TUJUAN PENUBUHAN KELAB TAUSUG GLOBAL

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, September 9, 2009 0 ulasan

Pada awal bulan Mac yang lalu beberapa orang sahabat menyarankan kepada penulis untuk menubuhkan jaringan sahabat Tausug di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Sulu. Ketika itu penulis terlalu sibuk dengan beberapa kerja lantaran tidak dapat merealisasikan saranan tersebut. Lagi pun ketika itu penulis bersama Hj Zakaria sibuk dengan pendaftaran PSBS cawangan Lembah Kelang tetapi hingga hari ini senyap sahaja.

Kemunculan TN atau Tausug Network dalam internet telah meringankan beban penulis dengan para sahabat pengkaji lain kerana TN bertindak sebagai penghubung kepada generasi muda Tausug di seluruh dunia. Sahabat-sahabat penulis aktif dalam TN kerana jaringan yang disediakan oleh TN.

Oleh kerana blog Tausug Global ini adalah catatan persendirian yang tidak sama dengan konsep TN maka sebahagian kekosongan TN dapat dipenuhi oleh blog seperti ini. Sejak beberapa bulan lalu, pelawat blog Tausug Global dari kalangan terpelajar Tausug di Malaysia semakin ramai. Setiap minggu mereka menelefon atau menghantar sms bagaimana boleh dapatkan buku Tausug & Kesultanan Sulu. Sebilangannya menghantar email meminta maklumat bagaimana cara dapat menyertai sukarelawan Tausug untuk umat Islam Sulu.

Penulis berpandangan bahawa keperluan untuk menubuhkan kelab Tausug Global sudah pun tiba. Rasanya kelab Tausug Global ini perlu digabungkan dengan blog penting lain seperti blog The Island Of Pearls oleh saudara Neldy Jolo, blog Taymanghud dan Resipi Tausug oleh saudara Aliazer, blog Kebudayaan Tausug oleh Cikgu Hatta dan kalau perlu menjemput blog al-Taufik Prof. Nur Danial sekali.


TUJUAN KELAB TAUSUG GLOBAL
Sesuai dengan nama Tausug Global, kelab ini akan dibuka keahliannya kepada semua individu bernama manusia samada yang tinggal di Nusantara atau luar negara tanpa mengira bangsa dan keturunan dan agama mereka. Peringkat awal mereka boleh hantar biodata penuh mereka ke email penulis kemudian akan memproses kad keahlian secara percuma dan menghantarnya semula ke email masing-masing (bolehlah mereka print-out sendiri).

Tujuan kelab ini ialah,

  • Didasarkan atas nama Keamanan, Anti Keganasan, Anti Ketidakadilan dan Anti KONSPIRASI.
  • Mewujudkan kumpulan pengkaji sejarah secara bebas dan bermaruah. Melatih dan membentuk penulis-penulis prolifik seperti penulis novel, penulis rencana & cerpen dalam akhbar & Tabloid, penulis dan perancang blog, kartunis, kewartawanan forografi dan Videografi (ini penting untuk posting ke Youtube atau broadcasting ke VCD & DVD propaganda).
  • Mengumpul sokongan dari semua lapisan masyarakat untuk menghulurkan bantuan kepada pendidikan anak-anak Sulu, jaringan ekonomi dan jaringan bantuan kepakaran dari pelbagai bidang untuk membantu Sulu.
  • Mewujudkan jaringan persaudaraan sesama muslimin Nusantara khususnya, dengan mengatur lawatan ke Acheh-Medan, Jakarta, Brunei, Kelantan-Pattani, Jolo-Basilan dan Singapura kerana Tausug Global sudah ada jaringan tersedia ke tempat-tempat tersebut.

Pihak penulis sangat mengalu alukan sokongan sahabat-sahabat sekalian agar dapat menghantar biodata penuh ke email penulis secepat mungkin untuk proses registrasi dengan demikian program akan dapat diatur selepas Ramadhan ini, insyaAllah. Ia percuma, gratis kata orang Jakarta, lebre kata orang Tausug, tidak dikenakan bayaran. Bagi mereka yang was-was dan berasa diri kekal hidup di dunia selama-lama yakni tidak mahu susah dengan aktiviti atau sebarang perjuangan, pihak penulis hanya meminta do'a dari mereka sekurang-kurangnya dapat menjenguk blog Tausug Global selalu sebagai tanda sokongan dan persaudaraan.

Akhir sekali penulis menyertakan satu Hadis Rasulullah SAW kegemaran penulis sejak dulu yang juga menjadi kegemaran Al-fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah dan Al-Habib Muhammad Rezieq Syihab kerana menjadikan Hadis ini sebagai sikap mereka,

Dalam suatu riwayat, Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabatnya, "Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan saum (puasa)", Sahabat menjawab, "Tentu saja!"
Rasulullah pun kemudian menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjembatani berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan" (H.R. Bukhari-Muslim).

Hadis ini ku tujukan buat saudara-saudara ku Tausug yang memahami bahasa Melayu antaranya,
  • Neldy Jolo
  • Aliazer
  • Cikgu Hatta
  • Mohd Syahrizan
  • Nur Danial

ASREE
Hubungi penulis secara online dalam Yahoo! Messenger : asreesulu@yahoo.com

Post a Comment