NUR DAKWAH HABIB UMAR IKUTAN UMMAT

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, September 10, 2009 0 ulasan



Ketika kedatangan Sayyid Abu Bakar ke Buansa pada 1450-an ketika dulu disambut oleh para muslimin dengan sukacita dan kerinduan. Beliau sangat dikasihi oleh Tausug Taguimah dan Buranun hinggakan beliau diangkat sebagai Sultan sekali pun bukanlah keinginannya.

Sesungguhnya Sayyid Abu Bakar dari keluarga yang mulia dan dimuliakan. Beliau adalah dari keluarga Rasul Sallallahu 'alaihi Wasallam, sebagaimana Habib Umar, mereka membawa nur mahabbah kasih sayang sesama ummat Manusia ke seluruh alam. Kata-kata mereka sangat indah dan menusuk kalbu, sifat dan sikap Rasul SAW menjadi pakaian mereka menyebabkan majlis-majlis dakwah mereka diingati sampai bila-bila.

Tidak hairanlah Tausug begitu mencintai para Habaib. Setiap tahun mereka mengadakan Maulidurrasul di Sulu berminggu-minggu, membaca Barzanji dari lepas Isyak sehingga ke Subuh tanda kasih mereka kepada Rasul Salllahu 'alaihi Wasallam. Mereka melakukannya kerana itu sahaja yang menjadi lambang perpaduan dan kekuatan mereka. Malangnya hari ini, para Habaib tidak akan mampu lagi datang ke tempat mereka untuk memberi kekuatan dan semangat jihad seperti dulu. Jihad ketika Sayyid Abu Bakar ialah mempersatukan semua suku bangsa menjadi Tausug. Jihad inilah yang hingga hari ini menjadi nama KERAMAT kepada bangsa Sulu.

Taguimah, Buranun, Champa, Baklaya, Yakan, Bajau-Sama, Kagayan, Kalibugan, Banjar dan Arab akhirnya menjadi satu iaitu TAUSUG.

Post a Comment