Posted by DZULASREE @ Asree Sug on
Thursday, September 10, 2009
0
ulasan
Ketika kedatangan Sayyid Abu Bakar ke Buansa pada 1450-an ketika dulu disambut oleh para muslimin dengan sukacita dan kerinduan. Beliau sangat dikasihi oleh Tausug Taguimah dan Buranun hinggakan beliau diangkat sebagai Sultan sekali pun bukanlah keinginannya.
Sesungguhnya Sayyid Abu Bakar dari keluarga yang mulia dan dimuliakan. Beliau adalah dari keluarga Rasul Sallallahu 'alaihi Wasallam, sebagaimana Habib Umar, mereka membawa nur mahabbah kasih sayang sesama ummat Manusia ke seluruh alam. Kata-kata mereka sangat indah dan menusuk kalbu, sifat dan sikap Rasul SAW menjadi pakaian mereka menyebabkan majlis-majlis dakwah mereka diingati sampai bila-bila.
Tidak hairanlah Tausug begitu mencintai para Habaib. Setiap tahun mereka mengadakan Maulidurrasul di Sulu berminggu-minggu, membaca Barzanji dari lepas Isyak sehingga ke Subuh tanda kasih mereka kepada Rasul Salllahu 'alaihi Wasallam. Mereka melakukannya kerana itu sahaja yang menjadi lambang perpaduan dan kekuatan mereka. Malangnya hari ini, para Habaib tidak akan mampu lagi datang ke tempat mereka untuk memberi kekuatan dan semangat jihad seperti dulu. Jihad ketika Sayyid Abu Bakar ialah mempersatukan semua suku bangsa menjadi Tausug. Jihad inilah yang hingga hari ini menjadi nama KERAMAT kepada bangsa Sulu.
Taguimah, Buranun, Champa, Baklaya, Yakan, Bajau-Sama, Kagayan, Kalibugan, Banjar dan Arab akhirnya menjadi satu iaitu TAUSUG.
Posted by DZULASREE @ Asree Sug on
Wednesday, September 9, 2009
0
ulasan
Pada awal bulan Mac yang lalu beberapa orang sahabat menyarankan kepada penulis untuk menubuhkan jaringan sahabat Tausug di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Sulu. Ketika itu penulis terlalu sibuk dengan beberapa kerja lantaran tidak dapat merealisasikan saranan tersebut. Lagi pun ketika itu penulis bersama Hj Zakaria sibuk dengan pendaftaran PSBS cawangan Lembah Kelang tetapi hingga hari ini senyap sahaja.
Kemunculan TN atau Tausug Network dalam internet telah meringankan beban penulis dengan para sahabat pengkaji lain kerana TN bertindak sebagai penghubung kepada generasi muda Tausug di seluruh dunia. Sahabat-sahabat penulis aktif dalam TN kerana jaringan yang disediakan oleh TN.
Oleh kerana blog Tausug Global ini adalah catatan persendirian yang tidak sama dengan konsep TN maka sebahagian kekosongan TN dapat dipenuhi oleh blog seperti ini. Sejak beberapa bulan lalu, pelawat blog Tausug Global dari kalangan terpelajar Tausug di Malaysia semakin ramai. Setiap minggu mereka menelefon atau menghantar sms bagaimana boleh dapatkan buku Tausug & Kesultanan Sulu. Sebilangannya menghantar email meminta maklumat bagaimana cara dapat menyertai sukarelawan Tausug untuk umat Islam Sulu.
Penulis berpandangan bahawa keperluan untuk menubuhkan kelab Tausug Global sudah pun tiba. Rasanya kelab Tausug Global ini perlu digabungkan dengan blog penting lain seperti blog The Island Of Pearls oleh saudara Neldy Jolo, blog Taymanghud dan Resipi Tausug oleh saudara Aliazer, blog Kebudayaan Tausug oleh Cikgu Hatta dan kalau perlu menjemput blog al-Taufik Prof. Nur Danial sekali.
TUJUAN KELAB TAUSUG GLOBAL
Sesuai dengan nama Tausug Global, kelab ini akan dibuka keahliannya kepada semua individu bernama manusia samada yang tinggal di Nusantara atau luar negara tanpa mengira bangsa dan keturunan dan agama mereka. Peringkat awal mereka boleh hantar biodata penuh mereka ke email penulis kemudian akan memproses kad keahlian secara percuma dan menghantarnya semula ke email masing-masing (bolehlah mereka print-out sendiri).
Tujuan kelab ini ialah,
Didasarkan atas nama Keamanan, Anti Keganasan, Anti Ketidakadilan dan Anti KONSPIRASI.
Mewujudkan kumpulan pengkaji sejarah secara bebas dan bermaruah. Melatih dan membentuk penulis-penulis prolifik seperti penulis novel, penulis rencana & cerpen dalam akhbar & Tabloid, penulis dan perancang blog, kartunis, kewartawanan forografi dan Videografi (ini penting untuk posting ke Youtube atau broadcasting ke VCD & DVD propaganda).
Mengumpul sokongan dari semua lapisan masyarakat untuk menghulurkan bantuan kepada pendidikan anak-anak Sulu, jaringan ekonomi dan jaringan bantuan kepakaran dari pelbagai bidang untuk membantu Sulu.
Mewujudkan jaringan persaudaraan sesama muslimin Nusantara khususnya, dengan mengatur lawatan ke Acheh-Medan, Jakarta, Brunei, Kelantan-Pattani, Jolo-Basilan dan Singapura kerana Tausug Global sudah ada jaringan tersedia ke tempat-tempat tersebut.
Pihak penulis sangat mengalu alukan sokongan sahabat-sahabat sekalian agar dapat menghantar biodata penuh ke email penulis secepat mungkin untuk proses registrasi dengan demikian program akan dapat diatur selepas Ramadhan ini, insyaAllah. Ia percuma, gratis kata orang Jakarta, lebre kata orang Tausug, tidak dikenakan bayaran. Bagi mereka yang was-was dan berasa diri kekal hidup di dunia selama-lama yakni tidak mahu susah dengan aktiviti atau sebarang perjuangan, pihak penulis hanya meminta do'a dari mereka sekurang-kurangnya dapat menjenguk blog Tausug Global selalu sebagai tanda sokongan dan persaudaraan.
Akhir sekali penulis menyertakan satu Hadis Rasulullah SAW kegemaran penulis sejak dulu yang juga menjadi kegemaran Al-fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah dan Al-Habib Muhammad Rezieq Syihab kerana menjadikan Hadis ini sebagai sikap mereka,
Dalam suatu riwayat, Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabatnya, "Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan saum (puasa)", Sahabat menjawab, "Tentu saja!"
Rasulullah pun kemudian menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjembatani berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan" (H.R. Bukhari-Muslim).
Hadis ini ku tujukan buat saudara-saudara ku Tausug yang memahami bahasa Melayu antaranya,
Neldy Jolo
Aliazer
Cikgu Hatta
Mohd Syahrizan
Nur Danial
ASREE
Hubungi penulis secara online dalam Yahoo! Messenger : asreesulu@yahoo.com
Posted by DZULASREE @ Asree Sug on
Tuesday, September 8, 2009
0
ulasan
SOLUSI MENURUT HASHIM SALAMAT
Menurut bekas Komander MNLF, Hj Zakaria Abdullah menyatakan bahawa Allahyarham Syeikh Hashim Salamat (Mantan Pengerusi MILF) pernah menyuarakan pandangannya,
"Untuk kemerdekaan Moroland sebenarnya bagi saya sangat mudah, iaitu sekiranya kita dapat memerdekakan walau sebuah pulau kecil di mana-mana wilayah kita ini terlebih dahulu, maka sebenarnya kita sudah merdeka."
Menjadi kehairanan kepada penulis apa sebenarnya maksud ucapan Hashim Salamat itu kepada Hj Zakaria. Maka beliau jelaskan bahawa Hashim Salamat sangat optimis dengan cara tersebut (iaitu dapat memerdekakan dahulu mana-mana kawasan walau pun sekecil sebuah pulau) kemudian selepas itu memerdekakan kawasan lain akan bertambah mudah. Ucapan Hashim Salamat ini penulis dengar dari lidah Hj Zakaria dua tahun yang lalu iaitu setelah penulis siapkan buku Tausug & Kesultanan Sulu.
Sebelum itu penulis telah ceritakan secara panjang lebar kepada Hj Zakaria berkenanaan United tausug Citizens (UTC) yang menggunakan modal keamanan dan Tausug, Kesultanan Sulu. Peringkat awal Hj Zakaria agak terkejut kerana perjuangan UTC ini adalah baru dalam sejarah Sulu semenjak zaman Maas Kamlun sehingga era Maas Misuari. Menurut beliau lagi, kalau ini dapat dilakukan oleh UTC iaitu memerdekakan Sulu terlebih dahulu maka sesuailah dengan saranan Allahyarham Syeikh Hashim Salamat seperti yang disebut di atas. Keluarnya mana-mana dari bahagian Mindanao dan Sulu dari Filipina pastinya akan diikuti oleh kawasan lain.
Berkenaan hal ini secara lanjut, ada ucapan yang tidak dapat penulis ceritakan di sini berkenaan kata-kata tambahan Syeikh Hashim Salamat. Cukup menjadi rahsia kami berdua dengan Hj Zakaria dan kawan-kawan sepengkaji sejarah Sulu. Bagi penulis, cadangan atau saranan Hashim Salamat itu ada kebenarannya sesuai dengan apa yang berlaku secara kebetulan dengan UTC hari ini.
PERJUMPAAN DENGAN DELEGASI MILF DI PUTRAJAYA
Pada pagi itu (Ogos, 2008) penulis telah sampai awal di Hotel JW Marriott Putrajaya bertemu dengan Tuan Prof. Syed Abhoud Lingga (Institute of Bangsamoro, Cotabato) kemudian kami terus turun ke bawah menuju ke Restoran Hotel tersebut. Di sana duduk beberapa orang yang bertubuh besar dan tinggi yang kemudian diperkenalan oleh Tuan Syed Abhoud sebagai delegasi MILF untuk rundingan damai di Putrajaya kelmarin (penulis diberitahu perjanjian damai kelmarin itu telah dibatalkan oleh Arroyo).
Salah seorang dari mereka langsung bercakap dalam Bahasa Maguindanao kepada penulis yang kemudian bertutur pula dalam Bahasa Melayu setelah beliau dapati penulis tidak faham dengan Bahasa Maguindanao. Salah seorang lagi bertanya kalau penulis boleh berbahasa Iranun atau Ilanun, Syed Abhoud menjawab bahawa penulis hanya faham empat bahasa iaitu Bahasa Tausug, Bahasa Melayu, Bahasa Bajau dan Bahasa Inggeris, lalu mereka memilih Bahasa Inggeris sebagai alat berkemunikasi.
Tiba-tiba seorang yang bertubuh besar tinggi bertanya (alih bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu), "Kamu orang Suluk bukan?", penulis menjawap, "Ya saya orang Suluk. Tapi bukankah orang-orang Mindanao panggil kami dengan panggilan Sulug?", beliau ketawa besar dan berkata, "Ya benar, Suluggggggggg kamu memang orang Suluggggg, arus air laut yang deras." Kemudian mereka bertanya bagaimana penulis boleh berada di Kuala Lumpur yang begitu jauh dari Sulu, penulis bertanya semula mengapa mereka ada di sini pula (di Putrajaya), pejuang berada di mana-mana kata penulis, lalu mereka ketawa tanda faham.
Berikut ialah soalan-jawab dengan mereka,
Asree:
Mengapa rundingan damai kalian dengan Kerajaan Filipina terbatal?
Delegasi MILF:
Huh, yang batalkan bukan kami tapi Kerajaan Filipina. Kami komited dengan perdamian tetapi mereka yang selalu melengahkan dan membohongi kami.
Asree:
Bukankah sudah lama jadi begini (dipermainkan)?
Delegasi MILF:
Ya, ia sudah lama semenjak zaman Ustaz Hasim Salamat lagi mereka melakukannya tetapi kami tidak putus asa, terus bersabar dan lawan. Masa rehat (maksudnya ketika perdamian) kami gunakan untuk kumpul kekuatan. kalau mereka langgar proses damai setelah itu kami perang lagi dengan mereka, hahaha (ketawa kecil) inilah kitaran hidup BangsaMoro, kamu faham bukan".
Asree:
Tuan tahu ini (perjanjian damai) adalah satu penipuan yang berterusan mengapa tuan meneruskan juga menghadiri perjanjian damai ini sedangkan sudah tahu ia muslihat?
Delegasi MILF:
Brother Asree, kami memang tahu sejak dari awal tetapi kami perlu hadirinya sebagai mengesahkan yang kami komited dengan proses damai agar dengan demikian komuniti antarabangsa dapat melihat kesungguhan kami. Bayangkan kalau kami tidak hadir mereka akan katakan, nah inilah teroris mahu perang saja damai tidak mahu, menyalahkan kami pula.
Asree:
Tuan sebut tadi bahawa pihak tuan sememangnya menyedari penipuan mereka.
Delegasi MILF:
Hahahaha... (mereka ketawa kecil), ini adalah permainan. Permainan yang mereka cipta yang terpaksa kita ikut bermain dengan mereka....
Perbualan terhenti seketika dan penulis mula berfikir, "Permainan?", hebat sungguh para konspirator yang memperalatkan kepentingan BangsaMoro sebagai modal permainan mereka. Ini bermakna sekiranya BangsaMoro tidak mahu berperang walau pun disogok senjata pasti akan dapat memadam kekuasaan Filipina ke atas Sulu dan Mindanao. Berterusannya mereka menguasai Sulu dan Mindanao adalah sebab ini, iaitu mengapi-apikan kemarahan orang Islam yang kemudian mereka melawan dengan senjata. Manila berusaha dengan senantiasa mewujudkan peperangan agar wilayah tersebut tetap bergolak seterusnya kekal dalam kekuasaan tentera mereka. Terbuktilah, bunyi-bunyi letupan bom di Sulu dan Mindanao adalah perbuatan Manila sendiri.
Perkiraan penulis tentang hal ini sangat mudah, ia seperti 1+1=2. Iaitu Provokasi Filipina + Bangsamoro melawan = berterusan terjajah, sangat mudah perkiraannya, hanya orang yang bodoh tiada akal sahaja yang menidakkannya. Kerana pastinya Filipina menang dalam peperangan dek kerana kekuatan mereka yang disokong oleh persenjataan Amerika.
FILIPINA PENYUMBANG PERSENJATAAN BANGSAMORO
Senjata para pejuang Sulu dan Mindanao mempunyai dua sumber. Pertama dari pihak Marcos dan Kerajaan Filipina sendiri (sehingga hari ini), keduanya dari negara luar seperti Libya dan Arab Saudi serta negara-negara di Nusantara lain seperti Malaysia dan Indonesia. Keterlibatan Malaysia dan Indonesia ketika dulu adalah disebabkan membantu sesama saudara muslimin. Setelah penubuhan Asean, Malaysia dan Indonesia tidak mahu terlibat dengan konflik di Filipina lagi. Sebab itu penulis katakan persatuan ASEAN itu ditubuhkan oleh para Konspirator untuk menghalang kemerdekaan Sulu dan Mindanao.
Hari ini, Filipina adalah tersenarai dalam dunia sebagai antara negara yang menjual senjata api malah mengeksport M-16 dan senjata lain (seperti AK, B40) serta peluru ke negara-negara ASEAN. Filipian mempunyai kilang senjatanya sendiri di Luzon. Ini disahkan oleh seorang wartawan Filipina salah seorang dari penpal penulis. Menurut laporan wartawan antarabangsa, Pulau Cebu adalah tempatnya kilang senjata api haram terbesar di dunia. Telah menjadi perusahan utama masyarakat Pulau Cebu membuka kilang-kilang senjata api di rumah-rumah mereka. Persoalannya kemana mereka jual?
Ternyata senjata tersebut dijual kepada tentera Filipina untuk dijual semula ke rantau ASEAN. Kemudian lagi dijual pula kepada MILF dan MNLF melalui pihak ketiga. Perkara ini dibuktikan oleh bapa saudara penulis yang sekarang tinggal di Pulau Basilan, beliau menyatakan untuk membeli M-16 dan AK-45 sangat mudah kalau ada RM3,000 ke RM 4,000, tempat membelinya ialah dengan tentera Filipina sendiri samada Tentera Darat atau Tentera Marin yang menjualnya secara "bawah meja".
UTC SEBAGAI WADAH PERJUANGAN TERKINI
Maka benarlah kata Sultan Bantilan II dan UTC, peperangan ialah dicipta oleh Manila untuk meneruskan penjajahan mereka ke atas Sulu dan Mindanao. Mereka telah mencipta Abu Sayyaf, MNLF dan MILF secara tidak langsung demi kepentingan mereka. Pemisahan dengan menggunakan senjata menurut UTC perlu dihentikan kerana ia menambahkan kekuatan cengkaman Filipina sendiri terhadap Sulu dan Mindanao.
Selama mana peperangan berterusan, selagi itulah berterusannya media antarabansa fokus kepada mereka yang terlibat dalam peperangan seperti MNLF, MILF dan Abu Sayyaf sahaja. Mereka tidak akan melihat lagi tentang keamanan melainkan pengeboman, penculikan, pembunuhan, serang hendap yang pastinya tertuding ke arah Abu Sayyaf, MNLF atau MILF. Demikian sudah tentu adalah hasil ciptaan mereka sendiri. Malangnya MNLF dan MILF bersama Abu Sayyaf tidak sedar mereka berada dalam kawasan permainan. Yang lebih malang lagi mereka telah mengetahui permainan tersebut sejak dari awal tetapi hanya berkata,
"Tausug berani berperang, jangan cabar Tausug, ia pasti melawan sampai ketitisan darah yang terakhir!!"
Satu slogan atau jeritan yang tidak laku lagi dalam era globalisasi, ketinggalan sungguh orang-orang Tausug. Ketinggalan adalah disebabkan "Berani tapi bodoh", sudah tahu masuk lubang tetapi masuk juga kedalamnya (menjerumuskan diri dalam kebinasaan). Dalam hal ini Allah swt memperingatkan,
"Dan janganlah kamu menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan." (Al Baqarah: 195)
Kerja Juramentado atau berani mati menyerang ketengah tentera musuh (membunuh seramai mungkin musuh sebelum diri sendiri terbunuh) setelah tiada pilihan lain seperti yang dilakukan oleh Tausug ketika dulu atau Palestin hari ini adalah dikira Jihad Fisabilillah. Tetapi sekiranya terdapat pilihan lain yang boleh menyelamatkan ummah dan harta serta nyawa orang-orang Islam tetapi masih mahu berperang membabi-buta sehingga memusnahkan strategi umat Islam maka mereka dikhuatiri termasuk dalam orang yang membunuh diri sendiri,
"Janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri, sesungguhnya Allah maha penyayang terhadap diri kalian". (An-Nisa : 29)
Orang yang mengetahui dirinya ditipu dan masih melibatkan dirinya dengan penipuan tersebut tidak lain dan tidak bukan mereka ini telah kehilangan akal yang sempurna. Mereka tidak layak memegang amanah Ummah dan semestinya mereka ditolak dan disihkan dari mengendalikan urusan kaum Muslimin,
"Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya, harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan.." (An Nisa:5)
Dulu penulis telah mendedahkan konspirasi terhadap meletup dan runtuhnya bangunan berkembar New York yang kononnya dilakukan oleh Al-Qaeda, rupa-rupanya dilakukan oleh Amerika Sendiri. Kini kita dedahkan pula pembohongan NASA terhadap dunia bahawa mereka telah berjaya mendarat di bulan hakikatnya satu penipuan.
Ini penipuan angkasa lepas oleh NASA yang sudah tentu dilakukan oleh para konspirator yang kita maklumi. Hal ini turut berlaku kepada sejarah dunia, lihat sahaja di Nusantara sejarah mereka ubah seperti menggunting-gunting peta Nusantara kemudian menyusunnya semula mengikut selera dan nafsu mereka.
Sulu yang ketika dulu menjadi sumber kekuatan Nusantara sehingga hari ini mereka timbus. Sesetengah laporan menyatakan bahawa penubuhan Asean dan OIC sendiri adalah untuk mengekang kemunculan Sulu jadi satu negera. Kalau kita perhatikan memang ada kebenarannya, ketika bermulanya perang Moro vs Marcos pada 1972, OIC baru muncul dipentas antara bangsa yang kononnya ditubuhkan oleh PBB untuk menguruskan hal-ehwal negara-negara Islam. Sebelum ini tidak ada, mengapa hal ini berlaku?
Sebenarnya ini adalah birokrasi PBB, analoginya mudah, anda seorang YB, untuk melengahkan urusan orang ramai berjumpa anda ialah menubuhkan unit khas yang anda namakan OIC (Oh I See....). OIC yang anda tubuhkan adalah menguruskan mana-mana negara yang mahu muncul menjadi negara umat Islam, ia perlu melalui OIC tidak boleh terus ke PBB.
Sebab itu Acheh, Kurdis, Kashmir dan Sulu sukar untuk merdeka kena perlu melalui OIC yang dibentuk Yahudi di PBB, negara anggota OIC yang terdiri dari negara-negara Islam hanya sebagai "pelekat botol" sahaja isi botolnya ialah PBB sendiri. Tetapi kalau ada negeri kristian yang mahu merdeka seperti Timur Leste contohnya tidak perlu OIC, terus sahaja ke meja PBB maka ia cepat jadi negara. Huh!! Tidak lama lagi Maluku dan sebahagian Sulawesi akan dapat kemerdekaan pula, mungkin?
Dipetik dari buku Tausug & Kesultanan Sulu, dalam Bab Prakata,
"Bismillahirrahmanirrahim, SYUKUR alhamdulillah ku panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya jua buku ini dapat disiapkan. Kesyukuran terhadap nikmat-nikmat yang tidak dapat dihitung. Nikmat iman dan Islam serta nikmat wasilah (menyampai risalah Ilahi) kepada umat manusia di muka bumi iaitu Rasulullah s.a.w, keluarganya dan para sahabatnya yang diredhai serta para ulamak haq (memberi peringatan) hingga kiamat."
Dipetik dari Bab Salasilah Kesultanan Sulu dalam buku Tausug & Kesultanan Sulu,
"Sesungguhnya komen dan kritik kami kepada kesultanan Sulu adalah semata-mata atas rasa kasih sayang kami kepada Ahlul-Bait Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam. Apakah ada lagi perkara lain yang menjadi kedukaan kami kaum Sulu selain dari ini? Apakah kami rela keluarga Rasulullah s.a.w ini di caci dan dihina hanya disebabkan dari kealpaan mereka dalam mengendali atau memegang amanah kepimpinan sehingga umat Islam di Sulu itu boleh terjerumus kedalam lembah "kekufuran"?[12]
Asyhadu alla ilaha illallah, Asyhadu anna Muhammadurrasulullah, saksikanlah kami wahai muslimin sekelian bahawa kami adalah termasuk dikalangan orang-orang Islam. Dan kami orang-orang Sulu sejak sekian lama telah membuktikan kepada dunia bahawa kami mengasihi dan membela Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w sehingga ketitisan darah kami yang terakhir. Mereka adalah wasilah kami!!
Mereka adalah kekasih kami!! Mereka adalah syafa'at Rasulullah s.a.w untuk kami di akhirat kelak!! Mereka adalah pemimpin kami!! Mereka adalah Datu-Datu kami!! "Same'na wa ato'na" yang kami curahkan kepada mereka menyebabkan kami diberi kekuatan oleh Allah s.w.t mempertahankan wilayah kami selama hampir 400 tahun tanpa terkalah dan terjajah hingga hari ini!! Sesungguhnya mereka adalah perisai kaum Muslimin sehingga kiamat!!! Begitulah jeritan batin orang-orang Sulu terhadap pemimpin mereka yang mereka gelar "Salip" (Syarif iaitu Ahlul Bait) itu .
Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Pada hari kiamat aku akan menjadi syafi' (penolong) bagi empat golongan. Yang menghormati keturunan ku: yang memenuhi keperluan mereka: yang berupaya membantu urusan mereka pada waktu diperlukan dan yang mencintai mereka sepenuh hati" (Hadith riwayah Imam Ahmad)."
Inilah rahsia kekuatan Khalid Al-Walid yang terkenal sebagai "PEDANG ALLAH" iaitu terlalu mengasihi Rasulullah s.a.w. hinggakan beliau tidak pernah tumpas dalam setiap peperangan kerana barakah dari mengasihi KEKASIH ALLAH. Begitu jugalah kekuatan bangsa Sulu, selama mana mereka menjaga Sultan mereka selama itulah Allah s.w.t. redha dan memberkati mereka dengan memberikan kekuatan yang tidak terkalahkan. Sultan Sulu adalah dari keluarga Ahlul Bait Al-Husseini dan Al-Hassani.
Ketika orang Sulu meninggalkan Sultan dengan membiarkan institusi kesultanan terumbang-ambing akhirnya mereka jadi lembik. Seolah-olah kehilangan Vitamin atau ayah mereka. Amerika datang membunuh Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu mereka hanya diam membisu dan ada yang melarikan diri. Mereka jadi bacul hilang kepahlawanan malah ada yang sanggup bersekongkol menghancurkan Tausug & Kesultanan Sulu dari dalam dengan pembelotan dan kemunafikan. Mereka meninggalkan Sultan sehingga mati diracun pun mereka hanya ketawa bersama Amerika. Itulah Hj Buto (Perdana Menteri Kesultanan Sulu) dan waris-waris Sultan yang lain setelah kemangkatan Sultan terakhir Sultan Jamalul Kiram II pada 1936.
Untuk kembalikan kegemilangan ialah mengembalikan kekuatan Sultan Sulu kembali ke tempatnya. Kalau tiada yang layak kerana bacul lantik saja Sultan Brunei atau Sultan Terengganu menjadi Sultan Sulu. Kalau tidak pun lantik saja Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab ketua FPI menjadi Sultan Sulu. Kami tidak akan kesah dari mana datangnya waris Sultan janji mereka dari kalangan bani Hasyim atau Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. Tausug sangat memerlukan Sultan sebagai simbol kemanan mereka, kalau tidak huru-hara akan tetap berlaku sekali pun wujud MNLF, MILF, MOOLF, MULF ka apa ka..... juga tiada guna, kerana mereka sendiri tiada simbol keamanan.
Apabila kita memperkatakan tentang ONE UMMAH maka yang tergambar ialah ummat Islam Bersatu. Sekiranya kita menjadikannya satu konsep perjuangan maka hal ini amatlah baik kerana itulah perjuangan sejak dari dulu oleh Rasulullah SAW dan para ulama'ul amilin. InsyaAllah konsep ini akan sampai bila-bila diperjuangkan. Tidak ada seorang Islam pun yang tidak memahami konsep One Ummah ini kecuali mereka yang telah dipesongkan oleh Allah swt,
"Sesiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Dia akan memberinya kefahaman dalam agama." Sahih Al-Bukhari, Hadis no: 71.
DEFINISI ONE UMMAH
Ia bermaksud satu ummat, kiranya ditafsirkan kata Ummat atau Ummah itu akan membawa pengertian yang luas bergantung kepada tujuan si penyebutnya. Perkataan ummat atau ummah pula hanya merujuk kepada manusia bukan kepada binatang kerbau atau unta. Sekiranya dirujuk kepada Ummat Manusia bermakna semua bangsa-bangsa atau keseluruhan etnik manusia di dunia samada mereka berkulit hitam atau pun putih. Sebagai contoh,
Semua keturunan Adam dan Hawa hari ini dipanggil sebagai manusia atau pun Ummat Manusia,
Semua ummat Islam adalah bersaudara, maka ia dipanggil Satu Ummah iaitu Ummat Islam,
Semua umat Kristian selain menyembah Allah mereka juga menyembah Jesus (Isa a.s.), dan mereka juga dipanggil satu ummat iaitu ummat Kristian.
Demikian juga dengan Ummat Yahudi, bermakna adalah bangsa atau semua penganut Yahudi.
"Ummah menurut Sahifah Madinah adalah di dalam pengertian yang luas. Istilah tersebut adalah merujuk kepada semua penduduk Madinah pada masa kedatangan Nabi ke Madinah. Ia termasuklah orang-orang Islam yang berhijrah bersama Nabi atau lebih dikenali sebagai orang-orang Muhajirin, penduduk Madinah yang telah membantu Nabi atau yang lebih dikenali sebagai golongan Ansar serta orang-orang Yahudi yang telah menjadi sebahagian daripada sebahagian daripada penduduk Madinah. Walaupun mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama tetapi masih lagi dianggap sebagai satu ummah. Oleh itu, Sahifah Madinah telah menyebutkan nama mereka satu persatu dan mereka masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap negara Islam Madinah."
Kenyataan Ummah di atas adalah dalam sebutan umum, maka semua bangsa dan agama yang ada dalam Madinah adalah ONE UMMAH. Boleh juga disebut sebagai Ummat Madinah. Dalam negara Islam, Kafir Dzimmi yang membayar cukai atau jizyah kepada kerajaan Islam maka mereka termasuk dalam One Ummah di negara Islam tersebut. Contohnya Ummat Iraq dan Ummat Mesir atau pun Ummat Malaysia atau Ummat Indonesia. Sekiranya khusus kepada orang-orang Islam yang berbagai bangsa dan keturunan maka dipanggil One Ummah juga iaitu Ummat Islam, kerana bersama-sama menganut satu fahaman atau agama.
Maka fahamlah kita bahawa Ummat atau Ummah itu bermaksud satu rupa bentuk, satu pendirian atau pun satu kumpulan. Menambah One atau Satu kepada istilah Ummah hanya sekadar penegasan untuk menguatkan lagi makna kepada kesatuan tersebut.
Fikir dan buatlah perjuangan hari ini untuk disemai dan dinikmati oleh generasi akan datang.
KEPELBAGAIAN PERJUANGAN ONE UMMAH HARI INI
Hari ini ramai kumpulan yang meneruskan konsep One Ummah ini. Bagi pejuang One Ummah orang-orang Islam, niat mereka pastinya kerana Allah dan Rasul, tinggal lagi benarkah mereka ini bersih dari sebarang campur tangan? Amatlah sukar bagi kita meletakkan samada gerakan mereka telah disusupi atau sebaliknya, kecuali Allah swt sahaja yang tahu. Mari kita senaraikan mereka yang memperjuangkan One Ummah yang diperjuangkan oleh Muslimin hari ini antaranya,
Ikhwanul Muslimin
Jamaah PAS (Malaysia),
NAHDLATUL ULAMA (NU) Indonesia,
Muhammadiyah (Indonesia),
Jamaah Tabligh (India-Pakistan) sekarang di mana-mana pun ada,
ABIM, JIM (NGO Malaysia)
Hizbuttahrir (Antarabangsa)
Dan banyak lagi yang tidak mampu disenaraikan.
Penulis tidak akan mengulas konsep yang disebut di atas kerana mereka setahu penulis saling berkerjasama sesama mereka sebagai lain-lain kumpulan tetapi satu tujuan iaitu kesatuan Ummah atau One Ummah.
Penulis akan mengulas beberapa kumpulan orang Islam yang menamakan konsep gerakan mereka dengan One Ummah juga walau pun pada hakikatnya jauh dari konsep tersebut seperti,
Liberalisme- Mereka ini mengutamakan kesamarataan genre iaitu tiada perbezaan istmewa antara lelaki dan wanita keduanya sama disisi Maha Pencipta. Sebagai contoh ialah Kumpulan Sister In Islam di malaysia, mereka tidak mewajibkan tudung sebagai penutup aurat wanita. Mereka bertungkus-lumus mengorek bukti dari Al-Quran dan Sunnah bahawa tudung bukannya wajib hanya harus (mubah). Ahli mereka sangat ramai dari kalangan wanita dan lelaki modernis golongan elit. Turut sefahaman dengan mereka ialah para Professor universiti, contohnya Prof. Aminah Wadud yang menjadi imam solat kepada lelaki di Amerika . Liberalisme juga dianut oleh professor-professor universiti yang selalu menganjurkan kesamarataan.
Pluralisme - Mereka ini juga memperjuangkan One Ummah tetapi dalam konteks "akal" mereka sendiri, walau pun mereka Islam tetapi mereka meletak semua agama adalah sama. Tuhan yang mereka sembah adalah sama tinggal lagi berbeza-beza perlambangan mereka. Maka Kristian, Yahudi, Islam, Hindu, Buddha, Baha'i, Taoisme, Zoroaster dll semua adalah sama kerana merasa diri bertuhan. Mereka menyatakan inilah konsep One Ummah yang sebenarnya tidak membeza-bezakan manusia dan pegangannya. Pluralisme ramai penganutnya di seluruh dunia yang terdiri dari kalangan ahli akademik Muslim. Inilah yang dianut oleh Ayah Pin di Terengganu dan Sai Baba seorang sami dari India yang punya pengikut jutaan manusia di seluruh dunia termasuk sebahagian orang-orang Islam.
Free-Thinker - Fahaman ini ramai juga dianut oleh kaum Muslimin seluruh dunia, tanpa mereka sedari atau sememangnya sedar mereka telah termasuk dalam jurang para kumpulan Aties (yang tidak percaya kewujudan Tuhan). Pada asalnya maksud Free-Thinker itu mudah iaitu pemikiran bebas, bermakna tidak terkongkong atau terikat dengan mana-mana fahaman dan keadaan atau suasana. Malangnya hal ini akan menular ke bahagian lain termasuk keyakinan terhadap pegangan mereka. Kebanyakan mereka ini mengaku diri terlalu pandai dan mahu dikenali sebagai pencetus pemikiran terkini. Inilah yang dianut oleh Darwin, Marxis, Mao Tze Tung dan lain-lain yang berfahaman Komunis. Amat malang kalau ada umat Islam yang berfahaman seperti ini, walau pun hanya sekelumit ia tetap dianggap Free-Thinker.
Di Filipina, Malaysia, Indonesia dan lain-lain negara yang punya umat Islam, fahaman-fahaman di atas telah berkecamuk menyebabkan kecelaruan dalam berfikir yang akhirnya mengganggu perkembangan Islam. Mereka inilah yang menghalang kesatuan atau ONE UMMAH yang sebenar.
KONSEP ONE UMMAH BERDASARKAN TAQWA
Dalam Islam walau pun kita berlainan warna kulit maka tiadalah bezanya yang membezakan ialah iman dan taqwa sahaja. Taqwa adalah Turning-Point dari segala hal dan perlakuan, samada kepada individu muslim, keluarga, persatuan, kampung, negara seterusnya dunia.
"Hai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslimun" ( Ali Imran : 102 ).
Rasulullah SAW bersabda yang antara lain maksudnya;
"Sesungguhnya paling mulia dikalangan kamu disisi Allah adalah yang lebih bertakwa" (maksud Hadis)
Rasul SAW menjelaskan maksud Taqwa,
"Janganlah kalian saling dengki, saling menipu, saling marah dan saling memutuskan hubungan. Dan janganlah kalian menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya.
Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim atas muslim yang lain; haram darahnya, hartanya, dan kehormatannya." Hadits 35 (Kumpulan Hadits Arbain - Imam Nawawi)
Taqwa dilanjutkan lagi iaitu sekiranya kita berada dalam satu kumpulan samada bergaul dengan orang bukan Islam mahu pun umat Islam sendiri maka Allah swt befirman,
"Hai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang yang mempermainkan dan mengejek agamamu sebagai pemimpin diantara orang yang telah diberi kitab sebelummu dan orang kafir; dan bertaqwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang yang beriman" ( Al Maidah / 5 : 57 )
Dalil ini menjadi hujjah kepada kaum Sulu di Filipina Selatan agar berjuang mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan mereka kerana pemimpin Filipina senantiasa mempermainkan muslimin dengan muslihat yang dirancang rapi. Selatan senantiasa dimainkan bunyi-bunyi keganasan yang ditimpakan oleh kerajaan Filipina ke atas Sulu dan Mindanao di samping perjanjian damai yang hanya dijadikan sebagai permainan "hulur dan tarik".
ONE UMMAH DARI SEKELIAN BANGSA & KETURUNAN
Taqwa masih ditekankan oleh Islam dalam mengatur bangsa dan keturunan dalam dunia,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” Surah Al-Hujrat (49) ayat 13.
Allah swt sengaja menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar dapat kenal mengenal dan seterusnya bersatu sebagai ummah. Kesatuan pula hanya dapat direalisasikan dengan taqwa. Kewujudan pelbagai keturunan dan bangsa ini adalah sunnahtullah, maka menjaga zuriat keturunan suku atau bangsa sangat dititik beratkan oleh Rasulullah SAW,
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., "Pelajarilah olehmu tentang nasab-nasab kamu agar dapat terjalin dengannya tali persaudaraan kamu. Sesungguhnya menjalin tali persaudaraan itu akan membawa kecintaan terhadap keluarga, menambah harta, memanjangkan umur dan merelakan Allah". Diriwayatkan oleh Ahmad dalam musnadnya, Tirmizi dan Al-Hakim.
Mempelajari bangsa keturunan Tausug dan etnik-etniknya agar dengan demikian akan bertambah kekuatan tali persaudaraan sesama mereka adalah satu galakan. Malah dengan mengkajinya kita dapat menghubungkan keluarga Tausug dengan bangsa Melayu lain di seluruh Nusantara ini seterusnya boleh melakukan penggabungan dalam satu wadah ONE UMMAH.
Menidakkan kewujudan kepelbagaian etnik dan keturunan merupakan satu kebodohan dan menidakkan hadis Rasulullah SAW sendiri, Na'uzubillah. Ini berlaku dikalangan ummat Islam yang perjuangkan ONE UMMAH, bertindak bodoh dengan melarang membicarakan etnik atau keturunan dengan alasan ditegah oleh Islam, Sungguh ini adalah kebodohan yang nyata.
Yang dilarang oleh Islam ialah fanatisma kebangsaan atau Assabiyyah, iaitu hanya mengangkat bangsanya sendiri dengan menidakkan atau merendahkan bangsa lain. Tiada orang Islam yang berfikir demikian kecuali mereka yang "putus wayar" yang berfikiran dia sahaja yang hidup dalam dunia ini tanpa memerlukan orang lain.
Hadis Nabi SAW seterusnya menjelaskan yang bermaksud: Telah bertanya seorang lelaki: "Wahai Rasulullah, adakah dianggap fanatik puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda, tidak, tetapi fanatik puak ialah seorang yang menolong kaum bangsanya kepada kezaliman."
Seterusnya dari anak Wasilah bin Asqa bahawa beliau telah mendengar bapanya (Wasilah) berkata: "Aku bertanya Rasullulah, apakah dia asabiyah itu? Jawab Baginda: Bahawa engkau menolong kaummu di atas dasar kezaliman."
"Sesungguhnya orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was daripada syaitan, mereka segera mengingat Allah, dengan demikian mereka dapat segera melihat kesalahan diri mereka " (Al A'raf 7 : 201)
Dalam hal ini penulis mempunyai seorang sahabat di Zamboanga City, beliau bekerja sebagai Professor di salah satu Universiti di sana sekarang sibuk dengan program ONE UMMAH nya bersama kawan-kawan lain. Mari kita do'akan beliau semoga berjaya dengan kumpulan ONE UMMAHnya mempersatukan umat Islam di Sulu dan Mindanao. Kita juga berdo'a semoga beliau menjadi pemimpin yang dapat menggantikan Prof. Nur Misuari di masa akan datang.
Kepada semua pejuang ONE UMMAH adalah amat malang sekiranya mereka mewujudkan ONE UMMAH tetapi jauh dari taqwa dan kehendak Islam itu sendiri dengan sibuk mewujudkan pelbagai perselisihan. Sekiranya berlaku demikian secara berterusan pastinya akan menghasilkan luka dan kotoran yang akan terlekat dalam lipatan sejarah sebagai kumpulan ONE UMMAH terburuk yang dipimpin oleh pemimpin buruk akhlak dan jahil.
“Dan berpeganglah kamu semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (pada masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”(Ali-‘Imran, 3:103)
Posted by DZULASREE @ Asree Sug on
Monday, September 7, 2009
0
ulasan
Hari ini di mana-mana universiti Nusantara subjek sejarah Asia Tenggara yang para graduan pelajari ialah sejarah yang telah dimanipulasi oleh pakar-pakar konspirasi. Sejarah Melayu telah berubah dari yang asal kerana sejarah yang telah diolah semula oleh para sejarahwan Aties zaman kolonial. Sebab itu penulis katakan, mempelajari sejarah di mana-mana universiti yang berkaitan dengan Asia Tenggara semuanya "useless" atau hampas belaka. Hal inilah yang menjadi punca keberanian penulis menyusun buku Tausug & Kesultanan Sulu bersendirian sekali pun tanpa mendapat sokongan dan dokongan sejak dari awal.
Penulis tidaklah bermaksud memperlekehkan graduan mahu pun professor mereka di menara gading, sekadar menyuarakan komen membina atas dasar kesedaran. Kedatangan Inggeris contohnya telah berjaya memasuki istana-istana Raja Melayu lalu mencampuri urusan istana dengan sewenang-wenang tanpa kita sedari. Pembunuhan waris-waris Sultan yang benar telah mereka atur dengan begitu rapi sehinggakan segala keputusan Istana kebanyakan kes pihak Inggerislah yang menentukannya, dajjal sungguh mereka. Kini KEDAJJALAN mereka telah diteruskan oleh para ahli akademik Melayu sendiri, bacul dan rendahnya maruah mereka hanya menjadi "pak turut" mengikut telunjuk sejarahwan kufar.
PERTELINGKAHAN SESAMA YANG SIA-SIA
Inggeris dan Belanda telah berjaya mewujudkan nama-nama seperti Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu, Malaysia, Thailand, Singapura, Borneo dan Indonesia serta penjenamaan semula nama-nama laut di Asia tenggara yang tanpa disedari adalah datang dari lidah para konspirator untuk pecah & perintah mereka. Hari ini sesama kita bergaduh seperti budak kecil hanya kerana tarian kebudayaan Indonesia yang dipromosi oleh Malaysia menyebabkan sebahagian intelektual dan rakyat Indonesia kehilangan akal menuduh Malaysia sebagai "peniru". Tidak cukup dengan itu Malaysia digelar sebagai "Malingsia" dan malah membakar bendera Malaysia serta bermacam-macam lagi gelaran yang tidak sepatutnya berlaku sesama rumpun Melayu.
Penulis sebagai Tausug berasa malu kerana dalam zaman sekarang ini, kemajuan Melayu Nusantara dengan arus kemodenan serta peradaban era globalisasi masih menunjukkan kerendahan akal dan budi yang memalukan. Tidak syak lagi para konspirator begitu gembira dan bertepuk tangan kerana itulah yang mereka rancang dan harapkan berlaku ke atas bangsa Melayu di Nusantara ini. Hari ini kewujudan nama seperti THAILAND, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura telah dipersoalkan oleh para ahli sejarahwan dan kenegaraan. Dari manakah asal-usul nama-nama ini?
THAILAND & SINGAPURA
Thai-Land, tanah orang Thai. Cuba lihat LAND itu bukannya datang dari bahasa Thai ia datang dari bahasa Inggeris. Singapura, ia seperti nama yang diambil dari bahasa Sanskrit iaitu Singa-Pura bermaksud Negeri Singa. Kononnya seorang raja telah singgah di negeri tersebut dan terlihat seekor singa lalu dinamakannya Singapura atau Negeri Singa. Pelik bin Ajaib, hakikatnya negeri tersebut pada asalnya ialah TEMASIK atau TAMASIK. Ia dinamakan Singapura ketika zaman kolonial Inggeris Sir Stamford Raffles.
INDONESIA & MALAYSIA
Indonesia, dari mana pula kata Indo ini datang? Bukankah ini datangnya dari kata nama Indio yang bermaksud "Orang Asli" atau PAGAN dalam bahasa Latin? Atau pun dirujuk kepada bangsa berkulit hitam dari India yang membawa agama Hindu dan Buddha ke tanah Jawa? Perhatikan Indon-Asia, gabungan nama Indio dan Asia yang keduanya adalah bahasa asing yang diberikan kepada gabungan masyarakat Jawa, Sumatera, Kalimantan, Irian, Sulawesi, Flores, Maluku dan sebagainya oleh Belanda. Kalau pun yang memanggil pada awalnya ialah orang Jawa sendiri ia juga boleh dipersoalkan kebenarannya. Kalau diberikan kepada orang Jawa pasti mereka namakan JAWANESIA.
Malaysia, ia begitu cantik dan indah malah penulis merasa seronok kerana turut menjadi warga Malaysia. Secara jujur, nama Malaysia datang dari lidah kolonialis sendiri. Gabungan antara MALA-Asia menunjukkan bahawa inilah tempat asalnya orang Asia dari bangsa Mala. Tunku Abdul Rahman menyetujui nama ini dan munculnya Negara Malaysia sendiri adalah hasil Pecah & Perintah kolonialis terhadap Nusantara yang terpaksa Tunku terima berbanding berterusan dibawah British. Hal ini tidak dapat dimungkiri kerana begitulah sejarah mengungkapkannya. Bagi penulis, nama yang lebih tepat ialah SIAM adalah kerana kewujudan kerajaan Islam Siam di Kedah sehingga ke Kemboja dan Champa sebelum kedatangan Kolonialis.
merujuk kepada kajian sejarah http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ Bangsa Thai sebenarnya tiada peradaban pada awalnya. Mereka menyerang orang Siam dan mengalahkan mereka, kemudian mereka mencelok budaya Siam menjadi kebudayaan mereka sebab itu orang Siam memanggil mereka dengan Su-Kho-Tai yang membawa maksud "Orang Kafir".
"Penjajah Inggeris pula menamakan tanah jajahan ini sebagai Tanah Melayu pada hal peta Portugis dan Belanda (sebelum kedatangan Inggeris) jelas menunjukkan nama semenanjung ini sebagai Semenanjung Siam Melaka. Elok sangat la begitu pada pandangan mereka setelah dikerat dua, satu diberi nama thaiLAND dan satu lagi di namakan TANAH Melayu."
Menurut ahlis sejarah dan bahasa, Melayu itu adalah bahasa bukannya bangsa sebagaimana kewujudan tulisan dan bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi bangsa Siam, Kemboja dan Champa. Malah turut ditutur oleh bangsa Taguimaha di Kepulauan Sulu adalah kerana bangsa Champa telah berasimilasi dengan bangsa Taguimaha dari Basilan. Taguimaha dari Basilan sudah lama berperadaban dan beragama Islam lama sebelum kedatangan Sayyid Abu Bakar dari Baghdad adalah kerana bangsa Champa, Kemboja dan Siam sememangnya beragama Islam.
Orang Tausug telah lama mengenali Orang Siam. Hingga hari ini baka ayam sabung Tausug yang paling hebat dinamakan "Manuk Siam", setelah kedatangan Amerika Syarikat baka kacukan "Manuk Siam" mereka namakan "Manuk Texas" pula yang kemungkinan AS berbuat demikian untuk naikkan nama Amerika sendiri di kalangan Tausug Jolo.
PHILIPINES ATAU FILIPINA
Philipines atau yang kita sebut Filipina, satu nama yang diambil berdasarkan King Philip II dari Spanyol ketika permulaan mereka menjajah Kepulauan Sulu Utara. Istilah ini membawa maksud sebagai di bawah kekuasaan Raja Philip II dari Spanyol atau dengan kata lain "Hamba Abdi Raja Spanyol". Sebab itu mengapa tentera laut Sulu datang menyerbu mereka lalu menangkap bangsa yang menggelarkan diri mereka sebagai RAKYAT KING PHILIPE itu, kemudian jadikan mereka hamba abdi dijual ke Tanah Bugis, ke Ternate-Maluku, ke Tanah Jawa, ke Tanah Banjar dan ke Tanah Brunei. Mereka (para penjajah) marah lalu menggelar orang Sulu sebagai "Vega-Mundo" atau bermaksud Perompak Laut dan kalau di Tanah Jawa tentera laut Sulu pula dipanggil oleh Belanda dengan Bajak Laut dan kalau di Kelantan hingga ke Johor tentera laut Sulu dikenali sebagai LANUN.
"Jangan salahkan orang Sulu menangkap kalian, kerana kalian sejak dulu menganggap diri sendiri sebagai "hamba Kolonialis". Lebih baik kami yang tangkap jadikan kalian hamba abdi dari menjadi hamba penjajah." Seolah-olah begitulah jeritan orang-orang Sulu yang dianggap Dajjal oleh Spanyol, Belanda dan British itu.
Hari ini masyarakat Kepulauan Sulu Utara bangga diri mereka dinamakan sebagai PINOY yang bermaksud Rakyat Filipina. Walhal semua kepulauan tersebut dinamakan Kepulauan Sulu Utara adalah kerana Sulu telah wujud lama lebih awal berbanding zaman kolonialis yang baru tiba awal abad ke-15. Maka jangan hairan orang Sulu tidak mahu dipanggil "Orang Filipina" malah panggilan "Orang Moro" pun orang-orang Sulu tidak mahu dipanggil kerana yang memanggil dengan nama tersebut ialah Spanyol.
Sesetengah orang Islam Sulu tidak kesah dipanggil "Moro" malah berbangga dengannya kerana dianggap sebagai Bangsa Pejuang. Wal hal sekiranya diperhalusi, istilah Moro tersebut diambil dari nama Maurice di Andalusia. Setelah kekalahan orang Maurice di tangan Spanyol, mereka hijrah ke Maghribi dan dipanggil hari ini dengan nama "Morocco" atau bermaksud Negeri Orang Moro. Kolonial Spanyol sangat suka menggelar Tausug dan Maguindanao sebagai Moro sejak kedatangan mereka. Mengapa hal ini berlaku?
Bangsa Indio (Orang asli yang bukan Islam) Filipina, mereka samada berbangsa Ayta mahu pun Dayak. Tausug memanggil mereka Bisaya atau pun Dayak.
ANTARA INDIO & MORO
Sekarang penulis akan dedahkan maksud atau konotasi INDIO dan MORO itu dari kacamata kolonialis yang datang ke Nusantara. Agar dengan demikian kita dapat mengenali seterusnya menjadi pengetahuan am kita bersama.
Suatu laporan Spanyol dari Manila dalam tahun 1572, yang melaporkan,
"... agak pasti bahawa penduduk asal Pulau Luzon ini, yang dipanggil oleh orang Spanyol sebagai MORO, bukanlah begitu sebenarnya, kerana mereka itu tidak mengetahui atau memahami hukum MAHOMA, hanya di setengah-setengah kampung yang terletak di tepi pantai penduduk-penduduknya tidak makan babi, dan ini pun kerana mereka itu berurusan dengan orang Moro dari Brunei, yang telah mengajar mereka sedikit sebanyak tentang ajaran MAHOMA." [01]
Mahoma bermaksud Muhammad SAW, Istilah Moro itu dirujuk sebagai orang yang menganut ajaran Muhammad SAW iaitu Islam, dan kenyataan bersambung lagi,
"Dalam masa itu, penduduk yang tidak begitu tebal imannya dan meninggalkan ibadah dan mereka yang jelas bukan penganut Islam, digelar "Indio" oleh Spanyol. Sungguhpun memang telah tersebut lebih awal dalam rekod-rekod Spanyol bahawa penduduk yang pagan itu dipanggil "Indio", namun istilah ini dari semasa ke semasa membawa maksud penduduk-penduduk Nusantara yang telah dikristiankan." [02]
Luka para penjajah tidak dapat dipulihkan di Sulu dan Mindanao kerana kekuatan Tausug yang tidak dapat dikalahkan mereka sehingga kedatangan Amerika Syarikat. Kesan dari berterusan melawan penjajah, Sulu yang dihuni Tausug terjual secara konspirasi tanpa disedari.
kenyataan di atas telah menjelaskan istilah Moro dan Indio dan konotasinya. Negara Spanyol dan Belanda dihuni oleh bangsa serumpun. Bahasa mereka pun adalah sama tinggal lagi punya dialek atau slanga yang berbeza. Penggunaan INDIO Spanyol dan Belanda sebenarnya adalah sama dari segi maksud. Nampaknya Indonesia kena belajar dari sejarah Sulu dan Mindanao yang walau pun mereka digelar Moro tetapi sebahagian besar mereka menolak penggelaran Moro, kecuali mereka yang telah terikut dengan "program" konspirasi antarabangsa yang mahu menghilangkan identiti mereka secara keseluruhan.
Rakyat Sulu hari ini sepatutnya bersyukur, sekali pun penggelaran Moro itu hampir-hampir diakui oleh mereka seperti kewujudan MNLF & MILF namun kumpulan lain datang meperjelaskan kepada mereka bahawa Moro itu bukanlah asal mereka, ia hanya digunakan sebagai alat pemecah belah dan menghilangkan identiti mereka agar terus dikuasai dan terjajah.
Dari satu segi memanglah Moro itu bermaksud Orang Islam, tetapi sedarkah kita mengapa Spanyol menggunakan istilah Moro yang akhirnya menjadi sebagai ejekan? Tarian Moro-moro di Luzon telah membuktikan hal ini. Tarian moro-moro ditarikan oleh penari yang memasang ekor-ekor di belakangnya sebagai ejekan kepada Muslimin Sulu dan Mindanao. Sekiranya kita perhalusi, ejekan mereka berasas kerana orang Morocco itu setelah memerintah lebih 800 tahun di Andalusia akhirnya mereka tercirit-cirit lari menyeberangi lautan menuju ke Maghribi kerana berjaya dikalahkan oleh Spanyol secara dayus.
Anggapan kepada orang Moro Andalusia yang lari secara dayus dan dibunuh secara beramai-ramai oleh Spanyol termasuk bayi-bayi mereka dicincang menunjukkan maksud sebenar gelaran Moro itu kepada Tausug dan Maguindanao. Sulu dan Mindanao dianggap seperti orang Moro di Spanyol iaitu orang Islam dayus yang melarikan diri setelah diperangi. Buktinya Luzon, Cebu dan kepulauan lain yang sebelum ini dibawah kekuasaan Muslimin Sulu dan Mindanao telah berjaya dirampas oleh Spanyol sebagaimana mereka berjaya merampas semula Andalusia-Cordova itu dari tangan orang Moro. Ini menguatkan lagi tanggapan mereka bahawa orang Islam Sulu dan Mindanao persis seperti orang Moro dayus di Maghribi.
Tausug melawan Amerika Syarikat sehingga diri sendiri terbunuh. Mereka tidak mahu jadi seperti Moro di Andalusia yang membiarkan diri dibunuh bersama bayi oleh kafir, sebab itu mereka melawan dengan membunuh anak isteri mereka dahulu sebelum menyerbu Amerika di Bud Bagsak dan Bud Dahu 1913-1924. Hampir 2000 orang Tausug syahid menjadi saksi kepada dunia tentang kewujudan bangsa mereka di Sulu yang berdaulat.
Akhirnya orang Sulu dan Maguindanao tidak mengakuinya oleh sebab itu mereka sanggup bertumpah darah malah menyerbu kekuasaan Filipina dengan mencolek bangsa Indio dan menjualnya ke seluruh Nusantara demi mempertahankan wilayah mereka sehingga akhirnya tidak berjaya ditakluk Spanyol sampailah kedatangan Amerika Syarikat. Spanyol gagal mengekang orang-orang Sulu dari merompak dan menjahanamkan wilayah kekuasaan mereka sehingga seluruh kepulauan Filipina yang dikuasai Spanyol hidup dalam ketakutan diulit mimpi ngeri.
Jose Rizal ketika menulis bukunya yang bertajuk "Pelanunan" iaitu EL FILIBUSTERISMO menyatakan kesedihannya ke atas bangsanya iaitu Indio-Visaya-Tagalog di Filipina dibawah kekuasaan Spanyol telah hampir kering ditangkap oleh orang Sulu dijual kemerata-rata tempat di seluruh Nusantara. Itulah akibat kepada mereka yang menggelar Moro kepada bangsa Sulu. Mereka bukannya Moro tetapi orang Islam Sulu yang tidak mahu disamakan dengan KEDAYUSAN orang-orang Moro Maurice yang lari dari Andalusia.
ASREE
Nota kaki:
[01] Majul dalam Islam Di Filipina, m.s. 114-115, Ruj: Relation of the Conquest of the Island of Luzon, by Legazpi, m.s. 141-142.
Posted by DZULASREE @ Asree Sug on
Sunday, September 6, 2009
0
ulasan
Penulis ketika sedang mencari lagu-lagu Tausug dalam Youtube.com tiba-tiba terjumpa lagu lucu saudara Troy. Penulis terkejut kerana gambar dalam video tersebut semuanya sahabat-sahabat dari Kg Bahagia. Sebilangannya rakan-rakan mandi air laut dan menangkap ketam ketika dulu. Hehehehe!!
Penulis agak cemburu dengan kawan-kawan dalam video ni. Mereka majoritinya pandai mengalay dan sekarang aktif dengan persatuan kebudayaan di Sandakan. Tahniah buat kawan-kawan semua terutama bro. Troy yang menyanyikan lagi menarik ini.
Berikut pula adalah wanita-wanita Tausug Sandakan. Beberapa orang sememangnya penulis kenal termasuk Inda' May. Ada sahabat bertanya kepada penulis mengapa tidak berkahwin dengan wanita Tausug yang cantik dan menawan itu. Penulis katakan orang yang paling sesuai memperisterikan wanita Tausug ialah orang luar kerana untuk meluaskan perjuangan TAUSUG demi kemerdekaan Sulu di masa-masa akan datang.
Penulis sendiri berkahwin dengan wanita Jawa, saudara Neldy Jolo berkahwin dengan wanita Melaka manakala saudara Aliazer berkahwin dengan wanita muallaf dari bangsa Visaya di Zamboanga, saudara Julnain (sekarang bekerja di KDN Putrajaya) berkahwin dengan wanita Melayu Perak, Cikgu Hatta berkahwin dengan wanita Sungai dari Sugut, saudara Mohd Dikra pula berkahwin dengan wanita Melanau Sarawak dan ramai lagi sahabat-sahabat Tausug penulis majoritinya kahwin dengan wanita luar. Guru penulis iaitu Ustaz Hj Abd Halim Abbas sendiri berkahwin dengan wanita muallaf dari suku kaum Dusun Sabah. Telah menjadi budaya para pejuang memperisterikan kaum lain di luar kaumnya untuk perkembangan zuriat yang lebih "power" dan unggul. Inilah galakan perkahwinan dalam Islam.
Ayah penulis berbangsa Tausug Buranun manakala ibu pula dari Suku Kaum Bajau Balangingi, satu percampuran etnik yang berbeza akan menghasilkan zuriat yang insyaAllah dapat menggegar dunia. Sahabat-sahabat penulis kebanyakannya berkahwin dengan orang luar bukan dengan wanita Tausug. Penulis sendiri pernah menyarankan kepada orang tua-tua Tausug untuk bersedia anak-anak perempuan mereka dikahwinkan dengan lelaki Melayu dari Semenanjung Malaysia, Brunei dan Indonesia. Sesiapa yang berkenan sila emailkan nama dan alamat ke email penulis. Ada berani?
Lagu Tausug ini penulis dedikasikan buat Pulau Basilan dan penghuninya. Pulau Basilan adalah permulaan kepada Bangsa Tausug Taguimaha.
Keluarga penulis berasal dari Pulau Basilan, Sulu. Satu kampung yang dinamakan Bana' adalah tempat ayah penulis dilahirkan. Menurut keluarga penulis, Bana' mempunyai pantai berpasir yang cantik. Sekiranya air laut surut mereka akan turun ke pantai mencari makanan laut (managat). Kampung Bana' diasaskan oleh moyang penulis bernama Elaji bin Ubba' yang dibelinya dari tuan tanah berbangsa Yakan.
Pernah suatu hari, sekumpulan bangsa Yakan datang untuk merampas tanah Bana' itu semula dari Elaji kerana kononnya kawasan tersebut adalah milik bangsa Yakan bukan Tausug dari Jolo. Elaji telah menunjukkan bukti pembelian tanah tetapi kumpulan Yakan itu masih berkeras minta dikembalikan tanah tersebut. Maka berlakulah pertempuran antara keluarga Elaji dengan kumpulan Yakan tersebut yang akhirnya Elaji berjaya menumpaskan mereka.
Menurut datuk penulis (Muhammad Salleh bin Elaji), ayahnya (Elaji) adalah seorang hulubalang Sultan Sulu yang rapat dengan istana dari Sultan Jamalul Kiram II hingga Mawallil Wasit Kiram. Ketika Datu Paduka Mat Salleh datang ke Jolo untuk meminta bantuan kepada para Datu dan Panglima memerangi British, Elaji antara salah seorang yang menawarkan diri. Beliau sebenarnya adalah berasal dari keluarga para Datu di Mou' Bu' (satu tanjung di Buansa yang dijadikan perkampungan para Datu) dan beliau salah seorang hulubalang yang selalu menyertai peperangan di mana-mana termasuk ke Borneo.
Menurut Ayah penulis, Elaji adalah seorang yang berkulit putih kemerahan dan berbadan kecil agak tegap serta tidak begitu tinggi. Beliau termasuk bangsawan dari kalangan keluarga Datu di Mou' Bu' yang terkenal sebagai "pagkausugan" (kejantanan atau kebal). Suatu hari ketika sedang berlaku cabar-mencabar antara dua orang Tausug tentang siapa yang kebal antara mereka tiba-tiba Elaji muncul di tengah-tengah mereka merampas pisau lalu menghiris lengannya sendiri sekuat tenaga sambil berkata,
"Yari in pagkausugan!! Bukun maglatahan way guna!!" (Inilah kejantanan!! Bukan melatah dengan bercakap tiada guna!!) Menyebabkan orang ramai bersurai dari tempat kejadian.
PANGGILAN JIHAD OLEH MAT SALLEH
Setelah kedatangan Datu Paduka Mat Salleh ke Buansa (Jolo) dengan membuat panggilan jihad kepada para hulubalang Tausug untuk memerangi kedajjalan Inggeris di Borneo, telah bermula fasa baru dalam kehidupan Elaji. Menurut ayah penulis, Elaji ketika itu belum berkahwin dan masih muda belia. Beliau mengikuti rombongan perang Tausug dari Buansa (Jolo) menuju ke Sugut, Sandakan mengikut Datu Paduka Mat Salleh. Perjalanan mereka sebelum sampai ke Sugut telah melalui kepulauan Tawi-Tawi kemudian ke Sungai Kinabatangan. Menurut Ayah penulis, dari Lahad Datu hingga ke Sungai Kinabatangan memang telah dihuni oleh majoriti Tausug dan Bajau malah sehingga ke Sandakan seterusnya ke Sungai Sugut masih dikuasai oleh Tausug ketika itu.
Ketibaan hulubalang Tausug dari Buansa disambut meriah oleh Tausug di Sungai Sugut dan tidak lama kemudian berlakulah banyak pertempuran antara Datu Paduka Mat Salleh dengan kompani Inggeris ketika itu. Menurut ayah, kekuatan pasukan Mat Salleh ialah berpunca dari kumpulan Tausug dari Buansa yang diimport bergabung dengan Tausug di Sungai Sugut dan Kinabatangan.
Dalam catatan sejarah, pasukan Mat Salleh turut disertai oleh pahlawan dari kaum Iranun dan Bajau Balangingi kerana mereka ini adalah juara di laut yang sangat handal. Malah kumpulan pahlawan dari suku kaum Tidung di Tawau dan Lahad Datu turut menyertai Datu Paduka Mat Salleh memerangi Kompani Inggeris ketika itu. Hal ini menjadi bukti mengapa Inggeris dengan kekuatan modennya gagal menumpaskan Datu Paduka Mat Salleh sehingga membawa kepada perjanjian damai yang diminta oleh Inggeris sendiri.
Menurut sejarah, Kompani Inggeris terpaksa meminta perdamaian dengan Datu Paduka Mat Salleh dengan melupakan segala tuduhan terhadap Datu tersebut sebelum ini (beliau dituduh bertanggungjawab ke atas pembunuhan dua orang Dayak Lotud yang berniaga rotan di kawasan pemungutan cukai Mat Salleh). Kompani Inggeris tidak sanggup lagi berdepan dengan kerugian yang tidak munasabah kesan dari peperangan dengan Mat Salleh. Inggeris juga merasakan kerugian lain yang sukar ditebus ialah Mat Salleh semakin mendapat dokongan dari semua lapisan masyarakat Lotud dan Murut sudah tentu akan memusnahkan masa depan Kompani British di masa-masa akan datang di bumi Borneo Utara.
KEPAHLAWANAN APO' ELAJI
Menurut cerita datuk kepada ayah penulis, Elaji ketika datang dari Buansa ke Sugut beliau hanya membawa sebilah Barung kecil bersamanya. Beliau tidak suka membawa Barung besar kerana baginya barung yang besar dan panjang hanya untuk lelaki berbadan besar dan tinggi sedangkan beliau sendiri tidak mempunyai saiz badan seperti itu. Beliau juga berpandangan, Barung yang besar dan panjang hanya untuk orang penakut.
Telah menjadi kehairanan kepada penulis bagaimana Elaji boleh berperang dengan hanya bersenjatakan Barung sekecil itu. Ayah penulis menyatakan bahawa Elaji adalah seorang ahli Barung sekali pun bertubuh kecil. Ketika dalam peperangan beliau hanya membawa dua perkara iaitu Barung kecil dan sebatang Pakaw yang dipegang erat di sebelah tangannya. Pakaw ialah sejenis kayu penampan yang mudah dipegang berbanding Taming yang besar dan bulat.
Suatu hari, kumpulan Elaji telah berjaya menyerang hendap sekumpulan besar tentera Kompani Inggeris yang sedang dalam perjalanan memburu Mat Salleh. Berlakulah pertempuran sengit antara kedua belah pihak. Oleh kerana Inggeris tidak sempat melepaskan banyak tembakan maka yang sempat mereka buat ialah mencabut pedang sahaja. Untuk beradu pedang dengan ahli pedang Inggeris tidaklah semudah yang disangkakan. Elaji terpaksa memberi peluang kepada tentera Inggeris untuk menetak belakangnya terlebih dahulu untuk memudahkan beliau masuk seterusnya memutuskan tali perut dengan Barung kecilnya. Menurut ayah adalah menjadi kegemaran Elaji untuk memberi peluang kepada Inggeris menetak belakangnya yang tidak lut oleh besi itu untuk memudahkan dirinya menetak ke dalam memutuskan apa sahaja dengan Barung kecilnya.
Kekalahan akhirnya tertimpa ke atas pihak Kompani Inggeris, mayat mereka bergelimpangan merata-rata. Entah bagaimana pada ketika itu Elaji telah mendapat sebilah Keris yang menurut ayah penulis mungkin dihadiahkan oleh salah seorang sahabatnya atau pun dibeli setelah sampai ke Sugut. Elaji mengangkat dua orang mayat Inggeris dan meletaknya di atas batang balak secara bertindih lalu menetaknya dengan keris barunya sehingga mayat Inggeris terputus dua. Maka sejak itu Elaji menyimpan keris tersebut dan menamakannya TIMBANG DUA sempena menetak dua orang mayat Inggeris tersebut.
PERISTIWA SEBELUM ELAJI MENETAP DI SUGUT
Peristiwa kekalahan Inggeris di tangan pasukan Elaji menjadi buah mulut orang-orang Sugut. Peperangan semakin berlanjutan antara Inggeris dan Mat Salleh. Penulis tidak dapat maklumat samada Elaji ikut serta dalam peperangan Mat Salleh dengan Inggeris di Ranau dan Inanam. Apa yang pasti ialah Inggeris memohon perdamaian dengan Mat Salleh sehingga termeterai perjanjian damai antara Mat Sallaeh dengan Inggeris di Inanam.
Perjanjian Damai di Inanam antara Datu Paduka Mat Salleh dengan Kompani Inggeris telah menjadi masa rehat kepada hulubalang Tausug yang datang dari Buansa. Elaji mengambil peluang ini dengan menetap di Ulu Sugut dan berkahwin dengan salah seorang wanita dari suku kaum Sungai. Sebelum perkahwinan ini Elaji dikatakan menjadi antara salah seorang pelindung kepada kaum Sungai yang berada di Ulu Sugut. Menurut cerita, penghuni kampung di Ulu Sugut sentiasa diganggu oleh kaum Dayak Gunung. Kemungkinan adalah disebabkan ramainya Tausug yang menetap di Ulu Sugut ketika itu telah menimbulkan kerimasan kaum Dayak.
Menurut cerita, kaum Dayak ini dibela oleh Inggeris yang sebahagian mereka bekerja dengan orang Inggeris ketika itu. Hal ini menjadi isu kepada Tausug yang menetap sementara di situ yang kebanyakannya adalah tentera bantuan Datu Paduka Mat Salleh sendiri. Akhirnya Elaji dan sahabat-sahabatnya mengambil tindakan dengan menyerang kumpulan Dayak tersebut. Ayah penulis bercerita,
"Apo' Elaji menyorok di dalam belukar menunggu para penunggang kuda kaum Dayak melaluinya. Bila tiba masanya, Elaji melompat dengan tiba-tiba penerpa para penunggang kuda Dayak dan bergelut dengan mereka. Hal ini telah sampai ke pengetahuan ketua kaum Dayak ketika itu, tidak berapa lama kemudian datang kumpulan Dayak diketuai oleh seorang penunggang kuda yang handal mencabar Elaji. Cabaran beliau ialah sekiranya Elaji boleh menjatukan dirinya dari kuda maka Elaji menang dan kiranya beliau gagal maka kekalahan di pihak Elaji."
Ketika penulis bertanya pada ayah apakah yang menjadi pertaruhan mereka, ayah menyatakan bahawa beliau sendiri tidak tahu tentang pertaruhan. Penulis pasti ada pertaruhannya tinggal lagi apa yang menjadi pertaruhan itu tidaklah diketahui. Ayah penulis menyambung cerita,
"Ketua penunggang Dayak itu menyatakan selama hidupnya beliau tidak pernah dijatuhkan oleh mana-mana pahlawan sekali pun dari atas kudanya. Elaji menyampuk bahawa itu adalah orang lain bukan dirinya. Maka peraduan pun telah berlaku antara Elaji dan penunggang kuda handal tersebut yang menjadi tontonan kedua belah pihak. Akhirnya dengan hanya melakukan beberapa gerakan Elaji berjaya menumpaskan si penunggang kuda yang handal tersebut dengan cara yang sangat memalukan. Kemenangan memihak kepada Elaji dan orang-orang kampung Ulu Sugut sehingga beliau di gelar SUMAGPI'. Sebenarnya mereka tidak mengetahui baha Elaji itu ketika di Mou' Bu' beliau adalah seorang bangsawan (keluarga para Datu) yang sangat handal menunggang kuda, inilah rahsia kemenangannya."
Sejak itu orang-orang Ulu Sugut memanggilnya SUMAGPI' bermaksud "Si Pematah", samada mematahkan serangan atau mematahkan ego musuhnya itulah maksud SUMAGPI'.
Salah satu peristiwa yang hampir meragut nyawa Elaji ialah ketika beliau sedang menjala ikan di Sungai Sugut. Beliau dengan ditemani seorang sahabat menaiki sampan di tebing lubuk buaya untuk menjala. Satu ketika jala mereka tersangkut. Mereka bertungkus lumus menarik agar terlerai sangkutan jala tersebut tetapi gagal. Elaji pun mengambil keputusan menyelam untuk meleraikan sangkutan jala tersebut. Rupa-rupanya jala tersangkut di badan seekor buaya yang sangat besar, tetapi Elaji tetap mahu dapatkan jalanya.
Sahabatnya menyarankan agar melepaskan sahaja jala tersebut di situ dan pulang sahaja ke rumah. Tetapi Elaji enggan dan beliau mengambil keputusan menyelam semula untuk leraikan sangkutan jala di badan buaya tersebut. Penulis berpandangan Elaji mengambil keputusan berani itu pertamanya adalah disebabkan maruah, keduanya adalah kemungkinan jala tersebut dipinjam dari orang lain yang beliau sudah tentu berjanji untuk mengembalikannya. Tausug sangat berpegang kepada dua perkara ini, maruah dan janji, kerananya boleh menyebabkan pertumpahan darah. Ayah penulis bercerita,
"Beliau mula menyelam dan perlahan-lahan membuka jala yang tersangkut di badan buaya tersebut. Tiba-tiba buaya tersebut tersedar lalu membahamnya. Sahabatnya yang berada atas perahu mula risau dan ketakutan kerana Elaji masih tidak timbul-timbul malah telah berlaku sesuatu yang ganas dalam sungai tersebut. Elaji menceritakan, ketika beliau dibaham di perut beliau terus dibawa menyelam ke satu tempat yang bersuhu hangat dan beliau hairan kerana boleh bernafas seperti biasa di tempat tersebut walau pun dalam air. Dengan kesempatan ini Elaji meraba tangannya mencari kedua mata buaya tersebut lalu mencucuk dengan jarinya. Buaya tersebut kesakitan bercampur terkejut tiba-tiba menggelupur dengan menggeleng-gelengkan kepala secara ganas sehingga Elaji terlepas dari mulutnya."
Ayah menyambung ceritanya bahawa Elaji berjaya terlepas dari mulut buaya lalu beliau naik ke tebing. Mengambil PIS SIYABIT (sejenis kain songket yang dipakai sebagai tenggolok oleh Tausug) lalu mengikat luka di perutnya kesan dari hirisan gigi buaya. Beliau menjerit kepada buaya tersebut bahawa beliau akan datang lagi berurusan dengannya. Elaji kembali ke rumah dan merawat dirinya. Selang beberapa ketika Elaji datang semula dengan membawa Barung dan Tombaknya ke lubuk buaya tersebut dengan tujuan membunuh buaya yang membahamnya tempo hari. Kebetulan buaya tersebut sedang bersantai di satu tebing,
"Wahai buaya, saya datang untuk berhitung dengan mu hari ini. Bersedialah kamu mempertahankan diri mu dari Barung dan Tombak ku ini. Adakah kamu betul-betul buaya atau Apo' Dagu'an? Kalau kamu dari Apo' Dagu'an angkat tangan mu agar aku dapat melihatnya."
Menurut orang tua-tua Tausug, Apo' Dagu'an ialah buaya yang mempunyai lima jari. Mengikut lagenda Apo' Dagu'an mempunyai lima jari sama seperti manusia adalah kerana mereka asalnya adalah dari keluarga manusia sebelum menjadi buaya. Mereka tidak memakan manusia tidak seperti buaya yang lain yang hanya ada empat jari. Ketika Elaji menyuarakan cabarannya tiba-tiba buaya tersebut mengangkat tangannya menunjukkan lima jari. Ketika itu Elaji memahaminya dan meninggalkan buaya tersebut.
ELAJI BERKAHWIN DAN KEMBALI KE BUANSA
Tidak lama kemudian Elaji berkahwin dengan seorang wanita tempatan di Ulu Sugut. Ketika sang isteri mengandung anak pertama mereka Elaji telah mendapat peluang untuk kembali ke tempat asalnya Buansa. Tidaklah dapat dipastikan apakah sebab musabab beliau tiba-tiba mahu kembali ke Buansa. Beliau tidak dapat membawa isterinya ketika itu adalah disebabkan tengah sarat mengandung anak pertama mereka. Merentas lautan dengan kapal layar zaman 1900-an ketika itu bukanlah mudah bagi wanita yang sedang sarat mengandung.
Dalam hal ini penulis mempunyai dua teori mengapa beliau bergegas kembali ke Buansa. Ayah penulis menceritakan Elaji begitu terdesak untuk belik ke Buansa seolah-olah ada perkara yang terjadi ketika itu. Kalau tidak masakan beliau tinggalkan isterinya yang sarat mengandung begitu sahaja tanpa sebab musabab yang mendesak. Berikut ialah teori penulis,
Teori Pertama: Kemungkinan besar Elaji telah mengambil keputusan kembali ke Jolo secepat mungkin kerana kedatangan Datu Paduka Mat Salleh ke Ulu Sugut dalam keadaan cedera selepas berperang dengan Inggeris di Tambunan dalam tahun 1900. Perlu difahami, perjanjian damai Mat Salleh dengan Kompani British hanya bertahan selama lebih kurang setahun selepas perjanjian tersebut dimeterai. Dalam masa tersebut Elaji dan sebahagian hulubalang Tausug menetap di Ulu Sugut sedangkan Mat Salleh duduk secara aman di Tambunan. Ketika peperangan kali kedua Mat Salleh di kubu terakhirnya di Tambunan, hulubalang Tausug kesemuanya berada di sepanjang Sungai Sugut yang sukar dipanggil untuk membantunya memerangi Inggeris di Tambunan ketika itu.
Menurut laporan Datu Mat Salleh berjaya membolosi kepungan Inggeris dengan kecederaan yang dialaminya kemungkinan besar telah menuju ke Ulu Sugut. Sesampai di Ulu Sugut Elaji dan Tausug lain meninggalkan Ulu Sugut membawa Datu Mat Salleh yang cedera terus menuju ke Pulau Basilan. Sehingga sekarang terdapat nama TAMBUNAN di Pulau Basilan yang hingga hari ini dikaitkan dengan Datu Paduka Mat Salleh. Hal ini penulis boleh kaitkan kerana Elaji yang berasal dari Mou' Bu' (Tidak jauh dari Buansa, Jolo) mengapa terbeli tanah di Bana' Basilan. Beliau berperang dengan kaum Yakan yang mahu merampas tanah Bana' dari tangannya mendapat kemenangan menumpaskan serangan Yakan kemungkinan dibantu oleh hulubalang yang datang bersamanya dari Ulu Sugut.
Elaji menetap di Bana' dan berulang alik ke Mou' Bu' dan berkahwin lagi dengan seorang wanita Tausug di sana. Isteri kedua ini melahirkan ramai anak di Bana' antaranya datuk penulis yang dinamakan oleh Elaji dengan Muhammad Salleh sempena nama Datu Paduka Mat Salleh. Beliau mengatakan,
"Nalawa' na in Muhammad Salleh, bihaun danglayun ku in anak ku kan Muhammad Salleh" (Mat Salleh telah hilang, maka aku gelarkan anak ku ini dengan nama Muhammad Salleh)
Teori kedua: Elaji bergegas ke Sulu kerana kedatangan Amerika Syarikat yang telah menimbulkan polemik dikalangan para Datu dan Kesultanan. Hal ini tentunya telah sampai ke pengetahuan orang-orang Tausug yang tinggal di Sugut. Panggilan jihad oleh para datu dan ulama di Sulu menyebabkan Elaji tidak berfikir panjang kembali ke Sulu kerana keluarganya berada tidak jauh dari Buansa yang telah dimasuki oleh Amerika Syarikat itu.
Bila beliau sampai ke Sulu kemungkinan besar beliau sangat kecewa dengan politik para datu dan para bangsawan Tausug yang lebih banyak memihak kepada musuh. Meletusnya perang Bud Bagsak dan Bud Dahu antara 1913 - 1924 sebenarnya menjadi kehibaan para Datu dan Tausug kerana ribuan Tausug dan para datu mereka dibunuh oleh Amerika Syarikat secara kejam. Bagi para Datu yang tidak menyokong Amerika Syarikat kemarahan mereka tidak akan menghasilkan apa-apa kerana AS mempunyai ketenteraan Laut dan Darat yang mustahil dapat dikalahkan oleh Muslimin Tausug. Ditambah lagi dengan ramainya Tausug yang memihak kepada Amerika Syarikat di Sulu menyebabkan kebencian Elaji sehingga beliau mengambil keputusan berhijrah dari Mou' Bu' menuju ke Basilan lalu membeli tanah di Bana'. Lokasi Bana' kalau dilihat sebenarnya mengadap ke Laut Sulawesi, mempunyai pantai yang cantik dan indah.
Sehinggalah datuk penulis dilahirkan dengan dinamakan Muhammad Salleh sempena nama Datu Paduka Muhammad Salleh (Mat Salleh) di Borneo Utara.
PESAN APO' ELAJI KEPADA MUHAMMAD SALLEH
Apo' Elaji ketika hayatnya sangat menitikberatkan Solat fardhu kepada anak-anaknya. Pengajian Al-Quran di rumah kepada anak cucunya begitu diambil berat. Apo' Elaji fasih berbahasa Melayu (adalah kerana pergaulannya dengan orang Melayu Brunei di Sandakan). Ayah penulis menceritakan Apo' Elaji selalu menegur anaknya Muhammad Salleh yang ketika itu adalah pemuda yang sangat nakal agar mempelajari agama kepada guru-guru alim. Menurut Apo' Elaji sesiapa yang meninggalkan Solat maka mereka telah meruntuhkan Islam. Antara pesanan Apo' Elaji lagi,
Jangan belajar dan mengamalkan Ilmu Sihir kerana ia akan menjauhkan kalian dari agama seterusnya jauh dari keampunan Tuhan. Suatu hari Muhammad Salleh (datuk penulis) bertanyakan kepada Ayahnya (Elaji) berkenaan ilmu kebal dan mahu belajar tentangnya. Elaji kemudian menunjukkan satu gulungan kertas yang diikat rapi di satu sudut rumah dan mengatakan bahawa itulah ilmu yang dia mahu. Ia adalah ilmu yang tiada guna yang dia sendiri telah melepaskannya. Menurutnya ilmu kebal sebenar ialah medalami Tauhid dan mengikuti sunnah Rasul SAW. Sejak itu Muhammad Salleh mula mempelajari agama Islam sehingga beliau menjadi pendakwah dan Imam kampung yang disegani di Pulau Basilan.
Elaji meminta Muhammad Salleh pergi ke Sandakan dan Sugut mencari saudaranya (anak isteri pertama Elaji). Beliau meminta juga kepada Muhammad Salleh kalau mahu mencari ibunya (ibu tiri) sebut sahaja nama SUMAGPI' mereka akan tunjuk jalan menuju ke rumah ibu tirinya. Ketika tahun antara 50 hingga 60-an Muhammad Salleh telah sampai ke Sandakan dan terjumpa dengan saudara tunggal dari ibu tirinya dari Sugut bernama Hj Sugung bin Elaji. Malangnya hingga hari ini keluarga Hj Sugung tidak dapat dihubungi lagi kerana faktor kemasukan Sabah ke Malaysia dan Jus Soli.
KAJIAN SEJARAH ALTERNATIF: Teori, analisis, cerita benar, tradisi lisan, antro-linguistik dll dalam membongkar rahsia bangsa SEBELAH TIMUR NUSANTARA.
Sila ADD Tuan Blog
Grafik Ihsan http://www.alltausug.co.cc/
Grafik Ihsan http://www.alltausug.co.cc/
Grafik Ihsan http://www.alltausug.co.cc/
PERNAHKAH ANDA TERFIKIR BAGAIMANA BANGSA SULUG YANG HANYA DUDUK DI SEBUAH PULAU KECIL TAPI DAPAT MENGUASAI ASIA TENGGARA KETIKA DULU? Rujuk kenyataan Al-Mas'udi, Al-Idrisi dan para ahli sejarah Arab lain abad ke-9.
FAKTA AL-BIRUNI & AL-MAS'UDI
"Pulau-pulau sebelah timur di lautan ini (Laut Champa), yang lebih dekat ke China dari India, adalah pulau Zabaj, yang disebut oleh orang Hindu, Suvarnadvipa, iaitu pulau-pulau emas ... kerana anda boleh mendapatkan banyak emas sebagai wang modal jika anda mencuci hanya sedikit dari bumi negara itu."(Al-Biruni, 1030 M)
"Di lautan Champa (timur Laut China Selatan) adalah tempat kerajaan Maharaja, raja kepulauan, yang berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung. Bahkan kapal yang paling cepat pun tidak dapat menghabiskan dalam masa dua tahun melawat mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah kekuasaannya. Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah-rempah dan aromatik, dan tidak ada kerajaan lain berdaulat di dunia ini sebagaimana kekayaannya yang banyak menguasai tanah."(Al-Mas'udi, 943 M)
AHLI BARU TGM
ILIGAN CITY, MINDANAO.
ZAMBOANGA CITY, SULU.
Tausug Global Bulletin
Lihat PELUKIS TAUSUG
Translator Bantuan
Kedudukan Sebenar!!
In LAUREL VS. MISA, 44 O.G. 1176, the Philippine Supreme Court said that,
“The absolute and permanent allegiance of the inhabitants [TAUSUG CITIZENS] of a territory [SULTANATE OF SULU] occupied by the enemy [FILIPINOS OF REPUBLIC OF THE PHILIPPINES] to their legitimate government [SULTANATE OF SULU GOVERNMENT]
or sovereign is not abrogated or severed by the enemy [PHILIPPINE] occupation, because sovereignty of the government or sovereign de jure [SULTANATE OF SULU] is not transferred thereby to the occupier [FILIPINOS OF THE PHILIPPINES], and if it is not transferred to the occupant [FILIPINOS], it must necessarily remain vested in the titular government [SULTANATE OF SULU].
What may be suspended is the government [SULTANATE GOVERNMENT] of the territory [SULTANATE OF SULU] occupied by the enemy [FILIPINOS] which passes temporarily to the occupant [PHILIPPINE GOVERNMENT].
And, since sovereignty itself is not suspended and subsists during the enemy [PHILIPPINE] occupation, the allegiance of the inhabitants [TAUSUGS] to their legitimate government [SULTANATE OF SULU GOVERNMENT] or sovereign, SUBSISTS and therefore,
there is no such thing as suspended political laws of the occupied territory [Sultanate of Sulu] are suspended or held in abeyance during the military occupation [by the Philippines] is a rule intended for the government of the civil inhabitants [civilian Tausugs] of the occupied territory [Sultanate of Sulu] and DOES NOT BIND THE ENEMIES [Tausugs of Sultanate] AT WAR".
Rujuk/see: Ruffy, et al. vs. Chief of Staff, 75 Phil. 875.
Membongkar keturunan Queen Elizabeth dan Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo serta Sultan Bolkiah kononnya berbangsa Tausug? Klik foto untuk mengetahuinya!!
Fakta: Analisis Akhir Zaman
Satu analisis beserta bukti sejarah. Diulas oleh Neldy Jolo dalam ruangan komen. Klik untuk mengetahui kebenarannya!!
"The most revealing recent book on the subject of the Moro race or the Tausug, and the Sulu Sultanate. It takes the readers through the entire period: from the early Muslim travelers who broght Islam to the region, to the Spanish Conquistador, to Marco's era, to the Philipine's claim on Sabah today.
The reader is taken on an intriguing path of discovery - on the little known as second heir to the Sulu Sultanate, and in a nutshell, a proposed solution to the 'Moro problem'. You will find this book special and very different!"
Ini Dia Aplikasi Chat Android Terbaik
-
Di waktu dulu sistem operasi yang popular pada ponsel adalah hp java dan
symbian, namun saat ini sahabat juga tentu sudah tahu sistem operasi
Android lah y...
THE CRAFT CAN CAPTURE IT
-
*THE CRAFT CAN CAPTURE IT*
*By Neldy Jolo*
Oh well I got an angry email to begin my day
Because of my last post on the Jabidah thing yesterday
*Galit sa ak...
WHISPERING BALI
-
*Neldy Jolo*
I have wanted to visit Bali before it became known after the bombing. The
month August just started and it as month of Ramadhan, the fasting ...
SURAH ADDUHA"
-
ÙˆَالضُّØَÙ‰
Sapahan ku bennal si waktu (duha) paangkat ne in mata ellew
ÙˆَاللَّÙŠْÙ„ِ Ø¥ِذَا سَجَÙ‰
Duk bennal teed in sangem hinek duk saplag ne in lindem nen...
Introduction & Pre-thought
-
*Indaginislangan*: A Melange of Thoughts and Feelings is a product of
discussion of both of us on how to spread the virus of peace in the realm
of literary...
15 years ago
Komen Tokoh:
1- "Sejarah perjuangan satu bangsa dari rumpun Melayu, pulaunya kecil tapi hairan boleh menjadi satu empayar...."
YB Datuk Taufik Bin Abu Bakar Titingan
Pembantu Menteri Kewangan Sabah
(Merasmikan buku Tausug & Kesultanan Sulu di Auditorium Perpustakaan Tawau pada 26hb Ogos 2007)
----------------------
2- "Nak beli satu...ahaa, tak mengapa saya beli tiga...."
Datuk Seri Mohd. Ali bin Mohd. Rustam
Menteri Besar Melaka
Telatah ketika membeli 3 buah buku Tausug & Kesultanan Sulu di Dewan Masyarakat Sandakan pada 2007 (Pemilihan UMNO Kinabatangan).
----------------------
3- "Asree, bagi saya buku U lagi, baru boleh komen...."
Pak Habib, Syed Hussein Al-Attas
Penulis Buku Politik Tersohor
Asreemoro pernah memberi Pak Habib buku pada 2007.
---------------------
4- "Buku kamu boleh tahan bah...."
Bro Nazrey Johani (Raihan)
Penasyid & Pendakwah
-------------------- 5- "Menarik! Lebih menarik lagi penulisnya berbangsa Tausug, menulis buku ini dalam Bahasa Melayu...."
Yang Mulia Tuan SyedAbhoud Syed Lingga
Institute Of Bangsamoro, Cotabato, Mindanao.
Mantan Presiden ABIM ke-5
Saya ucapkan setinggi tahniah atas penulisan buku ini. Bagi saya yang telah mengikuti perjuangan Bangsa Moro sejak tahun 70-an lagi, setelah membacanya, kefahaman saya mengenai perjuangan suci Bangsa Moro semakin jelas. Fakta-fakta yang dikemukakan begitu meyakinkan. Kekeliruan mengenai siapa Sultan yang sah dan layak untuk menuntut kedaulatan Kesultanan Sulu juga terhurai dengan kajian yang susah untuk dipertikaikan.
Penerangan mengenai asal usul Bangsa Tausug sebagai bangsa majoriti di Kepulauan Sulu banyak membantu kefahaman mengenai pelbagai bangsa yang menghuni Kepulauan ini yang dinamakan Bangsa Moro oleh Penjajah Sepanyol.
Apa yang menarik dari buku ini ialah penulisan sejarah yang agak lengkap bagi sesiapa yang ingin mengkaji dan memahami perjuangan Bangsa Moro yang dikatakan sebagai perjuangan yang terpanjang dan yang paling berdarah umat Islam didalam sejarah penentangan Penjajah Barat.
Saya rasa buku ini harus menjadi bacaan wajib bagi sesiapa juga yang terlibat didalam sebarang usaha damai di Selatan Filipina. Kegagalan untuk memahami sejarah ini sebagaimana yang tercatit didalam buku ini, adalah suatu kesilapan besar, kerana nantinya penyelesaian tidak akan tercapai kerana kegagalan memahami sejarah dari perspektif pejuang.
Tahniah sekali lagi kepada Asreemoro kerana inisiatif yang membuka mata ini. Semoga ALlah ta'ala jua akan membalas segala usaha dan perjuangan saudara dalam mengangkat martabat Kesultanan Sulu.
Ikhlas,
Ahmad Azam Abdul Rahman Pengerusi, Future Global Network Foundation Kuala Lumpur, 7 April 2009
Nota: Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Pengerusi Future Global Network Foundation (FGN) dan Ahli Jawatankuasa Kanan dalam International Movement for a Just World (JUST), dan ahli Transparency International Malaysia. Pada bulan Disember 2007, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi kepada Commission for Social, Humanitarian and Solidarity Union of NGO’s of The Islamic World (UNIW). Presiden ABIM ke-5 (1997-2005).
Komen Dr Farid:
"For a comprehensive review of the history of the “Moro problem” and interesting insights into the Filipino claim on Sabah and related issues, I recommend that you read Tausug & the Sulu Sultanate by Asreemoro (Saba Islamic Media, 2008)".
"Although Malaysian, the author is of Suluk descent and understands the Moro people intimately. His research and the information he has provided are highly commendable, and he has presented his arguments well".
Dr Amir Farid Isahak
The founding president of Guolin Qigong Association Malaysia and former vice-president of the Malaysian Reiki Association
Komen Hj Zakaria
Aluan dalam Bahasa Inggeris: "Tausug & Kesultanan Sulu by Asreemoro. This book, written by a Tausug youth, is a must read for all 'Bangsa Sug" who understand English and Malay. This is one of the Moro feats we all can be proud of. What more to think that he's only equivalent to a high school graduate!"
Aluan dalam Bahasa Sulug: "In book ini subay bassahun iban pangadjian sin katan Bangsamoro makahati mag English iban mag Malayo. Hambuok ini dain ha manga kalabbiyan sin 'Bangsa Sug', bukun hadlangan in pagka kulang pangadji' pasal in sia ini bali 'high school graduate' da. InshaAllah, gumuwa' da in book ini ha bahasa Sug".
Hj Zakaria 'Kerry' Abdullah Bangsamoro Research Centre Kuala Lumpur, Malaysia.
Dari Ust. Hj Abd Halim Abbas
"Satu usaha mendedahkan sejarah panjang bangsa Tausug, tapi masih banyak yang tersembunyi dalam lipatan sejarah. Asri (Asreemoro) membongkar semuanya untuk tatapan generasi akan datang"
Ust. Hj Abdul Halim AbbasKedah
Biodata: Ust. Hj Abd. Halim adalah guru "perjuangan" kepada Asreemoro yang banyak membantu hingga terterbitnya buku Tausug & Kesultanan Sulu. Beliau adalah anak jati Negeri Kedah yang tidak asing lagi bagi mereka yang senantiasa mengikuti perkembangan jamaah dakwah Islamiyah di Malaysia.
Hari ini, beliau banyak meluangkan masanya di negeri Sabah memberi susulan dakwah kepada golongan mualaf masuk ke kampung-kampung bersama para sahabatnya. Beliau rapat dengan para pemimpin Tausug di seluruh Sabah dan senantiasa menekankan pentingnya PENDIDIKAN kepada anak-anak Tausug terutamanya pendidikan Al-Quran dan Sunnah. Tanpa pendidikan, generasi Tausug akan datang akan hanya menjadi debu berserakan diterbangkan angin dimana-mana iaitu kehancuran umat Tausug.
Dengan menggunakan pendekatan dakwah Imam Hassan Al-Banna iaitu dengan menyatukan semua golongan Muslimin yang mengaku Ahli Sunnah wal Jamaah, menepikan perbezaan pendapat dalam dakwah dan tarbiyah serta ibadah demi kesatuan Muslimin akhir zaman. Bagi beliau Muslimin akan dapat disatukan kekuatan dengan cara ini untuk menghadapi musuh-musuh Islam masa kini dan akan datang.
Dari Ust. Nazri Hussein
"...adalah sebuah buku yang hebat yang perlu kita baca. Merungkai satu kajian sejarah silam yang hampir dilupakan oleh generasi kini. Anda perlu tahu, segalanya terkandung di dalam buku Tausug & Kesultanan Sulu".
Ust. Nazri Hessein Guru Utama Perguruan Gerak Sejati (Puchong) http://nurul-haq.blogspot.com/
Biodata: Beliau adalah guru Tenaga Dalam Nusantara (Olah Nafas) kepada Asreemoro. Mempunyai ratusan murid di seluruh Semenanjung Malaysia dan pakar dalam Rawatan Alternatif. Beliau mahir dalam Ilmu Bekam, Akapungktur, Refleksology, serta pakar dalam ubat-ubatan herba merawat santau dan barah.
Dalam rawatan Alternatif beliau pernah belajar dengan Ustaz Harun Din serta berguru dengan berpuluh guru dari Malaysia hingga Indonesia. Kepakaran beliau dalam Ilmu Tenaga Dalam (Aura) terbukti dengan beribu pesakit Mistik/ganjil pulih ditangannya dengan izin Allah swt. Beliau mula membuka Klinik Rawatan di Puchong pada tahun 2005.
SMS Bersama Al-Habib Rizieq
SMS dari dalam Penjara POLDA, 16hb April 2009,
"...InsyaAllah dalam masa terdekat saya sudah boleh pulang ke rumah untuk kembali berdakwah, dan masa selanjutnya sudah boleh keluar negeri. Salam buat Tuan Sultan (Sultan Bantilan Muizzuddin II Aranan) dan segenap rakyat Sulu. Semoga Allah SWT senantiasa memberkahi Negeri Sulu dan menjadikannya sebagai Baldatun Thoyyibah. Amiiiin"
Ketika beliau diajukan dengan pertanyaan apa yang harus dilakukan untuk pendidikan dan pembelaan anak miskin yatim piatu dan para balu Sulu beliau membalas,
"...Itu masalah keumatan yang sangat penting. Kita akan pikirkan bersama untuk mencari jalan keluarnya. InsyaAllah akan datang pertolongan Allah SWT untuk membantu para janda & anak yatim serta fakir miskin di Sulu, termasuk masjid dan madrasah.
Kini yang penting, Sultan dan Rakyatnya wajib taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, wajib patuh kepada hukum Al-Qur'an & As-Sunnah, sehingga pertolongan Allah SWT mudah datang. Amiiinn"
"Untuk mendalami lagi isu Tausug yang ditohmah sebagai Pendatang Asing oleh pihak tertentu dan mengesahkan dakwaan bahawa Tausug adalah 'Anak Negeri' Sabah, saya membaca buku TAUSUG & KESULTANAN SULU karya Asreemoro.
Buku Versi SEJARAH MELAYU dan HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA ini ditulis oleh saudara Asreemoro mengikut gaya tulisan modern adalah penulisan semula buku sejarah mengikut sudut pandangan 'ex-parte' kerana ada kalanya anakronis dan menyimpang daripada fakta dan weelstenchauung.
Saya bangga dengan keberanian saudara Asree menulis buku berkenaan yang dibuat secara bersahaja berdasarkan fakta secara ex-parte dan bukannya secara ilmiah dan sudut pandangan seorang wartawan yang mengutamakan alibi dan bukti yang melampaui keraguan munasabah.
Buku Tausug & Kesultanan Sulu memberi natijah yang amat besar kepada sejarah modern terutama sangkutan kepada desakan politik Filipina sekalipun buku tersebut lebih kepada Sastera Sejarah yang dipapah turun daripada satu generasi kepada suatu generasi tanpa melalui ujian forensik dan pentarikhan radio karbon".
Wartawan UTC
"Tausug dan kesultanan Sulu book is a great masterpiece of a Tausug writer, who viewed history of the Tausug based on the past, present and little ingredients of the future of this brave people. its a springboard of reviving the almost lost race in the Nusantara. This book is trying to tell the people of the World the lost kingdom and its treasure. Everyone has the right to write history.
Even if it's Ex-parte at least it did tell the whole world about the 2nd heir of the Sulu Sultanate. This is the fact that the world must know.
It is the right of every Tausug Children to write their history. We don't want anymore other writer writing our history because most of them are biased.
Asreemoro well serve as model to all of us. His braveness to write this hot topic had opened the eye of all writers. Although he is not an academe, at least he is telling us what is the truth behind.
Sulu Sultanate issues and the truth about the plight of the Tausug in Malaysia and in the Philippines.
Aliazer Abd Rajim Al-Janjawi
Youth Organizer of Kg. Bahagia, Sandakan
Wartawan Borneo Post
"...anak Sabah yang berjaya sebagai kartunis di Kuala Lumpur. Beliau juga menghasilkan buku Tausug dan Kesultanan Sulu, yang mendapat sambutan membanggakan. Buku ini boleh menjadi bahan dokumentasi yang menarik, dan juga boleh menjadi bahan perdebatan akademik yang menarik. Buku ini merupakan sumbangan zulasree terhadap dunia perbukuan di negara ini".
Abdul Naddin
Wartawan Borneo Post
Wartawan UTC & Sejarahwan
"Dalam banyak buku sejarah Sulu yang telah saya telah baca, buku Asreemoro lah yang saya pernah baca sampai empat kali. Adalah disebabkan kandungannya yang tersirat adalah baru dalam dunia akademik yang benar benar membina minda dan perasaan para pembaca untuk mencari kebenaran dalam rahsia kesultanan Sulu dan warganya Tausug" Neldy Jolo Dalam Cbox 01hb April 2009.
Biodata Neldy Jolo:
Di samping fasih berbahasa Melayu dan Tausug beliau juga adalah pakar dalam Forestry. Telah mendapatkan Ijazahnya di Mindanao State of University, Marawi City. Menjadi Pensyarah selama 3 tahun (2004-2006) di Mindanao State University, sulu. Mengambil Masternya ketika mengajar di MSU Sulu (Master of Public Administration & Master of Science in Agriculture). Beliau aktif mengkaji sejarah Sulu semenjak di bangku sekolah lagi. Telah berjaya siapkan manuskrip/monograf tentang sejarah Sulu bertajuk SULU ARCHIPELAGO: The Islands of Pearls and the Wisdom Behind It.
Tulisan Nelson Dino @ Neldy
"Sulu has been part of international turmoil. Thus needs help to bring back the peak of calmness. When I was in Jolo, I told myself that I am one of the luckiest men in the world. Sulu is bitterly known as the “Island of the No return” and “No Man Island”.
Many people wanted to visit Sulu, especially Jolo because of the reputation as centre for international pearl trading it has for centuries. I am proud that somehow Jolo still lingered in the mind of the international community.
Asreesulu or Asreemoro contacted me then that he wanted to visit Sulu for sometimes because his ancestor was originated from here. I told him that “I can guarantee your safety” when will visit Jolo soon. I was actually afraid of what I told him because I cannot be sure of my words to him that “he is safe to visit Jolo.”
Still my trust and confidence to let him visit Jolo was surrendered to God. I knew that Tausug people are not that bad as ever known to the people who hate them. Tausug people are just wanted to be given justice but some are not doing good things and let their people be part of the criticism of others as “uncivilised people”.
I am strongly recommending Jolo, Sulu and other islands around it to be visited, not to give damn of the kidnapping here for I believe it is not the real natives here who facilitated this business. The Tausug people are just victim of the situation of the political, social, economical and cultural chaos. The Tausug people became the collateral of the Sulu people elite to serve the interest to own Sulu as their business assets.
What Tausug people are waiting for now is the shining armour that could serve as the buffer of evil that strikes Sulu for so long. Bring back the glorified memories of Sulu from the cradle of peaceful end to the present conflict and dilemma.
As I heard from a Tausug elder, he said “As long as the Bud Tumantangis still standing erect, no evil traits that can destroy and drown Sulu.” Thus Sulu’s memory of the past shall become the glory of the future!"
Nelson Dino @ NELDY http://theislandsofpearls.blogspot.com/
Dari Blog Mohd. Fazli
Laman ini merupakan karya Asreemoro @ Julasri Bin Hajan, seorang Warga Malaysia keturunan Tausug. Walaupun kelahiran Sabah, beliau tetap kental dengan semangat kebangsaannya (Sulu) dan tetap berjuang membebaskan Sulu (Selatan Filipina) daripada penguasaan 'tak sah' Republik Filipina dan pajakan tak berpenghujung Persekutuan Malaysia keatas sebahagian wilayah Kesultanan Sulu di Sabah.
Segala usaha yang baik demi keamanan dan kelangsungan Kerajaan Islam Sulu/Mindanau dan atas nama pembelaan anak-anak Sulu- Islam yang hidup melarat, Saya sokong.
Mari kita Ikuti wadah perjuangan beliau ini. Mungkin banyak info yang belum kita ketahui.
Mohd Fazli Warga Johor Darul Takzim
Komen Nur Danial
"Buku Tausug and the Sulu Sultanate tulisan anda terdapat beberapa fakta yang memerlukan pembetulan dan kajian selanjutnya. Alhamdulillah sekalipun anda bukan ahli akedemik tetapi telah berjaya menjadi pencetus kepada bangsa Tausug untuk bangkit menulis menyuarakan kebenaran yang selama ini tertimbus atas nama kesatuan Tausug dan Kesultanan Sulu".
Pensyarah Bahasa Melayu & Islamic Leadership di Western Mindanao State University, Zamboanga City.
Derma Jariah
Matlamat Kempen: Program "Mengajar Di Rumah" kepada anak-anak Tausug (Sulug, Bajau, Yakan, Kalibugan, Kagayan, dll) yang tidak mampu atau layak memasuki sekolah kerajaan, Program "Guru-guru Amal" secara sukarela dari mana-mana NGO. Memerlukan dana untuk perlaksanaan program.
Segala bentuk bantuan dan derma sila berhubung dengan tuan blog untuk keterangan selanjutnya. Tertera dibawah no akaun sementara. Sila emailkan resit transaksi setelah bank-in.
Kepada Umat Islam Malaysia!!
Pusat Tahfiz As-Syatibiyah
Satu-satunya pusat Tahfiz Al-Quran yang dikendalikan oleh ustaz Tausug di Kota Kinabalu. Pengambilan pelajar biasanya tidak melebihi dari 40 orang kerana keterbatasan ruang dan guru yang mengajar juga terbatas. Untuk membina pusat-pusat pengajian swasta seperti ini di seluruh Sabah memerlukan modal yang mencukupi untuk menyewa tempat/lokasi dan menampung guru-guru serta makan minum pelajar. Untuk menyumbang sila klik ke blog mereka http://as-syatibiyah.blogspot.com/
To Malaysian Muslim, Please!!
"...perkara rotan ini bukannya penyelesai masalah, malah menambah masalah, dengan merotan ribuan orang Sulu setiap tahun bermakna ribuan bakal 'musuh' akan terhasil?" - Dipetik dari buku Tausug & Kesultanan Sulu, m.s. 193.
"Generasi baru mereka perlukan pendidikan Agama atau Akademik sebab merekalah penentu masa depan bangsa ini. Rosaknya mereka maka negara yang menampung mereka akan turut rosak di masa akan datang".
Dipetik dari buku Tausug & Kesultanan Sulu, m.s. 8.
Tumpung Tausug
PENJELASAN:
Tumpung dalam bahasa Sug bermaksud tabung dalam bahasa Melayu, kata asalnya adalah TAMPUNG yakni menampung sesuatu. Kamahardikaan bermaksud kemerdekaan. Tabung ini telah dilancarkan oleh Council of Regents Sultanate of Sulu di Jolo, Sulu atau Rumah Bichara pada 17 Disember 2009.
Tujuan tabung dilancarkan adalah untuk menghimpun dana rakyat Tausug agar dapat menunjangi program demi program ke arah terealisasinya kemerdekaan Sulu darul Islam pada 2010 dan selepasnya. Pada masa sama Tausug dapat menyimpan wang sebagai simpanan masa depan mereka.
Tabung hanya terbuka untuk rakyat Tausug sahaja di seluruh dunia. Urusniaga menggunakan matawang dari alamat semasa penabung. Kalau mereka tinggal di Amerika Syarikat maka urusniaga menggunakan USD, demikian RM (Ringgit Malaysia), DS (Dollar Singapore), DB (Dollar Brunei), P (Peso Phil.) dll.
Dua Tabung: Tabung terbahagi 2,
Pertama: Tabung Kansiya. Maksud kansiya sendiri adalah tabung dalam bahasa Spanyol (el-Kansya). Council of Regents (Rumah Bichara) jadikannya sebagai jenis tabungan. Polisi Tabung Kansiya berbentuk tetap-bebas secara bulanan. Iaitu simpanan boleh dibuat setiap bulan serendah RM2 seorang tanpa mengira peringkat umur.
Jumlah simpanan pula bergantung berapa banyak yang hendak disimpan. Urusan boleh dibuat melalui wakil-wakil yang dilantik, buku simpanan turut disediakan dan data akan disimpan secara online. Tempoh matang simpanan adalah 6 bulan, ia boleh dikeluarkan oleh penyimpan secara PINJAMAN selepas tempoh matang dan perlu dikembalikan secepat mungkin kerana ia adalah simpanan TETAP-BEBAS. Bebas bermaksud simpanan boleh dibuat dan dikeluarkan pada bila-bila masa sehingga kemerdekaan. Keuntungan atau dividend tahunan ialah 20%.
Kedua: Tabung Bon bermaksud "Savings bonds are non-marketable, meaning that they cannot be bought and sold after they are purchased from the government...". US mendefinasikan demikian dalam http://www.investorwords.com
Tabungan Bon dalam konteks Kemerdekaan Sulu adalah seperti yang kami jelaskan dalam artikel blog ini dalam tajuk Bon MERDEKA. Keterangan lanjut sila hubungi ibu pejabat Wakil Rasmi Kesultanan Sulu di Kuala Lumpur:
Setiausaha kepada Wakil Rasmi: Tuan Hj Zakaria "Kerry" Abdullah, 2-2A, Jalan GJ 2, Batu 5 1/2 Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Dikeluarkan oleh pejabat Wakil Rasmi: Julasri Hajad @ Asreesulu Datu Paduka Wazir Official Representative for Malaysia Affairs, Kuala Lumpur, Malaysia.