ANALISIS: DUNIA DIAMBANG PERANG DUNIA KE-III

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, September 15, 2009 0 ulasan


KESTABILAN MALAYISA
Dalam kegawatan ekonomi global yang semakin meruncing, Malaysia masih mampu bertahan kerana kekuatan dalamannya yang masih kukuh. Kegiatan pertanian dan penternakan yang tidak begitu terkesan dek kegawatan ekonomi masih terus berjalan. Kita bersyukur kemakmuran Malaysia bukan sahaja telah dapat dinikmati oleh rakyatnya malah rakyat Sulu, Pattani dan Indonesia turut dapat menikmati kemakmurannya.

Dalam perlumbaan membangunkan negara, Singapura dikatakan adalah yang termaju tetapi sekiranya dinilai dari keluasan dan skop tanggungjawab serta tanggungan tentu Malaysia lebih jauh mendahului. Siapnya menumen seperti KLCC, KL Tower serta pembangunan Putrajaya dan perancangan perbandarannya yang bertaraf antarabangsa menjadikan Malaysia negara terunggul di Nusantara.

Sebarang gangguan yang mengakibatkan ketidakstabilan seterusnya menghancurkan Malaysia akan mewujudkan huru-hara di Nusantara ini. Sekiranya berlaku huru-hara pastinya letusan tunjuk perasaan dan tuntutan kemerdekaan wilayah-wilayah yang berada dalam Malaysia, Indonesia hatta di Filipina sekali pun akan berlaku. Ia bukanlah omong kosong sekiranya kita memperhalusi secara terperinci.

Hal ini perlu diberi penekanan kepada setiap tindak-tanduk umat Nusantara agar senantiasa menjaga perpaduan. Sekali pun tidak sefahaman agama sekurang-kurangnya "rumpun Melayu" itu dapat dijadikan "pengikat" perpaduan.


MALAYSIA SEBAGAI PENDAMAI
Bukanlah perkara yang menghairankan sekiranya Malaysia menjadi pemerhati kepada perdamaian MILF/MNLF dengan kerajaan Filipina tidak lama dulu adalah kerana kepercayaan negara lain terhadap Malaysia. Kemampuan Malaysia menangani masalah pendatang dan pelarian juga antara yang terbaik sekali pun mendapat kritikan negatif. Tindakan Malaysia menangani pelarian berdarah dari Acheh dan Sulu contohnya mampu ditangani dengan sabar dan berhemah sekali pun dalam masa yang sama menerima tujahan pelarian dari bangsa Rohingya Myanmar dan Pattani dari selatan Thailand. Ini tidak termasuk warga Pakistan, Bangladesh dan India.

Malah Malaysia menjadi tempat longgokan warga China yang masuk secara sah. Warga China yang masuk beratus ribu setahun tetapi yang keluar kembali ke China tidak sampai pun beberapa orang. Ini berlaku di semua pintu masuk di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Begitulah kemakmuran Malaysia, ibarat gula kepada semut. Sebenarnya Malaysia adalah negara "PENYELAMAT" kepada negara lain yang menghadapi masalah.

Indonesia walau pun mempunyai umat Islam teramai dengan pembangunan yang juga begitu rancak, oleh kerana wilayah yang terlalu besar Indonesia tidak begitu berjaya menguruskan ekonominya. Pendapatan perkapita rakyatnya terlalu kecil berbanding negara Asean lain sehingga mewujudkan ketidak seimbangan status ekonomi rakyatnya. Yang kaya terlalu kaya raya manakala yang miskin terlalu miskin papa kedana sehingga tepi jalan bandar-bandar besar dan kecilnya dipenuhi oleh peminta sedekah. Indonesia dan Filipina hampir berkongsi masalah yang sama.


KEMELESETAN EKONOMI DAN PERANAN BANKER
Sekarang masalah ekonomi global semakin teruk dan buruk. Ia tidak begitu terasa dan dibimbangi pada peringkat awal, malangnya ia akan menjadi seperti hujan renyai-renyai, nampak tidak begitu membimbangkan tetapi sekiranya berterusan berminggu-minggu ia akan merosakkan apa sahaja. Kerana banjir akan berlaku secara berterusan yang akhirnya menghalang orang ramai berjual beli, bekerja dan sebagainya. Tanaman akan rosak, kandang ternakan akan ditenggalami air manakala kilang-kilang ditutup kerana air menghalang operasi.

Analogi hujan renyai-renyai adalah sama dengan kemelesetan ekonomi kiranya berpanjangan. Kalau hujan kita boleh mengagak bila ianya akan berakhir, seminggu atau dua minggu atau pun paling lama sebulan. Kegawatan ekonomi hari ini siapa yang boleh agak bila ianya berakhir?

Seorang penceramah yang bergaul dengan pakar-pakar ekonomi mengatakan, "Kemelesatan ekonomi global hari ini adalah yang paling buruk dalam sejarah dunia. Tidak ada satu pakar ekonomi pun hari ini yang mempunyai teori penyelesaian untuk menyelamatkan kemelesetan ini. Ia dijangka akan berterusan sehingga ke satu tahap yang kita tidak ketahui bila."

Mengapakah hal ini terjadi? Setiap perkara berlaku dengan sebab samada dilakukan dengan sengaja atau pun tidak. Menurut beberapa pakar ekonomi, kemelesetan ekonomi global hari ini adalah disengajakan oleh para banker. Ini ada kaitannya dengan negara Israel dan perluasan wilayahnya. Kemelesetan ekonomi yang berpanjangan akan menghasilkan peperangan besar yang akhirnya dapat mengubah peta dunia. Ini akan dapat dimanfaatkan oleh Israel yang dapat memperluaskan wilayahnya sehingga ke Iraq, Mesir dan Jordan.

Kebijaksanaan banker menjatuhkan ekonomi bukanlah baru. Bukan sahaja mereka lakukan kepada peperangan Dunia Pertama dan Kedua tetapi pada setiap perang yang berlaku di Eropah setelah zaman Pembaharuan adalah angkara para banker ini. Banker ialah para pemodal Yahudi-Zionis yang menguasai sistem kewangan dunia hari ini. Perkara ini bukan lagi rahsia.


PENULARAN WABAK H1N1
Penularan wabak penyakit AIDS dan beberapa penyakit merbahaya sebelum ini adalah ciptaan manusia. Ia dicipta dari makmal sebagai ujikaji mereka menjadikannya wabak berjangkit diseluruh dunia dengan tujuan,
  • Pertama: Mencipta senjata kimia untuk peperangan.
  • Kedua : Membunuh umat manusia untuk mengurangkan populasinya.
Mereka mencipta penyakit dan mereka sendiri telah cipta penawarnya. Sebagai analogi, Virus komputer itu dicipta oleh pakar pengaturcaraan yang mana mereka sendiri tahu bagaimana mencipta anti-virusnya. Ia sama dengan AIDS dan penyakit berjangkit lain. Hari ini muncul beberapa penyakit baru yang ganjil dan sukar diubati sepeti H1N1. Siapakah yang mencipta virus ini?

Yahudi-Zionis punya pakar-pakar Fizik dan Kimia mereka sendiri yang terdiri dari Atheis Yahudi. Mereka saban hari mencipta bahan-bahan baru yang mampu menghancurkan umat manusia lain. Sebagai contoh, seorang pakar Fizik berbangsa Yahudi bernama Albert Enstain telah berjaya mencipta Bom Atom hasil dari teori Fiziknya tentang kerelatifan. Yang akhirnya digunakan untuk menghancurkan bangsa Jepun. Mengambil dari peristiwa penciptaan Bom Atom ini maka para ahli Fizik dan Kimia negara-negara tertentu telah menyertai perlumbaan mencipta senjata-senjata kimia yang merbahaya ini.

Bom Fosforus sebagai contoh yang digunakan Israel dalam perang melawan Hizbullah dan Hamas baru-baru ini adalah sebahagian dari senjata Kimia. Mangsa yang terkena bom ini akan melecur sterusnya dagingnya akan luluh dan hancur seperti terbakar. Senjata kimia juga digunakan keatas Iran ketika berperang dengan Iraq dahulu. Senjata kimia telah dibekalkan oleh Amerika Syarikat kepada Saddam Hussein yang akhirnya digunakan kepada umat Islam Iran. Maka penyakit H1N1, AIDS dan pelbagai wabak ganjil yang lain tidak syak lagi telah dicipta dalam makmal oleh pakar-pakar kejahatan yang kita sendiri maklum.


JALAN KEARAH PERANG DUNIA KE-III
Sekiranya kemelut ekonomi global ini berterusan sehingga ke tahun 2012 maka dibimbangi akan meletusnya perang dunia ke III. Hal ini akan bertambah parah dengan berterusannya perang Iraq dan Afghanistan serta Falestin yang kemungkinan besar akan memalit negara-negara Islam lain seperti Iran. AS akan mengalami defisit yang paling besar dalam sejarahnya sekiranya meneruskan peperangan dengan rakyat Iraq dan Afghanistan. Untuk menarik tenteranya dari sana adalah mustahil kerana,

  • Pertama, tidak mungkin menarik tenteranya adalah kerana ia melibatkan maruah AS sendiri di mata dunia. Perang unilateralnya keatas Iraq dan Afghanistan sebelum ini akan memalukan dirinya sekiranya mereka bertindak menarik tentera secara total sedangkan belum dapat kemenangan.
  • Kedua, sekiranya tentera AS dikeluarkan maka mujahidin Iraq dan Afghanistan akan mendapat peluang bersatu mengumpul kekuatan untuk menyerang Israel dan sekutu AS.
Amat malang bagi AS kerana kemelesetan ekonomi yang menjatuhkan nilai dolarnya dari hari ke sehari menambahkan lagi penderitaannya di pentas antarabangsa. Satu negara besar yang menjadi polis dunia tetapi akhirnya muflis, tidak mungkin AS dapat menerima kenyataan ini.

AS hanya ada satu jalan iaitu SAMA-SAMA HANCUR. Biarlah kehancurannya sama-sama dikongsi dengan negara lain. Azamnya kearah sama-sama hancur ini semakin kuat kerana negara-negara lain sekarang sedang berpakat untuk tidak menggunakan Dolar Amerika lagi sebagai matawang utama urusan jual beli antarabangsa lagi. Kejatuhan Dolar Amerika setiap hari akan merugikan negara-negara yang menggunakan USD sebab itu perlu mencari matawang alternatif lain. Matawang dinar-emas adalah salah satu yang menjadi pilihan selain matawang Euro. AS terpaksa gigit jari.

Kemungkinan lain yang AS fikirkan untuk menyelamatkannya ialah membuka perang baru dengan Iran dan mencari sebab berperang dengan Korea Utara serta memanaskan isu Taiwan untuk membuka ruang konfrontasi dengan China. Kerana China adalah gangguan utama AS sejak akhir-akhir ini kerana penyertaan China dalam dagangan global. Membuka peperangan dengan China akan mengundang tindak balas Russia yang sememangnya mempunyai hubungan dingin dengan AS kerana isu peluru berpandu pemintas udara yang diletak AS kepada negara-negara bekas jajahan Russia.

Maka jalan untuk perang dunia ke II semakin jelas. Perlulah diingat, perang besar akan menghasilkan keuntungan yang besar. Pembelian senjata, perpecahan negara-negara besar menjadi kecil, dan penggunaan khidmat "Polis Dunia" akan menguntungkan AS sekali gus dapat keluarkan dirinya dari kegawatan Ekonomi.


KEHANCURAN NUSANTARA YANG DIHARAPKAN
Kedudukan AS di Nusantara semakin diperkuatkan semenjak selepas mereka jatuhkan Pusat Dagangan Dunia New York. Ketika itu AS hanya memberi kata dua, mahu menyertainya memerangi keganasan atau menyertai pengganas. Negara-negara dunia memilih "menyertai AS untuk memerangi keganasan" yang tanpa disedari AS telah memulakan kempen "PERANG DUNIA KE-III". Sejak itu mereka menguatkan kekuatan di perairan Taiwan dan Jepun sehingga ke Singapura dan Filipina. Nusantara dipaksa dengan "Latihan Bersama" dan "USAID" yang bertujuan agar dapat mengetahui kekuatan dan upaya persenjataan sesuatu negara terutama negara-negara Islam. Indonesia dan Malaysia tidak terkecuali.

Langkah seterusnya ialah mewujudkan huru-hara di rantau Nusantara, maka di Indonesia muncullah kes,

  • AMBON (perang masyarakat Islam dan Kristian),
  • Sulawesi (perang masyarakat Islam dan Kristian),
  • Kalimantan (Perang etnik Madura dan Dayak),
  • Acheh (mahu merdeka),
  • Irian Jaya (mahu Merdeka) dan akhir sekali ialah,
  • Timor Timur yang akhirnya berjaya dimerdekakan menjadi Timur Leste.
Kemudian mereka mulakan kempen membongkar fakta sejarah dan persempadanan antara negara dengan tujuan dapat melihat kelemahan bukti perundangan, contohnya,

  • Tuntutan Kes Sipadan dan Ligitan (antara Indonesia dan Malaysia)
  • Tuntutan Kes Pulau Batu Putih (antara Malaysia dan Singapura)
  • Tuntutan Kes Sabah (antara Filipina dan Malaysia)
  • Tuntutan Kes Kepulauan Spratley (banyak negara termasuk Vietnam, Malaysia dan Filipina).
Yang paling menonjol dalam semua kes ialah Tuntutan Pulau Sipadan yang akhirnya dimenangi oleh Malaysia. Mereka dapat mengesan bukti bahawa begitu longgarnya kes Sipadan hanya kerana menggunakan bukti "Rakyat Sultan Sulu telah lebih awal mengutip telur penyu" menyebabkan kemenangan Malaysia keatas Indonesia. Dengan demikian kesahihan siapa yang empunya Pulau Sipadan dan Sabah itu dari segi sejarahnya yang awal telah dapat dipastikan dan ini boleh diguna pada bila-bila masa.

Kemudian kekalahan Malaysia di tangan Singapura keatas Pulau Batu Putih menjadi perkara lain. Singapura telah mula menunjukkan kekuatan bukti perundangan yang Malaysia sendiri tidak menjangkanya sejak dari awal perbicaraan di ICJ. Amat malang ia hanya permulaan kepada tuntutan yang lebih besar di masa akan datang.

"Mereka" mengekalkan Thailand hingga ke Burma dan Filipina (dari hujung ke hujung) kekal bergolak dengan pemberontakan. Ini bertujuan mengekalkan suhu kepanasan yang membolehkan mereka berada di sana setiap masa untuk menjaga dan mengawal.


SULU SEBAGAI TURNING-POINT
Sulu dijadikan sebagai bom jangka. Bila ia meletup tidaklah diketahui. Bergantung kepada masa dan ketika. Hanya Allah swt sahaja yang tahu dengan mereka yang merancangnya. Hal ini perlu diberi perhatian serius oleh Malaysia dan Indonesia. Filipina perlu dibawa ke meja rundingan untuk menyelesaikan kes Sulu. Mindanao jangan disentuh dulu kerana MILF masih berkuasa di sana. Berterusan berdiam diri Malaysia dan Indonesia dikhuatiri tidak akan berkesempatan membendung sebarang tindak balas yang kita sendiri tidak tahu bagaimana kekuatan impaknya. Malaysia dalam hal ini semestinya mengambil tindakan proaktif kerana kepentingan Malaysia terhadap Sabah.

Masalah Sulu sebenarnya adalah masalah Malaysia bukannya masalah Indonesia dan negara lain. Filipina hanya ingin menyelamatkan dirinya dengan hanya mewar-warkan tuntutannya terhadap Sabah, kerana Filipina tahu hanya Sulu sahaja yang layak menuntut Sabah bukannya Filipina. Orang-orang Sulu sudah pun tahu tuntutan Filipina keatas Sabah yang kemudian dinafikan oleh Malaysia tanpa menghiraukan Sulu dan rakyatnya yang dinafikan hak sejak sekian lama. Ia seolah-olah satu permainan "tuntut dan nafi" yang tiada kesudahan. Tindakan Malaysia dan Filipina ini akan dapat dihidu oleh orang Sulu dan pihak lain sebagai "ada udang di sebalik mee-hun". Maka sudah sampai masanya masalah Sulu difokus atas dasar kesedaran kemanusiaan dan persaudaraan. Kerana dibimbangi akan diambil alih pihak musuh yang mahu melihat Nusantara hancur berkecai berkeping-keping.

Malaysia mempunyai peranan besar menyelamatkan keadaan demi kekekalan wilayah dan kedaulatannya di rantau Nusantara ini sampai bila-bila. Diharapkan dengan reputasi cemerlang Malaysia segala masalah kejiranan dapat dikendali secara adil dan saksama.

ASREE

Post a Comment