JEJAK TAUSUG: DI SULU & DI MALAYSIA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, October 16, 2009 1 ulasan


Mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Harris Salleh pernah berucap di UMS sempena BIMP-Niaga pada 2008, beliau mengatakan bahawa sejarah Sabah tetap sejarah tidak perlu diungkitkan lagi (maksudnya Sabah era Kesultanan Sulu), apa yang penting buat generasi Sabah hari ini ialah membuat tindakan betul untuk kemajuan dan mengekalkan keharmonian kaum. Dengan kata lain seolah-olah beliau memperjelaskan bahawa Sulu dan rakyatnya sudah hilang bersama sejarahnya sebab itu jangan diungkitkan lagi. Kalau ada pun hanya setakat dalam kertas yang ditulis hanya sekadar sejarah masa silam sahaja.

Apa yang Datuk Seri Harris Salleh tidak tahu ialah Malaysia sendiri masih ingat dan menghormati SEJARAH SULU keatas Sabah. Buktinya Malaysia melalui kedutaannya di Manila masih membayar RM5,300 setiap tahun kepada waris Kesultanan Sulu. Beliau juga tidak mengetahui bahawa majoriti yang menghuni Sabah hari ini adalah kaum-kaum dari Sulu. Hal ini boleh dibuktikan dengan membuat bancian kaum dan kependudukan di seluruh Sabah.

Datuk Seri Harris sepatutnya mengambil tahu bagaimana ketika era kekuasaan partinya (parti Berjaya) kaum Suluk berada di tangga teratas kerana itulah yang dilakukan oleh Tun Datu Mustapha sebelum ini. Setelah parti Pairin Kitingan iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) menumpaskan Parti Berjaya, iaitu setelah PBS menguasai politik perdana di Sabah, kaum Suluk telah diletak di tangga bawah sekali. Malah hari ini sekiranya kita melawat Hospital Dutches of Kent Sandakan, nama kaum Suluk tidak tertulis langsung.

Penulis sekadar mengingatkan hal ini kerana kaum terpencil sebelum ini setelah mereka memerintah nama kaum asal (Suluk) bukan sahaja dihumban ke bawah malah dihilangkan langsung. Ini kerana kaum Suluk dianggap sebagai "Pendatang Haram Filipina" bukannya rakyat Sabah. Sekiranya perkara ini tidak diperbetulkan tidaklah menghairankan sekiranya kaum Suluk menyokong tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah kerana penganiayaan yang berpanjangan terhadap mereka.

Penempatan setinggan masyarakat Sulu di Sabah biasanya secara berkelompok dan berasak-asak. Dengan gaji RM250 ke RM400 sebulan, mereka hanya mampu tinggal di rumah setinggan seperti ini.

PENGERTIAN & DEFINISI SULUG @ SUG
Di Sandakan sahaja sekiranya dibuat bancian kepada mereka yang faham dan menuturkan bahasa Suluk (kata asalnya SULUG) akan mengesahkan dakwaan ini. Perlulah diperjelaskan, kata asal SULUG itu adalah dari bahasa Melayu-Proto kepulauan Sulu Utara yang dikenali sebagai Ayta, SULUG yang bermaksud ARUS AIR. Kaum-kaum yang tinggal di sekitar pulau Jolo dikenali sebagai "Orang Sulug" (orang Melayu Brunei pula menyebutnya Orang Suluk), orang Bugis di Sulawesi menyebutnya "Orang Solok" juga bermaksud Orang Arus (yang deras). Disebabkan Jolo itu sendiri yang kedudukannya di antara Laut Sulu dan Laut Sulawesi secara semulajadinya berada ditengah arus air laut yang sangat deras sebab itu dipanggil Sulu atau Sulug. Maksud Sulu dan Sulug adalah sama.

Kepulauan Sulu atau Kepulauan Sulug dihuni oleh beberapa suku kaum iaitu Buranun, Taguimah, Sama-Bajau, Yakan (di Basilan), Baklaya (dari Sulawesi), Dampuan (dari Champa), Banjar (dari Banjar Masin), Arab (para Habaib dan pedagang), Kagayan (di Pulau Kagayan de Sulu) dan Kalibugan (di Zamboanga), dan yang terkini ialah Iranun (kaum ini berasal dari Teluk Ilana di Mindanao, bergabung dengan Tausug ketika era Sulu Zone abad 17 dan 18 sebagai penjaga Maritim, Iranun Sulu tinggal di pantai Barat Sabah bersama Bajau Balangingi). Kaum Sulug menggunakan satu bahasa perantara iaitu bahasa Taguimaha yang akhirnya dikenali sebagai BAHASA SULUG atau Bahasa Sug.

Bahasa Taguimaha ini turut ditutur oleh kaum Cebuano, Waray-Waray, Butuano, Surigaonun dan yang terkenal ialah Joloano di gugusan Kepulauan Sulu hari ini. Menurut para ahli antropologi dan linguistik, punca bahasa Taguimah menjadi bahasa perantara adalah disebabkan bangsa Taguimah ini adalah bangsa pedagang dan bangsawan. Mereka menguasai pasar-pasar di Jolo, Zamboanga, Sandakan, Basilan, Cebu, Butuan, mereka adalah kaya raya menyebabkan sesiapa yang menuturkan bahasa mereka adalah satu kebanggaan. Status bangsa Taguimah dan bahasanya begitu berdarjat tinggi yang kemungkinan besar pengaruh dari percampuran darah Bani Israel dan Bangsa Aryan yang sampai ke Sulu pada tahun 300-250 sebelum masihi.

Penulis bersama dengan Bapak Kadir yang fasih berbahasa Sulug. Beliau sempat menceritakan sejarah lisan bangsa Makassar berkenaan beberapa pelayar Bugis yang hanyut ke Pulau Sulu ketika belayar ke China.


KESATUAN KAUM-KAUM SULUG MENJADI BANGSA TAUSUG
Mereka biasa berdagang merentas lautan dan sangat mahir dengan peperangan di darat dan di laut. Bangsa Taguimah dari Basilan ini telah pun menganut agama Islam semenjak abad ke-7 lagi hinggakan gelaran seperti Tuan dan Syeikh sangat sinonim dengan bangsa Taguimah. Semenjak kurun ke-7, bangsa Taguimah sudah dilaporkan berkolaborasi dengan kaum Sama-Bajau di Basilan dan Zamboanga menjual emas dan mutiara. Semangat dan kekuatan bangsa dan bahasa Taguimah telah bertambah setelah kedatangan bangsa Arab yang kemudiannya berjaya mengislamkan kaum Buranun di pergunungan Jolo. Setelah itu institusi kesultanan pun bermula setelah kedatangan Raja Baguinda dari Sumatera, bangsa Champa mula datang berniaga ke Jolo. Kaum Baklaya, Banjar mula membina penempatan di sekitar bandar Jolo kerana faktor perdagangan.

Oleh kerana bahasa pertuturan di bandar besar Jolo adalah bahasa Taguimah maka semua pedagang termasuk yang datang dari tanah besar China turut juga bertutur dengan bahasa ini. Ditambah oleh budaya kebangsawanan dan kepahlawanan yang mula menjadi ikutan, akhirnya semua bangsa atau kaum yang datang ke Jolo mula kehilangan bahasa ibunda dan jati diri asal mereka sendiri diganti bahasa dan budaya Taguimah. Setelah kedatangan Spanyol yang membawa mesej Kristian dan penjajahan, Taguimah dan Buranun mula bersatu dalam satu perjuangan "jihad" dengan kerjasama Sama-Bajau dan kaum-kaum lain menentang Spanyol.

Ketika ini mereka mula dikenali sebagai satu bangsa kesatuan yang dipanggil "Tau Daing Ha Sug" (Orang yang tinggal di Sulug atau Sug), akhirnya mereka disebut TAUSUG. Yang mengasaskan kesatuan Tausug ini ialah para Sultan-sultan yang menjadi pemimipin mereka dengan konsep "La Tafarraku" (jangan berpecah belah). Mereka mula menjadi bangsa hebat dan terbilang dalam satu nama TAUSUG. Aura mereka semakin memancar sehingga mereka dapat menguasai laut dan darat.

Menurut Vick Hurley, Tausug adalah bangsa pejuang Amfibia, yang menguasai lautan dan daratan yang sampai ke akhirnya Spanyol tidak berjaya menakluk mereka. Tausug turut dilaporkan sebagai bangsa pembela, membela Brunei, membela Parameswara dari serangan Majapahit (sebenarnya Parameswara telah pun Islam sebelum beliau sampai ke Tanah Semenanjung Siam-Melaka), membela Raja Batak (di Sumatera) dan turut dilaporkan membela kerajaan Acheh, Pattani, Sambas, Banjar, sehinggakan zaman pembelaan Tausug ini dipanggil oleh James Francis Warren sebagai Sulu Zone. Hasil dari Sulu Zone, hari ini kekalnya nama "Lanun" di Malaysia dan "Bajak Laut" di Indonesia membuktikan "Penguasaan Laut" Nusantara oleh TAUSUG.

Saudara Samad salah seorang berketurunan Tausug dari Terusan Sugut fasih berbahasa Sungai, Tambanuwo dan bahasa Sulug. Beliau salah seorang dari rujukan penulis tentang sejarah Brunei dan Sabah.

BAHASA TAUSUG MENJADI BAHASA KEDUA DI SABAH
Sabahan sebenarnya tidak menyedari bahawa bahasa Tausug adalah bahasa kedua dituturkan selepas bahasa Melayu. Dari Kalimantan ke Tawau, dari Lahad Datu ke Semporna, dari Sandakan ke Kudat, dari Kota Belud ke Kota Kinabalu sehingga Keningau ke Pulau Labuan penutur bahasa Tausug berada dimana-mana. Di kalangan Sabahan, Tausug dikenali sebagai Sulug atau dilidah mereka disebut Suluk.

Abdul Samad seorang sahabat penulis yang juga seorang pengkaji sejarah, berasal dari Terusan Sugut (Sungai Sugut) mengatakan,

"Bermula dari muara sungai Sugut sehingga ke ulu Sugut di Merungin (lokasinya berada di bawah kaki Gunung Kinabalu) penduduknya masih bertutur bahasa Sulug sebagai bahasa ke-3. Kaum Tambonuwo, Lotud Paitan, Lalom Suba' (Orang Sungai) memang bertutur dengan bahasa asal mereka tetapi sekiranya ditanya dalam bahasa Sulug mereka boleh menjawab dengan fasih."

Menurut beliau lagi, sekiranya diperhatikan, situasi seperti ini juga turut berlaku di sepanjang Sungai Kinabatangan. Menurutnya lagi perkataan "Orang Sungai" kepada kaum asli di sepanjang sungai Kinabatangan berasal dari bahasa Sulug iaitu Tau Laum Suba', sekiranya diMelayukan akan menjadi "Orang Sungai". Sesetengah Kaum Idaan (kaum Idaan adalah campuran kaum Dayak Kalimantan dengan kaum Ayta Filipina) juga turut mengaku sebagai "Orang Sungai".

Lihat lokasi Merungin dan Suuk @ Sook dalam peta di atas. Dua tempat ini hanya sebagai contoh, banyak lagi tempat lain yang perlu dilawat.

Bermula dari Muara Sungai Kinabatangan sehingga ke Ulu, hinggakan sampai ke Suuk @ SOOK di pedalaman (lihat peta Sabah, lokasi Sook), kaum aslinya masih bertutur dengan bahasa Sulug. Seorang sahabat Tausug penulis yang pernah mengikuti rombongan dakwah Jamaah Tabligh ke Suuk berkata,

"Saya tidak pernah keluar 40 hari masuk ke pedalaman Sabah kecuali ke Suuk. Perjalanannya sangat sukar merentas bukit bukau dan jalan teruk sehari suntuk. Sampai di Suuk saya terkejut masyarakat aslinya sekali-sekala bertutur bahasa Sulug. Saya sangat hairan bagaimana Tausug berada di sini. Tanpa memberi tahu yang saya sendiri adalah Tausug, saya bertanya kepada seorang pakcik bagaimana mereka boleh bertutur bahasa Tausug itu, beliau mengatakan bahawa mereka ialah Tausug yang sudah memang ada di tempat tersebut sebelum peperangan Mat Salleh menentang Inggeris lagi."

Sahabat penulis tersebut begitu kagum dan mula berfikir kebenaran kekuasaan Tausug dan Kesultanan Sulu seperti yang penulis nyatakan dalam buku Tausug & Kesultanan Sulu. Sekiranya kita perhalusi nama SUUK itu bermaksud DEKAT dalam bahasa Sulug. Kemungkinan para pahlawan Tausuglah yang mengasaskan kampung tersebut bukanlah satu kemustahilan berdasarkan namanya. Nama seperti Sandakan, Sugut, Lahad Datu (ini adalah bahasa Bajau yang bermaksud Negeri para Datu) dan banyak lagi adalah diambil dari bahasa Tausug sendiri.

Remaja Tausug di Sandakan.

TAUSUG DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Hari ini, penempatan Tausug yang paling besar dan meriah di semenanjung Malaysia ialah di MASAI, Johor. Taman perumahannya sehingga ke Flet dipenuhi oleh Tausug yang majoritinya bekerja sebagai welder atau tukang kimpal. Di sekitar pelabuhan Kelang, sehingga ke Kajang sampailah ke Terengganu (carigali PETRONAS) Tausug semakin menjadi Majoriti di sesetengah tempat secara berkelompok. Sesiapa yang mahu melihat Tausug secara dekat bolehlah datang ke kaki lima bangunan Kota Raya berhampiran Petaling Street. Penulis kalau mahu makan makanan Tausug (Piyutu, Siyagul, Siyanglag, ikan tuna bakar, agar-agar laut dicampur mangga masam cincang) hanya perlu datang ke kaki lima bangunan Kota Raya di Kuala Lumpur.

Ketika waktu perayaan Tahun Baru atau Hari Kemerdekaan 31 Ogos, remaja Tausug memenuhi perkarangan Pasar Seni sehingga ke Dataran Merdeka bercampur dengan Sabahan lain. Suasana yang sama turut berlaku di perkarangan bangunan KLCC dan Bukit Bintang Plaza, remaja Tausug menjual bermacam jualan berupa minuman tin, penyembur berwarna dan sebagainya. Budaya berniaga masih mereka kekalkan dan pertahankan.

Di Jalan Masjid India, cuba perhatikan remaja yang menjaja DVD dan VCD pada waktu selepas jam 5 pm, serta yang menjual barang-barang hiasan kristal di gerai-gerai DBKL, mereka ialah Tausug. DBKL sangat suka menggunakan remaja-remaja Tausug dijadikan pengintip terhadap perlakuan peras ugut kaum India dan Cina nakal. Ini kerana Tausug mempunyai budaya Tulus Ikhlas dan berpegang kepada janji selagi mereka "tidak dimasukkan ke dalam lubang" mereka akan tetap menjadi sahabat dan pembela.


UMAT ISLAM TAUSUG PERLUKAN PENDAKWAH
Bagi penulis, yang lebih utama kepada kaum ini ialah dakwah Islamiyah. Selama ini hanya Jamaah Tabligh sahaja yang berani masuk kampung keluar kampung mereka membawa nur Dakwah Islamiyah. Kadang-kadang penulis bertanya dimana sahabat-sahabat dari kalangan Jamaah PAS? ABIM? JIM? JAKIM? yang ada cuma JAHEINS yang menggajikan imam dan bilal masjid sahaja.

Membaca surah Yasin dan Maulid Nabi setiap beberapa masa nampaknya tidak mencukupi. Sekolah Agama juga tidak mencukupi dan gagal menampung populasi masyarakat ini terutama di Sabah. Generasi "buta agama" semakin bertambah dan menular maka dadah Syabu sangat mudah masuk menyusup seterusnya jenayah meningkat. Akhirnya masyarakat ini akan memenuhi setiap penjara di seluruh Sabah. Kerajaan mula pening kepala!!

ASREESULU

Penjelasan: KEMERDEKAAN SULU & DASAR MINYAK AS

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, October 14, 2009 0 ulasan


Kejatuhan Dolar AS semakin berterusan.

Keterdesakan AS memulihkan ekonominya saat ini menyebabkan kerahan "tenaga" semaksimum mungkin kepada syarikat-syarikat antarabangsanya untuk menyedut apa sahaja jenis dana di seluruh dunia, terutama minyak demi mempertahankan dominasi Dolarnya. Dolar AS semakin jatuh dari hari ke sehari menyebabkan AS "stress", migraine semakin mencucuk "kepalanya", kewarasan semakin hilang, pertimbangan semakin lesap. 3/4 Dolarnya sudah berada di luar negara menyebabkannya tergalak mencetak wang kertas Dolar tanpa henti. Matawangnya idak lagi berdasarkan nilai emas sebelum ini, hal ini menyebabkan hutangnya semakin berlambak kepada banker Yahudi, defisit semakin menghimpit. AS semakin menuju kepada jurang kemusnahan. Apakah tindakan untuk selamatkan dirinya?

Tidak lama lagi US Dollar akan hanya dijadikan kertas tandas.


PERANCANGAN DI TIMUR TENGAH
Dengan kemusnahan sengaja dua bangunan WTC nya, AS memulakan kempen "serangan" terhadap umat Islam. Permainan media massa miliknya berjaya mempengaruhi penduduk dunia bahawa pengganas Islam lah yang melakukannya. Kempen "Anda bersama kami memerangi keganasan atau anda menyertai pengganas" adalah kata dua kepada antarabangsa termasuk negara-negara majoriti umat Islam. Tiada pilihan negara lain kecuali memilih "Menyertai AS memerangi keganasan umat Islam".

Terbukti, negara yang awal-awal diperangi AS ialah negara Islam sendiri iaitu Afghanistan dan Iraq kerana dikatakan disitulah pusatnya "pengganas Islam", iaitu Osama ben Laden dan Saddam Hussein. Mereka maklum kekuatan senjata canggih tidak akan dapat mengalahkan "kekuatan TAUHID" umat Islam di Afghanistan dan Iraq. Dan mereka tahu, umat Islam akan menjadi kuat bersatu dan bertahan sekiranya di serang. Apa yang AS inginkan ialah penyedutan dan penguasaan "Pasaran" minyak berada dalam tangannya. AS tidak risau dengan kos berapa banyak pun belanja dan korban tenteranya. Ini terbukti, sejak perang Iraq yang pertama (Gulf War I) sehingga perang Afghanistan dan Iraq hari ini kosnya telah ditanggung oleh Arab Saudi dan Kuwait. Dalam hal ini, Israel turut mendapat manfaatnya sehingga mampu membina tembok maut di Palestin.

Tentera AS menduduki Afghanistan dan Iraq.

AS tidak risau dengan korban tenteranya kerana mereka tidak mungkin kekeringan tentera, sebab itu ada Filem Holywood yang hampir setiap bulan memaparkan kehebatan hero AS mengalahkan "kejahatan" yang akhirnya menjadi kekuatan secara mental kepada rakyatnya untuk menjadi hero peperangan. AS tidak mungkin kekeringan tentera kerana dasar "kewarganegaraannya" yang pelik iaitu "menjadikan para pendatang warganegara AS sekiranya mereka menyertai tentera terlebih dahulu". Tawaran istimewa ini tidak disia-siakan oleh para pendatang seluruh dunia di AS samada yang datang secara haram atau secara sah. Tidak hairan tentera AS hari ini dipenuhi oleh bangsa Hispanik dari Maxico, Carebian, Arab dan Eropah.

Kubur kepada korban "minyak" AS semakin bertambah dari hari ke sehari.

Sebab itulah AS masih tetap bertahan sampai bila-bila di Iraq dan Afghanistan kerana mereka punya "sumber kewangan" di sana selagi enjin penyedut minyak tidak berhenti menyedut. Untuk mendominasi Timur Tengah, gerak kerja telah pun dijalankan seawal sebelum perang dunia pertama dan kedua. Kejatuhan Khilafah Othmaniyah oleh Kamal Attarturk dan kekuasaan Syarif-syarif Makkah ditangan Lawrence Of Arabia menyebabkan semua tempat umat Islam telah jatuh ke tangan mereka termasuk tanah suci Baitul Maqdis. Umat Islam seluruh dunia hari ini telah terjajah secara realitinya, televisyen yang berada dalam setiap rumah umat Islam dengan rancangan yang diasas dan dihasilkan kufar telah berjaya memusing 360' darjah otak dan pemikiran seterusnya syaksiah generasi muda.

Penduduk di sebuah perkampungan Afghan-Pakistan mengambil jalan mudah membakar kotak TV mereka kerana mendapati TV menjadi penghubung kepada propaganda kufar memusing pemikiran ummah.

Malah lebih canggih dari itu, telefon mudah alih yang boleh memaparkan imej dan melayari internet telah berjaya memusnahkan orang-orang Islam dengan penyalahgunaan yang tidak terkawal lagi. Sebagai contoh, sebahagian muda-mudi Saudi yang walau pun bertudung litup yakni berjilbab telah terlibat dalam penyalahgunaan ini. Pornografi begitu mudah tersebar telah menjadi sumber kerosakan akhlak dan budi. Telah menjadi kehairanan kerajaan Arab Saudi laporan perceraian semakin meningkat dari tahun ke setahun serta perlakuan liar sesetengah anak muda yang semakin sukar dibendung. Sumbang mahram, rogol dan homosexual semakin meningkat dan berleluasa.


MEMUSNAH ISLAM DARI DALAM
Bermunculannya segala mazhab dalam Islam seawal setelah selesainya Majlis Tahkim antara Sayyidina Ali r.a. dan Muawiyyah r.a. lantaran munculnya aliran-aliran ganjil ini adalah hasil kerja Yahudi-Zionis juga. Muncullah Syi'ah, Baha'i dan Qadiyani di India kemudian mereka mengubah isi kandungan kitab-kitab sufi dengan memperlagakan semua disiplin ilmu dalam Islam. Tulisan-tulisan ulama' besar seperti Al-Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Arabi, Ibnu Taimiyah, Al-Fansuri (sekadar menyebut beberapa nama) telah diputar belit dan dilaga-lagakan sehingga menjadi fitnah yang tidak dapat dipulihkan lagi. Kefanatikan semakin menguasai pengikut aliran masing-masing sehinggakan mereka disibukkan dengan hujjat menhujjat sesama tanpa memperdulikan lagi maslahat ummah yang lebih utama. Sesetengahnya bunuh-membunuh antara sesama mereka. Akhirnya orang awam menjadi keliru dan menyampah lantas mencari jalan "liberal", Pluralis atau Free-Thinker, Womens Lib, komunis dan sebagainya.

Syi'ah yang menjadi kelompok Islam kedua selepas Ahli Sunnah terbentuk setelah berlakunya Majlis Tahkim antara wakil Sayyidina Ali r.a. dengan Muawiyah r.a. selepas kewafatan Rasulullah SAW. Ahli Sunnah membentuk 83% umat Islam di dunia.

Ketika AS menyerang Afghanistan dan Iraq umat Islam telah berdemonstrasi di seluruh dunia mengecam tindakan AS. Saddam Hussein dan Osama ben Laden yang sebelum ini dikecam telah mula mendapat sokongan ummat setelah diperangi oleh AS. Wal hal sekiranya diperhalusi, Saddam Hussein dan Osama Ben Laden itu adalah hasil ciptaan AS sendiri. Ketika peperangan Iran-Iraq, AS telah menyokong Iraq dengan membekalkan Saddam Hussein persenjataan canggih termasuk senjata kimia. Ketika perang Afghan-Russia, AS juga menyokong mujahidin Afghanistan ketika itu. Osama ben Laden yang menjadi mujahid sukarelawan Afghanistan ketika itu telah mendapat latihan canggih oleh CIA.

Siapa Osama ben Laden? Beliau telah mula menjadi terkenal setelah tamatnya peperangan Afghan-Russia. Kemunculan beliau secara tiba-tiba dengan tentera proksinya yang dinamakan TALIBAN (bermaksud pelajar) serta dilengkapi persenjataan canggih berupa jet-jet pejuang dan kereta-kereta kebal telah mengambil alih kuasa Afghanistan dari tangan para mujahidin golongan tua. Yang menjadi kehairanan penduduk Afghanistan bagaimana Taliban dapat memiliki persenjataan hebat sebegitu canggih yang tidak pernah mereka gunakan mengalahkan Russia sebelum ini? Tidak lama kemudian telah diketahui bahawa yang memerintah Taliban secara proksi ialah Osama sendiri selaku sumber kewangan. Hari ini Osama dicari oleh AS untuk dibunuh kerana dikaitkan dengan kejadian 9/11, 2001.

Wal hal telah pun diketahui 9/11 adalah perbuatan AS sendiri, mengaitkan Osama hanya sebagai batu loncatan untuk dapat melakukan peperangan sesuka hati seterusnya dapat menyedut minyak. Saddam dan Osama samada diri mereka sedar atau tidak, hakikatnya mereka adalah hasil ciptaan AS sebagaimana diciptanya Abu Sayyaf di Sulu (Filipina Selatan) untuk menghalalkan apa sahaja tindakan terhadap umat Islam. AS mengetahui, umat Islam tidak tergamak menggunakan muslihat "dajjal" seperti ini kepada umat bukan Islam. AS mengetahui, umat Islam adalah umat "Rahmatan lil alamin" sebagai ummat Muhammad SAW yang mengasihi sesama umat manusia.

Sketsa kartun, sindiran terhadap dasar pentadbiran Georg Bush di Iraq.


JALAN MUDAH MENGUASAI MINYAK NUSANTARA
AS tidak akan berminat dengan wilayah atau pun penaklukan. Apa yang dia mahu hanyalah "minyak mentah" sahaja untuk dapat menampung keperluannya sendiri di AS. Tanpa minyak lumpuhlah industri AS, berpuluh juta kenderaannya tidak akan bergerak. Jalan mudah untuk menguasai minyak dunia ialah dengan memulakan peperangan. AS telah pun memulakannya pada 9/11 yang lalu, hasilnya mereka telah ada di Timur Tengah menguasai Arab Saudi, Kuwait, Iraq, Afghanistan, Mesir dan Jordan dll. Yang belum tunduk hanya Iran dan Syiria sahaja lagi.

Kebijaksanaan terletak kepada Malaysia bagaimana mengelak adu domba dan fitnah. Sebarang "permainan" pihak luar haruslah diteliti jangan sampai membuat tindakan yang boleh menjatuhkannya kedalam "perigi buta".


Untuk menguasai Nusantara adalah mudah bagi AS, dengan hanya menguatkan kedudukan Singapura, menguatkan tuntutan Filipina terhadap Sabah (walau pun AS tahu Filipina tidak layak menuntut, sekurang-kurangnya emosi Malaysia senantiasa dipermain), memanaskan hubungan Malaysia-Indonesia (kes tarian PENDET, tuntutan sempadan wilayah), Malaysia-Thailand (kes penentangan Melayu Pattani) dan Malaysia-Singapura (bermacam kes, termasuklah kes penggunaan ruang udara, kes bekalan air mentah, kes pembinaan jambatan, kes tuntutan pulau Batu Putih), Malaysia-Brunei (tuntutan Brunei terhadap Limbang). Dalam pertelagahan ini AS datang sebagai pendamai, membuat perjanjian Latihan Bersama dan USAID. Dalam hal ini yang paling terperangkap ialah Filipina sendiri.

Dengan mengekalkan "suhu" seperti itu, AS akan dapat memecahkan negara-negara di Nusantara pada bila-bila masa yang dia mahu. Hanya bergantung kepada keadaan dan keinginan mereka.


AS MENGHARAP SULU, KEMERDEKAAN ATAU PEPERANGAN
Semakin pasti AS akan membiarkan Sulu mendapat kemerdekaan. Sebenarnya, sekiranya diteliti, bukanlah keutamaan AS untuk memerdekakan Sulu, apa yang penting baginya ialah hasil maksul Sulu itu dapat disedutnya. Selama ini AS membiarkan Sulu terumbang-ambing diurus oleh Filipina. Dia tahu Filipina akan gagal mengurus Sulu disebabkan budaya dan masyarakatnya yang berbeza fahaman agama lebih-lebih lagi sejarah kekuasaan Kesultanan Sulu yang sebenarnya masih berkuatkuasa, tinggal lagi telah kehilangan perjuangan sebenar mereka.

Tentera AS mula mendekati penduduk Tausug Sulu dengan pelbagai bantuan kemanusiaan. Jalan bertar dan sekolah, perhentian pengangkutan awam dan kemudahan air bersih telah giat dibena oleh tentera Amerika di Sulu semenjak tahun 2002 dibawah USAID.


Hasil maksul atau kelebihan yang AS lihat dari Sulu ialah beberapa perkara penting antaranya,
  • Petroleum di Laut Sulu (yang dianggarkan mempunyai simpanan yang lebih banyak dari minyak Tanah Arab).
  • Emas (disekitar laut berdekatan pantai sekeliling pulau Jolo, disahkan oleh pelan setelit PETRONAS)
  • Kepulauannya yang menarik (lebih cantik dari kepulauan Hawaii dan Polenesia, sesuai untuk pelancongan dan penyelidikan Maritim).
  • Wilayahnya yang terlalu besar (sekiranya dituntut, meliputi area dalam Sulu Zone iaitu bermula dari Pulau Luzon melintasi Sulawesi-Borneo dan Sumatera-Riau, Johor-Singapura sehingga ke Vietnam dan Taiwan).
Kalau pun AS tidak mahu menyinggung wilayah Sulu dalam Sulu Zone kerana mungkin sukar menuntutnya tetapi sekiranya terpaksa bukanlah mustahil baginya. Ia sangat bergantung sejauh mana AS dapat menghapuskan "senjata" dari tangan orang-orang Sulu. Selagi ada kumpulan bersenjata selagi itulah AS (ExxonMobil) sukar menjalankan cari gali petroleum di mana-mana di kawasan Laut Sulu. Apa yang mungkin menjadi kesukaran buat AS ialah sekiranya peperangan dengan mujahidin Sulu berpanjangan kerana dibimbangi akan menjadi perhatian antarabangsa.

Ahli politik dan aktivis Kristian Filipina menentang kehadiran tentera AS di Sulu kerana dirisaukan Sulu akan dimerdekakan oleh AS. Secara nyata Tausug tidak menentang kehadiran Amerika di Sulu kecuali mereka datang untuk memerangi umat Islam.


Sekiranya ini berlaku, AS terpaksa memerdekakan Sulu, dengan demikian akan memudahkannya membuat perjanjian dengan kerajaan Sulu seterusnya dapat konsesi hak menyedut minyak dan melombong emas secara sah. AS tahu masyarakat Sulu mempunyai nostalgia dengan sejarah kesultanannya kerana Sultanlah yang menjadi simbol perpaduan mereka. Dengan memerdekakan Sulu maka Kesultanannya akan kembali, maka semua rakyat yang bersenjata akan patuh dengan arahan Sultan seterusnya Sulu akan menjadi aman dan tenteram.


Sekiranya dikaji, AS mustahil dapat menamatkan persenjataan orang-orang Sulu. Peperangan pasti akan berlanjutan dan sentimen serta simpati umat Islam akan tertumpu ke Sulu. Mujahidin dari Acheh-Indonesia, Malaysia dan Pattani pastinya akan datang menghujani Sulu membantu saudara-saudara mereka memerangi Filipina dan Amerika. Pintu masuk yang terbentang luas bermula dari Irian Jaya sehingga ke Sabah akan menjadi laluan mereka memasuki Sulu. Peperangan secara besar-besaran di Nusantara tidak dapat dielakkan lagi ketika itu.


KEHILANGAN IDENTITI MENYUKARKAN KEMERDEKAAN
Untuk memerdekakan Sulu era MNLF bermula 1972 hingga 2005 tidak ada jalan penyelesaian. MNLF hanya dijadikan "alat permainan" kepada perjuangan kemerdekaan Sulu dan Mindanao sejak sekian lama. MNLF (Moro National Liberation Front) memperjuangkan BANGSA MORO sebagai satu identiti kebangsaan yang baru. Setelah kemunculan MILF (Moro Islamic Liberation Front) yang berpusat di Mindanao juga memperjuangkan "Nationality" baru iaitu BANGSA MORO. Kecelaruan identiti seperti ini menyukarkan kemerdekaan Sulu dan Mindanao.

Pengerusi MNLF, Nur Misuari melaungkan slogan kemerdekaan "Republik Moroland" ketika perhimpunan ulang tahun MNLF di Sulu diadakan.

Sangat jelas arah perjuangan MNLF dan MILF mengambil metod Mao Tze Tung di Negara China. Mao adalah seorang berfahaman komunis yang anti Kapitalis dan Monarki (kerajaan Beraja atau Bersultan). Revolusi Budaya yang diasaskan Mao di China walau pun telah menampakkan kejayaan pada akhirnya dikecam kerana tidak berpijak di bumi nyata. Mengubah budaya China dengan bentuk kebudayaan baru seolah-olah mereka menjadi bangsa berbeza dari nenek moyang mereka pada akhirnya Revolusi Budaya telah "dibakulsampahkan" oleh kaum China selepas kematian Mao. Komunis China telah memusnahkan institusi beraja, yang tinggal hanyalah muzium kenangan Maharaja China. Inilah yang berlaku di Sulu dan Mindanao, bangsa induknya yang dipanggil Tausug dan Iranun (Ira, Mara, Magui) telah dijadikan bangsa baru yang dinamakan Bangsa Moro. Manakala sistem kesultanan telah dijadikan kenangan juga dengan menjadikan MOROLAND sebagai REPUBLIK.

Umum mengetahui Bangsa Moro itu sebenarnya sudah merdeka di Maghribi iaitu yang kita kenali sebagai negara Morocco di Afrika Utara. Bangsa Moro di Morocco mempunyai bahasa asalnya iaitu Berber-Arab sedangkan Bangsa Moro di Sulu dan Mindanao tidak mempunyai bahasanya sendiri, membuktikan Bangsa Moro tidak wujud di Sulu dan Mindanao. Yang ada ialah bahasa Tausug yang ditutur oleh bangsa Taguimaha, Buranun, Baklaya, Yakan dan Sama-Bajau kerana kedudukannya sebagai Lingua-Franca. Demikian di Mindanao, bahasa Iranun adalah induk kepada bahasa Maranao dan Maguindanao secara linguistik.


UNITED TAUSUG CITIZENS (UTC) TUNJANG KEMERDEKAAN SULU
Kalau pun umat Islam Sulu dan Mindanao dipanggil Moro oleh Spanyol dan Amerika Syarikat bukanlah bermakna ianya perlu diterima bulat-bulat lalu dijadikan identiti. Ini kerana walau pun umat Kristian Luzon dan Visaya itu dipanggil Indio oleh Spanyol dan AS, mereka masih menamakan diri mereka sebagai bangsa Tagalog atau Visaya dan sebagainya. Tidak pernah kedengaran orang Visaya dan Tagalog memanggil diri mereka sebagai BANGSA INDIO. Setidak-tidaknya mereka lebih berterus-terang memanggil diri mereka Filipino atau Pinoy yang membawa maksud "hamba abdi King Philipp II".

Foto kenangan rakyat Sultan Jamalul Kiram II memegang bendera asal Kesultanan Sulu pada tahun 1933 di tepi pantai Jolo. Identiti sebenar Tausug (Buranun, Taguimah, Baklaya, Yakan, Sama-Bajau, Kagayan, Kalibugan) telah dilupakan dan tidak diperdulikan lagi.

Sebab itulah PBB tidak melayan desakan kemerdekaan MNLF terhadap Sulu dan Mindanao menjadi REPUBLIC MOROLAND kerana menganggap mereka (Moro) adalah rakyat Filipina yang memberontak yang lebih kepada masalah dalaman bukannya masalah antarabangsa atau antara negara. Terbukti, para pelarian MNLF di Sabah ditulis sebagai "Filipino" dalam catatan Kad Pelarian mereka (IMM13). Sekiranya mereka mengaku sebagai Tausug dan rakyat Sultan Sulu pastinya mereka tidak boleh dikategorikan sebagai "Pelarian" apatah lagi sebagai Filipino.

Kembali kepada asal identiti Sulu adalah rahsia kepada kemerdekaan Sulu dan Mindanao. Lahirnya United Tausug Citizens (UTC) telah melengkapkan formula "menuju kemerdekaan sebenar". Kerja keras kerabat kesultanan sulu dan kesungguhan rakyat Sulu menongkat UTC yang lengkap dengan buku penjelasannya telah mencerahkan jalan kemerdekaan yang selama hampir 80 tahun dalam kegelapan. Walau pun UTC miskin dan serba kekurangan serta hanya digerak oleh golongan marhain yang daif sebenarnya telah mengulangi semula sejarah kemenangan Rasulullah SAW yang bermula di Makkah. Baginda mendapat "kemerdekaan" memegang tampuk negara ketika hijrah ke Madinah. Persis sama apa yang berlaku kepada UTC, bermula dari Sabah, setelah terancam mereka langsung hijrah ke Sulu hinggalah ke hari ini.

Kemerdekaan pasti dapat samada cepat atau lambat!!!


ASREESULU

PENIPUAN NOSTRADAMUS & DASAR LUAR USA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, October 12, 2009 2 ulasan


Semalam (12 Okt) penulis telah mengikuti rancangan The Next Nostradamus dalam History Channel. Satu rancangan propaganda dalam masa yang sama membuka pekung para konspirator. Rasanya para intel dan pengkaji Nusantara perlu melihat rancangan ini kerana terdapat beberapa jawapan terhadap permasalahan yang melanda umat Islam dewasa ini. Rancangan ini berkisar tentang dua orang PERAMAL "Dunia Kolonial" yang sangat hebat iaitu peramal yang pernah lahir dimasa lalu di Eropah di awal abad ke-17 bernama Michael de Nostradamus dan peramal terkemuka yang tiada tolok bandingnya di Amerika Syarikat saat ini bernama Dr. Bruce Boeno de Mesquita.

Gaya Dr. Bruce Bueno de Mesquita dalam rancangan History Channel.

Dr Bruce adalah peramal hebat saat ini yang menggunakan Matematik manakala Nostradamus pula menggunakan Astrolab sebagai alat Astrologinya meramalkan masa depan. Dr Bruce begitu diyakini kerana menggunakan formula saintifik telah membanggakan pihak keselamatan AS di Pentagon lantaran ramalannya yang hampir 100% tepat. Tetapi yang menghairankan penulis, Dr Bruce sendiri begitu terikat dengan segala ramalan Nostradamus. Beliau begitu bertungkus lumus memerah otak memadankan formulanya dengan hasil ramalan Nostradamus sehingga dapat menghasilkan formulanya sendiri.

Yang lebih menghairankan, Dr Bruce sendiri tidak menulis atau mendedahkan formulanya kepada umum sebagai bahan kajian akademik sebagaimana para professor lain melakukannya. Persoalannya, benarkah ramalan Dr Bruce dan Ahli Nujum Nostradamus ini benar-benar berlaku?


ANALISIS SEBENARNYA ADALAH RAMALAN
Penulis memperhatikan dengan teliti serta menunggu dengan sabar sehingga sampai ke penghujung rancangan The Next Nostradamus yang akhirnya didedahkan asas saintifik kepada segala ramalan Dr Bruce. Kaedahnya mudah iaitu menggunakan pengiran komputer berasaskan kaji selidik dari beberapa orang kemudian kepada beberapa orang lagi sehingga beratus dan berjuta. Kemudian ditambah dengan pembacaan yang luas tentang isu-isu semasa, mengetahui dasar-dasar dan undang-undang, fahaman dan anutan agama sesebuah negara, kemudian membuat satu kesimpulan. Pendek kata ramalan tersebut terhasil dari kesimpulan dalam menganalisis.

Sebenarnya itu adalah asas kepada mana-mana penganalisis yang bukan lagi rahsia. Anak-anak sekolah pun boleh melakukannya sekiranya mereka mempunyai pembacaan atau pengetahuan am yang luas. Tetapi dikalangan berjuta manusia hanya ada beberapa orang yang mampu menganalisis dan membuat kesimpulan yang tepat dan ini diakui sendiri seperti yang diungkap oleh rancangan The Next Nostradamus,

"...malangnya kebijaksanaan adalah satu komoditi yang sukar dimiliki."


Dr. Bruce terkenal sebagai peramal saintifik Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai ramalan berketepatan hampir 100%.


MEMPERBODOHKAN DUNIA
Di sepanjang rancangan The Next Nostradamus dipenuhi oleh ulasan tentang ramalan-ramalan Nostradamus yang telah berlaku dan menjadi kenyataan. Tetapi tidak pula diulas beratus-ratus ramalan Nostradamus yang tidak pernah berlaku. Sebenarnya dalam beribu ramalan Nostradamus hanya beberapa perkara sahaja yang secara kebetulan telah berlaku.

Nampaknya rancangan ini telah mula menunjukkan "taring" propagandanya memperbodohkan dunia dengan menyatakan begitu tepatnya ramalan Nostradamus tentang meletupnya bangunan WTC New York. Kerana telah tertulis dengan tepat dalam kitab Nostradamus,

"Tahun 1999 dan 7 bulan, meletupnya dua bangunan York, dan munculnya seorang penzalim."

Seorang pengkaji dari rancangan ini mentafsir 1999 dan 7 bulan bermaksud 9/11, 2001 dan yang dimaksudkan "penzalim" ialah Osama ben Laden. Benarkah Osama ben Laden seorang penzalim? Persoalan yang paling penting benarkah ramalan Nostradamus itu berlaku? Cuba lihat video ini sebagai pengesahan,



Sebenarnya ramalan Nostradamus itu benar-benar berlaku tetapi yang melakukan atau yang merealisasikannya ialah saudara keturunan Nostradamus sendiri iaitu Yahudi Amerika. Bagi penulis ramalan yang paling benar oleh Nostradamus ialah "munculnya penzalim". Melihat kepada video di atas ternyata "si penzalim" yang dimaksudkan ialah Amerika sendiri bukannya Osama ben Laden. Hanya bangsa penzalim sahaja yang sanggup membunuh dan mengorbankan bangsa serta rakyat sendiri hanya kerana mahu meralisasikan kebohongan ramalan saudara mereka si "Ahli Nujum" Nostradamus.

Dr Bruce walau sehebat mana pun RAMALANNYA terhadap masa depan seperti yang dikatakan puak mereka, namun kenyataannya beliau sendiri adalah termasuk dalam kumpulan konspirator Freemason. Mahu dikenali sebagai peramal USA yang tiada tolok bandingnya (kerana kononnya saintifik) agar negara "Polis Dunia" ini ditakuti kerana telah diyakini setiap langkah dan tindakannya adalah benar dan berjaya berdasarkan ramalan saintifik Dr Bruce.

Amat malang bagi Dr Bruce beliau gagal meramalkan kejatuhan ekonomi Amerika pada 2008 yang lalu yang berlanjutan hingga kini. Walhal sekiranya benar beliau meramalkan lebih awal kejatuhan ekonomi global pada tahun tersebut bukanlah perkara pelik sekiranya benar-benar berlaku, kerana yang "merealisasikannya" para banker mereka sendiri sebagaimana mereka merealisasikan ramalan Nostradamus terhadap bangunan New York.

Demikian dengan perang Afghanistan dan Iraq sekarang, Dr Bruce gagal meramal bila negaranya USA dapat memenangi peperangan di sana. Makin hari mereka semakin terhimpit dengan kemusnahan dan kerugian berbillion dollar. Kini mereka membuka "cawangan" pula di Jolo, Sulu dengan slogan keamanan dan kesejahteraan di bawah BALIKATAN dan USAID.

Sebuah pelantar minyak yang terapung di laut mempunyai struktur binaan yang mudah dimusnahkan. Untuk memudahkan penyedutan minyak dipelantar, sekelilingnya mestilah aman dari sebarang ancaman.

DASAR LUAR USA BERDASARKAN MINYAK
Antara yang menarik perhatian penulis terhadap rancangan The New Nostradamus ini, Dr Bruce telah mendedahkan dasar luar AS. Beliau menyatakan, AS sangat bergantung dengan minyak mentah. Tanpa minyak AS akan musnah dan hilanglah kekuatan dan kuasa ekonominya. Menurutnya, sekiranya AS musnah ia akan turut memusnahkan negara-negara Afrika yang selama ini sangat bergantung makanan dari Amerika Syarikat. Lebih 400 juta penduduk Afrika akan mati kebuluran. Benarkah?

Sebab itulah AS menyerang Iraq dan Afghanistan adalah disebabkan simpanan minyak yang mereka sangat perlukan berada di sana. Walau pun mereka telah berjaya mengaut 60% dari keuntungan minyak Arab Saudi tetapi ia masih lagi tidak mencukupi untuk membayar hutang AS kepada banker Yahudi berjumlah 99 trillion USD. Mereka memerlukan lokasi minyak baru yang lebih berkualiti dan menguntungkan untuk menampung hutang piutangnya.

Setelah AS gagal di Iraq dan Afghanistan mereka mula memasang tiub penyedut minyak mereka di Nusantara. Langkah awal mereka perlu menguasai kawah minyak tanah Acheh terlebih dahulu, tetapi bagaimana? Mereka sejak sekian lamanya memberi sokongan dan dokongan secara tidak langsung kepada pejuang GAM (Gerakan Acheh Merdeka) agar senantiasa dalam konflik seterusnya hasil maksulnya sukar disedut kerajaan Indonesia. Bagi GAM perjuangan suci mereka perlu diteruskan tanpa mengira siapa yang membantu dan memberi galakan kepada mereka. Hal ini turut berlaku kepada perjuangan Tausug MNLF di Sulu.


MINYAK: TSUNAMI & BEREBUT WILAYAH
Sejak tahun 80-an hingga ke tahun-tahun akhir 90-an, AS giat mencipta dan menguji Nuklear dalam laut. Lokasi ujian mereka pada awalnya ialah di perairan Pasifik dan Australia. Nampaknya ujian seterusnya perlu di lakukan di satu kawasan terbuka. Pilihan yang paling tepat ialah meletupkan "Nuklear" bawah laut di Nusantara. Mengikut perkiraan penulis tamatnya konsesi MAPHILINDO terhadap tanah United Kingdom Of Sulu pada 04/04/2004 telah bermulanya "acara rebut merebut" tanah United Kingdom of Sulu.

Tuntutan Indonesia terhadap Sipadan dan Ligitan serta tuntutan Singapura terhadap Pulau Batu Putih selepas tahun 2004 telah mengesahkan "teori MAPHILINDO" penulis. Sejak sekian lama tidak pernahnya berlaku sebarang tuntutan mengapa pula berlaku hampir serentak sekarang? Dalam hal ini "pakar konspirasi" turut juga menyertai acara rebut merebut wilayah ini. Pada tarikh 26 Disember 2004 telah berlaku letupan dahsyat di laut sebelah barat Pulau Sumatera. Menurut pakar, kejadian tersebut adalah berpunca dari bencana alam iaitu Gelinciran di bawah tanah dalam laut menyebabkan impak Tsunami.

Peta Tsunami yang melanda Acheh 26 Dis 2004.

Yang paling menghairankan, kapal pengankut USA lah yang mula-mula sampai ke laut Acheh menghantar bantuan makanan seterusnya membina pusat bantuan USAID di sana. Penduduk Acheh begitu terharu dengan "keprihatinan" USAID. Pada akhirnya kemusnahan tersebut menyebabkan GAM menjadi lembut dan beralah lalu menerima Autonomi berbanding kemerdekaan total yang mereka perjuangkan sebelum ini dari kerajaan Indonesia. Setelah itu syarikat minyak USA iaitu EXXONMOBIL telah mula menyedut minyak di laut Acheh dengan selamat dan tenteram.

Sebelum kejadian Tsunami di Acheh, USAID telah masuk ke Sulu dengan bantuan Gloria Macapagal Arroyo seawal 2002 setelah kejatuhan bangunan WTC New York. Di samping bantuan USAID kepada penduduk Sulu, BALIKATAN telah ditubuhkan oleh Filipina yang dipimpin tentera Amerika sebagai "Polis" khas mencari Abu Sayyaf. Betulkah mahu menumpaskan Abu Sayyaf atau kerana benda lain?

Selepas kejadian Tsunami di Acheh, Amerika di Sulu telah memohon kepada Malaysia untuk membina pangkalan di Pulau Banggi tetapi PM Malaysia (Pak Lah) menolaknya. Amerika berbuat demikian adalah bertujuan pemantauan keselamatan terutama kepada EXXONMOBIL yang sedang membuat penggalian minyak di Laut Sulu.

Menurut Neldy Jolo, EXXONMOBIL telah berjaya membuat konsesi penggalian minyak setelah pemimpin MNLF (National Liberation Front) iaitu Nur Misuari berjaya diperdaya menandatangani Final Peace Agreement pada tahun 1996. EXXONMOBIL adalah ejen penggali antarabangsa yang berpusat di Amerika Syarikat. Menggali minyak Sulu dengan kerjasama Filipina selepas tahun tersebut. Keterlibatan Malaysia (PETRONAS) bersekongkol dengan EXXONMOBIL menggali minyak Sulu masih belum disahkan oleh penulis.

Mujahidin Sulu masih menguasai gugusan kepulauan Sulu. Budaya memegang senjata mereka mustahil dapat dibenteras kecuali Sulu diberi kemerdekaan.

KAITAN PEPERANGAN SULU DENGAN MINYAK
Ketika berlangsungya peperangan baru-baru ini di Jolo Sulu antara mujahidin Tausug melawan tentera FILIPINA yang dibantu tentera Amerika, telah menghairankan muslimin Sulu sendiri. Ditambah dengan sikap "kurang ajar" kufar Filipina melancarkan provokasi perang serta pengeboman membabi buta mencemarkan perayaan terpenting umat Islam (Hari Raya Aidil Fitri) menyebabkan beratus-ratus penduduk awam menjadi pelarian dan menyumpah seranah Filipina dan Amerika.

Hal ini sebenarnya berlaku disebabkan kaitannya dengan minyak di Laut Sulu. Neldy Jolo menulis dalam blognya (theislandofpearls.blogspot.com),

"It was reported by Asia Pulse Pte Ltd in September 15, 2009 that US based ExxonMobil Oil Company is going to invest a $100Milloion for Drilling at Sulu Sea Site. The drilling is under the service contract 56 between the Philippines and it a 50-50 sharing projects – does the Philippines has the rights? Does Sulu benefit the profits?"

Kebimbangan EXXONMOBIL menyedut minyak Sulu walau pun sudah bermula ketika zaman Marcos lagi adalah disebabkan masih wujud kumpulan bersenjata di seluruh gugusan kepulauan Sulu terutama di Pulau Jolo. Ia sama dengan kebimbangannya terhadap GAM (Gerakan Acheh Merdeka) sebelum Tsunami. Neldy Jolo menukil beberapa kenyataan EXXONMOBIL antaranya,

Managing director of ExxonMobil Exploration, Ian A. Fischer says “they were targeting to start drilling by the end of this month or early next month. But cannot be immediately started, this confirm by Fischer:

"ExxonMobil has very strong technical and financial resources to do this, and we hope that we find oil in it. If we find it, it's good for the industry, good for the Philippines, but it is a very, very high risk."

Senjata RPG berjumlah ratusan masih banyak tersorok di bumi Sulu oleh para mujahidin.

Kebimbangan EXXONMOBIL sebenarnya berasas kerana pelanunan masih berleluasa di laut Sulu saat ini. Sebenarnya untuk menhancurkan pelantar minyak ditengah laut bukanlah sukar bagi mujahidin Jolo. Bot laju mereka boleh memecut hanya beberapa jam ke tengah laut Sulu begitu mudah melancarkan RPG seterusnya meletupkan pelantar minyak. Pendapatan utama mujahidin Jolo sebenarnya adalah penyeludupan merentas di Laut Sulu dan Laut Sulawesi.

ASREESULU

CERITA BENAR: Mujahid Tausug Melawan Kafir Filipina

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, October 10, 2009 0 ulasan


Hari Raya Pertama 20 September 2009:
Pada pagi Ahad di kawasan kampung Marang yang lokasinya antara Batu-Batu dan Talibang di Pulau Jolo Sulu, kira-kira jam 4 pagi, seorang mujahid telah turun dari rumahnya menuju ke sebuah masjid di kampung Marang untuk menunaikan solat Subuh. Ketika beliau sampai tidak jauh dari masjid Marang beliau terkejut melihat begitu ramai tentera Filipina sedang berhimpun seolah-olah mengepung masjid tersebut dan sedang mengatur posisi untuk serangan. Melihat keadaan ini mujahid tersebut langsung berpatah balik menuju ke atas bukit Talibang tempat para mujahidin Tausug berkubu.

Menurut laporan, tentera Filipina tersebut berhimpun tidak jauh dari Masjid Marang sekitar jam 3 pagi adalah bertujuan menangkap anggota Abu Sayyaf yang dilaporkan tinggal di area kampung Marang. Tentera Filipina telah mangagak, anggota Abu Sayyaf ini akan datang ke masjid untuk menunaikan solat sunat Hari Raya Aidil Fitri dan sangat berharap dapat menangkap atau membunuhnya pada pagi tersebut. Malang bagi tentera Filipina, mujahid dari kumpulan MNLF berjaya melihat dan melaporkannya kepada Komander Khaid yang sedang berkubu di atas sebuah bukit Talibang beberapa kilometer dari lokasi masjid Marang. Komander Khaid langsung mengarahkan pasukannya mengepung persekitaran kampung Marang.

Nampaknya tentera Filipina tidak belajar dari sejarah, Pulau Jolo adalah pulau puaka kepada mana-mana tentera Kafir sekiranya datang untuk berperang. Dari zaman Majapahit menyerang Jolo (Menurut Vick Hurley, "Laut Jolo sehingga menjadi lautan darah, Majapahit masih gagal mengalahkan Tausug") sehinggalah zaman Spanyol dan Amerika Syarikat, malah sehingga zaman Filipina pun umat Islam Tausug di Jolo tidak pernahnya kalah secara total kepada mana-mana peperangan. Mereka masih berkubu dan bertahan sekali pun dengan sewenang-wenangnya wilayah mereka dijual tanpa pengetahuan dan persetujuan mereka sendiri.

PEPERANGAN BERMULA
Tentera Filipina tidak menyedari yang kawasan mereka telah dikepung oleh Komander Khaid. Menurut Komander Khaid, tentera Filipina bukannya setakat menangkap atau membunuh Abu Sayyaf tetapi termasuk mana-mana Tausug yang memegang senjata, ini termasuklah mujahidin MNLF. Sebab itu Komander Khaid membuat tindakan awal mengepung kampung Marang. Beliau mengarahkan para pengikutnya tidak melepaskan tembakan sehinggalah hari semakin terang. Selepas waktu solat Subuh, tentera Filipina tidak menemui apa yang mereka cari atau pun sebenarnya telah menyedari kepungan Komander Khaid, tentera Filipina mula bertindak.

Malangnya mereka telah diserang lebih awal oleh mujahidin tanpa belas kasihan. Senapang M-60 dan M-16 para mujahidin telah mula memuntahkan peluru tanpa henti-henti ke arah tentera Filipina. Jeritan dan hiruk pikuk tembakan memecahkan kesunyian pagi Hari Raya Aidil Fitri. Pagi semakin cerah selepas waktu subuh telah memudahkan serangan di pihak mujahidin. Tentera Filipina tidak sempat bertindak balas, mayat-mayat mereka bergelimpangan seperti bangkai anjing di merata-rata. Lebih 40 orang tentera Filipina mati katak termasuk 4 orang tentera Amerika Syarikat (tetapi menurut laporan media hanya 2 orang tentera Amerika mati). Saki baki mereka berundur tetapi mujahidin masih menembak dan mengejar mereka. Tentera Filipina lari tercirit sehingga memasuki Tiyanggi (Bandar Jolo).

Mujahidin berhenti mengejar setelah tentera kafir memasuki Bandar Jolo kerana tidak mahu ada orang awam yang akan jadi mangsa peluru sesat. Tentera kafir mula mengatur serangan susulan iaitu dengan meminta unit pengebom mereka menyerang balas. Pada pagi tersebut kira-kira sekitar jam 7 hingga jam 8 pagi kapal terbang tentera kafir mula menggugurkan bom di sekitar kem Komander Khaid di Talibang. Mujahidin telah mengira, 18 buah bom seberat 500 pound telah digugurkan tanpa henti sehingga memusnahkan apa sahaja di sekitar kem mujahidin tersebut.

Menurut para jamaah yang sedang menunaikan solat sunat Aidil Fitri di Masjid Tulay di Bandar Jolo, mereka mendengar bunyi bom lebih kuat dari suara khatib yang sedang berkhutbah di atas mimbar di pagi itu menunjukkan begitu dekatnya kejadian tersebut dengan Bandar Jolo. Para jamaah menyumpah seranah kerajaan Filipina termasuk Ustaz Abu Harith Othman yang sedang berkhutbah di atas mimbar dengan do'anya, "Semoga Allah swt membalas tentera kafir dengan bala bencana....".

Foto "bangkai" tentera Kafir Amerika di Iraq atau Afghanistan sedang diangkat keluar dari Humvee. Hari ini di Sulu telah berlaku perkara yang sama ke atas tentera Amerika.


TENTERA KAFIR MENYERANG BALAS
Pagi hari raya kedua (21 Sept), dengan penuh kegembiraan kerana yakin mujahidin Tausug telah "mampus" semuanya terkena 18 bom semalam, tentera Filipina menyusun tentera yang dibantu oleh "mentor" mereka iaitu Tentera USA telah mula bergerak menuju ke Talibang. Mereka dengan penuh bangga, bongkak, ujub dengan pelbagai senjata canggih serta dengan harapan kem Komander Khaid yang telah musnah itu telah ditinggalkan, mereka akan dapat ambil alih seterusnya menguasai Talibang dan Batu-Batu serta perkampungan di sekelilingnya.

Kelihatan jenis kenderaan perisai 6-by-6 seperti yang berjaya di letupkan oleh mujahidin Tausug.

Di pertengahan jalan menuju ke Talibang tiba-tiba Jeep Humvee USA meletup terpijak bom jerangkap samar yang telah ditanam oleh mujahidin. Tentera Kufar terkejut beruk dan mula kucar-kacir, dengan tiba-tiba muncul mujahidin yang dipimpin Komander Khaid dari semua penjuru lereng bukit melepaskan tembakan M-60, M-16 serta senjata anti kereta perisai mereka. Tiga buah kereta perisai 6-by-6 berjaya dimusnahkan dan membunuh isinya sekali. Tembakan tentera kafirin tidak berjaya membunuh walau seorang pun anggota mujahidin kerana panik dan kucar-kacir. Kumpulan entera kafir musnah sama-sekali, yang sempat lari terus melarikan diri tercirit sambil meninggalkan senjata mereka. Nampaknya tentera Amerika lebih dahulu lari meninggalkan yang lain. Inilah sikap tentera Amerika, hanya gah di filem Holywood tetapi tidak di dalam peperangan sebenar.

Lebih 40 senjata dengan pelbagai jenis telah berjaya dirampas oleh Komander Khaid, 1 set walky talky, 3 buah kenderaan perisai 6-by-6 musnah total, 4 mayat tentera Amerika, seorang tentera Filipina berpangkat Leutnt telah hilang kemungkinan tertawan (beliau berbangsa Tausug dari keluarga Ajibun), 5 ke 6 orang tentera Filipina juga berjaya ditawan. Kematian tentera Filipina tidak diketahui jumlahnya tetapi menurut sumber mujahidin dari Manila, yang mati terlalu ramai mencecah lebih 250 orang tentera. Nampaknya 18 buah bom seberat 500 pound tidak berjaya membunuh semangat juang mujahidin Tausug.

Ustaz Habier Malik (berserban) berkata sesuatu kepada Nur Misuari.


KUMPULAN USTAZ HABIER MALIK BERTINDAK
Lima hari kemudian Komander Habier Malik telah menyusun kekuatannya di daerah Panamao setelah mengetahui tentera Filipina dibantu USA sedang mengatur tentera untuk memusnahkan mana-mana kumpulan bersenjata di Pulau Jolo. Peringkat awal Habier telah mendapat berita risikan bahawa tentera Filipina akan melalui satu kawasan menuju ke Bitanag. Kebetulan di Bitanag terdapat bekas kem MNLF di bawah pentadbiran Habier sebelum dirampas oleh tentera Filipina tidak lama dulu. Bagi Koamander Habier inilah masanya merampas kemnya semula dari tangan kufar.

Kemungkinan laporan tersebut telah diberikan oleh tentera Filipina yang berbangsa Tausug dari kumpulan pengawal keselamatan Mayor dan Gobernor yang dikenali sebagai Pengawal ECF. Anggota ECF semuanya berbangsa Tausug yang tentunya beragama Islam. Mayor dan Gobernor (Abdusakur Tan) tidak mahu yang mengawal mereka bukan dari kalangan Tausug. Rancangan Habier untuk menyerang hendap pasukan tentera Filipina yang sedang menuju ke Bitanag telah pun diketahui oleh anggota ECF kerana mereka sendiri yang memberi maklumat kepada mujahidin. Kumpulan Habier mula menyerang dari lokasi serangan hendap mereka. Beberapa orang tentera Kafir tumbang satu persatu. Mereka lari mengelak dari terus berlawan dengan Kumpulan Habier lalu naik terus ke atas bukit.

Kemungkinan Komander Habier tidak menyedari anggota ECF turut serta bersama tentera Filipina dan tidak menyedari mereka sebenarnya telah diumpan. Dengan bantuan ECF, tentera Filipina berjaya memacak bendera Filipina di bukit Bitanag tanda kemenangan mereka mengalahkan Koamander Habier walau pun sebenarnya mereka masih dikejar. Ketika sibuk menembak tentera Filipina kumpulan Habier tiba-tiba diserang dari belakang sehingga berjaya membunuh 5 orang mujahidnya. Komander Habier terpaksa berundur sehingga tidak sempat membawa 5 orang syuhada'nya. Senjata yang berjaya dirampas oleh tentera Filipina dari 5 orang syuhada' ialah 90mm, M-60, dan tiga M-16. Dua orang Syuhada' mereka bawa ke Brigade sebagai bukti mereka berjaya menewaskan Ustaz Habier.

Seorang Ibu Palestin menginjak-injak anaknya sendiri yang didapati bersalah menjadi talibarut Israel membunuh umat Islam. Bagaimana dengan anggota ECF pula yang mengkhianati bangsa sendiri di Sulu?

Kemudian telah diketahui bahawa yang menyerang kumpulan Komander Habier dari belakang itu adalah anggota ECF sendiri. Hal ini telah mengecewakan semua penduduk Tausug Jolo bagaimana saudara mereka dalam ECF telah mengkhianati perjuangan bangsa sendiri. Yang menjadi kebimbangan Tausug ialah, anggota ECF dan keluarga mereka sendiri akan menjadi mangsa sasaran permusuhan peribadi. Bahayanya permusuhan peribadi Tausug lebih menakutkan dari peperangan dengan kufar. Jangan hairan sekiranya ada yang tiba-tiba mati ditembak dengan pistol di tengah-tengah bandar Jolo, inilah kemuncak permusuhan peribadi. Ia akan berlangsung sehingga ke-7 keturunan.

Saudara mara para syuhada' dari kumpulan Komander Habier tentunya tidak akan berdiam diri. Mereka pasti bertindak dengan apa cara sekali pun untuk membalas pengkhianatan Tausug dari anggota ECF tersebut. Tausug dalam ECF terpaksa memilih berterusan menjadi hamba atau tali barut kufar dengan mengikut sahaja segala arahan Filipina agar mereka sentiasa mendapat perlindungan. Para mujahidin pula akan berterusan mencari-cari peluang untuk membunuh mereka serta keluarga mereka yang bersekongkol. Apa yang akan berlaku ialah perang saudara atau perang peribadi yang berterusan.


Kelihatan poster Komander Radulan yang dituduh sebagai Abu Sayyaf hanya kerana beliau tidak menganggotai mana-mana kumpulan bersenjata samada MNLF atau MILF.


KOMANDER RADULAN BERTINDAK
Menurut Tausug Jolo, Abu Sayyaf sebenarnya tidak pernah ada di Jolo. Abu Sayyaf tidak wujud, ia hanya dicipta oleh Media dan pentadbiran Filipina serta Amerika untuk menghalalkan terhadap sebarang tindakan mereka kepada mujahidin pada bila-bila masa, inilah yang berlaku sekarang. Empat hari lalu Komander Radulan yang kemnya terletak di daerah Patikul mula bertindak melancarkan serang hendap. Radulan telah dituduh sebagai anggota Abu Sayyaf hanya sanya beliau tidak menjadi ahli MNLF. Di Sulu, sesiapa sahaja kumpulan yang tidak menjadi ahli MILF dan MNLF mereka semuanya dituduh anggota kumpulan Abu Sayyaf. Inilah antara kejahatan Filipina terhadap umat Islam Sulu yang tidak suka terhadap pentadbiran mereka. Menuduh sesiapa sahaja penentang mereka dengan panggilan Abu Sayyaf.

Sekarang sedang berlangsung peperangan antara kumpulan Komander Radulan melawan tentera Filipina yang dibantu Amerika di Patikul. Kita tunggu dan lihat apa perkembangan seterusnya di sana, sedikit masa lagi kita akan dapat maklumat. Filipina terpaksa menyatakan bahawa kumpulan yang mereka perangi ialah Abu Sayyaf bukan MNLF untuk menyelamatkan diri mereka dari dipersalahkan oleh OIC dan United Nation. Kerana perjanjian genjatan senjata dalam Final Peace Agreement antara MNLF dengan Filipina masih berlangsung dan berkuatkuasa. Kalau pun mereka menuduh MNLF yang mencetuskan peperangan kesalahan tetap dituding ke muka Filipina kerana mereka yang memulakan provokasi. Malah sengaja untuk mencetuskan peperangan.

ASREESULU
(Cerita Hj Kerry telah penulis tambahkan komentar dan penjelasan)

SALAM PERPADUAN UTC KEPADA MALAYSIA & INDONESIA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, October 8, 2009 2 ulasan


"Salam Perpaduan!!" itulah misi saat ini United Tausug Citizen (UTC) kepada Nusantara dan Dunia, khususnya kepada Malaysia dan Indonesia. Misi salam perpaduan UTC ini bagi sesetengah pihak adalah sia-sia kerana menganggap UTC hanya sebagai kumpulan kecil yang tidak dapat menghasilkan apa-apa. Bagi mereka, berhubung dengan Malaysia adalah satu kesilapan pada saat ini kerana saban hari umat Islam Sulu ditangkap dan dikurung dalam "rumah merah" lalu dihalau ke Filipina oleh Malaysia. Begitulah suara dan protes sumbang para penentang UTC yang ternyata begitu anti perpaduan dan keamanan. Sebenarnya mereka tidak mahu melihat UTC diterima.

Dalam hal tangkapan kepada rakyat Sulu di Sabah oleh Malaysia bukanlah masalah utama yang perlu diperbesar-besarkan. Ia perlulah dikaji dari semua aspek dan penilaian secara jujur mengapa Malaysia bertindak demikian. Menuduh Malaysia "menangkap, mengurung dan menghalau" rakyat Sulu di Sabah tanpa soal-siasat seolah-olah hanya mahu melihat persengketaan, kerana mereka tahu dengan memanjangkan perkara ini akan menaikkan kemarahan rakyat Sulu seterusnya berharap akan berlaku peperangan antara Sulu dan Malaysia di masa-masa akan datang.

Inilah masanya UTC hadir untuk menenangkan keadaan. UTC di masa akan datang akan memberikerjasama kepada Malaysia bagaimana menangani jenayah dan masalah pendatang Sulu di Sabah seterusnya menjalin persefahaman.


SATU MALAYSIA SATU DUNIA

Kemunculan United Tausug Citizens (UTC) di Sulu hari ini seolah-olah telah disambut oleh Malaysia dengan slogan perpaduan dan keamanan iaitu "1 Malaysia, 1 Dunia". Ketika Umat Islam Melayu di Malaysia semakin kehilangan kuasa Majoriti yang seterusnya dibimbangi akan kehilangan "ketuanan" buat selama-lamanya, umat lain pula sibuk mengatur "strategi" bagaimana mereka menguasai "1 Malaysia" agar dapat mengubah apa sahaja yang tertulis dalam perlembagaan Negara untuk kepentingan mereka di masa-masa akan datang.

Perkara yang dibimbangi Hang Tuah kini hampir menjadi kenyataan "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" akan menjadi "Melayu sudah tinggal dibawah 40% tidak lama lagi akan hilang kuasa seterusnya akan hilang di muka bumi". Menteri Melayu cium keris pun kena sergah dan terpaksa minta maaf, perkara ini tidak pernah berlaku di Tanah Melayu sebelum ini, pahlawan Melayu dilarang mencium kerisnya ditempatnya sendiri lalu meminta maaf adalah dayus kerana dianggap tidak berhak keatas haknya. Pastinya akan tercatat dalam sejarah Melayu sebagai titik hitam yang memalukan generasi akan datang. Sebab itulah mungkin Perdana Menteri Malaysia berasakan sudah tiba masanya melaungkan slogan 1 Malaysia sebagai pengesahan "Melayu sudah tidak berdaya lagi".

Sekiranya umat Islam Melayu di Malaysia tidak menggabungkan diri dengan Umat Islam lainnya di Nusantara ini mereka pasti akan hilang sebagaimana Umat Islam Melayu Singapura. Umat Islam Sulu perlulah menyambut "1 Malaysia 1 Dunia" ini kerana bukan sahaja mempunyai persamaan dengan UTC "MagTausug Kita Niyu" (Mari berbahasa Tausug dan bersatu sebagai Tausug) sebagai lambang kesatuan Buranun, Taguimah, Sama-Bajau, Yakan, Kagayan, Kalibugan dll di gugusan Kepulauan Sulu, malah adalah lambang kesatuan seperti yang dilagang oleg Rasul Sallallahu 'alaihi wasallam sebagai menyatupadukan umat Madinah menjadi "Satu Ummah".

Peranan UTC menyatupadukan ummat adalah sangat besar terutama dengan memperkenalkan kaedah asal gelaran TAUSUG. Menurut UTC, Tausug adalah satu rumpun bangsa yang tinggal di gugusan Kepulauan Sulu, menggunakan bahasa Sug sebagai bahasa perantara tanpa mengira mereka samada kaum Buranun, Taguimah, Sama-Bajau, Yakan, Kagayan, Kalibugan dll, mereka tetap TAUSUG. Pendaftaran Surat Beranak UTC menulis semua bangsa sebagai TAUSUG berkonsepkan "1 Sulu, 1 Tausug". Nampaknya UTC di Sulu telah mendahului Malaysia dalam hal kesatuan untuk menguatkan NEGARA.

Foto latihan Ganyang Malaysia dari kumpulan Benteng Dimokrasi Indonesia (BENDERA). Mereka telah dimainkan sentimen sehingga mengancam menyerang Malaysia hanya kerana kes tarian PENDET dan kes Pulau Sipadan & Ligitan. Bayangkan kalau Sulu yang dimainkan sentimen lalu menuntut wilayahnya dalam MAPHILINDO?

MENGHINDAR KONFLIK YANG SIA-SIA

UTC ketika menabalkan pemimpim utama mereka iaitu Datu Ladjamura bin Datu Wasik sebagai Sultan Sulu (Sultan Bantilan Muizuddin II bin Datu Wasik Aranan) di Buansa, Jolo Sulu pada bulan April 2009 yang lalu telah memulakan langkah perdamaian dengan Malaysia dengan hanya meletak gelaran "Sultan Sulu" sahaja kerana sebelum ini ramai individu yang menabalkan diri mereka sebagai "Sultan Sulu & North Borneo". UTC membuang tambahan "North Borneo" dalam gelaran seperti yang dilakukan para penyamar Sultan Sulu sebelum ini kerana dianggap tidak relevan serta bertentangan dengan protokol dan sejarah Sulu sendiri.

Sempena perlantikan Sultan Bantilan II ini baginda telah mengutus beberapa orang wakilnya untuk menyampaikan "Suara Persahabatan" kepada Malaysia dan Indonesia. Baginda Sultan telah memohon kepada salah seorang rakyat Indonesia iaitu Al-Habib Muhammad Rizeiq Syihab untuk menjadi mufti Negara Sulu Darul Islam, dan Alhamdulillah diterima oleh Habib Rizeiq sebagai satu amanah dan tanggungjawab. Perlantikan mufti dari kalangan ulama' cicit Rasulullah saw adalah satu keperluan buat UTC, bukan sahaja untuk menyatukan Tausug malah untuk menyatukan umat Islam serumpun Nusantara Raya ini.

Ia adalah satu tindakan untuk mengembalikan sejarah kegemilangan lalu, kerana Tausug tidak pernahnya bersatu sehinggalah kedatangan cucu Rasulullah saw ke Sulu bernama Sayyid Abu Bakar sekitar tahun 1400-an, beliau berdakwah dan berjaya mengislamkan sebahagian besar penduduk Sulu yang belum lagi Islam kemudian menyatukan mereka dengan satu sistem pemerintahan Syari'ah. Beliau membina masjid dan sekolah agama serta melatih para imam lalu dikirim ke pelusuk gugusan kepulauan Sulu. Akhirnya beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang pertama, sekali pun beliau enggan pada awalnya.

UTC memahami perlunya kembali kepada sejarah, iaitu ketika umat Nusantara saling bantu membantu sesama mereka sejak berabad lamanya tanpa dihalang oleh sempadan dan politik. UTC mengharapkan, Malaysia menyambut baik "Salam Persaudaraan dan Perpaduan" ini sebagaimana Indonesia menyambutnya. Dalam hal hubungan Sulu-Malaysia, Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah telah berjaya menjadi penghubung dan seterusnya menjadi penasihat kerohanian UTC sehingga hari ini.

ASREE

BARISAN NASIONAL BAKAL TUMBANG DI SABAH

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, October 7, 2009 0 ulasan

"Barisan Nasional bakal tumbang di Sandakan." keluh seorang sahabat penulis di Sandakan baru-baru ini ketika berlangsungnya perayaan hari raya Aidil fitri. Keluhan beliau bukan sahaja keluhannya sendiri malah adalah keluhan semua penduduk Sandakan kerana terlalu kerap "kematian karan".

Bayangkan dalam masa sehari, elektrik tiba-tiba mati 2 ke 3 kali sehingga terbantut segala urusan jual beli. Sandakan yang dikatakan semakin maju dengan rancaknya pembangunan malah sudah dinaik taraf sebagai "Bandaraya Alam Semulajadi" telah berubah kepada "Bandaraya Selalu Kematian Elektrik".

"BN dan UMNO mesti diajar kali ini, kemenangan pembangkang amat diperlukan di sini untuk perubahan yang lebih menguntungkan penduduk Sandakan." Keluh seorang peniaga Cyber Cafe di tingkat 2 bangunan sederet dengan Pasaraya Milimewa.

Penulis mengambil keputusan pergi sendiri melihat enjin penjana kuasa Sabah Elektrik di Batu Sapi untuk mengesahkan misteri "Kematian Karan" yang berterusan semenjak beberapa tahun lalu. Ketika melalui kawasan penjanaan kuasa Sabah Elektrik, nampak seperti tiada masalah, enjin penjana elektrik berbunyi atau berfungsi seperti biasa.

Penulis mula merasakan sesuatu yang tidak kena keatas Negeri Sabah secara keseluruhan, seperti telah berlaku sabotaj yang begitu terancang. Kekalahan BN dan UMNO dalam pilihanraya akan datang mungkin akan menjadi kenyataan seterusnya Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang.

Mungkin juga kemenangan BN/UMNO masih tidak tergugat dan tetap bertahan kerana BN punya rahsia kemenangan yang sukar ditandingi ketika tibanya pilihan raya. Seorang sahabat penulis di Kota Kinabalu yang juga seorang penganalisis politik berkata,

"BN dan UMNO ada 2 perkara menyebabkan kemenangannya dalam setiap pilihanraya. Pertama: WANG, kedua: UNDI POS. Dua perkara ini tidak dimiliki pembangkang..."

ASREE

BERLELUASA: VIDEO ANTI-SULU DARI SABAHAN

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan



Video di atas penulis ambil dari Youtube.com yang dinukil oleh saudara Neldy Jolo dalam blognya theislandsofpearls.blogspot.com. Penulis ucapkan tahniah pada generasi muda Sabahan yang sangat anti-Tausug atau Sulu sehingga berhasil menyiapkan video PENGHINAAN ini. Penghinaan seperti ini semakin berhasil dengan bantuan dan dokongan surat khabar tempatan Sabah yang saban hari sibuk dengan laporan keburukan dan kebencian terhadap masyarakat Sulu di Sabah yang g mereka label sebagai PTI (Pendatang Tanpa Izin).

Negara Malaysia sedang menjalankan program 1 Malaysia sambil "menjual" konsep ini ke luar negara. Kejayaan konsep 1 Malaysia 1 Dunia bergantung kepada "pendidikan" kepada generasi muda negara. Harapan menggunung kerajaan untuk melihat kejayaan 1 Malaysia 1 dunia hanya akan menjadi "omong kosong" dan sia-sia sekiranya gerak kerja secara menyeluruh tidak dilakukan.

Sebagai contoh, ketika SABAH dan Sarawak sekarang berada dihujung tanduk, pemimpin dan generasi muda Sabahan masih sibuk dengan isu-isu PTI, PELARIAN dan PILAK terhadap masyarakat Sulu. Tidak hairan 1 Malaysia 1 Dunia akan hanya tinggal slogan, gagal. Kegagalan ini adalah berpunca dari pendidikan sejak di sekolah menengah lagi, buku sejarahnya tidak menjelaskan kebenaran tentang pajakan Sabah, Pembayaran Pajak yang masih berterusan kepada Kesultanan Sulu (perlulah dijelaskan sekali pun hanya sekadar pampasan) serta hak-hak rakyat Sulu samada mereka sebagai Pelarian (sebenarnya kalau mereka tidak mengaku BANGSAMORO mereka tidak layak dinamakan PELARIAN, sebab itu mengapa pemegang IMM13 ditulis sebagai PHILIPINO) mahu pun sebagai rakyat Sulu sendiri.

Dengan menjelaskan hal sebenar, Malaysia dan generasi muda tidak akan rugi malah akan berterusan dapat memahami ikatan kekeluargaan antara Sulu dan Sabah bukan sebaliknya. Inilah yang dikatakan 1 Malaysia 1 Dunia, kesatuan masyarakat serumpun kesatuan Nusantara. Malangnya ia tidak akan berlaku seperti yang diharapkan.


PENGANIAYAAN YANG MEMUSNAHKAN
Kita terlalu sibuk dengan kepentingan duniawi, politik dan sebagainya tanpa menilai kemanusiaan. Sebagai contoh, seorang sahabat penulis yang juga seorang jutawan Malaysia, mengaku dari kerabat kesultanan Selangor dan Pahang berkata,

"Gold Bar yang terbanyak di seluruh dunia adalah dari Gold Bar Sulu. Saya akan tuntut dan kembalikannya kepada umat Islam. Ini harta perbendaharaan Sulu bukannya milik Sulu tetapi adalah milik Allah swt secara keseluruhan maka perlu dikembalikan kepada umat Islam".

Penulis hairan dengan kata-katanya, harta Sulu mestilah dikembalikan kepada rakyat Sulu kerana itu adalah hak mereka. Kalau pun mahu dibahagi-bahagikan kepada umat Islam lain perlulah dikembalikan dulu, biar Sulu yang membahagi-bahagikannya mengikut kesesuaian.

Dengan mengatakan Harta Sulu tersebut adalah milik Allah swt bukannya milik mutlak Sulu sebenarnya adalah benar, tetapi kenyataannya, beliau sendiri tidak berlaku adil terhadap rakyat Sulu yang teraniaya selama ini. Dari satu segi, kenyataannya terlalu bodoh dan memperbodohkan orang lain.

Nasib baik penulis tidak berkata kepadanya,

"Kalau Harta Sulu itu bukan milik mereka secara mutlak kerana ia milik Allah swt, bagaimana pula dengan tanah dan lautan di muka bumi ini? Kalau anda katakan ia juga milik Allah bukan milik mutlak manusia mengapa rakyat Sulu ditangkap lalu disumbat kedalam kurungan sebelum dihalau semula ke laut dengan alasan mereka tiada Pass perjalanan Sah memasuki Malaysia? Mengapa dirobohkan perumahan setinggan mereka tanpa pembelaan di seluruh Sabah? Rawatan kesihatan mereka terlalu mahal hingga tidak mampu membayar kos rawatan, lantaran ramai antara mereka mati membawa penyakit begitu sahaja? Analogi Harta Milik Allah itu anda tidak gunakan secara adil dan amanah."

Kita sangat mengharapkan umat Islam Sulu di Sabah dan dimana-mana sahaja bersabar dan menambahkan kesabaran mereka. Yang paling penting, masyarakat Sulu mesti membuat anjakan paradigma keatas status ekonomi dan pendidikan mereka agar terus bersaing secara sihat dengan masyarakat lain. Abaikan segala tohmahan dan cacian, jadikannya sebagai "baja" penguat semangat menuju kejayaan.

Ustaz Hj Abd Halim Abbas Kedah pernah berkata dalam satu ceramahnya di Kg. Puyut, Lahad Datu pada tahun 2005 dihadapan puluhan masyarakat Sulu, katanya,

"Orang Sulu mesti kembali memartabatkan Al-Quran. Hantar anak-anak kalian ke sekolah tahfiz Quran. Kalau tidak mampu, buka madrasah sendiri di rumah-rumah kalian. InsyaAllah kalian akan kembali gemilang seperti dahulu kala ketika zaman kemuncak kegemilangan kalian."

Al-fadhil ustaz juga mengatakan bahawa, biasanya orang yang sibuk menghalau bangsa lain dari wilayahnya akan kalah dan terhalau juga kemudiannya.

ASREE
Untuk mengikuti perkembangan terkini peperangan antara Mujahidin Sulu menentang BALIKATAN (perikatan Filipina & Amerika) sila ke blog sahabat kami http://altaufik.blogspot.com

Sara' Pa Manga UTC Ha Guwa' Hula'

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, October 2, 2009 0 ulasan

Hipamahalayak namu' pamanga kataymanghuran Tausug ha UTC in parakala' ini, supaya sila kaluhayan bang sila gumuwa' hula' (Malaysia iban Indonesia). Pangasubu, biyaddiin baha' in pagyanun namu' makaluhaya? Makaluhaya kanila maghinang ha Malaysia atawa makaluhaya kanila mamisita pa kataymanghuran?, amu ini in subay ta hatihun iban patilagun maraw bat in UTC di' maawam atawakan mainu-inu. Dihilan ta dan atawa jawaban bang mayta' in bangsa ta "saggawun-jilun" sin Malaysia ha Sabah iban biyaddiin in dan ha supaya in sila (manga tau Sulu) di' masaggaw nila.

Undang-undang iban panghati sin Malaysia
Muna-muna hatihun taniyu in sara' sin Malaysia ha kahalan kapatut sin bangsa ta (tau Sulu) di ha Sabah. In bayta' sin manga kamaasan ta in North Borneo (Sabah) ini in tagdapu niya Tausug iban Sultaniyyah sin Sulu, bunnal baha'? Bang asubuhun ta in Malaysia laung nila in Sabah ini kanila, bunnal baha'? Sumambung isab in Brunei, in Sabah ini bahasa kanila pa masi, bunnal baha' da kanila? In manga kahalan "magkaniya-kaniya" sin Sabah yan kaingatan bang kan siyu subay da kitaun ha nusulan (History) iban unu in kiyasulat ha sara' sin Malaysia (ha way kiyaingatan ta). IN sara' sin Malaysia ha kahalan sin Sabah iban bangsa ta dugaing in aturan nila ha guwa' iban sin siyusulat nila (tiyatapuk). Bang haguwa'laung nila,

  • 1-In Sabah ini ha Malaysia in tagdapu,ha sabab kasud sin Sabah iban Sarawak pa Federal Malaysia 16 September 1963 daing ha British.
  • 2-Iyakunan sin United Nation bahawa in Sabah Sarawak ha Malaysia in tag kaput.
  • 3-Kiyabayaan sin manga kanakura'an sin Sabah ha masa yadtu hangkan naawun in Suruhanjaya Cobbold (tiyumbukan bakul lima sin kadatuan) ha supaya sumud pa Malaysia, gimuwah daing ha "lima" sin Sultaniyyah sin Sulu.
  • 4-Piyag-uhanan sin Datu Mustapha, iyakunan sin panubu' sin Sultan Sulu, Sultan Julaspi Kiram (in sultan ini 'plastik' laung sin makahati, hangkan na jil ha Kuala Lumpur ha masa sin Tunku Abdul Rahman).
  • 5-Malaysia hula' independen, hisiyu in sumud pa Malaysia daing ha hula' dugaing subay mag "passport", hangkan bang sila Philipino subay sila mag passport sumud pa Sabah ampa sila di' "kalabusuhun" ha laum jil.
  • 6-In Malaysia miyagad ha undang-undang sin International Law, in imegration niya nag u-usal Jus Soli.

In parakala' nasabbut ha taas yan bunnal, hangkan in Sabah kiyakawasahan sin Malaysia sabab sila in kiyaamanatan sin hula' Sarawak iban North Borneo daing ha British. Hangkan mayta' in bangsa ta bang sumud palaum Sabah saggawun nila misan kita mag daawa in Sabah katu'. In bunnal tuud Way kiyaingatan sin bangsa ta misan sila way passport atawa kan Identiti Card Malaysian di' sila saggawun bang sila sumud pa Sabah. Biyaddiin baha'?

Hula' Sulu Tiyapuk
Awun report daing hambuuk taymanghud taniyu (daing ha manga Professor MSU Bongao) bahawa halaum ASEAN hambuuk da hula' in kiya-register ha United Nation (iyakunan sin United Kingdom of England) amura in hula' ngiyanan sin dunya "United Kingdom of Sulu". In lu-ag sin United Kingdom of Sulu daing ha Mindanao pa Langkasuka (Kedah-Pattani, ha Malaysia-Thailand bihaun), pa Vietnam sampai pa Taiwan. Lamud na in Kalimantan-Sarawak, Sulawesi (Sulu East Sea, ha dila' sin Kastila' iban Dutch, Celebes) sampay pa Sumatera-Riau, lamud pa in Johor iban Singapore. Ha United Nation kiyasulat iban kiyasabbut in manga hula' nasakup sin United Kingdom of Sulu ha symbol SXXX,SXX,SX....., in "S" yan Sulu, symbol atawa kan code sin sulat lupa' sin Sulu ha United Nation.

Na-awun in MAPHILINDO kiya-signan hi Macapagal ha tahun 1964, in bunnal niya in Maphilindo nabaktul na ha tahun 04/04/1954 kiyasaksian sin Queen United Kingdom of England. Maksud sin MAPHILINDO (Malaysia, Philipines, Indonesia) 3 hula' namus atawakan jimaga sin lupa' sin United Kingdom of Sulu salama 50 tahun. Puas 50 tahun in MAPHILINDO ma tammat subay hibalik nila in lupa' ha tagdapu. Meaning ha tahun 04.04.2004 ma tapus na in paljanjian 50 tahun ini. Hangkan pagpuas sin 2004 nag agaw magtuy in Malaysia iban Indonesia ha pu' Sipadan iban Ligitan. Pagubus Singapore isab iban Malaysia nag agaw sin Pu' Batu Puti'.

Mayta' sila nag agaw? Sabab in Sulu way ra nahinang hula', masi-masi pa ha babaan sin Philipines puas 2004, nalawa' na in Sultan niya iban raayat sin Sulu nahinang na katan Philipino. Bang in Sulu independen makawa' nila balik in kalupa'-lupa'an nila ha katilingkal sin South-east Asia. In nakaingat ha kahalan ini USA da, hangkan biyustak nila in duwa building nila ha New York 11 September 2001, ampa sila maluhay sumud pa Sug naghinang BALIKATAN iban USAID. Hi Gloria asal nakahati hangkan siya in miyuna-muna himatud sulat pa George Bush mangayuh tabang hipabunu' niya in Abu Sayyaf bahasa, sabunnal niya bat in USA makasud. USA simud sila ha tahun 2002 pa SUG pagubus sin pagbustak duwa building ha New York 9/11. Yanna matuud in USA jimaga sin Sulu, kiyabistuhan sin Congres Visaya' ha Manila, hangkan nag paawun sila parhimpunan bat MAHALAW nila in USA dain ha SUG. Di' na sayan manga taymanghud mahalaw, hangkan sila yan namunu' ha Sug bihaun kimawa' sadja sabab bat sila tutug duun ha SUG. Mayta' sila dumuun?

  • 1-Sabab in MAPHILINDO natapus na, in Sulu "anytime" gumuwa' daing ha "tutuban" hangkan in nahinang "panday" subay masapat iban maingat, amuna in USA yan ha SUG sumambut sin kalahir sin Sulu.
  • 2-Liyasa-lasa niya in Tausug atawa kan Tau Sulu sin USAID, maghinang infrastruktur (maghinang iskul, dan kalsara, puunan tubig etc.).
  • 3-Magdevelop sin Sulu mahunit, subay lissinan muna daing ha manga nagkakaput armass in Sulu ampa dahun nila sumud in manga kamastalan daing ha United Nation ha susungun adlaw. Hangkan marai' biyunu' nila bihaun in manga mujahidin ha Sug sabab sin pag lissin ini.
  • 4-Timagad sila ha group independen amin way nangaku PHILIPINO, atawa amin nakapaaun sin Sovereignty "magTausug" atawakan Sulu people in identiti nila, amin raayat taga Sultan sila. Asal kiyaingatan sin US in Sulu amura in maka independen sin Mindanao. Way piyaruli nila in pagnganan BANGSAMORO ha Mindanao iban ha Sulu sabab USA da in nagbaktul hayan ha tagna' pa yadtu ha supaya way makakawa' iban makasud pa Sulu ha sahingga matapus in 50 tahun MAPHILINDO.
  • 5-Sulu hipu' sin petroleum iban bulawan ha laud, importante tuud ha USA sabab in currency nila bihaun nahulug. In ekonomi sin US bihaun jag-jag, subay da siya lumawag hula' dayahan amin makatabang kaniya magpauli' sin ekonomi niya. In Sulu dayahan, hisiyu in makakaput sin Sulu siya na in pinakadayahan halaum dunya. Bukun dusa sin Philipinas hangkan kita way na independen sabab mismu in Philipinas hiyuhukutan da daing tagna'.
  • 6-Tabangun nila in Sulu mahinang hula' bat makatabang isab kanila, kiyaingatan nila in Tausug bakas nakabissara "Pad-pad Philipines maraw pa USA in mahinang administrator & Proctorate sin Sulu".

Amurakuman in mahinang ta problema, bang sila dumaak ha Sulu tumuntut sin lupa' iban alta' nila ha katilingkal dunya, in Muslim pagkahi makapagbunu', in Malaysia iban Indonesia di' tuud magpasad makawa' in Kalimantan, Suluwesi, Sumatera-Riau, Sarawak iba Sabah. In manga Malaysia iban Indonesia, sila yan taymanghud ta hangka agama, liyalasa nila kita daing tagna'. Di' da isab manjari dihilan ta sila kasa'an sabab sin piyaghalaw in bangsa ta daing ha Sabah, sabab in sila kiyahukutan da isab.

In Vietnam iban Taiwan hipakawa' da marai' ha Sulu, hangkan biyunu' sin USA in Vietnam tagnah ha tahun 1971 sabab sin Vietnam hababaan sin kawasa Sulu ha masa pa sin Sulu Zone, hangkan isab in Taiwan di' makawa' sin China sabab Taiwan tagna' hababaan sin Sulu. Bihaun in Taiwan jiyajagahan sin USA. In kabayaan ta, misan kita tabangun nila mag independen, di' sila makalamud atawa makapagbaya' ha pamarintahan sin Sulu iban bukun sila bunu' baibidda' kalaugan in manga raayat way dusa.


Philipino Way Hak Ha Sabah
Hibalik ta pa undang-undang sin Sulu bang mari pa Sabah, in Tausug atawa kan Tau Sulu, awun freedom nila magsud guwa', bistahun ta,

  • 1-In Sabah masi pa ha Tausug iban Sultaniyyah sin Sulu ha sabab ngan PADJAK (LEASE) sin North Borneo iban Sarawak daing ha masa timagna' in padjakan 1878 in bukti' niya sampay pa bihaun in Malaysia masi pa nag babayad sin LEASE 5,300 ringgit hangka tahun pa 9 waris sin Kiram Family.
  • 2-Misan di' ta kleimun asal da maklum, hangkan in Sultan sin UTC way nagngan "Sultan of Sulu & Sabah", ngianan sadja Sultan Sulu sabab in maksud sin Sultan Sulu malu-ag.
  • 3-In Malaysia masi pa ha babaan sin United Kingdom Of England, kiyaingatan ta in hal ini sabab sin Suruhanjaya Cobbold. In manga karatuan ha Sabah biyaitaan sin manga Anggalis wakil sin suruhanjaya Cobbold bahawa in Sabah subay sumud pa Malaysia sabab in Anggalis da in namarintah. In pamarintahan sin Anggalis laung nila pindahun daing ha Kota Kinabalu pa Kuala Lumpur. Hangkan in Malaysia kahaba' 5 tahun (ubus election) subay humatud MEMO pa England mag Continue sin pamarintahan nila.
  • 4-Ha undang-undang sin Sabah iban Sulu in Tausug Sulu awun freedom nila magsud guwa'. Bang in tau Sulu sumud pa Sabah subay di'saggawun, bang sila saggawun kugdanan sila sin sara'.

Pangasubu mayta' in Tausug bihaun saggawun da sin Malaysia bang sumud pa Sabah? Jilun nila hilaruk palaum "Rumah Merah" ampa hilabak halawun pa Philipines? In bunnal niya in tagdusa manga Tausug Sulu da sabab "imakun sila Philipino". Bang asubuhun sin polis daing haiin sila, imiyan sila "Kami Tau Philipines" hangkan sila jilun ampa halawun pa Philipines sabab tau Philipines da sila bukun tau Sulu atawakan Tausug raayat sin Sultan Sulu. In Philipina di' manjari sumud palaum Sabah, subay da umusal Passport.


UTC Tiyaima' Ha Sabah
Sasuku' sin bangsa ta piyaganak ha Sabah misan way IC atawa passport bang sila awun Sulat Lahir daing ha UTC (kiyawa' ha Buansa) di' sila saggawun ha Sabah. In reason sin Malaysia maluhay da, in Sabah laung niya hak sin Sulu jiyagahan kiyaputan sin Malaysia sadja biya' pagjaga sin British pa North Borneo, sasuku' sin naggulal Tausug atawa Tau Sulu bang awun bukti' in sila raayat sin Sultanate Of Sulu di' sila manjari saggawun. Bang saggawun kugdanan sila sara' sin international law, 1 raayat saggawun sin hambuuk hula' ha bukun hak niya, in multa niya 1 million USD ha United Nation (UN).

In manga Tausug atawa manga tau Sulu subay sila mawun pa Buansa mag register sin family atawa lawlahasiya' nila ha ofis United Tausug Citezen bat sila mabilang "raayat sin Sultaniyyah sin Sulu". Bang masi-masi naman Philipino atawa nation dugaing hula' di' sila mabilang raayat sin Sultaniyyah sin Sulu salama-lama. Amura ini in makahundung sin bunu' iban pissuku' sin satru' mari katu'. Makaluuy in manga taymanghud ta liyaugan sin manga kaibanan danan sila biyunu'.

Way sab mahinang ta malaingkan umatubang kanila bang kita in iyunahan sin bomb nila. In Solution yanda ha UTC, duun kita niyu magtipun magtuyung tabang bat makabalik in pamarintahan sin Tausug iban Sultaniyyah sin Sulu, ampa makabalik in kawasa sin Islam, ampa makabalik in Mindanao, ampa mapabuntul in sara' manara' sin Sulu amin di'na makapagbaya' in manga Sultan mangagaw asawa sin kaibanan sabab in raayat didhilan da kawasa. Sapantun pamarintahan sin Sayyidina Umar r.a., bang laung niya siya mabingkuk subay pabuntulun sin manga raayat.

Manga taymanghud, in maghambuuk maluhay, sagawa' kita niyu in nag pahunit nag pasigpit. Bukun sa' sin Islam, in nag sa' amin tau nag agama Islam amin piyalabi nila in hawa nafsu nila, danan maluhay usalun papag maunuk-manukun. Karinakamu manga taymanghud mag hambuuk halaum 1 ummah, ummat sin Rasul Sallallahu 'alaihi wasallam, bukun sah sin Philipinas, bukun sa' sin Malaysia, bukun sa' sin Indonesia, sagawa' sa' sin kita niyu amin na pupulakkanat, subay ma masacre in bangsa taniyu ampa kita niyu maghambuuk (biya' sin nag hapen ha Sug bihaun), sagawa' bang way bunu' kita isab hangkabangsa magpatay.

Hangkan lupahun tana in pagkuntara, lupahuntana in "gulal" (MNLF,MILF, Abu Sayyaf, UTC) bang sawpama amunayan in di' ta hikapaghambuuk, mawun kita niyu pa laum kalimat "Syahadatein", Asyhadu anla ilaha illallah, wa asyhadu anna muhammadan 'abduhu warasuluh".

Pahamun Ta In UTC
In United Tausug Citizen bukun siya tumpukan atawakan gropo amin nag mufarrik daing ha maksud, malaingkan hambuuk siya ngan piyaghambuukun sin manusiya' daing pa katagna'. UTC bang ta Tausugun, Paghambuukan sin manga raayat Tausug piyagnakuraan sin Sultan. Mayta' laung ta in maksud sin UTC bihayan, sabab amunayan in Chop atawakan Label ta daing katagna' pa yadu sawaypa karatung sin manga satru'. Meaning nag balik kita pa asal sin pamarintahan sin kamaas-maasan taniyu. Amurayan in kiyasulat ha United Nation kiya-register sin England. Bang in kamaas-maasan taniyu nabingkuk subay buntulun taniyu bihaun, bang sila nasa' baktulun ta sila sin kasabunnalan.

Bang kita umusal "Raayat Sulu piyagnakuraan sin Sultan" manjari kita lilayun ha United Nation, sagawa' bang kita umusal dugaing daing hayan iyanun sadja kita, "Ah!! Problema bayan sin laum Philipines bukun international problem" sabab laung nila bang bukun da Tausug atawakan Sulu Nation iban Sulu Sultanate salama-lama papagbunu'-bunu'un sadja. Wassalam.

(Magsukul pa manga taymanghud daing ha manga UTC Lahad Datu iban Sandakan ha information nila. Labi-luba' na kan Bro. Al amin nakapila na siyaggaw sin polis piyaguwa' da sabab in diyara niya Sulat Lahir daing ha UTC da in katarrangan niya. Laung sin parinta, di' siya manjari saggawun sabab raayat siya sin Sultanate Of Sulu. Mataud da isab in UTC nasaggaw liyuun pa rumah merah sabab imiyan da sila Philipino atawa laung niya kiyawa' nila in Sulat Lahir sin UTC daing ha Philipines. Awun da isab UTC in siyaggaw sabab in sulat Lahir nila nakukumu' iban kiyugdan sin tubig, laung sin polis bahasa palsu kunu' bukun bunnal daing ha UTC Buansa. Pangindan kamu manga taymanghud)

Asreesulu