sultan lain sebelum ini adalah kerana kesilapan saya sendiri. Mengangkat Sultan satu persatu tanpa terfikir bahawa untuk mengangkat satu-satu Sultan perlulah disokong dan didokong oleh rakyat jelata. Tanpa rakyat mana mungkin seseorang menjadi sultan seterusnya memimpin negara? Setelah melihat model UTC, barulah saya faham dimana kesilapan saya dan cara membetulkannya."

Laporan akan bersambung lagi...

ASREESULU

SUMMIT: Deklarasi Kesatuan Tausug!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, November 18, 2009 0 ulasan

Pagi 17hb Nov 2009, kira-kira jam 8:30 am, DXSM RADYO NG BAYAN JOLO, pemberitanya Maam Love Ilustre datang ke rumah Atty. Meltino Jaujan Sibulan selaku Legal Councel Sultanate Of Sulu (UTC) untuk ditemuramah berkenaan Summit.

Maam Love menekan punat walky talky ditangannya sambil bercakap dalam bahasa Tausug, "Helo, ayaw mu naa pabissaraha hi Mayor Amin duun. Interview hun ku naa hi Atty. Meltino" (Helo, kamu jangan bagi bercakap dulu Mayor Amin di sana. Biar saya temuramah Atty. Meltino dahulu).

Ketika temuramah tersebut yang keudara secara langsung, tiba-tiba Maam Love terhenti kerana terdapat gangguan dalam talian. Beberapa minit berlaku gangguan yang diistilahkan oleh Maam Love sebagai "Jammer" itu telah memutuskan talian. Maam Love mengambil keputusan untuk merakam temuramah Atty. Meltino dalam alat perakam suara yang kemudian berjanji akan menyiarkannya semula pada jam 2:00 pm nanti. Beliau mengomel,


"Ada pihak memusuhi anda yang menJAMMER talian temuramah ini secara langsung. Atau ada sesiapa di kawasan ini yang memiliki walky talky?". Kami menjawab tiada siapa yang memiliki walky talky dalam UTC.

Jam 9:00 am selesai temuramah, kemudian kira-kira jam 1:30 pm kumpulan perarakan UTC telah melalui hadapan rumah Atty. Meltino menuju ke tempat SUMMIT di Kapitol. UTC berarak sambil membawa kain rentang dan bendera Sulu. Sebahagian besar melilit kalimah Lailaha illallah Muhammadurrasulullah di kepala mereka. Ada yang memegang kain bertulis "Tausug Marilah Bersatu".


Penulis dan Neldy Jolo tidak menyertai perarakan kerana kami bertugas sebagai media atau wartawan blogspot. Sebelum itu penulis telah mengatur anak-anak muda UTC untuk ditugaskan sebagai wartawan UTC dan memberi taklimat bagaimana menggunakan kamera video.


Wartawan UTC diketuai oleh adik Atty. Meltino iaitu Bro Rodemel bin Melecio (lihat gambar sedang memegang video kamera). Wartawan UTC yang memegang Video Kamera 3 orang, pembantu juga 3 orang. Kali ini pasukan wartawan UTC agak besar dan teratur. Bahagian Fotografi penulis dan Neldy Jolo yang bertugas.
.
Untuk laporan seterusnya penulis akan ulas dalam artikel seterusnya.
.
ASREESULU

DECLARATION OF UNITY! (SUMMIT Nov 17 2009)

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

The 1st Tausug People's Summit held in Jolo, Sulu was successfully done by the Tausug people. They came up with the Unity Of Declaration to determine the future of the Tausug and the country, Sulu. Let us read the declaration below:




UNITED TAUSUG PEOPLE’S DECLARATION OF UNITY

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

WE, the tribes, organizations and the Royal Datus constituting the Bangsa Sug, also known as, Tausug, the people of the Sultanate of Sulu, assembled in the “1st Tausug People’s Summit” (Panagnaan Miswarat Sin Raayat Tausug), do hereby declare our utmost sincere and serious unity for change founded on truth, rights and justice.

THUS, we are the United Tausug People; so determined, based on truth, rights and justice, to attaining peace and security for the welfare and development of all.

BEARING in mind the truthfulness of the historical, political and legal creation of the State of the Sultanate of Sulu by the accord, unity and adherence of her sovereign people, entrusting the leadership and authority in the de jure Sultan, thus established and ruled, by series of sovereign Sultans, at first, by her founder Sayyid Abubakar, also known as, Al-Marhum Sultan Sharif-ul Hashim.

RECALLING the grandeur and war experiences of the State during the Spanish, American, and Japanese epochs unconquered; and with her present political status, she has still the rights to peace, security, self-determination and freedom based on the United Nation’s principles.

THEREFORE, we are united to assert our State’s historical, political and legal rights.

BY THE WILL OF ALLAH, we are sincerely and seriously united to declare the restoration of our State’s sovereignty and independence.

INSHAALLAH, the declaration will be celebrated in 605th Anniversary.

IN SO ASSERTING, we are united to create a Council of Regents spearheaded by Honorable Datu Albi Ahmad Julkarnain, as an interim governing body, consisting of Ulama, Religious leaders, Traditional leaders, political leaders, Royal Datus, professionals and the sovereign Tausug people, to:


  • 1. direct, administer and govern the affairs of the State of the Sultanate of Sulu;
  • 2. initiate, convene and propose a Constitutional Sultanate State defining the powers of the executive, legislative and judicial branch of government; and,
  • 3. to search, examine and declare, in accordance with the rules, one legitimate head of the State fully supported by her people; and,
  • 4. to conduct series of Miswarat (consultation) specifically, the holding of the 2nd Tausug People’s Summit in Tawi-Tawi and another in Zamboanga Peninsula, Basilan, Palawan and abroad.
LET THE COPY of this Declaration be furnished to the members of the United Nations, European Unions, Association of Southeast Asian Nations and to the Organization of Islamic Conference.

LET THE COPY ALSO of this Declaration be specifically furnished to the United States of America, United Kingdom, People’s Republic of China, Russia, France, Germany, Brunei, Indonesia, Turkey, Singapore, Philippines and Malaysia.

FURTHER, let the copy also of this Declaration be furnished to the Moro National Liberation Front and the Moro Islamic Liberation Front.

UNANIMOUSLY SIGNED by the United Tausug People this 30th day of Julkaidda 1430 A.H. (17 November 2009 C.E.) on the occasion of the “1st Tausug People’s Summit” held at the Capitol Hills, Sultanate of Sulu Darul Islam.



Sumber dari Atty. Mheltino Jaujan Sibulan
dipetik dari: http://theislandsofpearls.blogspot.com/

SOLUSI SULU: BUKAN PERANG SENJATA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, November 9, 2009 0 ulasan




United Tausug Citizens (UTC) memperjuangkan kemerdekaan Sulu dengan cara keamanan tanpa sengketa dan peperangan. Sekarang ada gerakan dari pihak tertentu untuk mengumpan Tausug agar melawan tentera Filipina secara besar-besaran dengan demikian akan dapat melibatkan MILF di Mindanao. Malangnya sudah ada Tausug yang masuk perangkap dan sekarang sedang merangka peperangan baru di seluruh Sulu dan Mindanao.

Bagi UTC berjihad dengan senjata adalah perlu tetapi bukan dalam konteks Sulu ketika ini. Kerana UTC melihat "peperangan" hanyalah umpan agar Sulu tidak akan dapat merdeka dan berterusan bermandi darah. Hal ini dibuktikan dari hasil kajian UTC selama hampir 3 tahun di Sulu bermula 2007 hingga 2009, membuktikan Filipina tidak boleh "menurunkan" bendera Sultan Sulu yang dipacak sekali pun dalam bandar:

  • Sekiranya mereka membuat operasi di pedalaman Jolo bila terlihat bendera UTC atau Sultan Sulu di hadapan, mereka mencari jalan lain agar tidak melalui jalan tersebut.
  • Ketika Sultan Bantilan Muizuddin II sampai di Zamboanga City beberapa bulan lalu, Baginda memacak benderanya di Istana sementaranya di satu kawasan perumahan yang dinamakan Putik. Pihak keselamatan Filipina tiba-tiba datang mahu menggeledah penginapan Sultan tetapi dilarang oleh Sultan dengan meminta waran geledah terlebih dahulu dari mahkamah. Pihak keselamatan menyatakan mereka akan kembali esok dengan waran geledah dari mahkamah Zamboanga. Malangnya sehingga saat ini (sudah hampir 3 bulan) Sultan masih menunggu pegawai tersebut datang bawa waran geledah, haram lubang hidung pun tidak kelihatan.
  • Ahli UTC di Sulu (Jolo, Basilan, Tawi-Tawi, Palawan) telah membuang Kad Undi Filipina dan tidak membayar lagi Cukai Kepala (Saidula) yang diwajibkan tentera Filipina tetapi UTC tidak pun ditangkap atau dipenjarakan.
  • UTC tidak pernah diganggu oleh tentera Filipina mahu pun Polis Marinnya sejak pendaftaran kewarganegaraannya dilancarkan pada akhir tahun 2007 yang lalu. Malah mereka tiada hak melarang demonstrasi dimana-mana pun sekiranya ia dianjurkan oleh UTC. UTC tidak perlu memohon permit untuk sebarang perarakan pada bila-bila masa.
  • Ketika berlaku semburan air keatas penunjuk perasaan UTC pada 17 Mac 2009 lalu Polis Filipina yang berbangsa Tausug mula merasa takut lalu meminta kepada Polis Marin Filipina untuk membantu mereka meleraikan penunjuk perasaan, apa jawapan Polis Marin Filipina?: "Ah!! Itu kamu punya hal, jangan libatkan kami!!"
Inilah yang dikatakan sebagai "KEDAULATAN SULU" yang tidak disedari oleh mereka yang masih berperang didalam hutan sana. Sepatutnya mereka menerima UTC yang datang kerumah-rumah kerana jalan-jalan kemerdekaan telah jelas dihadapan mata mereka.

Ternyata selama hampir 50 tahun peperangan di Sulu tidak menghasilkan apa-apa melainkan telah berjaya memusnah dan menjahanamkan generasi muda rakyat Sulu dan Mindanao.

SOAL-JAWAB UTC:

PERSOALAN:
Hal di atas berlaku kemungkinan adalah kerana UTC tidak bersenjata lantaran Filipina tidak mahu mengganggu mereka, sedang pada hakikatnya UTC tetap rakyat Filipina?

Ya benar, tetapi perlulah diingat, UTC bergerak dari sehari kesehari masuk kampung keluar kampung Tausug di Jolo memberi ceramah (mereka bawa generator, Laptop dan projektor) menjelaskan konsep kewarganegaraan Sulu iaitu TAUSUG. Mereka juga dididik bagaimana perlawanan senjata hanya kan memenangkan Filipina.

Semakin ramai yang mendaftar jadi ahli UTC tanpa halangan sehingga menular ke Basilan, Tawi-Tawi, Palawan, Zamboanga City malah ahli UTC beribu-ribu sudah masuk ke Sabah tanpa halangan. Lihat sahaja Komander Radulan di Patikul, beliau telah pun mendaftar jadi ahli UTC sebab itu beliau telah hentikan tentangan terhadap tentera Balikatan. Filipina akan mati kutu berperang seorang-seorang kerana semuanya sudah hampir jadi UTC.

Maka untuk mengatakan UTC "pada hakikatnya masih warga Filipina" ternafi dengan sendirinya. Kenyataan ini bukan sekadar melihat keadaan semasa tetapi perlu melihat sejarahnya. Tanpa sejarah UTC tidak akan muncul.


PERSOALAN:
Mengapa UTC masuk ke Sabah, bukankah ini telah melanggar hak Negara Malaysia?

Ya benar, tetapi UTC adalah golongan fakir miskin dan papa kedana. Sultan Bantilan Muizuddin II pastinya tidak akan mampu menghalang rakyatnya yang mahu ke Sabah mendapatkan sesuap nasi kerana negara masih tidak mampu memberi peluang pekerjaan. Kesultanan Sulu masih menggunakan perjanjian 1878 dengan kompani DENT bahawa rakyatnya bebas keluar masuk antara Sulu dan North Borneo tetapi Kompani Dent (Alfred) boleh menghukum rakyat Sulu yang lakukan jenayah.

Dalam konteks Malaysia, UTC sangat memerlukan bantuan Malaysia atas dasar persaudaraan seagama dan kemanusiaan. UTC telah melakukan sedaya upaya untuk hubungan yang lebih baik terutama dengan "Tidak menuntut Sabah" agar negara Malaysia dapat mengekalkan wilayahnya sampai bila-bila. Tinggal lagi, UTC sangat mengharapkan agar Malaysia tidak terpancing dengan rentak Filipina "memFilipinokan" Tausug. Walau bagaimana pun hal tersebut bolehlah dibincangkan secara muhibbah dan semangat persaudaraan.


PERSOALAN:
Sekiranya berlaku peperangan besar-besaran yang akan dicetuskan oleh pihak tertentu sehingga melibatkan pembunuhan ahli UTC bukankah UTC patut membela mereka dengan senjata?

Perang di Sulu sejak 1972 hingga kini telah dijadikan perangkap tanpa disedari. Ahli UTC sekiranya mereka bunuh akan kami bela dengan senaraikan sebagai syuhada' dan akan kami bawa ke muka antarabangsa sebagai kezaliman kepada rakyat Sulu yang tidak bersenjata. Ini adalah penganiayaan, siapa yang lakukannya, siapa yang bersubahat, kami akan heret mereka ke muka pengadilan antarabangsa. Kami tidak akan masuk dalam perangkap perang sekali pun kami semuanya mempunyai senjata M-16 di rumah, kami tidak akan melawan. Kami akan lawan dengan kesabaran kerana Allah swt akan bersama dan memihak orang yang sabar.


PERSOALAN:
Bukankah satu kedayusan bagi kalian sekiranya tidak membalas pembunuhan terhadap kalian?

Jika kami membalas maka kami akan lebih dayus kerana pasti ramai yang terkorban di pihak UTC dan seterusnya perjuangannya hancur, inilah yang anda mahu. Ini adalah strategi kalian mengadakan peperangan besar-besaran dan kami juga punya strategi. STRATEGI adalah satu bentuk peperangan sekali pun bukan dalam bentuk senjata api. Konsep Yin dan Yang adalah penjelasan terhadap hal ini. Sebab itu kami katakan sekiranya ada anggota UTC dibunuh sedangkan mereka mempertahankan negara dengan strategi ini dan dibunuh tanpa bersenjata maka kami menganggapnya Syuhada'.

(Penjelasan konsep secara keseluruhan di atas adalah metod UTC sejak mula diperkenalkan pada awal tahun 2006)

ASREESULU

PENGHARGAAN

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, November 8, 2009 0 ulasan

Dari kiri, Ust Agus Al-Bogori, Pak Muhammad Guntur.

Penulis ucapkan jutaan terima kasih atas layanan baik rakyat Indonesia selama kami berada di sana. Terutama yang kami kasihi Mufti Sulu Darul Islam, Datu Paduka Maulana Shar'i Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab, kepada Ustaz Hasri Harahap Al-Medani, dan tidak ketinggalan juga Ustaz Agus Al-Bogori bersama Pak Muhammad Guntur dari Pusat Zakat Pusat Islam, Masjid Raya Bogor beserta para pemimpin dan pentadbirnya, serta beberapa orang lagi yang penulis sudah lupa namanya. Syukran Jazilan Jazakallahu khairan kathira kepada semua.

InsyaAllah United Tausug Citizen dan Sultannya akan menghantar surat penghargaan secara rasmi tanda terima kasih.

Ziarah Prof Dr Didin, 07 Nov 2009

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan


Penulis berkesempatan bertemu Prof. DR. Didin Hafidhuddin, MSc di rumah beliau yang begitu sederhana bersama rombongan. Beliau adalah Ketua Umum (Ketua Pengarah) Badan Amil Zakat Nasional (BAZNAS). Penulis dibawa oleh ketua pengurus Masjid Raya Bogor menemui beliau untuk taaruf (berkenalan) seterusnya dapat menjalinkan silaturrahim lebih menyeluruh berkisar hal-hal zakat.

Penulis berkesempatan menceritakan berkenaan sejarah Tausug & Kesultanan Sulu serta masa depan Sulu yang merdeka. Beliau menyokong demi keamanan dan pendidikan anak-anak Sulu yang lebih baik dan sempurna. Dalam pertemuan yang serba ringkas ini beliau telah menghadiahkan dua buah buku terkini hasil karangannya kepada penulis dan Neldy. Setelah bergambar kami pun minta diri dan meneruskan perjalanan ke rumah Mufti Sulu yang terletak di pinggir kota Jakarta.

Jarak perjalanan antara Bogor dengan Jakarta agak jauh lebih kurang jarak antara Kuala Lumpur dengan Seremban. Selama 4 hari berada di Jakarta begitu mengujakan walau pun letih kerana kurang tidur. Keramahan penduduk Jakarta tidak jauh beza dengan keramahan orang-orang Sulu di Jolo. Malah persamaan bahasa Indonesia dengan bahasa Sulu begitu sangat ketara.

Sebagai contoh karipap di Malaysia disebut "Pastel" di Jakarta, sebenarnya Tausug juga menyebut demikian. Bahasa Melayu Indonesia menyebut "Satwa" kepada binatang atau haiwan, Tausug juga sama menyebut "Satwa" atau sattuwa. Di Malaysia, saudara tua lelaki disebut abang atau Along, tetapi bahasa Indonesia disebut "kakak", Tausug juga menyebutnya Kakak. Dalam bahasa Batak Sumatera "pencuri" disebut "Panakow", kalau "Curi" adalah "Takow", dalam bahasa Tausug juga sama pencuri disebut PANAKAW, curi adalah TAKAW. Dan banyak lagi persamaan yang mungkin penulis belum dengar. Jelasnya bahasa Melayu Tausug lebih hampir dengan bahasa Melayu Indonesia berbanding bahasa Melayu Malaysia.


Disambung cerita, penulis pun tiba di Jakarta langsung sekali lagi ke rumah Mufti Sulu, Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab. Habib melayan kami dengan baik, sambil makan tengah hari Habib bertanya tentang bagaimana misi musafir di Jakarta dan Bogor. Penulis pun menceritakan segala-galanya. Habib dengan tanpa jemu-jemu menjelaskan kepada penulis bahawa umat Islam Sulu mesti bersatu dengan semua pihak kerana bangsa, negara dan agama tercinta.

Habib juga menjelaskan sekiranya ada anak-anak Sulu yang mahu dihantar untuk disekolahkan di Indonesia biar beliau sahaja yang menguruskan mereka kerana FPI mempunyai puluhan pesantren di seluruh Indonesia. Habib memberi jaminan biasiswa penuh kepada anak-anak Sulu akan beliau berikan tetapi dengan syarat anak-anak Sulu mesti datang untuk belajar. Kami berpisah dengan Habib begitu menghibakan. Beliau sempat meminta penulis sampaikan hadiah beliau kepada Sultan Bantilan Muizuddin II berupa naskah Al-Qur'an kecil bersalut emas dalam sebuat peti yang indah. Alhamdulillah, syukran Habib.... Sehingg bertemu lagi di hari kemerdekaan!!!


ASREESULU

Ziarah Ke Rumah K.H. Al-Khaththath

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan


Ketika kedatangan penulis pada kali pertama dahulu, K.H. Muhammad Al-Khaththath, penulis dipertemukan dengan beliau di pejabat Suara Islam Jakarta. Setelah beliau mendengar penjelasan ringkas penulis berkenaan sejarah Tausug & Kesultanan Sulu beliau mula bersemangat.

Sebenarnya secara kebetulan KH M. Al-Khaththath adalah bekas anggota jamaah Hizbuttahrir Indonesia yang galak memperjuangkan Khilafah Islamiyah dunia Islam. Walau bagaimana pun beliau sekarang lebih neutral tidak seperti dulu ketika di Hizbuttahrir. Buktinya sekarang beliau telah menjadi Sekjen (Sekretari Jeneral) Forum Umat Islam Indonesia.

Peranannya memimpin forum organisasi Islam yang pelbagai di Indonesia menyebabkan beliau dilihat begitu penting dalam menentukan arah tuju umat Islam Indonesia. Beliau bersama kumpulan lain seperti Front Pembela Islam senantiasa berkerjasama dalam setiap protes atau demonstrasi di tengah-tengah Jakarta. Alhamdulillah, syukran atas layanan baik ustaz Al-Khaththath.....

ASREESULU

Ziarah Habib Muhammad Agil Al-Attas

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

Pada awal bulan Mac 2009 yang lalu penulis datang ke Jakarta buat kali pertama membawa misi keamanan Nusantara dan berkesempatan bertemu dengan Al-Habib Muhammad Agil Al-Attas. Kali ini kedatangan kali kedua ke Jakarta penulis berkesempatan lagi bertemu beliau.

Habib Muhammad Agil mempunyai murid hanya 40 orang dalam satu masa di pesantrennya di atas pergunungan Bogor. Penulis melihat kelebihan Habib yang seorang ini ialah kata-katanya yang punya hikmah berharga. Setiap pertuturannya membuatkan penulis kadang-kadang melelehkan air mata. Kelebihan ilmu "ihsan" beliau adalah manefestasi Suluk kesufian dari tariqah para ahlul bait sejak turun temurun. Faham kasih sayang sesama makhluk adalah perjuangan beliau melewati fahaman agama mahupun mazhab.

Beliau menyatakan penulis bahawa beliau sanggup menerima pelajar Sulu dengan biasiswa dari pesantrennya. Ketika beliau menghidangkan makanan dari sebuah dulang dengan lauk sederhana ikan masin penulis merasa sungguh lazat, hairan walau pun kami makan berempat dalam satu dulang. Penulis lihat Ustaz Agus dan Neldy Jolo makan begitu lahap sekali. Alhamdulillah, Syukran Habib......

ASREESULU

Bertemu Syeikh Nuruddin Al-Makki Al-Banjari 4 Nov 2009

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan


Dari kiri: Neldy Jolo, Syeikh Nuruddin Al-Makki Al-Banjari, Ustaz Agus, penulis.

Penulis bersama rombongan menuju ke Madrasah yang diasuh oleh Syeikh Nuruddin Al-Makki Al-Banjari. Kami menceritakan tujuan dan menjelaskan perihal sejarah Sulu kepada Syeikh. Kemudian pada malam selepas Solat Isyak beliau menjemput kami menghadiri majlis pembacaan Burdah di dewan mereka.

Penulis menyertai Syeikh Nuruddin membaca Burdah.

Setelah itu penulis diberikan masa menceritakan sejarah Sulu kepada santri (pelajar pesantren) kemudian ketika sesi soaljawab telah menghangatkan lagi ruang dewan tersebut. Antara soalan santri ialah berkisar tentang hubungkait Sulawesi dan Sulu East Sea atau Suluwesi. Juga soalan berkaitan dakwah di Sulu dari kalangan Jamaah Tabligh sekiranya ada. Soalan yang menarik perhatian ialah berkenaan keturunan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dari jalur keturunan Al-Husseini berdasarkan leluhurnya dari Kesultanan Sulu.

Foto lukisan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dikatakan berketurunan Kesultanan Sulu. Rujuk : http://ulama.blogspot.com

Santri:
Tadi anda menyatakan bahawa Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari adalah anak Sultan Sulu dari Kepulauan Sulu sedangkan menurut sejarahnya beliau berasal dari Kalimantan berketurunan Banjar.

Penulis:
Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari adalah seorang ulamak tersohor nusantara yang pernah menjadi rujukan rakyat Kesultanan di Tanah Banjar. Beliau adalah pengarang kitab Fiqh bertajuk Sabilal Muhtadin yang masih digunakan hingga kini. Berkenaan beliau berketurunan Sultan Sulu bukanlah dakwaan saya tetapi adalah hasil kajian seorang ulamak sejarah tersohor iaitu Almarhum ustaz Wan Mohammad Shagir Al-Fathani, beliau adalah cucu kepada Syeikh Daud Al-Fathani yang tinggal di Malaysia. Saya telah baca hasil kajian beliau yang menyebut nasab keturunan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari adalah salah seorang dari anak atau dari anak keturunan Sultan Sulu.

Sesi soaljawab dengan para santri.

Setelah selesai majlis penulis dan Neldy Jolo serta sahabat-sahabat lain menuju ke rumah tamu bersama Syeikh Nuruddin. Sebelum berpisah Syeikh Nuruddin memberitahu penulis bahawa beliau sanggup menerima 5 ke 10 orang anak-anak Sulu dengan biasiswa penuh dari beliau pada bila-bila masa. Kami ucapkan terima kasih kepada Syeikh Nuruddin dan kembali ke Masjid Raya Bogor.

ASREESULU

Surat Sultan Sulu Kepada Muftinya

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, November 7, 2009 0 ulasan


Surat Sultan Sulu DYMM Sultan Bantilan Muizuddin II



Surat Mufti Sulu kepada Sultan dan rakyat Sulu keseluruhannya.


Mufti Sulu menyerahkan suratnya kepada penulis untuk disampaikan kepada DYMM Sultan Bantilan Muizuddin II.

Biodata Mufti Kerajaan Sulu Darul Islam

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

Berikut ialah Biodata Mufti Kerajaan Sulu Darul Islam:

BIODATA

Nama : Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab
Lahir : Jakarta, 24 Agustus 1965
Agama : Islam
Ayah : Husein Syihab (almarhum)
Ibu : Sidah Alatas
Istri : Fadlun Yahya
Anak : Rufaidah Syihab, Humaira Syihab, Zulfa Syihab, Najwa Syihab, Muntaz Syihab

Pendidikan :

-SDN 1 Petamburan, Jakarta (1975)
-SMP 40 Pejompongan, Jakarta
-SMP Kristen Bethel Petamburan, Jakarta (1979)
-SMAN 4, Gambir, Jakarta
-SMA Islamic Village, Tangerang (1982)
-Jurusan Studi Agama Islam (Fikih dan Ushul) King Saud University (S1), Riyadh, Arab Saudi (1990)
-Studi Islam, Universitas Antar-Bangsa (S2), Malaysia (tidak tamat)

Karir :

-Kepsek Madrasah Aliyah Jamiat Kheir, Jakarta
-Dewan Syariat BPRS At-Taqwa, Tangerang
-Pimpinan/pembina sejumlah majelis ta’lim Jabotabek
-Ketua Umum Front Pembela Islam (FPI)
-Alamat Rumah : Jalan Petamburan III/83, Tanahabang, Jakarta Pusat 10260
-Alamat Kantor : Jalan Petamburan III/17, Tanahabang, Jakarta Pusat 10260

Website : www.fpi.jx.st/www.front-islam.f25.com


BIOGRAFI

Riziek tidak dididik di pesantren. Namun sejak berusia empat tahun, ia sudah rajin mengaji di masjid-masjid. Ibunya yang sekaligus berperan sebagai bapak dan bekerja sebagai penjahit pakaian serta perias pengantin, sangat memperhatikan pendidikan Riziek dan satu anaknya yang lain.

Setelah lulus SD, Riziek masuk ke SMP Pejompongan, Jakarta Pusat. Ternyata jarak sekolah dengan rumahnya di Petamburan, juga di Jakarta Pusat, terlalu jauh. Ia pun kemudian dipindahkan ke sekolah yang lebih dekat dengan tempat tinggalnya, SMP Kristen Bethel Petamburan. Meskipun ia beragama Islam, Riziek mampu mengikuti pelajaran agama Kristen yang diberikan di sekolah barunya tersebut. Lulus SMA, Riziek meneruskan studinya di King Saud University, Arab Saudi, yang diselesaikan dalam waktu empat tahun dengan predikat cum-laude. Riziek pernah kuliah untuk mengambil S2 di Malaysia, tetapi hanya setahun.

Riziek mendeklarasikan berdirinya Front Pembela Islam (FPI) tanggal 17 Agustus 1998. FPI mulai dikenal sejak terjadi Peristiwa Ketapang, Jakarta, 22 November 1998, sekitar 200 anggota massa FPI bentrok dengan ratusan preman. Bentrokan bernuansa suku, agama, ras, antargolongan ini mengakibatkan beberapa rumah warga dan rumah ibadah terbakar serta menewaskan sejumlah orang.

Pascatragedi World Trade Center, Riziek bersama anggota FPI giat melakukan kampenye anti-Amerika dan mengutuk penyerangan Amerika terhadap Afghanistan. Sampai-sampai Riziek mengajak anak-anaknya, yang semula sangat doyan melahap makanan McDonald dan Kentucky, memboikot produk Amerika. FPI juga melakukan sweeping terhadap warga negeri tersebut. FPI juga giat merazia tempat-tempat hiburan.(tbt/*)

Misi Keamanan Nusantara Ke INDONESIA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

Penulis berlepas dari LCCT menaiki AIRASIA ke Jakarta pada 03 Nov 2009 lalu. Manakala saudara Neldy Jolo menaiki pesawat AIRASIA dari Kota Kinabalu ke Jakarta pada tarikh yang sama. Kami bertemu di Lapangan Terbang Seokarno Hatta, Jakarta. Disambut oleh Ustaz Hasri Harahap Al-Medani, Ustaz Agus dari Front Pembela Islam (FPI) Bogor.

Kos perjalanan dikeluarkan oleh Pusat Zakat Masjid Raya Bogor atas dasar "bantuan kepada musafir" yang termasuk dalam asnaf dibolehkan mendapat wang zakat. Syukran jazakallah khairul jaza' kepada umat Islam Indonesia atas bantuan ini.

Penulis dan Neldy Jolo sebenarnya sudah lama ingin datang ke Jakarta untuk membawa misi keamanan dari United Tausug Citizens (UTC). Sebenarnya penulis dan Neldy Jolo telah lama dilantik sebagai Representative At Large UTC atau Sultanate Of Sulu ke luar negara bermula pada 19 Mac 2009 lalu oleh Dibawah Duli Yang Maha Mulia (Allah swt) iaitu Sultan Bantilan Muizuddin II bin Datu Wasik Aranan. Oleh kerana masalah kewangan kami tidak dapat bergerak kemana-mana sehinggalah pusat zakat Masjid Raya Bogor keluarkan bantuan perjalanan selama berada di Jakarta.

Juga bantuan tambang membeli tiket pergi balik dari saudara kami UTC di Kota Kinabalu dan UTC Sandakan terutamanya saudara Mohammad Syahriz (sekadar menyebut nama samaran kerana beliau tidak mahu dikenali) yang tidak putus-putus memberi perangsang dan semangat. Saudara Mat Syahriz sebenarnya bukanlah UTC, beliau adalah rakyat Malaysia "Sabahan" yang hanya mahu melihat Malaysia dan Sulu "tetap bersaudara" dan bersatu hati sampai bila-bila.

InsyaAllah laporan perjalanan akan penulis paparkan di artikel seterusnya. Harap saudara-saudara kami para pelawat blog bersabar dan senantiasa menyokong serta mengikuti blog ini setiap masa. InsyaAllah program kutipan bantuan akan kami lancarkan di Kuala Lumpur. Sekarang penulis tengah mengaturkan pertemuan dengan para pemimpin NGO-NGO Islam di Kuala Lumpur untuk mewujudkan pejabat sementara UTC untuk memudahkan bantuan kemanusiaan dihantar ke Jolo, Sulu. Bantuan pendidikan dan penerbitan makalah/majalah mahu pun risalah atau buku sedang dirangka.

Deklarasi kemerdekaan Sulu semakin hampir iaitu pada bulan Mei 2010 nanti. UTC sangat mengharapkan pelbagai bantuan saudara-saudara kita di Malaysia samada bantuan kewangan dan apa sahaja untuk dapat disalurkan ke Sulu secepat mungkin.

ASREESULU

(Penjelasan Foto di atas kiri: Penulis bersama sohibussamahah Mufti Kerajaan Sulu Darul Islam, Maulana Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab di rumahnya di Jalan Petaburan Jakarta pada petang 07 November 2009 kelmarin sebelum penulis menaiki pesawat)

Mari MemFILIPINOkan Tausug!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, November 2, 2009 0 ulasan


Tiga hari yang lepas penulis berada di Sandakan kerana beberapa hal yang perlu diselesaikan. Orang-orang Sulu yang tinggal di Sandakan begitu kecoh dan sibuk menguruskan "sesuatu". Penulis bertanya kepada saudara Al-Janjawi yang tinggal di Kg. Bahagia mengapa suasana begitu sibuk. Rupa-rupanya mereka sibuk mendaftar passport Filipina di tiga tempat iaitu Sunbay Hotel, Batu 1 1/2 berdekatan Restoran The Boss dan satu lagi di Batu 3 (tempat ni penulis belum lihat).

Penulis sangat tertarik mengulas hal ini kerana bukti satu lagi telah "muncul" tanpa diminta. Selama penulis hidup tidak pernah ada yang dinamakan "Konsul Sementara" Filipina di Sabah kecuali sekarang. Yang ganjilnya dibuka di seluruh Sabah dengan Sandakan sahaja dibuka di tiga lokasi. Mengapa ini berlaku?

Penulis kembali ke rumah dan menyenaraikan beberapa fakta dan kemungkinan lalu membuat satu kira-kira berupa analisis. Keesokannya penulis berjumpa semula dengan sahabat-sahabat dan mula menjelaskan situasi yang berlaku sambil meminta pandangan tambahan dari mereka.


KETAKUTAN KERAJAAN FILIPINA TERHADAP UTC
United Tausug Citizens adalah ilham Datu Ladjamura bin Datu Wasik Aranan yang kemudian diterima oleh peguamnya iaitu Atty. Meltino Jaujan Sibulan pada akhir tahun 2007. Maka mereka mula perkenalkan Kewarganegaraan Sulu iaitu TAUSUG. Istilah TAUSUG hanyalah kewarganegaraan tetapi etnik mereka samada Buranun, Sama-Bajau dan sebagainya tetap dikekalkan. Ia sama dengan istilah Warganegara Malaysia, walau pun berlainan keturunan dan bangsa mereka tetap MALAY-SIA.

Semenjak itu mereka mula menjalankan kempen perarakan secara aman "Menghalau Filipina Dari Bumi Sulu". Berbulan bulan mereka lakukan perarakan di Bandar Jolo sehingga perarakan yang ke-11 barulah mereka berhenti. Perarakan ke-11 adalah perarakan terakhir dan hari pertabalan Sultan Sulu yang pertama "Diangkat Oleh Rakyat" iaitu Datu Ladjamura sendiri sebagai Sultan Bantilan Muizuddin II, selepas kemangkatan Sultan Sulu terakhir (Sultan Muhammad Jamalul Kiram II, 1936).

Perarakan ini telah menghairankan ahli Kongres Filipina di Manila, mereka persoalkan mengapa United Tausug Citizens (UTC) tidak sahaja ditembak atau disumbat masuk dalam penjara atau pun diheret ke mahkamah kerana "Menderhaka"? Malangnya mereka tidak akan dapat berbuat apa-apa malah UTC tidak boleh diheret ke mahkamah kerana mereka bukan RAKYAT FILIPINA. Hanya ada satu jalan iaitu "mensabotaj" UTC, masalahnya tentera AS ada di Sulu, sebarang sabotaj akan membawa padah kepada Filipina.

Kongres Filipina pun mula berpakat membubarkan BALIKATAN dan meminta tentera AS keluar dari Sulu mengalihkan mereka ke Luzon, agar tentera Filipina dapat mensabotaj UTC. Menyedari hal ini AS telah bertindak dulu menyerang MNLF di Jolo pada pagi Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini menyebabkan keinginan kongres Filipina untuk membubarkan BALIKATAN serta mengalihkan tentera AS ke Luzon telah terhalang. Kerana AS mengatakan mereka menyerang Pengganas Abu Sayyaf yang di sokong oleh Al-Qaeda. Nampaknya MNLF telah jadi "Kambing Hitam" dalam percaturan ini, nyata AS tidak akan keluar dari Sulu. Ada BENDA berharga di sini yang tidak mungkin mereka lepaskan.


MEMFILIPINO TAUSUG DI SABAH
Filipina kemudian telah menemui satu jalan terakhir, sekurang-kurangnya dapat melambatkan "Kemaraan" UTC seterusnya mendapat sedikit masa untuk memikirkan bagaimana memusnahkan UTC. Apakah jalan terakhir itu?

Dengan mendaftarkan masyarakat Sulu di Sabah menjadi Filipino maka dapat memudahkan mereka mendapat pekerjaan di Sabah atau di semenanjung Malaysia. Diharapkan mereka kekal menjadi Filipino bukannya UTC. Dalam hal ini penulis sangat khuatir negara kita Malaysia terheret dengan permainan Filipina ini. Sekarang kita sudah ada dua "Filipino" iaitu pelarian perang Moro yang diberi oleh Malaysia taraf MyPR yang sebelumnya memegang pass perjalanan IMM13, dan ditambah lagi oleh Passport Filipina yang diambil di Sabah. Dalam IMM13 ditulis WARGANEGARA FILIPINA dan ketika memohon MyPR juga tertulis warganegara Filipina atau Filipino.

Hairan, bagaimana Filipina berjaya meletakkan Konsul Sementaranya di seluruh Sabah dengan tujuan mempermudahkan pengambilan Passport Filipina DI DALAM NEGERI SABAH? Hal ini sangat menghairankan penulis. Mana mungkin PTI Indonesia yang tiada passport itu boleh memohon passport di Kedutaan Indonesia Kuala Lumpur? Kalau boleh mengapa mereka perlu "diseksa" kembali ke Indonesia untuk mendapatkan Passport mereka di sana?

Penulis telah menyiasat sekiranya Imigresyen Malaysia bersekongkol dalam hal ini, penulis dapati seperti tiada keselarasan, hal ini dibuktikan dengan kes surat nikah pasangan Tausug yang mendapatkan passport Filipinanya di Sandakan telah ditolak oleh JAHEINS. Menurut JAHEINS surat nikah pasangan tersebut tidak boleh dikeluarkan kerana Passport Filipinanya diambil di Sabah bukan di Filipina. Penulis tahu hal ini kerana pakcik penulis adalah jurunikah lantikan JAHEINS beliau telah ceritakan perkara ini.

Negara kita Malaysia kena bertindak menghalang atau menghalau Konsul Sementara Filipina dari bumi Sabah sebelum Filipina mengheret Malaysia sama-sama jatuh ke dalam LUBANG KEDAULATAN.


FILIPINA SEJAK DULU ENGGAN LETAK KONSUL DI SABAH
Beberapa tahun yang lalu Ketua Menteri Sabah (Musa Aman) telah menghadapi masalah menghantar pendatang Tausug yang ditangkap di Sabah untuk dihantar semula ke Filipina. Ketua Menteri telah pun memberikan sebidang tanah di Kota Kinabalu untuk Filipina membina Konsulatnya. Malangnya telah ditolak bulat-bulat oleh Filipina kerana kalau dibina konsul di bumi Sabah bermakna Filipina "mengiktiraf Sabah" kepunyaan Malaysia. Jalan mudah Filipina ialah tidak membina Konsulnya, sesiapa yang mahukan Passport Filipina sila datang sendiri ke Zamboanga City. Sekarang lain pula jadinya semenjak kemunculan UTC di Jolo!!

Inilah perangai buruk Filipina masih mengaku "Sabah Adalah Haknya" tanpa rasa malu. Hari ini mereka telah jilat ludah mereka sendiri di lantai dengan membina konsul di Sabah. Bukan setakat satu malah di Sandakan sahaja ada 3 tempat bayangkan ditempat lain. Untuk mengurangkan tekanan atau "Rasa Malu" Filipina meletak nama "Konsul Sementara". Hal ini menjadi modal gelak ketawa ahli UTC di Sandakan.

Penulis memohon kepada Kerajaan Malaysia agar tidak terbabit dengan perancangan Filipina ini. Penulis sangat risau Filipina tidak mahu berseorangan "dipersalahkan" oleh UTC lantaran mengheret Malaysia sekali. Yang lebih merisaukan penulis sekiranya Malaysia berterusan mengikut rentak Filipina, UTC akan bertanggapan negatif dengan mengaitkan Malaysia bersekongkol "memerangi Umat Islam Sulu" semenjak zaman Marcos lagi. Kerana sebelum ini UTC telah pun diberitahu oleh beberapa pihak yang kononnya Malaysia berkerjasama dengan Filipina memerangi Sulu agar Sabah selamanya tidak tertuntut. Alhamdulillah UTC meletak berita tersebut sebagai "Fitnah dan Adu Domba" sahaja.

Kerjasama Malaysia dalam hal ini sangat diharapkan oleh UTC demi perpaduan serumpun dan seagama.


ASREESULU

Membongkar Keturunan Sultan PULALUN? (Edit Semula)

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, November 1, 2009 7 ulasan


Queen Victoria, rujuk http://en.wikipedia.org/

Pada tahun lepas penulis tergelak tahap tergolek bila seorang sahabat dari Johor mengatakan bahawa Queen Elizabeth II adalah berketurunan Tausug. Tetapi setelah beliau menunjukkan bukti secara bertulis (walau pun tidak lengkap) menyebabkan penulis terfikir untuk membuat kajian lanjut.

Baru-baru ini seorang lagi sahabat karib penulis yang datang dari Bongao, Sulu bercerita tentang keturunannya serta mendedahkan beberapa individu yang pernah menyandang kerusi Kesultanan Sulu, yang beliau dakwa sebagai anak Queen Victoria, United Kingdom of Great Britain. Untuk meyakinkan dakwaan beliau, catatan berbentuk manuskrip salasilah yang menyebut demikian telah disebut. Penulis telah meminta kepada beliau membawa manuskrip tersebut agar penulis dapat mengkajinya.

Dakwaan beliau akan penulis paparkan di sini untuk kita dapat kongsi bersama. Sebenarnya secara peribadi penulis percaya 60% terhadap dakwaan beliau ini kerana wujud beberapa bukti zahir terutama kalau dirujuk pada salasilah Kesultanan Sulu. Bukti-bukti beliau agak meyakinkan dan penulis hanya akan 80% yakin sekiranya beliau tunjukkan manuskrip yang beliau dakwa sebagai Salasilah Keturunan Kesultanan Sulu yang "sebenar".

Sebelum penulis memaparkan cerita beliau, perlulah dipaparkan beberapa fakta asas tentang Tausug & Kesultanan Sulu sebagai panduan memahami jalan cerita:

  • Sulu semenjak 2500 sebelum Masihi telah dikenali oleh Bangsa Kanaan sebagai kepulauan yang kaya demngan emas dan mutiara.
  • Ketika pemerintahan Raja Sulaiman a.s. di Jerusalem, kekayaan kerajaannya berupa emas dan sebagainya didapati dari kepulauan Sulu yang mereka sebut sebagai Sinim.
  • Setelah kekalahan Bani Israel ditangan tentera Rom, 10 kaum (10 Tribes of Israel) mereka lari dari Jerusalem menuju ke kepulauan Sulu (Jolo, Basilan dan Cebu) pada tahun 350-200 sebelum Masihi.
  • Pada tahun antara 700 - 750 Masihi satu kaum telah bersivilizasi di kepulauan Sulu yang berpusat di Pulau Basilan yang akhirnya mewujudkan kerajaan KUMALARANG iaitu kaum Taguimaha. Mereka telah pun beragama Islam ketika ini. Agama ini disebar oleh orang China dari Dinasti Tang.
  • Dinasti China purba telah lama mengenali Kepulauan Sulu sebagai tempat yang kaya dan menarik lalu mereka namakan sebagai Su-Lu atau Lu-Sung (Luzon). Dinasty China juga menyebut Sug sebagai SUNG kerana lidah mereka yang sukar menyebut SUG. Menurut Neldy Jolo, Luzon adalah dari kata Lu-Sung, kalau diterbalikkan jadi Sung-Lu atau Su-lu juga mempunyai maksud yang sama. Sila ke blog beliau di http://theislandsofpearls.blogspot.com untuk dapatkan jawaban lengkap.
  • Pada awal abad ke-12, para Sayyid atau Makhdumin (Ahlul Bait) telah mengetahui kedudukan kepulauan Sulu yang dikenali Madi Mahat (Satu tempat bersejarah yang hebat) oleh para pedagang Arab ketika itu.
  • Pada abad akhir ke-13 kedatangan para ulama' Makhdumin @ Sayyid (Ahlul Bait Rasulullah SAW) telah menjadi fenomena yang mengagumkan penduduk Nusantara termasuklah Sulu, mereka diterima sebagai guru, ketua dan pemimpin seterusnya diangkat menjadi Sultan Sulu.
  • Akhir abad ke-14 Eropah datang menghujani Nusantara untuk misi penjajahan dan penyebaran agama Kristian atas nama "Rempah Ratus" setelah kekalahan mereka dalam Perang Salib. Spanyol tanpa menghiraukan wilayah lain di Nusantara mereka langsung menuju ke Sulu kerana mereka mengetahui "kekayaan" Sulu dari lidah Muslimin Spanyol (Era Andalusia) dari translasi manuskrip Hebrew.
  • Pada abad ke-17 hingga ke-18 Inggeris telah mula menyedari kekuatan dan kekayaan Sulu. Mereka utus seorang lelaki bernama Dyrample menyiasat dan merapatkan hubungan dengan kerajaan Sulu ketika pemerintahan Sultan Bantilan Muizuddin I, kemudian datang lagi Sir John Hunt yang diutus oleh Sir Stamford Raffles yang berpusat di Singapura ketika itu (kemungkinan Sir John Hunt datang membayar ufti pada 1814). Kedatangan Raja Sarawak James Brook ke Sulu sebelum dapat memerintah Sarawak kemungkinan besar menghantar ufti juga. Kerana kalau gagal membayar mereka akan diancam oleh tentera laut Sulu yang kejam dan ganas iaitu Iranun dan Balangingi. Inilah yang dinamakan oleh Prof. James Francis Warren sebagai Sulu Zone.
  • Kawasan Sulu Zone adalah semua kawasan laut Nusantara termasuk Vietnam dan Taiwan.
  • Dalam sejarah, Inggeris tidak pernah memerangi Sulu malah ketika Datu Teteng memusnahkan kubu mereka di Pulau Balambangan pada 1775, Inggeris langsung tidak membalas malah ketika Sulu memerangi Spanyol Inggerislah yang banyak membantu Sulu. Mengapa ini berlaku?

Sultan Muhammad Fadl Pulalun menaiki takhta 1842-1862. Perhatikan wajahnya yang lebih mirip wajah seorang lelaki Eropah. Bermuka lonjong, hidung mancung dengan mata agak tersembul.


SIAPA SULTAN PULALUN?
Pulalun bermaksud "kemerah-merahan". Dalam bahasa Sulug "Pula" bermaksud merah, tambahan "un" hanya sekadar penegasan bahawa beliau memang benar-benar kemerahan. Dalam sejarah kesultanan Sulu salah seorang sultannya bernama Sultan Muhammad Fadl Pulalun bin Sultan Muhammad Jamalul Kiram I. Untuk mengesan punca mengapa Sultan Pulalun digelar Pulalun perlulah diselidik latar belakang ibunya. Mari kita suaikan dengan cerita sahabat penulis yang hanya perkenalkan dirinya sebagai Bro Sam:

  • Seorang Raja Wanita bernama Queen Victoria, United Kingdom of Great Britain telah datang ke Sulu.
  • Victoria ketika itu sangat berkuasa kerana kedudukannya yang bukan sekadar Raja malah sebagai lambang kesucian "Virgin Mery".
  • Baginda datang ke Sulu kemungkinan ketertarikannya terhadap keindahan kepulauan Sulu serta kekayaan dan keberanian penduduknya hasil laporan Dyrample.
  • Victoria setelah tiba di Sulu baginda menjadi tetamu yang menggembirakan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I.
  • Mereka saling tertarik lalu Victoria mengahwini Sultan Muhammad Jamalul Kiram I. Dalam hal ini, samada Victoria Islam atau tidak tidak menjadi masalah bagi Sultan, kerana dalam syariat Islam, lelaki Islam boleh berkahwin dengan wanita ahli kitab.
  • Tidak berapa lama kemudian Victoria telah mengandung.
  • Ketika beliau mengandungkan anak pertama beliau kembali ke England sehingga melahirkan seorang anak yang comel.
  • Almaklum sajalah, anak yang dilahirkan yang ayahandanya berdarah Arab-Tausug dan ibunya berdarah Inggeris tulin hasilnya ialah anak yang kemerah-merahan.
  • Beliau kembali ke Sulu membawa anaknya kemudian ketika mencecah usia 16 tahun anak tersebut telah ditabal menjadi Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Muhammad Fadl Pulalun. Persoalan timbul, mengapa digelar FADL?
  • Fadl adalah dari bahasa Arab bermaksud "Sesuai" atau Afdhal "yang lebih patut atau sesuai", nama ini menggambarkan seperti ada perebutan siapa yang lebih patut menaiki takhta Sulu.
  • Sebenarnya isteri pertama Sultan Jamalul Kiram I berketurunan Tausug yang mempunyai beberapa orang anak lelaki yang lebih patut diangkat menjadi Sultan Sulu. Sedangkan isteri terakhir ini (Victoria) bukan sahaja dari orang luar yang tidak tahu Agama Islam malah tidak langsung berjiwa Tausug.
  • Walau pun banyak tentangan Sultan Jamalul Kiram I tetap melantik anaknya dari isteri terakhir (Victoria) dengan menamakannya sebagai lebih "Afdhal" menaiki takhta kerana ibundanya adalah seorang Raja Perempuan Britain yang sangat berkuasa.
  • Sebahagian para Datu kecewa dengan perlantikan Fadl Pulalun terutama dari keluarga sebelah Isteri Pertama sehingga munculnya beberapa sumpahan kepada keluarga Fadl Pulalun.
  • Sumpahan ini sebahagiannya bernada ramalan antaranya; Orang berkulit putih akan datang menguasai bangsa Sulu, keburukan dan kejatuhan institusi Kesultanan Sulu akan musnah ditangan keturunan Fadl Pulalun, keturunan Jamalul Kiram I tidak akan berkuasa lagi dan akan diganti oleh keturunan yang lebih mulia hingga Sulu memerintah Dunia.

Lihat Salasilah Kesultanan Sulu.

KEMUSNAHAN KIRAM YANG MEMUSNAHKAN
Hal ini menyebabkan Sultan Fadl Pulalun memendam rasa kecil hatinya. Ketika baginda hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir baginda telah berpesan kepada anakandanya agar menyerahkan kuasa kesultanan kepada datuk saudaranya iaitu Datu Aranan Puyo yang kemungkinan Fadl Pulalun berbuat demikian untuk menghentikan fitnah dan rasa tidak puas hati keluarga Kiram yang lain selama ini kepada diri dan keluarganya.

Datu Aranan adalah cucu kepada Sultan Bantilan Muizuddin I yang terkenal sebagai "penyelamat takhta" Sulu. Malangnya Datu Aranan Puyo menolak takhta tersebut setelah memegangnya selama seminggu bermula pada 25 Sept 1862 dengan alasan sudah tua dan miskin. Datu Aranan Puyo menyerahkan semula takhta Sulu kepada anakanda Fadl Pulalun iaitu Jamalul Alam. Menurut perkiraan penulis, Datu Aranan Puyo telah dinasihati oleh Sir John Hunt agar mengembalikan takhta tersebut demi menyelamatkan keluarga Diraja Britain tersebut dari dibunuh oleh musuh-musuh mereka yang berdendam keatas kenaikan takhta Fadl Pulalun yang lalu. Prof. Majul dalam Muslim in the Philippines menjelaskan bagaimana Sir John Hunt selalu mendampingi Datu Aranan dengan menyokong Datu Aranan menjadi Sultan.

Wajah Sultan Muhammad Jamalul Alam bin Sultan Muhammad Fadl Pulalun. Perhatikan wajahnya yang juga lonjong seperti ayahandanya, hidung mancung yang sedikit kembang (mungkin dari hidung ibunya), mata agak tersembul mirip ayahanda dan neneknya Queen Victoria.

Sultan Muhammad Jamalul Alam Pulalun
Ketika Sultan Muhammad Jamalul Alam bin Sultan Muhammad Fadl Pulalun menaiki takhta perancangan memusnahkan institusi Kesultanan Sulu telah bermula. Spanyol (kemungkinan rancangan bersama Britain) telah mula menyerang Kota tentera Laut Sulu di Pulau Balangingi yang dinamakan Kota Sipak. Setelah musnah, Spanyol menuju ke Sulu dan berlakulah peperangan terakhir antara Sulu dan Spanyol. Ketika peperangan berlangsung, Inggeris telah membantu Sulu dengan persenjataan melawan Spanyol dalam masa yang sama menipu Sultan Jamalul Alam sehingga Sultan menandatangani Perjanjian Pajakan Borneo Utara pada 1878.

Beberapa bulan kemudian Spanyol membuat perjanjian perdamaian dengan Sultan Sulu kerana tidak sanggup lagi mempertahankan kubunya di Jolo yang saban hari diserang oleh Tausug. Setelah selesai perang, Sultan Sulu menyedari bahawa beliau telah ditipu oleh Inggeris. Bukan sahaja baginda diperdaya menandatangani Perjanjian Pajakan Borneo Utara malah ketika berlangsung peperangan, German, Spanyol dan Inggeris membuat perjanjian sesama mereka untuk penyelesaian kuasa perdagangan di Sulu yang langsung tidak menguntungkan Sulu.

Jelas sekali kemarahan Tausug kepada Sultan semakin dikipas-kipas yang akhirnya baginda dicap sebagai penjual dan pemusnah Tanah Sulu tetapi baginda menafikannya dengan menyalahkan sepenuhnya kepada ejen Inggeris. Kekacauan ini akhirnya menular kepada anak-anaknya seolah-olah "Sumpahan" dari keluarga isteri pertama Sultan Jamalul Kiram I telah mula menimpa keluarga anak cucu Queen Victoria.

Sultan Badaruddin II, juga mirip lelaki Eropah.


Sultan Badaruddin II bin Sultan Muh. Jamalul Alam Pulalun
Ketika Sultan Badaruddin II bin Sultan Jamalul Alam memerintah, baginda telah menjadi ketagihan candu yang teruk sehingga menjejaskan penampilannya. Menurut beberapa catatan, yang memusnahkan kehidupan Sultan Badaruddin II ialah disebabkan candu.

Sultan Badaruddin II mempunyai seorang anak perempuan yang dianggap oleh sebahagian Tausug sebagai Wanita Kejam yang tidak berhati perut bernama Puteri Piandao. Puteri Piandao mahu menjadi Raja Perempuan sebagaimana neneknya Queen Victoria tetapi ditentang oleh para Datu dan ahli rumah bicara (Parlimen). Beliau tetap mengusahakan dirinya untuk menjadi Raja Perempuan dengan mengahwini seorang Datu berketurunan Iranun bernama Amil Bangsa.

Malangnya juga ditentang oleh para Datu dan ahli rumah bicara kerana Datu Iranun kononnya bukannya dari kalangan Datu Sulu yang layak menjadi Sultan. Apa yang berlaku pada Piandao kononnya beliau telah menjadi garang dan ganas dengan bertindak meracun siapa sahaja sepupu atau bapa saudaranya yang mahu menjadi Sultan Sulu.

Sultan Jamalul Kiram II adalah Sultan Sulu terakhir yang berdaulat. Perhatikan wajahnya, matanya juga tersembul seperti mata neneknya Queen Victoria.


Sultan Muh. Jamalul Kiram II bin Sultan Muh. Jamalul Alam Pulalun
Baginda telah diperdaya oleh Freemason Yahudi menyerahkan harta perbendaharaan Sulu 617,000 tan metrik jongkong emas untuk investasi pada tahun 1935. Oleh kerana baginda adalah cucu kepada Queen Victoria of England baginda sekiranya datang ke North Borneo dan Singapura baginda akan diarak dan diberi penghormatan dilepaskan beberapa das tembakan ke udara tanda hormat atas kedaulatannya. Kemudian pada tahun 1936 baginda telah dilaporkan mangkat kerana kononnya diracun. Sebahagian manusia menuduh Piandao binti Sultan Badaruddin II yang meracunnya sebahagiannya menuduh AS dan Freemason Singapura yang meracunnya. Tetapi yang paling terkenal ialah bahawa satu-satunya yang lakukan ialah Piandao sendiri yang meracun bapa saudaranya itu.


Raja Muda MawallilWasit bin Sultan Muh. Jamalul Alam Pulalun
Beliau adalah Raja Muda kepada Sultan Muhammad Jamalul Kiram II. Raja Muda Mawallilwasit telah dilaporkan bahawa beliaulah yang paling buruk akhlak dalam mana-mana keturunan Kesultanan Sulu iaitu sangat gemar merampas isteri orang. Beliaulah yang bertanggungjawab mencolek Nafsa Lagayan yang sedang mengandung 3-4 bulan lalu dijadikannya isteri. Suami Nafsa Lagayan kononnya berketurunan Tidung dari Sandakan sangat kecewa lalu menyumpah beliau.

Akhirnya pengikut Raja Muda Mawallilwasit terikut-ikut dengan perangainya mencolek dan merampas isteri orang sehingga menjadi sebab kepada campur tangan Amerika Syarikat. Mereka dicari dan dikejar sehingga ke puncak gunung berapi Bud Bagsak dan Bud Dahu lalu mereka dibunuh beramai-ramai oleh tentera Amerika Syarikat tanpa belas kasihan. Hal ini telah memalukan seluruh keluarga Kesultanan Sulu lalu mereka lari ke Sabah, Tawi-Tawi, Palawan, Basilan menjauhkan diri dari Jolo dengan menghilangkan gelaran Datu mereka. Inilah yang dinamakan "Naglupus" bermaksud telah melupuskan gelaran Datu mereka kerana malu dengan tindakan Raja Muda Mawallilwasit sehingga Tausug menjadi dayus ditangan tentera Amerika Syarikat. Mawallilwasit meninggal kerana diracun.

Nafsa Lagayan telah melahirkan seorang anak lelaki ketika dalam istana iaitu Punjungan bin Amir Hamzah. Kemudian dinamakan Datu Punjungan Kiram bin Raja Muda Mawallilwasit untuk mengelak dari memalukan istana.

Perhatikan wajah Esmail Kiram yang mirip lelaki Eropah. Berikut adalah kenyataan dari www.royalsulu.com: His Majesty Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I (right), the father of HM Sultan Muhd. Fuad A. Kiram I, the current Sultan, upon signing the Transfer of Sovereignty of Sabah from the Sultanate of Sulu to the Republic of the Philippines on 12 September 1962, with Francisco Salvador (left), a friend of Sultan Muhd. Esmail I. (Source: Royal Family Archives).

(Sultan) Datu Esmail Kiram bin Raja Muda Mawallilwasit Pulalun
Beliau adalah anak kepada Raja Muda Mawallilwasit yang mengaku sebagai Sultan Sulu, kesilapan besar beliau ialah menyerahkan Negara Sulu kepada Kerajaan Filipina dan beliaulah yang pertama mengaku Sultan Sulu menyuruh Filipina agar menuntut Borneo Utara dari tangan Inggeris (Rujuk Tausug & Kesultanan Sulu atau rujuk http://www.royalsulu.com). Beliau mengangkat dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu tanpa dikenali rakyat hanya sekadar menyambung kesilapan ayahandanya.


Ulasan dan Penjelasan Yang Dianggap Angan-angan:
Agak malang bagi Tausug, mereka telah kehilangan "kewarganegaraan" mereka setelah Datu Esmail Kiram menyerahkan Sulu kepada Filipina. Disinilah bermula penjajahan Filipina keatas Sulu kerana Sultan dan Rakyatnya telah menjadi warganegara Filipina. Filipina begitu gembira dan berasa diri sangat berkuasa sehinggakan Filipina bertindak sewenang-wenangnya mengurangkan kuasa Sultan Sulu.

Setelah beberapa ketika Filipina berasa hairan mengapa tuntutannya terhadap Sabah (North Borneo) tidak dilayan oleh komuniti antarabangsa termasuk ICJ dan UN. Malah Amerika Syarikat sendiri tidak dapat membantunya menuntut Sabah. Mengapa berlaku demikian? Sebenarnya Filipina mendapati bahawa Datu Esmail Kiram bin Raja Muda Mawallilwasit tidak layak dan tiada kuasa "menyerahkan" kedaulatannya kepada Filipina malah sebaliknya berlaku, Filipina dari segi sejarah adalah masih dibawah kekuasaan Tausug & Kesultanan Sulu.

Hal ini telah menakutkan kerajaan Filipina setelah mereka mendapati Kesultanan Sulu sebenarnya sangat kaya dan mempunyai kekuasaan wilayah yang amat luas. Ternyata tanpa meminjam jongkong emas 400,000 tan metrik dari Sulu, Filipina tidak akan dapat menubuhkan "Bangko Ang Philipinas". Ia dibuktikan dengan kehadiran AS di Sulu telah menjadi sahabat dan pelindung Sulu dan masih mengiktiraf "kedaulatan Sulu". Serangan AS keatas Vietnam pada 1971 kerana Vietnam tidak mahu mengakui kekuasaan AS keatasnya lantaran enggan membayar "Cukai". Bagi Vietnam hanya Sultan Sulu sahaja yang layak mengutip cukai kepadanya bukannya AS.

Tidak bagi Taiwan, mereka membayar cukai kepada AS dan mengakuinya sebagai wakil Sultan Sulu, sebab itu China walau pun mengancam untuk mendapatkan Taiwan semula namun ia tetap gagal dan tidak berkelayakan kerana Taiwan termasuk dari Wilayah Sulu. Kepulauan Spratly yang bertaburan di laut China Selatan, telah dituntut oleh bermacam negara namun tiada siapa yang layak kerana ia "Milik Mutlak" Kesultanan atau Kerajaan Sulu. Hal ini membingungkan Ferdinand Marcos, beliau merasakan perlunya Tausug & Kesultanan Sulu dimusnahkan dari muka bumi ini. Kerana dibimbangi sekiranya mereka sedar tentang kewarganegaraan mereka bukan Filipino tentu mereka bangkit berkuasa malah Filipina akan jatuh secara automatik ke dalam wilayah Sulu tanpa peperangan. Kerana hutangnya 400,000 tan metrik mustahil dapat dilangsaikan.

Sebab itu Marcos berpakat dengan beberapa pihak untuk mewujudkan peperangan di Sulu agar mereka terhalau seterusnya akan terserap ke negara-negara jiran. Yang akhirnya mereka kehilangan identiti dan rendah diri menjadi pelarian seterusnya menjadi kuli "kontrakan" dimana-mana sambil mengaku mereka ialah "Bangsa Moro". Filipina juga akan mengakui siapa sahaja yang mahu melantik diri jadi Sultan Sulu, kalau boleh 1,000,000 orang kerabat Kesultanan Sulu mereka iktiraf menjadi Sultan Sulu sekiranya mahu. Inilah caranya agar Sulu menjadi bingung dan kacau bilau. Namun Allah swt lebih mengetahui perancangan mereka, Dia lah yang mengatur segalanya. Sulu akan kembali berdaulat menguasai wilayahnya.

Bagi penulis, macamana pun keadaannya, sekiranya umat Islam mahu membantu Sulu mereka akan berbuat sedaya upaya sekurang-kurangnya menyuarakan keinginan Rakyat Sulu untuk diakui "kemerdekaannya" yang sudah sekian lama tertimbus. Sepatutnya kerabat Kesultanan Sulu sedar, mereka memerlukan rakyat untuk mereka tadbir bukannya semata-mata "diri" mereka sahaja yang disultankan. Nampaknya United Tausug Citizens lah satu-satunya yang telah menemui "Jalan Pulang" kerana telah memulainya dengan "mewarganegarakan" penduduk Sulu sebagai TAUSUG CITIZENS. Empayar Tausug & Kesultanan Sulu, SELAMAT DATANG!!!

(Sebenarnya cerita bahawa keluarga Kiram adalah dari anak cucu Queen Victoria bukanlah rahsia. Golongan tua para Datu Sulu semuanya tahu hal ini tinggal lagi penulis enggan menulisnya dalam blog atau pun memasukkannya dalam buku Tausug & Kesultanan Sulu. Bayangkan nenek tua yang tiada gigi pun mengakui hal ini membuktikan bahawa kewujudan keluarga Queen Victoria dan Elizabeth ini adalah benar kerana telah menjadi tradisi lisan golongan tua Tausug hingga hari ini, ia dikategorikan sebagai perkhabaran "mutawatir".)

ASREESULU