Bhg 6: Kepulauan Sulu Sebelum Muncul Nama Philippines

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, July 12, 2010 4 ulasan

Dalam laman web http://en.wikipedia.org/wiki/Srivijaya, kepulauan Sulu diletak tanda soal kerana kekurangan fakta.

Kandungan:
  • 01- PENDAHULUAN
  • 02- DOMINASI SRI VIJAYA DI ASIA TENGGARA
  • 03- Empayar SRI VIJAYA: Antara Melayu dan Sulug
  • 04- KERAJAAN FUNAN
  • 05- BUKTI SULU ADALAH PUSAT SRI VIJAYA
  • 06- ANUTAN AGAMA: Hindu atau Buddha?
  • 07- TAGALOG @ VISAYA: Berketurunan Sulug @ Tausug

01- PENDAHULUAN
Sekiranya peta Asia Tenggara dibuka dan kemudian mencari lokasi Kepulauan Sulu tentulah ia tidak dapat dilihat kerana saiznya yang kecil. Tetapi sekiranya kita membuka peta sebelum kedatangan penjajah Spanyol kita akan dapati Kepulauan Sulu bukanlah seperti yang kita nampak hari ini. Sekurang-kurangnya ketika era Kesultanan Sulu abad ke-14. Bangsa Sulug atau Sulu itu menduduki kesemua Kepulauan Sulu dari Pulau Taiwan sehingga ke Butuan kemudian ke Manado-Sulawesi, Borneo sehingga ke Champa (Vietnam hari ini).

Terlalu banyak kajian dan tulisan terhadap Filipina dan kepulauannya tetapi kajian mereka rata-rata menyembunyikan fakta sejarah Sulu hinggakan Jolo atau Buansa itu tidak kelihatan langsung dalam peta dunia. Mengapa hal ini berlaku? Apakah kesalahan orang-orang Sulug ini hinggakan mereka dihilangkan dalam peta dunia? Apakah ini kospirasi negara-negara Nusantara atau konspirasi dunia internasional? Carilah buku-buku sejarah Nusantara yang mengungkap sejarah Sulu yang ada pasti hanyalah Sejarah Filipina yang mengatakan "Orang Sulu adalah rakyat Filipina". Sebab itu kami namakan tajuk perbahasan ini sebagai "Kepulauan Sulu sebelum muncul nama Philippines" adalah untuk menyedarkan para pembaca tentang kewujudan Sulu.

Satu perkara yang yang mungkin menjadi kehairanan ialah mengapa Kerajaan Filipina menamakan "Bangsa Sulug" di kepulauan Sulu adalah berasal dari Butuan, Mindanao Utara. Sedangkan sejak dahulu telah diketahui sememangnya orang Butuan itu dikenali sebagai "Orang Visaya" yang bermaksud "Orang Sri Vijaya". Mungkin disebabkan bahasa Orang Butuan dengan bahasa Orang Sulug di gugusan kepulauan Sulu hari ini 90% sama. Rasanya kalau tidak dimasuki bahasa Spanyol sudah tentu bahasa Butuan tersebut 100% sama dengan bahasa Sulug. Dalam perbahasan di bahagian 5, kami menyatakan bahawa punca kerosakan bahasa Sulug yang ditutur oleh penduduk kepulauan Sulu yang kita kenali sebagai Filipina hari ini adalah datangnya dari Sri Vijaya dan Spanyol. Untuk merungkai perkara ini kajian secara terperinci terhadap kewujudan Sri Vijaya itu perlu dilakukan. Apakah Sri Vijaya itu berbangsa Sulug atau Bangsa Sulug di kepulauan Sulu itulah sebenarnya yang berketurunan Sri Vijaya seperti dakwaan masyarakat Filipina.
  • Sekiranya benar Orang Butuan ialah Orang Sri Vijaya (Visaya) sudah tentu Orang Sulug juga adalah orang Sri Vijaya.
  • Tetapi mengapa tiada satu pun tradisi lisan orang Sulug yang menyatakan mereka berasal dari Sri Vijaya?
  • Apa yang ada dalam tradisi lisan Tausug ialah "Semua bangsa di Asia Tenggara telah jatuh ke tangan Tausug (Sulug) satu persatu bukan dengan peperangan tetapi dengan mengalahkan mereka dengan permainan (panayaman)". Tradisi lisan menamakan seorang pahlawan Sulug bernama Panglima Ilidji sebagai satu-satunya yang pakar dalam semua permainan (Sabung ayam, beradu kerbau, teka-teki dsb).
Satu perkara yang wujud dalam pemikiran Tausug sehingga kini ialah mereka sebenarnya adalah bangsa pembela bukannya penakluk. Mereka pedagang dan peniaga bukannya suka berperang. Mereka hanya berperang sekiranya diancam atau diserang. Kita akan lihat apakah ciri-ciri ini sesuai dengan Sri Vijaya atau tidak. Sekiranya benar begitulah sikap Sri Vijaya maka tanggapan yang kita boleh letak ialah sememangnya Sri Vijaya itu Tausug atau Bangsa Sulug. Hal ini perlu dibuktikan dengan fakta sejarah permulaan dan pengakhiran kerajaan Sri Vijaya.


02- DOMINASI SRI VIJAYA DI ASIA TENGGARA
Untuk memulakan perbahasan ini kami akan membuka beberapa persoalan sebagai "kekunci". Dengan persoalan tersebut para pembaca akan mula dibawa masuk ke dalam air menyelam ke dasar laut Selat Melaka. Dalam laut ini para pembaca akan menemui mutiara-mutiara berharga berupa maklumat lama asal-usul nama Melayu, dari mana nama Melaka bermula, siapa Hang Tuah, dari mana asal-usul Kedah Tua, mengapa Majapahit menyerang dan sebagainya.
  • Tahukah anda mengapa Sri Vijaya disebut sebagai Empayar Zabag oleh bangsa Arab?
  • Tahukah anda dimana pusat Kerajaan Sri Vijaya?
  • Mengapa hingga ke hari ini tidak diketahui dari mana Sri Vijaya Bermula?
  • Tahukah anda bahasa pertuturan dan tulisan Sri Vijaya?
  • Tahukah anda bahawa Sri Vijaya lah yang menamakan Orang Laut sebagai Tau Malayu' atau Pala'o (Perahu)?
  • Tahukah anda di mana Sri Vijaya menyimpan emas?
  • Tahukah anda dari mana asal-usul bangsa Batak Sumatra?
  • Tahukah anda Sri Vijaya menganut fahaman Monotisme bukannya Buddha seperti yang didakwa?
  • Tahukah anda mengapa sejarahwan dunia mengatakan "Sri Vijaya telah hilang entah kemana"?
  • Ke manakah mereka pergi?

Berikut beberapa maklumat ringkas tentang ciri-ciri kerajaan terawal di Sumatra seperti yang difahami oleh Nusantara moden hari ini,
  • Kearajaan utama : Langkasuka ( Sungai Yarang ), Kataha/Chieh-cha/Kedah Tua ( Sungai Merbok dan Sg. Muda ), Chih Tu ( Sungai Kelantan ), Srivijaya ( Sungai Musi ), Mo-lo-yu ( Sungai Batang Hari ), Kalah ( Sungai Takuapa), Fo-lo-an ( Sungai Trengganu ), Peng-keng ( Sungai Pekan ) dan Tiumah di Pulau Tioman.
  • Bermula dengan tangkap ikan dan hasil laut – jadi kampung nelayan – ada juga berkembang jadi kawasan Emas dan Timah. Wujud lebihan pengeluaran – didagang – jadi pusat dagang – pelabuhan pembekal seperti Klang dan Kuala Selingsing ( Perak ). – Disinggahi – dapatkan barang seperti Damar, rotan, emas, timah, dan hasil laut.
  • Maju – jadi pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua, Langkasuka, dan Sri Vijaya. – Mula perdagangan yang berhampiran kemudian berkembang jauh.
  • Kedudukan di tengah perjalanan Timur Barat jadikan Kedah Tua dan Sri Vijaya maju. Dekat dengan Selat Melaka dan Selat Sunda – laluan dagang antarabangsa. – jadi pelabuhan entrepot – pembekal emas, timah, hasil hutan, dan hasil kerajaan persekitarannya.
  • Emas banyak – Tanah Melayu dikenali sebagai Semenanjung Emas, Sumatera – Bumi Emas. Tarikan org India dan Yunani.
  • Bahasa melayu – bahasa lingua franca – penduduknya: orang tempatan, orang laut dan pedagang luar. Orang Melayu – terkenal pelaut, pedagang, peneroka – punyai pelabuhan yang lengkap seperti di Champa, dan Srivijaya. – Mampu belayar dan berkemahiran buat perahu dan kapal layar. Tahu juga kaedah bintang di langit.

Kekuatan dan kehebatan Kerajaan Maritim Sri Vijaya,
  • Terletak di Sungai Musi. Punyai tentera yang besar.- Kawal keselamatan dan perdagangan di Selat Melaka.
  • Rakyat terdiri – orang laut dan pelbagai golongan lain.
  • Pelabuhan strategik ditengah laluan Timur dan barat di Selat Melaka. – Bekalkan barang dagang di kawasan jajahan takluk dan pemerintahannya. – Ia juga mampu bina kapal besar kata I Tsing.
  • Anutan agama Buddha (Hal ini masih menjadi perdebatan samada ia benar-benar Buddha atau hanya membenarkan perkembangan ajaran Buddha kerana diketahui Buddha bukannya satu agama tetapi hanyalah sebagai falsafah hidup sebagaimana Confusius di China).
  • Jadi kuasa Maritim Utama dengan cara
i.- Ada bala trentera yang besar kawal perdagangan dan jalan laut seperti di Selat Melaka.
ii.- Kedudukan pelabuhan yang strategik dan jadi pusat persinggahan kapal yang berdagang antara Cina dan India.
iii.- Ada hasil barangan untuk perdagangan antara bangsa yang dibekalkan oleh wilayah taklukannya.
iv.- Keupayaan membina kapal besar.


Sri Vijaya ialah sebuah kerajaan Nusantara terawal yang berpusat di Palembang, Sumatera. Kerajaan ini diasaskan pada akhir kurun ke-7. Ia mula muncul sebagai empayar selepas kejatuhan Kerajaan Funan (Segenting Kra) pada abad ke-7 Masihi. Pusat pemerintahan kerajaan ini terletak di Pantai Timur Sumatera, Selatan Palembang dan Jambi. Ia diasaskan oleh Dapunta Hyang pada tahun 683 Masihi. Sri Vijaya berada pada puncak kekuasaannya di antara kurun ke-8 hingga kurun ke-11. Pada zaman kegemilangannya, ia telah berjaya menakluk kerajaan-kerajaan lain sehingga membentuk sebuah empayar Nusantara yang pertama. Antara kerajaan-kerajaan yang pernah ditakluk oleh Empayar Sri Vijaya ialah Kerajaan Ligor di Selatan Thai yang ditawan pada 775 Masihi, Semenanjung Melayu termasuk Kerajaan Kedah Tua, bahagian Timur Sumatera termasuk Jambi, Jawa Barat dan Borneo Barat. Seperti empayar lain, Empayar Sri Vijaya mempunyai beberapa ciri yang menunjukkan ia adalah sebuah empayar.

Inilah gambar seluruh kepulauan Sulu yang dinamakan Filipina oleh Spanyol. Pusat pentadbirannya pada abad ke-14 ialah Buansa di pulau Jolo. Ketika era Sri Vijaya Buansa juga dijadikan pusat persinggahan dan menyimpan khazanah berharga.


Jawapan "Penghancur" kekeliruan:
Melihat kenyataan di atas kita akan tertanya-tanya mengapa dunia hingga hari ini tidak mengetahui dimana lokasi sebenar pusat pemerintahan Sri Vijaya. Acap kali kita terbaca "Pusat pemerintahan kerajaan ini terletak di Pantai Timur Sumatera, Selatan Palembang dan Jambi" hanya sekadar tekaan tanpa jawapan pasti.

"After Srivijaya fell, it was largely forgotten and so historians had never considered that a large united kingdom could have been present in Southeast Asia. The existence of Sri Vijaya was only formally suspected in 1918 when French historian George Coedès of the École française d'Extrême - Orient postulated the existence of the empire. By 1993, Pierre-Yves Manguin proved that the centre of Sri Vijaya was along the Musi River between Bukit Seguntang and Sabokingking (situated in what is now the province of South Sumatra, Indonesia)."

Mengapa pengkaji BARAT yang menemui "Empayar" Sri Vijaya pada tahun 1918 bukannya "Orang Melayu"? Penemuan mereka dipenuhi oleh keraguan dan tanda tanya dimana lokasi sebenar pusat Kerajaan Sri Vijaya. Tekalah apa sahaja bentuk tekaan ia masih belum tepat dan jitu kerana pusat sebenar Sri Vijaya bukannya di Sumatra tetapi di sebuah pulau kecil yang jauh tersorok di antara kepulauan yang menyimpan jutaan rahsia. Hal ini akan kita ketahui setelah kejatuhan kerajaan Majapahit. Majapahit betapa hebat sekali pun hanya bertahan selama dua abad kerana menerima asakan dari satu bangsa "Rahsia" yang menduduki kepulauan. Dunia sebenarnya enggan menulis, enggan mendedahkan, enggan "memberikan promosi percuma" kepada satu bangsa yang pernah menguasai Asia Tenggara bahkan dunia. Nama yang mereka letak ialah "Empayar" kepada Sri Vijaya walhal ia bukannya empayar penaklukan tetapi "menguasai" perdagangan secara aman.

Siapakah sebenarnya bangsa yang mendirikan kerajaan Sri Vijaya? Orang Filipina hari ini mendakwa bahawa mereka adalah Bangsa Visaya yang merujuk kepada Sri Vijaya. Persoalannya benarkan wujud bangsa Sri Vijaya? Adakah bangsa yang mendirikan kerajaan Majapahit itu dinamakan Bangsa Majapahit? Orang-orang Jawa lah yang bertanggungjawab mendirikan Empayar Majapahit dan sudah tentu dinamakan Bangsa Jawa bukannya Bangsa Majapahit. Mereka sebenarnya kehilangan identiti dan dikelirukan oleh Kafir Spanyol.

Kekeliruan orang Filipina sama dengan yang berlaku kepada Ferdinand Marcos ketika menjadi presiden Filipina. Setelah beliau tahu rahsia bahawa nama kepulauan tersebut bukannya Filipina maka kelamkabutlah dia mencari nama lain. Akhirnya dinamakanlah Maharlika yang kononnya bermaksud "Mahardika". Walhal setelah dirujuk ke bahasa Sanskrit Maharlika bermaksud "Huge Penis" atau zakar besar menyebabkan Marcos tidak jadi menukar nama Philippines yang sedia ada. Sebenarnya Marcos tahu nama asal kepulauan tersebut ialah Kepulauan Sulu sebab itu beliau melancarkan peperangan terhadap Bangsa Sulu agar bangsa tersebut berkubur tanpa batu nesan buat selama-lamanya. Sekiranya kita melihat peta keluasan kawasan takluk Sri Vijaya kita akan lihat Kepulauan Sulu tidak termasuk malah terasing. Ia sebenarnya disengajakan, mengapa? Kerana kepulauan Sulu Sri Vijaya panggil "Shilo" yang bermaksud tempat yang tenang, tempat berteduh atau tempat beristirihat. Shilo dalam bahasa Ibrani atau Hebrew ialah tenang, baik atau aman. Hingga hari ini kekallah nama "Shilo" dan disebut oleh Orang Laut sebagai Sulu. Maka kami menyatakan kepastian bahawa Sri Vijaya adalah Sulug atau Tausug.

Pakaian dan perhiasan kepala wanita Palembang ini persis dengan pakaian tarian dan pengantin wanita Sulug di kepulauan Sulu.


Tarian Dalling-dalling Tausug.

Wanita Sulug sedang memperagakan pakian tarian mereka.

03- Empayar SRI VIJAYA
: Antara Melayu dan Sulug
"Little physical evidence of Srivijaya remains. According to the Kedukan Bukit Inscription, dated 605 Saka (683 AD), the empire of Srivijaya was founded by Dapunta Hyang Çri Yacanaca (Dapunta Hyang Sri Jayanasa). He led 20,000 troops (mainly land troopers and a few hundred ships) from Minanga Tamwan to Jambi and Palembang."

Para ahli sejarah sangat sedikit pengetahuan mereka tentang perkembangan kerajaan Sri Vijaya di Sumatra. Menyebabkan mereka tertanya-tanya siapakah sebenarnya bangsa yang mendirikan kerajaan hebat tersebut. Adakah Melayu, Jawa atau India? Ini kerana wujud bukti berbentuk bangunan dan patung-patung menunjukkan Sri Vijaya menganut ajaran Buddha. Apakah rahsia yang terselindung disebalik nama Sri Vijaya?

"Sri Vijaya was an important center for Buddhist expansion in the 8th to 12th centuries. In Sanskrit, sri (श्री) means "shining" or "radiant" and vijaya (विजय) means "victory" or "excellence".

Sri bermaksud sinar atau Nur sedangkan Vijaya bermaksud kejayaan atau kemenangan. Pengasas kepada kerajaan ini ialah Dapunta Hyang Sri Jayanasa. Dap-un-ta, tiga suku kata yang boleh dieertikan Apu'un Ta "Orang Tua Kita". Dapu bermaksud Apu' atau Ma'as dalam bahasa Sulug, dalam bahasa Melayu bermaksud "Orang Tua Yang Berpengalaman dan Terhormat". Nampaknya istilah tersebut bukan istilah Orang Laut atau Melayu tetapi dalam bahasa Sulug. Menyentuh istilah ini, pengertian "Malayu" dalam bahasa Sulug bermaksud Orang Laut atau Bangsa Laut yang "selalu berulang alik ke negeri jauh", adalah kerana sifat Orang Laut yang bertugas membawa barang dagang dan menjaga laut sehingga sampai ke Madagaskar dan Eropah ketika itu. Sulug menyebut pedagang Orang Laut yang bekerja dengan mereka disebut Bannyaga'. Bannyaga' mempunyai dua pengertian iaitu "Peniaga" atau penjual dan satu lagi diertikan dengan Orang Suruhan.

Malayu dalam bahasa Sulug bermaksud "Jauh atau kejauhan". Sebab itu hingga hari ini Bangsa Sulug tidak mahu dipanggil Malayu kerana mereka tahu merekalah yang menggelar Malayu kepada Orang Laut. Bangsa Sulug meletak nama Malayu sebagai Panglima dan gelaran-gelaran lain menunjukkan mereka sebagai pelaksana atau pekerja kepada kerajaan. Sedangkan para pembesar Sulug dinamakan Barbangsa yang bermaksud Bangsawan. Berbangsa atau disebut Balbangsa mempunyai gelaran Datu dan Raja atau Maharaja. Gelaran Datu dan Raja tidak boleh sewenang-wenang diberi kepada mereka yang bukan Balbangsa.

"Under the leadership of Jayanasa, the kingdom of Malayu became the first kingdom to be integrated into the Srivijayan Empire. This possibly occurred in the 680s. Malayu, also known as Jambi, was rich in gold and was held in high esteem. Srivijaya recognized that the submission of Malayu to them would increase their own prestige".

Bangsa Sulug yang menjadi pemimpin utama dalam kerajaan Sri Vijaya menjadikan Orang Laut atau Melayu sebagai sahabat dan rakan-kerjasama maritim sama-sama menjaga Nusantara. Kemasukan Raja-raja Jambi dan negeri-negeri lain dalam kesatuan Sri Vijaya menjadikan Nusantara dipanggil Empayar. Kegagalan sejarahwan mengesan atau mengenali bangsa Sulug yang sememangnya kabur atau sengaja dikaburi identiti mereka menyebabkan Sri Vijaya digelar sebagai kerajaan Bangsa Melayu. Bagi kami hal penggelaran ini bukanlah masalah utama kerana kesatuan itu yang lebih penting walau apa pun bangsa keturunannya. Tetapi ketika membicarakan kebenaran maka secara jujur identiti bangsa Sri Vijaya itu perlulah diberitahu dan didedahkan. Tiada sesiapa pun yang menamakan seekor kucing itu sebagai seekor Harimau, melainkan ia tetap kucing walaupun rupa bentuknya sama dengan Harimau. Demikanlah dengan Bangsa Sulug dengan Bangsa Melayu. Hal ini akan lebih jelas bila Bangsa Sulug menduduki Melaka kemudiannya.


Filem The Message alih bahasa ke Bahasa Sulug. Bahasa Sulug di kepulauan Sulu masih mengekalkan keasliannya semenjak zaman Sri Vijaya sehingga kini.


04- KERAJAAN FUNAN
Siapakah pendiri kerajaan Funan? Hingga hari ini sejarawan hanya menemui sedikit maklumat tentang Funan. Orang Kemboja menyebut Phnom kepada Funan, sudah tentulah sebutan purba tidak sama dengan sebutan hari ini. Penaklukan dan pergantian kerajaan dari masa ke semasa akan menyebabkan pergantian nama walau pun maksud yang sama. Sebagai contoh Sulug di panggil Suluk dan ada yang memanggil Lusung. Malah orang Arab memanggil Zabaj @ Zabag kepada Sulug sebagai gelaran kepada Sri Vijaya.

"We are not certain of the name by which Southeast Asia's first kingdom called itself; it appears to have been Phnom, which means "mountain" in Cambodian. The name we call it, Funan, comes to us from Chinese diplomats, who first visited around 230 A.D. Funan means "King of the Mountain"; both names are a reference to Mt. Meru, the home of the gods in Hindu mythology (Cambodia is quite flat). All of what we know about Funan comes either from Chinese records, or from excavations at Oc Eo, Funan's seaport on the Gulf of Thailand." (*www.guidetothailand.com)

Mengapa dunia hari ini hanya melihat Funan sebagai kerajaan awal sedangkan Sulu sejak dulu sudah maju dengan perdagangan. Walhal sejak awal sebelum masihi orang-orang Sulu bersama Kaum Dayak Laut Borneo sering berulang alik ke Champa dan Kemboja menjual parang atau besi. Orang-orang Sulug sejak dulu senantiasa membawa kapal besar dan pekerja yang ramai dari kalangan orang Papua. Mereka angkut kemana sahaja mereka pergi sebagai meringankan kerja mereka. Funan adalah sebutan China sedangkan dalam sebutan Sulug ialah "Punan" atau Pu'unan" yang bermaksud "Pusat" (Centre) perdagangan barter. Boleh jadi juga Funan adalah dari kata "Budan", dalam bahasa Sulug bermaksud gunung adalah kerana orang Punan memaksudkan sebagai gunung.

Suku kaum Irian atau Papua New Guinie hari ini. Ketika dulu khidmat mereka adalah sangat penting di seluruh Asia Tenggara samada di laut atau di darat.

Walau bagaimanapun Punan atau Pu'unan adalah lebih tepat kerana pada keadaan tertentu gunung-ganang juga dinamakan "Pag Punan" bermaksud gunung tempat berkumpul kerana hingga hari ini masyarakat Buranun di Sulu masih mengamalkan majlis do'a selamat dan makan-makan di atas gunung sebagai lambang perpaduan dan asal-usul. Sejak sekian lama bangsa Sulug telah pun menduduki pesisir laut Champa dan Kemboja kerana penting untuk mendapatkan beras. Orang Sulug itu adalah bangsa maritim sedangkan bangsa yang tinggal di Champa dan Kemboja adalah bangsa Agraria.

Hubungan Kerajaan Maritim dan Kerajaan Agraria:
  • Agraria hasilkan beras, makanan dan hasil hutan kepada kerajaan maritim Kerajaan maritim bekalkan barangan mewah seperti tembikar, tekstil, gelas, dan manik. – Berlaku perdagangan – cara tukar barang @ sistem barter.
  • Kerajaan maritim juga perlukan kayu dari kerajaan agraria untuk buat kapal – guna tukang kayu kerajaan agraria.
  • Kerajaan maritim juga perlukan gajah – diperoleh dari kerajaan agraria.
  • Berlaku hubungan dan saling perlu memerlukan antara kerajaan – hubungan diplomatik.
Raja Funan kemungkinan besar adalah dari kepulauan Sulu dan mereka menggunakan khidmat orang-orang Papua samada sebagai pengangkut barang atau pendayung. Orang Papua yang bekerja sebagai pendayung kebiasaannya akan menjadi Orang Laut. Mereka terlalu hitam berambut kerinting dan sebahagiannya masih telanjang bulat. Keadaan mereka yang telanjang menyebabkan Duta China berasa tidak puas hati lalu melaporkannya kepada Raja Funan.

"Normally the Chinese are not impressed by the accomplishments of other people, but Funan's visitors brought back a favorable report of the country's Malay upper class, which had palaces, abundant treasures, and a system of writing related to Sanskrit. Most of the people, however, were apparently Negrito, for one Chinese described them as "ugly and black", with frizzy hair. This same ambassador was offended by the sight of the Negritos walking around naked, and when he told this to the king of Funan, a law was passed requiring all to wear clothing in public, and the traditional Cambodian "sampot" or loincloth was invented."

Mereka menggunakan tulisan yang dikatakan sebagai ada kaitan dengan Sanskrit (writing related to Sanskrit), ini bermakna bukan tulisan Sanskrit tetapi tulisan Sulug yang dinamakan Luntar. Dan juga disebut pakaian tradisional Kamboja yang disebut "Sampot". Perkataan Sampot adalah perkataan Sulug bagi kain pembungkus badan yang disebut "Sapot". Tetapi bangsa Dusun dan Ida'an di Borneo Sabah menamakannya "Santut" yang bermaksud kain penutup kemaluan atau seluar pendek. Nampaknya bahasa Raja Funan adalah bahasa Kepulauan Sulu.


Balbangsa atau Berbangsa atau Bangsawan biasanya diarak oleh Orang Laut dengan perahu lepa sebagai tanda penghormatan mereka. Setiap perarakan di laut akan dipimpin oleh seorang Panglima dari pihak Orang Laut sendiri. Para Datu yang tidak punya pengikut dari Orang Laut akan dikira tiada kuasa. Kedudukan Orang Laut sangat penting dalam sistem kepimpinan para Datu terutama di Kepulauan Sulu. Setiap Datu mempunyai Sambulayang dan panji (bendera) masing-masing sebagai identiti. Sebagai contoh ketika Datu Paduka Mat Salleh datang ke Sandakan dari jauh lagi orang di pantai akan bergegas menyambutnya. Tahniah kepada Datuk Shafie Apdal kerana melestarikan kebudayaan Sulug di Malaysia.


05- BUKTI SULU ADALAH PUSAT SRI VIJAYA
Kami telah nyatakan bahawa pusat pentadbiran Sri Vijaya bukanlah di Sumatra tetapi bertempat di kepulauan Sulu. Terdapat tiga lokasi terpenting untuk persinggahan pedagang atau laluan pelayar sekiranya turun dari China iaitu,
  • Selurong (Manila) terus ke Laut Sulu dan singgah di Buansa, Jolo.
  • Palawan terus masuk melalui Laut Sulu langsung singgah di Buansa, Jolo.
  • Champa terus masuk ke Laut Sulu melalui Palawan singgah di Buansa, Jolo.
Ini bermakna pulau Jolo menjadi pusat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan ke Sulawesi, Maluku atau ke Tanah Jawa. Tetapi sekiranya ikut laluan Champa dan terus turun ke Kemboja, Pattani kemudian ke Temasik (Singapura) sebelum ke Selat Melaka maka inilah yang dinamakan laluan utama Sri Vijaya abad ke-7. Pulau Jolo nampak tersembunyi tetapi di situlah pusat pentadbiran Sri Vijaya dan kampung halaman Sulug sengaja diletak tersorok sebagai strategi keselamatan. Di sinilah rahsianya kekuatan Sulug yang sebenar tempat bersemadinya nenek moyang dan tempat bermulanya ketamadunan purba. Tetapi adakah benar ianya pusat Sri Vijaya? Catatan China menyatakan bahawa pusat pentadbiran Sri Vijaya ini dinamakan Sanfotsi dan Toupo.

Kerajaan-kerajaan besar Sanfotsi dan Toupo (Shopo) disebutkan dalam karya geografi China Chau Ju-Kua, Chou Ku-Fei dan Ma Tuan-lin sering terletak di dalam kawasan Barat seperti Sumatra, Jawa dan Malaysia. Namun, analisis teks yang lebih hampir menunjukkan arah yang jelas terus ke Timur secara lanjut. Dengan demikian, para sarjana seperti Roland Braddell dan Paul Wheatley juga merujuk ke arah Timur, khusus untuk wilayah Kalimantan Utara. Beberapa penyelidik lain, walaupun, seperti JL Moens, dari sekolah Leiden, M. Yang-Ouen-hoei, D'Harvey de St Denis dan Craig Austin menegaskan bahawa baik Sanfotsi atau Toupo kedua-duanya terletak antara pulau-pulau Filipina.

Menurut catatan China, Sanfotsi dan Toupo bermula dari sekitar abad ke-5 hingga abad ke-10 dan keduanya terus naik sampai sekitar tahun 1200-an. Selama masa yang disebutkan itu, ahli geografi Muslim juga menulis dengan merujuk pada daerah yang sama. Mereka mencatat berdasarkan pada cerita-cerita para peniaga, duta besar dan sebagainya untuk wilayah ini. Kebanyakan ahli bersetuju bahawa Sanfotsi dikenali oleh umat Islam sebagai Zabag, sementara Toupo dikenali sebagai Wak-Wak.

"Al-Biruni, a noted writer during this period who travelled to India wrote that Zabag was placed on the eastern side of the Sea of Sanf (Champa or coastal central/south Vietnam). This is confirmed by another famous geographer, Mas’udi, who stated Zabaj was oriented toward Khmer, which comprises modern Cambodia and South Vietnam, as Ceylon is oriented toward Madurai in South India. It was known as an island rich in gold mines."

Mas'udi mencatat bahawa kerajaan ini berada di sebelah timur lautan luas yang diketahui. Pada dasarnya ia berada di antara Lautan Luas (Pasifik) dan Timur Laut China. Laut yang terakhir ini juga terletak di sebelah timur Sanfotsi dan Toupo, dan disinilah weilu itu terletak, di mana air mula mengalir "ke bawah." Sangat menarik untuk dicatat bahawa para penulis Muslim menyebutkan beberapa flora dan fauna yang menarik ketika menggambarkan pulau utama Kerajaan Zabaj. Di antaranya adalah kerbau kerdil, Ular Sawa dan kamper pohon raksasa (mungkin pokok ara). Hari ini kerbau kerdil memang wujud samada Tamaraw Mindoro, atau Anoa dari Sulawesi. Ular Sawa ini adalah haiwan asli Filipina dan Borneo, sebagaimana pokok-pokok kapur barus raksasa, yang juga biasa terdapat di Kalimantan.

Perahu Sappit dengan kibaran Sambulayang beserta panji yang biasanya digunakan oleh para Datu atau Sultan. Foto era Amerika Syarikat 1900-an di Jolo, Sulu.

Catatan Lokasi Maharaja Zabag @ Solog @ Solok @ Sulug
Pencatat sejarah Islam telah banyak memperkatakan tentang pulau-pulau, tetapi kita akan membataskan diri sekadar beberapa catatan:
  • "In the sea of Champa (off central/south Vietnam) is the empire of Maharaja, the king of the islands, who rules over an empire without limit and has innumerable troops. Even the most rapid vessels could not complete in two years a tour round the isles which are under his possesssion. The territories of this king produce all sorts of spices and aromatics, and no other sovereign of the world gets as much wealth from the soil." (Mas'udi, AD 943)
  • "The eastern islands in this ocean (Sea of Champa), which are nearer to China than India, are the islands of Zabaj, called by the Hindus, Suvarnadvipa, i.e. the gold islands*... because you obtain much gold as deposit if you wash only a little of the earth of that country." (Al-Biruni, 1030 AD).
  • "On its shores (i.e. of the sea of Sanf or Champa), are the dominions of a King called Mihraj, who possesses a great number of populous and fertile islands, covered with fields and pastures, and producing ivory, camphor, nutmeg, mace, clove, aloeswood, cardamom, cubeb..." (Idrisi, 1150).
  • "The gold is plentiful, the horse bits, the chains and necklaces of monkeys, dogs and other beasts are of gold. The chiefs used golden bricks for their houses and forts and official decrees are engraved upon golden paper." (Hordadzbeh).
  • "Some people told me they had seen a man who had been to Wak-wak, to do business there. He had told of the riches of the country and the islands. I do not mean that their country is so important, but that the people of Wak-wak are numerous. Among them are men who look like Turks. Of all God's creatures none are more capable or clever in the arts; but they are sly, cunning, deceitful and very quick and knowledgeable in everthing they undertake." (Shariyar, 10th century).
  • On the subject of the gold of Wak-wak, Pigafetta stated that when he reached the Philippines that even the common people had massive gold ornaments and that everyone ate from gold plates and partly covered their houses with gold. The Philippines still has world-class gold reserves.
Melihat kepada senarai catatan sejarah di atas terbukti pusat Sri Vijaya bukannya di Sumatra. Sebab itu ramai yang bingung dan tercari-cari. Sebilangan pengkaji sanggup merantau ke Sumatra, Kedah, Kemboja dan Champa malah ke Burma menyelongkar chandi-chandi dan prasasti namun masih belum mendapat jawapan dari mana Sri Vijaya bermula. Kami telah pun susun fakta-fakta bermula dari zaman Adam a.s. sehingga Noh a.s. untuk memberi kefahaman kepada pembaca betapa Nusantara yang kita kenali hari ini sebenarnya adalah Tempat Bermulanya Sejarah Tamadun dunia yang dilagang oleh nenek moyang kita beribu-ribu tahun dahulu. Pendedahan ini telah berjaya memberikan kita jawapan mengapa bangsa Sulug telah "dibakulsampahkan" oleh mereka yang takut dengan bayang-bayang Sulug. Hinggakan identiti Sulug cuba "diperkosa" dengan pelbagai gelaran dan jenama (Moro, Filipino, Lanun, Ganas, Pencolek, Penyeludup, Pengganas) namun ia masih bertahan dan terus bertahan sehinggalah datangnya ketentuan Ilahi kelak.

Butuan Gold (Buddha figure) weighs approximately 4 pounds, and is a 21 carat gold figurine, is now located at Chicago museum.

06- ANUTAN AGAMA: Hindu atau Buddha?
Berawal dari abad ke-4 muncul Kerajaan Kutai tepatnya di Kalimantan Timur merupakan Kerajaan Hindu pertama di Nusantara. kemudian perkembangan berlanjutan antara abad ke-7 hingga abad ke-14, kerajaan Buddhisme Sri Vijaya berkembang pesat di Sumatra. I Ching, penjelajah China, mengunjungi ibu kotanya di Palembang pada sekitar tahun 670. Pada puncak kejayaannya, Sri Vijaya menguasai daerah sejauh Jawa Barat dan Semenanjung Tanah Melayu. Abad ke-14 juga telah memperlihatkan kebangkitan sebuah kerajaan Hindu di Jawa Timur iaitu Majapahit. Antara tahun 1331 hingga tahun 1364, Gadjah Mada, patih Majapahit, berhasil menguasai wilayah yang kini merupakan sebahagian besarnya Indonesia bersama-sama hampir seluruh Semenanjung Melayu. Warisan dari zaman Gadjah Mada termasuk pelaksanaan undang-undang dan kebudayaan Jawa, seperti yang terlihat dalam roman kesateriaan Ramayana. (*ms.wikipedia.org)

Hari ini buku-buku sejarah Nusantara telah meletak agama anutan Sri Vijaya adalah Buddha. Benarkah Sri Vijaya menganut fahaman Buddha? Menurut kajian kami Sri Vijaya bukanlah penganut Buddha tetapi menganut ajaran Hanif Nabi Allah Ibrahim a.s. kerana wujudnya beberapa bukti. Penguasa Sri Vijaya terdiri dari bangsa Sulug yang mendapat kekuatan Agama Hanif dari saudara-saudara mereka yang menjadi pelarian dari bumi Palestin antara abad ke-7 sebelum Masihi. Beberapa catatan menyatakan bahawa terdapat 10 suku bangsa Israel telah hilang kerana lari belayar menuju ke satu kawasan yang dinamakan "Satu Wilayah Baru Yang Dijanjikan" atau The New Promised Land buat bangsa Israel.

"...600 BCE, during the reign of Zedekiah, King of Judah. A group of Israelites (descendants of the tribe of Yehosef Joseph) left Jerusalem for a New Promised Land."

Mereka menjadi pelarian kerana tekanan hidup dari bangsa Assyria dan beberapa suku bangsa lain yang menjadikan mereka binasa. Mereka telah ditakluk kerana mereka telah melakukan terlalu banyak penyelewengan yang menyebabkan kemurkaan Allah swt. Pelanggaran perintah Allah yang paling menonjol ialah ketika pembebasan mereka dari bumi Mesir oleh Nabi Allah Musa a.s. keluar dari kekuasaan Fir'aun. Pembebasan mereka tidak di Syukuri malah berterusan membangkang Musa a.s. Ketika Musa a.s. mengajak mereka memasuki bumi Kana'an mereka enggan. Satu masa ketika Musa a.s. melarang mereka berperang dengan Bani Kana'an mereka pula yang beria-ia menyerang tanpa kebenaran dan restu Musa a.s. akhirnya mereka kalah dan dimusnahkan maka sejak itu mereka tidak punya negeri lagi secara tetap melainkan menjadi pelarian. Sebahagian mereka lari ke Nusantara dan sebahagiannya lagi tinggal di Bumi Yathrib menantikan kelahiran nabi baru dengan harapan dapat selamatkan mereka tetapi Nabi Allah yang baru kemudian lahir bukan dari kalangan mereka iaitu Muhammad sallallahu'alaihi wasallam.

Kami akan jelaskan dari awal agar para pembaca dapat memahaminya apakah sebabnya kami katakan Sri Vijaya itu beragama Hanif. Tekanan demi tekanan yang dihadapi Bani Israel, penyeksaan, dipenjara dan sebagainya hanyasanya mereka beragama "Satu Tuhan" menyebabkan mereka menyembunyikan nama Tuhan sebenar dan berusaha membuat helah untuk selamatkan diri sehingga mereka berjaya lari ke Nusantara. Dalam catatan Filipina "OPHIR The Ancient-Name of the Islands of the Philippines" tertulis,

"To distinguish those Escaped Remnant they speaks pure Ancient-Hebrew language for they were not polluted of the captivity language while those Left in Captivity speaks the Modern Aramaic-Chaldean- Hebrew language. Those Escaped Remnant complexion and color of their skin is tan (kayumanggi) Song of Solomon 1:5-6 for they were not brought to marriage to foreigners. They were not tall as the height of King Dowdow (David) and they hide the name Yahweh as “KEY” to avoid the on-going persecutions for those worshippers of the name Yahweh the Mighty One of Abraham, Yahshaak and Yahcoob. They hide the name YAHWEH when the Sanhedrin (Supreme Court) of Yisrawale prohibits the pronunciation of the Sacred Name Yahweh an offense of Blasphemy (Encyclopedia Judaica ‘YHWH’) and Luke 11:52".

Secara literal Yahweh bermaksud "Ya Huwa" merujuk kepada Allah swt, sedangkan sebutan mereka terhadap Allah ialah Eloh. Mereka pun dapat belayar setelah berjaya membuat kapal laut.

"With the ability to make tools, they used these tools to cut timber from the mountains and built a ship in quest of the Promised Land. About 597 BCE crossed the Arabian Sea, passing the Indian Ocean, Moroni Island, towards the Malacca Straits, passing thru an island they called YahVah (Java), another island they called Samathar (Sam entreated his brethren here - Sumatra), a place they called Jah Karath (covenant with Jehovah - Jakarta), Singapore, the South China Sea, and reached a group of islands they called Sinim (Sulu Archipelago). They stopped over in these islands for replenishments. They called an island, Sug (South Island - Sulu, translated into Spanish as Jolo)." (*http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Basilan)

Dari manakah Bani Israel dapat maklumat bahawa Sulu adalah Tanah Nenek Moyang Mereka? Untuk memahami perkara ini para pembaca kena memerhatikan tajuk-tajuk perbahasan kami yang lepas berkenaan anak-anak Nabi Noh a.s. Tanpa pemahaman tentang asal-usul manusia para pembaca akan bingung bila membaca tajuk kedatangan pelarian Israel ini. Malah mungkin para pembaca akan menuduh bangsa Sulug adalah Yahudi yang senantiasa membawa "Sial dan Kedurjanaan", yang mana sekarang sudah berada di Asia Tenggara pula. Pemahaman terhadap istilah Yahudi dan istilah Israel perlulah jelas. Israel itu nama yang dibangsakan kepada keturunan Eber (Hebrew) iaitu Ishak a.s. Sedangkan Yahudi itu adalah fahaman agama Bani Israel yang sudah ditokok tambah. Rasulullah saw hanya menyebut Yahudi sebagai penganut yang kafir sebagaimana Kristian. Manakala Baginda saw menyebut ahli agama Bani Israel sebagai Ahli Kitab. Terbukti Bangsa Yahudi hari ini memegang kuat kitab Thalmud yang baru dikarang oleh para jurutulis Yahudi antara tahun 600 SM hingga zaman Flavius. Hal mereka sama dengan Kristian yang menokok tambah kandungan Injil yang dilakukan oleh Paulus selepas puluhan tahun kehilangan Isa a.s.

Pahlawan Sulug dengan sundang di pinggang siap siaga ke medan perang. Golongan Tua Sulug sebilangan kecil mereka masih menyimpan tradisi lisan nenek moyang yang mengatakan mereka sudah memang Islam sebelum kelahiran Rasulullah saw. Foto era Amerika Syarikat 1902 di Jolo, Sulu.


Dengan penjelasan ini maka benarlah kenyataan golongan tua Tausug yang mengatakan "Sebelum kelahiran Rasulullah saw dan kedatangan cucu Baginda ke Sulu kita sememangnya sudah Islam". Inilah kenyataan orang-orang Sulug di kepulauan Sulu maka sudah tentu inilah juga fahaman Sri Vijaya. Terdapat bukti tambahan untuk menyokong kenyataan Sri Vijaya berfahaman Hanif antaranya ialah ketika era Sri Vijaya di Sumatra tertubuhnya satu kerajaan yang dinamakan Mataram,
  • "A great kingdom emerged beginning in about 8th century the Kingdom of Mataram in central Java. The dynasty that founded Mataram took the Sanskrit name Sailendra – the king of the mountains – and the title Maharaja, they were Mahayana Buddhists. They left behind many famous temples, which their contemporaries, the kings of Sri Vijaya seem not to have done. Among the most famous Mataram temples is Burabudur, which was built about 800."
Para rahib Sri Vijaya adalah antara yang sangat terkenal di peringkat antarabangsa ketika itu hinggakan para penziarah Buddha China yang membuat perjalanan panjang menuju ke India akan menghabiskan beberapa tahun di Sri Vijaya, di sana mereka mempelajari tulisan suci mereka dan Peraturan-Peraturan untuk rahib sebelum pergi ke India. Perkara ini mungkin ada yang berfikir bahawa Sri Vijaya menganut agama Buddha. Ketika itu abad ke-7 sebenarnya adalah masa raja Sri Vijaya dan keluarga kerajaannya dan para peniaga berpindah menyeberangi Selat Melaka yang kemudian pada abad ke-8 mereka mendirikan pelabuhan Melaka sehingga pada sekitar tahun 1400. Ketika ini mereka mempunyai perhubungan dagang sehingga di Kalimantan dan Kepulauan Sulu yang begitu jauh.

Satu kerajaan muncul pada awal abad ke-8 bernama Kerajaan Mataram di Jawa Tengah. Dinasti yang didirikan Mataram mengambil nama Sanskrit Sailendra - raja pergunungan - dengan gelaran Maharaja, mereka menganut Buddha Mahayana. Mereka menghasilkan kuil-kuil terkenal, sedangkan yang sezaman dengan Mataram iaitu Raja-raja Sri Vijaya tampaknya tidak melakukan perkara yang sama. Di antara candi-candi Mataram yang paling terkenal adalah Burabudur, yang dibina sekitar tahun 800 masihi. Pada kuil berhampiran Merdut tersergam patung batu besar Buddha dan dua Bodhisattva, yang dikatakan paling indah di seluruh Asia. Di sempadan garis kerajaannya terdapat saingan yang bukan Buddhis tapi pengikut dewa Hindu Siva telah mencabar kuasa Sailendra di Mataram. Dalam tahun 856 telah berlaku pertempuran sengit antara dua saingan ini, akhirnya Sailendra kalah dan puteranya yang masih hidup selamat melarikan diri dari Jawa ke Sumatra. Akhirnya untuk alasan yang tidak diketahui, ia menjadi Raja Sri Vijaya di Sumatra. Oleh kerana itu mengapa dikatakan yang menjadi raja baru Sri Vijaya di Sumatera itu adalah Sailendra. Inilah yang menjadikan alasan bahawa agama Sri Vijaya itu adalah Buddha. (Ruj: *OPHIR The Ancient-Name of the Islands of the Philippines)

Menurut kajian kami, sebelum kedatangan pedagang Arab membawa Islam ke Nusantara, Sulug sememangnya masih menerima konsep Buddha berbanding Hindu. Kerana ajaran Buddha lebih kepada falsafah kehidupan zuhud. Mereka hanya buat patung pengasas Buddha tetapi tidak menyembahnya sebagaimana Hindu menyembah patung dan pelbagai dewa. Sebab itu Sri Vijaya betapa hebat dan kayanya kerajaan mereka ketika itu tetap tidak berminat dengan pembinaan candi dan patung sebagaimana kerajaan Hindu dan Buddha di tanah Jawa. Sebab itu mengapa sehingga hari ini tidak pernah ditemui patung dan tapak-tapak kuil di Jolo Sulu. Yang ada ialah patung-patung Buddha emas bersaiz kecil yang ditemui di Butuan dan tempat-tempat lain di kepulauan Filipina. Tetapi prasasti Hindu tidak pernah dijumpai menunjukkan Sri Vijaya menentang ajaran Hindu. Sebab itu Sulug Sri Vijaya membenarkan pengajaran falsafah Buddha dalam wilayahnya bagi mereka yang mahukan pengisian jiwa bahkan nama-nama Sulug juga banyak menggunakan istilah Sanskrit.

Penjelasan di atas juga menunjukkan bahawa Sri Vijaya memang tidak meletak pusat pentadbirannya di Sumatra. Orang-orang Sulug sebenarnya tidak berapa suka dengan kedudukan Palembang sebab itu mereka mencari tempat lain yang lebih sesuai. Kedudukan Palembang yang mungkin lebih hampir dengan Raja-Raja Jawa di Tanah Jawa boleh juga menjadi salah satu sebab mengapa Sri Vijaya mencari lokasi lain. Dalam hal ini Sri Vijaya menunjukkan sifat Sulug yang sebenar iaitu tidak mahu cari gaduh lantaran mencari lokasi lain untuk dijadikan pusat rehat dan persinggahan sementara. Sulug telah memilih lokasi yang mereka nampak cantik dan menarik iaitu satu kawasan pantai berpasir di Tanah Melayu. Mereka namakannya Malaka yang bermaksud "cantik, lawa, indah, menarik". Kerajaan Malaysia nampaknya kena memikirkan semula sejarah yang mereka tulis berkenaan nama sebenar Malaka. Kerana memang Sulug menamakan wanita cantik dengan Malak (Malaka) sehingga hari ini. Dalam bahasa Ibrani juga disebut Malakha bermaksud bidadari syurga.

Rata-rata Tagalog & Visaya di Filipina tidak mengetahui asal-usul nenek moyang mereka adalah Sulug kepulauan Sulu. Kerana bahasa, budaya dan cara hidup mereka sudah di"Spanyol"kan, dari ajaran Monotisme bertukar kepada "Paganisme" menyembah patung "Tuhan tiga dalam satu". Hari ini generasi muda mereka sudah mula bertanya "dari mana asal-usul mereka".


07- TAGALOG @ VISAYA: Berketurunan Sulug @ Tausug
Sejak dari dulu kami telah pun menemui bukti jelas dan nyata berkenaan asal keturunan bangsa Visaya dan Tagalog di Filipina. Mereka tidak menyedari bahawa asal keturunan mereka dari keluarga Sulug ribuan tahun lamanya. Sebelumnya mereka menganut Islam (Hanif) tetapi sekarang sudah menyembah patung Mery dan Jesus yang diadaptasi dari agama pagan Yunani (Greece). Sebahagian mereka telah mula sedar dengan masuk Islam dan menamakan diri mereka sebagai "balik Islam" bermaksud telah kembali Islam. Walaubagaimana pun mereka telah menjadi "Spesis" lain setelah lama dalam "ribaan" Spanyol menyebabkan mereka sudah kehilangan bahasa (lebih 50% hilang) dan budaya Sulug menjadi budaya Kristian. Satu-satunya cara mengembalikan mereka ialah kena bersatu semula dengan bangsa leluhur mereka di kepulauan Sulu dan kembali menganut "La ilaha illallah, Muhammadurrasulullah" yakni percaya kepada Keesaan Allah swt, dan kerasulan Nabi Terakhir Muhammad saw.
  • At the same period the well-known Maragtas in Visaya’s history claimed that ten (10) Datu lead by Datu Puti arrived in Panay and bought the plain land of Panay island. This people were called “VISAYA” the descendant of original Sri-Visjaya of 7th century from Borneo and Sulu. They carried the word “ya-we” in Visaya which means “key”, this was mentioned in Luke 11:52 “woe unto you, lawyers, for ye have taken away the “key of knowledge”, (the scribes took away the name Yahweh and replaced it with other name Adonai, the key is the name Yahweh).
  • Another two (2) Datu, Datu Dumangsil and Datu Balensusa reached Taal (Batangas) where the language of the two Datu believed to be the origin of Tagalog language. The word Datu in Hebrew language means royal edict or statute, commandment, decree, law, manner. The Datu is the one who ruled and make decree, law and a royal family in Filipino history. The title “DATU” from the word Yashear-Dath or of Seser-dote or Priests of Yahshurun (Israel).
Perhatikan nama-nama terkenal Sulug dari Sulu seperti Datu Puti (Putih), Datu Dumangsil dan Datu Balensusa semuanya. Mereka adalah para pemimpin Sulug era Sri Vijaya yang datang menyusur kepulauan untuk mencari tanah untuk diduduki. Biasanya mereka tidak merampas tanah orang-orang tempatan tetapi mengahwini para wanita di sana dan beranak-pinak sehingga mereka menjadi majoriti dan seterusnya menguasai tanah. Hal ini turut berlaku di Malaka, Sumatra, Sulawesi, Kalimantan, Johor, Kedah sehingga ke Bangkok. Sampai hari ini nama-nama Kampung Solok berada di mana-mana di seluruh Nusantara.
  • Tahukah anda mengapa lelaki Sulug hari ini sangat diminati di Mindanao sehingga ke Manila? Jawapannya hanya ada dua, Pertama: Baik dan boleh dipercayai, Kedua: Berani dan boleh diharap.
  • Tahukah anda mengapa setiap Mayor atau Gobernor di Filipina hari ini wajib mengambil seorang lelaki Sulug sebagai pengawal peribadi? Kerana mereka terkenal dengan mempertahankan majikan dan biasanya golongan Kristian akan menjadi lembut bila mengetahui pemimpin politik tersebut ada pengawal Sulug.
  • Tahukah anda mengapa dikatakan bahasa Sug yang ditutur oleh orang Sulug di pedalaman Jolo masih sama dengan bahasa Sulug purba? Kerana majoriti mereka tidak mahu menerima pendidikan Barat sehingga kini kerana takut "anak-anak mereka jadi Kafir", sifat, sikap dan budaya mereka masih kekal sehingga kini sebagaimana datuk nenek mereka menguasai perdagangan Nusantara sebelum era Sri Vijaya lagi.


Sila klik ke posting lama untuk mengetahui mengapa Sulug @ Tausug mendapat perhatian,

Sila ikuti Bahagian 7 (bhg akhir) di posting seterusnya.

Kajian bersama:
ASREESULU & Neldy Jolo
  1. Kedatangan kaum loyalitas Kesultanan Sulu di Sabah Malaysia, mendapat perhatian oleh Pers Indonesia. Saya pun, yang mengelola blog pribadi, bernama Cantigi Peace dengan alamat http://rizalbustami@blogspot.com, pun tertarik mengikutinya, sebagai orang yang berjiwa Nusantara. Saya meminta izin mengutip dari artikel mengenai Kesultanan Sulu ini untuk saya buatkan tulisan bagi pembaca di Indonesia.Terimakasih, Rizal Bustami

  1. Baiknya dibahas juga soal DharmasRaya yang menggantikan Sriwijaya (kalau tidak salah ada bukti di Thailand Selatan).. Karena berkaitan soal Sriwijaya menghilang, apa berganti nama saja menjadi DharmasRaya, maka Sriwijaya itu bergeser ke pedalaman jadi DharmasRaya lalu menjadi permulaan kerajaan Minang ( diduga bahasa Minang itu bahasa slank dari Melayu, karena mereka anggap mereka bangsawan dan ciptakan bahasa Minang). Suku Palembang sendiri masih sangat muda ada sebagian bercampur dari keturunan China yg datang belakangan.

  1. sedih lihat sulu skrg, dahulu raja pertamanya dari minangkabau. saya sebagai orang minangkabau sedih lihatnya. semoga setelah ini sulu bangkit dan mengejar pendidikan setinggi-tingginya buat seluruh rakyatnya agar tidak dibodohi malaysia lagi. mungkin sekarang kalian kalah tapi kalau kalian mau memperbaiki diri insyaallah 100 tahun lagi kalian bisa mengambil kembali sabah. semangaat

Post a Comment